MATLAMAT
Memastikan murid-murid selamat dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
OBJEKTIF
(i)Menyediakan atau menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri
murid pergi dan balik sekolah.
(ii)Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi/balik sekolah.
RASIONAL
Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan bahaya akibat kecuaian atau
pun tidak mementingkan aspek keselamatan.
PERANAN MURID
1.Pastikan kenderaanyang dinaiki selamat
2.Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai diri dalam perjalanan ke sekolah.
3.Mengamalkan langkah-langkah keselamatan:
a. Berjalan dalam kumpulan
b.Ikut jalan yang selamat
c.Lengkapkan diri dengan kemahiran mempertahankan diri
d.Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali
PERANANAN IBU BAPA
1.Bergotong royong membersihkan kawasan semak-laluan murid
2.Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah
3.Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
4.Kenderaan yang dibawa ke sekolah dalam keadaan baik.
5.Menasihatkan anak supaya jangan menumpang mereka yang tidak dikenali.
1.0 Pejalan Kaki
Sebagai pejalan kaki murid-murid/pelajar-pelajar haruslah menjaga keselamatan diri
dengan mengamalkan peraturan yang sepatutnya apabila menggunakan jalan raya
seperti:
1.1 Melintas Jalan
Perkara penting yang patut didkuti ketika melintas jalan:
a.Cari tempat yang terdekat dan selamat untuk melintas.
b.Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
c.Awasi lalu lintas sekeliling. Lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan sekali lagi. Pastikan
tiada kendaraan dan melintaslah apabila selamat.
d.Undur kebelakang, 1 meter apabila melihat kenderaan besar.
e. Elakkan menggangu tumpuan pemandu tanpa sebarang sebab seperti berbual atau
bermain.
f. Jagalah kebersihan kenderaan.
g. Jangan membaling sesuatu keluar dari kenderaan.
h. Jangan meletakkan atau mengikatkan sebarang benda yang bergantungan atau
berjuntai pada badan kenderaan.
i. Hendaklah sentiasa bersopan dan beratur seperti tidak berebut-rebut ketika menaiki
kenderaan.
j. Jangan membuka pintu kenderaan untuk keluar sehingga dipastikan selamat.
k. Sentiasa patuh undang-undang dan peraturan lalulintas.
l. Ketika kenderaan sedang bergerak janganlah bermain-main dalam kenderaan seperti
melambaikan tangan keluar, menghulurkan kepala dan sebagainya.
4. Semasa Menunggu Kenderaan
a. Semasa menunggu kenderaan murid-murid adalah dilarang bermain seperti kejar
mengejar dan sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya.
b. Ibu bapa pemandu kenderaan hendaklah memimpin murid-murid ke kenderaan
mereka sekiranya murid-murid itu menunggu di seberang jalan.
Disediakan oleh:
Unit HEM SMK Taman Indah