Anda di halaman 1dari 22

ETIKA

Etika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku individu. Etika dalam
kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Individu yang terlibat dalam
profesion kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya menjaga
imej bidang kaunseling. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang terbaik dan tidak,
sama ada perlakuan ataupun nilai. Berdasarkan perkara ini, penetapan tingkahlaku beretika
perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat tempatan.

PENGENALAN ETIKA
Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta
undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed,
(dalam Othman Mohamed, 2005:283-284), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan
peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya
merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional. Etika juga boleh
membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain,
iaitu:
Pola hidup am atau suatu cara hidup.
Set peraturan tingkah laku atau kod moral
Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.

Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku
manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia
bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan
nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika dianggap
penting baik membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.

Menurut MacCluskie dan Intergersoll, 2011 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan
Nazariah bt Ab. Samad, 2006: 202), etika berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud
watak atau resam yang merujuk kepada piawaian perlakuan manusia. Menurut Corey,
Corey dan Callanan ,1988 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab.
Samad, 2006; 202), etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri
terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ia merupakan piawai asas bagi
mencerminkan satu praktis professional dan merupakan suatu system dasar tingkah laku bagi
sesuatu kumpulan atau organisasi. Berdasarkan kepada Kamus Dewan, 1998 (dalam Khadijah
Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika membawa makna
prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain). Ianya adalah nilai dan garis
panduan yang harus dipatuhi oleh kaunselor dalam menjalankan tugas masing-masing.

Disamping itu, etika juga merupakan satu ingatan kepada ahli supaya dibimbing dengan
peraturan, membina serta boleh menjaga martabat ahli, hak dan keselamatan pelajar. Etika juga
memberi bantuan kepada ahli dalam sesuatu profesion agar dapat memikirkan serta boleh
mempertimbangkan tentang dilema membuat sesuatu keputusan apabila berhadapan dengan
isu moral.

Kitchener (dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim, 2010:56-57) menjelaskan etika
melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka.
Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun
nilai. Etika kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu
ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan. Semasa sesi kaunseling dijalankan, satu
perjanjian bertulis perlu dimeterai antara klien dan kaunselor. Prosedur ini penting bagi
melindungi hak klien dan juga kaunselor.

Sesi kaunseling biasanya melibatkan sesi seminggu yang mengambil masa 50 minit. Sesi ini
dikenali sebagai sesi terapeutik yang biasanya melibatkan kaunseling kumpulan, perkahwinan
dan keluarga. Masa rawatan adalah melalui persetujuan yang dilakukan dalam perjanjian yang
ditetapkan. Selalunya bagi merawat pesakit, sesi rawatan susulan digalakkan kerana pertemuan
pertama kadangkala tidak dapat menyelesaikan masalah.
Menurut Hodgkinson, 1992 (dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim , 2010:57) , sesi
kaunseling melibatkan perjanjian jangka pendek atau jangka panjang.

a) Kaunseling jangka pendek.

Perjanjian ini melibatkan sesi kaunseling selama 6-12 sesi. Namun, perjanjian boleh
dilanjutkan sekiranya kaunseling terakhir tidak dapat menyelesaikan masalah. Ini juga
bergantung pada perjanjian baru.

b) Kaunseling jangka panjang.

Perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun ataupun lebih.

Menurut Peterson J.V. dan Nisenholz (dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim ,2010:57)
dalam bidang kaunseling, etika amat dititik beratkan supaya rahsia klien atau orang yang
mendapat nasihat dapat dilindungi. Kaunselor harus bertindak berdasarkan etika yang
ditetapkan. Di Malaysia terdapat akta yang melindungi kaunselor, iaitu Akta Kaunselor 580
dan Lembaga Kaunselor Kebangsaan. Manakala di Amerika Syarikat juga mempunyai
standard kod etika bagi kaunseling yang dikenali sebagai American Counseling Association
(ACA). Dengan adanya persatuan, ia dapat mengawal aktiviti kaunseling yang dijalankan
kaunselor. Digariskan tiga kepentingan etika kaunseling yang dibincangkan iaitu kerahsiaan
batasan professional dan menangani seksual.
KOD ETIKA DALAM KAUNSELING
Etika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang
dibina dalam sesuatu sesi. Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai etika
kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling. Menurut
Persatuan Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952 (dalam Mohammad Aziz
Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed
Salim dan Md. Noor Saper, 2009 :206-208), penghuraian tentang Kod Etika Kaunseling
tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu:

i. Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang


berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan
profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data
berdasarkan kebolehan kereka, juga dibimbing untuk mencari data.
ii. Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu
yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang
kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti
profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan
dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang dijanjikan dalam
perjanjian dengan majikan.
iii. Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh
mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain, mencari
maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan
sebagainya.
iv. Kaunselor tidak harus mencari kemajuan dengan cara perbandingan yang merugikan
orang lain.
v. Kaunselor juga tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya
daripada orang lain. Tetapi, bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi
yang salah yang dibuat oleh orang lain.
vi. Bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor mesti mengambil
tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada kemampuannya.
vii. Apabila kaunselor mendapat maklumat untuk awam, dia mesti memastikan bahawa isi
kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah, objektif dan data yang nyata.
viii. Kaunselor mesti tahu perbezaan antara tawaran perkhidmatan kaunseling dengan
perkhidmatan penerangan awam. Perkhidmatan kaunseling mungkin hanya melibatkan
satu dengan satu. Perkhidmatan penerangan disebarkan oleh media massa.
ix. Berhubung dengan pekerjaan profesion, kaunselor mesti menerima kedudukan yang
sebenar supaya perkhidmatannya dapat diteruskan.

KEPENTINGAN ETIKA
Seperti mana yang telah dinyatakan bahawa etika kaunselor adalah sebagai satu garis panduan
menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor. Menurut Van Hoose dan Kottler, 1985 (dalam
Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), segala perbalahan dalam
profesion dapat diselesaikan berdasarkan garis panduan yang ada pada etika. Ini secara
langsung dapat menjamin kestabilan profesion itu sendiri. Secara umumnya, etika ini
memberitahu kaunselor apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam
menjalankan tugasnya sebagai kaunselor profesional.

Selain itu, etika juga menggariskan dengan jelas beberapa perkara yang dianggap sebagai
tingkah laku menyeleweng yang ditegah daripada dilakukan oleh kaunselor. Antara tingkah
laku yang menyeleweng seperti tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan yang
beliau tidak memilikinya, meletakkan nilai diri kepada klien, melakukan hubungan seks dengan
klien, mengambil kesempatan di atas kelemahan klien dan sebagainya. Glading (dalam Amia
Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), menyatakan ada sesetengah tingkah laku
menyeleweng dapat dilihat dengan jelas dan ada juga yang tidak. Namun demikian, kesan yang
timbul hasil daripada tindakan menyeleweng itu akan memberi kesan yang negatif kepada
klien dan juga profesion kaunseling itu sendiri.
Seterusnya PERKAMA (dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261)
menggariskan empat perkara utama iaitu dalam kod tatalaku yang perlu dipatuhi oleh para
kaunselor seperti:
i. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan identity
sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling.
ii. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang profesionnya.
iii. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif
dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
iv. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh Lembaga Kaunselor
melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative
support).

Daripada penyataan yang dinyatakan dapat disimpulkan bahawa dalam usaha untuk membantu
klien, maka seseorang itu haruslah mempunyai kemahiran membantu yang tertentu agar
pertolongan yang diberikan tidak mendatangkan kesan yang boleh memudaratkan klien.
Disamping itu, untuk membantu klien, kaunselor juga perlu sedar batasan yang perlu dipatuhi.
Kaunselor perlu menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan jujur, iaitu tidak
mempunyai kepentingan peribadi apabila membantu klien. Dengan cara ini, profesion
kaunselor akan mendapat pengiktirafan lebih baik daripada masyarakat.

Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip (dalam Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip,
Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor
Saper, 2009 :206-208), setiap pegawai dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan
memahami etika yang dikenakan ke atas diri mereka yang sebagai individu yang professional.
Antara tatalaku yang ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah:
i. Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan
identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.
ii. Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran
dalam bidang profesionnya.
iii. Menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas dan
berdedikasi selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan


individu, keluarga, organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan
kebahagiaan. Justeru, kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui individu,
keluarga, organisasi dan masyarakat. Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip (dalam
Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh,
Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper, 2009 :206-208), etika membantu dalam
kecemerlangan sesebuah organisasi dan seseorang individu dalam melaksanankan
tanggungjawab. Berikut maklumat berkaitan tanggungjawab kepada individu/klien,
masyarakat dan organisasi.

a) Individu

Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal ketenangan jiwa dan perasaan.
Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik
kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat
mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Malahan pengurusan etika yang baik
dalam diri individu akan menyebabkan individu tersebut berkeyakinan berada dalam
organisasi.

b) Organisasi

Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi. Ia dapat memelihara


nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada
kebajikan masing-masing. Ia juga dapat memantapkan kestabilan, seterusnya
mempertingkatkan produktiviti meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin
perkembangan yang berterusan.
c) Masyarakat

Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat
memelihara keamanan, keadilan dan kesejahteraan yang berterusan Masyarakat yang
beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-
masalah sosial seperti pembuangan bayi, rompakan, penyeludupan barangan haram dan
seumpamanya.

PRINSIP ETIKA DALAM PERHUBUNGAN MENOLONG


Perhubungan menolong amat utamakan kepada kebajikan dan kesejahteraan klien. Kaunselor
perlu memahami bahawa proses membuat pertolongan adalah berlandaskan kepada prinsip
yang telah digariskan. Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang digunakan
untuk menilai sama ada sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk. Menurut Kitchener
(dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad, 2007: 204-206), telah
mengenal pasti lima prinsip etika yang utama di dalam membuat keputusan secara beretika di
dalam perhubungan menolong. Lima prinsip yang juga dikenali sebagai golden five
principles ialah autonomy, beneficence, nonmalefinence, justice dan fidelity.

a) Autonomi (Kebebasan untuk membuat pilihan)

Autonomi merujuk kepada kebebasan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri.
Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan
sendiri. Dalam hal ini, menurut Patterson dan Welfel (dalam Khadijah Rohani bt. Mohd
Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad, 2007: 204-206), autonomi melibatkan keadaan di
mana individu berupaya untuk memahami implikasi dan akibat daripada pilihan yang
dibuat.
b) Beneficence (faedah/kebaikan)
Beneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan
dan penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh
yang demikian, apa sahaja bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan
kebajikan klien. Justeru itu, kaunselor perlu mempunyai komitmen dan kemahiran yang
secukupnya untuk membantu pelajar.
c) Nonmaleficence
Nonmaleficence bermaksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak baik
terhadap pelajar sama ada secara sengaja atau tidak. Menurut Patterson dan Welfel
(dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad, 2007: 205),
kaunselor bertanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan sesuatu yang
membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka perlu menjaga
batasan dalam perhubungan, tidak cuai serta sentiasa mengekalkan rasa hormatnya
kepada pelajar di samping mengelak daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan
diri.
d) Justice
Merujuk kepada memberi keadilan kepada semua. Kaunselor perlu memberi layanan
yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan
sebagainya. Keadilan merupakan asas kepada kepercayaan klien untuk membina
hubungan yang baik.
e) Fidelity

Fidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan menolong antara


klien dan kaunselor. Menurut Corey Patterson dan elfel (dalam Khadijah Rohani bt.
Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad, 2007: 206), fidelity merupakan
tanggungjawab untuk memberikan kepercayaan serta membuat janji yang jujur
terhadap pelajar. Ianya merupakan aspek yang penting dalam proses kaunseling.
Fidelity merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh kaunselor
terhadap klien. Selain daripada fidelity juga merangkumi kepatuhan kaunselor kepada
orgsanisasi, majikan dan profesionnya.
ISU ETIKA
Menurut Othman Mohamed (dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285), kaunselor sebagai
professional akan berhadapan dengan isu etika dalam praktisnya. Dalam proses kaunseling,
banyak perkara yang boleh melibatkan isu etika dan seterusnya mendatangkan dilemma bagi
kaunselor. Kod etika juga adalah satu alat bantuan dalam usaha berkaitan dengan persoalan
menjaga hak klien, hak masyarakat, hak kebebasan, kerahsiaan, keistimewaan penerimaan
maklumat dan pengluahan professional oleh kaunselor. Begitu juga pentingnya menjaga
kepentingan proses kaunseling dan salah praktis, kecuaian, menjaga keputusan, perhubungan
penduaan dan proses kaunseling serta tuntutan kerugian ke atas hak ketiga. Kaunselor juga
perlu mendapat persetujuan termaklum daripada klien bagi menjalankan proses kaunseling,
keadilan dan kesetiaan, perlaksanaan penyelidikandan isu menjaga hak serta keselamatan
subjek. Othman Mohamed (dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285), berpendapat walaupun
kod etika diwujudkan bagi membantu kaunselor membuat pertimbangan tindakan yang wajar
serta sentiasa berwaspada kepada tatasusila profesion, namun ada isu isu yang tidak dapat
diselesaikan hanya dengan berpandukan kod etika sahaja. Dalam keadaan demikian, kaunselor
wajar menerapkan prinsip etika. Suatu dilema itu wujud apabila berlakunya suatu tindakan
yang terselubung dalamnya perkara yang baik tetapi mempunyai sebab etika yang agak
bercanggah dan pincang.

Menurut Kichener, 1989 (dalam Othman Mohamed, 2005 :284), pergerakan kea rah penerapan
prinsip dalam membuat kata putus berkaitan dengan dilemma boleh berpandukan penggunaan
dua tahap penaakulan moral: 1) tahap intuisi; 2) tahap kritikan-penilaian. Tahap intuisis
berkisar kepada kepercayaan etika yang terhasil daripada penyataan apakah yang wajar
dilakukan dan apakah yang tidak wajar dilakukan. Prosedur intuisi demikian mempunyai asas
bahawa kaunselor sememangnya telah mempunyai suatu keupayaan pengetahuan etika dan
pengalaman kaunseling serta pengalaman hidup yang luas. Tahap kritikan-penilaian ini dapat
mengemukakan suatu justifikasi dan rasional tentang elemen yang abstrak kea rah
penghakiman yang seimbang dan saksama. Banyak perkara yang bersangkut paut dengan
proses kaunseling yang menglibatkan tindakan sama ada oleh kaunselor, klien atau pihak ketiga
yang begitu abstrak.
KESIMPULAN
Perkhidmatan kaunseling seperti uga perkhidmatan professional yang lain mempunyai
etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara umumnya etika adalah satu garis
panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak kurang
pentingnya, etika membantu menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya klien atau
dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor boleh mengaplikasikan etika kaunseling untuk
kegiatan seharian mereka
Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas
dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan
kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional
dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat
keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai
dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika berasaskan kepada nilai- nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan
terhadap penghargaaan kendiri, dignity dan keunikan individu termasuk hak- hak dan peluang-
peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan
nilai- nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan


tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang
terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang
begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika iini tidak seharusnya digunakan sebagai instrument untuk menyekat peluang dan
kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk
mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang
maksima.

KOD TATA LAKU


1. Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang
kaunselor dan intergriti profesion kaunseling.

2 Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan
kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur
selaras dengan profesion kaunseling.

4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesion melalui
penyeliaan lazim (regular supervisor) dan sokongan perundingan (consultative support).
A. Tanggungjawab kaunselor terhadap klien.

1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama ada klien individu atau
klien kelompok.

2. Kaunselor hendaklah menghormati privisi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi
semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan menyebabkan klien atau orang-orang di
persekitarannya.

3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

4 Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan
psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek
kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap


tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat
oleh klien.

6 Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran
serta kecekapan profesionalismenya.

7 Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan


ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal & mental atau dikriminasi dalam bentuk apa
sekali pun.

8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi
perkhidmatan kaunseling.

9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling
mengenai batasan unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah
dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam bahaya, kaunselor
hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang
terlibat.

12 Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib,
atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak
pentadbiran yang membuat penilain.
13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin
bertukar kepada kaunselor yang lain.

14 Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor
yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada
bidang kepakarannya kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16 Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien
tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi
kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.

B. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional

1. Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.

2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan
profesionalnya.

3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan


rakan kaunselor yang tidak beretika.

4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor
yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

C. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat

1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia
berkhidmat.

2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya


berlandaskan undang-undang tersebut.

D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan

1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi


tempat dia berkhidmat.

2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan
dalam perlaksanaan polisi pekerjaan.

4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dangan penyelia
dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaaan
antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.

7. Kaunselor hendaklah memberi tahu kepada pihak mejikan tentang keadaan yang boleh
menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmtannya.

8. Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara professional dari masa ke masa.

9. Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggung jawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri
dan stafnya.
Sesi kaunseling yang dijalankan menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga
LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kaunselor
tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun. Maklumat yang
kaunselor peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda
hantar kepada kaunselor. Itu sahaja. Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kaunselor,
selepas pihak kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala hubungan kaunselor - klien
akan terlerai. Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel
dan pemasalahan yang anda hantar.

SKOP ETIKA

Kod Etika Kaunselor ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

1. Bahagian A : Tanggungjawab Kaunselor.

2. Bahagian B : Perkhidmatan Persendirian.

3. Bahagian C : Penyelidikan Dan Penerbitan.

4. Bahagian D : Latihan.

5. Bahagian E : Pengukuran Dan Penilaian.

BAHAGIAN A: TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

Bahagian ini menerangkan tatalaku kaunselor dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap


profesion, klien, rakan profesional, organisasi/majikan dan masyarakat.

Bahagian A1: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Profesion

1. Pengetahuan tentang etika:

Kaunselor bertanggungjawab memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Malaysia (Lembaga
Kaunselor) serta menggunakannya sebagai panduan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling.
Kaunselor hendaklah menjaga tatalaku demi memelihara piawai dan identiti sebagai seorang
kaunselor dan keutuhan profesion kaunseling.
2. Meningkatkan kecekapan:

Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan, dan
kemahiran dalam bidang profesionya. Kaunselor perlu mengemaskini kecekapan dan kemahiran
tersebut dengan latihan berterusan.

3. Memupuk nilai-nilai moral:

Kaunselor hendaklah berusaha memupuk ciri-ciri moral dan personal yang dianggap penting
dalam memberi khidmat yang beretika. Nilai-nilai moral yang perlu dipupuk adalah seperti berikut:

Empati - Kebolehan menyampaikan kefahaman tentang pengalaman seseorang dari


perspektif orang tersebut.

Intergriti berusaha ke arah sikap bermoral dalam hubungan dengan orang lain dengan
menekankan keikhlasan dan konsistensi antara tingkah laku dan percakapan.

Daya tahan terus berusaha membantu klien tanpa rasa putus asa.

Kesedaran kendiri keupayaan menilai secara tepat dan mengakui kekuatan dan kelemahan
diri.

Kebijaksanaan mampu membuat keputusan dengan berhemah.

Keberanian berupaya bertindak walaupun berada dalam keadaan berisiko dan


ketidakpastian.

Spiritual berusaha meningkatkan nilai dan amalan kerohanian sebagai salah satu aspek
kehidupan

4. Penyeliaan:

Kaunselor hendaklah melalui proses penilaian dan penyeliaan serta dinilai tugas kaunselingnya oleh
penyelia profesional secara berterusan. Dalam mengamalkan kepakaran baru kaunselor perlu
mendapatkan pendidikan, latihan dan penyeliaan yang diiktiraf sebelum mengamalkan kepakaran
tersebut.

5. Kecekapan Profesionalisme:

Kaunselor hendaklah memberi perkhidmatan kaunseling mengikut bidang kepakaran dengan tidak
melangkaui sempadan kepakaran berasaskan kepada pendidikan, latihan, dan pengalaman yang
diselia. Kaunselor tidak menjalankan kaunseling, konsultasi, dan menyampaikan maklumat dalam
bidang di luar kepakarannya.

6. Kesedaran ketidakupayaan:

Kaunselor hendaklah sedar terhadap sebarang ketidakupayaannya dari segi fizikal, mental, dan
emosi yang boleh menjejaskan fungsi sebagai seorang profesional. Kaunselor harus menghindari
daripada memberi khidmat kaunseling profesional apabila mendapat tanda-tanda tersebut.
Kaunselor perlu merancang dan membuat persediaan untuk pemindahan rekod dan kes klien kepada
rakan profesional yang dikenal pasti jika terjadi ketidakupayaan, kematian ataupun menamatkan
amalan.

7. Konflik kepentingan:

Kaunselor perlu mengelakkan keadaan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan diantara
dirinya dengan klien. Sekiranya konflik ini berlaku, kaunselor perlu membuat keputusan
mengutamakan kepentingan klien dengan tujuan untuk mengekalkan kepercayaan terhadap
profesion kaunseling.

Bahagian A2: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien.

1. Menjaga Kepentingan Klien:

Kaunselor mengutamakan kepentingan klien berbanding dengan kepentingan sendiri. Dalam kes-kes
di luar kemampuan kaunselor maka dengan persetujuaan klien sesi perlu ditamatkan dan /atau
dirujuk kepada kaunselor atau profesional lain.

2. Menghormati dunia persendirian klien:

Kaunselor hendaklah menghormati dunia persendirian klien termasuk perkara sulit dan peribadi
melainkan perkara itu membahayakan klien atau orang lain.

3. Kerahsiaan:

Kaunselor hendaklah menjaga kerahsiaan maklumat klien yang diperoleh semasa sesi kaunseling
kecuali maklumat itu membahayakan klien dan orang lain, dan di atas tuntutan undang-undang.

4. Pengetahuan pelbagai budaya:

Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien. Kaunselor
perlu menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan dengan klien pelbagai budaya supaya dapat
bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi kaunseling.

5. Kesejahteraan klien:

Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan


psikologi klien, dan tidak mengambil kesempatan ke atas klien untuk kepentingan diri sendiri dalam
apa bentuk sekalipun. Dalam kes-kes di mana keselamatan fizikal klien terancam, keutamaan
hendaklah diberikan kepada keselamatan klien.
6. Gangguan seksual:
Kaunselor dilarang sama sekali melakukan sebarang bentuk gangguan dan hubungan seksual
dengan klien, bekas klien dan ahli keluarga mereka.

7. Menghormati keputusan klien:

Kaunselor hendaklah memupuk sikap bertanggungjawab klien terhadap tingkah lakunya dan
menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

8. Keadilan:

Kaunselor perlu berlaku adil dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi berasaskan etnik, jantina,
agama, status, ideology, kecacatan fizikal, mental atau apa-apa bentuk sekali pun.

9. Membekalkan maklumat:

Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi
perkhidmatan kaunseling.

10. Kebenaran bermaklum:

Kaunselor hendaklah mencapai persetujuaan bermaklum dengan kliennya di peringkat awal sesi
kaunseling mengenai batasan kerahsiaan dan hal-hal lain mengenai proses kaunseling. Apa-apa
persetujuaan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak dan diubah dengan
persetujuaan bersama.

11. Budibicara kaunselor:

Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien mengikut pertimbangan kaunselor menunjukan
dengan jelas , diri klien atau orang lain dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan
budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang
terlibat.

12. Larangan dalam hubungan dwi:

Kaunselor hendaklah menghindari diri daripada memberi perkhidmatan kaunseling kepada klien
yang mempunyai hubungan intim dengannya seperti keluarga, sahabat karib, ataupun mereka yang
mempunyai hubungan pentadbiran dan penyeliaan dengannya.

13. Kebebasan klien menamatkan sesi:


Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak menjalankan
kaunseling dengan kaunselor lain pada masa yang sama. Bagaimanapun kaunselor tidak boleh
menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin menukar kepada kaunselor
yang lain. keputusan klien mesti dihormati.

14. Rujukan:

Kaunselor perlu merujuk klien kepada profesional lain sekiranya mengikut pertimbangan
kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya atau profesional
lain. Rujukan ini hendaklah dilakukan dengan persetujuaan klien dan satu laporan rujukan secara
bertulis perlulah disediakan kepada profesional yang dirujuk. Perhatian sewajarnya perlu diambil
untuk memastikan penerimaan rujukan dapat memberi khidmat yang diperlukan, kerahsiaan terus
dibekalkan dan klien mendapat manfaat dalam proses rujukan.

15. Kemudahan kaunseling:

Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang boleh memelihara keselesaan dan kerahsiaan sesi
kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan kebenarannya
termasuk sesi kaunseling yang dirakam melalui cara audio dan video.

16. Rekod kaunseling:

Kaunselor dikehendaki membuat laporan dan menyimpan rekod sesi kaunseling dengan selamat.
Semua rekod perlu dirahsiakan.

17. Pendaftaran dan sijil amalan:

Semua kaunselor yang menjalankan sesi kaunseling mesti mendaftarkan diri serta memperolehi
sijil amalan dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sepertimana dikehendaki di bawah Seksyen 26 dan
28 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Bahagian A3: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional.

1. Kecekapan :Kaunselor
hendaklah saling berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan profesional masing-masing secara
berkesan.

2. Sikap Hormat, Adil dan Terbuka :

Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap hormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesional.

3. Mencegah, Memperbetul atau Melapor Perlakuan :


Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, memperbetul dan melapor perlakuan rakan
kaunselor yang tidak beretika.

4. Menyokong Rakan Kaunselor :


Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahan, membantu serta membela rakan kaunselor yang
teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

Bahagian A4: Tanggungjawab Terhadap Organisasi/ Majikan.

1. Persetujuan/Perjanjian :
Kaunselor hendaklah mematuhi perjanjian yang dipersetujui dengan organisasi tempat beliau
berkhidmat.

2. Mematuh Dasar dan Prosedur :

Kaunselor hendaklah menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti selaras dengan dasar
dan prosedur organisasi.

3. Mencegah Diskriminasi :

Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah diskriminasi dalam organisasi dan dalam
perlaksanaan polisi amalan kerja.

4. Mengelak Salahguna Kemudahan :

Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

5. Kelulusan dan Kepakaran :


Kaunselor hendaklah menyatakan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

6. Menjalin Hubungan Profesional :

Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan yang baik dengan penyelia dan staf yang lain bagi
menjamin keberkesanan perkhidmatan kaunseling. Kaunselor juga hendaklah memberi kefahaman
kepada semua pihak dalam organisasi tentang perbezaan di antara maklumat umum dengan
maklumat khusus serta aspek kebertanggungjawaban.

7. Penilaian Kendiri :

Kaunselor hendaklah sentiasa menilai keupayaan kendiri serta membenarkan dirinya dinilai secara
profesional dari masa ke masa.

8. Peningkatan Kerjaya :
Kaunselor hendaklah bersama-sama organisasi bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk
diri dan staf lain.

9. Advokasi :

Kaunselor dikehendaki membela, menyokong dan memperjuangkan perkhidmatan kaunseling pada


semua peringkat dalam organisasi tempat beliau berkhidmat dan dalam masyarakat.
10. Konsultasi :

Kaunselor bertanggungjawab menyediakan sumber dan kecekapan serta rujukan yang sesuai dalam
memberi perkhidmatan perundingan apabila diperlukan.

Bahagian A5: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat.

1. Menghormati Perbezaan Budaya :


Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia
berkhidmat.

2. Mematuhi Undang-undang :
Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasanya
berlandaskan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)

Anda mungkin juga menyukai