Anda di halaman 1dari 4

Akta Dadah Berbahaya, 1952

Tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport,
menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut,
membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya :15 gram atau lebih berat heroin
15 gram atau lebih berat morfin
15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin
Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat
bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat
bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
1,000 gram atau lebih berat candu masak
1,000 gram atau lebih berat candu mentah
Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
200 gram atau lebih berat ganja
200 gram atau lebih berat resin ganja
Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
40 gram atau lebih berat kokain
2,000 gram atau lebih berat daun koka
50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
50 gram atau lebih berat Amphetamine
50 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamphetamine (DOB)
50 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine (DOET)
50 gram atau lebih berat Methamphetamine
50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
50 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA )
Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam
perenggan (xi) hingga (xxiv)
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta
Dadah Berbahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya :terdapat :- 5 gram atau lebih berat heroin
gram atau lebih berat morfin
gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat
bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
250 gram atau lebih berat candu masak
250 gram atau lebih berat candu mentah
Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
50 gram atau lebih berat ganja
50 gram atau lebih berat resin ganja
Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
15 gram atau lebih berat kokain
750 gram atau lebih berat daun koka
30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-1(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
30 gram atau lebih berat Amphetamine
30 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
30 gram atau lebih berat 2, 5-Dimethoxybromoamphetamine (DOET)
30 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine MMDA
30 gram atau lebih berat Methamphetamine
30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
30 gram atau lebih berat Methylenedioxyamphetamine (MDA)
30 gram atau lebih berat N-ethyl MD
30 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA)

Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam
perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10
sebatan rotan.
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya
ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur
hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002.
Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula
selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan
dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.
Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari 7 hingga 13
tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Sumber Maklumat:http://www.adk.gov.my
Merawat ketagihan opioid di Malaysia

Terdapat 4 bidang utama dalam program pemulihan dadah di Malaysia:


1. Pengesanan dan penyahtoksinan
2. Pemulihan dalam institusi
3. Pemantauan dalam masyarakat dan penjagaan susulan
4. Farmakoterapi atau terapi penggantian dadah (DST)
* Pengesanan dan penyahtoksinan
Sebanyak 22 hospital telah diwartakan sebagai pusat pengesanan ketagihan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
manakala terdapat beberapa buah pusat penyahtoksinan. Proses penyahtoksinan dilakukan menggunakan kaedah
berhenti terus. Kaedah tersebut bermakna penagih perlu menghadapi gejala tarikan tanpa sebarang ubat untuk
mengurangkan kesannya.
* Pemulihan dalam institusi
Institusi pemulihan penagih dinamakan Pusat Serenti yang terdapat di seluruh negara. Di sana, penagih dadah
akan menjalani program pemulihan antara lapan bulan hingga dua tahun lamanya. Matlamat program tersebut
adalah untuk memulihkan seseorang yang ketagihan dari segi fizikal dan psikologi, dalam satu persekitaran
terkawal serta bebas daripada pengaruh dadah.
* Pemantauan dalam masyarakat dan penjagaan susulan
Pemulihan ialah satu proses jangka panjang dan tidak berakhir apabila penagih meninggalkan institut pemulihan
(Pusat Serenti). Mereka yang berjaya keluar dari institut diawasi selama dua tahun oleh Pegawai Pemulihan
Dadah untuk membolehkannya kembali ke pangkuan masyarakat.
* Farmakoterapi atau Terapi Penggantian Dadah (DST)
Buprenorphine/naloxone
Sebagai opioid agonis, buprenorphine mengikat reseptor opioid di dalam otak, mengurangkan keinginan dan juga
mengekang sindrom penarikan opioid. Rawatan ini amat berkesan bagi mereka yang mahu mengawal gejala
penyakit dan ketagihan mereka.
Buprenorphine juga mengandungi naloxone yang menyebabkan gejala tarikan yang teruk jika tidak diambil
seperti yang diarahkan. Ini bertujuan mengurangkan potensi penyalahgunaan rawatan, memudahkan pesakit
mendapatkan rawatan dan mengurangkan kos penyeliaan jangka panjang penyakit.
Dianggap sebagai terapi penggantian dadah, buprenorphine/naloxone membolehkan pesakit yang ketagih opioid
bertukar lebih awal kepada terapi di rumah dan juga dos yang kurang kerap (selang setiap satu hari atau tiga kali
seminggu), membolehkan pesakit menjalani kehidupan seperti biasa dan bekerja. Buprenorphine/naloxone tidak
mengubati masalah ketagihan, tetapi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada pelan rawatan, ia boleh
membantu pesakit yang ketagih opioid untuk terus menjauhkan diri daripada dadah. Terapi ini merupakan satu
alat penting dalam program rawatan yang merangkumi terapi dan sokongan.
Methadone
Methadone ialah sejenis ubat cecair yang diambil setiap hari di klinik methadone atau pejabat doktor di bawah
penyeliaan secara langsung. Methadone ialah sejenis opioid agonis penuh yang mengaktifkan reseptor opioid di
dalam otak, merangsangnya untuk menghalang isyarat sakit dan menyebabkan perasaan euforia.

