Anda di halaman 1dari 4

Kod Kertas B-010-2/02/03/06.

05(KP) Page 1 of 4

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS JURUBINA BANGUNAN

TAHAP DUA

DUTI 06.00 – Prepare foundation

TUGASAN 06.05 – Pour And Screed Lean Concrete On Trenches Bed

Tuang dan ratakan konkrit alas di dalam lubang peparit dengan


OBJEKTIF
menggunakan campuran tapak atau konkrit siap bancuh dengan
PENCAPAIAN
peralatan yang sesuai supaya permukaan alas konkrit yang rata
PIAWAI
dapat diperolehi

TAJUK TUANG DAN RATA LEAN KONKRIT KE DALAM PEPARIT

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

1. Kegunaan lean konkrit


2. Teknik menuang dan meratakan lean konkrit

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/03/06.05(KP) Page 2 of 4

PENERANGAN :

Di dalam kerja-kerja pembinaan kadangkala terdapat masalah-masalah yang mungkin


dihadapi. Contohnya semasa membuat kerja-kerja tapak asas dan peparit dari tanah yang
berpasir atau gembur. untuk mengatasi masalah ini, konkrit alas hendaklah dituang dan
diratakan ke dalam peparit tersebut.

Lean konkrit atau konkrit alas biasanya dibuat atau dituangkan ke dalam peparit yang telah
sedia dibuat mengikut ketebalan yang telah ditetapkan di dalam penentuan cetak biru yang
telah disediakan.

lean konkrit ini akan dituangkan ke dalam peparit mengikut ketebalan yang telah ditanda
pada ‘peg’ yang terdapat dalam peparit, berpandukan kerataan tapak asal dan dipindahkan
ke dalam peparit. setelah lean konkrit ini dituangkan ke dalam peparit ianya akan diratakan
dengan menggunakan wooden float menutupi permukaan tanah dalam peparit.

Tujuan utama lean konkrit dibuat adalah untuk :

1. Mengelak bahan-bahan organik daripada bercampur dengan konkrit yang akan


dituangkan kemudian.

2. Menghalang alat pemadat konkrit dari terus terjunam ke dalam permukaan tanah
yang mana akan mengakibatkan berlakunya kekotoran dalam bahan-bahan konkrit
yang akan melemahkan kestabilan dan kekuatan konkrit.

3. Menutupi lubang-lubang air mata air yang mungkin terdapat di dalam peparit dan
mengganggu kelicinan kerja.

4. Meratakan permukaan peparit supaya kerja-kerja seterusnya yang akan dibuat dapat
berjalan dengan lancar.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/03/06.05(KP) Page 3 of 4

Block cake (spacer)

lean concrete 1:5:10

Matlamat dan tujuan lean konkrit ini dibuat adalah untuk mengelakkan bahan-bahan organik
bercampur dengan konkrit yang akan dituangkan kemudian. setelah proses lean konkrit ini
dilaksanakan, ‘block cake’ akan dipasang atau diletakkan di atas lean konkrit untuk
persediaan pemasangan tetulang yang diperlukan berpandukan kepada penentuan di dalam
cetak biru.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/03/06.05(KP) Page 4 of 4

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai