Anda di halaman 1dari 7

FASAL 51 : PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

FASAL 51. PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (a) Tanpa menjelas apa-apa hak atau remedy lain yang dipunyai oleh Kerajaan, jika Kontraktor melakukan kemungkiran mengenai mana-mana satu atau lebih daripada perkaraperkara yang berikut, iaitu: (i) Jjika tanpa sebab yang munasabah dia menggantung perjalanan seluruh atau manamana bahagian Kerja sebelum siapnya Kerja itu, atau (ii) Jika dia gagal meneruskan Kerja dengan mengikut aturan dan tekunnya, atau (iii)Jika dia gagal melaksanakan Kerja mengikut Kontrak ini atau berulangkali cuai menunaikan obligasinya di bawah Kontrak ini, atau (iv) Jika dia mungkir atau berulangkali cuai mematuhi suatu notis bertulis daripada P.P. untuk menukar dan mengganti apa-apa kerja yang cacat atau bahan atau barang-barang yang tidak sesuai, atau (v) jika dia tidak mematuhi peruntukan-peruntukan Fasal 27 (a) dan (b) Syarat-syarat ini: Maka P.P. boleh member kepadanya suatu notis dihantar dengan pos berdaftar atau dengan serah-hantaran yang direkodkan menyatakan kemungkiran itu, dan jika Kontraktor samada meneruskan kemungkiran itu selama empat belas (14) hari selepas penerimaan notis itu atau pada bila-bila masa selepas itu mengulangi kemungkiran itu (samada pernah diulangi dahulunya atau tidak), maka Kerajaan boleh dengan demikian itu melalui suatu notis yang dihantar dengan pos berdaftar atau dengan serah-hantaran yang direkodkan menamatkan pengambilan kerja Kontraktordi bawah Kontrak ini. HURAIAN Jika Kontraktor melakukan sebarang kemungkiran mengenai mana-mana satu atau lebih daripada perkara-perkara di atas, maka pihak P.P. boleh memberi kepadanya suatu notis yang dihantar dengan pos berdaftar atau serah-hantaran yang direkodkan mengenai kemungkiran itu. Jika Kontraktor tersebut meneruskan kemungkiran itu selama empat belas (14) hari selepas penerimaan notis atau pada bila-bila masa, maka Kerajaan boleh menghantar satu notis dengan pos berdaftar untuk menamatkan pengambilan kerja Kontraktor di bawah Kontrak ini.

FASAL 51 : PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

(b) Jika Kontraktor: (i) melakukan suatu perbuatan kebankrapan, atau (ii) menjadi taksolven atau membuat penyelesaian dengan pemuitang-pemuitangnya atau membuat perkiraan dengan mereka itu, atau (iii) sebagai suatu syarikat, ia menghadapi suatu perintah penggulungan yang dibuat terhadapnya, atau (iv) mempunyai seorang likuidator, penerima atau pengurus sementara bagi urusan atau pengushaannya yang dilantik dengan sewajarnya, atau menyerahkan pemilikan supaya diambil oleh atau bagi pihak pemuitang-pemuitangnya atau pemegang-pemegang debentur bercagar dengan gadaian terapung kepada gadaian terapung itu: maka, dan dalam mana-mana hal tersebut itu, Kerajaan boleh, tanpa menjejas apa-apa hak lain yang ada padanya, melalui suatu notis yang dihantr dengan pos berdaftar menamatkan pengambilan kerja Kontraktor di bawah Kontrak ini. HURAIAN Jika Kontraktor melakukan kesalahan di dalam mana-mana hal tersebut, maka Kerajaan boleh menghantar suatu notis melalui pos berdaftar untuk menamatkan pengambilan kerja Kontraktor di bawah Kontrak ini tanpa menjejas apa-apa hak lain yang ada padanya. (c) Dalam hal sekiranya pengambilan kerja Kontraktor di bawah Kontrak ini ditamatkan di bawah subfasal (a) atau (b) Syarat ini tidak kira samada penamatan tersebut sah atau tidak: i. Kerajaan adalah berhak untuk memiliki semula Tapak Bina dan Kontraktor hendaklah dengan serta-merta memberhentikan semua pekerjaan di tempat kerja. Memindahkan kakitangan dan pekerjanya dari Tapak Bina Kerja itu dan menyerahkan pemilikan Tapak Bina itu dengan meninggalkan semua bangunan sementara , loji , perkakas , kelengkapan , barang-barang dan bahan takpasang kepunyaannya di Tapak Bina itu.Kecuali hanya apa-apa yang diarahkan secara bertulis dengan khususnya pada bila-bila masa oleh P.P. supaya memindah keluar dari Tapak Bina itu.

FASAL 51 : PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

ii.

