Anda di halaman 1dari 8

Kod Modul WTP 305 Page 1 of 8

KOLEJ VOKASIONAL KUDAT


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS TEKNOLOGI PEMBINAAN

TAHAP PRA-DIPLOMA

MODUL 05 - PERANCAH

DUTI 14.00 – ERECT SCAFFOLDING

TUGASAN 14.01 – IDENTIFY AND SELECT SCAFFOLDING

OBJEKTIF KENALPASTI DAN PILIH SCAFFOLDING DENGAN


PENCAPAIAN MENGGUNAKAN CETAK BIRU DAN SPESIFIKASI YANG
PIAWAI DITETAPKAN SUPAYA KERJA-KERJA YANG DIKEHENDAKI
DAPAT DIJALANKAN.

TAJUK PERANCAH

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

1. Komponen dan peralatan perancah


2. Jenis-jenis perancah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan 1 (ikbn trg) Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Modul WTP 305 Page 2 of 8

PENERANGAN :

Perancah atau scaffolding adalah satu binaan sementara untuk memboleh dan memudahkan
melakuan kerja-kerja seperti menerap bata, melepa, memasang siling, mengecat , menehan
acuab konkrit dan sebagainya pada tempat yang tinggi.

Dalam pembinaan bangunan, perancah adalah satu perkakas yang tidak asing lagi, terutama
kepada pekerja-pekerja. Perancah boleh dianggap suatu struktur yang wajib diadakan
apabila membina sesuatu bangunan kerana tanpanya bangunan tidak dapat didirikan
dengan sempurna. Perancah boleh dibuat atau dibina dengan berbagai cara dan bentuk
untuk menyesuaikan dengan keadaan dan tempat kerja yang berlainan. Perancah juga
mestilah dipasang oleh orang yang berkelayakan dan mahir tentangnya.

Tugas Juru Perancah.

Perkerjaan ini adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan pekerja, perancah dan orang
dipersekitaran samada semasa memasang atau membuka perancah.OIeh kerana itu ia
adaah bertanggungjawab memastikan pekerja kawalannya bekerja dalam satu kumpulan.

(i) Ia bertanggungjawab mendirikan perancah dan membukanya secara selamat.


(ii) Memastikan Tie ( ikatan ) pada perancah diletakkan pada tempat yang betul.
(iii) Memastikan keselamatan pekerja dan perancah.
(iv) Memastikan semua peraatan perancah yang digunakan dalam keadaan baik dan
selamat.
(v) Mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
(vi) Perlu menyediakan senarai bahan dan peralatan untuk kerja-kerja mendirikan perancah.

Tugas Pembantu Perancah.

(I) Sebagai pembantu dalam kerja-kerja perancah.


(ii) Bertanggungjawab memeriksa peralatan dan komponen yang hendak digunakan.
(iii) Mengawal selia peralatan perancah.
(iv) Kerja-kerja pembersihan pada perancah.
(v) Mampu mengenal komponen perancal-i yang baik.
(vi) Bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembersihan.

Keterangan kursus

Untuk melayakkan sijil kelayakan diperakul, peserta perlulah menjalankan kerja-kerja berikut
dengan cara selamat.
(i) Merancang kerja.
(ii) Memasang perancah beserta alat kelengkapan.
(iii) Memeriksa, membaiki dan mengubah peralatan perancah.
(iv) Membuka perancah dengan prosedur yang betul.

Lain-lain punca maklumat.


