Anda di halaman 1dari 63

BUKU PANDUAN SPAD ICOP

KESELAMATAN UNTUK PENGENDALI


KENDERAAN BARANGAN


1


ISI KANDUNGAN
1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI SPAD ........................................................................................ 4
2.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 5
3.0 PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ....................................................... 9
Dasar Keselamatan dan Kesihatan .......................................................................................... 10
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ........................................................................... 11
4.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN .......................................................................................... 15
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan ...................................................................................... 17
Pegawai Keselamatan sebagai Penasihat kepada Pengendali ............................................ 18
HIRARC ......................................................................................................................................... 18
Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Pemandu .............................................................. 21
Penglibatan Pekerja dalam Agenda Keselamatan ................................................................ 22
Pelan Tindakan Kecemasan ...................................................................................................... 23
Pemantauan Audit ...................................................................................................................... 23
Hasil Penemuan Audit Dalaman ............................................................................................... 24
Fokus Utama Langkah-langkah Penambahbaikan ................................................................. 24
5.0 PENGURUSAN PEMANDU .......................................................................................................... 25
Prosedur Pengambilan Pemandu ............................................................................................. 26
Latihan Pra-perkhidmatan untuk Pemandu ........................................................................... 26
Amalan Pemanduan Berhemah ................................................................................................ 27
Tempoh Pemanduan dan Had Waktu Bekerja ....................................................................... 28
Pemantauan Pemandu ............................................................................................................... 29
Kesihatan dan Kebajikan Pemandu ......................................................................................... 29
6.0 PENGURUSAN KENDERAAN LORI ................................................................................... 31
Pemeriksaan Harian ................................................................................................................... 32
Merekodkan Kerosakan Kenderaan .......................................................................................... 32
Pelan Penyelenggaraan dan Pemeriksaan Keselamatan Kenderaan Barangan ................ 32
Rekod Pengurusan Kenderaan .................................................................................................. 33
Latihan Mengenai Cara dan Kaedah Pemeriksaan Keselamatan Kenderaan .................... 33
7.0 PENGURUSAN RISIKO DI TEMPAT KERJA DAN SEPANJANG PERJALANAN ....................... 34
HIRARC ......................................................................................................................................... 34
Penaksiran Bahaya dan Risiko Perjalanan .............................................................................. 34
Kemudahan Rehat dan Rawat bagi Perjalanan Jauh ............................................................ 40
2

Pemantauan Perjalanan Melalui GPS oleh Pusat Kawalan Pemandu................................. 40
Pelan Tindakan Kecemasan ...................................................................................................... 40
Laporan dan Penyiasatan Kemalangan ................................................................................... 41
Pengurusan Aduan ...................................................................................................................... 42
8.0 DOKUMENTASI DAN PENYIMPANAN REKOD .......................................................................... 43
9.0 KESIMPULAN .............................................................................................................................. 44
LAMPIRAN A-1 .............................................................................................................................. 45
Senarai Semakan oleh Pegawai Keselamatan / Pegawai Penyelia dan Pemandu Secara
Berkala ......................................................................................................................................... 45
LAMPIRAN A-2 .............................................................................................................................. 47
Senarai Semakan oleh Pegawai Keselamatan / Pegawai Penyelia dan Pemandu Setiap
Hari (sebelum perjalanan dimulakan) .................................................................................... 47
LAMPIRAN B ................................................................................................................................. 48
Senarai Semakan Harian untuk Kenderaan oleh Pegawai Keselamatan / Pegawai
Penyelia dan Pemandu .............................................................................................................. 48
LAMPIRAN C ................................................................................................................................. 49
LAMPIRAN D ................................................................................................................................. 60
Senarai Semakan Ketua Pegawai Pengurusan (KPP)............................................................. 60
LAMPIRAN E ................................................................................................................................. 61
Senarai Semakan Pusat Kawalan ............................................................................................. 61
LAMPIRAN F ................................................................................................................................. 61
Pelan Bantuan Kecemasan untuk Mangsa Kemalangan Jalan Raya (ERP)......................... 61
LAMPIRAN G ................................................................................................................................. 62

3

SINGKATAN KATA DAN ISTILAH

SINGKATAN KATA ISTILAH
ABS Sistem Brek Anti-kunci (Anti-lock Braking System)
Akta PAD Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)
BDM Berat dengan muatan
BTM Berat tanpa muatan
ERP Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan)
DUI Memandu di bawah pengaruh (Driving under the influence)
GPS Penentu Kedudukan Dunia (Global Positioning System)
HIRARC
Pengenalpastian Bahaya, Penaksiran Risiko dan Kawalan
Risiko (Hazard Identification, Risk Assessment & Risk
Control)
HRDF
Dana Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource
Development Fund)
ICOP SHE 2010
Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
2010 (Industry Code of Pracise Safety, Health &
Environment 2010)
JKKP Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan
KEJARA Sistem Keselamatan Jalan Raya
KPE Ketua Pegawai Eksekutif
KPO Ketua Pegawai Operasi
KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
OBK Operasi Bantuan Kecemasan
OSHA
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(Occupational Safety and Health Act 1994)
PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial
PDRM Polis Di-Raja Malaysia
PUSPAKOM Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer
RnR Rehat dan Rawat
SHE
Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (Safety, Health &
Environment)
SOP Peraturan Operasi Piawai (Standard Operating Procedure)
SPAD Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
SPAD ICOP Keselamatan
Tata Amalan Keselamatan Industri Pengangkutan Awam
Darat (SPAD Industrial Code of Practise Keselamatan)
UNECE
Suruhanjaya Ekonomi Eropah di Bawah Bangsa-Bangsa
Bersatu (United Nations Economic Commission for Europe)
MIROS
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
(Malaysian Institute of Road Safety Research)
4


1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI SPAD

Buku Panduan SPAD ICOP - Keselamatan Pengendali Kenderaan Barangan ini
bertujuan untuk memberikan garis panduan keselamatan yang praktikal bagi
pengendali untuk memenuhi tanggungjawab mereka dalam memastikan
keselamatan operasi dan meminimakan insiden dan kemalangan.
Usaha SPAD ICOP - Keselamatan memerlukan komitmen daripada pengurusan kanan
setiap pengendali-pengendali kenderaan barangan bagi memastikan kejayaan
inisiatif ini. Sebagai titik permulaan bagi program ini, SPAD sedang menganjurkan
siri latihan khususnya bagi ahli-ahli pengurusan kanan syarikat pengendali
kenderaan barangan.
Penghasilan utama yang diharapkan melalui program latihan SPAD ICOP
Keselamatan adalah -
i. menjadikan agenda keselamatan sebagai keutamaan nombor satu oleh
setiap pengendali pengangkutan awam darat.
ii. menerapkan nilai-nilai moral yang membantu untuk mengatasi masalah dan
kelemahan amalan keselamatan bagi pengendali pengangkutan awam darat;
dan
iii. menjadikan amalan keselamatan sebagai budaya dan norma industri
pengangkutan awam darat.
Saya berharap, bahawa dengan kejayaan pelaksanaan program SPAD ICOP -
Keselamatan, budaya keselamatan akan menjadi kebiasaan bagi semua pengendali
pengangkutan awam darat. Ini akan membantu untuk mengurangkan kecederaan
dan kematian yang melibatkan orang awam, pengguna dan pekerja-pekerja di
sektor pengangkutan awam darat.





Tan Sri Dato Sri Syed Hamid Albar
Pengerusi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tarikh:
5

KOD AMALAN INDUSTRI (ICOP) SPAD KESELAMATAN BAGI PENGENDALI BAS
2.0 PENGENALAN

Objektif
2.1 Bagi tempoh 2002 hingga tahun 2011, bilangan kematian dari
kemalangan yang membabitkan kenderaan barangan telah
meningkat daripada 197 orang kepada 247 orang.
2.2 Dalam tempoh yang sama, bilangan kematian dari kemalangan
yang membabitkan motosikal telah meningkat dari 3,429 orang
kepada 4,169 orang. Bilangan kematian pemandu dan
penumpang yang terlibat di dalam kemalangan kereta juga
telah meningkat dari 1,023 orang kepada 1,389 orang .
2.3 Kematian yang membabitkan kemalangan bas telah menurun
daripada 70 orang kepada 29 orang dalam tempoh yang sama
juga.


Rajah 1: Perbandingan Antarabangsa - Kadar kematian bagi setiap 10,000 kenderaan
berdasarkan perangkaan tahun 2006


6

Rajah 2 : Perbandingan Antarabangsa - Kadar Kematian per billion Vehicle Kilometers
Travelled (VKT) berdasarkan perangkaan tahun 2004.

2.4 Peningkatan bilangan kematian, kecederaan ringan serta
kecederaan parah menghasilkan impak yang besar dan
meninggalkan kesan negatif kepada aspek-aspek ekonomi dan
sosial seperti;
kehilangan nyawa;
peningkatan bilangan orang kelainan upaya (OKU);
peningkatan bebanan kerja dan kos rawatan mangsa
kemalangan di bahagian kecemasan di hospital-hospital;
peningkatan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh
syarikat-syarikat insurans;
7

peningkatan kadar premium insurans bagi pengendali
kenderaan barangan berdasarkan penambahan risiko
kemalangan dan tuntutan; dan
trauma dan kos rawatan pemulihan yang tinggi kepada mangsa
dan ahli keluarga mangsa kemalangan.

Punca Utama Kemalangan Lori
2.5 Berdasarkan kajian MIROS punca utama kemalangan kenderaan
barangan ialah:
PUNCA KEMALANGAN FAKTOR PENYUMBANG PERATUS (%)
DUI (Driving Under Influence) Pemandu/Pengurusan 1.7
Kerosakan tayar Pengurusan 1.7
Kerosakan jalan Pihak berkuasa jalan 2.9
Kebolehlihatan (Conspicuity) Pengurusan 2.6
Kerosakan brek Pengurusan 3.3
Melanggar syarat SHE Pengurusan 9.6
Keletihan pemandu
Pemandu/Pihak
Pengurusan/Penyelia
9.9
Melebihi had kelajuan Pemandu 12.2
Membawa muatan berlebihan
Pemandu/Pihak
berkepentingan
13
Pemanduan merbahaya Pemandu 16.2
Sumber MIROS


8


2.6 Kerosakan jalan didapati menyumbang kepada 2.9% daripada
kemalangan yang melibatkan kenderaan barangan.


Rajah 3 : Peratusan Kemalangan Kenderaan Pengangkutan Awam
Mengikut Kategori Pengguna

9

3.0 PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
3.1 Seksyen 37 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(OSHA 1994) memperuntukkan bahawa setiap pengendali
dikehendaki menerajui program keselamatan. Seksyen 58(1)
Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta PAD) pula
memperuntukkan bahawa pengendali berlesen dan pekerjanya
hendaklah memberi keutamaan paling tinggi kepada keselamatan
penumpang dan memastikan kenderaan barangan itu
disenggarakan dalam keadaan baik. Sejajar dengan peruntukan-
peruntukan ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
membangunkan SPAD Industry Code Of Practise (ICOP) -
Keselamatan yang dikuatkuasakan sebagai salah satu syarat Lesen
Pengendali bagi kenderaan barangan. Teras utama SPAD ICOP
Keselamatan adalah seperti berikut:
i. penggubalan dan pelaksanaan dasar keselamatan
(comprehensive safety policy formulation and
implementation)
ii. pematuhan pada struktur organisasi keselamatan, kesihatan
dan persekitaran (Safety, Health and Environment atau
SHE)
(effective organization and management of SHE)
iii. perancangan dan pelaksanaan agenda dan program-program
keselamatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) dan pihak
pengurusan
(effective planning and implementation)
iv. pemantauan dan penilaian setiap program oleh pihak
pengurusan
(safety evaluation)
v. tindakan penambahbaikan dan pembetulan secara
berterusan
(continuous preventive and corrective action)

3.2 Program keselamatan dan kesihatan syarikat oleh pengendali
kenderaan barangan di bawah SPAD ICOP - Keselamatan
hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut:
i. penetapan dan pelaksanaan dasar keselamatan dan
kesihatan;
10

ii. penubuhan jawatankuasa SHE;
iii. mesyuarat bulanan jawatankuasa SHE yang dipengerusikan
oleh KPE atau Pengurus Kanan;
iv. perlantikan seorang pegawai keselamatan;
v. penaksiran dan kawalan risiko - Hazard Identification, Risk
Assessment and Risk Control (HIRARC);
vi. program latihan dalaman atau luaran untuk meningkatkan
kemahiran dan kesopanan pemandu;
vii. penglibatan secara aktif oleh pekerja-pekerja syarikat di
dalam agenda keselamatan;
viii. penyimpanan rekod secara teratur berdasarkan senarai
rekod yang ditetapkan sebagai wajib di bawah program
SPAD ICOP - Keselamatan;
ix. pelan tindakan kecemasan (Emergency Response Plan atau
ERP) dan ujian persediaan ERP sekali setahun;
x. pemantauan program-program di bawah SPAD ICOP
Keselamatan melalui audit dalaman dan luaran; dan
xi. langkah-langkah penambahbaikan dan pembetulan secara
berterusan.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan
3.3 Setiap pengendali hendaklah menyediakan dan mempamerkan
dasar keselamatan dan kesihatan serta plan strategik untuk
melaksanakan dasar tersebut sebagai keperluan wajib dibawah
SPAD ICOP Keselamatan dan juga untuk memenuhi keperluan di
bawah Seksyen 16 OSHA.
3.4 Majikan hendaklah berunding dengan pekerja atau wakil
pekerja untuk mencapai persetujuan bersama dalam merangka
dasar keselamatan dan kesihatan.
3.5 Dasar keselamatan dan kesihatan hendaklah ditulis dengan jelas,
ditandatangani oleh KPE dan dipamerkan di tempat yang
strategik dalam pejabat serta dimaklumkan kepada pekerja dan
pelanggan syarikat.
3.6 Kewajipan untuk menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja ialah tanggungjawab semua pengendali. Antara
perkara yang perlu diutamakan dalam pelaksanaan dasar
11

keselamatan dan kesihatan oleh setiap pengendali pengangkutan
awam darat ialah:-
i. komitmen pihak pengurusan kanan terhadap agenda
keselamatan;
ii. pematuhan kepada kehendak SPAD ICOP Keselamatan,
OSHA dan ICOP SHE 2010;
iii. penyertaan pekerja di setiap peringkat organisasi dalam
jawatankuasa SHE;
iv. kajian semula dasar keselamatan dan kesihatan dari
semasa ke semasa;
v. mesyuarat bulanan jawatankuasa SHE yang
dipengerusikan oleh pengurusan kanan atau Ketua
Pegawai Operasi (KPO);
vi. pelaksanaan audit dalaman oleh pengendali (setiap enam
bulan); dan
vii. pelaksanaan audit luaran oleh pihak berwajib sekali
setiap setahun.
3.7 Majikan hendaklah memantau dan menilai keberkesanan
pelaksanaan semua program keselamatan dan kesihatan serta
melaksanakan penambahbaikan hasil daripada penemuan audit
dalaman dan luaran.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
3.8 Menurut Seksyen 30 OSHA, tiap-tiap majikan untuk sektor
pengangkutan awam darat hendaklah menubuhkan suatu
jawatankuasa SHE di tempat kerja masing-masing.
3.9 SPAD telah memutuskan bahawa jawatankuasa SHE hendaklah
diwujudkan oleh semua pengendali pengangkutan awam darat
yang mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pekerja.
12


3.10 Pengendali yang mempunyai kurang daripada lima (5) orang
pekerja dikehendaki melaksanakan semua komponen kritikal SHE
merangkumi Pengurus Kanan sebagai peneraju agenda
keselamatan dari aspek berikut:
i. pengurusan pemandu;
ii. pengurusan kenderaan;
iii. penyimpanan rekod-rekod kritikal; dan
iv. pengurusan risiko.



Rajah 3.2 Jawatankuasa SHE
13


3.11 Lima elemen utama yang kritikal bagi menjayakan program SPAD
ICOP - Keselamatan ialah:
i. Pengurusan dan pemantauan program SHE (Bab 4.0)
Pengurusan kanan hendaklah memainkan peranan yang
proaktif dan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk
melindungi keselamatan pekerja-pekerja syarikat dan
orang awam.

ii. Pengurusan pemandu (Bab 5.0)
Pengurusan kanan hendaklah memimpin dan
melaksanakan program pengurusan pemandu
berdasarkan amalan terbaik yang merangkumi prosedur
pengambilan, latihan pemandu, penjadualan pemandu,
disiplin pemandu, imbuhan pemandu, kebajikan
pemandu, had jam pemanduan dan had jam waktu
bekerja serta pelaksanaan sistem merit dan demerit.

iii. Pengurusan kenderaan (Bab 6.0)
Program pengurusan kenderaan bertujuan memantau
dan memastikan setiap kenderaan berada dalam
keadaan mekanikal yang selamat untuk setiap
perjalanan. Program ini hendaklah merangkumi amalan
terbaik dari aspek penyelenggaraan kenderaan,
pemeriksaan kenderaan, pematuhan kepada piawaian
teknikal dan pemeriksaan kenderaan sebelum
perjalanan.

iv. Pengurusan risiko perjalanan (Bab 7.0)
Langkah-langkah tebatan risiko ialah faktor penting
untuk setiap perjalanan yang selamat. Oleh itu, pihak
pengurusan kanan syarikat hendaklah memastikan pusat
kawalan pemandu memainkan peranan untuk memantau
tingkah laku pemandu dalam perjalanan melalui sistem
GPS.
14

Rekod GPS perlu dimuat turun setiap hari dan diteliti
oleh pegawai penyelia untuk mendisplinkan pemandu
yang melanggar peraturan keselamatan.
Faktor alam sekitar seperti kawasan berbukit, banjir,
haiwan melintas, pembaikan jalan, dan risiko di jalan
raya ialah faktor-faktor penting yang perlu ditangani
oleh pengurusan kanan.
Setiap kenderaan hendaklah dilengkapi dengan
peralatan keselamatan berdasarkan senarai peralatan
keselamatan yang ditetapkan oleh SPAD.

v. Pengurusan rekod (Bab 8.0)
Data dan rekod kemalangan, aduan, latihan, pengurusan
kenderaan, pengurusan pemandu, dan pengurusan risiko
perjalanan, audit dan jawatankuasa SHE perlu
didokumenkan dan difailkan dengan teratur supaya ianya
mudah untuk dirujuk dan disemak.




15

4.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN


4.0 Tanggungjawab Pengurusan

4.1 Pengendali dan pengurusan kanan hendaklah memperjuangkan
dan mengutamakan aspek-aspek keselamatan supaya nilai murni
keselamatan menjadi amalan harian dan industri. Aspek-aspek
yang perlu diutamakan oleh setiap pengendali ialah:
i. dasar keselamatan dijadikan landasan program-program
keselamatan;
ii. mesyuarat jawatankuasa SHE diadakan secara bulanan;
iii. audit dalaman dilaksanakan setiap enam bulan dan
kemajuan keberkesanan program keselamatan dipantau
oleh pengendali;
iv. rekod GPS dimuat turun oleh pegawai penyelia, serta
disemak setiap hari dan dipantau kemajuan
perlaksanaannya oleh pihak pengurusan kanan;
v. aduan pelanggan hendaklah direkodkan oleh pegawai
penyelia/pegawai pengurusan dan dipantau setiap hari;
vi. laporan harian penyelia diteliti oleh pengurusan kanan
secara berkala dari aspek keselamatan berdasarkan 5
elemen kritikal SHE dan diambil tindakan penambahbaikan
16

dengan sertamerta bagi setiap kesalahan dan pelanggaran
syarat;
vii. pemantauan oleh pegawai penyelia dan pihak pengurusan
terhadap pematuhan pemandu-pemandu syarikat pada had
pemanduan lapan (8) jam sehari dan had waktu bekerja
sepuluh (10) jam sehari serta cuti sehari dalam tempoh
enam (6) hari bekerja;
viii. penyiasatan ke atas sebarang kemalangan atau insiden yang
berlaku dalam perjalanan (en-route the journey), dan
membuat cadangan kepada majikan mengenai langkah-
langkah yang hendak diambil bagi mencegah dan
berulangnya peristiwa itu;
ix. penelitian oleh pengurusan untuk memastikan prosedur
mengenai pengurusan pemandu, kenderaan dan risiko
perjalanan mencontohi amalan terbaik dan dipatuhi
sepenuhnya di setiap peringkat organisasi;
x. memastikan supaya ERP disediakan dan dimaklumkan
kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam organisasi
khususnya yang berperanan untuk mematuhi dan
melaksanakannya; dan
xi. melaksanakan pelan kemajuan kerjaya untuk setiap
kakitangan dalam organisasi.


17


Rajah 3.2 Carta Aliran SPAD ICOP - Keselamatan untuk Pengendali Kenderaan Barangan

4.2 Pihak pengurusan syarikat hendaklah mengambil langkah untuk
menyediakan peluang latihan yang mencukupi kepada anggota
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan untuk membolehkan
mereka melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap.
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
4.3 Bagi memenuhi keperluan di bawah seksyen 29 OSHA 1994, SPAD
ICOP Keselamatan menghendaki setiap pengendali yang
mempunyai lebih dari 40 orang pekerja melantik seorang Pegawai
Keselamatan bagi mengawasi pelaksanaan agenda keselamatan.

18

Pegawai Keselamatan sebagai Penasihat kepada Pengendali
4.4 Pegawai keselamatan syarikat hendaklah menjalankan kewajipan
seperti yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan)
1997. Antara tugas utama Pegawai Keselamatan adalah seperti
yang berikut:
i. menasihati pengurusan atasan mengenai isu-isu
keselamatan;
ii. memeriksa tempat kerja untuk mengenal pasti bahaya yang
boleh menyebabkan kemalangan;
iii. menyiasat sebarang kemalangan di tempat kerja atau
kemalangan nyaris atau apa-apa situasi yang berisiko
berdasarkan 5 elemen kritikal SHE;
iv. melaksanakan dan mengawasi program keselamatan di
tempat kerja;
v. menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan; dan
vi. mengemukakan laporan berkala kepada pihak pengurusan
kanan berkaitan aktiviti keselamatan di tempat kerja
terutamanya aspek-aspek yang perlu diperbaiki.
HIRARC
4.5 Pengurusan hendaklah mengenal pasti semua bahaya yang
berkaitan dengan aktiviti pengangkutan jalan dan juga aktiviti di
bengkel dan depoh. Penaksiran risiko terhadap bahaya hendaklah
dijalankan secara holistik termasuk langkah kawalan risiko bagi
mencegah daripada berlakunya kemalangan akibat daripada
risiko yang dikesan.
19


4.6 Penaksiran risiko hendaklah mengambil kira faktor pemandu,
kenderaan, jalan dan persekitaran tempat kerja. Penaksiran
risiko perjalanan oleh pengurusan hendaklah diambil kira perkara
yang berikut:
i. kategori jalan yang digunakan (berselekoh, tiada
penghadang jalan, kawasan berbukit dan sebagainya);
ii. jenis kenderaan;
iii. tanda amaran jalan dan kenderaan yang tidak jelas;
iv. kesihatan pemandu;
v. kelayakan dan kemahiran pemandu-pemandu;
vi. Peraturan Operasi Piawai (Standard Operating Procedure
atau SOP) keselamatan sebagai dokumen induk untuk
dirujuk dan dipatuhi di setiap peringkat organisasi;
vii. tahap pematuhan kepada peraturan keselamatan semasa
membaik pulih dan menyelenggara kenderaan;
viii. kawalan risiko dalam pengendalian dan penggunaan bahan
kimia; dan
ix. pematuhan kepada peraturan keselamatan bagi aktiviti
yang berkaitan dengan gas dan penggunaan kelengkapan
elektrik mudah alih.
4.7 Langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan oleh pengurusan
bagi meminimakan risiko hendaklah meliputi program-program
seperti berikut:
i. program latihan pekerja berdasarkan penilaian keperluan
latihan;
ii. pemeriksaan kesihatan pemandu secara berkala;
iii. membangunkan prosedur kerja yang selamat untuk kerja-
kerja di premis operasi;
iv. program latihan mengenai pemanduan yang selamat;
v. perancangan reka bentuk dan susun atur bengkel
berdasarkan amalan terbaik;
vi. pemeriksaan harian kenderaan oleh pemandu dan pegawai
penyelia sebelum dan selepas perjalanan;
vii. penyelenggaraan berkala setiap kenderaan berdasarkan
manual pembuat kenderaan; dan
20

viii. pemeriksaan peralatan keselamatan seperti tali pinggang
keledar, alat pemadam api, pintu kecemasan, kon
keselamatan dengan bahan pemantul cahaya, lampu suluh,
alat pemotong tali pinggang, peti keselamatan pertolongan
cemas.
4.8 Contoh aktiviti pejabat dan aktiviti dalam perjalanan yang
perlu dikawalselia oleh pengurusan dari aspek-aspek
keselamatan ialah:
i. pengurusan keselamatan di terminal, depoh dan bengkel;
ii. kawalan aspek keselamatan ketika menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan dan membaik pulih kenderaan;
iii. kawalan risiko dalam perjalanan;
iv. panduan keselamatan bagi penggunaan peralatan dan
jentera berat semasa kerja-kerja membuka, memasang dan
membaik pulih kenderaan; dan
v. kawalan keselamatan bagi aktiviti mengangkat dan
memunggah barang muatan, bagasi dan alat ganti
kenderaan.
4.9 Contoh risiko yang perlu diawasi oleh pengurusan dan pegawai
penyelia terhadap pemandu kenderaan barangan ialah:
i. meletak kenderaan di kawasan larangan;
ii. melebihi had muatan yang dibenarkan;
iii. membawa muatan secara tidak selamat;
iv. melanggar had kelajuan;
v. menggunakan telefon bimbit semasa memandu;
vi. merokok dalam perjalanan;
vii. memandu dalam keadaan mengantuk dan keletihan;
viii. memandu secara merbahaya;
ix. tidak memakai tali pinggang keledar;
x. keadaan brek;
xi. keadaan tayar;
xii. keadaan lampu kenderaan; dan
xiii. keadaan stereng.

4.10 Contoh risiko di tempat kerja yang perlu dipantau oleh
pengurusan ialah:
21


i. pelanggaran peraturan keselamatan ketika menjalankan
kerja-kerja membaik pulih kenderaan berkaitan:
gas mudah terbakar
aktiviti kimpalan
aktiviti mengangkat dan menurunkan barang dan muatan
penggunaan kelengkapan elektrik mudah alih
penggunaan bahan kimia

4.11 Peraturan mengenai HIRARC hendaklah didokumenkan dan
disemak oleh pihak pengurusan dan dibentangkan untuk
dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa SHE bagi mendapatkan
sokongan setiap peringkat organisasi.
4.12 Program HIRARC organisasi perlu dikemaskini sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun.
4.13 Bagi pengendalian bahan kimia oleh pekerja, pengendali
hendaklah menjalankan penaksiran risiko terhadap kesihatan
pekerja seperti yang tertakluk di bawah Peraturan-peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard
Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.
Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Pemandu
4.14 Pengendali hendaklah mengenal pasti dan menyediakan latihan
yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan kepada semua
pekerja bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan keperluan
setiap pekerja.
4.15 Pihak pengurusan hendaklah menyediakan program latihan yang
lengkap meliputi latihan berbentuk kemahiran teknikal seperti
latihan pemanduan berhemah, latihan tindakan kecemasan,
kemahiran pengendalian kenderaan, pengendalian alat
keselamatan, ceramah motivasi, dan penerapan nilai-nilai murni.
4.16 Latihan berkaitan pemanduan berhemah dan nilai-nilai murni
hendaklah merangkumi semua pemandu dan pekerja dan
diadakan secara berkala dan berjadual.
22

4.17 Latihan yang dikendalikan hendaklah direkodkan supaya
kemajuan kerjaya, latihan yang diperolehi dan keperluan latihan
setiap pekerja dapat dipantau dengan rapi oleh pengurusan
kanan.
Penglibatan Pekerja dalam Agenda Keselamatan
4.18 Pengurusan kanan hendaklah memastikan bahawa pandangan dan
cadangan yang diberikan oleh pekerja berkenaan isu keselamatan
diterima dan dipertimbangkan. Pekerja hendaklah diberikan
maklum balas tentang kemajuan tindakan yang diambil untuk
mengeratkan perhubungan dan interaksi antara pekerja dengan
pengurusan kanan.
4.19 Isu-isu keselamatan dan kebajikan pekerja hendaklah, antara
lain, meliputi perkara-perkara berikut:
i. dasar dan komitmen syarikat mengenai isu-isu keselamatan
pekerja;
ii. aktiviti seperti pertandingan keselamatan lalu lintas,
seminar, kempen, ceramah, tayangan video, filem dan
dokumentari keselamatan untuk pekerja dan ahli keluarga
mereka;
iii. sudut pameran keselamatan dalam bentuk papan kenyataan
bagi memberikan maklumat berhubung isu-isu dan aktiviti
keselamatan;
iv. peti cadangan bagi aduan dan cadangan berhubung isu-isu
semasa; dan
v. pemantauan tugas penyelia dan pemandu bagi memastikan
pemeriksaan keselamatan dijalankan sebelum dan selepas
setiap perjalanan.
23

Pelan Tindakan Kecemasan
4.20 Pelan Tindakan Kecemasan adalah sangat kritikal sebagai garis
panduan untuk menangani sebarang insiden yang tidak diingini.
4.21 Perkara yang perlu diambil kira oleh pihak pengurusan dalam
merangka Pelan Tindakan Kecemasan ialah:
i. mengenal pasti keadaan yang berpotensi membawa kepada
kecemasan, seperti kemalangan, tumpahan minyak di
laluan, pembocoran gas beracun, kebakaran, banjir,
kejadian tanah runtuh;
ii. peraturan mengosongkan bangunan dan kenderaan dengan
selamat (safe evacuation procedure);
iii. penentuan tempat berkumpul untuk pekerja bagi (insiden di
pejabat) atau SOP penubuhan kawasan rawatan sementara
di tempat kejadian (bagi kemalangan dalam perjalanan);
iv. peraturan menyelamatkan penumpang dan pekerja yang
terperangkap di pejabat atau di dalam kenderaan;
v. pertolongan cemas bagi mangsa yang mengalami
kecederaan di tempat kejadian; dan
vi. prosedur menghubungi pihak berwajib (dengan segera)
termasuk pihak Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat,
pihak Hospital, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Lembaga Lebuhraya dan Pemegang Konsesi Lebuhraya dan
pihak berkuasa jalan persekutuan dan negeri.
Pemantauan Audit
4.22 Garis panduan audit yang telah disediakan oleh SPAD adalah
disertakan bersama dengan buku panduan ini sebagai Lampiran
B. Program audit dalaman hendaklah memberi fokus kepada
kemajuan yang dicapai untuk menyemai nilai-nilai murni di
setiap peringkat organisasi berdasarkan lima komponen kritikal
iaitu pengurusan dan pemantauan perlaksanaan SHE, pengurusan
pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan risiko perjalanan
dan pengurusan sistem rekod.
4.23 Pengurusan atasan dipertanggungjawabkan untuk memastikan
bahawa audit dalaman dilakukan setiap enam bulan dan
penemuannya dibentangkan kepada mesyuarat Jawatankuasa SHE
bagi melaksanakan langkah penambahbaikan. Skop audit dalaman
24

adalah untuk menentukan sama ada program-program
keselamatan yang dilaksanakan oleh syarikat bagi menjaga
keselamatan pekerja, dan mencegah berlakunya kemalangan
jalan raya dan insiden lain menepati amalan terbaik dan
peraturan-peraturan di bawah SPAD ICOP - Keselamatan.
Hasil Penemuan Audit Dalaman
4.24 Penemuan-penemuan audit dalaman hendaklah dibentangkan
oleh pihak pengurusan untuk pertimbangan oleh Jawatankuasa
SHE sebagai asas untuk melaksanakan langkah pembetulan dan
penambahbaikan.
Fokus Utama Langkah-langkah Penambahbaikan
4.25 Langkah-langkah penambahbaikan hendaklah mengambil kira
perkara-perkara berikut:
i. kemajuan perlaksanaan dasar SHE;
ii. pembentangan isu-isu keselamatan kepada mesyuarat
bulanan jawatankuasa SHE;
iii. penglibatan pekerja dalam agenda SHE di setiap peringkat
organisasi;
iv. pematuhan kepada prosedur SHE;
v. penaksiran dan kawalan risiko;
vi. siasatan terhadap kemalangan dan insiden yang berlaku;
vii. langkah penambahbaikan berdasarkan keputusan audit dan
jawatankuasa SHE; dan
viii. kemajuan pelaksanaan amalan SPAD ICOP - Keselamatan.




25

5.0 PENGURUSAN PEMANDU
5.1 Pihak pengurusan kanan hendaklah mengawasi dan memantau
program-program pengurusan pemandu untuk memastikan
amalan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pemandu
mematuhi amalan terbaik. Antara perkara yang mesti diambil
kira ialah:
i. amalan terbaik dalam proses pengambilan pemandu;
ii. penilaian keperluan latihan oleh setiap pemandu;
iii. kemudahan latihan sebagai pemandu profesional (dalaman
atau luaran);
iv. pemantauan tempoh pemanduan dan had waktu bekerja;
v. pemantauan sistem penggiliran pemandu;
vi. pemantauan saman trafik dan rekod GPS;
vii. pengawasan kesihatan dan kebajikan pemandu;
viii. pemantauan setiap perjalanan oleh pusat kawalan operasi
perjalanan;
ix. pemantauan pemandu oleh penyelia sebelum dan selepas
perjalanan; dan
x. pemantauan pemandu oleh pengurusan kanan berdasarkan
rekod GPS dan aduan pelanggan.
5.2 Elemen-elemen kritikal dalam pengurusan dan pemantauan
pemandu adalah seperti pada Rajah 4.1.

Rajah 4.1 Amalan Pengurusan Pemandu yang Baik
26

Prosedur Pengambilan Pemandu
5.3 Prosedur pengambilan pemandu hendaklah diawasi dan
diperketatkan oleh pengurusan kanan untuk memastikan
pemandu bersih daripada rekod kesalahan trafik.
5.4 Kelayakan minimum yang dikehendaki sebelum seseorang dilantik
sebagai pemandu kenderaan barangan ialah:
i. rekod saman trafik yang melebihi daripada 10 saman dalam
masa 3 tahun (habitual offender) dan jenayah berdasarkan
rekod SPAD;
ii. mengesahkan bakal pemandu bersih daripada penglibatan
dalam aktiviti jenayah;
iii. menguji tahap kemahiran pemandu (sekiranya bukti latihan
yang dikemukakan kepada lembaga pengambilan adalah
tidak meyakinkan);
iv. pemeriksaan kesihatan; dan
v. bebas daripada mata demerit di bawah Sistem Merit
Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) JPJ.
Latihan Pra-perkhidmatan untuk Pemandu
5.5 Latar belakang dan jenis kemahiran seseorang pemandu kelas E
sangat penting dijadikan sebagai asas untuk merangka keperluan
latihan pra-perkhidmatan dan juga bagi merancang keperluan
latihan dalam perkhidmatan. Bagi mencapai hasrat ini, antara
perkara yang mesti diberi perhatian ialah:
i. latihan kemahiran asas;
ii. latihan pemanduan profesional;
iii. latihan kemahiran memandu di kawasan berbukit; dan
iv. latihan menangani keadaan kecemasan.
27

Amalan Pemanduan Berhemah
5.6 Pengurusan kanan hendaklah menyediakan senarai semak bagi
perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang pemandu
sebelum memandu, semasa memandu, dan setelah sampai di
destinasi:
Kawalan risiko sebelum pemanduan:
i. pemandu dikehendaki melaporkan diri kepada pegawai
penyelia tiga puluh (30) minit sebelum perjalanan
dijadualkan;
ii. pemandu hendaklah berada di dalam keadaan sihat untuk
bertugas;
iii. pemandu tidak dibenarkan mengambil jenis ubat yang boleh
mengganggu pemanduan dan menyebabkannya mengantuk;
iv. pemandu dikehendaki berehat selepas setiap empat (4) jam
pemanduan dan tidak dibenarkan melebihi had maksimm
lapan (8) jam pemanduan bagi setiap hari bekerja; dan
v. pemandu mesti menyempurnakan senarai semak pra-
pemanduan di bawah Garis Panduan SPAD ICOP
Keselamatan seperti di lampiran A-2 dan disemak oleh
penyelia sebelum pemandu dibenarkan memulakan
perjalanan.

Kawalan risiko dalam perjalanan:
i. mematuhi peraturan had laju kenderaan dan jalan;
ii. memandu di lorong kiri pada setiap masa kecuali ketika
memotong;
iii. mengamalkan peraturan memotong secara selamat iaitu:
semakan cermin sisi di kiri dan kanan;
memberikan isyarat memotong;
melihat semula cermin sisi untuk memastikan
persekitaran yang selamat;
menyemak kawasan titik buta (blind-spot); dan
memotong dengan selamat.
28


iv. mematuhi peraturan jarak keselamatan dengan kenderaan
di hadapan berdasarkan jarak jangka masa dua (2) saat
pada waktu biasa dan empat (4) saat semasa keadaan cuaca
dan persekitaran yang kurang baik;
v. mematuhi peraturan lampu isyarat dan bersedia untuk
berhenti pada lampu kuning;
vi. berhenti rehat hanya di tempat selamat seperti depoh,
pengkalan khas yang disediakan atau kawasan RnR yang
disediakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan
mengganggu pengguna lain.
vii. mematuhi peraturan had muatan BDM/BTM yang dilesenkan
dan yang dipamerkan pada badan kenderaan;
viii. pastikan peralatan keselamatan seperti kon keselamatan,
lampu suluh, segitiga keselamatan, alat pemadam api, pita
keselamatan dan bahan pantulan cahaya disediakan dan
dibawa bersama dalam kenderaan.
Tempoh Pemanduan dan Had Waktu Bekerja
5.8 Pegawai penyelia hendaklah menyediakan jadual jam pemanduan
dan jam bekerja untuk dipatuhi oleh pemandu. Antara perkara
yang perlu diambil kira dalam penyediaan jadual perjalanan
pemandu adalah seperti yang berikut:
i. jam pemanduan maksima tanpa rehat ialah empat (4) jam;
ii. jumlah jam pemanduan maksimma sehari ialah lapan (8)
jam;
iii. jumlah masa bekerja maksima sehari ialah sepuluh (10)
jam;
iv. masa rehat ialah tiga puluh (30) minit bagi setiap empat (4)
jam perjalanan; dan
v. masa rehat wajib ialah sehari dalam tempoh seminggu.
29

Pemantauan Pemandu
5.9 Pemantauan pemandu oleh pihak pengurusan dan pegawai
penyelia wajib dilakukan bagi memastikan setiap pemandu
mengamalkan pemanduan berhemah semasa memandu
kenderaan. Pegawai penyelia hendaklah sentiasa mengawasi
perkara-perkara yang berikut:
i. borang pemeriksaan harian hendaklah dipantau bagi
memastikan pemandu menjalankan pemeriksaan tayar,
brek, lampu dan sistem stereng kenderaan sebelum dan
selepas setiap perjalanan;
ii. menyemak rekod pemandu daripada pangkalan data SPAD
berdasarkan rekod kesalahan trafik yang merangkumi
kesalahan melebihi kelajuan yang dibenarkan, memotong di
kawasan larangan, melanggar peraturan jarak keselamatan,
memotong secara berbahaya, melanggar peraturan lampu
merah dan memandu di lorong kanan;
iii. meneliti rekod GPS dan setiap aduan pelanggan dengan rapi
supaya tindakan dapat diambil terhadap pemandu yang
memandu secara berbahaya atau melakukan kesalahan lain
seperti merokok atau menggunakan telefon bimbit semasa
memandu.
Kesihatan dan Kebajikan Pemandu
5.10 Pihak pengurusan dan pegawai penyelia pemandu hendaklah
mengutamakan aspek kebajikan dan kesihatan pemandu melalui
aktiviti- aktiviti berikut:
i. pemeriksaan kesihatan pemandu secara berkala;
ii. amalan terbaik dari aspek had waktu memandu, waktu
kerja dan waktu rehat, sumbangan PERKESO, KWSP, HRDF
dan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk pemandu dan ahli-ahli
keluarga pemandu;
iii. melaksanakan sistem pemandu gantian (contoh apabila
pemandu yang bertugas tidak sihat untuk memandu);
iv. menyediakan kemudahan rehat yang selesa untuk pemandu
sebelum dan di antara waktu perjalanan; dan
v. merangka dan melaksanakan program kebajikan untuk
pemandu-pemandu dan ahli keluarga mereka.
30


31

6.0 PENGURUSAN KENDERAAN LORI
6.1 Pihak Pengurusan hendaklah menyediakan program pengurusan
kenderaan yang bertujuan untuk memastikan bahawa kenderaan
sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan selamat untuk
digunakan di atas jalan raya. Antara perkara yang harus diambil
kira ialah:
i. penyelenggaraan berkala berdasarkan spesifikasi pembuat
kenderaan;
ii. pemeriksaan harian setiap kenderaan sebelum dan selepas
perjalanan;
iii. pembaikan berdasarkan laporan kerosakan kenderaan;
iv. latihan pemandu mengenai pengetahuan asas tentang
penyelenggaraan dan penjagaan kenderaan; dan
v. pematuhan kepada SPAD ICOP Keselamatan tentang
peralatan keselamatan yang diwajibkan oleh SPAD dan perlu
dibawa bersama dalam setiap kenderaan lori.


Rajah 5.1 Amalan Pengurusan Kenderaan yang Baik
32

Pemeriksaan Harian
6.2 Pengurusan hendaklah menetapkan dan memantau prosedur
pemeriksaan keselamatan harian setiap kenderaan oleh pemandu
dan penyelia untuk mengenal pasti keadaan kenderaan berkenaan
adalah selamat terutamanya dari aspek mekanikal.
6.3 Pemeriksaan harian adalah bertujuan untuk mengesahkan bahawa
kenderaan berkenaan adalah di dalam keadaan selamat
berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh SPAD.
6.4 Pemeriksaan keselamatan kenderaan, sebelum perjalanan
dibenarkan hendaklah meliputi perkara-perkara berikut:
i. semakan dokumen pelesenan kenderaan;
ii. semakan sistem enjin;
iii. semakan sistem brek, tayar, kawalan stereng dan lampu
kenderaan;
iv. pengesahan had muatan yang dibenarkan; dan
v. semakan peralatan bantuan kecemasan dan kebakaran yang
dibawa di dalam kenderaan.
Merekodkan Kerosakan Kenderaan
6.5 Tindakan yang telah diambil bagi membaiki kerosakan kenderaan
hendaklah direkodkan setiap kali kenderaan berkenaan
dilaporkan rosak.
Pelan Penyelenggaraan dan Pemeriksaan Keselamatan Kenderaan
Barangan
6.6 Pelan penyelenggaraan dan pemeriksaan kenderaan barangan
hendaklah meliputi perkara-perkara berikut:
i. penyelenggaraan secara berkala;
ii. semakan komponen kritikal oleh penyelia dan pemandu
sebelum dan selepas perjalanan termasuk semakan tayar,
sistem brek, stereng, peralatan keselamatan dan bateri
kenderaan;
iii. larangan menggunakan kenderaan yang mengalami
kerosakan oleh pegawai penyelia; dan
iv. pematuhan kepada peraturan pemeriksaan awalan dan
pemeriksaan berkala oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan
Berkomputer (PUSPAKOM) dan JPJ.
33

Rekod Pengurusan Kenderaan
6.7 Pengurusan hendaklah memastikan bahawa rekod-rekod lengkap
pemeriksaan keselamatan, penyelenggaraan serta baik pulih
kenderaan disimpan dengan kemas dan mudah untuk diakses dan
disemak semula semasa pemeriksaan audit dalaman dan luaran
atau penyiasatan insiden/kemalangan yang dijalankan oleh pihak
yang berwajib.
Latihan Mengenai Cara dan Kaedah Pemeriksaan Keselamatan
Kenderaan
6.8 Pemandu dan pegawai penyelia yang menjalankan kerja membaik
pulih, penyelenggaraan dan pemeriksaan keselamatan
hendaklah diberi latihan secukupnya.

34

7.0 PENGURUSAN RISIKO DI TEMPAT KERJA DAN SEPANJANG
PERJALANAN
HIRARC
7.1 Pengurusan hendaklah mengenal pasti risiko yang bersangkut-
paut dengan aktiviti-aktiviti pengangkutan harian seperti kategori
jalan yang digunakan, keadaan kenderaan, keadaan pemandu dan
keadaan persekitaran jalan.
Penaksiran Bahaya dan Risiko Perjalanan
7.2 Persekitaran dan punca bahaya dan risiko hendaklah dinilai dari
aspek risiko sebelum dan sepanjang perjalanan.


Rajah 7.2 Muatan Melebihi BDM yang Dibenarkan dan Tidak Diikat Dengan Selamat
35

7.3 Kawalan risiko sebelum perjalanan hendaklah meliputi perkara
yang berikut:
i. semakan oleh penyelia mengenai pematuhan kepada had
muatan (BDM) yand dibenarkan (Rajah 7.3.1); dan



Rajah 7.3.1 Contoh Lori yang Membawa Muatan Secara Merbahaya
36


ii. pemantauan oleh penyelia untuk mengesahkan bahawa
muatan yang dibawa adalah di dalam keadaan selamat
(Rajah 7.3.2).



Rajah 7.3.2 Pembawaan Muatan Kayu Secara Berbahaya



Rajah 7.3.3 Pembawaan Bahan Pembinaan Secara Merbahaya
7.4 Kawalan risiko sepanjang perjalanan oleh pemandu kenderaan
barangan hendaklah merangkumi perkara yang berikut:
i. kepekaan kepada perubahan cuaca dan lokasi berisiko
tinggi;
ii. kepekaan kepada kawasan berisiko tinggi yang berpunca
daripada faktor-faktor lain seperti keadaan jalan, haiwan
melintas, tanah runtuh, kerosakan jalan, banjir, kerosakan
kenderaan, pejalan kaki/kanak-kanak yang melintas jalan;
37

iii. pematuhan kepada tanda amaran yang terdapat di setiap
laluan;
iv. kepekaan terhadap pertambahan risiko berdasarkan
kepadatan trafik terutamanya semasa musim perayaan, cuti
sekolah dan hari pelepasan am;
v. kawalan risiko perjalanan pada waktu malam seperti
mengurangkan kelajuan dalam keadaan persekitaran yang
gelap;
vi. berhati-hati terhadap halangan di kawasan berbukit;
vii. kepekaan terhadap tingkah laku pemandu lain;
viii. mengurangkan kelajuan di lintasan pejalan kaki, di kawasan
sekolah, hospital dan pusat membeli-belah.























38


39


40

Kemudahan Rehat dan Rawat bagi Perjalanan Jauh
7.5 Bagi perjalanan yang jauh, kemudahan rehat dan rawat penting
bagi memastikan pemandu dapat berehat secukupnya bagi
mengekalkan tahap kecergasan di sepanjang perjalanan.
Pemantauan Perjalanan Melalui GPS oleh Pusat Kawalan Pemandu
7.6 Pemantauan perjalanan oleh pusat kawalan pemandu sangat
penting bertujuan memantau setiap perjalanan dari aspek
keselamatan perjalanan dan pelanggaran peraturan trafik. Rekod
GPS hendaklah dimuat turun selepas setiap perjalanan untuk
tujuan pemeriksaan dan pemantauan oleh pegawai penyelia,
pihak pengurusan dan agensi penguatkuasa.
Pelan Tindakan Kecemasan
7.7 Setiap pengendali hendaklah menyediakan pelan tindakan
kecemasan untuk menyelamatkan dan merawat mangsa-mangsa
kemalangan dengan segera terutamanya mangsa-mangsa
kemalangan yang cedera parah.
7.8 Bagi setiap kemalangan yang berlaku, OBK mangsa kemalangan
hendaklah diterajui oleh Ketua Pegawai Pengurusan bagi
memastikan ianya berjalan dengan lancar dan menepati garis
panduan di bawah Pelan Tindakan Kecemasan.
7.9 Tindakan persediaan yang perlu diambil oleh pengendali untuk
menjayakan OBK ialah:
i. pemandu kenderaan barangan dan pembantunya (kelindan)
hendaklah diberikan latihan asas mengenai pertolongan
cemas dan mencegah kebakaran serta pengendalian
peralatan kecemasan;
ii. peralatan pertolongan cemas dan alat pemadam api
hendaklah disediakan di dalam kenderaan dan juga di
terminal, bengkel dan depoh kenderaan. Ia hendaklah
diletakkan di tempat yang strategik dan diselenggarakan
mengikut jadual;
41


iii. peralatan kecemasan yang perlu disediakan di dalam
kenderaan ialah;
lampu suluh,
alat penanda kecemasan (seperti kon kecemasan),
alat pemadam api,
segi tiga keselamatan,
jaket keselamatan yang dilengkapi dengan bahan
pemantul cahaya,
tayar gantian, dan
pita keselamatan.

iv. panduan bertulis hendaklah dirangka dan dimaklumkan
kepada semua pemandu dan dipamerkan dengan jelas
dalam kenderaan sebagai panduan dalam kecemasan.
Laporan dan Penyiasatan Kemalangan
7.10 Pengurusan syarikat hendaklah melaporkan kemalangan/insiden
di tempat kerja dan dalam perjalanan kepada pihak berwajib
yang berkenaan termasuk SPAD, PDRM dan JKKP dengan segera
tetapi tidak melebihi tempoh 24 jam. Kenyataan awal hendaklah
juga dikeluarkan kepada pihak media dengan serta-merta disusuli
dengan kenyataan lanjut berdasarkan penemuan pasukan siasatan
dalam tempoh tiga (3) hari. Ahli-ahli keluarga mangsa
kemalangan hendaklah juga dimaklumkan tentang kejadian dan
kedudukan terkini dengan segera.
7.11 Pihak pengurusan hendaklah melaksanakan langkah
penambahbaikan dengan segera berdasarkan kelemahan yang
dikesan melalui siasatan dalaman dan siasatan oleh pihak
berwajib.
42


7.12 Apabila kemalangan berlaku, pengendali dikehendaki:

i. pegawai operasi dikehendaki memberikan laporan awal
secara bertulis kepada pihak pengurusan mengenai kejadian
yang berlaku dan cadangan penambahbaikan;
ii. KPE dikehendaki membuat kenyataan akhbar berdasarkan
siasatan awal dengan serta-merta (dalam tempoh 12 jam)
dan kenyataan lengkap selepas siasatan dalaman dalam
tempoh dua puluh empat (24) jam;
a. KPE juga dikehendaki untuk menerajui dan memantau
operasi bantuan kecemasan dan menyelamat mangsa
kemalangan.
b. seterusnya ahli keluarga mangsa perlu dihubungi dan
syarikat dikehendaki memberi segala bantuan yang
diperlukan oleh mangsa dan keluarga di bawah agenda
Tanggungjawab Sosial Korporat;
iii. melaporkan secara bertulis kejadian kemalangan kepada
SPAD dalam tempoh tiga (3) hari;
iv. merangka tindakan pencegahan kemalangan bagi
mengelakkan insiden yang sama berulang; dan
v. laporan siasatan dalaman dan laporan oleh pihak berwajib
dibincang sebagai agenda di bawah Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan syarikat sebagai asas untuk
melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan.
Pengurusan Aduan
7.13 Setiap aduan hendaklah disiasat oleh pihak pengurusan dan
langkah pembetulan hendaklah diambil dalam tempoh 3 hari
bekerja.

7.14 Rekod mengenai setiap aduan yang diterima dan tindakan
penambahbaikan/penyelesaian yang telah diambil oleh
pengendali hendaklah direkodkan dengan lengkap bagi semakan
oleh pihak audit dalaman dan luaran.
43

8.0 DOKUMENTASI DAN PENYIMPANAN REKOD
8.1 Pengurusan syarikat hendaklah memastikan semua data dan
rekod berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan disimpan,
dijaga dan diurus dengan baik sebagai sumber rujukan dan
semakan oleh pihak audit.
8.2 Jenis-jenis rekod umum yang perlu disimpan di bawah program
SPAD ICOP - Keselamatan ialah:
i. minit mesyuarat Jawatankuasa SHE;
ii. pelan latihan termasuk perancangan dan pelaksanaan;
iii. insiden di tempat kerja atau dalam perjalanan termasuk
kemalangan/insiden dan kejadian berbahaya;
iv. notis dan saman daripada pihak berkuasa;
v. aduan;
vi. pengurusan pemandu dan kenderaan;
vii. penaksiran dan kawalan risiko; dan
viii. laporan audit dalaman dan luaran serta pemeriksaan
berkala tempat kerja.
8.3 Rekod-rekod umum yang tersenarai di perenggan 8.2 adalah
penting untuk tujuan memantau kemajuan pelaksanaan lima (5)
komponen kritikal SHE. Rekod ini juga merupakan sumber
maklumat kepada pasukan audit dalaman dan luaran.










Rajah 8.3 Pengurusan Rekod yang Baik

44

8.4 Rekod-rekod khusus yang perlu disimpan di bawah program SPAD
ICOP - Keselamatan ialah:
i. pemeriksaan harian dan berkala untuk kenderaan;
ii. kerosakan kenderaan yang dikenal pasti semasa perjalanan;
iii. penyelenggaraan kenderaan;
iv. butir-butir baik pulih kenderaan;
v. penemuan audit dalaman dan luaran;
vi. aduan pelanggan atau pihak yang berkepentingan;
vii. peralatan keselamatan; dan
viii. saman trafik.

8.5 Perkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam buku log
kenderaan ialah:
i. nama pemandu;
ii. masa bertolak dan sampai di destinasi;
iii. masa rehat;
iv. rekod jarak perjalanan (bacaan odometer), laluan dan
sebagainya; dan
v. rekod pertukaran pemandu yang merangkumi masa
pertukaran pemandu dan lokasi.

8.6 Pengurusan kanan digalakkan menggunakan peralatan yang
terkini untuk memantau perjalanan selain daripada buku log
seperti penggunaan GPS dan takograf.
9.0 KESIMPULAN
9.1 Buku panduan ini hendaklah dipatuhi sebagai syarat pelesenan
pengendali kenderaan barangan. Pelanggaran syarat lesen boleh
mengakibatkan tindakan diambil terhadap pengendali.
45


LAMPIRAN A-1
Senarai Semakan oleh Pegawai Keselamatan / Pegawai Penyelia dan
Pemandu Secara Berkala

Subjek
Kategori
W D P

Prosedur Pengambilan Pemandu
Rekod Pemandu
Penilaian tahap kecekapan pemandu
Pemeriksaan kesihatan







Kategori pemandu
Sistem kad pemandu (sistem KEJARA)
Kategori pemandu (klasifikasi lesen)







Latihan
Tindak Balas kecemasan
Pemanduan berhemat
Latihan pengurusan kenderaan
Pertolongan kecemasan









Faktor merit dan demerit
Ganjaran
Penghargaan (sijil, majlis makan)
Peningkatan prestasi pekerjaan (latihan dan promosi)
Insentif (bonus, percutian keluarga)
Tindakan disiplin













Peralatan dan Dokumentasi
Permit
Cukai Jalan
GPS / Takograf (functioning (able) to record and to
secure the speed profile)
Peralatan gantian tayar
Peti kecemasan
Segi tiga keselamatan
Alat pemadam api
Tayar gantian
Kon keselamatan
Lampu suluh

46

Pita keselamatan

Keadaan Enjin dan Komponen Kritikal Yang Lain
Asap hitam/putih yang keterlaluan
Keadaan enjin
Peralatan hawa dingin dalam keadaan baik
Pengelap cermin dalam keadaan baik
Lampu kecemasan dalam keadaan baik











PENGESAHAN OLEH PEGAWAI KESELAMATAN / PEGAWAI PENYELIA DAN PEMANDU

Saya dengan ini mengesahkan bahawa pemeriksaan seperti dalam senarai semak telah
dibuat oleh saya. Semua maklumat yang terdapat dalam senarai semak adalah benar.