Kerajaan boleh menjalankan dan menyiapkan kerja itu secara langsung oleh jabatan atau mengambil bekerja dan membayar seorang kontraktor atau orang-orang lain untuk menjalankan dan menyiapkan Kerja dan dia atau mereka boleh memasuki. Kerja dan menggunakan semua bangunan sementara, loji, alat, kelengkapan, barang-barang dan bahan yang dicadangkan bagi Kerja itu, yang telah diserah hantar dan diletakkan di tempat Kerja atau di tempat yang berdampingan dengan Kerja, dan boleh membeli semua bahan dan barang-barang yang perlu bagi menjalankan dan menyiapkan Kerja itu.

iii.

Kontraktor hendaklah jika dikehendaki sedemikian itu oleh P.P. menyerah hak kepada Kerajaan tanpa bayaran, akan faedah apa-apa perjanjian untuk membekalkan bahan atau barang-barang dan/atau untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi maksud-maksud Kontrak ini. Bagaimanapun Kerajaan adalah mempunyai kuasa, tetapi tidak diwajibkan, membayar kepada mana-mana pembekal atau subkontraktor, samada dinamakan atau diambil bekerja secara persendirian oleh Kontraktor, untuk apa-apa bahan atau barang-barang yang telah diserah-hantar atau apa-apa kerja yang telah dilaksanakan bagi maksud-maksud Kontrak ini (samada sebelum atau selepas tarikh pengambilan kerja Kontraktor ditamatkan) yang mana Kontraktor telah gagal membuat bayaran. Hak Kerajaan di bawah perenggan ini adalah sebagaimana tambahan kepada hak-haknya untuk membayar kepada Subkontraktor Dinamakan dan/atau Pembekal Dinamakan di bawah Fasal 28 Syaratsyarat ini. Kontraktor hendaklah membenarkan atau membayar kepada Kerajaan semua bayaran yang dibuat di bawah perenggan ini.

iv.

Kontraktor hendaklah, sebagaimana dan apabila dikehendaki, memindahkan dari Tapak Bina apa-apa bangunan sementara, loji, alat, kelengkapan, bahan dan barang-barang kepunyaannya atau yang disewa olehnya dalam suatu tempoh yang berpatutan sebagaimana dinyatakan oleh P.P. dalam suatu notis bertulis kepadanya dan jika mungkir Kerajaan boleh (tetapi tanpa bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau kerosakan), memindahkan dan menjualkan mana-mana harta kepunyaan Kontraktor, dengan memegang hasil jualan itu selepas ditolak segala kos yang terlibat sebagai kredit untuk Kontraktor.

FASAL 51 : PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

v.

Kontraktor hendaklah membenarkan atau membayar kepada Kerajaan mengikut cara yang terdapat dalam Syarat ini, amaun apa-apa kerugian dan/atau ganti rosak yang berlaku kepada Kerajaan disebabkan oleh penamatan pengambilan kerjanya di bawah Kontrak ini. Jika atau sebaik sahaja perkiraan untuk menyiapkan Kerja yang dibuat oleh Kerajaan membolehkan P.P. membuat taksiran yang semunasabahnya tepat tentang kos muktamad kepada Kerajaan bagi menyiapkan Kerja berikutan dengan tamatnya pengambilan kerja Kontraktor dan pengambilan kerja kontraktorkontraktor atau orang-orang yang lain, P.P. boleh mengeluarkan suatu perakuan menyatakan amaun kerugian dan/atau ganti rosak tersebut kepada Kerajaan disebabkan oleh penamatan pengambilan kerja Kontraktor tersebut. Perakuan itu hendaklah menyatakan secara berasingan jumlah wang yang dibayar dahulunya oleh Kerajaan kepada Kontraktor, jumlah wang yang dibayar atau kena dibayar atau genap masanya kena dibayar kepada kontraktor-kontraktor atau orang-orang lain yang diambil bekerja oleh Kerajaan bagi menyiapkan Kerja, apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada subkontraktor atau pembekal di bawah perenggan (iii) subfasal ini dan apa-apa kos atau perbelanjaan lain yang ditanggung atau akan ditanggung oleh Kerajaan dalam menyiapkan Kerja, (semua kos itu dalam subfasal ini disebut "Kos Siap"). Perakuan itu hendaklah juga menyatakan Jumlah Harga Kontrak Muktamad yang mengambil kira apa-apa perubahan atau perkara-perkara lain yang mungkin mengakibatkan suatu pelarasan tentang Jumlah Harga Kontrak yang asal dan bagi apa-apa jumlah wang lain, yang Kerajaan mungkin berhak membuat potongan daripadanya di bawah terma-terma Kontrak ini, akan kena dibayar di bawah Kontrak ini sekiranya pengambilan kerja Kontraktor tidak ditamatkan dan jika Jumlah Harga Kontrak Muktamad adalah kurang daripada Kos Siap, perbezaannya hendaklah meniadi hutang yang kena dibayar oleh Kontraktor kepada Kerajaan. Perakuan ini hendaklah mengikat dan muktamad ke atas Kontraktor berkenaan dengan amaun kerugian dan/atau kerosakan seperti yang dinyatakan di dalamnya.

vi.

