Anda di halaman 1dari 17

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

MALAYSIA
ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 1 TAHUN 2011
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN KERAJAAN

TUJUAN
1.

Garis Panduan ini bertujuan untuk menetapkan tatacara mengenai

penggunaan kenderaan rasmi kerajaan selaras dengan arahan dan peraturan


yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
LATAR BELAKANG
2.

Kerajaan

telah

menyediakan

beberapa

kemudahan

kepada

pegawai/kakitangan bagi membantu dalam menjalankan tugas rasmi di luar


pejabat seperti kenderaan, Kad Minyak dan Kad `Touch n Go` (termasuk
Smartag). Walau pun telah ada peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan
menerusi pekeliling-pekeliling oleh Perbendaharaan Malaysia termasuk Surat
Arahan Pentadbiran Bil. 1 Tahun 2002 yang dikeluarkan oleh Kementerian ini
pada 29 November 2002, pihak Pengurusan Atasan berpandangan adalah perlu
satu garis panduan baru dikeluarkan bagi menyesuaikan dengan perkembangan
semasa seperti pengenalan Kad Inden Minyak dan Kad `Touch n Go`.
3. Garis Panduan ini dikeluarkan dengan merujuk isi kandungan

buku

Panduan Penggunaan Kereta Rasmi (PPKR) No. Siri : 1379 bertarikh

7 September 2010 yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia dan


disesuaikan dengan keperluan KeTTHA.
4. Garis panduan ini akan menjelaskan semua aspek pengurusan kenderaan
seperti

tempahan,

tugas

pemandu,

pelantikan

pemandu

gantian,

penyelenggaraan buku log, kunci dan kenderaan, penggunaan kad inden


minyak, kad Touch n Go, tindakan jika berlaku kemalangan, kerosakan, kecurian
dan saman.
5. Adalah diharapkan garis panduan ini akan dihayati dan dipatuhi oleh semua
pegawai dan kakitangan KeTTHA agar pengurusan kenderaan dan penyampaian
perkhidmatan dapat diberikan secara berterusan dan optimum.

PELAKSANAAN PERATURAN
A.

PENGURUSAN DAN TEMPAHAN KENDERAAN JABATAN

6.

Kementerian perlu menetapkan beberapa kriteria pengurusan dan

tempahan kenderaan bagi menjaga kebajikan pemandu dan juga pelanggan


yang menggunakan kenderaan iaitu di antaranya ialah:
6.1.

Tempahan hanya dikhaskan untuk kegunaan rasmi sahaja;

6.2.

Keutamaan

tempahan

akan

diberi

pertimbangan

dari

segi

kekananan pegawai, kepentingan penggunaan dan tempat yang


dituju sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta;
6.3.

Tempahan hendaklah menggunakan borang elektronik yang


disediakan. Tempahan tanpa menggunakan borang elektronik
hanya

akan

dipertimbangkan

sekiranya

ada

kekosongan

kenderaan. Ini termasuklah tempahan saat-saat akhir melalui lisan;


6.4.

Tempahan perlu dikemukakan sebelum jam 4 petang sehari


sebelum digunakan kecuali dalam kes kecemasan; Pegawai

Penyelia kenderaan perlu menentukan waktu bertolak yang sesuai


dan memaklumkan masa bertolak kepada pegawai yang memohon
kenderaan bagi mengelakkan pemandu terpaksa memandu secara
tergesa-gesa akibat kelewatan;.
6.5.

Perkongsian kenderaan akan dilaksanakan jika didapati destinasi


tempat yang dituju dalam laluan yang hampir sama;

6.6.

Pertukaran penggunaan kenderaan dan destinasi perlu mendapat


kebenaran dari pegawai kenderaan terlebih dahulu;

6.7.

Pembatalan penggunaan hendaklah dimaklumkan lebih awal


kepada pegawai kenderaan untuk membolehkan penggunaan
diagihkan kepada pemohon lain;

6.8.

Pembatalan penggunaan yang dibuat oleh pegawai kenderaan


akan

dimaklumkan

membolehkan

kepada

pemohon

pemohon

bersedia

awal

lebih
sama

awal

untuk

ada

untuk

menggunakan kenderaan sendiri;


6.9.

