Anda di halaman 1dari 18

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PERTAMA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Mini Olahraga adalah acara sukan yang julung kali diadakan di
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Guru-guru pelatih PDPLI
MOD KDC ambilan Jun 2017 telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan kejohanan mini olahraga ini. Kejohanan ini mendapat khidmat
nasihat daripada semua pensyarah dan melibatkan semua guru pelatih PDPLI
MOD KDC ambilan Jun 2017 yang belajar di institut ini. Tidak ketinggalan juga
Staf akademi dan staf sokongan dari institut ini.

2.0 MATLAMAT

Kejohanan ini dapat memupuk semangat yang tinggi, keazaman yang


kuat dan sikap tolenransi serta dapat membina semangat berpasukan yang
mantap. Ia juga merupakan penyumbang utama kearah pembentukan
tingkahlaku dan peribadi seseorang. Semua guru pelatih akan dibahagikan
kepada 4 pasukan rumah sukan dengan menggunakan nama HELIUM,
BARIUM, KROMIUM DAN MAGNESIUM.

Kejohanan olahraga ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat guru


pelatih di samping mengaplikasikan segala kemahiran yang telah dipelajari,
sama ada dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau kokurikulum. Pihak
yang terlibat mengelolakan pertandingan ini juga secara tidak langsung dapat
memperolehi pengalaman merancang dan mengelolakan sesuatu kejohanan
yang lebih besar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mencungkil dan mengembangkan bakat sukan yang terpendam dalam


kalangan guru pelatih.
3.2 Mengaplikasikan pengetahuan dalam pengurusan dan kepegawaian.
3.3 Memberi pengalaman langsung kepada guru pelatih untuk mengelolakan
kejohanan sukan tahunan.

1
3.4 Mewujudkan hubungan yang rapat serta menanam semangat kerjasama
dikalangan warga institut.
3.5 Melahirkan guru pelatih yang aktif sepanjang berada di institut dan
semasa menjadi guru.

4.0 TARIKH

Kejohanan Mini Olahraga IPGKTI ini akan diadakan pada:

Tarikh : 2 Disember 2017

Masa : 7.30 pagi 12.00 tengahari

Hari : SABTU

Tempat : Kompleks Sukan IPGKTI

5.0 PENYERTAAN

Semua guru pelatih telah dibahagikan kepada 3 kumpulan rumah sukan seperti
tesebut:

1. ELK
2. ELN
3. BNA

6.0 ACARA
Acara yang akan di cadangkan di dalam kertas kerja ini adalah acara balapan
dan acara padang yang terdiri daripada beberapa kategori seperti berikut:

2
6.1 Acara Balapan
100 m
200 m
4 x 100 m Lari berganti ganti
4 x 200 m Lari berganti-ganti

6.2 Acara Padang.

Lompat Jauh
Lompat Tinggi
Lontar Peluru

7.0 JAWATANKUASA

7.1 Jawatankuasa Pengelola

Pensyarah Penasihat:
1. Encik Zainal bin Mohd Amin
2. Puan Noraishah binti Yusuf

Pengerusi : Dzul Helmi Bin Arifin


Timbalan Pengerusi : Dayana
Setiausaha : Hafizah Binti Khosran
Bendahari : Ajla
Pertandingan dan Teknik :Saddam
Marshall Kejohanan :Syukri
Ketua Hakim Balapan :Ismail
Refri Balapan :Faiz
Refri Padang : Adlil
Ketua Pengadil Lorong : Mark Dalton
Fahas
Pendaftaran /Penyelia peserta : Hafizah, Nur Fazlina
Peralatan : Mark

3
Syukri
Ajla
Jemputan, Sambutan & Protokol : Dayana
Adeline
Bacaan Doa : Fahas
Juruacara : Dayang Amidah
Dzul
Ikrar : Saddam
Hiasan Astaka, hadiah & cenderamata: Mahira, Azmira
Makanan & Minuman : Fitriani, Afiqah
Buku Program : Ajla
Keselamatan & Pertolongan Cemas :Heather, Adawiyah
Disiplin, Kehadiran & Kebersihan : Liana, Aniza

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sumber kewangan untuk perbelanjaan acara balapan dalam Kejohanan
Mini Olahraga ini adalah daripada wang yang diperuntukkan oleh para
pensyarah kepada Jawatankuasa Pengelola Sukan untuk menjalankan aktiviti.

8.1 Hadiah dan Cenderamata

8.1.1 Sijil

Untuk acara padang dan balapan 78 x RM 1 = RM 78


Jumlah = RM 78
8.1.2 Piala
Tempat pertama, kedua dan ketiga = RM 780.00

Jumlah = RM 780.00
8.1.3 Cenderahati untuk tetamu VIP = 100.00
JUMLAH UNTUK HADIAH DAN CENDERAMATA = RM 958.00

8.2 JAMUAN

8.2.1 Jamuan untuk tetamu,staff,AJK/pegawai teknik/JPP.


( Minum pagi dan Makan tengahari)

4
V.I.P 5 x RM 10.00 = RM 50.00
Staff 20 x RM 8.00 = RM 160.00
AJK/pegawai teknik/JPP 200 x RM 10.00 = RM 2000.00

JUMLAH = RM 2210.00

JUMLAH KESELURUHAN
RM 958.00 + RM 2210.00 = RM 3168.00

9.0 Atur Cara Kejohanan Olahraga


MAJLIS PELANCARAN dan ATUR CARA KEJOHANAN MINI OLAHRAGA
TARIKH: 2 Disember 2017 (Sabtu) MASA: 7.00 PAGI 12.00 TENGAHARI
TEMPAT: Kompleks Sukan IPGKTI
NO ACARA MASA ACARA
7.00 pagi Urusetia dan Pegawai-Pegawai Sukan melapor diri dan
bertugas
Pelajar-pelajar berhimpun/mengambil kehadiran
Pendaftaran peserta
Ketibaan para pensyarah, Ketua-Ketua Unit dan Ketua-
Ketua Jabatan

7.30 pagi MAJLIS PELANCARAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA


Ketibaan Puan Rubiah binti Ahmad, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Pelancaran Kejohanan Mini Olahraga oleh Puan Rubiah
binti Ahmad
Menaikkan Bendera Kejohanan dan nyanyian Lagu Institut
Pendidikan Guru Malaysia
Lafaz Ikrar Kejohanan
Perbarisan keluar

ATUR CARA KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PDPLI MOD KDC TAHUN 2017
TARIKH: 2 DISEMBER 2017 MASA: 7.30 PAGI 12.00 Tengahari
(Sabtu)
TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN IPGKTI

NO ACARA MASA ACARA


7.30 pagi Acara sukan bermula
101 8.00-10.00 Lontar Peluru Wanita (Akhir)

5
102 pagi Lontar Peluru Lelaki (Akhir)
103 Lompat Tinggi Lelaki (Akhir)
104 Lompat Jauh Wanita (Akhir)
105 Lompat Tinggi Wanita (Akhir)
106 Lompat Jauh Lelaki (Akhir)
10.00-10.30 Rehat
001 10.30 pagi 100m Wanita (Akhir)
002 10.40 pagi 100m Lelaki (Akhir)
003 10.50 pagi 4x100m Wanita (Akhir)
004 11.00 pagi 4x100m Lelaki (Akhir)
005 11.10 pagi 200m Wanita (Akhir)
006 11.20 pagi 200m Lelaki (Akhir)
007 11.30 pagi 4x200m Wanita (Akhir)
008 11.40 pagi 4x200m Lelaki (Akhir)
11.40-12.00 Majlis Perasmian Penutupan

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PDPLI MOD KDC TAHUN 2017
MASA ACARA
11.40 pagi Majlis Perasmian Penutupan bermula
Perbarisan masuk divisi-divisi sukan
Bacaan doa
Majlis Perasmian Penutupan oleh Puan Rubiah binti Ahmad, Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Upacara penyampaian Hadiah dan Cenderamata
Upacara menurunkan Bendera Kejohanan dan Penyerahan Bendera
Kejohanan
Nyanyian Lagu Negaraku

12.00 Perbarisan keluar


tengahari Bersurai

10. 0 SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA

Penasihat :

Meluluskan permohanan menganjurkan kejohanan olahraga tahunan yang dimohon

oleh Unit Kokurikulum.

6
Pengerusi :

Bertanggungjawab dalam segala program termasuk menguruskan pentadbiran,

kewangan dan aktiviti.

Mendapatkan nasihat dan pendapat dari penasihat dan mastikan arahan daripada

penasihat program dapat dilaksanakan.

Menubuhkan jawatankuasa Kejohanan Mini Olahraga dan memberi arahan yang

tepat dan jelas kepada setiap jawatankuasa tentang tugasan masing-masing.

Memastikan setiap ahli jawatankuasa melaksanakan tugas masing-masing.

Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak

yang berkenaan.

Penyelaras Pertandingan

Menghubungkan setiap ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat.

Memberi taklimat kepada peserta-peserta pertandingan.

Bertanggungjawab menentukan acara pertandingan yang akan dilangsungkan.

Setiausaha

Bertanggungjawab dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail untuk rujukan.

Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkaitan.


7
Mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.

Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.

Bendahari

Bertanggungjawab dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.

Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk kejohanan olahraga.

Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan olahraga.

Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi

pelaksanaan kejohanan olahraga.

AJK Dokumentasi

Membantu setiausaha dan penolong setiausaha untuk merekod segala

maklumat dan menyimpan semua fail untuk didokumentasikan .

Membuat laporan aktiviti selepas pekhemahan .

AJK Urusetia dan Peserta

Bertanggungjawab dalam pendaftaran peserta dan memastikan jumlah peserta

mencukupi sebelum pertandingan.

Memastikan giliran peserta atau kehadiran peserta untuk sesuatu acara tepat pada

masanya.

8
Mengurus, menerima dan menyenaraikan nama peserta pemenang dalam setiap

acara yang dipertandingkan.

AJK Teknik

Peminjaman peralatan yang perlu digunakan dari stor sukan.

Menyimpan rekod alatan yang digunakan seperti lontar peluru, tiang lompat tinggi,

starting board dan sebagainya.

Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan.

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu acara

dilaksanakan.

Memastikan balapan yang digunakan semasa kejohanan olahraga telah siap sedia

untuk digunakan.

Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan baik sebelum pertandingan.

Memastikan bilangan peralatan yang mencukupi semasa dipulangkan.

AJK Jemputan, Sambutan & Protokol

Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian atau

penutup.

Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke

tempat duduk yang sepatutnya.

9
Bertanggungjawab dalam susun atur kerusi bagi jemputan atau VIP di dalam dewan.

Menyediakan roset yang bersesuaian untuk jemputan.

AJK Cenderahati dan Pingat

Membuat perancangan terhadap jenis hadiah atau cenderahati yang hendak diberi

serta bersesuaian dengan sesuatu majlis atau acara.

Menyediakan pingat kepada para peserta serta cenderahati kepada para jemputan.

Menetapkan atau merancang bajet hadiah.

Menyenaraikan senarai peralatan dan keperluan bagi acara penyampaian hadiah

dan memaklumkan kepada jawatankuasa peralatan.

Menguruskan dan mendapatkan senarai pemenang dari jawatankuasa peserta

untuk melancarkan sesi penyampaian hadiah.

AJK Aturcara dan Buku Program

Menyediakan aturcara bagi perasmian, penutup dan penyampaian hadiah.

Menjemput dan mendapatkan senarai VIP jemputan khas pada hari penyampaian

hadiah.

10
Bertanggungjawab mendapatkan Pengacara Majlis (MC) dan menyediakan draf teks

MC.

AJK Fotografi

Menangkap gambar sepanjang masa kejohanan olahraga tahuanan dijalankan.

Membuat rakaman video jika diperlukan.

AJK Keselamatan

Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan berada dalam

keadaaan yang baik.

Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan yang sempurna dan

mencukupi .

Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatan di sekeliling

padang.

Membuat makluman kepada klinik kesihatan berdekatan berhubung bantuan

kecemasan semasa perkhemahan .

Memberi pertolongan cemas semasa berlaku kecederaan dalam perkhemahan .

11.0 PERATURAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PDPLI MOD KDC TAHUN 2017

1. UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur

Malaysia (KOAM) 1996/1997 dan Peraturan Pertandingan KEJOHANAN MINI

OLAHRAGA PDPLI MOD KDC JUN 2017

11
PENGELOLAAN

Kejohanan ini dikelolakan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama guru pelatih

PDPLI MOD KDC Ambilan Jun 2017.

2. TARIKH

2 Disember 2017

3. JENIS PERTANDINGAN

12
3.1 Senarai acara dan bilangan peserta

Penyertaan

Bil Acara Jumlah

PASUKAN

ELK ELN BNA

1 100 meter ( L ) 1 1 1 3

2 100 meter ( P ) 1 1 1 3

3 200 meter ( L ) 1 1 1 3

4 200 meter ( P ) 1 1 1 3

5 4 x 100 meter ( L ) 4 4 4 12

6 4 x 100 meter ( P ) 4 4 4 12

7 4 x 200 meter ( L ) 4 4 4 12

8 4 x 200 meter ( P ) 4 4 4 12

9 Lontar Peluru ( L ) 1 1 1 3

10 Lontar Peluru ( P ) 1 1 1 3

11 Lompat Jauh ( L ) 1 1 1 3

12 Lompat Jauh ( P ) 1 1 1 3

13 Lompat Tinggi (P) 1 1 1 3

14 Lompat Tinggi (L) 1 1 1 3

Jumlah 78

13
4. PENARIKAN DAN PENGGANTIAN

a. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana

acara atas nasihat Pegawai Perubatan, hanya boleh mengambil

bahagian seterusnya dalam acara yang didaftarkan atas

namanya dengan syarat peserta mengemukakan surat

pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus

Kejohanan.

b. Tiada penggantian bagi acara lari berganti-ganti.

5. MELAPORKAN DIRI

5.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri di khemah Penyelia

Peserta sekurang-kurangnya 20 minit bagi acara balapan dan 25

minit bagi acara padang sebelum masa yang dijadualkan. Wakil

perlu dihantar jika peserta masih terlibat dalam acara lain. Selepas

itu, mereka akan dihantar ke tempat pertandingan oleh penyelia

peserta.

5.2 Peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai

Teknik dalam arena.

5.3 Panggilan peserta untuk melapor diri hanya dibuat sekali sahaja.

Pengurus Pasukan diminta mengambil perhatian tentang peserta

masing-masing.

5.4 Peserta hendaklah berpakaian lengkap, nombor sebagaimana

dalam daftar dan mesti disematkan dengan pin di setiap penjuru.

14
5.5 Peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 10 minit sebelum acara

mereka dimulakan tidak dibenarkan mengambil bahagian dan

dianggap telah menarik diri.

6. ATURCARA MASUK DAN KELUAR ARENA

Peserta hanya dibenarkan masuk dan keluar dari arena dengan dibawa oleh

pegawai atau pembantunya yang ditugaskan.

7. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN MENENTUKAN

KEDUDUKAN

7.1 Kedudukan pasukan rumah akan ditentukan oleh jumlah mata

terkumpul.

7.2 Mata diberikan dari tempat pertama hingga ke ketiga bagi acara

individu dan acara berpasukan.

7.3 Mata yang diberikan adalah seperti berikut:

Kedudukan Mata

Pertama 3

Kedua 2

Ketiga 1

15
8. HURUF PENGENALAN RUMAH SUKAN

8.1 Warna kain bagi nombor mengikut warna rumah masing-masing

8.2 Nombor dan Huruf Pengenalan

Rumah Sukan Nombor Daftar WARNA

ELK ELK-12-17 MERAH

ELN ELN-12-17 KUNING

BNA BNA-12-17 BIRU

9. BANTAHAN

9.1 Jika masalah bantahan berkenaan kelayakan /status seseorang peserta

tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan

dimulakan maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian dibawah

bantahan dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa

Pengelola Kejohanan.

9.2 Bantahan mengenai perkara yang berlaku semasa pertandingan hendaklah

dibuat dengan semerta/segera.

9.3 Semua bantahan hendaklah terlebih dahulu dibuat secara lisan kepada

referi oleh peserta atau Pengurus Pasukan. Referi akan membuat

keputusan atau merujuk kepada Juri Rayuan. Walau apapun keputusan

referi, peserta berhak membuat rayuan kepada juri. Permohonan kepada

juri rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh

Pengurus Pasukan dan disertai dengan bayaran RM 100.00. Wang ini

16
tidak akan dipulangkan jika bantahan didapati tidak berasas dan tidak

munasabah.

10 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

10.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan masa yang telah

ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak menukar susunan acara

dan masa pertandingan jika perlu.

10.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak

tersedia dalam Undang-undang KOAM 1996/1997.

11. HAL-HAL LAIN

11.1 Tiada yuran penyertaan dikenakan. Bagaimanapun setiap pasukan boleh

mengutip yuran pada kadar berpatutan untuk membeli keperluan ketika

kejohanan.

11.2 Keselamatan peserta adalah tanggungjawab masing-masing.

Jumlah Pecahan Pelajar

Nama Rumah Jumlah Catatan

ELK 46 org

ELN 69 org

BNA 46 org

Jumlah 161 org

17
12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan semoga Kejohanan Mini Olahraga pdpli mod kdc
Ambilan Jun 2017 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur mengikut
perancangan.yang telah dibincangkan. Semoga kejohanan ini juga akan terus
berjaya melahirkan guru pelatih yang aktif serta bertanggungjawab dan komited.

Pihak pengelola juga menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi


terhadap kerjasama dan komitmen semua ahli jawatankuasa yang terlibat
dalam menjayakan kejohanan ini.

18

Anda mungkin juga menyukai