Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
MALAYSIA
Tel: 603-8000 8000
Faks: 603-8888 0158
Laman Web: www.mot.gov.my

1^07.600-2/13/14 4£)
/ 21Januari 2费4
YBhg. Dato' Tony Chia Han Teun
Presiden
Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF)
c/o Wisma SFFLA
23, Jalan Cemerlang
42000 Pelabuhan Klang
Selangor Darul Ehsan Tel : 03-3165 3082
secretariat@fmff.net

YBhg. Dato',

MAKLUMAN BERHUBUNG LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN


BARANGAN SEMASA MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2024

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas


dan surat YBhg. Dato' dalam rujukan 003/FMFF/2024 bertarikh 11
Januari 2024 adalah berkaitan.

2. Untuk makluman YBhg. Dato', larangan pemanduan kenderaan


barangan sempena musim perayaan bersempena Perayaan Tahun Baru
Cina 2024 akan dilaksanakan selama 4 hari iaitu pada 8-9 Februari
2024 diikuti 12 - 13 Februari 2024. Larangan ini terpakai bagi
kenderaan kategori 1, 2 dan 3 sepertimana Jadual Larangan
Pemanduan Kenderaan Barangan Bersempena Perayaan Tahun Baru
Cina 2024 di lampiran. Mana-mana kenderaan barangan atau dengan
jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual adalah dibenarkan
menggunakan kenderaan dalam tempoh larangan.
3. Memandangkan pengecualian terhadap perintah larangan tidak
diberikan, kerjasama pihak YBhg. Dato'adalah dipohon menyusun jadual
perjalanan kenderaan barangan bagi memastikan segala pematuhan
terhadap Jadual Perintah Larangan Pemanduan dan syarat-syarat
yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 sepanjang tempoh
larangan berkuatkuasa.

Sekian, terima kasih

"MALAYSIA MADANI”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang mejdala n amanah,

(WAN ASRAF BIN WAN SALLEH


Bahagian Darat
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pengangkutan
MALAYSIA

2
Edaran Luar:

Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 5, No 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
62100 PUTRAJAYA

Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Pengangkutan Jalan

Pengarah Jabatan Siasatan


Dan Penguatkuasaan Trafik
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman Tel : 03-2266 3356
50560 KUALA LUMPUR Faks : 03-2272 3150

3
JADUAL LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN
SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA (TBC) 2024

8 & 9 dan 12 & 13 Februari 2024

KATEG^Ri
蕊义:裏泊“期盛我

Katego^i 1 1.1 Lori pengangkut kenderaan (car carrier) dan Iori jongket Sepanjang masa
(tipper/dumper/tipping) yang berat dengan muatannya
melebihi 7,500 kg dan mempunyai Lesen Pengendali, Iori
pengangkut rendah, pole trailer, Iori tangki simen (bulk
cement tanker), platform trailer, Iori balak, jentera berat
beroda dan traktor

1.2 Lori pengangkut barangan simen, besi keluli, batu, pasir,


tanah, bahan binaan yang lain, amang, bijih timah, arang
batu dan bahan galian yang lain

Kategori 2 2.1 Lori kontena yang mengangkut barang.(kecuali Iori 12.00 tengah malam hingga
kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau 8.00 pagi
lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri yang
sama dan sebaliknya);

2.2 Lori mengangkut barangan etektronfk atau elektrik atau


bahan industri (barangan berasaskan kimia, sawit dan
getah) dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan
industri dalam negeri dan sebaliknya;

2.3 Lori mengangkut barangan pengeluaran hasil sawit dan


getah dari ladang ke kawasan industri;

2.4 Lori tanpa muatan

Kategori 3 3.1 Kren bergerak dan Iori pembancuh simen 6.00 petang hingga 6.00
pagi dalam jarak 25 km
dari tapak pembinaan
tertakluk kepada had
masa operasi yang
dibenarkan di jalan
tertentu

1. Jentera berat beroda dan kren bergerak adalah diberi pengecualian melaksanakan kerja-kerja
kecemasan.

2. Mana-mana kenderaan barangan atau dengan jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual
adalah dibenarkan menggunakan kenderaan dalam tempoh larangan

Anda mungkin juga menyukai