Anda di halaman 1dari 4

Kod Kertas B-010-2/02/01/06.

02(KP) Page 1 of 4

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS JURUBINA BANGUNAN

TAHAP DUA

DUTI 06.00 – Prepare foundation

TUGASAN 06.02 – Excavate Trenches

OBJEKTIF Gali lubang peparit yang diperlukan dengan menggunakan


PENCAPAIAN peralatan dan jentera yang sesuai atau aturkan jentera untuk
PIAWAI penggalian lubang peparit dalam dan pastikan kerja penggalian
adalah dijadualkan

TAJUK KAEDAH DAN KERJA PENGGALIAN

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

1. Jenis-jenis tanah
2. Kaedah penggalian mengikut jenis tanah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/01/06.02(KP) Page 2 of 4

PENERANGAN :

Jenis-jenis Tanah

Rekabentuk sesuatu asas untuk menanggung beban sesuatu bangunan adalah bergantung
sebahagian besarnya kepada jenis-jenis, keadaan dan sifat tanah itu, mempunyai berbagai
jenis bahan dan susunan lapisannya pun berlainan. Secara umumnya tanah bolehlah
dibahagi kepada dua jenis iaitu ‘leket’ (cohesive) dan ‘bukan leket’ (non-cohesive).

Tanah lekit ialah tanah bijian halus (fine grained soil) seperti tanah liat (clay) dan lain-lain
jenis tanah yang mengandungi kandungan tanah liat. Manakala tanah bukan leket pula
ialah, tanah bijian kasar (coarse grained soils) seperti pasir (sand) dan batu kelikir (gravel)
dan tanah campuran pasir dan batu kelikir.

Mengikut kedudukan pula tanah bolehlah dibahagikan kepada dua jenis lagi iaitu tanah tani
atas (vegetable top soil) dan tanah bawah (sub-soils)

Tanah tani atas

Permukaan bumi kita ini sebahagian besarnya adalah diliputi oleh suatu lapisan tanah yang
dipanggil tanah tani atas. Tebalnya lapisan ini adalah berbeza dari satu tempat ke satu
tempat iaitu dari 1” hingga 12”. Tanah jenis ini mengandungi tanah gembur (loosely
compacted soil) tumbuh-tumbuhan kecil, bahan-bahan yang reput (decaying) dan tumbuh-
tumbuhan mati. pada umumnya tanah ini lembut dan mudah ditekan dan jika sekiranya asas
bangunan yang ringan dibina terus menerus di atas tanah ini, asas itu akan terbenam ke
dalam tanah dengan sebab tanah itu tertekan. Justeru itulah lapisan tersebut perlu dikikis
dan dikorek terlebih dahulu dan dipisahkan daripada lain-lain tanah yang dikorek dan
apabila binaan siap, tanah bolehlah ditambakkan di sekeliling bangunan untuk digunakan
sebagai tanah tanaman.

Tanah bawah

Ada berbagai-bagai jenis tanah bawah seperti tanah liat (clay), pasir, batu kelikir (gravel)
dan campuran ketiga-tiganya dalam kadar-kadar yang berlainan dan lapisan-lapisan batu
yang berbagai jenis. Kekerasan tanah bawah adalah berlainan di antara satu dengan yang
lain. Ada di antaranya senang dimampat jika beban yang ringan diletakkan di atasnya dan
ada pula yang dapat menanggung beban berat tanpa ianya (tanah) dimampatkan. Dengan
menjalankan ujikaji dapatlah diketahui kekuatan tanah-tanah tersebut iaitu mengetahui
beratnya beban yang dapat dipikul oleh tanah secara selamat tanpa ianya (tanah) mampat.

Keupayaan galas tanah bawah

Ini adalah istilah untuk menerangkan kemampuan sesuatu jenis tanah di dalam
menanggung beban. Jika tanah batu keras (very hard rock) dikatakan mempunyai lebih
kurang keupayaan galas 4,300 KN/Sq.M, ini bermakna ianya mampu menggalas
(menanggung) tekanan sebanyak 4,300 KN.Sq.M (sukatan metrik) tanpa dimampatkan.

Banyak cara menggali peparit atau lubang untuk asas iaitu dengan tangan (manual) dan
jentera. Pembina mestilah menentukan yang satu-satu cara akan lebih ekonomi. Mesin-
mesin penggali hanya sesuai digunakan untuk menggali peparit yang lurus dan panjang dan
tiada akar-akar yang boleh melambatkan kerja.