Unit Pentadbiran, BPK akan menentukan pemandu dan kenderaan


yang akan digunakan. Pegawai atau kakitangan yang membuat
tempahan adalah dilarang untuk menetapkan pemandu dan jenis
kenderaan yang akan diguna;

6.10. Urus setia yang menganjurkan mana-mana kursus/bengkel di luar


daerah hendaklah menyediakan tempat penginapan kepada
pemandu jika jarak (tempoh perjalanan 4 jam atau melebihi 350km
sehala) tempat kursus/bengkel berkenaan memerlukan pemandu
bermalam;
6.11. Pegawai Kenderaan hendaklah seboleh-bolehnya memastikan
pemandu tidak ditugaskan keluar daerah pergi dan balik pada hari
yang sama

kecuali jarak tempat yang dituju adalah dikira

munasabah bagi pemandu balik pada hari yang sama. Dalam keskes kecemasan, persetujuan bersama antara pemandu dan
pegawai diperlukan;
6.12. Kenderaan tidak akan disediakan jika hanya seorang pegawai

sahaja pergi kursus/bengkel/mesyuarat di luar daerah kecuali


mempunyai

alasan

yang

munasabah.

Pegawai

digalakkan

menggunakan kenderaan sendiri/awam dan membuat tuntutan


mengikut kelayakan masing-masing; dan
6.13. Pemandu terakhir yang membawa kenderaan atau pemandu
pertama yang menyedari (jika pemandu terkhir tidak melaporkan)
adalah

bertanggungjawab

untuk

memaklumkan

pegawai

kenderaan sebarang kerosakan badan atau enjin kenderaan yang


dipandunya dengan segera.

B.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU

7.

Tugas dan tanggungjawab adalah seperti berikut:


7.1.

Pemandu

bertanggungjawab

untuk

menjaga

supaya

kereta

sentiasa dalam keadaan bersih, selamat untuk dipandu, dan


mengemas kini Buku Log;
7.2.

Sebelum

keluar

bertugas

setiap

hari,

pemandu

hendaklah

memeriksa:
(a) Paras minyak petrol, minyak pelincir, air dan air bateri
mencukupi;
(b) Tekanan angin tayar termasuk tayar ganti mencukupi;
(c) Lampu-lampu, cermin dan hon berfungsi; dan
(d) Sistem brek dalam keadaan baik.
7.3.

Selepas tamat perjalanan akhir pada sesuatu hari, pemandu


hendaklah:
(a) Bersihkan kereta;
(b) Melaporkan

apa-apa

kerosakan

dan

kecacatan

kepada

Pegawai Kenderaan;
(c) Mendapatkan butiran bagi perjalanan esok hari; dan
(d) Memastikan kedudukan tempat dan jalan yang akan diikuti esok

sekiranya tidak biasa dengan sesuatu tempat.

C.

PEMANDU GANTI KENDERAAN KERAJAAN

8.

Kementerian mendapati dalam keadaan tertentu bilangan kenderaan

melebihi bilangan pemandu kerana kemungkinan pemandu bercuti, berkursus


dan sebagainya dan bagi mengatasi masalah ini, kementerian telah melantik
beberapa pemandu ganti yang terdiri dari kakitangan Bahagian berkenaan
sendiri. Walau bagaimanapun, Pemandu Ganti yang dilantik ini masih tertakluk
kepada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi, iaitu antaranya:
8.1.

Kebenaran memandu kenderaan kerajaan akan diberi sekiranya


tidak ada pemandu kenderaan rasmi pada masa diperlukan;

8.2.

Kepentingan tugas perlu dilakukan segera dan tidak boleh


ditangguh;

8.3.

Pemohon perlu menggunakan borang tempahan kenderaan


berasingan dan mengisikan maklumat yang diperlukan di dalam
borang berkenaan;

8.4.

Email atau Slip Arahan Memandu akan dikeluarkan apabila


kebenaran diberi untuk memandu sendiri kenderaan kerajaan;

8.5.

Pemandu Ganti adalah tertakluk dan perlu mematuh peraturanperaturan yang ditetapkan di atas termasuk juga bertanggungjawab
ke atas keselamatan kenderaan tersebut;

8.6.

Pemandu Ganti akan dipertanggungjawabkan ke atas kesalahan


lalu-lintas yang dilakukan semasa memandu kenderaan kerajaan;
dan

8.7.

Pemandu Ganti diberi kebenaran memandu berdasarkan kelulusan


yang diberikan oleh Ketua Setiausaha.

D.

PENYELENGGARAAN BUKU LOG KENDERAAN

9.

Semua kenderaan rasmi hendaklah disediakan dengan Buku Log

kenderaan dan disimpan di dalam kenderaan. Berikut adalah beberapa


peraturan yang perlu dipatuhi dalam mengendalikan Buku Log:
9.1.

Catatan dalam Buku Log hendaklah dimulakan dengan muka


helaian yang baru bagi sesuatu bulan;

9.2.

Bagi pegawai yang disediakan pemandu, Buku Log kenderaan


hendaklah dibuat oleh pemandu berkenaan. Bagi pegawai yang
tidak disediakan pemandu, Buku Log hendaklah diselenggara oleh
pegawai sendiri;

9.3.

Buku Log kenderaan hendaklah sentiasa dikemaskini dengan


mencatatkan

maksud

perjalanan,

jumlah

jarak

perjalanan,

penggunaan bahan api, minyak pelincir, butir-butir mengenai


kenderaan dan alat-alat kelengkapan;
9.4.

Pegawai yang menggunakan kenderaan hendaklah mencatat dan


menandatangani ruang nama dan tandatangan pegawai yang
menggunakan selepas digunakan;

9.5.

Pegawai Kenderaan atau pegawai yang diberi kuasa hendaklah


memeriksa dan menandatangani Buku Log kenderaan pada hari
akhir tiap-tiap satu minggu;

9.6.

Pemandu Kementerian dikehendaki menyerahkan Buku Log


kenderaan pada tiap-tiap akhir bekerja sekiranya tidak bertugas
luar; dan

9.7.

Keratan salinan asal Buku Log kenderaan yang telah dicatatkan


hendaklah disimpan di pejabat dan diperiksa pada bila-bila masa
oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang dilantik bagi memastikan
catatan yang dibuat oleh pemandu adalah betul.

E.

PENGGUNAAN KAD INDEN MINYAK

10.

Kelayakan penggunaan minyak petrol bagi Pegawai JUSA C dan ke atas

adalah berasaskan kelayakan bulanan seperti yang diperuntukkan di para 14


dan 15 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1996:
10.1.

Pengguna kereta rasmi (Pegawai JUSA C dan ke atas) akan


dibekalkan Kad Inden Minyak syarikat Petronas dan Shell dan
hendaklah disimpan oleh pegawai itu sendiri;

10.2. Kad Inden Minyak bagi lain-lain pemandu (gunasama) akan


disimpan oleh Pegawai Kenderaan. Pegawai Kenderaan perlu
menyediakan Buku Rekod Pergerakan Kad Inden Minyak dan buku
rekod ini hendaklah dikemaskini setiap hari;
10.3. Kad Inden Minyak akan dibekalkan kepada pemandu apabila
diperlukan

untuk

mengisi

minyak

kenderaan

dengan

menandatangani buku rekod pergerakan Kad Inden Minyak yang


telah disediakan. Selepas digunakan Kad Inden Minyak berkenaan
hendaklah dikembalikan semula kepada pegawai kenderaan;
10.4. Pemegang Kad Inden Minyak perlu mendapatkan resit bagi tujuan
rekod

apabila

membeli

minyak.

Semua

butiran

pembelian

hendaklah direkodkan dalam Buku Log Kenderaan oleh pemandu


kenderaan; dan
10.5. Kehilangan kad Inden Minyak hendaklah dilaporkan segera kepada
pegawai kenderaan disusuli dengan membuat laporan polis di balai
polis berdekatan dalam masa 24 jam.

F.

PENGGUNAAN KAD ELEKTRONIK BAGI PEMBAYARAN TOL (KAD


TOUCH N GO)

11.

Selaras dengan perkembangan teknologi, kerajaan telah membenarkan

penggunaan

kad

elektronik

bagi

mempercepatkan

urusan

pemanduan.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi
semasa menggunakan kad ini:
11.1. Kad elektronik `Touch N Go` (kad) yang dibeli oleh Jabatan
Kerajaan adalah terhad untuk digunakan oleh pemandu-pemandu
kereta gunasama Kerajaan sahaja;
11.2. Kad ini juga boleh digunakan untuk tujuan membayar bayaran
parkir di tempat-tempat yang dikhaskan;
11.3. Bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan, kenderaan guna
sama akan dibekalkan dengan mesin `smartag`. Mesin ini perlu
didaftarkan atas nama KeTTHA dan diuruskan mengikut tatacara
yang sedang berkuatkuasa;
11.4. Kad hendaklah disimpan oleh pegawai kenderaan dan direkod
sebagai dokumen kerajaan. Satu buku daftar penggunaan kad
hendaklah disenggara dan disimpan dengan selamat oleh pegawai
kenderaan;
11.5. Kad hanya akan diberi kepada pemandu apabila ia diarah
menjalankan sesuatu tugas yang melibatkan laluan jalan yang
memerlukan bayaran tol;
11.6. Setiap pemandu mesti merekodkan butir-butir penggunaan kad
berkenaan di dalam buku rekod dan menyerahkan buku rekod itu
kepada pegawai kenderaan untuk ditandatangani selepas selesai
menjalankan tugas;
11.7. Setiap

pemandu

juga

dikehendaki

mencatatkan

butir-butir

penggunaan kad dalam buku log kenderaan; dan


11.8. Kad berkenaan perlu dijaga dengan baik untuk mengelakkan
berlaku kehilangan atau rosak. Setiap kehilangan adalah menjadi
tanggungjawab pengguna atau pemegang terakhir kad tersebut.
Kehilangan kad ini hendaklah dilaporkan sebagai kehilangan wang
awam mengikut peruntukkan AP 315(a).

G.

PENJAGAAN KUNCI KENDERAAN KERAJAAN

12.

Kunci kenderaan merupakan salah satu komponen aset kerajaan yang

perlu diberikan kawalan seperti mana aset-aset kerajaan yang lain. Berikut
adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan:
12.1. Semua kunci kenderaan hendaklah disimpan oleh pegawai
kenderaan atau pegawai yang diberi kuasa;
12.2. Pegawai kenderaan dikehendaki menyediakan buku daftar bagi
merekod pengambilan dan penyerahan kunci kenderaan kerajaan;
12.3. Kunci akan diberikan kepada pemandu apabila kenderaan hendak
digunakan. Pemandu berkenaan dikehendaki menandatangani
buku rekod kunci apabila mengambil kunci dari pegawai kenderaan
atau pegawai yang diberi kuasa;
12.4. Kunci hendaklah dikembalikan semula kepada pegawai kenderaan
atau pegawai yang diberi kuasa selepas bertugas pada tiap-tiap
hari;
12.5. Pemandu adalah tidak dibenarkan menyimpan/membawa pulang
kunci kenderaan kerajaan kecuali beliau diarah bertugas sehingga
lepas waktu pejabat atau bertugas luar kawasan atau diarah
bertugas diawal pagi keesokan harinya (jam 7 pagi);
12.6. Kenderaan kerajaan hendaklah sentiasa berada di kawasan
pejabat pada setiap masa. Pemandu adalah dilarang memandu
kenderaan bukan bagi tujuan rasmi atau membawa balik
kenderaan tanpa kebenaran;
12.7. Kunci kenderaan ini hendaklah disimpan di tempat yang selamat
dan berkunci seperti peti besi kabinet; dan
12.8. Kehilangan kunci kenderaan hendaklah dimaklumkan serta merta
kepada Pegawai Kenderaan dan perlu dilaporkan kepada balai
polis berdekatan berlaku kehilangan dalam tempoh 24 jam.

H.

KEROSAKAN

13.

Jika berlaku kerosakan kereta SPANCO:


13.1. Pengguna

boleh

menghubungi

talian

bebas

tol

Spanco

1-800-88-6999 atau menghubungi Pusat Services Spanco (PSD)


berhampiran. Jika berada di Lebuh Raya Utara Selatan PLUS,
pengguna boleh menghubungi perkhidmatan PLUSRONDA ditalian
1-800-88-0000 untuk bantuan;
13.2. Setelah menghubungi Spanco, pengguna dinasihatkan menunggu
bantuan datang; dan
13.3. Jika penundaan diperlukan, kenderaan hendaklah ditunda oleh
penunda yang dilantik oleh Spanco ke Pusat Services Spanco atau
PSD terdekat atau balai polis. Spanco akan memaklumkan
pengguna, syarikat penunda yan akan menunda kereta berkenaan.
Spanco akan berusaha menghantar seorang kakitangan atau wakil
ke lokasi kenderaan untuk menunda kenderaan ke Pusat Services
Spanco atau PSD.
14.

Jika berlaku kerosakan kepada kenderaan Kementerian;

14.1.

Pemandu

hendaklah

dengan

segera

memaklumkan

kepada

Pegawai kenderaan dan menunggu sehingga bantuan tiba;


14.2.

Pegawai

Kenderaan

dikehendaki

menghubungi

mana-mana

syarikat tunda untuk ditunda ke bengkel berkaitan, pulang ke


pejabat atau jika berkaitan ke Balai Polis berdekatan; dan
14.3. Sebuah kereta ganti hendaklah disediakan bagi mengambil
penumpang (jika ada) sama ada untuk menghantar balik semula ke
pejabat atau ke destinasi asal penumpang.

10

I.

KEMALANGAN

15.

Apabila berlaku kemalangan kenderaan SPANCO:


15.1. Pengguna/pemandu perlu melaporkan kemalangan ke Spanco
melalui talian bebas tol 1-8020-88-6999 secepat mungkin dengan
mengemukakan butir-butir berikut:
(a) Nama;
(b) Nombor daftar kereta;
(c) Nombor telefon untuk dihubungi;
(d) Lokasi kereta; dan
(e) Masalah kereta.
15.2. Pengguna/pemandu dinasihatkan:
(a) Bertukar maklumat dengan pihak terlibat - nama, alamat, butir
kenderaan dan nama syarikat insurans;
(b) Mencatat nama dan alamat saksi/anggota polis dan balai polis;
(c) Mencatat waktu, tarikh, lokasi, keadaan cuaca dan jalan raya;
(d) Gunakan borang yang disediakan (dalam Buku Kecil Panduan
Khidmat Bantuan dan Pusat Services Spanco atau PSD) bagi
mencatat maklumat yang diperlukan; dan
(e) Jangan sekali-kali membuat pengakuan liabiliti.
15.3. Pengguna/pemandu dikehendaki menunggu bantuan daripada
Spanco. Kakitangan atau wakil Spanco akan dihantar untuk
membawa kereta yang terlibat ke Pusat Services Spanco atau
PSD. Jika penundaan diperlukan, kereta hanya ditunda ke Pusat
Services Spanco atau PSD. Jika penundaan diperlukan, kereta
hanya ditunda ke Pusat Services Spanco atau PSD atau ke balai
polis terdekat;
15.4. Laporan mengenai kemalangan kepada polis perlu dibuat dalam
tempoh 24 jam. Butir-butir dalam Laporan Polis hendaklah selaras
dengan hal kerosakan kenderaan;

11

15.5. Kemukakan dengan segera, sebaik-baiknya dalam masa 2 hari


bekerja, dokumen-dokumen berikut ke Spanco;
15.6. Borang Notis Tuntutan Kemalangan/Kecurian yang dikeluarkan
oleh Spanco (diuruskan oleh Pegawai Perhubungan Kenderaan
Jabatan);
15.7. Borang

Laporan

Kemalangan

Kenderaan

Bermotor

yang

dikeluarkan oleh syarikat insurans (diuruskan oleh Pegawai


Perhubungan Kenderaan Jabatan);
15.8. Satu salinan laporan polis yang disahkan betul;
15.9. Salinan kad pengenalan penggunaan/pemandu;
15.10. Salinan lesen memandu pengguna/pemandu;
15.11. Jika keadaan kereta teruk/tidak boleh dibaiki (constructive total
loss) setelah mendapat pengesahan daripada insurans, Spanco
akan memaklumkan kepada Perbendaharaan untuk menamatkan
pajakan kereta tersebut. Permohonan gantian Kereta Rasmi akan
dilakukan oleh jabatan pengguna;
15.12. Pengguna adalah dinasihatkan untuk membuat laporan kepada
Spanco dan polis mengenai sebarang kemalangan yang berlaku.
Jika kemalangan tidak dilaporkan, dikhuatiri pengguna akan
dipertanggungjawabkan ke atas kesemua kos yang terlibat akibat
kemalangan tersebut;
15.13. Pengguna/pemandu jangan sekali-kali:
(a) Membuat pengakuan liabiliti;
(b) Membuat kenyataan kepada pihak ketiga melainkan kepada
polis;
(c) Menandatangani sebarang dokumen selain laporan polis;
(d) Membenarkan kereta ditunda olegh syarikat yang tidak diiktiraf
oleh Spanco; dan
(e) Membaiki kereta tersebut secara sendiri.

12

16.

Apabila berlaku kemalangan kepada kenderaan kementerian:


16.1. Pegawai/pemandu perlu melaporkan kemalangan ke Pegawai
Kenderaan secepat mungkin dengan mengemukakan butir-butir
berikut:
(a) Nama;
(b) Nombor daftar kereta;
(c) Nombor telefon untuk dihubungi;
(d) Lokasi kereta; dan
(e) Masalah kereta.
16.2. Pegawai/pemandu dinasihatkan:
(a)

Bertukar maklumat dengan pihak terlibat - nama, alamat,


butir kenderaan dan nama syarikat insurans;

(b)

Mencatat nama dan alamat saksi/anggota polis dan balai


polis;

(c)

Mencatat waktu, tarikh, lokasi, keadaan cuaca dan jalan


raya; dan

(d)

Jangan sekali-kali membuat pengakuan liabiliti.

16.3. Pegawai/pemandu

dikehendaki

menunggu

bantuan

daripada

kementerian. Kakitangan atau wakil pusat servis akan dihantar


untuk membawa kereta yang terlibat ke bengkel berkaitan. Jika
penundaan diperlukan, kereta akan ditunda ke bengkel, ke pejabat
atau balai polis terdekat;
16.4. Laporan mengenai kemalangan kepada polis perlu dibuat dalam
tempoh 24 jam. Butir-butir dalam Laporan Polis hendaklah selaras
dengan hal kerosakan kenderaan;
16.5. Kemukakan dengan segera, sebaik-baiknya dalam masa 2 hari
bekerja, dokumen-dokumen berikut ke Pegawai Kenderaan;
16.6. Satu salinan laporan polis yang disahkan betul;
16.7. Salinan kad pengenalan penggunaan/pemandu;
16.8. Salinan lesen memandu pengguna/pemandu;

13

16.9. Jika keadaan kereta teruk/tidak boleh dibaiki (constructive total


loss) setelah mendapat pengesahan daripada insurans, Pegawai
Kenderaan perlu memaklumkan kepada Setiausaha Bahagian yang
menjaga Pentadbiran;
16.10.Peraturan melupuskan dan hapuskira kenderaan seperti yang
digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007
hendaklah diikuti bagi kereta teruk/tidak boleh dibaiki;
16.11.Jika kenderaan masih boleh dibaiki, proses perolehan yang sedang
berkuatkuasa hendaklah diikuti sewajarnya;
16.12. Pegawai/Pengguna adalah dinasihatkan untuk membuat laporan
kepada Pegawai Kenderaan dan polis mengenai sebarang
kemalangan yang berlaku. Jika kemalangan tidak dilaporkan,
dikhuatiri Pegawai/pemandu akan dipertanggungjawabkan ke atas
kesemua kos yang terlibat akibat kemalangan tersebut;
16.13. Pegawai/pemandu jangan sekali-kali :
(a) Membuat pengakuan liabiliti;
(b) Membuat kenyataan kepada pihak ketiga melainkan kepada
polis;
(c) Menandatangani sebarang dokumen selain laporan polis;
(d) Membenarkan kereta ditunda oleh syarikat yang tidak diiktiraf
oleh Spanco; dan
(e) Membaiki kereta tersebut secara sendiri.

J.

KECURIAN

17.

Dalam kes kecurian kereta dan aksesori SPANCO:


17.1. Pegawai/pemandu hendaklah :
(a)

Menghubungi Spanco melalui talian bebas tol 1-800-886999 secepat mungkin; dan

(b)

Membuat laporan kepada polis dalam masa 24 jam.

