Anda di halaman 1dari 5

Kod Kertas B-010-2/02/05/09.

05(KP) Page 1 of 5

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS JURUBINA BANGUNAN

TAHAP DUA

DUTI 09.00 – Perform concrete works according to specifications

TUGASAN 09.05 – Perform Concrete Test

Lakukan ujian konkrit dengan menggunakan prosedur dan teknik


OBJEKTIF
yang dikehendaki mengikut spesifikasi menggunakan peralatan dan
PENCAPAIAN
kelengkapan yang sesuai supaya keputusan ujian mampatan yang
PIAWAI
dicapai adalah tepat.

TAJUK UJIAN KONKRIT

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

1. Kaedah-kaedah melakukan ujian konkrit


2. Langkah-langkah membuat ujian konkrit

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/05/09.05(KP) Page 2 of 5

PENERANGAN :

Untuk menghasilkan binaan konkrit yang sempurna dan berkesan, pengawasan kerja adalah
amat perlu, mutu bahan mesti dikekalkan, untuk itu ujian perlu diadakan untuk menentukan
hanya konkrit yang bermutu yang akan digunakan untuk pembinaan.

Ujian konkrit biasanya dibuat dalam tiga keadaan, iaitu :

a. Ujian penurunan (ujian kesenangan bekerja)


b. Ujian mampatan
c. Ujian mampatan (ujian ketahanan)

Ujian penurunan (ujian kesenangan bekerja)

Ujian ini adalah suatu cara mengukur kesenagan kerja yang paling praktis dan amat
bergunan untuk memeriksa kesegayaan dan ketepatan campuran konkrit di tapak bina. Alat
untuk tujuan ini terdiri daripada satu ferastem (ferastum) berbentuk kon setinggi 300 mm,
garis pusat bahagian atas 100 mm dan garis pusat bahagian bawah 200 mm dan dipasang
dengan dua pemegang pada sisinya. sebatang besi bulat 16 mm yang padu sepanjang 600
mm digunakan sebagai pemadat. Kayu lurus dan pembaris untuk menentu dan mengukur
jarak penurunan. alat ini dikenali sebagai ‘acuan ujian penurunan’ (slump test)

100 mm

Turun (slump)
300 mm

200 mm Ujian penurunan bagi bancuhan konkrit

Turun benar Turun ricih Runtuh

Bentuk konkrit selepas ujian penurunan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/05/09.05(KP) Page 3 of 5

Cara-cara ujian

1. Acuan diletakkan di atas lantai yang rata dan dibasahkan terlebih dahulu sebelum diisi
bancuhan konkrit.

2. Konkrit yang hendak diuji mestilah diambil dari bancuhan yang baru dibuat. Konkrit
tersebut diisi ke dalam acuan secara berlapis-lapis (3 kali) dan tiap-tiap lapisan mesti
dimampatkan dengan mencucuk sebatang besi sebanyak 25 kali sebelu diisi lapisan
berikutnya.

3. Bila acuan sudah penuh, permukaan konkrit diratakan dengan menggelekkan batang
besi tadi di atas acuan untuk membuang konkrit yang lebih.

4. Acuan ditarik dalam keadaan tegak dan ditempatkan di sebelah spesimen konkrit.
penurunan yang berlaku pada konkrit berbanding dengan acuan.

Sesuatu campuran konkrit itu seharusnya mengalami runtuhan benar, tetapi jika ia runtuh
ricih dan roboh, ulangkan ujian ini dan jika masih juga menunjukkan runtuhan ricih atau
roboh, catatkan runtuhan dan jenis runtuhannya.

Konkrit yang baik seharusnya mengalami runtuhan benar antara 12 – 15 mm. runtuhan ricih
atau roboh menunjukkan yang konkrit itu kekurangan sifat lekitan atau keadaannya terlalu
basah. Konkrit seperti ini tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja struktur.

penurunan yang dikehendaki bagi jenis kerja konkrit yang berlainan adalah seperti di dalam
jadual berikut :

JENIS KERJA KONKRIT PENURUNAN

Konkrit biasa yang tidak bertulang 25 – 50 mm (1 – 2 inci)

Tembok penahan dan tiang 75 – 125 mm (3 – 5 inci)

Rasuk dan papak 50 – 100 mm (2 – 4 inci)

Kerja jalan dan lantai 25 – 100 mm (1 – 4 inci)

Ujian angkadar kepadatan (compacting factor test)

Ujian ini adalah cadangan daripada makmal Penyelidikan Jalan Raya (di London). Dalam
kaedah ini, yang diukur ialah darjah kepadatan atau nisbah ketumpatan konkrit yang diuji
dengan ketumpatan yang sama, yang dipadatkan sepenuhnya.

Radas yang digunakan terdiri daripada dua corong berbentuk ferastum kon dan satu
silinder. Ketiga-tiga alat ini dipasang pada satu rangka. Corong bawah adalah lebih kecil
daripada corong atas dan kedua-duanya mempunyai permukaan dalam yang licin untuk
mengurangkan geseran. Di bahagian bawah corong-corong itu dipasang pintu berengsel.

Cara-cara melakukan ujian kepadatan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/05/09.05(KP) Page 4 of 5

Corong atas diisikan penuh dengan konkrit tetapi tidak dipadatkan dan pintunya dibuka
supaya konkrit di dalamnya jatuh ke dalam corong bawah, konkrit akan memenuhi corong
bawah sehingga melimpah.

Kemudian pintu corong bawah pula dibuka dupaya konkrit jatuh memenuhi silinder. Konkrit
yang melimpah di permukaan silinder dibuang dan permukaan atasnya diratakan. konkrit di
dalam silinder itu ditimbang dan berat yang didapati ialah berat konkrit separuh padat.

Seterusnya konkrit tersebut dikeluarkan daripada silinder dan silinder tersebut diisikan pula
sehingga penuh dengan konkrit yang sama secara berlapis. sebanyak empat lapisan, setiap
lapisan hendaklah dipadatkan samada dengan cara ditumbuk atau digetarkan menggunakan
alat pengetar.

Konkrit yang padat itu kemudiannya ditimbang dan berat yang diperolehi ialah berat konkrit
sahaja kerana isipadu silinder adalah tetap dan dihilangkan dalam nisbah kiraan.

Peralatan ujian faktor kepadatan

Ujian mampatan

Kualiti konkrit ditentukan daripada kekuatannya menerima tekanan. kekuatan ini boleh
diketahui melalui ujian terhadap kiub konkrit dalam sebuah mesin tekanan(compression
machine). Mesin ini boleh didapati dari makmal Jabatan Kerja Kejuruteraan Awam.
Langkah-langkah melakukan ujian tersebut adalah seperti berikut :

1. membuat kiub konkrit

Kiub konkrit dibuat dengan menggunakan acuan besi berukuran sebelah dalam tepat
150 mm x 150 mm x 150 mm dan konkrit yang digunakan mestilah dari bancuhan baru
yang digunakan di tapak kerja

a. Konkrit dimasukkan ke dalam acuan secara berlapis-lapis (biasanya 3 lapis) dan


dicucuk-cucukkan dengan sebatang besi 25 kali supaya mampat. alat getar juga
boleh digunakan.
b. Permukaan atas kiub itu dilicinkan dengan kulir atau pemaras besi.
c. Acuan berisi konkrit itu disimpan di tempat yang terlindung dan lembab selama 24
jam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/05/09.05(KP) Page 5 of 5

d. Kiub konkrit dikeluarkan dari acuan, ditandakan tarikh ianya dibuat dan
ditandatangani oleh penyelia dan kemudian dimasukkan ke dalam tangki atau
kolam air untuk diawetkan.

biasanya ujian terhadap kiub tersebut dilakukan pada hari ke 3, 7, 14 dan 28 selepas
kiub itu dibuat. Tetapi ujian juga dilakukan selepas 3 bulan atau setahun untuk ujian.

2. menguji kiub konkrit

Kiub konkrit dimasukkan ke dalam mesin tekanan dan ditekan perlahan-lahan sehingga
konkrit itu hancur. Tekanan maksimum dicatatkan. Biasanya 3 buah kiub konkrit
digunakan untuk ujian ini untuk mendapatkan bacaan purata. Mesin tekanan adalah
mesin hidraulik dan mempunyai tekanan 50 tan.

Keputusan ujian tekanan yang ditunjukkan di atas adalah diperolehi daripada kiub ujian
yang dibuat daripada konkrit yang mempunyai penurunan 50mm (2 inci). Keputusan itu
menunjukkan bahawa kekuatan konkrit itu makin lama semakin bertambah tetapi kadar
tambahan itu makin lama makin berkurangan.

JENIS SIMEN BANCUHAN KEKUATAN TEKANAN ( N / mm² )

3 HARI 7 HARI 28 HARI 3 1 TAHUN


BULAN

Simen Portland biasa 9.8 17.5 27.3 33.6 45.5

Simen cepat mengeras 1:2:4 17.5 24.5 35.0 38.5 49.0


Tiada tambahan
Simen lebih alumina 49.0 51.1 56.0 yang berkesan

UJIAN KEKUATAN KONKRIT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai