Anda di halaman 1dari 21

KPM

1. Visi : Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

2. Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi


Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

3. DASAR :
A. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
B. Dasar Pendidikan Kebangsaan
C. NKRA Pendidikan
D. Malaysia Education For All (End Decade Review Report 2000-2015)
E. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
F. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) Pendidikan
G. MBMMBI
H. Laluan Pendidikan Di Malaysia
I. Kurikulum Kebangsaan
J. Sistem Pendidikan
K. Hala Tuju Pendidikan
L. Perkongsian Pintar
M. Peruntukan Undang-Undang
N. Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK)

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

1. KETUA JABATAN : Encik Zainuren bin Haji Mohd Nor

2. TAHUN PENUBUHAN : 1964

3. PERANAN : Menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional


secara berterusan di negara ini.

4. SKOP TUGAS : Memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia


dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional.

5. VISI : Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul


6. MISI : Memperkasakan PENDIDIKAN TEKNIK VOKASIONAL melalui pelaksanaan program
yang berkualiti

TVET

1. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan
penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja
yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard
pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran
psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

2. Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi.

3. Kini lebih daripada 500 institusi TVET awam yang menawarkan pelbagai program TVET bagi
semua peringkat pendidikan.

4. Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
TYT KE-11: Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin

Jabatan Ketua Menteri : YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Kementerian Perdagangan dan Perindustrian : YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar : YB Datuk Christina Liew

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan : YB Datuk Hj Jaujan Bin Sambakong

Kementerian Pembangunan Infrastruktur : YB Datuk Peter Anthony

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan : YB Datuk Junz Wong

Kementerian Pembangunan Luar Bandar : YB Datuk Ewon Benedick

Kementerian Belia dan Sukan : YB Phoong Jin Zhe

Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat : YB Datuk Poon Ming Fung @ Frankie

Kementerian Pelajaran dan Inovasi : YB Datuk Dr Yusof B. Yacob

Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri : YB Datuk Hj. Aidi Bin Moktar

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA : YBhg. Datuk Dr. Amin Senin

TIMB. PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA :

PENGARAH PENDIDIKAN SABAH : YBHG. DR. MISTIRINE BINTI RADIN

TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN SABAH : DATUK DR. HAJI MOHD KASSIM BIN HAJI MOHD
IBRAHIM
PSH

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran
bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH mampu mengembeleng potensi
individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan
kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih
bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan
sepanjang hayat.

Justeru itu, PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program
pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal
berdasarkan pengalaman dan latihan. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak
individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut
oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan
pembangunan sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk
pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Pembekal PSH yang terdiri daripada


Kementerian/Agensi/Jabatan/Institusi telah merancang dan menyediakan pelbagai program dan
latihan kepada masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti oleh
semua peringkat umur tanpa mengira jantina, kaum dan anutan agama. Program/Kursus-kursus yang
ditawarkan juga bersesuaian dengan kehendak semasa selaras dengan aspek pembangunan modal
insan untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi
masyarakat setempat. Tenaga pengajar yang mahir dalam bidang masing-masing diketengahkan
dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak yang terlibat agar dapat memberi ilmu serta khidmat
terbaik kepada seluruh masyarakat.

DASAR

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

KURIKULUM KEBANGSAAN
.. suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.

Akta Pendidikan 1996

SISTEM PENDIDIKAN

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan
terdiri daripada :-

a. Pendidikan Prasekolah
b. Pendidikan Rendah
c. Pendidikan Menengah
d. Pendidikan Lepas Menengah

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN (PIPPK)

Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan


keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan
dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan
kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan.

PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut
kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini,
profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya
yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama.

PIPPK ialah dokumen rujukan utama dalam pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan
(PPB). Pelan PPB (Guru dan Pemimpin Sekolah) yang diterbitkan oleh KPM pada tahun 2014
merupakan dokumen pengoperasian pelaksanaan PPB yang mengandungi transformasi amalan dan
strategi pelaksanaan PPB bagi guru dan pemimpin sekolah. Buku PIPPK mengandungi lima bab iaitu:

MQA

BIDANG 1: VISI, MISI, MATLAMAT PENDIDIKAN DAN HASIL PEMBELAJARAN

BIDANG 2: REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM

BIDANG 3: PENILAIAN PELAJAR


BIDANG 4: PEMILIHAN DAN KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR

BIDANG 5: STAF AKADEMIK

BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN

BIDANG 7: PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA PROGRAM

BIDANG 8: KEPIMPINAN, GOVERNANS DAN PENTADBIRAN

BIDANG 9: PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN DAN


Penilaian Formatif

Penilaian formatif ialah penilaian kemajuan seseorang pelajar sepanjang kursus, di mana segala
maklum balas dari aktiviti pembelajaran digunakan untuk menambah baik pencapaian pelajar
berkenaan.

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif ialah satu ringkasan penilaian kemajuan pembelajaran seseorang pelajar pada
sesuatu jangka masa tertentu dan digunakan untuk penggredan kursus pelajar berkenaan.
Program

Program merupakan susunan modul yang distruktur untuk suatu tempoh tertentu dan peringkat
pembelajaran, bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan yang lazimnya
menjurus kepada penganugerahan suatu kelayakan.

Modul

Modul adalah komponen-komponen sesuatu program. Istilah modul digunakan secara bertukar ganti
dengan istilah-istilah mata pelajaran, unit atau kursus.

Kerangka Kelayakan Malaysia

Kerangka Kelayakan Malaysia ialah satu instrumen yang mengklasifikasikan kelayakan yang
berdasarkan satu set kriteria yang diperakui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan
terbaik antarabangsa.

AKREDITASI PROGRAM

Akreditasi program merupakan satu perlakuan penilaian yang dikendalikan oleh pihak
keserakananbertujuan memastikan sama ada program ini mencapai tahap
kualiti yang dihasratkan.

Terdapat dua tahap akreditasi program, iaitu Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh. Tujuan
Akreditasi Sementara ialah untuk memastikan sama ada program itu telah memenuhi keperluan
minimum berhubung semua sembilan bidang penilaian untuk layak ditawarkan oleh PPT berkenaan.
Sekiranya perlu, premis institusi berkenaan akan dilawat untuk memastikan susun atur atau
kesesuaian kemudahan yang terdapat di premis tersebut.

Penilaian ini akan dikendalikan oleh Panel Penilai MQA dan segala dapatan panel ini akan dibawa
kepada Jawatankuasa Akreditasi yang berkaitan untuk membuat keputusan. Pihak PPT
akanmemanfaatkan laporan pelaksanaan Akreditasi Sementara ini sebagai
salah satu keperluan mendapatkan kelulusan untuk menawarkan program berkenaan daripada
Kementerian Pengajian Tinggi, dan seterusnya, memulakan program tersebut.

Tujuan Akreditasi Penuh pula ialah untuk memastikan bahawa program berkenaan menepati
keperluan standard Akreditasi Penuh seperti yang terdapat dalam COPPA, di samping mematuhi
MQF. Akreditasi Penuh merupakan satu penilaian keserakanan, luaran dan bebas yang dikendalikan
oleh MQA melalui Panel Penilai yang akan menilai.
Maklumat Program dan Laporan Penilaian Kendiri yang dikemukakan oleh PPT. Panel ini juga akan
melakukan lawatan penilaian ke institusi berkenaan. Lawatan ke premis ini bertujuan
menentusahkan dan memperakui segala maklumat yang dikemukakan oleh PPT. Seterusnya Panel
Penilai akan menyerahkan laporan akhir kepada MQA untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa
Akreditasi yang berkenaan untuk membuat keputusan muktamad.

Nilai utama Etika KPM

1. Amanah
2. Benar
3. Bijaksana
4. Bersyukur
5. Dedikasi
6. Ikhlas
7. Penyayang

Kod Etika Keguruan

1. Tanggungjawab Terhadap Murid


2. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
3. Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara
4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan

Anda mungkin juga menyukai