14

17.2. Kemukakan dengan segera, sabaik-baiknya dalam masa 2 hari


bekerja, dokumen-dokumen berikut ke Spanco:
(a) Borang Notis Tuntutan Kemalangan/Kecurian yang dikeluarkan
oleh Spanco (diuruskan oleh Pegawai Perhubungan Kenderaan
Jabatan);
(b) Borang Laporan Kemalangan Kenderaan Bermotor yang
dikeluarkan oleh syarikat insurans (diuruskan oleh Pegawai
Perhubungan Kenderaan Jabatan);
(c) Satu salinan laporan polis yang disahkan betul;
(d) Salinan kad pengenalan penggunaan/pemandu; dan
(e) Salinan lesen memandu pengguna/pemandu.
17.3. Spanco akan memaklumkan kepada Perbendaharaan dalam masa
5 hari bekerja selepas tarikh kenderaan dilaporkan hilang dan
diisytiharkan lulus (total loss);
17.4. Jabatan pengguna boleh membuat pesanan penggantian Kereta
Rasmi

setelah

menerima

Notis

Tamat

Pajakan

daripada

Perbendaharaan; dan
17.5. Bagi kecurian aksesori, sebaik sahaja menerima laporan polis dan
dokumen-dokumen yang diperlukan, Spanco akan memaklumkan
kepada pengguna untuk membawa Kereta Rasmi ke Pusat
Services Spanco atau PSD bagi menggantikan aksesori yang
dicuri.
18.

Dalam kes kecurian kereta kerajaan ;


18.1. Pegawai/pemandu hendaklah :
(a) Menghubungi Pegawai Kenderaan secepat mungkin; dan
(b) Membuat laporan kepada polis dalam masa 24 jam.
18.2. Kemukakan dengan segera, sabaik-baiknya dalam masa 2 hari
bekerja, dokumen-dokumen berikut ke Pegawai Kenderaan:
(a) Borang Notis Tuntutan Kemalangan/Kecurian.(Diuruskan oleh
Pegawai Kenderaan);

15

(b) Satu salinan laporan polis yang disahkan betul;


(c) Borang Laporan Kemalangan Kenderaan Bermotor yang
dikeluarkan oleh syarikat insurans (diuruskan oleh Pegawai
Kenderaan);
(d) Salinan kad pengenalan penggunaan/pemandu; dan
(e) Salinan lesen memandu pengguna/pemandu.
18.3. Pegawai Kenderaan akan memaklumkan kepada Perbendaharaan
dalam masa 5 hari bekerja selepas tarikh kenderaan dilaporkan
hilang dan diisytiharkan lulus (total loss);dan
18.4. Bagi kecurian aksesori, sebaik sahaja menerima laporan polis dan
dokumen-dokumen yang diperlukan, Pegawai Kenderaan akan
menguruskan penggantian mengikut peraturan perolehan yang
sedia ada.

K.

SAMAN

19.

Penggunaan Kereta Rasmi adalah di bawah tanggungjawab pegawai atau


pemandu yang dibenarkan seperti berikut:
19.1. Pegawai atau Pemandu hendaklah sentiasa mematuhi peraturan
jalan raya dan sentiasa mengelakkan dari disaman;
19.2. Pegawai/pemandu

adalah

bertanggungjawab

atas

semua

saman/kompaun yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa.


Sebarang

saman/kompaun

pegawai/pemandu

dengan

hendaklah
kadar

diselesaikan

segera.

Kerajaan

oleh
tidak

bertanggungjawab ke atas saman/kompaun berkenaan; dan


19.3

Pemandu perlu mencatitkan dalam buku log perihal tarikh, masa


dan tempat jika diarahkan memandu melebihi had laju oleh
pegawai. Pegawai adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
saman/kompaun berkenaan.

16

L.
20.

PEMBATALAN
Arahan Pentadbiran Bil.1 Tahun 2010 adalah dengan ini dibatalkan.

M.

TARIKH KUATKUASA

21.

Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai 01 Jun 2011.

(DATUK LOO TOOK GEE )


Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,
Malaysia.
Tarikh : 02 Jun 2011

17

Anda mungkin juga menyukai