Anda di halaman 1dari 2

KESAN PENAMATAN KONTRAK

JKR 203/203A
1. Kerajaan berhak memiliki semula tapak bina.
2. Kontraktor hendaklah dengan serta merta memberhentikan semua
pekerjaan, memindahkan dengan meninggalkan semua bangunan
sementara, loji, pekakas, kelengkapan barang-barang dan bahan tak
pasang kepunyaannya di tapak bina kecuali diarahkan secara bertulis
untuk dialihkan.
3. Kerajaan boleh menjalankan dan menyiapkan kerja secara langsung oleh
jabatan atau mengambil bekerja seorang kontraktor dan boleh
menggunakan semua bangunan sementara dan lain-lain.
4. Jika diarahkan kontraktor hendaklah menyerahkan apa-apa perjanjian
membekal bahan/ barang dan kerajaan mempunyai kuasa untuk
membayar tetapi tidak wajib, jika kontraktor gagal membuat bayaran.
5. Kontraktor hendaklah memindahkan bangunan, loji, alat, kelengkapan,
bahan & barang dari tapak bina jika dikehendaki, jika mungkir kerajaan
boleh memindahkan atau menjual dan hasil jualan dipegang oleh Kerajaan
sebagai kredit kontraktor.
6. Kontraktor hndaklah membayar apa-apa amaun kerugian atau ganti rosak
kepada kerajaan disebabkan penamatan ini.
PAM 98
Hak Kontraktor
1. Kontraktor seawal mungkin mengalihkan dari tapak bina semua bangunan
sementara, loji, dan pekakas, kelengkapan, barang dan bahan
kepunyaannya.
2. Majikan hendaklah membayar kontrsktor ; Jumlah nilai kerja yang siap pada tarikh penamatan
Kos kerugian langsung dan/ atau perbelanjaan yang ditanggung
disebabkan penamatan.
Kos barang dan bahan yang telah dipesan oleh kontraktor sama ada
yang telah dibayar atau masih belum dibayar.
Hak Majikan
1. Majikan bleh mengupah kontraktor lain menyipakan kerja, menggunakan
semua bangunan sementara, loji, pekakas, barang-barang dan bahan di
tapak bina dan boleh membeli semua bahan/ barang jika perlu.
2. Jika dikehendaki oleh majikan, kontraktor hendaklah menyerahkan hak
apa-apa faedah perjanjian bekalan dan sub-kontaktor berkenaan kerja
dengan percuma dan boleh membuat bayaran terus kepada mana-mana
pembekal atau sub-kontraktor, bayaran tersebut boleh dipotong dari apaapa wang yang kena dibayar oleh kontraktor.
3. Jika diarahkan secara bertulis kontraktor hendaklah mengalih dari tapak
bina bangunan sementara, loji dan laian-lain.

4. Kontraktor hendaklah membayar kepada majikan amaun kerugiana/ atau


kerosakan disebabkan oleh penamatan ini.
5. Majikan tidak terikat untuk membuat apa-apa bayaran seterusnya kepada
kontraktor sehingga selepas tamat penyiapan kerja.
Langkah untuk meneruskan kontrak

Kontraktor perlu meneruskan kerja dengan tekun dan teratur.


Kontraktor perlu mamatuhi arahan-arahan arkitek atau penyelia.
Bagi pihak majikan pula, tidak menggantung bayaran kemajuan bulanan
terlalu lama.
Majikan tidak mencampuri hal pengeluaran perakuan.
Kedua-dua pihak merujuk ke timbang tara.

Anda mungkin juga menyukai