Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN BERKONVOI

1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan. 2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat. 3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek) 4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang. 5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi. 6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong 7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas. 8. Tiada marshall yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang) 9. Tiada marshall diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat 10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi. 11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya. 12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda. 13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya. 14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan. 15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. Runner / Side Marshalls sesetengah kelab motorsikal mempunyai runner/side marshall, untuk memastikan kenderaan lain berada jauh disebelah kanan dari konvoi. Runner ini biasanya berada selari dengan konvoi dan berada disebelah kanan sedikit berbanding konvoi. Runner akan sentiasa bergerak kehadapan-belakang sepanjang konvoi untuk memastikan kumpulan konvoi berada dalam formasi. Runner juga biasanya terdiri daripada motorsikal yang berkuasa lebih tinggi.Walaubagaimanapun runner meletakkan diri mereka dalam keadaan bahaya serta risiko yang tinggi. keselamatan masing-masing hendaklah dijaga oleh penunggan itu sendiri dan mengamalkan cara tunggangan defensif.

Anda mungkin juga menyukai