Pemasang perancah bersijil boleh berpandukan kepada Peraturan-peraturan ( Operasi
Bangunan Am Kerja-kerja Kejuruteraan),Kilang dan Jentera 1986.

lstilah.
Penerangan istilah adalah untuk membantu peserta kursus pemasang perancah
bersijil.sebagai pemeriksa atau pemasang perancah.Istilah meliputi definasi dan keterangan
yang digunakan dalam bidang pemasangan serta keterangan diluar skop kursus pemasang
perancah asas

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan 1 (ikbn trg) Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Modul WTP 305 Page 3 of 8

Pemeriksaan Scaffolding

Pemeriksaan boleh dilakukan oleh seseorang yang telah diiktiraf sebagai Competence
Person’ Pemeriksaan hendaklah dilakukan setiap:

i) Setiap kali selepas siap pemasangan


ii) Selepas 7 han penggunaan/pemeriksaan terakhir.
iii) Setiap kali selepas cuaca buruk.
Perancah tidak boleh dibina,diubah atau dibuka tanpa penyeliaan ‘Competence Person’
Competance Person Adalah seorang yang telah ditauliah,diiktiraf dan telah diambil berkerja
berdasarkan pertauliahan tersebut.

Prosedur Keselamatan

i) Ruang antara pelantar kerja dan muka banggunan mestilah tidak melebihi 225mm.

ii) Ikatan dinding ‘Wall Tie’ mestilah dipasang pada setiap 3 ruang (bay) dan 2 tingkat (lift).

iii) Tiada ruang di antara ikatan ‘tie’ lebih daripada satu ruang ‘bay’ pada setiap hujung.

iv) Ikatan ‘tie’ hendaklah di pasang pada aras yang paling tinggi.

v) Semasa kerja berlangsung semua pakaian keselamatan hendakIah di gunakan, seperti


kasut,topi,tali pinggang dan lain-lain keperluan yang di fikirkan perlu.

vi) Pemeriksaan perancah hendaklah dilakukan apabila:


a) Setelah siap dipasang. dan sebelum di gunakan oleh pekerja.
b) Dengan kekerapan 7 hari selepas setiap pemeriksaan
c) Setiap kali selepas cuaca buruk.

vii) Peralatan yang berat dan mudah terjatuh hendaklah tidak di simpan di atas perancah.

permohonan Pembinaan Perancah.

Semua pembekal atau tuah punya perancah hendaklah mengemukakan permohonan


kepada pihak menguasa awam (JKKP ) untuk tujuan kelulusan sebelum ianya didirikan serta
digunakan ditapak pembinaan.

Makiumat yang diperlukan adalah seperti berikut :-

(a)Perkiraan lengkap untuk tapak (base) dan lain-lain bahagian perancah seperti

1) BebanMati.
2) Beban Hidup.
3) Beban Alam Sekitar.

(b)Perkiraan dan reka bentuk untuk pemasangan pengikat tembok (wall ties).

(c)Pelan susun atur yang lengkap dengan menunjukkan pandangan:

1) Pelan
2) Pandangn Sisi
3) Pandangan hadapan
4) Maklumat / Tajuk Lukisan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan 1 (ikbn trg) Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Modul WTP 305 Page 4 of 8

Lukisan Perancah
Lukisan perancah hendaklah dlukis didalam sekepin kertas yang dibahagi kepada empat
bahagian seperti contoh dibawah:

Bahagian A - Pandangan menunjukkan bahagian hadapan perancah.

Bahagian B - Pandangan dan bahagian sisi perancah.

Bahagian C - Pandangan dan bahagian atas perancah.

Bahagian D - Tajuk dan makiumat am perancah.

a) Nama serta alamat pelanggan perancah.


b) Nama serta tandatangan pemasang bersijil atau jurutera yang bertanggung jawab tentang
plan.
c) Ukuran skala yang digunakan.
d) Tarikh lukisan disiapkan.
e) Nama pelukis plan.
f) Nama pemeriksa/meluluskan lukisan plan.
g) No.rujukan

contoh :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan 1 (ikbn trg) Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Modul WTP 305 Page 5 of 8

Rekaan Perancah.

Prinsip Am.
Rekaan sebuah perancah hendaklah mengambil kira factor-faktor berikut :

a) Kestabilan,kekuatan dan kekukuhan peralatan yang menyokong perancah tersebut.

b) Keperluan perancah tersebut.

c) Keselamatan-keselamatan berikut :-
(I) Pemasangan. Pengubahan dan perbukaan perancah.
(ii) Pengunaan perancah.
(iii) Persekitaran / kawasan perancah.