Proses korekan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/01/06.02(KP) Page 3 of 4

Garis asas (base line)

Garisan asas dibuat daripada dawai atau benang yang diikat, dipaku dan ditanam di kepala
pancang (pegs) yang telah diatur dan dipacak ke dalam tanah mengikut ukuran peparit. Ini
adalah untuk memastikan korekan itu mengikut ukuran seperti yang dikehendaki.
(Lihat rajah 1)

Kawasan
korekan

Garisan asas
(benang atau dawai
yang diikat pada
Pancang paku)

Rajah 1 : Rancangtanda untuk kerja penggalian

Tanah tani atas (vegetable top soil)

Tanah atas ini lembut dan mempunyai baja untuk tanaman. Ianya perlulah diasingkan
daripada tanah korekan yang lain. Tanah atas ini mestilah dikorek berasingan terlebih
dahulu dan dikumpulkan di tempat lain dan apabila bangunan telah siap bolehlah
dikembalikan tanah ini dan ditaburkan di sekeliling bangunan untuk baja tanaman

Korekan (excavation)

Tanah-tanah dikorek dengan menggunakan perkakas tangan (cangkul, penyodok dan lain-
lain) atau mesin-mesin. Susuk-susuk dipasangkan di kedua-dua hujung peparit untuk
menyukat dalamnya korekan tersebut. Susuk ialah sejenis alat kayu yang dibuat dari papan
tegak dengan papan melintang (ufuk) yang dipaku mengikut tinggi yang sesuai.

Semasa pengorekan dijalankan seorang tukang pemeriksa dalam korekan tersebut akan
membawa rod aras dan diletakkan di peparit yang hendak diperiksa. sekiranya hendak
memeriksa samada keseluruhan peparit itu telah cukup dalam seperti yang dikehendaki,
maka terpaksalah dianjak rod aras itu sepanjang peparit itu. Jika rod aras itu sama dengan
kedua-dua susuk, ini bermakna dalam peparit itu telah mencukupi. (Lihat rajah 2)

Rod aras
Benang
digunakan untuk
mendapatkan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Profile
Modul 2 - Kertas Penerangan aras (level) Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/01/06.02(KP) Page 4 of 4

Kerja penyudahan di dasar peparit

Tanah di dasar korekan mestilah kukuh. Kebiasaannya tanah akan kembang bila musim
hujan dan merekah apabila musim panas. Untuk mengelakkan ini berlaku, dasar tiap-tiap
korekan mestilah dikejapkan dengan menghentakkannya (rammed) supaya sama aras
(level) can jangan curam (slope). Jika terpaksa ditukar aras dasar korekannya, ini mestilah
dilakukan dengan cara tingkat atau tangga. Apabila korekan yang dibuat itu terlampau
dalam daripada yang dikehendaki, pihak pembina terpaksalah menimbusnya kembali
dengan konkrit mengikut campuran yang ditentukan oleh jurutera. (campurannya adalah
seperti 1:9, 1:6 dan sebagainya). Apabila kerja-kerja penyudahan dasar korekan itu telah
siap, ia mestilah diperiksa dan dipersetujui oleh Jurutera terlebih dahulu, barulah asas boleh
dituang ke dalamnya.

Memapan dan menjermang

Apabila tanah-tanah yang dikorek itu terlampau lembut dan mudah runtuh tebingnya serta
menyusahkan kerja-kerja korekan maka papan dan jermang hendaklah digunakan untuk
menahan secara sementara tebing korekan tersebut. Ada berbagai jenis dan ini bergantung
kepada jenis tanah samada lembut atau keras.

Pelantar (stages)

Apabila satu-satu korekan itu terlalu dalam iaitu melebihi 5 kaki, pelantar-pelantar mestilah
didirikan. Bilangannya bergantung kepada dalam korekan tersebut iaitu satu pelantar bagi
korekan yang dalamnya antara 5 – 10 kaki dan 2 pelantar bagi korekan yang dalamnya 10 –
15 kaki dan seterusnya. Ini adalah disebabkan seseorang pekerja biasa hanya dapat
kambus tanah tidak melebihi 5 kaki dalam. Jika tebing itu lebih dalam daripada 5 kaki,
terpaksalah tanah itu dikambus banyak kali supaya tidak melebihi 5 kaki.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai