Anda di halaman 1dari 10

Spesifikasi Addenda

KERAJAAN MALAYSIA

SPESIFIKASI ADDENDA

Tajuk : Kerja-Kerja Memotong, Mencantas Dan Membersihkan Batang-


Batang Pokok Di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala
Lumpur Untuk Tempoh Satu (1) Tahun.

1. Kehendak Am.

Spesifikasi tambahan ini hendaklah di baca sama hubungan dengan spesifikasi piawai,
lukisan-lukisan (jika ada) dan syarat-syarat kontrak.

Istilah spesifikasi yang digunakan adalah sama maksudnya dengan spesifikasi addenda
dan spesifikasi piawai.

Sebarang percanggahan yang timbul di antara spesifikasi addenda dan spesifikasi piawai
dan/atau lukisan kontrak dan/atau syarat-syarat kontrak, perkara-perkara di bawah
hendaklah digunakan.

1.1 Syarat-syarat kontrak adalah lebih diutamakan dari lain-lain dokumen yang
menjadi sebahagian daripada kontrak ini.

1.2 Spesifikasi addenda adalah lebih diutamakan dari dokumen lain di dalam
kontrak melainkan syarat-syarat kontrak.

1.3 Lukisan-lukisan kontrak (jika ada) adalah lebih diutamakan daripada spesifikasi
piawai.

1.4 Di dalam lukisan kontrak (jika ada), lukisan butiran bersekil besar adalah lebih
diutamakan dari lukisan butiran bersekil kecil.

2. Lokasi Tapak Kerja/Pemeriksaan Tapak.

Kerja-kerja yang hendak dilaksanakan adalah di Kawasan Kem Kementah Jalan


Padang Tembak, Kuala Lumpur. Semua pentender adalah dinasihatkan melawat tapak
untuk mempastikan sendiri skop dan keadaan kerja-kerja yang terlibat kerana tuntutan
tambahan tidak akan dibayar atas alasan kekurangan maklumat mengenai keadaan tapak
oleh pihak kontraktor.

3. Gambar Kemajuan Kerja.

Kontraktor hendaklah mengambil gambar-gambar kemajuan kerja sepanjang tempoh


kontrak sebelum dan selepas kerja dibuat untuk tujuan pembayaran kemajuan kerja
seperti mana yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa. Gambar-gambar tersebut tidak
boleh diedarkan kecuali dengan kelulusan secara bertulis dari pihak JKR Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Spesifikasi Addenda

4. Program Kerja.

Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada Pegawai Penguasa dua (2) salinan Program
Kerja untuk kelulusan dalam masa 1 minggu selepas Surat Setuju Terima Sebutharga
dikeluarkan. Program yang telah mendapat kelulusan hendaklah dikemaskinikan dan
disemak sekurang-kurangnya sebulan sekali atau bila-bila masa yang diarahkan oleh
Pegawai Penguasa.

5. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)

Sekalipun terdapat apa-apa maklumat bertentangan terkandung di dalam mana-mana


Dokumen Kontrak, pihak Kontraktor mestilah mengarahkan semua Sub-Kontraktor sama
ada telah dilantik atau sebaliknya untuk mematuhi keperluan Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 yang diperuntukan dalam Fasal 35 di dalam syarat-syarat Kontrak
termasuk menyertakan satu salinan surat pendaftaran dengan PERKESO bagi tujuan
urusan pembayaran. Kontraktor mestilah bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada
Pegawai Penguasa sama ada di minta atau tidak, nombor-nombor kod pekerja dari Sub-
Kontraktor dan nombor-nombor keselamatan Sosial, atau Lampiran Borang 2 atau 3, jika
nombor-nombor Keselamatan Sosial tersebut belum lagi dapat diperolehi dari pekerja-
pekerja yang bekerja dengan mereka.

6. Insurans

Kontraktor adalah dihendaki untuk menyerahkan kepada Pegawai Penguasa Polisi


Insurans ‘Contractor All Risks’ dan Polisi Insurans ‘Workmen Compensation’ yang
dikeluarkan oleh Syarikat Insurans yang diakui.

7. Iklan

Sebarang iklan atau keterangan tidak boleh dipamerkan di tapak bina atau lain-lain
tempat tanpa kelulusan secara bertulis daripada Pegawai Penguasa.

8. Kenyataan Akhbar.

Pihak kontraktor, pekerjanya atau wakilnya tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar
atau keterangan yang boleh memburukkan pihak kerajaan, Pegawai Penguasa dan
Kakitangannya. Kontraktor juga tidak dibenarkan memberi sebarang maklumat kepada
pihak awam mengenai perihal kontrak ini sebelum atau sesudah kerja disiapkan.

9. Kebersihan Dan Keselamatan Tapak Kerja

Tapak kerja hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersih pada setiap masa.
Langkah-langkah keselamatan termasuk menyediakan papan tanda petunjuk / amaran
hendaklah sentiasa diadakan bagi mencegah kemalangan yang mungkin berlaku dan
merbahayakan orang awam dan pekerja.

10. Penyelia / Pengawas Kerja

Kontraktor hendaklah mengadakan seorang penyelia di tapak kerja pada setiap masa
kerja dijalankan. Ini adalah bagi memudahkan Pegawai Penguasa memberi arahan atau
pun teguran berhubung dengan mutu kerja berkenaan.
Spesifikasi Addenda

11. Pembuangan & Pembersihan Di Tapak Kerja

Kontraktor adalah dikehendaki untuk menyediakan tong sampah mudah alih


menggunakan lori mengikut kesesuaian tapak bagi menampung kapasiti sampah agar
kebersihan tapak adalah sentiasa terjamin. Sampah sarap ini perlu dibawa keluar daripada
tapak bina apabila penuh atau di atas arahan Pegawai Penguasa.

Semua kenderaan yang terlibat di dalam kerja-kerja pembinaan di tapak bina hendaklah
sentiasa bersih supaya tidak mengotorkan jalan di kem. Semua kos bagi urusan
pembersihan dan pembuangan sampah ke tempat pembuangan sampah yang dibenarkan
adalah ditanggung oleh kontraktor.

12. Kecacatan Terhadap Kerja-Kerja Sedia Ada

Kontraktor dinasihatkan supaya tidak merosakkan apa-apa jua binaan/peralatan sedia ada
dan yang berkaitan. Sebarang kecacatan yang telah berlaku dalam tempoh masa kerja-
kerja dijalankan sama ada secara sengaja/tidak sengaja oleh pihak kontraktor adalah
menjadi tanggungjawabnya memperbaiki semula seperti sediakala/asal dengan
perbelanjaan sendiri.

13. Kawalan Keselamatan

Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakkan


harta benda serta keselamatan orang ramai di tapak kerja iaitu dari hari pertama beliau
memulakan kerja sehingga siap kerja tersebut. Ciri-ciri keselamatan Kem Tentera
hendaklah sentiasa dipatuhi oleh kontraktor.

14. Kawalan Dan Papan Tanda Lalulintas

14.1 Kawalan dan papan tanda lalulintas yang bersesuaian hendaklah disediakan oleh
kontraktor semasa menjalankan kerja-kerja yang memerlukan penutupan jalan
sebahagian atau sepenuhnya demi keselamatan awam.

14.2 Segala urusan memohon kebenaran penutupan jalan dari pihak yang
berkenaan adalah tanggungjawab kontraktor.

15. Bahan-Bahan Yang Dibekalkan

Bahan-bahan yang dibekalkan dan digunakan mestilah mengikut spesifikasi piawai dan
memenuhi spesifikasi badan-badan berkanun bertauliah, pembekal-pembekal yang telah
diluluskan dan mendapat kelulusan dari Pengawai Penguasa.

16. Penyiapan Kerja

Pengukuran akhir akan dibuat apabila kerja-kerja telah disahkan dan menerima laporan
siap kerja dari pihak kontraktor. Bayaran akan dibuat tertakluk pada kerja-kerja yang
memuaskan dan diluluskan oleh Pegawai Penguasa.

Perakuan Siap Kerja hanya akan dikeluarkan selepas semua Sijil Jaminan bahan binaan
yang berkaitan dikemukakan dan diluluskan kepada Pegawai Penguasa. Denda Lewat
Spesifikasi Addenda

akan dikenakan ke atas kontraktor sehingga semua sijil-sijil jaminan berkaitan diterima
secara bertulis.

Tandatangan pihak pelanggan atau wakilnya hendaklah diperolehi oleh kontraktor dalam
borang tertentu apabila kerja siap dijalankan dan kontraktor hendaklah menyerahkan
borang ini kepada Pegawai Penguasa untuk pengesahan dan bayaran.