Beban Rekaan.

Beban muatan hendaklah diambil kira didalam pengiraan beban rekaan seperti :-

a) Beban Mati.
,Berat peralatan struktur perancah termasuk pelantar kerja, tangga, pelantar pendaratan,
susur pelindung, tiang susur, pengikat tembok, pengalas bicu dan lain-lain.

b) Beban Alam Sekitar.


Faktor alam sekitar seperti beban angin, Beban hujan dan sebagainya.Dalarfl keadaan
tertentu sekiranya beban alam sekitar perlu diambil kira, maka keputusan hendaklah, maka
keputusan hendaklah ditetapkan oleh jutera.

c) Beban Hidup.
Dalam perkiraan beban hidup, faktor berikut hendaklah diambil kira
i) Berat pekerja.
ii) Berat bahan-bahan dan sarnpah.
iii) Berat perkakas dan peralatan.
iv) Tekanan perlagaan (impact).

Perancah Jenis Ringan.


Digunakan oleh tukang elektrik, tukang cat, pembuat papan tanda atau kerja
penyelenggaraan ringan. (keberatan maksimum 225 kg/I ruang).

Perancah Jenis Sederhana.


Digunakan oleh tukang kayu, tukang lepa, pemasang kaca tingkat atau kerja-kerja yang
serupa ( keberatan maksimum 450 kg / ruang).

Perancah Jenis Berat.


Digunakan oleh tukang batu-bata, tukang pahat batu, pemasang kaca tingkat atau kerja—
kerja yang serupa ( keberatan maksimum 675. kg / ruang).

Jenis-jenis perancah
Perancah dibahagiakan kepada pelbagai jenis mengikut binaannya. Perancah yang sesuai
digunakan untuk kerja-kerja rendah dan ringan ialah :

1. Perancah kuda-kuda (trestle scaffold)


2. Perancah tangga
3. Perancah pendakap

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan 1 (ikbn trg) Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Modul WTP 305 Page 6 of 8

Perancah yang digunakan untuk pembinaan yang lebih tinggi ialah :

1. Perancah putlog tunggal


2. Perancah bebas ganda (Independent scaffold)
3. Perancah julur
4. Perancah bergerak (Mobile scaffold)
5. Perancah rangka tiub keluli

Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk penbinaan perancah terdiri daripada kayu bakau,
buluh, paip besi, aloi aluminium atau sistem kerangka tiub keluli. Bahan-bahan perancah
mestilah dipastikan terlebih dahulu supaya ia tidak mempunyai sebarang kecacatan atau
kerosakan, ini adalah untuk menjamin keselamatan. Adalah ditegaskan bahawa segala kayu
yang digunakan untuk membinan perancah tidak boleh dicat kerana segala kecacatan yang
berlaku pada kayu tersebut akan terlindung.

Perancah kuda-kuda

Perancah kuda-kuda digunakan untuk membuat kerja-kerja yang tidak terlalu tinggi seperti
membina dinding dalam satu tingkat, biasanya tidak melebihi 3 m. papan setebal 30mm
hendaklah digunakan sebagai pelantar dan disokong dengan jarak yang tidak melebihi1.5m
di antara dua kuda-kuda. Jika papan pelantar perlu disambung, lekapnya hendaklah
sekurang-kurangnya 150mm dan hendaklah diikat dengan rotan atau dawai.
Lekap 150mm
Pelantar (30mm tebal)

Trestle scaffold

Perancah tangga

Perancah ini dibuat dengan menggunakan dua buah tangga. Tangga kayu biasa digunakan
untuk tujuan ini dan tingginya tidak melebihi 1.8 m dengan sudut bukaan minimum kakinya
ialah 35º, tali pengikat perlu digunakan untuk menetapkan darjah bukaan ini. Tebal minima
papan pelantar dua tangga itu ialan 300 mm, dan haruslah dari jenis kayu yang keras seperti
kayu kapur, kayu balau dan sebagainya. Segala kecacatan mestilah dielakkan untuk
menjaga keselamatan.

Perancah pendakap

Perancah ini digunakan oleh tukang cat, tukang kayu ataupun pendawai elektrik untuk
membuat kerja-kerja ringan.

Perancah bergerak

Perancah jenis ini digunakan terutamanya untuk kerja-kerja di bahagian dalam bangunan,
kadangkala ia juga digunakan untuk menyokong beban bagi lantai atas. Perancah ini
berbentuk seperti menara dan biasanya diperbuat daripada besi bulat. Jika diperlukan,
perancah tambahan boleh disambung untuk mendatkan ketinggian ke paras yang

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan 1 (ikbn trg) Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Modul WTP 305 Page 7 of 8

dikehendaki. Roda juga dipasang pada kakinya supaya perancah boleh gerakkan bebas
menuju ke tempat yang dikehendaki.

Perancah julur

Perancah jenis ini digunakan untuk memguat kerja-kerja tambahan atau membaiki bahagian
bangunan pada bahagian atas sesuatu bangunan. Perancah ini dibina bermula pada tempat
yang memerlukannya. Cara ini diamalkan supaya tidak mengganggu kerja-kerja di bahagian
bawah bangunan tersebut.

Perancah rangka paip keluli

Perancah jenis ini terdiri daripada bahagian yang boleh didirikan (dipasang) untuk tujuan
pembinaan seperti menyokong dinding, tiang, mengecat dan sebagainya. Jenis perancah ini
amat popular di dalam sektor pembinaan dan banyak digunakan di dalam projek pembinaan
yang besar.

Bahagian-bahagian utama perancah paip keluli

1. Adjustable base plate


2. Main frame
3. Half frame
4. Cross brace
5. Working platform
6. Ladder
7. Joint pin
8. Armlock
9. Guardrail
10. guardrail post

Perancah tubular

Perancah ini adalah dibina daripada tube (paip besi). Tube yang digunakan hendaklah
memenuhi piawaian B.S. 1135. Dalam kerja pemasangannya, tube diikat menggunakan
coupler mengikut bentuk atau jenis binaan yang dikehendaki. Banyak jenis rekaan yang
boleh dibuat daripada perancah ini. Di antaranya ialah :

1. Independent scaffold
2. Dependent scaffold
3. Tower scaffold (mobile dan static)
4. Birdcage scaffold
5. Putlog scaffold dan banyak lagi

Kelengkapan penyambungan perancah tubular

1. Base plate
2. Tube
3. Right angle coupler
4. Swivel coupler
5. Sleeve coupler
6. Ladder
7. lain-lain

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan 1 (ikbn trg) Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Modul WTP 305 Page 8 of 8

Langkah-langkah membina perancah tubular

1. Pengalas ditempatkan pada tapak (biasanya) di atas papan alas tapak (sole plate) dan
paip tegak (standard) di pasang pada pengalas.

2. Ledger dipasang melintang pada standard selari dengan bangunan menggunakan right
angle coupler

3. Transom atau putlog dipasang pada standard di atas ledger dan menghala ke arah
bangunan dengan menggunakan right angle coupler

4. Bracing diikat menggunakan right angle coupler untuk memegang di antara ketiga-tiga
standard, ledger dan transom supaya tidak bergerak.

5. Setelah siap lif pertama, naikkan plank untuk memulakan pemasangan pada lif atau
lapisan kedua.

Perhatian :
1. Pastikan aras paip-paip penyokong adalah sama rata
2. Jarak maksimum di antara dua standard demi keselamatan ialah 1.8 m
3. Jarak maksimum yang selamat di antara dua paip penyokong ialah 1.65 m.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan 1 (ikbn trg) Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai