Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PENYERAHAN KABIN MyKP

29 JANUARI 2020 – 8.30 PAGI


DATARAN My Kp LABOHAN BILIK , TELUK SENANGIN , MANJUNG

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih saudara pengacara majlis.

Yang Berbahagia Dato’ Bah Piyan Tan


Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

Yang Dihormati Encik Zaki Bin Baji Mokri


Pengarah Perikanan Negeri Perak

Yang Dihormati Encik Zulhisham Bin Ahmad Shukori


Pegawai Daerah Manjung

Yang Dihormati Tuan Haji Zainuddin bin Abdul Wahab


Ketua Cawangan Pengembangan dan Komuniti Nelayan
Bahagian Pengembangan Perikanan, Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya

Yang Dihormati Encik Sabdin Bin Idris


Penghulu Mukim Lumut

Yang Dihormati Encik Mohd Saufi bin Ahmad


Pengerusi myKP Teluk Senangin

Yang Dihormati En. Abu Bakar


Ketua Kampung …………………………..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita hadir bersama –
sama untuk menyempurnakan majlis penyerahan Kabin MyKP kita pada pagi ini
yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Bah Piyan Tan Timbalan
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia
Yang Berbahagia Dato serta Hadirin sekalian,

Mewakili pihak myKP Teluk Senangin, saya mengalu-alukan serta


mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Bah Piyan
Tan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia kerana sudi
meluangkan masa untuk hadir ke majlis yang penuh bersejarah ini. Kami pihak
myKp teluk senangin cukup berbangga di atas kesudian Yang Berbahagia Dato
yang sudi datang melawat ke tempat kami ini.

Yang Berbahagia Dato serta hadirin sekalian

Izinkan saya sebagai penasihat Komuniti di Teluk Senangin, berkongsi serba


sedikit sejarah penubuhan myKP Teluk Senangin. Bermula pada tanggal 28 April
2015 kumpulan ini telah ditubuhkan dengan dikenali dengan nama SUPER yang
berfungsi untuk memajukan kehidupan komuniti nelayan. Kini SUPER dikenali
sebagai MyKP atau Komuniti Perikanan Teluk Senangin.. Pada awal penubuhan
pada tahun 2018 kumpulan ini dianggotai seramai 25 orang dan sekarang MyKP
dianggotai seramai 45 orang ahli yang terdiri daripada kalangan komuniti
nelayan, pengusaha chalet, pendidik serta pelbagai variasi kerjaya.

Kami MyKP sedar Kebergantungan sepenuhnya terhadap hasil ikan laut


tidak patut berlaku kerana komuniti nelayan perlu berani meneroka sektor hiliran
yang dapat meningkatkan taraf hidup komuniiti nelayan. Justeru itu, selaian
perikanan tangkapan terdapat pelabagai aktiviti lain yang memberi fokus kepada
skop di bawah pengurusan sumber, agropelancongan dan tak lupa juga skop
dibawah projek Industri Asas Tani.

MyKP Teluk Senangin terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti


konservasi penyu, dimana kawasan nelayan tangkapan ikan disini merupakan
antara kawasan pendaratan Penyu Agar. Dan untuk tahun 2020, dibawah skop
projek Pengurusan Sumber, myKp teluk senangin telah terpilih untuk
melaksanakan projek Crab Bank bagi spesis Ketam Renjung ataupun Ketam
bunga yang sememangnya banyak terdapat diperairan teluk senangin ini. Ahli-
ahli MyKP juga cukup aktif dalam menyertai program-program anjuran Jabatan
Perikanan serta menjadi mata telinga bagi melaporkan aktiviti pencerobohan
bot-bot pukat tunda di perairan Teluk Senangin dan perairan Lumut serta Pulau
Pangkor.

Yang Berbahagia Dato serta para hadirin

Kami komuniti nelayan Teluk Senangin sedar pelajaran dapat mengubah


masa depan. Sesungguhnya kami sedar kami tidak mahu anak-anak kami
mewarisi kerjaya kami selamanya. Kami mahu mereka berjaya dalam pelajaran.
Bagi meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak nelayan, tuisyen pedagogi
pantai dijalankan pada setiap hari Ahad oleh seorang guru pakar yang
merupakan pegawai pendidikan Kanan KPM , yang datang dari Ipoh
membimbing anak-anak-nelayan dan komuniti dari Teluk Senangin dari usia 6
tahun hingga 13 tahun dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan
Matematik secara sukarela.
Harapan kami pihak Jabatan dapat menyumbangkan meja dan kerusi untuk
diletakkan di Dewan MyKP yang menjadi pusat pedagogi pantai MyKp agar
anak-anak kami dapat belajar dengan selesa.

Kami juga memohon kepada Jabatan Perikanan merealisasikan hasrat


nelayan untuk mendapatkan benteng penahan ombak untuk nelayan-nelayan
menambat dan melabohkan sauh bot-bot dan kemudahan membawa
pelancong.

Yang Berbahagia Dato serta para hadirin

Bagi pihak sahabat-sahabat nelayan khasnya komuniti MyKP , dan komuniti


Teluk Senangin, saya dengan penuh hormat dan sukacita merakamkan
penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perikanan Malaysia kerana telah
memilik myKP Teluk Senangin sebagai antara myKP terawal yang menerima
bantuan kabin Pusat Transformasi Perikanan atau FTC ini. Besarlah harapan
kami dengan adanya kabin ini, kami MyKP dapat memperkukuh kerjasama
muafakat sesama kami nelayan dan menyemai kesedaran tinggi dalam
kepentingan pengurusan sumber perikanan yang mapan dan meningkatkan atau
mempelbagai ekonomi komuniti nelayan kami di sini. Apa sahaja dasar yang
mampu menjadi ejen perubahan kepada peningkatan pendapatan dan taraf
hidup nelayan akan kami MyKP sambut untuk dilaksanakan.

Diharap juga kita ahli myKP ini bersama-sama menjaga serta menguruskan
kabin ini bersama-sama serta mempunyai rasa tanggungjawab keatas bantuan
yang telah kita terima ini. Semoga dengan adanya kabin ini, pelbagai aktiviti
dapat kita jalankan dan memanfaatkan sepenuhnya pengunaan kabin ini. Kabin
ini adalah tanggungjawab bersama setiap ahli myKP Teluk Senangin.

Sekian sahaja ucapan saya mewakili seluruh ahli myKP Teluk Senangin

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi


wabarakatuh dan salam sejahtera.
Munsyi 20.1.2020

Anda mungkin juga menyukai