Anda di halaman 1dari 4

Jenayah Narkotik

Narkotik adalah ubat yang digunakan untuk mengurangkan atau


menghilangkan kesakitan yang teruk. Narkotik juga boleh dipanggil opioid.
Penyalahgunaan narkotik adalah keadaan di mana anda terus
menggunakan dadah walaupun ia menyakiti anda atau orang lain.

Faktor-faktor penyalahgunaan narkotik

Terdapat banyak faktor risiko penyalahgunaan narkotik, seperti:


 Sikap antisosial dan ingin bereksperimen (iaitu sifat memberontak)
semasa remaja
 Faktor persekitaran
 Masalah keluarga
 Keahlian dalam kumpulan samseng
 Budaya bahagian tengah bandar
 Kemiskinan
 Kekayaan atau pendapatan boleh guna
 Sejarah keluarga dalam penyalahgunaan bahan dan ketagihan dadah
 Kurang keyakinan diri

Kesan- kesan jenayah narkotik

Menjejaskan imej negara

Mengancam dan membahayakan keselamatan penduduk

Menyebabkan kerugian harta benda

Menimbulkan kebimbangan masyarakat

Menjejaskan pertumbuhan industri pelancongan

Meningkatkan jumlah mangsa yang terbunuh, tercedera dan trauma


Akta Dadah Berbahaya 1952 khusus mengawalselia import, eksport, pengilangan, penjualan dan
penggunaan opium, dadah berbahya dan bahan-bahan berkaitan. Tafsiran “Pengedaran Dadah”
termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan,
menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut,
membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah
berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam
miliknya :-

 15 gram atau lebih berat heroin


 15 gram atau lebih berat morfin
 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram
atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram
atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

 1,000 gram atau lebih berat candu masak


 1,000 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah

 200 gram atau lebih berat ganja


 200 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

 40 gram atau lebih berat kokain


 2,000 gram atau lebih berat daun koka
 50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
 50 gram atau lebih berat Amphetamine
 50 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
 50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamphetamine (DOB)
 50 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine (DOET)
 50 gram atau lebih berat Methamphetamine
 50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
 50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
 50 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
 50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
 50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
 50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
 50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA )

Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang
disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta

Dadah Berbahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya :terdapat :- 5 gram atau lebih berat
heroin
 gram atau lebih berat morfin
 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram
atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

 250 gram atau lebih berat candu masak


 250 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah

 50 gram atau lebih berat ganja


 50 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

 15 gram atau lebih berat kokain


 750 gram atau lebih berat daun koka
 30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-1(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
 30 gram atau lebih berat Amphetamine
 30 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
 30 gram atau lebih berat 2, 5-Dimethoxybromoamphetamine (DOET)
 30 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine MMDA
 30 gram atau lebih berat Methamphetamine
 30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
 30 gram atau lebih berat Methylenedioxyamphetamine (MDA)
 30 gram atau lebih berat N-ethyl MD
 30 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
 30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
 30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
 30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
 30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA)

Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang
disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun
atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah
Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun
sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8
Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah
yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau
pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan
sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.

Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari
7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik


Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM ditubuhkan bagi membenteras gejala pengedaran dan
penyalahgunaan dadah. Jabatan ini telah disusun semula pada 2 Januari 1996, diketuai oleh seorang Pengarah
berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah
(Penguatkuasaan / Pencegahan / Kepolisan Am) dan Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta / Perundangan
/ Tahanan ). Matlamat utama Jabatan Narkotik ialah untuk mencapai perkhidmatan yang
cekap dan cemerlang dalam menangani masalah dadah negara.

Fungsi

 Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah


 Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
 Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
 Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
 Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
 Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negara
 Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
 Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan
sindiket pengedaran dadah
 Menyediakan latihan kepada pegawai / anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik samada di dalam
dan luar negara
 Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negara
Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini ialah:

 Siasatan Khas
 Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
 Pentadbiran
 Tahanan
 Perlucuthakan Harta
 Soalsiasat
 Pakar/Bantuan Teknik
 Rekod/Perangkaan
 Pendaftaran
 Logistik
 Petugas Lapangan Terbang
 STING

Anda mungkin juga menyukai