Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau
lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau
lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan
di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta
Dadah Berbahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya :terdapat :- 5 gram atau lebih berat heroin
Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih
berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan
di dalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur
hidup atau 10 sebatan rotan.
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952
sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh
dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos
2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih
semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam
komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.
Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari 7
hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Sumber Maklumat:http://www.adk.gov.my