Anda di halaman 1dari 10

TEKS UCAPAN ALUAN

Y.H DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD


KETUA PENGARAH PERIKANAN
MALAYSIA

SEMPENA MAJLIS
PELANCARAN GEGAR 1 PERIKANAN 2013
&
PERASMIAN PENUTUP PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ (SKSJ)
P020 PARLIMEN PANGKALAN CHEPA,KELANTAN

DI

DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 2,


KOTA BHARU KELANTAN
16 FEBRUARI 2013

1
Bismillah Hirrahmanirahim,

Yang Dihormati Saudara Dan Saudari Pegacara Majlis,

Yang Berbahagia Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah


Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Y. Bhg Datuk Sri Hj. Solah Bin Mat Hassan


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Y. Bhg. Datuk Dali Bin Husin


Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) P020 Parlimen
Pangkalan Chepa, Kelantan

Y.Brs. En. Mohamad Shaupi Bin Derahman


Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Operasi)

Y H. Dato’ Haji Mohammad Bin Mat Saman


Pengarah Perikanan Negeri Kelantan

Y.Brs. Tuan Hj. Abd Ghani Bin Che Kasim,

Pengarah Jpj Negeri Kelantan

Y.Brs Encik Husin Bin Deraman


Guru Besar Sek. Keb. Kedai Buloh 2

Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Perikanan dan JPJ

Ketua-Ketua Jabatan serta Agensi Persekutuan Dan Negeri


2
Y.Brs Penggawa Daerah dan Penyelia-Penyelia Pembangunan Mukim

Yang Dihormati tuan-tuan dan puan-puan, peserta SKSJ, para nelayan dan
hadirin sekalian

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama


memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan
keizinanNya dapat kita berkumpul di Majlis Pelancaran Gegar 1
perikanan 2013 & Perasmian Penutup Program Satu Komuniti
Satu JPJ (SKSJ) P020 Parlimen Pangkalan Chepa, Kelantan. Di
kesempatan ini, Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan
setinggi-tinggi terima kasih terutamanya kepada YBhg. Dato’ Mohd
Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani kerana sudi datang menghadiri majlis ini dan
seterusnya merasmikan program pelancaran dan penutup pada hari
ini. Kehadiran YBhg Dato’ KSU telah memberi isyarat jelas kepada kita
bahawa pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa
memberi keutamaan dan perhatian kepada golongan nelayan,
khususnya di Negeri Kelantan ini.

Di sini juga, sukacita saya mengambil kesempatan untuk merakamkan


jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan,
khususnya kepada YBhg. Dato’ Sri Haji Solah Bin Mat Hasan, Ketua
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Malaysia yang telah
3
sudi bekerjasama dengan Jabatan Perikanan untuk menjalankan
program SKSJ ini. Saya dimaklumkan SKSJ Bil. 1/2013 ini diadakan
khusus untuk komuniti nelayan (iaitu; nelayan, anak, isteri, suami,
pengusaha pemprosesan, penjual ikan dan semua yang berkaitan
dengan industri perikanan) di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa.
Seramai 370 orang nelayan dan isi rumah telah mendaftar untuk
menyertai program ini.

Dikesempatan ini juga, tidak lupa saya untuk merakamkan tahniah dan
ucapan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dali Bin Husin, selaku
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP), Parlimen
Pengkalan Chepa yang perihatin kepada permasalahan komuniti
nelayan dan penglibatan menyeluruh komuniti nelayan di sini.

YBhg. Dato’, YBhg Dato’ Sri, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang


dihormati sekalian,
Pada hari ini, Majlis Pelancaran Gegar 1 perikanan 2013 & Perasmian
Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) P020 Parlimen
Pangkalan Chepa, Kelantan adalah hasil kesepakatan dan kerjasama
erat antara Jabatan Perikanan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada tahun 2012, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dengan
kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan telah
melaksanakan Program yang diberi nama Juara Nelayan dan Satu
Komuniti Satu JPJ-SKSJ di daerah Bachok pada Mac hingga Mei
2012. Program tersebut telah berjaya melibatkan peserta seramai 489
4
orang komuniti perikanan. Ekoran kejayaan ini, maka program SKSJ
diadakan sekali lagi bagi kawasan Parlimen Pangkalan Chepa untuk
memberi peluang kepada komuniti perikanan mendapatkan lesen
memandu motosikal (B2) dengan cara yang lebih mudah (secara
insitu). Saya kira, pada tahun ini (2013) kedua-dua jabatan ini telah
mencipta satu lagi sejarah kerjasama diluar daripada kebiasaan,
dengan kerjasama ini bukan saja telah dapat menjimatkan kos, masa
dan tenaga kerja bagi pihak kerajaan tetapi juga telah dapat
memecah kebuntuan dan menghapus kegelisahan dikalangan komuniti
nelayan yang selama ini dihantui kebimbangan kerana menunggang
motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Saya percaya mereka
bukanlah dengan segaja untuk menunggang tanpa lesen tetapi ada
beberapa faktor yang menjadi penghalang untuk mereka mendapatkan
lesen melalui saluran biasa. Syukur kita kepada Ilahi, hasil daripada
kerjasama antara Jabatan Perikanan Negeri dan JPJ, Kelantan, maka
pada hari ini seramai 370 orang ahli komuniti nelayan Pengkalan
Chepa, telah bebas menunggang motosikal mereka tanpa lagi
diselubungi rasa resah dan bersalah. Kini, tuan-tuan dan puan-puan
bebas untuk ke pangkalan, jeti nelayan dan sebaliknya serta bebas
untuk membawa perkakas dan hasil tangkapan dan urusan-urusan lain
yang berkaitan, dengan menunggang motosikal satelah memiliki lesen
memandu yang sah. Saya yakin ketenangan dan keselesaan ini, telah
dapat dirasa oleh tuan-tuan dan puan-puan, dan keadaan ini telah
mendorong meningkatkan kualiti kehidupan harian komuniti nelayan
sekalian. Walau bagaimanapun, pesanan dari saya berdisiplinlah di

5
jalan raya, pakailah topi keselamatan (yakni, topi keledar), patuhi
peraturan dan jangan pandu laju-laju.

Saya percaya dengan berjayanya program “Cakna Nelayan” di


komuniti nelayan Parlimen Pengkalan Chepa pada hari ini telah dapat
memberi isyarat jelas bahawa terdapat komitmen yang jitu di kalangan
kita semua, iaitu antara jabatan, agensi dan komuniti nelayan dalam
memastikan matlamat untuk memperkembangkan dan memajukan
industri perikanan negara boleh dicapai dengan jayanya.

YBhg. Dato’, YBhg Dato’ Sri, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang


dihormati sekalian,
Program Gegar 1 Perikanan 2013 merupakan komitmen dan
perancangan Jabatan Perikanan Malaysia untuk menangani secara
khusus isu-isu utama yang dihadapi oleh komuniti nelayan serta
kumpulan sasar di lokasi dan kawasan yang telah dikenal pasti di
seluruh Negara. Pemilihan isu-isu di bawah program ini adalah secara
spesifik yang mana ianya boleh diselesaikan dalam tempoh tertentu
dan tidak mengambil masa yang terlalu lama. Isu-isu ini adalah
disedari sedang berlaku di setiap lokasi dan penyelesaiannya
hendaklah boleh dirasai oleh kumpulan sasar atau dengan kata lain
mempunyai unsur-unsur ‘touch point’.

Dalam usaha untuk menangani isu-isu ini secara spesifik, Jabatan


Perikana telah menubuhkan satu pasukan petugas disetiap lokasi
6
untuk mengenal pasti latar belakang masalah, matlamat dan sasaran
yang hendak dicapai, program pelaksanaan dan penilaian program
serta impak kepada komuniti setempat, Jabatan Perikanan dan
Kerajaan.

Perancangan dan perlaksanaan program ini di setiap lokasi akan


melibatkan kumpulan sasar jabatan, pihak berkepentingan, semua
jabatan dan agensi setempat yang berkaitan, serta pihak
berkepakaran berhubung isu berkaitan dari dalam dan luar jabatan
dengan berlandaskan kepada pendekatan Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS).

YBhg. Dato’, YBhg Dato’ Sri, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang


dihormati sekalian,
Sebanyak 8 isu yang telah dipilih di bawah Program Gegar 1
Perikanan 2013 adalah:

i. “Cakna Nelayan”; iaitu isu nelayan menunggang motosikal


tanpa lesen memandu (B2) – di Kota Bahru, Kelantan
ii. “Moh! Selamatkan Patin Sungai Pahang”; iaitu isu
Pencerobohan dan pengoperasian menangkap ikan secara
haram mengguna tuba, elektrik dan lain-lain di Sungai Pahang
pada musin kemarau. – di Negeri Pahang

7
iii. “Tagal Laut”; iaitu isu Penangkapan ikan menggunakan bom
di perairan Pantai Barat Sabah, di Kg. Tempurung, Kuala
Penyu, Sabah – di Negeri Sabah
iv. “Gegar Kenka 2 Bot”; iaitu isu pencerobohan Bot Kenka dari
Bagan Tiang, Perak ke perairan Pulau Rimau, Pulau Pinang –
di Negeri Pulau Pinang
v. “Gegar Pukat Tunda, Pantai Barat, Johor”; iaitu isu
pencerobohan Bot Pukat Tunda di perairan Pantai Barat
Negeri Johor – di Negeri Johor
vi. “Nyah! Pukat Tunda 2 Bot”; iaitu isu vesel Pukat Tunda Laut
Dalam Tempatan (vesel asal dari Vietnam) yang
mengoperasikan pukat tunda dua bot di Perairan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia – di Negeri Pahang
vii. “Gegar Teluk Brunai”; iaitu isu Pencerobohan bot pukat tunda
di Perairan Lawas, Sarawak – di Negeri Sarawak, dan
viii. “Ehsan Banjir”; iaitu isu Kerosakan dan kematian ikan akibat
dari bencana banjir – di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Adalah disasarkan program bersama komuniti ini akan dapat


menangani isu-isu perikanan yang sekian lama telah berlarutan dan
hasilnya akan dapat dirasai serta akan menyentuh denyut-nadi
komuniti perikanan dan kumpulan sasar setempat.

YBhg. Dato’, YBhg Dato’ Sri, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang


dihormati sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Y. Bhg. Dato’
8
Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani kerana sudi hadir dan merasmikan Majlis
Pelancaran Gegar 1 perikanan 2013 & Perasmian Penutup
Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) P020 Parlimen Pangkalan
Chepa, Kelantan ini.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato’
Sri Haji Solah Bin Mat Hasan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ), Malaysia yang sudi bekerjasama menjayakan majlis ini.
Dengan kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program
murni ini.

Terima kasih kepada urusetia program dan Jabatan Pengangkutan


Jalan Negeri Kelantan serta Pejabat Perikanan Negeri Kelantan dan
Ibu Pejabat Perikanan serta pegawai, kakitangan dan semua pihak
yang terlibat menjayakan program ini, termasuk pasukan koir yang
turut menggegarkan program pada hari ini.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan yang mengambil
bahagian dalam pameran serta demonstrasi yang turut memeriahkan
majlis ini. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan
Kedai Buloh 2, Kota Bharu, Kelantan yang telah memberi kerjasama
menyediakan pasukan nasyid dan tempat untuk majlis pada hari ini.
Saya mendoakan semoga program ini dapat berjalan dengan jayanya
agar matlamat murni program ini telah dapat dicapai.
9
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

Terima kasih.

10

Anda mungkin juga menyukai