Anda di halaman 1dari 2

(9) TIP KESELAMATAN JALAN RAYA MUDAH YANG PERLU DIAMALKAN

1. Utamakan keselamatan! Kunci pintu kenderaan anda dan sentiasa pakai tali
pinggang keledar. Jangan tinggalkan barangan yang berharga dalam
kenderaan.

2. Anggap apa sahaja boleh terjadi! Pemanduan defensif adalah perlu dan kekal
berjaga-jaga. Anggap pemandu lain tidak akan memberikan anda laluan,
yang akan melanggar lampu merah, mengekori anda terlalu rapat, dan
mungkin mempunyai lampu brek yang tidak berfungsi.

3. Bertoleransi di jalan raya. Beri laluan kepada pengguna jalan raya yang lain,
sama ada penunggang motosikal atau basikal serta pejalan kaki.

4. Pastikan “tiada” gangguan semasa pemanduan. Elak menggunakan telefon


bimbit untuk berbual, membalas teks mesej, video call dan live feed.

5. Jangan mengekori dengan rapat. Sentiasa cuba untuk kekalkan jarak antara
kereta lain dan kereta anda. Jika dalam kecemasan, ini akan memberikan
anda masa yang cukup untuk menghentikan kereta jika perlu. Juga lebihkan
jarak kenderaan anda dengan yang di hadapan ketika berdepan dengan
cuaca buruk, seperti hujan lebat atau keadaan penglihatan rendah.

6. Jangan melebihi had laju. Jangan rasa tertekan untuk memecut apabila
berdepan dengan pemandu yang tidak sabar. Ia adalah tanggungjawab anda
untuk memandu pada kelajuan yang sesuai dengan keadaan sekeliling.

7. Kenalpasti titik buta anda. Setiap kenderaan mempunyai titik buta. Ini
selalunya melibatkan mana-mana kawasan yang dihalang oleh tiang depan
dan belakang kenderaan anda. Ketahui titik buta kenderaan anda dan
sentiasa berjaga-jaga: sentiasa periksa cermin pandang belakang dan cermin
luar ketika bertukar laluan atau mengundur dari tempat letak kereta.

8. Think, look, signal, look again. Apabila anda mula bergerak, membelok,
menukar laluan, berhenti, memotong, atau membuat pergerakan yang lain,
sentiasa amalkan rutin berikut – fikir, lihat, beri isyarat, dan lihat kembali.

9. Katakan tidak kepada memandu konvoi dengan rakan… ini kerana mengekori
kenderaan rakan anda mungkin akan mengakibatkan anda untuk memecut,
melanggar lampu merah, atau menukar laluan dengan segera. Jika anda
menghala ke lokasi yang sama, pilih untuk mengunakan sistem navigasi
sendiri. Dengan cara itu, anda berdua boleh tiba ke destinasi anda, tanpa
tekanan dan bahaya.

Anda mungkin juga menyukai