Tarikh: _____________ Masa: ____________
Disemak oleh Pemandu: _________________
Disahkan oleh Pegawai Keselamatan / Pegawai Penyelia: _________________


PENGESAHAN OLEH PEGAWAI KESELAMATAN / PEGAWAI PENYELIA DAN PEMANDU

Tarikh: _____________ Masa: ____________
Disemak oleh Pemandu: _________________
Disahkan oleh Pegawai Keselamatan / Pegawai Penyelia: ___________

W = Wajib D = Disyorkan P = Pilihan
47

LAMPIRAN A-2
Senarai Semakan oleh Pegawai Keselamatan / Pegawai Penyelia dan
Pemandu Setiap Hari (sebelum perjalanan dimulakan)

Subjek
Kategori
W D P

Syarat-syarat Umum
Pakaian seragam
Penyalahgunaan dadah/ubat
Pemeriksaan kesediaan pemandu
Kehadiran awal untuk menjalankan tugas
Pemeriksaan sampel darah dan kencing secara
rambang












Pematuhan kepada Had Waktu Pemanduan dan Bekerja
Pemanduan maksimum tanpa berhenti 4 jam
Jumlah masa pemanduan sehari 8 jam (maksima)
Jumlah waktu bekerja 10 jam (maksima)
Waktu rehat (30 minit) setiap 4 jam
Jumlah waktu bekerja dalam seminggu 6 hari
Sehari cuti selepas 6 hari bekerja











Penukaran Pemandu
Pemandu ditukar ganti di lokasi tertentu; atau
Pemandu kedua iringi bersama dalam perjalanan












W = Wajib D = Disyorkan P = Pilihan
48

LAMPIRAN B
Senarai Semakan Harian untuk Kenderaan oleh Pegawai
Keselamatan / Pegawai Penyelia dan Pemandu
Senarai Semakan Kenderaan Harian
Sebelum
Perjalanan
Selepas
Perjalanan
A METER KM KM
Pembacaan meter( Sebelum dan selepas
perjalanan)



B PENYELENGGARAAN HARIAN YA ( ) TIDAK ( X)
Keadaan tayar
Tekanan angin tayar
Pemeriksaan lampu dan lampu isyarat
Brek dan sistem brek dalam keadaan baik





C SEMAKAN KESELAMATAN BAGI MUATAN YANG DIBAWA YA ( ) TIDAK ( X)
Adakah muatan mematuhi had bilangan
penumpang yang dibenarkan (untuk bas sahaja)
Adakah muatan dibawa secara selamat
mengikut BDM yang dibenarkan (untuk lori
sahaja)





D PENGESAHAN OLEH PEGAWAI KESELAMATAN / PEGAWAI PENYELIA DAN
PEMANDU SEBELUM PERJALANAN

Saya dengan ini mengesahkan bahawa pemeriksaan seperti dalam senarai
semak telah dibuat oleh saya. Semua maklumat yang terdapat dalam senarai
semak adalah benar.


Tarikh: _____________ Masa: ____________
Disemak oleh Pemandu: _____________
Disahkan oleh Pegawai Keselamatan / Pegawai Penyelia: ___________

E PENGESAHAN OLEH PEGAWAI KESELAMATAN / PEGAWAI PENYELIA DAN
PEMANDU SELEPAS PERJALANAN

Tarikh: _____________ Masa: ____________
Disemak oleh Pemandu: _____________
Disahkan oleh Pegawai Keselamatan / Pegawai Penyelia: ___________

49

LAMPIRAN C
SPAD ICOP Keselamatan untuk Pengendali Lori Panduan Audit
Dalaman/Luaran

KEPERLUAN DI BAWAH SPAD ICOP- KESELAMATAN UNTUK PENGENDALI BAS

TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN YA () TIDAK (X)

Sudahkah SPAD ICOP- Keselamatan dilaksanakan?

Sudahkah syarikat anda menggubal dasar
keselamatan?

Adakah dasar keselamatan syarikat dipamerkan di
tempat yang strategik?

Sudahkah Jawatankuasa SHE ditubuhkan?

Adakah Jawatankuasa SHE mengadakan
mesyuarat setiap bulan?

Adakah sistem merit/demerit untuk pemandu
dilaksanakan?

Adakah perancangan dan keperluan bagi latihan
pemanduan dan program pembinaan kapasiti
pemandu syarikat diamalkan?

Adakah SOP mengenai Pelan Tindakan Kecemasan
(ERP) dirangka dan dipatuhi?

Adakah program latihan dalaman bagi SPAD ICOP-
Keselamatan dijalankan?

Adakah pihak Pengurusan memimpin pelaksanaan
agenda SHE?

Adakah KPO atau wakil pengurusan kanan
mempengerusikan mesyuarat bulanan
jawatankuasa SHE?

































50


TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN YA () TIDAK (X)

Adakah ketua bahagian dan wakil setiap bahagian
dilantik sebagai ahli jawatankuasa SHE?
Adakah KPP dan Pengurus Kanan memantau
pelaksanaan program-program keselamatan
seperti yang berikut:

Penyenggaraan kenderaan syarikat
Rekod pemandu/Rekod saman/Rekod KEJARA
Rekod Audit dalaman/luaran dan tindakan
susulan
Pemantauan had maksimum waktu memandu
SOP dan garis panduan yang jelas untuk
pemandu kedua

(Pilihan diberikan kepada syarikat untuk
merancang setiap perjalanan dan mengaturkan
penjadualan tugas pemandu antara dua
alternatif; iaitu sama ada pemandu kedua
berehat dalam lori atau mengambil alih tugas
daripada pemandu pertama di lokasi yang
dirancangkan dan direkodkan dalam jadual
perjalanan)

Adakah rekod lengkap insiden/kemalangan
disimpan dan dipantau oleh pihak pengurusan?
Adakah Pelan Tindakan Kecemasan (ERP)
disediakan dan dipatuhi?
Adakah pelan dan modul latihan pemandu
dirangka dan dilaksanakan dengan sempurna?
Adakah setiap kenderan dilengkapkan dengan
peralatan keselamatan?




































51


TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN YA () TIDAK (X)

Adakah pihak pengurusan kanan mesra kepada
pelanggan dan prihatin terhadap keperluan
penggguna seperti berikut:

Bolehkah pengguna membuat laporan melalui
talian bebas tol atau talian khusus (dedicated
line) yang dipantau dengan rapi?

Adakah rekod yang lengkap disimpan bagi
setiap aduan?

Adakah kemajuan penyelesaian aduan
dipantau?

Adakah pusat kawalan ditubuhkan bagi
memantau tingkah laku pemandu dalam
perjalanan dengan menggunakan peralatan
yang disediakan dalam kenderaan seperti GPS
dan takograf?




























52




PENGURUSAN PEMANDU
YA () TIDAK (X)

Adakah pemantauan dibuat mengenai prestasi,
kelayakan, klasifikasi dan kategori pemandu?

Adakah perancangan dan keperluan latihan
diutamakan dan program latihan lengkap
disediakan?

Adakah perintah had maksima untuk memandu
tidak lebih daripada 8 jam dan waktu bekerja
selama 10 jam dipatuhi dan dikuatkuasakan oleh
pengurusan syarikat terhadap semua pemandu?

Adakah waktu rehat untuk tempoh sehari pada
setiap minggu bekerja dipatuhi?

Adakah pemandu syarikat prihatin terhadap isu-
isu keselamatan semasa dalam perjalanan?

Adakah semakan dibuat dengan rekod di
pengkalan data SPAD, PDRM dan JPJ sebelum
seseorang dilantik sebagai pemandu syarikat lori?

Adakah sistem penggiliran pemandu dirancang
dan dipraktikkan dengan teratur?

Adakah peraturan-peraturan keselamatan dan
perundangan dipatuhi?
































53


PENGURUSAN PEMANDU YA () TIDAK (X)

Adakah prestasi pemandu dikawal dan dipantau
dengan rapi mengenai aspek yang berikut:

Adakah pemandu patuh kepada had laju jalan
dan kenderaan?

Apakah pemandu patuh kepada peraturan
jarak keselamatan?

Adakah pemandu mengamalkan peraturan
memotong dengan selamat?

Adakah pemandu memandu di lorong kiri,
kecuali ketika memotong?

Adakah pemandu dilarang menggunakan
telefon bimbit kecuali dengan peralatan
bebas tangan?

Adakah pemandu dilarang merokok dalam
perjalanan?

Adakah sistem giliran dan gantian pemandu
dilaksanakan bagi mematuhi had maksimum
waktu memandu dan bekerja?

Adakah keperluan dari masa rehat sehari
dalam setiap minggu dipatuhi?

Adakah kebajikan pemandu dan keluarga
pemandu diutamakan?














































54

PENGURUSAN KENDERAAN
YA () TIDAK (X)

Adakah kegunaan kenderaan dipantau dengan rapi
oleh pihak pengurusan dan pegawai penyelia?
Adakah perancangan teliti dibuat untuk membeli,
membaharui dan melupuskan kenderaan syarikat?
Adakah laporan harian dan rekod kemalangan
kenderaan disimpan dengan rapi?
Adakah penyelenggaraan dan program baik pulih
kenderaan dijalankan berdasarkan amalan terbaik?
Adakah pengendalian dan pemantauan rekod
kenderaan diawasi dengan rapi?
Adakah penyelia menjalankan pemeriksaaan
kenderaan sebelum dan selepas perjalanan untuk
setiap perjalanan?
Adakah kenderaan dihantar ke PUSPAKOM untuk
pemeriksaan berkala setiap enam bulan (untuk
kenderaan lama) dan setiap tahun (untuk kenderaan
baru sehingga usia 2 tahun)?
Adakah setiap kenderaan dilengkapi dengan
peralatan keselamatan berikut:
Seunit pemadam api?
Seunit segitiga keselamatan?
Lima buah kon (sekurang-kurangnya sebuah kon
dengan alat pemantul cahaya)?
Pita bahan pemantul cahaya?
Seunit lampu suluh?
Seunit Peti Peralatan Bantuan Kecemasan?









































55


PENGURUSAN KENDERAAN
YA () TIDAK (X)

Adakah produk keselamatan tambahan dipasang
dalam kenderaan seperti:

Brek halangan (brake retarder)?

GPS?

ABS?

Tali pinggang keselamatan?

Sistem perlindungan tayar?

Adakah pihak pengurusan mengutamakan
pemasangan produk di atas sebagai petanda
komitmen dan keprihatinan mereka terhadap aspek-
aspek keselamatan?

Adakah perancangan dan pilihan perjalanan
mengambil kira faktor-faktor persekitaran jalan,
kategori jalan, serta rintangan yang meningkatkan
risiko perjalanan seperti kawasan berbukit, jalan
licin dan lain-lain?

Adakah bukti perakaman peralatan perjalanan
seperti GPS dan Takograf digunakan untuk
memantau keselamatan setiap perjalanan?

Adakah pusat kawalan ditubuhkan bagi mengawal
dan memantau setiap perjalanan?









































56


PENGURUSAN KENDERAAN
YA () TIDAK (X)

Adakah rekod GPS, Takograf serta rekod aduan
pelanggan digunakan sebagai bukti untuk
menyelia tingkah laku pemandu dalam
perjalanan?





PENGURUSAN REKOD YA () TIDAK (X)

Rekod pemandu yang wajib disimpan ialah seperti
yang berikut:

Pengambilan pekerja

Rekod cuti

Tempoh pemanduan/waktu kerja/waktu rehat

Rekod giliran pemandu

Rekod pemandu gantian bagi mereka yang tidak
sihat atau mengambil cuti kecemasan

Rekod kesalahan trafik/saman

Rekod Insiden/kemalangan

Rekod tindakan disiplin

























57



PENGURUSAN REKOD
YA () TIDAK (X)

Rekod- kenderaan yang wajib disimpan ialah:


Pembelian kenderaan

Penyelenggaraan kenderaan

Kegunaan kenderaan

Pemeriksaan kenderaan

Rekod pengubahsuaian kenderaan

Peralatan keselamatan

Rekod Insiden/kemalangan

Rekod kerosakan kenderaan



Adakah rekod mesyuarat jawatankuasa SHE
disimpan dengan kemas dan lengkap?
Adakah rekod buku log dikemas kini dan
dilengkapi untuk setiap perjalanan?
Adakah rekod untuk audit dalaman dan luaran
disimpan secara lengkap dan dikemas kini untuk
tindakan penambahbaikan?




































58


PENGURUSAN RISIKO
YA () TIDAK (X)

Adakah polisi insurans melindungi risiko perjalanan
dan pampasan yang munasabah bagi:
Kenderaan
Pemandu
Penumpang
Adakah agenda keselamatan dijadikan nilai murni
dan amalan harian di setiap peringkat organisasi?
Adakah rekod aduan pemandu disimpan dengan baik
dan dipantau oleh penyelia dan pengurusan kanan?
Adakah program latihan dan peningkatan kecekapan
pemandu merupakan teras organisasi yang utama?
Adakah SOP disediakan untuk pengurusan
kecemasan dan kemalangan dari aspek yang
berikut:
Pengurusan insiden/kemalangan

ERP (Pelan Tindakan Kecemasan)


Adakah perancangan yang selamat bagi setiap
perjalanan dijadikan amalan harian oleh penyelia,
pemandu dan pihak pengurusan?








































59


PENGURUSAN RISIKO
YA () TIDAK (X)
Adakah komponen HIRARC(Jangkaan Bahaya,
Penilaian dan Kawalan Risiko) dilaksanakan
sepenuhnya untuk perkara yang berikut:

Mengenal pasti risiko perjalanan

Taksiran risiko

Pengawalan risiko

Langkah penambahbaikan















FAKTOR PERSEKITARAN

YA () TIDAK (X)

Adakah pengurusan peka dan mengambil langkah
pengawalan pencemaran udara?
Adakah program dan strategi dirancang untuk
meminimakan pencemaran bunyi dalam kenderaan,
di kawasan depoh dan dalam perjalanan?
Adakah usaha dilaksanakan untuk mengawal dan
mengurus pengeluaran sisa?
Adakah pelupusan tayar dan barangan mematuhi
amalan terbaik dan meminimakan impak negatif
terhadap alam sekitar?


















60

LAMPIRAN D
Senarai Semakan Ketua Pegawai Pengurusan (KPP)

SUBJEK
Pengurusan dan Pengawalselian Aspek-aspek keselamatan
Menetapkan dan mengawasi dasar keselamatan dan kesihatan

Menubuhkan dan pengerusi jawatan kuasa keselamatan dan kesihatan setiap
bulan
Merangka dan melaksanakan pelan kawalan risiko perjalanan
Pemantauan sistem penyimpanan rekod

Merangka dan melaksanakan pelan tindakan kecemasan

Pengurusan Pemandu

Pemantauan prosedur pengambilan pemandu
Latihan dan perubahan minda
Pemantauan risiko perjalanan
Pematuhan pada had waktu pemanduan dan bekerja
Pengurusan Kenderaan
Pemeriksaan harian sebelum perjalanan
Penyelengaraan dan baik pulih kenderaan
Penyimpanan rekod penyelenggaraan dan kerosakan kenderaan secara
lengkap
Penilaian dan Pengawalan Risiko
Pengurusan perjalanan dan risiko
Penilaian dan kawalan bahaya dan risiko laluan
Perlindungan insurans sebagai keperluan wajib
Pematuhan pada jadual perjalanan

61

LAMPIRAN E
Senarai Semakan Pusat Kawalan

Adakah Pusat Kawalan Operasi: X
Memantau pemandu dan laluan perjalanan


Memuat turun rekod GPS bagi setiap perjalanan dan menghantarnya
kepada pegawai penyeliaan setiap hari

Mengurus aduan pelanggan


Menghantar rekod insiden dan kemalangan kepada pihak pengurusan



LAMPIRAN F
Pelan Bantuan Kecemasan untuk Mangsa Kemalangan Jalan Raya
(ERP)

Tindakan di tempat kejadian X
Hubungi agensi berwajib seperti BOMBA, SPAD, PDRM, JPJ, Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia, pihak berkuasa jalan dan pihak hospital

Hubungi Pusat Kawalan Operasi Syarikat kenderaan barangan
Beri bantuan kecemasan pada mangsa-mangsa yang cedera
Menyelamatkan penumpang yang terperangkap (dalam kecemasan)
Pilih tempat yang selamat dan berteduh bagi penubuhan kawasan
rawatan sementara mangsa kemalangan

Meletak tanda amaran keselamatan seperti kon, segitiga, pita bahan
pemantul cahaya

Cuba alihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ke tempat
selamat diluar laluan trafik

Pastikan pertolongan rapi diberikan kepada mangsa yang mengalami
kecederaan parah



Tindakan susulan selepas kejadian X
Membuat laporan polis
Sampel darah dan kencing diambil daripada pemandu kenderaan bagi
tujuan siasatan

Hubungi ahli keluarga mangsa-mangsa kemalangan

Pengurusan kanan menjalankan siasatan awal terhadap punca
kemalangan

Kenyataan akhbar oleh wakil pengurusan syarikat


Tindakan pihak berwajib X
Pelan tindakan kecemasan pihak hospital, JPA 3, Bulan Sabit, pihak
berkuasa jalan dan agensi penguatkuasa

Penyiasatan kemalangan oleh MIROS dan SPAD
Pengauditan oleh SPAD di bawah program SPAD ICOP - Keselamatan
62

LAMPIRAN G
Kemalangan yang Melibatkan Lori

Kemalangan Maut yang Melibatkan Lori (2006 2011)

Kemalangan yang Melibatkan Lori (2006 2011)
Sumber: MIROS

Anda mungkin juga menyukai