Rencana ini disumbangkan oleh Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) sebagai menyokong kempen Jiwa Baru, satu
inisiatif pendidikan awam bagi merawat ketagihan opioid.
KUALA LUMPUR: Kempen anti dadah di pusat-pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur ialah pendekatan terbaru
Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dalam usahanya mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, kata Ketua
Pengarah AADK Datuk Sabran Napiah.
Beliau berkata kempen dengan slogan dancing without drugs (menari tanpa pengaruh dadah) itu amat relevan
diadakan di pusat-pusat hiburan kerana gejala penyalahgunaan dadah kebanyakannya bermula di tempat ini.
Kita dapati dadah sintetik seperti ecstasy merupakan dadah paling popular di pusat-pusat hiburan. Jabatan
narkotik PDRM mendapati pil ecstasy mencatatkan rampasan tertinggi iaitu hampir 8,139 biji (2007), empat kali
ganda berbanding tahun sebelumnya, iaitu 2,360 biji, katanya.
more...
Kumpulan sasar kita ialah pengusaha pusat-pusat hiburan. Ini bagi memastikan premis mereka bebas daripada
sebarang bentuk aktiviti penyalahgunaan dadah, sekaligus dapat memulihkan imej pusat hiburan yang tercalar
dengan gejala tidak bermoral ini, katanya.
Sabran berkata pelaksanaan kempen anti dadah di pusat hiburan ini diharap dapat menggerakkan semua
pengusaha pusat hiburan agar berganding bahu dan mengambil langkah proaktif membanteras penyalahgunaan
dadah yang berleluasa pada masa kini.
Semua pengunjung berkenaan ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang
boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM5,000 dan hukuman penjara jika sabit kesalahan
Kerajaan memandang serius gejala pengambilan pil ecstasy dan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, sesiapa
yang memiliki pil ecstasy boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau keduaduanya sekali.
eberapa pengedar pil ecstasy tiruan telah membuka makmal memproses pil berkenaan berikutan pengambilan pil
ecstasy tiruan itu semakin meningkat di kalangan remaja di negara ini. Sebiji pil ecstasy tiruan dijual di pusat
hiburan dengan harga di antara RM45 dan RM80 mengikut gred. Manakala pil ecstasy tulen dijual dengan harga
lebih mahal iaitu di antara RM80 dan RM200 mengikut gred. Pil ecstasy tiruan yang popular dan sering dijual di
pusat hiburan ialah WY, Diamond Brand, 88, YY coklat serta unggu muda dan biru muda. Berdasarkan maklumat
polis di beberapa negeri penggunaan pil itu amat ketara di negara ini, walaupun angka tepat mengenai rampasan
pil itu tidak diperole

Anda mungkin juga menyukai