Dalam hal sekiranya penyiapan Kerja itu diusahakan secara langsung oleh jabatan, kerugian, kos penyeliaan, faedah dan kesusutan nilai loji dan perbelanjaan asas, serta keuntungan lain yang lazim sebagaimana yang akan ditanggungkan jika Kerja itu disiapkan oleh seorang kontraktor atau oleh orang-orang lain hendaklah juga diambil kira apabila memastikan amaun yang akan diperakui sebagai kos atau belanja yang ditanggung oleh Kerajaan.

FASAL 51 : PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

HURAIAN Sub Fasal (c) KESAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (c)(i) Tindakan segera Pegawai Penguasa (P.P) : Majikan akan mengambil alih tapakbina dengan serta merta. Kontraktor hendaklah memberhentikan aktiviti dengan serta-merta Kontraktor hendaklah meninggalkan segala bangunan sementara termasuk bahan atau barang tak pasang di tapakbina kecuali sekiranya diarahkan secara bertulis oleh P.P untuk memindahkan barang dalam masa tertentu. Memindahkan semua kakitangan dan pekerja dari tapakbina. (c)(ii),(iii) dan (iv) Tindakan selanjutnya oleh kerajaan . Kerja tersebut boleh disiapkan oleh kerajaan sendiri atau disiapkan oleh kontraktor lain. Kontraktor hendaklah menyerahkan hak atau kuasa kepada kerajaan atau majikan keatas semua urusan perjanjian mengenai pembekalan barang atau bahan atau perlaksanaan kerja atau projek sebagaimana dinyatakan dalam projek. Menyenaraikan dan mengarahkan kontraktor untuk dipindahkan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam sub fasal c (iv) Kontraktor hendaklah membayar apa-apa kerosakan atau kerugian kepada kerajaan dan majikan jika P.P telah mengeluarkan satu Perakuan Muktamad mengenai amaun yang perlu dibayar selepas kontraktor yang baru dilantik. Menyediakan perkiraan kos-kos yang perlu dituntut bagi menyiapkan kerja yang telah ditamatkan. ( contoh kos panggil semua tawaran). Mengenakan tindakan disiplin kepada kontraktor.(contohnya disenarai hitam kontraktor tersebut.)

FASAL 51 : PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

(c)(v) dan (vi) Apabila kontraktor yang baru dilantik, kerajaan akan membuat penilaian terhadap kos dan atau kerosakan dan satu tuntutan kan dibuat kepada kontraktor asal dimana tuntutan akan dibuat tidak lewat daripada 9 bulan daripada tarikh penamatan pengambilan kerjanya yang mana kerajaan akan mengeluarkan satu perakuan yang disebut Perakuan Muktamad sebagai kontrak yang ditamatkan pengambilan kerja kontraktor. Sekiranya kontraktror gagal untuk memenuhi tuntutan tersebut walaupun telah diberi beberapa peringatan, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang dengan merujuk kepada penasihat undang-undang Kementerian Kerja Raya.

Perkara yang terdapat dalam Perakuan Muktamad : (a) Kos Penyiapan : Jumlah bayaran interim yang telah dibayar kepada kontraktor asal. Jumlah bayaran yang kena dibayar kepada sub kontraktor dinamakan dan Pembekal Dinamakan dan lain-lain. Jumlah Harga Kontrak yang baru iaitu bayaran yang kena dibayar kepada kontraktor lain untuk menyiapkan kerja. Jumlah kos kerugian kepada kerajaan akibat projek tidak dapat disiapkan termasuk kos pengawasan ke atas kerja atau projek yang perlu disiapkan dimana kos ini dikira tarikh pengambilan kerja kontraktor ditamatkan sehingga Tarikh Siap Kerja oleh kontraktor yang baru. Caj On Cost akan dikenakan keatas kontraktor asal bagi maksud membayar balik kos pentadbiran yang ditanggung oleh majikan kerana memanggil semula tender. Nilai caj ini biasanya telah dipersetujui (10% daripada Jumlah Harga Kontrak yang baru atau jumlah kos yang dibayar kepada kontraktor baru atau orang lain yang menyiapkan kerja yang terbengkalai).

FASAL 51 : PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

(b) Harga Kontrak Asal Terlaras : Jumlah harga kontrak asal Nilai bersih pelarasan Jumlah Harga kontrak Asal. Potongan gantirugi tertentu dan ditetapkan yang dikenakan terhadap kontrak asal. Potongan lain yang boleh dikenakan oleh kerajaan dibawah kontrak. (contohnya memperbaharui insuran iaitu bayaran premium).

Anda mungkin juga menyukai