Walaubagaimanapun, jika terjadi borang tidak dapat disahkan oleh pihak pelanggan atau
wakilnya atas sebab-sebab tertentu, Pegawai Penguasa berhak untuk mengesahkan kerja-
kerja yang dijalankan.

17. Sijil Jaminan Kerja

Kontraktor dikehendaki memberikan tempoh sijil jaminan kerja (warranty period) asal
yang sah daripada pembekal-pembekal dan “applicator” yang menyatakan tempoh
jaminan untuk kerja-kerja seperti pembasmian makhluk perosak, cat, lapisan kalis air,
tangki air FRP, kerangka bumbung besi keluli/zincalume/kayu.

18. Kerja-Kerja Yang Tidak Disiapkan.

Jika kontraktor tidak menyiapkan kerja mengikut penentuan kerja atau mengikut jadual,
tindakan-tindakan seperti berikut akan di ambil ke atas kontraktor mengikut syarat-syarat
berikut:-

18.1 Arahan bertulis akan dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa supaya


kontraktor menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam tempoh masa tujuh (7)
hari dari tarikh surat arahan dikeluarkan.

18.2 Kontraktor hendaklah dengan serta-merta mematuhi semua arahan yang


dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Penguasa. Jika kontraktor gagal mematuhi
arahan Pegawai Penguasa dalam tempoh masa tujuh (7) hari itu, tindakan akan
diambil mengikut fasal 5(b) syarat-syarat kontrak (Pin. 10/83). Kontraktor
hendaklah, dengan serta-merta mematuhi semua arahan yang dikeluarkan
kepadanya oleh Pegawai Penguasa. Jika dalam tempoh tujuh (7) hari setelah
menerima notis bertulis daripada Pegawai Penguasa. yang menghendaki
pematuhan sesuatu arahan dan Kontraktor tidak pula mematuhi arahan itu, maka
Pegawai Penguasa. tanpa menjejas apa-apa hak dan remedi lain yang ada pada
Kerajaan di bawah Kontrak ini, boleh melaksanakan kerja-kerja ini dengan
menggunakan punca-punca jabatan atau mengambil bekerja dan membayar
seorang Kontraktor atau orang-orang lain untuk melaksanakan apa-apa jua kerja
yang perlu untuk menyempurnakan arahan itu dan semua kos yang ditanggung
berhubungan dengan pengambilan kerja itu hendaklah dituntut daripada
Kontraktor oleh Kerajaan atau Pegawai Penguasa. bagi pihak Kerajaan sebagai
suatu hutang atau pun boleh dipotong oleh Kerajaan atau Pegawai Penguasa bagi
pijhak Kerajaan daripada mana-mana wang yang kena dibayar atau genap
masanya dibayar kepada Kontraktor di bawah Kontrak ini.

18.3 Sekiranya arahan untuk orang-orang lain menyempurnakan kerja tidak siap telah
dikeluarkan tetapi pihak kontraktor kembali menyiapkan kerja-kerja itu ianya
akan dianggap sebagai telah disiapkan oleh orang-orang lain itu.
Spesifikasi Addenda

19. Denda Lewat Kerana Kerja Tidak Siap

Jika Kontraktor tidak menyiapkan kerja pada “Tarikh Siap” yang dinyatakan di dalam
Surat Setuju Terima atau dalam lanjutan masa dan Pegawai Penguasa memperakui
secara bertulis bahawa pada pendapatnya kerja tersebut dengan munasabahnya
sepatutnya telah siap. Kontraktor hendaklah membayar atau memberikan kepada
Kerajaan RM 10.00 sehari sebagai Denda Lewat selama tempoh kerja tersebut terus
berkeadaan begitu dan tak siap sehingga sijil siap kerja dikeluarkan atau kontrak
ditamatkan. Pegawai Penguasa boleh memotong Denda Lewat itu dari apa-apa wang
yang kena dibayar kepada kontraktor.

20. Arahan Penamatan Kontrak Kerja

Tanpa menjejaskan apa-apa hak atau remedi lain yang dipunyai oleh Kerajaan, jika
Kontraktor melakukan kemungkiran mengenai mana-mana satu atau lebih daripada
perkara yang dinyatakan mengikut fasal 51 (a), (b) dan (c) syarat-syarat kontrak (Rev.
10:83) maka kontrak tuan akan ditamatkan. Penamatan kontrak kerja boleh dilakukan
oleh Pegawai Penguasa dengan memberi kepadanya suatu notis yang dihantar dengan pos
berdaftar atau dengan diserahkan dengan tangan yang direkodkan.

21. Pembayaran Kepada Kontraktor

Pengukuran akan dibuat setelah kerja-kerja disiapkan dan pembayaran hanya dibuat
tertakluk kepada kerja-kerja yang memuaskan dan diluluskan oleh Pegawai Penguasa
mengikut Syarat-Syarat Kontrak.

22. Kuantiti Sementara

Kuantiti yang diberikan adalah kuantiti sementara (anggaran) sahaja yang hanya
bertujuan memberi panduan pada kontraktor. Kuantiti sebenar akan diperolehi apabila
pengukuran semula dibuat setelah kerja-kerja tersebut disiapkan. Bagaimana pun
kontraktor hendaklah melawat ke tapak kerja sebelum menghargakan bagi memastikan
sendiri kuantiti sebenar. Apa-apa tuntutan tambahan harga/kadar yang mungkin timbul
disebabkan tidak ada persamaan dengan kuantiti yang diberi tidak akan dilayan.

23. Tempoh Tanggung Kecacatan

Tempoh tanggungan kecacatan bagi sebarang kerja pembaikan yang dijalankan ialah
selama enam (6) bulan daripada tarikh Perakuan Siap Kerja. Sekiranya dalam tempoh
masa tersebut kerosakkan berulang kembali disebabkan kerendahan mutu barangan atau
ketukangan maka ianya menjadi tanggungjawab kontraktor untuk membaiki semula tanpa
sebarang pembayaran.

24. Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

a) Jika Kos Asal atau tempoh kontrak telah tamat yang mana salah satu terdahulu pihak
Pegawai Penguasa berhak menamatkan kontrak.

b) Pegawai Penguasa berhak mengeluarkan Notis menamatkan kontrak sekiranya


perkhidmatan yang diberi tidak memuaskan semasa kontrak sedang berjalan.
Spesifikasi Addenda

25. Ringkasan Skop Kerja Binaan

i) Menyediakan Jentera
ii) Kerja menggali dan membuang akar umbi
iii) Kerja menebang
iv) Kerja mencantas
v) Membersihkan pokok tumbang
vi) Membersihkan semak samun
vii) Membaiki pagar yang rosak
viii) Membaiki bumbung rumah rosak
ix) Kerja-kerja membaiki longkang yang rosak
x) Kerja-kerja membaiki paip air kumbahan
xi) Kerja-kerja mengecat

26. Skop Kerja Binaan

26.1 Kerja-Kerja Bumbung

a) Kerangka Bumbung Jenis Kayu

Kerangka bumbung kayu hendaklah digunapakai untuk penggantian kerja-kerja


lama. Kesemua kayu yang digunakan hendaklah daripada kayu keras Grup B
yang telah dikawit dan tiada sebarang keretakan penjuru yang susut dan tiada
sebarang kecacatan. Semua kayu hendaklah diukur seperti yang ditetapkan
mengikut spesifikasi kerja seperti arahan Pegawai Penguasa.

b) Bumbung Dari Jenis Dek Logam (Metal Deck)

Dek logam hendaklah digunakan daripada kepingan keluli setebal 0.47mm


(coated thickness) bersalut zink yang telah diluluskan. Kepingan limas, “fascia
board“, perabung dan kepingan lurah hendaklah diperbuat daripada bahan yang
sama dengan keseluruhan penutup bumbung dan warna yang sama.

Dek logam hendaklah dipasang dengan satu lapisan penebat ‘aluminium foil’
bertetulang (reinforced) dua permukaan (double sided) dan satu lapisan rock
wool setebal 50mm dipasang di atas jaringan dawai mata punai berukuran (SWG
28) dengan bentuk berlian bersaiz 25mm.

c) Bumbung Dari Jenis Kepingan Simen ‘Non-Asbestos’ Berombak

Bumbung simen asbestos hendaklah daripada jenis kepingan asbestos bergelugur


ringan dengan warna, bentuk dan saiz yang diluluskan. Kepingan-kepingan ini
hendaklah dipasang mengikut peraturan pembuat dengan sepenuhnya.

Setiap kepingan hendaklah mempunyai tindihan di bahagian hujung sekurang-


kurangnya 150mm dan tindihan di bahagian tepi hendaklah seperti mana yang
diperakukan oleh Pembuat. Perabung hendaklah disesuaikan dengan bumbung
bergelugur dan dipasang lengkap dengan semua penutup perabung dan penutup
bahagian hujung mengikut saiz dan jenis yang disyorkan oleh pembuat.
Spesifikasi Addenda

Kepingan bumbung simen asbestos hendaklah dipasang di atas kayu-kayu


gulung–gulung dengan menggunakan skru bergalvani 63 mm panjang yang
lengkap dengan sesendal, melengkung bergalvani berbentuk potongan wajik dan
sesendal bitumen yang sesuai dibahagian bawahnya. Jika gulung-gulung keluli
digunakan kepingan bumbung ini hendaklah dipasang dengan menggunakan bolt
berbentuk ‘J’ 8mm diameter lengkap dengan sesendal atas dan bawah
sepertimana yang diluluskan oleh pihak pembuat.

Lubang-lubang skru hendaklah digerudi dengan tepatnya dibahagian puncak


gelugur dan digarisan tengah gulung-gulung. Lubang-lubang skru tidak boleh
dibuat secara mengetuk.

d) Bumbung Dari Jenis ‘Concrete Tiles’

Genting konkrit saling mengirat hendaklah daripada jenis dan warna yang
diluluskan dan hendaklah mematuhi piawaian british BS550. Genting-genting
konkrit hendaklah bebas daripada segala kecacatan. Genting konkrit saling
mengirat hendaklah dipasang di atas kayu beroti/Zincalume kelas B yang telah
dikawit berukuran 50mm x 30mm yang diluluskan dan dipasang pada jarak
300mm untuk genting biasa dan pada jarak 275mm untuk genting cerun landai.

Perabung untuk bumbung genting hendaklah dipasang dengan mortar simen 1:3.
Warna perabung hendaklah bersamaan dengan bumbung. Genting untuk sisi atap,
perabung, limas, dan lurah hendaklah diadakan dan dipasang percantuman
dengan keseluruhan penutup bumbung mengikut peraturan pembuat.

‘Fillet’ simen dan pasir dipasang pada sisi bumbung ‘verge’ ditulangkan dengan
dua lembar dawai berduri.

Genting tanah liat hendaklah berbentuk ‘marsseilles’ mematuhi piawai british BS


402. Genting ini hendaklah berukuran 400mm hingga 425mm panjang dan
225mm hingga 263mm lebar dan hendaklah bebas daripada sebarang keretakan
dan melending. Genting ini hendaklah digunakan dipasang dengan kukuh diatas
kayu beroti keras berukuran 50mmx25mm pada jarak lebih kurang 275mm
menggunakan dawai keluli. Penutup perabung, genting limas hendaklah diadakan
bersepadan dengan keseluruhan bumbung dipasang dengan menggunakan simen
mortar 1:3 yang menyerupai warna bumbung.

26.2 Kerja-Kerja Pemasangan Siling

a) Siling Asbestos (Asbestos Free)

Kepingan asbestos (asbestos free) hendaklah dipasang pada rangka dengan cara
sambungan tanggan temu ‘V’ (V shape joints) yang menggunakan paku atau skru
dan memasang kumai jika perlu. Kepingan simen asbestos (asbestos free) untuk
siling hendaklah setebal 5mm dipasang pada rangka kayu beroti (ceiling joist).

Kepingan siling hendaklah dipasang dalam bentuk simetrik bermula dari garisan
tengah siling. Kumai kayu berukuran 30mm x 20mm hendaklah dipasang untuk
Spesifikasi Addenda

penyambungan kepingan asbestos. Saiz siling 600mm x 1200mm bercorak


ringkas mengikut kehendak lukisan atau spesifikasi kerja.

b) ‘Siling ‘Plasterglass’

Siling ‘Plasterglass’ hendaklah dari ketebalan 9mm. Kepingan siling di pasang


pada keluli bergalvani (galvanized steel) jarak 1220mm dari tengah ke tengah
(main tee runner) dan keluli 65mm x 25mm sebagai ‘cross chanel’ jarak pada
450mm tengah ke tengah. Di gantung dengan dawai keluli dan dipasang pada
sofit. Plasterglass dipasang dengan pemasangan seperti “cornice’ berbunga
berukuran 150mm x 100mm, ‘center panel’ berukuran 900mm diameter,
termasuk ‘beading corner’ berukuran 70mm, ‘access panel’ berukuran 450mm x
450mm, ‘dome’ berukuran 1200mm diameter

26.3 Kerja-Kerja Mengecat

Semua cat-cat yang digunakan hendaklah di bekalkan oleh pembuat-pembuat


yang diluluskan oleh JKR. Jenama cat Jotun atau ICI gred A sahaja, hendaklah
digunakan untuk kerja-kerja mengecat permukaan luar dan dalam bangunan.
Cat-cat hendaklah dihantar ke tapakbina dalam bekas asal yang berlakri dari
pembuat yang belum dibuka dan hendaklah digunakan mengikut peraturan
pembuat.

Kerja-kerja mengecat hendaklah dilaksanakan oleh Syarikat/Kakitangan


Penyapuan (Applicator) yang bertauliah sahaja dan dilantik oleh Pembekal cat
yang bahannya diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Pihak pembekal hendaklah
mengemukakan sijil-sijil pentauliahan syarikat “applicator“ kepada Pegawai
Penguasa untuk pengesahan kesahihan dan kelulusan sebelum kerja dimulakan di
tapak.

a) Mengecat Kerja Kayu

Sebelum permukaan baru dicat, semua buku kayu hendaklah ditutupi dengan
pembuku kayu dan semua lubang paku, retak dan sebagainya hendaklah ditampal
dengan campuran timah putih dan dempul (1:3) dan hendaklah di cat dengan asas
kayu aluminium dan diberus dengan sempurna pada permukaan kayu tersebut.
Permukaan yang telah disediakan hendaklah dicat dengan satu (1) lapis cat alas
dan kecuali jika selainnya ditentukan hendaklah di akhiri dengan dua (2) lapisan
cat kilat enamel. Tiap-tiap lapis cat yang terdahulunya hendaklah dibiarkan
kering sepenuhnya dan digosok secara ringan dengan kertas pasir halus dan
dibersihkan sepenuhnya sebelum lapisan cat yang berikutnya disapu. Semua
permukaan kayu yang bertumpu dengan konkrit atau kerja batu-bata hendaklah di
sapu dengan cat asas dua (2) lapis sebelum dipasang atau dicantumkan.

Dimana mengecat permukaan lama ditentukan permukaan lama hendaklah di


gosok dengan kertas pasir halus, kemudian di sapu dengan satu (1) lapis cat alas
dan diikut dengan dua (2) lapis cat kilat enamel yang diluluskan. Jika
permukaan didapati retak dan kelupas keseluruhan cat tersebut hendaklah
ditanggalkan dengan cara membakar atau dengan menggunakan pelucut cat.
Permukaan tersebut hendaklah dibersihkan dengan sempurna dan disapu dengan
Spesifikasi Addenda

satu (1) lapis cat asas aluminium untuk kayu diikut dengan satu (1) lapis cat alas
dan disudahi dengan dua (2) lapis cat kilat enamel.

b) Mengecat Kerja Logam

Permukaan baru yang hendak dicat hendaklah di bersihkan dan bebas dari karat,
keruping, minyak, gris, kotoran dan habuk. Satu (1) lapis cat asas logam
hendaklah disapu diikuti dengan satu (1) lapis cat alas dan disudahi dengan dua
(2) lapis cat kilat enamel. Paip kotoran dan paip liang udara hendaklah di cat
dengan cat asas seperti diatas dan disapu dengan dua (2) lapis cat kilat enamel.
Permukaan lama yang masih baik hendaklah digosok dengan kertas pasir halus
dan hendaklah di cat dengan cat asas kemudian satu (1) lapis cat alas dan
disudahi dengan dua (2) lapis cat kilat enamel. Sekiranya cat lama berada dalam
keadaan buruk keseluruhan cat lama tersebut hendaklah di tanggalkan dengan
menggunakan pelucut cat dan disapu dengan satu (1) lapis asas logam, satu (1)
lapis cat alas dan disudahi dengan dua (2) lapis cat kilat enamel.

c) Mengecat Permukaan Berlepa/Batu

Permukaan berlepa batu yang baru hendaklah dibiarkan kering dengan


sepenuhnya dan dibersihkan dan bebas dari habuk, kotoran, percikan, lepa dan
sebagainya. Bagi dinding lama yang belum dicat, sebarang cendawan lumut dan
tumbuh-tumbuhan hendaklah ditanggalkan. Permukaan yang telah dibersih
hendaklah di sapu dengan satu (1) lapis cat asas kalis serap perintang alkali dan
diikuti dengan dua (2) lapis cat emusli.

Di mana mengecat semula permukaan lama yang masih didalam keadaan baik
permukaan tersebut hendaklah dibasuh (waterjet) dan disapu dengan dua (2)
lapis cat emulsi. Jika permukaan lama telah rosak atau berkapur, cat tersebut
hendaklah ditanggalkan dengan mengikis dan kemudiannya permukaan tersebut
dibasuh (waterjet). Semua keretakan dan lain-lain kecacatan hendaklah di
perbaiki dan permukaan hendaklah dibiarkan kering sepenuhnya. Kemudian
permukaan tersebut hendaklah disapu dengan satu (1) lapis cat asas kalis serap
perintang alkali yang diluluskan dan diikuti dengan dua (2) lapis cat emulsi.

Permukaan berlepa luar bangunan hendaklah di biarkan kering dengan


sepenuhnya dan dibersihkan dan bebas dari habuk, kotoran dan sebagainya.
Permukaan yang telah dibersih hendaklah disapu dengan satu (1) lapis cat asas
kalis serap perintang alkali dan diikuti dengan dua (2) lapis cat perintang cuaca
“weather shield”. Kontraktor hendaklah mengemukan waranti cat selama lima
(5) tahun untuk semua kerja-kerja mengecat bahagian dalam dan luar bangunan.

d) Kerja-Kerja Barnis

Permukaan yang hendak disapu dengan barnis hendaklah dilicinkan dahulu


dengan kertas pasir halus dan semua celah-celah, lubang-lubang dan sebagainya,
hendaklah di padatkan dengan tepung peputih. Permukaan hendaklah bersih,
kering, bebas dari habuk, kotoran dan licin sebelum di sapukan barnis.
Spesifikasi Addenda

Permukaan tersebut hendaklah disapu dengan dua (2) lapis bancuhan barnis
mengikut peraturan pembuat. Dimana bahan-bahan yang tidak berpaten
dibenarkan untuk diguna, bancuhan barnis hendaklah mengandungi minyak
spirit, shellac dan gandam bagi lapisan pertama dan diikut dengan satu (1) lapis
bancuhan yang dilulus terdiri daripada pencair dan sampang. Bancuhan ini
hendaklah keseluruhannya dari campuran yang seragam. Kecuali jika selainnya
ditentukan lapisan kemasan hendaklah berkilat.

Permukaan lama yang memerlukan kerja barnis semula hendaklah dikikis


sepenuhnya untuk menanggalkan barnis yang sediada. Permukaan tersebut
kemudiannya hendaklah di licinkan dengan kertas pasir halus, dibersih, kering
dan bebas dari habuk, kotoran dan licin, dan ianya hendaklah di sapu dengan
barnis sepertimana yang telah dihuraikan terdahulu daripada ini untuk permukaan
baru.

27.0 Bersedia Untuk Dihubungi

Kontraktor adalah dikhendaki memberi alamat penuh, nombor telefon pejabat,


rumah dan telefon bimbit (handphone) atau apa-apa jenis perhubungan yang
boleh dihubungi pada bila-bila masa. Kontraktor hendaklah sentiasa bersedia
untuk menjalankan kerja-kerja apabila duhubungi. Kontraktor hendaklah
mengisi butir-butir berikut:

Nama Syarikat ................................................................................

Alamat .................................................................................

................................................................................

No. telefon pejabat ................................................................................

No.telefon rumah ................................................................................

No. telefon bimbit ................................................................................

No. Pager ................................................................................

28.0 Penyiapan Kerja

a) Semua kerja-kerja hendaklah dimaklumkan dalam masa dua (2) jam selepas
arahan diterima dan disiapkan selewat-lewat dua puluh empat (24) jam seperti
mana yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.

Adalah saya/kami mengaku telah membaca arahan ini dan faham dengan sepenuhnya.

…………………………………… ………………………………………
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi

Nama: …………………………… Nama: ………………………………

No. K/P: …………………………. No. K/P: ……………………………

Anda mungkin juga menyukai