Anda di halaman 1dari 140

PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT

BANCUH DI TAPAK

RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN KONKRIT
BANCUH DI TAPAK

RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM

Tesis ini dikemukakan sebagai


memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina


Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2017
i
ii

DEDIKASI

Sekalung Budi Sejunjung Kasih


Teristimewa Buat

Insan tercinta . . .
Ayahanda Raja Ibrahim Bin Raja Ismail
Bonda Wan Hamidah Binti Wan Ahmad

Terima kasih atas segala pengorbanan yang diberikan

Seluruh ahli keluarga tercinta . . .

Rakan-rakan Seperjuangan

Serta pihak yang terlibat . . .


iii

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA

PENYAYANG

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana kekuatan yang diberikan oleh-


Nya membolehkan saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Ingin saya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan


terima kasih kepada Yang Dihormati, Sr. Dr. Sarajul Fikri Bin Mohamed, selaku
penyelia Projek Sarjana Muda saya yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang
tempoh penyiapan Projek Sarjana Muda ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya ucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam memberi pertolongan dan bantuan, sama ada secara
lansung ataupun tidak sepanjang tempoh penyiapan projek ini.

Selain itu, jutaan penghargaan juga ingin ditujukan kepada semua rakan-
rakan seperjuangan yang telah memberikan panduan serta nasihat. Semoga tesis ini
dapat dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan.
iv

ABSTRAK

Konkrit merupakan antara komponen komposit utama yang diperlukan dalam


sesuatu projek pembinaan. Konkrit boleh didapati dalam pelbagai cara seperti
konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak. Pemilihan kaedah pembancuhan
konkrit yang sesuai dengan kehendak projek akan membantu pihak kontraktor dalam
melakukan perancangan pembinaan yang baik dari aspek kos, kualiti dan masa. Oleh
itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesesuaian dan masalah penggunaan
konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak. Metodologi yang digunakan untuk
mencapai kedua-dua objektif adalah menggunakan temubual semi-struktur.
Sebanyak enam tapak bina telah dipilih sebagai kajian kes untuk kajian ini. Hasil
maklumat yang diperolehi kemudian dianalisa dan dikategorikan pada tahap tertentu
mengikut skor min bagi setiap faktor kesesuaian dan masalah. Di antara faktor
kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak ialah
tempoh projek, jenis projek, saiz projek, ketersediaan loji pembancuh berhampiran,
harga konkrit, kuantiti konkrit yang diperlukan dan kelebihan konkrit itu sendiri.
Bagi masalah dalam penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak
ialah kualiti konkrit siap bancuh akan terjejas kerana konkrit hanya mampu bertahan
selama dua jam di dalam trak penggaul dan jarak loji yang jauh akan melambatkan
proses penghantaran konkrit ke tapak bina, manakala masalah utama bagi konkrit
bancuh di tapak ialah konkrit bancuh di tapak melambatkan masa pembinaan kerana
bekalan konkrit bancuh di tapak bergantung kepada ketersediaan bahan mentah
untuk menghasilkan konkrit yang secukupnya. Secara kesimpulannya, pemilihan
kaedah pembancuhan konkrit yang sesuai dapat membantu kelancaran perjalanan
projek pembinaan dan kedua – dua konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak
sesuai digunakan bergantung kepada projek yang dijalankan dan kedua – dua konkrit
tersebut mempunyai kelebihan dan masalah yang tersendiri.
v

ABSTRACT

Concrete is one of the main composite components required in a construction


project. Concrete can be found in many ways such as ready mixed concrete and on-
site mixed concrete. Selection of a concrete mixing method in accordance with the
requirements of the project will assist the contractor in the construction planning in
terms of cost, quality and time. Therefore, this study was undertaken to determine
the suitability and the problem in using ready mixed concrete and on-site mixed
concrete. The methodology used to achieve both objectives is by conducting a semi-
structured interview. There are six construction sites that had been choose as a case
study for this research. The result of the information obtained was analyzed and
categorized into a certain degree by the mean score for each suitability factors and
problems. Among the suitability requirement of using ready mixed concrete and on-
site mixed concrete is project duration, type of project, size of project, the
availability of plant mixer nearby the site, the price of concrete, the quantity of
concrete required and the advantages of concrete itself. The major problems of using
ready mixed concrete and on-site mixed concrete is the quality of ready mixed
concrete will be affected because the concrete can only last for two hours in a mixer
truck and a remote concrete batching plant will delay the delivery of concrete to
construction site, while the major problem for site mixed concrete is on-site mixed
concrete could delay the construction time because of the concrete supply depends
on the availability of raw materials to produce sufficient concrete. As a conclusion,
the selection of a suitable method of mixing concrete can help the progress of the
construction project runs smoothly and boths of ready mixed and on-site mixed
concrete are suitable to be use depending on the requirement of the project and boths
of them has its own advantages and problems.
vi

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

PENGAKUAN Error! Bookmark not defined.

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 1

PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 6

1.4 Skop Kajian 7

1.5 Kepentingan kajian 8

1.6 Metodologi kajian 8


vii

1.7 Rumusan Bab 10

BAB 2 11

KAJIAN LITERATUR 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Tapak Binaan 12

2.3 Sumber Binaan 12


2.3.1 Bahan Binaan 12

2.4 Konkrit 13
2.4.1 Definisi Konkrit 14
2.4.2 Sifat Konkrit 14
2.4.3 Kelebihan Konkrit 16
2.4.4 Bancuhan Konkrit 17
2.4.5 Jenis Konkrit 19

2.5 Konkrit Siap Bancuh 24


2.5.1 Definisi Konkrit Siap Bancuh 24
2.5.2 Jenis-Jenis Bancuhan 27
2.5.3 Kesesuaian Penggunaan Konkrit Siap Bancuh 28
2.5.4 Masalah Konkrit Siap Bancuh 31

2.6 Konkrit Bancuh Di Tapak 34


2.6.1 Definisi Konkrit Bancuh Di Tapak 35
2.6.2 Jenis-Jenis Mesin Pembancuh 36
2.6.3 Kesesuaian Penggunaan Konkrit Bancuh Di Tapak 37
2.6.4 Masalah Penggunaan Konkrit Bancuh Di Tapak 38

2.7 Rumusan Bab 39

BAB 3 40

METODOLOGI KAJIAN 40

3.1 Pengenalan 40

3.2 Peringkat Pertama – Kajian Awalan 41


viii

3.3 Peringkat Kedua – Kajian Literatur 41

3.4 Peringkat Ketiga – Pengumpula Data 42


3.4.1 Kajian Kes 43

3.5 Peringkat Keempat – Analisis Data 47


3.5.1 Analisis Skala Frekuensi 48
3.5.2 Skala Likert 48

3.6 Peringkat Kelima – Cadangan dan Kesimpulan 50

3.7 Rumusan Bab 50

BAB 4 51

ANALISIS KAJIAN 51

4.1 Pengenalan 51

4.2 Data Kajian 52

4.3 Pengumpulan Data 53

4.4 Kajian Kes: Tapak Bina A (Konkrit Siap Bancuh) 54


4.4.1 Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak
Bina A 55
4.4.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina A 57
4.4.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina A. 58

4.5 Kajian Kes: Tapak Bina B (Konkrit Siap Bancuh) 60


4.5.1 Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak
Bina B 61
4.5.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina B 62
4.5.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina B. 64

4.6 Kajian Kes: Tapak Bina C (Konkrit Siap Bancuh). 66


4.6.1 Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak
Bina C 67
4.6.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina C 69
4.6.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina C 71

4.7 Kajian Kes: Tapak Bina D (Konkrit Bancuh di Tapak). 73


ix

4.7.1 Kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak berdasarkan


Tapak Bina D 74
4.7.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina D 75
4.7.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina D 77

4.8 Kajian Kes: Tapak Bina E (Konkrit Bancuh di Tapak). 79


4.8.1 Kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak berdasarkan
Tapak Bina E. 80
4.8.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina E 81
4.8.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina 83

4.9 Kajian Kes: Tapak Bina F (Konkrit Bancuh di Tapak) 85


4.9.1 Kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak berdasarkan
Tapak Bina F. 86
4.9.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina F 87
4.9.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina F 89

4.10 Analisis Data di antara Tapak Bina Kajian 91


4.10.1 Faktor Kesesuaian Penggunaan Konkrit Siap Bancuh dan
Konkrit Bancuh di Tapak 91
4.10.2 Kelebihan penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh
di tapak. 93
4.10.3 Masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di
tapak. 97

4.11 Rumusan Bab 102

BAB 5 103

KESIMPULAN DAN CADANGAN 103

5.1 Pengenalan 103

5.2 Kesimpulan Kajian 103


5.2.1 Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh
di tapak. 104
5.2.2 Masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di
tapak 106
x

5.3 Halangan yang dihadapi semasa menjalankan kajian 106


5.3.1 Pemilihan Sampel Kajian Yang Sesuai 107
5.3.2 Kekangan Dalam Menjalankan Temubual 107

5.4 Cadangan untuk kajian lanjutan 107

RUJUKAN 109

LAMPIRAN A: SOALAN TEMUBUAL 112

LAMPIRAN B : SENARAI RESPONDEN 122


xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN


Jadual 1.1: Produktiviti penghasilan konkrit berdasarkan saiz trak. ............................ 2
Jadual 2.1: Nisbah bancuhan konkrit. ........................................................................ 15
Jadual 2.2: Perbandingan gred konkrit ....................................................................... 18
Jadual 3.1: Bentuk soalan........................................................................................... 47
Jadual 3.2: Indek tahap persetujuan ........................................................................... 49
Jadual 4.1: Maklumat am Tapak Bina A .................................................................... 54
Jadual 4.2: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh. ............................... 55
Jadual 4.3: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden A ..................... 57
Jadual 4.4: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden A. ....................... 59
Jadual 4.5: Maklumat am Tapak Bina B .................................................................... 60
Jadual 4.6: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh. ............................... 61
Jadual 4.7: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden B ...................... 63
Jadual 4.8: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden B......................... 65
Jadual 4.9: Maklumat am Tapak Bina C .................................................................... 66
Jadual 4.10: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh. ............................. 67
Jadual 4.11: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden C .................... 69
Jadual 4.12: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden C....................... 71
Jadual 4.13: Maklumat am Tapak Bina D. ................................................................. 73
Jadual 4.14: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak. ...................... 74
Jadual 4.15: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden D ................... 76
Jadual 4.16: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden D. ..................... 78
Jadual 4.17: Maklumat am Tapak Bina E. ................................................................. 79
Jadual 4.18: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak. ...................... 80
Jadual 4.19: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden E .................... 82
xii

Jadual 4.20: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden E. ...................... 84


Jadual 4.21: Maklumat am Tapak Bina F. ................................................................. 85
Jadual 4.22: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak. ...................... 86
Jadual 4.23: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden F .................... 88
Jadual 4.24: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden F. ...................... 90
Jadual 4.25: Perbandingan kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit
bancuh di tapak. ......................................................................................................... 91
Jadual 4.26: Ringkasan persetujuan kelebihan konkrit siap bancuh. ......................... 94
Jadual 4.27: Ringkasan persetujuan kelebihan konkrit bancuh di tapak .................... 96
Jadual 4.28: Ringkasan persetujuan masalah konkrit siap bancuh ............................ 98
Jadual 4.29: Ringkasan persetujuan masalah konkrit bancuh di tapak .................... 100
xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN


Rajah 1.1: Carta alir metodologi kajian ....................................................................... 9
Rajah 2.1: Konkrit biasa............................................................................................. 19
Rajah 2.2: Konkrit bertetulang ................................................................................... 20
Rajah 2.3: Konkrit pasca tegasan ............................................................................... 21
Rajah 2.4: Konkrit ringan........................................................................................... 22
Rajah 2.5: Konkrit pre-cast ........................................................................................ 23
Rajah 2.6: Loji pembancuhan konkrit ........................................................................ 26
Rajah 2.7: Carta alir pembancuhan konkrit siap bancuh............................................ 26
Rajah 2.8: Mesin pembancuh konkrit ........................................................................ 35
Rajah 4.1: Tapak Bina A ............................................................................................ 54
Rajah 4.2: Kerja konkrit di Tapak Bina A ................................................................. 56
Rajah 4.3: Tapak Bina B ............................................................................................ 60
Rajah4.4: Tapak Bina C ............................................................................................. 66
Rajah 4.5: Tapak Bina D ............................................................................................ 73
Rajah 4.6: Tapak Bina E ............................................................................................ 79
Rajah 4.7: Tapak Bina F............................................................................................. 85
xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT


Lampiran A Soalan Temubual 112
Lampiran B Senarai Responden 122
1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pada zaman kemajuan teknologi yang serba canggih kini pelbagai teknologi
telah diperkenalkan dan digunakan dalam semua industri termasuk industri
pembinaan. Teknologi pembancuhan konkrit juga telah bertambah maju dan telah
memberi pilihan kepada kontraktor untuk memilih kaedah bancuhan konkrit yang
bersesuaian dengan projek mereka. Antara kaedah bancuhan konkrit yang lazim
digunakan ialah jenis konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak bina. Setiap
kajian terhadap konkrit mempunyai satu objektif iaitu untuk mendapatkan struktur
yang memuaskan. Berdasarkan beberapa kertas kajian yang dikeluarkan setiap
tahun, kebanyakan struktur konkrit tidak mencapai tahap kekuatan dan ketahanan
seperti yang sepatutnya (Neville, 2006).

Konkrit adalah satu bahan komposit yang terdiri daripada bahan kasar yang
bercampur dengan bahan matriks keras seperti simen atau pengikat yang memenuhi
ruang antara agregat dan mengikat bahan-bahan tersebut bersama-sama. Agregat
boleh didapati di dalam berbagai-bagai jenis yang berbeza, namun bahan yang biasa
2

digunakan ialah batu baur. Simen adalah satu terma asas yang boleh digunakan
untuk bahan pengikat. Perkataan konkrit diambil daripada terma Latin ‘concretus’
yang bermaksud berkembang bersama-sama (Woodson, 2012).

Menurut Panas dan Pantouvakis (2013), cara penghasilan konkrit memainkan


peranan penting dalam meningkatkan prestasi pembinaan. Pada peringkat operasi,
penjadualan operasi pengeluaran loji bancuhan serta penghantaran konkrit pada
dasarnya merupakan masalah logistik perancangan bahan. Pembekal dan kontraktor
tidak selalu memiliki perspektif yang sama pada penghantaran konkrit. Oleh itu,
adalah penting kepada kedua-dua pihak untuk menentukan perancangan
keseimbangan yang optimum, bagi memastikan bekalan tepat pada masanya dan
menjimatkan konkrit di tapak bina.

Jadual 1.1: Produktiviti penghasilan konkrit berdasarkan saiz trak.


Truck Plant util. Truck util. Pump1 Pump2 Productivity
mixer fleet util. util.
size
3 0.21 0.80 0.71 0.71 11.21 m³/h
4 0.25 0.69 0.81 0.82 12.86 m³/h
5 0.26 0.57 0.84 0.86 13.36 m³/h
6 0.27 0.50 0.88 0.90 13.96 m³/h
(Sumber: Panas & Pantouvakis, 2013).

Loji bancuhan konkrit digunakan untuk mencampur dan membancuh simen,


air, pasir dan agregat untuk membentuk konkrit yang berkualiti tanpa mengira jenis
bangunan yang ingin dibina dalam suatu projek pembinaan. Loji bancuhan konkrit
perlulah cekap dan cepat dalam menyiapkan projek pembinaan secepat mungkin.
Ketahanan dan kekuatan projek pembinaan bergantung kepada kualiti dan jenis
penghasilan konkrit yang digunakan (Apollo, 2012).
3

Jenis-jenis loji bancuhan konkrit yang biasa digunakan ialah:


i. Loji pembancuhan kering – Simen dan batu baur ditimbang dan
dimasukkan ke dalam penggaul. Kemudian air akan dimasukkan ke
dalam bancuhan tersebut. Bancuhan konkrit dibuat di dalam drum
trak penggaul dan memerlukan 80-100 pusingan drum selama 8-10
minit masa penggaulan bagi memastikan bancuhan konkrit yang
seragam (Ali, 2013).
ii. Loji pembancuhan pusat – Simen, batu baur dan air digaul di loji
sebelum dimasukkan ke dalam trak penggaul. Semasa penghantaran,
drum trak penggaul berputar perlahan-lahan pada kadar 1 atau 2
putaran per minit untuk membalik-balikkan konkrit. Drum perlu
sentiasa berputar pada kadar 10-15 putaran per minit sekurang-
kurangnya selama 3 minit apabila trak penggaul tiba di tapak bina
(Ali, 2013).

Pihak kontraktor seharusnya bijak dalam menilai dan menentukan jenis


bancuhan konkrit yang perlu digunakan yang bersesuaian dengan projek pembinaan
mereka. Perancangan dan pemilihan jenis bancuhan konkrit yang sesuai dapat
membantu kontraktor menjimatkan masa, kos dan meningkatkan kualiti projek
pembinaan mereka.
4

1.2 Pernyataan Masalah

Pemilihan kaedah bancuhan konkrit telah menjadi satu masalah kepada pihak
kontraktor. Menurut Collard-Wexler (2011), produktiviti sesuatu projek pembinaan
juga bergantung kepada kaedah penghasilan konkrit yang digunakan. Magnitud
penyebaran produktiviti juga adalah kukuh dengan beberapa langkah pengukuran
produktiviti yang berbeza, termasuk menentukan sasaran kepada jumlah isi padu
konkrit yang dihasilkan dengan cara menentukan kaedah bancuhan konkrit tersebut.
Dalam industri konkrit siap-bancuh, loji yang menggunakan kumpulan input yang
sama akan menghasilkan jumlah konkrit yang amat berbeza. Sebuah loji di dalam
peratusan ke 90 produktiviti menghasilkan empat kali ganda nilai tambah berbanding
loji di dalam peratusan ke 10. Tetapi kadar keluar sebuah loji di suku bawah
produktiviti ialah 6.75 peratus berbanding kadar keluar loji di suku atas iaitu 3.3
peratus.

Antara masalah utama yang dihadapi apabila menggunakan konkrit siap


bancuh ialah harga konkrit jenis ini adalah jauh lebih tinggi dari konkrit yang
dibancuh di tapak bina tetapi ini boleh diimbangi dengan penjimatan dalam
kandungan simen dan bilangan pekerja yang diperlukan di tapak bina. Seterusnya,
masalah lain yang dihadapi oleh konkrit siap bancuh ialah dalam memelihara
kebolehkerjaannya sehingga masa penempatan kerana konkrit akan mengeras dengan
pertambahan masa. Konkrit siap bancuh hanya mampu bertahan selama dua jam di
dalam trak penggaul. Selain itu, pengendalian konkrit siap bancuh ini biasanya akan
mengambil masa yang lama (Rahim, 2012).

Masalah utama yang sering timbul apabila menggunakan konkrit bancuh di


tapak ialah keperluan tenaga pekerja yang tinggi. Memerlukan lebih banyak tenaga
buruh mahir dan tidak mahir untuk melakukan kerja membancuh, memindahkan dan
memadatkan konkrit. Selain itu, masalah konkrit jenis ini juga ialah kesukaran
dalam menguruskan bahan bancuhan konkrit. Kontraktor perlu memastikan
5

anggaran bahan-bahan yang betul dan ketersediaan yang ada di tapak bina
mendahului jadual. Seterusnya, keadaan tapak juga akan memberi masalah apabila
menggunakan konkrit jenis ini. Konkrit jenis ini memerlukan ruang tapak yang luas
untuk tujuan penyimpanan bahan dan jentera pembancuhan di tapak. Antara
masalah lain yang sering timbul ialah kesukaran dalam menentukan kualiti konkrit,
memerlukan masa yang lebih lama dan kesukaran dalam menentukan nisbah
campuran konkrit tersebut (Chethan, 2016).

Penghasilan konkrit untuk projek pembinaan juga akan menghasilkan kesan


buruk kepada alam sekitar sekiranya sisa konkrit tidak diuruskan dengan betul.
Antara bahan paling utama dalam industri pembinaan ialah konkrit. Kira-kira 25 000
orang di UK bekerja secara langsung dengan industri konkrit. Industri penjualan
konkrit menyumbang £3.7 bilion kepada £87 bilion daripada industri pembinaan.
Sebahagian besar daripada konkrit di UK dihasilkan di loji konkrit siap-bancuh. Pada
masa ini terdapat sekitar 1200 loji konkrit siap-bancuh di UK, yang menghasilkan
23.5 juta meter padu konkrit setiap tahun. Antara sisa utama yang terhasil daripada
loji konkrit siap-bancuh ialah air basuhan dram trak penggaul pada hujung setiap hari
bekerja untuk mengelakkan sisa konkrit daripada mengeras di dalam dram, air
basuhan di kawasan sekitar loji bancuhan dan lebihan konkrit segar daripada yang
tidak diingini dikembalikan ke loji bancuhan. Air yang dilepaskan dari loji konkrit
siap bancuh boleh mencemarkan saluran air di kawasan tersebut. Ini boleh memberi
kesan serius terhadap alam sekitar dan ekosistem sekitarnya (Sealey et al, 2001).

Perancangan pembinaan (kaedah dan prosedur) telah didefinisikan sebagai


‘pemahaman apa yang perlu dibina dengan menggunakan kaedah, loji, dan tenaga
yang betul untuk menjalankan kerja-kerja dengan selamat dan menepati kualiti yang
ditetapkan, dalam cara yang paling ekonomi untuk memenuhi keperluan pelanggan’.
Perancangan juga termasuk untuk menentukan kaedah konkrit yang diperlukan sama
ada konkrit siap bancuh atau konkrit bancuh di tapak yang akan memberi kesan
kepada tempoh masa dan kos (Proverbs et al, 1997).
6

Prestasi konkrit untuk setiap bahan ditentukan oleh mikrostrukturnya.


Mikrostruktur pula ditentukan oleh komposisi, keadaan pengawetan, dan juga
daripada kaedah pembancuhan dan keadaan mesin pembancuh dalam menghasilkan
konkrit. Prosedur pembancuhan termasuk jenis pembancuh, bahan yang digunakan
di dalam pembancuh dan tenaga pembancuhan. Untuk mengawal kebolehkerjaan
atau reologi konkrit, adalah penting untuk mengawal proses penghasilan konkrit
tersebut. Faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan kaedah pembancuhan
yang sesuai untuk sesuatu projek ialah lokasi tapak bina, jumlah konkrit yang
diperlukan, jadual pembinaan dan kos (Ferraris, 2001).

Matlamat utama dalam pembancuhan konkrit adalah untuk mendapatkan


campuran yang seragam dan konsisten. Bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan konkrit mesti digunakan sepenuhnya sebelum mesin pembancuh
digunakan untuk membancuh kumpulan konkrit yang lain. Sekiranya menggunakan
loji bancuhan konkrit di tapak bina, kontraktor perlu memastikan loji bancuhan
tersebut adalah jenis yang diluluskan. Kelajuan pusingan mesin pembancuh mestilah
dalam skala yang ditetapkan oleh pihak pengeluar mesin bancuhan tersebut.
Masalah akan timbul sekiranya konkraktor tidak merekod bilangan konkrit yang
telah dibancuh, jumlah bahan yang perlu digunakan untuk setiap bancuhan, lokasi
yang tepat dimana konkrit akan digunakan, dan masa dan tarikh konkrit dibancuh
dan digunakan (Woodson, 2012).

1.3 Matlamat dan Objektif Kajian

Secara umumnya, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui lebih
lanjut tentang perbandingan kaedah pembancuhan konkrit yang bersesuaian iaitu
konkrit siap-bancuh dan konkrit bancuh di tapak. Selain itu, kajian ini juga akan
turut mengupas kesesuaian serta masalah dalam penggunaan konkrit siap-bancuh dan
7

konkrit bancuh di tapak. Maka, bagi memastikan matlamat ini tercapai, beberapa
objektif telah dikenalpasti iaitu:
a) Mengenalpasti kesesuaian penggunaan konkrit siap-bancuh dan
konkrit bancuh di tapak bina.
b) Mengenalpasti masalah dalam penggunaan konkrit siap-bancuh dan
konkrit bancuh di tapak bina.

1.4 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah tertumpu kepada beberapa projek


pembinaan yang menggunakan sama ada konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di
tapak yang dikendalikan oleh kontraktor yang telah berdaftar di bawah Lembaga
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Secara lebih terperinci, kontraktor pembinaan
tersebut dipilih di semua mukim di dalam kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru
Tengah (MPJBT). Data yang diperoleh adalah daripada kerja-kerja pembinaan yang
menjalankan kerja konkrit di sekitar kawasan Johor Bahru. Tapak pembinaan yang
dipilih untuk mengambil data akan dikaji dan dipilih berdasarkan jenis pembinaan
yang melibatkan penggunaan konkrit.

Selain itu, untuk tujuan kajian kes, kontraktor binaan yang dipilih juga perlu
mempunyai sekurang-kurangnya satu projek pembinaan atau kerja-kerja binaan yang
umum dalam kawasan MPJBT. Pihak yang terlibat sebagai rujukan ialah pekerja-
pekerja yang terlibat dalam industri pembinaan khususnya di tapak bina. Pekerja
yang dimaksudkan ialah pengurus projek, penyelia tapak dan jurutera tapak.
8

1.5 Kepentingan kajian

Secara amnya, kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi semua objektif
kajian yang telah dinyatakan. Penilaian terhadap pemilihan kaedah pembancuhan
konkrit adalah sangat penting kerana akan memberi kesan kepada masa, kos dan
kualiti projek. Setiap kaedah penghasilan konkrit haruslah bersesuaian dengan
keperluan sesuatu projek pembinaan. Pihak kontraktor perlu membuat penilaian
dalam menentukan kaedah penghasilan konkrit kerana setiap kaedah pembancuhan
konkrit mempunnyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Setelah data
diperoleh dan kajian selesai dilaksanakan maka kesimpulan dan cadangan dapat
dibentangkan. Kepentingan kajian adalah:

a) Untuk mengenalpasti kesesuaian penggunaan konkrit siap-bancuh dan


konkrit bancuh di tapak bina.
b) Untuk mengenalpasti masalah dalam penggunaan konkrit siap-bancuh dan
konkrit bancuh di tapak bina dan cara mengatasinya.

1.6 Metodologi kajian

Metodologi kajian akan memberikan gambaran kepada peringkat metodologi


yang akan dilaksanakan atau langkah yang diambil untuk mencapai objektif kajian
ini. Ia juga merupakan satu bab yang menjelaskan hala tuju dan kaedah yang akan
digunakan dalam menjalankan kajian. Berikut adalah carta alir metodologi kajian
yang akan digunakan di dalam kajian ini.
9

Mengenalpasti tajuk kajian

Maklumat lanjut

Justifikasi kajian

 Pernyataan masalah
 Objektif
 Skop

Kajian Literatur Kajian Rekabentuk Tinjauan Tapak

Pengumpulan Data dan Analisis

Membandingkan konkrit siap-bancuh


dan konkrit bancuh di tapak

Kesimpulan dan Cadangan

Rajah 1.1: Carta alir metodologi kajian


10

1.7 Rumusan Bab

Bab ini telah membincangkan pengenalan awal mengenai kajian ini. Ia


bermula dengan penyataan isu yang timbul. Daripada isu tersebut, terdapat dua
persoalan yang timbul iaitu persoalan dalam menentukan kaedah penghasilan konkrit
yang manakah sesuai untuk digunakan di tapak bina yang boleh memberi faedah
kepada pihak kontraktor sama ada konkrit siap bancuh ataupun konkrit bancuh di
tapak dan apakah masalah-masalah yang selalu terjadi sekiranya menggunakan sama
ada konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak bina. Maka daripada persoalan
yang timbul, objektif, skop serta kepentingan kajian telah dibuat. Carta alir
metodologi bagi kajian ini turut dinyatakan pada bab ini.
11

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Konkrit merupakan satu elemen yang sangat penting dalam industri


pembinaan kerana sering digunakan untuk setiap projek. Konkrit merupakan satu
campuran bahan-bahan yang terdiri daripada simen, agregat halus, agregat kasar dan
sejumlah air dalam kadar yang dikawal bagi mendapatkan kualiti campuran yang
sesuai (Greeno, 2006). Seperti yang dilihat sekarang, terdapat beberapa jenis kaedah
pembancuhan konkrit yang boleh digunakan oleh pihak kontraktor bagi menjalankan
projek pembinaan mereka.

Pemilihan kaedah pembancuhan konkrit sama ada konkrit siap bancuh atau
konkrit bancuh di tapak bina adalah sangat penting kerana akan memberi kesan
kepada kos, masa dan kualiti sesuatu projek. Penentuan kaedah pembancuhan
konkrit juga adalah bergantung kepada beberapa faktor yang perlu diambil kira
seperti ketersediaan loji bancuhan disekitar kawasan tapak, kos bagi menjalankan
projek tersebut dan keadaan ruang di tapak bina. Justeru itu, pihak kontraktor perlu
memastikan pemilihan konkrit yang bersesuaian dengan projek mereka yang mana
akan membantu melancarkan perjalanan projek.
12

2.2 Tapak Binaan

Tapak bina merupakan satu asas dalam menjalankan sesuatu projek


pembinaan. Tapak bina juga merujuk kepada kawasan di mana bangunan atau kerja-
kerja pembinaan sedang dijalankan, sama ada di dalam, bersebelahan dengan, atau
berasingan daripada bangunan sedia ada yang telah diduduki. Tapak bina mestilah
berada di lokasi yang strategik berdasarkan jenis pembinaan yang ingin dibangunkan
oleh pihak klien.

2.3 Sumber Binaan

Sumber binaan yang mencukupi adalah sangat penting bagi memastikan


sesuatu projek itu dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sumber
binaan adalah terdiri daripada bahan binaan, mesin dan jentera, buruh atau tenaga
kerja, kewangan, dan pengurusan projek pembinaan. Ketiaadan sumber-sumber
binaan ini akan menjejaskan kelancaran perjalanan projek dan mungkin akan
merugikan pihak kontraktor dan secara tidak langsung akan mengakibatkan projek
tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2.3.1 Bahan Binaan

Bahan binaan merupakan salah satu komponen yang penting dalam


menjayakan sesuatu projek pembinaan. Terdapat berbagai jenis bahan binaan yang
digunakan dalam projek pembinaan dan pemilihannya adalah bergantung kepada
13

jenis dan rekabentuk projek. Bahan-bahan utama yang sering digunakan dalam
projek pembinaan ialah konkrit, kayu, batu bata dan besi. Bahan binaan digunakan
untuk melengkapkan komponen pada bangunan.

Tujuan utama pengurusan bahan binaan adalah bagi mendapatkan kualiti


bahan yang baik dalam kuantiti yang betul dari sumber yang sesuai pada masa yang
tepat dengan harga yang berpatutan serta yang dapat menjimatkan masa (Syafiza,
2014). Ketahanan sesuatu projek pembinaan itu bergantung kepada penggunaan
bahan binaan yang berkualiti. Kebiasaannya pemilik atau pemaju menginginkan
bangunan yang berkualiti tinggi namun akan melibatkan kos bahan yang lebih tinggi.

2.4 Konkrit

Konkrit merupakan antara komponen komposit utama yang diperlukan dalam


sesuatu projek pembinaan. Konkrit banyak dapat dilihat di dalam persekitaran kita
pada masa kini. Hampir semua aspek di dalam kehidupan seharian kita bergantung
secara langsung dan tidak langsung kepada konkrit. Setiap orang mungkin
melakukan kerja, belajar, atau bermain di dalam struktur dan malah memandu di atas
jalan raya dan jambatan yang dibuat daripada konkrit. Ramai yang tidak menyedari
akan kepentingan konkrit dan lebih kagum terhadap kesan dramatik daripada
teknologi. Boleh dikatakan banyak pencapaian yang dicapai di dalam tamadun
moden kita adalah bergantung kepada konkrit (Woodson, 2012).
14

2.4.1 Definisi Konkrit

Konkrit kebiasaannya adalah campuran daripada dua komponen utama iaitu


agregat dan simen. Simen yang terdiri daripada pengikat (kebiasaannya simen
Portland) dan air yang mengikat agregat yang terdiri daripada pasir dan batu baur
kepada campuran seperti batu apabila ia mengeras. Campuran tersebut mengeras
disebabkan oleh tindak balas kimia yang dipanggil penghidratan di antara simen dan
air. Ciri-ciri konkrit adalah ditentukan melalui kualiti simen yang digunakan.
Nisbah air dan simen ditentukan dengan cara berat air yang dicampur dibahagikan
dengan berat simen, manakala kualiti serta jenis simen yang digunakan akan
menentukan kekuatan campuran tersebut dan seterusnya menentukan kekuatan
konkrit. Untuk menghasilkan konkrit berkualiti tinggi, nisbah konkrit dan air boleh
dikurangkan dengan kadar yang ditetapkan tanpa menjejaskan kebolehkerjaan
konkrit (Shetty, 2005).

Menurut Woodson (2012), untuk bancuhan konkrit biasa, 1 tan simen


(serbuk) akan menghasilkan jumlah isipadu konkrit antara 3.4m³ hingga 3.8m³ dan
mempunyai berat antara 7 hingga 9 tan untuk setiap bancuhan biasa. Walaupun
agregat membentuk sebahagian besar daripada campuran tersebut, tetapi pes simen
yang mengeras dan mengikat agregat tersebut bersama-sama dan menyumbang
kepada kekuatan konkrit. Kekuatan pes simen adalah ditentukan oleh kualiti dan
jenis simen yang digunakan dan nisbah antara air dan simen.

2.4.2 Sifat Konkrit

Konkrit mempunyai sifat-sifat utamanya yang tersendiri iaitu konkrit akan


mengeras apabila bertindak balas dengan kehadiran air. Sifat ini adalah sangat
15

penting dalam pembinaan terutamanya apabila melibatkan pembinaan asas di


kawasan yang basah. Konkrit juga tidak berkarat atau tidak mereput. Selain itu,
konkrit yang baru dibancuh boleh dibentuk kepada sebarang bentuk mengikut kepada
acuannya. Ia juga mudah dikerjakan jika dibancuh dengan nisbah bancuhan yang
sesuai. Konkrit juga adalah sejenis komponen yang tahan panas dan mempunyai
rintangan api yang baik. Seterusnya, konkrit mempunyai keupayaan tanggung yang
tinggi terutamanya tegasan mampatan yang membolehkan konkrit terus bertahan di
dalam jangka hayatnya (Itam, 2014).

Jadual 2.1: Nisbah bancuhan konkrit.


Gred Nisbah Bancuhan Kegunaan
G5 1 : 5 : 10 Tapak tembok dalam peparit
bagi kerja tanah keras.
G7.5 1:3:6 Lantai konkrit, papak dan lain-
lain lagi.
G20 1:2:4 Konkrit nertetulang bagi tiang,
rasuk dan lain-lain lagi.
G25 1 : 1½ : 3 Konkrit pra tegasan.

Walaubagaimanapun, konkrit juga mempunyai kelemahan yang boleh


menghadkan penggunaannya dalam sesuatu masa dan memerlukan kriteria yang
dibenarkan samasa proses mereka bentuk struktur. Konkrit ialah bahan rapuh yang
mempunyai kekuatan tegangan yang rendah. Oleh itu, konkrit tidak boleh dibina
untuk menampung daya tegangan yang tinggi dan memerlukan besi tetulang untuk
menampung daya tegangan tersebut kerana daya tegangan yang tidak disengajakan
dan berlebihan akan menyebabkan berlakunya keretakan pada struktur konkrit. Sifat
kemuluran konkrit yang rendah menyebabkan konkrit kekurangan ketahanan
dibandingkan dengan logam. Walaupun kapasiti beban yang tinggi memerlukan
jisim konkrit yang besar, tetapi harga konkrit yang murah berbanding logam
menyebabkan ia adalah relevan untuk digunakan secara ekonomi (Yaprak & Aruntas,
2011).
16

Jumlah ketidakstabilan konkrit mesti dibenarkan semasa proses mereka


bentuk dan proses pembinaan. Ia menunjukkan jumlah kestabilan yang mempunyai
ciri-ciri yang hampir sama dengan kayu dan agak tidak seperti keluli yang mana
merupakan kelantangan stabil bahan pada keadaan biasa. Konkrit akan mengalami
pengecutan yang tidak boleh dipulihkan kerana kehilangan kelembapan pada suhu
persekitaran dan juga akan melentur dengan ketara apabila beban dikenakan
walaupun di bawah keadaan biasa.

2.4.3 Kelebihan Konkrit

Konkrit mempunyai keupayaan untuk dituang ke dalam sebarang bentuk yang


diperlukan dan perancangan penetapan adalah ciri penting yang boleh mengimbangi
kekurangan yang lain. Konkrit boleh dituang ke dalam struktur melengkung dan
tiang, atau ke dalam struktur yang digunakan pada empangan dan jeti. Selanjutnya,
dengan menggunakan konkrit yang dibancuh di tapak bina, sifat-sifatnya boleh
disesuaikan berdasarkan penggunaannya yang tertentu. Konkrit boleh dibuat dengan
cara yang lebih menjimatkan apabila pekerja tidak mahir dan pekerja separa mahir
boleh digunakan dalam menyediakan konkrit dan peralatan yang tidak canggih juga
boleh digunakan. Walau bagaimanapun, tugas penyelia adalah sangat penting dalam
menguruskan pekerja tidak mahir dan separa mahir tersebut.

Konkrit berkualiti tinggi adalah bahan yang sangat tahan lama dan mampu
kekal sebagai komponen yang bebas penyelenggaraan untuk tempoh beberapa tahun
jika ia telah direka bentuk dan dipasang dengan betul. Tidak seperti struktur keluli,
konkrit tidak memerlukan lapisan pelindung kecuali di dalam persekitaran yang
sangat menghakis. Konkrit juga merupakan bahan kalis api yang sangat baik dan ia
boleh mengekalkan strukturnya dalam tempoh yang lebih lama berbanding struktur
keluli (Gambhir, 2013).
17

Penggunann konkrit berkekuatan tinggi telah memberikan banyak kelebihan,


antaranya ialah dapat mengurangkan saiz rasuk dan tiang, dan dapat meningkatkan
aras ketinggian bangunan. Dalam pembinaan yang menggunakan konkrit pra-
tegasan, nisbah antara rentangan dan ketebalan yang lebih besar boleh dicapai
dengan menggunakan konkrit berkekuatan tinggi. Sifat kebolehtelapan yang rendah
pada konkrit berkekuatan tinggi boleh mengurangkan risiko pengaratan pada besi
tetulang dan dapat meningkatkan ketahanan struktur konkrit tersebut. Di samping
itu, konkrit berkekuatan tinggi boleh digunakan dengan baik pada keadaan iklim
melampau dan buruk, dan juga boleh mengurangkan kos penyelenggaraan dan
pembaikan (Shannag, 2000).

2.4.4 Bancuhan Konkrit

Menurut Woodson (2012), pencampuran atau pembancuhan konkrit perlu


dikenalpasti dan disusun bagi mendapatkan purata kekuatan mampatannya. Tahap
kekuatan konkrit adalah berdasarkan kod yang telah dikeluarkan oleh pihak tertentu
dalam menjaga kualiti konkrit. Matlamat utama yang ingin dicapai semasa
mambancuh konkrit adalah untuk memastikan campuran tersebut mampu mencapai
taburan seragam yang konsisten. Jika menggunakan konkrit siap bancuh, kita boleh
beranggapan bahawa campuran yang dibuat adalah mengikut spesifiksi kod yang
telah ditetapkan. Manakala jika menggunakan konkrit bancuh di tapak terdapat
beberapa kriteria yang perlu dipatuhi seperti tahap kelajuan putaran mesin
pembancuh hendaklah berada dalam skala yang telah ditetapkan oleh pihak
pengeluar mesin tersebut. Beberapa aktiviti perlu direkodkan semasa melakukan
pembancuhan di tapak, iaitu:
18

 Bilangan kumpulan bancuhan yang dibuat.


 Perkadaran bahan yang digunakan di dalam bancuhan.
 Lokasi tepat konkrit tersebut ingin digunakan.
 Masa dan tarikh pembancuhan dan penggunaan konkrit.

Bahan-bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan konkrit ialah air,


simen, pasir (agregat halus) dan agregat kasar. Agregat kasar merangkumi batu
kerikil, batu hancur, atau sisa besi relau. Beberapa agregat khas boleh digunakan
seperti agregat berat yang terdiri daripada barit, magnetit, limonit, besi dan keluli,
atau boleh menggunakan agregat ringan seperti tanah liat yang disinter, batu kecil
dan bara (Santhakumar, 2007).

Pencampuran yang menyeluruh adalah penting untuk mendapatkan adunan


yang lengkap bagi memastikan campuran konkrit adalah homogen dan seragam.
Campuran yang tidak lengkap bukan sahaja mengurangkan kekuatan konkrit malah
meningkatkan variasi antara bancuhan. Walau bagaimanapun, masa pembancuhan
konkrit yang lama tidak meningkatkan kualiti konkrit tetapi akan mengurangkan
pengeluaran loji pembancuhan. Masa pembancuhan konkrit yang terlalu lama akan
menyebabkan kerosakan pada agregat dan mengurangkan kandungan udara di dalam
konkrit (Sakai, 2010).

Jadual 2.2: Perbandingan gred konkrit


Gred Nisbah Kekuatan ciri Kegunaan
konkrit Campuran (N/mm²)
7 1:5:2 7 Konkrit tanpa tetulang.
10 10
15 1:3:6 15 Konkrit tetulang dengan
batu baur ringan.
20 1:1.5:3 20 Konkrit tetulang dengan
25 25 batu baur padu.
30 1:1:2 30 Konkrit tetulang pra tegasan.
40 Design Mix 40 Konkrit tetulang pasca
50 Followed 50 tegasan.
(Sumber: Sakai, 2010)
19

2.4.5 Jenis Konkrit

Terdapat beberapa jenis konkrit yang boleh didapati di pasaran pada masa
sekarang. Pemilihan jenis konkrit ini adalah bergantung kepada kesesuaian
penggunaannya mengikut kehendak pihak kontraktor. Setiap konkrit mempunyai
ciri-ciri dan sifatnya yang tersendiri. Antara jenis-jenis konkrit tersebut ialah:

2.4.5.1 Konkrit biasa

Konkrit jenis ini adalah konkrit yang tidak memerlukan penggunaan tetulang
besi di dalam strukturnya. Konkrit jenis ini hanya dapat digunakan dalam projek
pembinaan yang hanya terdapat tegasan mampatan (compressive stress) dan tidak
mempunyai tegasan tegangan (tensile stress). Antara contoh tempat yang sesuai
untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok dan lantai atas tanah
(Ismail, 2010).

Rajah 2.1: Konkrit biasa


(Sumber: Rekabentuk bancuhan konkrit)
20

2.4.5.2 Konkrit bertetulang

Konkrit jenis ini adalah hampir sama seperti konkrit biasa tetapi konkrit
bertetulang ini mempunyai tetulang keluli didalamnya untuk menambah kekuatan
daya tegangan. Ia dapat membantu struktur yang dibina menjadi lebih kuat dan
antara yang paling kerap digunakan di dalam projek pembinaan. Nisbah 1:2:4 adalah
yang biasa digunakan dalam pembancuhan konkrit jenis ini (Kong & Evans, 2013).

Rajah 2.2: Konkrit bertetulang


(Sumber: Reinforced and Prestressed Concrete Book)

2.4.5.3 Konkrit tegas-dahulu

Konkrit jenis ini adalah sama seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai
tetulang keluli bertegangan tinggi di dalam strukturnya. Tetulang ini di tegangkan
bagi mewujudkan daya tegasan supaya ia dapat menanggung beban yang lebih
tinggi. Ia biasanya menggunakan nisbah bancuhan 1:1½: 3. Konkrit jenis ini sesuai
digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya panjang, struktur kalis
air, cerucuk dan sebagainya (Kong & Evans, 2013). Ia boleh dihasilkan dengan dua
cara iaitu:
21

a) Pra tegasan (pre-tensioned): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung
lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
b) Pasca tegasan (post-tensioned): Teknik ini adalah bertujuan untuk
mengukuhkan struktur konkrit. Tendon yang digunakan adalah kabel keluli
seperti yang digunakan di dalam teknik pra tegasan yang diletakkan di dalam
saluran plastik di dalam struktur yang ingin dibina sebelum konkrit dituang.
Setelah konkrit mengeras, kabel tersebut ditarik dengan ketat bagi
mendapatkan kekuatan maksimum struktur.

Rajah 2.3: Konkrit pasca tegasan


(Sumber: Reinforced and Prestressed Concrete Book)

2.4.5.4 Konkrit ringan

Konkrit jenis ini dibuat dengan menggunakan bahan-bahan ringan dan


dicampurkan dengan agen perangkap udara (seperti CO2) supaya hasilnya lebih
ringan. Ia biasanya digunakan sebagai dinding pembahagi (partition) atau sebagai
struktur yang tidak menggalas beban (Kan & Demirboğa, 2009).
22

Rajah 2.4: Konkrit ringan


(Sumber: ArchiExpo)

2.4.5.5 Konkrit pre-cast

Konkrit pra tuang adalah produk pembinaan yang dihasilkan dengan cara
menuang konkrit ke dalam acuan yang boleh diguna semula kemudian dibiarkan
mengeras di dalam persekitaran yang terkawal, dihantar ke tapak bina dan dipasang
di tempat yang diinginkan. Teknik ini sering digunakan dalam kerja konkrit rasuk,
tiang, panel dinding, unit segmen jambatan, galang rasuk I dan lain-lain. Banyak
projek mendapati bahawa konkrit jenis ini mempunyai kos keseluruhan yang
terendah merangkumi pengeluaran dan penyelenggaraan jangka hayatnya (Pheng &
Chuan, 2001).
23

Rajah 2.5: Konkrit pre-cast


(Sumber: ACP Concrete)

2.4.5.6 Konkrit mampat giling

Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete, adalah satu


konkrit kaku kandungan simen rendah yang diletakkan dengan menggunakan teknik
yang dipinjam daripada kerja tanah dan penurapan. Konkrit diletakkan pada
permukaan yang hendak dilitupi, dan ia dipadatkan pada tempatnya dengan
menggunakan jentera penggiling, penggolek berat dan besar yang lazimnya
digunakan dalam kerja tanah. Campuran konkrit ini mencapai kepadatan tinggi dan
akan mengeras bagi membentuk satu kepingan blok yang teguh. Konkrit mampat
giling lazimnya digunakan untuk turapan konkrit, tetapi juga digunakan untuk
membina empangan konkrit, kerana kandungan rendah simen menghasilkan kurang
haba semasa pengerasan berbanding kebiasaanya bagi penuangan konkrit biasa yang
banyak.
24

2.5 Konkrit Siap Bancuh

Konkrit siap bancuh adalah salah satu kaedah pembancuhan konkrit yang
sering digunakan oleh pihak kontraktor bagi menjalankan projek pembinaan mereka.
Konkrit dibancuh di loji pembancuhan berdasarkan kuantiti yang diminta. Konkrit
siap bancuh ini juga boleh digunakan sama ada untuk projek berskala kecil mahu pun
projek berskala besar. Pengawalan kualiti konkrit siap bancuh ini dapat ditingkatkan
dengan menggunakan peralatan yang canggih dan pekerja yang terlatih di loji
pembancuhan. Penggunaan konkrit siap bancuh ini juga dapat menjimatkan ruang
untuk penyimpanan bahan di tapak bina kerana hanya konkrit yang telah siap
dibancuh akan dihantar ke tapak bina dengan menggunakan trak penggaul mengikut
masa dan kuantiti yang telah ditetapkan. Lokasi loji pembancuhan konkrit perlulah
berada berhampiran dengan kawasan tapak bina bagi mengelakkan sebarang masalah
semasa proses penghantaran (Woodson, 2012).

2.5.1 Definisi Konkrit Siap Bancuh

Konkrit siap bancuh adalah konkrit yang dibancuh di kilang atau loji
pembancuhan, mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan dihantar ke tapak bina
menggunakan trak penggaul yang dipasang pembancuh transit. Justera dapat
menjamin campuran konkrit yang tetap dan dapat digunakan dan dibangunkan di
tapak bina. Konkrit siap bancuh (ready-mixed concrete) adalah merujuk kepada
konkrit yang dibuat khusus untuk tujuan penghantaran ke tapak bina berdasarkan
permintaan daripada pihak pelanggan dalam keadaan konkrit segar atau belum
mengeras. Konkrit tersebut adalah campuran daripada simen Portland, air dan
agregat yang terdiri daripada pasir dan batu baur. Proses jual beli konkrit siap
bancuh dijalankan dalam kuantiti meter padu.
25

Terdapat lima bahagian utama proses penyediaan konkrit siap bancuh iaitu
pengeluaran, pemuatan, penghantaran, pemunggahan atau penuangan dan
kepulangan trak ke loji pembancuhan. Apabila pihak loji mendapat pesanan untuk
konkrit siap bancuh, pengurus tidak dapat menyediakan pengeluaran yang betul dan
jadual penghantaran dengan mudah. Kaedah yang dilakukan oleh pihak loji ialah
pertama sekali pihak loji akan mengaturkan kemudahan untuk pengeluarannya dan
kenderaan penghantaran seperti lori dan pam untuk mendapatkan keuntungan yang
lebih besar. Walau bagaimanapun, tapak pembinaan memerlukan penghantaran dan
pemunggahan konkrit yang berterusan bagi memastikan kualiti projek dan kerja
konkrit dapat berjalan dengan lancar. Penghantaran yang betul oleh pihak loji
pembancuhan boleh memberikan banyak manfaat kepada pihak mereka dari segi
kecekapan dan keberkesanan (Liu et al, 2014).

Konkrit siap bancuh adalah konkrit yang direka khas bagi meningkatkan
ketahanan dan kemampanan struktur pembinaan. Pihak kontraktor tidak perlu
membeli bahan-bahan mentah untuk menghasilkan konkrit dan dapat menjimatkan
masa mengkaji pengendalian dan pengagihan bahan membuat konkrit tersebut. Oleh
itu, adalah lebih baik untuk membiarkan pembekal pakar untuk menguruskannya.

Konkrit siap bancuh membekalkan produk yang berharga kepada industri


pembinaan pengangkutan, sektor bangunan, pembinaan kediaman dan pasaran lain.
Industri ini terdiri daripada pelbagai saiz perniagaan yang terdiri daripada perniagaan
milik keluarga sehingga ke syarikat-syarikat multinasional. Oleh kerana ia
merupakan produk yang diperlukan di mana-mana, loji pembancuhan konkrit siap
bancuh terletak di pelbagai lokasi metropolitan dan luar bandar, dan biasanya dalam
masa 60 hingga 90 minit jarak perjalanan untuk ke sesuatu projek pembinaan.
26

Rajah 2.6: Loji pembancuhan konkrit


(Sumber: The Constructor)

Rajah 2.7: Carta alir pembancuhan konkrit siap bancuh


(Sumber: Simulation of concrete batch plant production)
27

2.5.2 Jenis-Jenis Bancuhan

Jenis-jenis bancuhan konkrit yang biasa digunakan ialah:


i. Pembancuhan kering – Simen dan batu baur ditimbang dan
dimasukkan ke dalam penggaul. Kemudian air akan dimasukkan ke
dalam bancuhan tersebut. Bancuhan konkrit dibuat di dalam drum
trak penggaul dan memerlukan 80-100 pusingan drum selama 8-10
minit masa penggaulan bagi memastikan bancuhan konkrit yang
seragam (Ali, 2013).
ii. Pembancuhan pusat – Simen, batu baur dan air digaul di loji sebelum
dimasukkan ke dalam trak penggaul. Semasa penghantaran, drum
trak penggaul berputar perlahan-lahan pada kadar 1 atau 2 putaran per
minit untuk membalik-balikkan konkrit. Drum perlu sentiasa berputar
pada kadar 10-15 putaran per minit sekurang-kurangnya selama 3
minit apabila trak penggaul tiba di tapak bina (Ali, 2013).
iii. Pembancuhan transit – Konkrit kebiasaannya dibancuh sebahagian
atau sepenuhnya semasa proses penghantaran konkrit ke tapak bina
dilakukan.
iv. Pembancuhan susut – Konkrit kebiasaannya dibancuh sebahagian di
loji pembancuhan dan dibiarkan mengecut untuk mengurangkan
isipadu keseluruhan, kemudian pembancuhan diteruskan sepenuhnya
di dalam trak penggau.
v. Pembancuhan trak – Konkrit kebiasaannya dibancuh sepenuhnya di
dalam pembancuh mudah alih selepas ia dibancuh di loji pusat.
Kelebihan menggunakan pembancuhan trak ialah air boleh diasingkan
daripada bahan pepejal dan hanya dibancuh sebelum ia digunakan di
tapak bina.
28

2.5.3 Kesesuaian Penggunaan Konkrit Siap Bancuh

Pemilihan penggunaan konkrit siap bancuh adalah disebabkan beberapa


faktor seperti tempoh projek, saiz projek, jenis projek dan kelebihan konkrit siap
bancuh itu sendiri. Kelebihan konkrit siap bancuh ialah dapat mengurangkan kos
perbelanjaan projek. Pemilihan untuk menggunakan konkrit siap bancuh dapat
mengurangkan perbelanjaan projek pembinaan kerana ia dapat menjimatkan kos
penggunaan bahan, buruh dan penyimpanan. Dalam penyediaan konkrit siap bancuh,
perkadaran semua bahan-bahan yang digunakan adalah diukur dengan tepat dan
dikekalkan, sekali gus dapat mengurangkan sisa pembaziran dengan berkesan.
Penyediaan konkrit siap bancuh tidak memerlukan ramai pekerja manual di tapak
bina. Penggunaan konkrit siap bancuh juga dapat menjimatkan bilangan pekerja
termasuklah masa yang diperlukan untuk melakukan setiap kerja konkrit di tapak
bina. Kos bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan konkrit bersama-sama
dengan penyimpanannya juga boleh menjadi sangat mahal dan perkara ini akan
membebankan pihak kontraktor. Seterusnya, dengan menggunakan konkrit siap
bancuh, pihak kontraktor tidak memerlukan ruang untuk penyimpanan di tapak dan
secara langsung akan mengurangkan jumlah kos dan kesulitan (Zega & Di Maio,
2010).

Konkrit siap bancuh memiliki kualiti yang lebih tinggi berbanding konkrit
bancuh di tapak. Sering kali berlaku jaminan kualiti konkrit yang dibancuh di tapak
bina telah menjadi isu besar kepada kebanyakan syarikat pembinaan dan jurutera.
Hal ini demikian kerana nisbah air dan simen serta penggredan agregat hampir tidak
boleh dilaksanakan menggunakan kaedah konkrit tradisional. Tetapi dengan
menggunakan konkrit siap bancuh, kualitinya sentiasa dikekalkan dan diperiksa
dengan betul, terutamanya jika konkrit tersebut dibancuh oleh sebuah syarikat
terkemuka dan boleh dipercayai.
29

Selain itu, konkrit siap bancuh juga adalah merupakan bahan binaan yang
mesra alam. Hal ini demikian kerana bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan konkrit seperti simen, air dan agregat memberi kesan yang kurang
terhadap alam sekitar dalam penghasilan mereka berbanding bahan-bahan binaan
yang lain. Kuari yang merupakan sumber utama bahan mentah, boleh ditebus guna
dengan cepat untuk kegunaan kediaman, rekreasi dan komersial. Ia juga boleh
dibaikpulih kepada keadaan semula jadinya. Tambahan pula, sisanya sangat mudah
untuk diguna semula atau dikitar semula (Atlas, 2015).

Menurut Atlas (2015) lagi, konkrit siap bancuh juga mempunyai kos
penyelenggaraan yang rendah. Pada dasarnya, bangunan konkrit mampu bertahan
dalam tempoh masa yang lama kerana sifatnya yang kukuh dan keperluan
penyelenggaraan yang minimum dan mempunyai kelebihan mampan yang besar
berbanding dengan struktur lain. Kelembapan dalam udara boleh merosakkan bahan
binaan yang lain kerana karat dan reput kecuali konkrit. Elemen-elemen lain seperti
kulat dan anai-anai tidak akan memberi kesan kepada konkrit. Oleh itu, ia
menjimatkan kos kerana penyelenggaraan yang kurang dan keperluan untuk
membina semula.

Penggunaan konkrit siap bancuh juga dapat menjimatkan masa pembinaan


sesuatu projek. Terdapat juga kontraktor yang menggunakan konkrit bancuh di
tapak yang mana merupakan suatu pekerjaan yang memakan masa yang lama dan
mungkin memerlukan buruh yang lebih ramai. Pihak kontraktor boleh mengelakkan
perkara tersebut dari berlaku dengan menggunakan konkrit siap bancuh. Dengan
penggunaan konkrit siap bancuh, pihak kontraktor tidak perlu memikirkan tentang
masa untuk membancuh konkrit dan pekerja boleh melakukan kerja yang sepatutnya
kerana konkrit dibancuh di loji pembancuhan dan dihantar terus ke tapak bina.

Selanjutnya, konkrit siap bancuh menyediakan kuantiti berdasarkan


permintaan daripada pelanggan. Kontraktor yang menggunakan konkrit bancuh di
30

tapak sukar untuk mendapatkan kuantiti yang diinginkan terutamanya dalam kuantiti
yang banyak kerana bergantung kepada ketersediaan bahan-bahan yang mereka
miliki pada satu-satu masa. Dengan menggunakan konkrit siap bancuh, kontraktor
dapat menentukan kuantiti konkrit yang diinginkan sama ada dalam kuantiti yang
banyak mahupun sedikit berdasarkan keperluan penggunaan pada satu-satu masa
(Syverson, 2008).

Konkrit siap bancuh sering menjadi pilihan berbanding konkrit bancuh di


tapak kerana ketepatan pencampuran boleh mengurangkan kekeliruan kepada pekerja
di tapak bina. Kemudahan yang disediakan oleh konkrit siap bancuh dapat
membantu mempercepatkan pembinaan kerana penghantaran yang diprogramkan di
tapak bina dan operasi jentera yang lebih ekonomi. Ia juga mengurangkan tenaga
kerja, kos penyeliaan tapak dan masa pembinaan yang boleh memberi banyak
penjimatan kepada kontraktor. Kawalan yang ekonomi dan baik dalam penggunaan
bahan mentah dapat menjimatkan sumber alam semulajadi. Ia memberi jaminan
kualiti yang konsisten melalui pengawalan berkomputer yang tepat (Kuntansourav,
2015).

Kontraktor yang menjalankan projek kecil boleh menjimatkan banyak wang,


masa dan sakit kepala dengan hanya membeli konkrit siap bancuh sebagai satu
keperluan untuk projek mereka. Ini akan membantu mereka untuk menumpukan
perhatian mereka kepada perkara-perkara lain dalam perniagaan mereka kerana
mereka mempunyai kekangan pada sumber-sumber lain (Newman & Choo, 2003).

Antara kelebihan lain konkrit siap bancuh ialah:


i. Jaminan kualiti konkrit yang dihantar berada dalam keadaan baik dan
sedia digunakan. Konkrit dihantar di dalam keadaan terkawal kerana
menggunakan sifat bahan mentah yang boleh dipercayai.
ii. Pengurangan penggunaan simen sebanyak 10 hingga 12 peratus kerana
penjagaan bahan yang lebih baik dan pengadunan yang terkawal.
31

iii. Mudah dikendalikan dan digunakan di tapak bina. Pengadunan akhir


dalam bentuk konkrit segar membolehkan buruh di tapak bina
mengendalikannya dengan mudah.
iv. Pencemaran alam sekitar di kawasan tapak bina berkurangan kerana
kurangnya penghasilan konkrit di tapak yang berpunca daripada debu
simen.
v. Tidak memerlukan ruang untuk penyimpanan bahan seperti simen,
pasir,batu dan bahan campuran konkrit yang lain.

2.5.4 Masalah Konkrit Siap Bancuh

Bahan-bahan untuk menghasilkan konkrit dibancuh dan dicampur di loji


pembancuhan pusat, jadi masa yang diambil untuk perjalanan ke tapak bina menjadi
kritikal sekiranya melibatkan jarak yang jauh. Beberapa tapak bina mungkin berada
di lokasi yang agak jauh dari loji pembancuhan dan mungkin akan menyebabkan
berlaku kelewatan dalam penghantaran konkrit, tetapi penggunaan bahan tambah
kimia boleh membantu konkrit bertahan lebih lama di dalam trak.

Seterusnya, keadaan tapak bina yang terhad juga akan menyebabkan


kesukaran kepada penggunaan konkrit siap bancuh. Jalan masuk dan akses ke tapak
bina perlu mempunyai keupayaan untuk menampung berat yang lebih besar daripada
trak konkrit siap bancuh bersama beban yang dibawa (berat konkrit adalah lebih
kurang 2.5 tan per m³). Masalah ini boleh di atasi dengan menggunakan konkrit siap
bancuh dari syarikat yang mengeluarkan ‘campuran mini’ yang menggunakan trak
yang mempunyai kapasiti lebih kecil iaitu 4m³ bagi mencapai tapak bina yang lebih
terhad (Newman & Choo, 2003).
32

Jangka masa bagi pembancuhan dan penuangan konkrit yang terhad juga
merupakan antara masalah utama konkrit siap bancuh. Ini bermakna konkrit siap
bancuh perlu dituang di tapak bina dalam tempoh masa 210 minit selepas ia dibancuh
di loji pembancuhan. Terdapat juga bahan tambah moden yang boleh
memanjangkan jangka masa itu, bagaimanapun, sangat penting untuk mengambil
kira jumlah dan jenis bahan tambah yang ingin digunakan ke dalam campuran
konkrit tersebut (Day, 2003).

Selain itu, masalah yang sering dihadapi oleh konkrit siap bancuh ialah
kehilangan kebolehkerjaan boleh berlaku disebabkan oleh pekerja di tapak bina tidak
bersedia untuk menempatkan konkrit selepas ia dibancuh dan dihantar ke tapak bina.
Di samping itu, terdapat peluang untuk penetapan konkrit sekiranya mempunyai
masa transit yang lebih lama. Oleh itu, secara amnya bahan tambah seperti
plasticizer dan perencat digunakan. Penggunaan perencat boleh melambatkan masa
penetapan yang boleh mengelakkan sebarang masalah semasa kerja konkrit
dijalankan. Di samping itu, ia juga boleh memberi kesan kepada kekuatan konkrit
tersebut (Woodson, 2012).

Konkrit siap bancuh memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Loji-loji
pembancuh yang sedia ada sekarang memerlukan banyak ruang untuk meletakkan
loji dan bahan mentahnya. Kebiasaanya loji pembancuhan konkrit siap bancuh
terletak di kawasan berhampiran dengan tapak bina kerana jangka hayat konkrit yang
agak singkat. Ini bermakna bahawa loji pembancuhan ini tidak boleh terletak
berhampiran dengan sumber bahan mentah tetapi perlu ditempatkan di antara sumber
bahan mentah (batu kuari) dan di tempat mencurahkan (tapak bina). Justeru,
perlunya pengendalian semula bahan mentah kerana bahan-bahan mentah pada
mulanya dimuatkan ke dalam lori di kuari dan kemudiannya dihantar di kawasan
penyimpanan di loji pembancuhan. Kemudian bahan mentah ini sekali lagi
dimasukkan ke dalam tong di loji pembancuhan. Bahan-bahan tersebut seterusnya
diproses menggunakan tali sawat atau bakul skip untuk memasukkan bahan-bahan
tersebut ke dalam penggaul. Konkrit basah kemudian dimasukkan ke dalam trak
33

penggaul transit yang mempunyai dram berputar yang memastikan konkrit kekal cair
semasa proses penghantaran ke tapak bina (Gokhale, 2016).

Punca kepada pencemaran alam sekitar dari industri konkrit siap bancuh:
i. Pengisian lori bahan mentah oleh jengkaut di kawasan kuari. Asap
dari enjin jengkaut menyebabkan pertumbuhan zarah dan bercampur
di udara.
ii. Pengangkutan bahan-bahan mentah dari kuari ke loji pembancuhan
(asap daripada enjin berkapasiti tinggi trak lasak).
iii. Memuatkan semula bahan-bahan ke dalam tong di loji pembancuhan.
Sekali lagi menggunakan jengkaut menyebabkan lebih banyak
pelepasan asap enjin. Penghasilan debu lebih tinggi jika
menggunakan jentera jenis pengikis.
iv. Membancuh, mencampur dan memuatkan konkrit basah ke dalam trak
penggaul transit. Penggunaan tali sawat dan skip menghasilkan debu
dan habuk lebih-lebih lagi di sekitar kawasan bandar.
v. Penghantaran ke tapak bina menggunakan lori penggaul transit yang
memerlukan kuasa tambahan untuk memutarkan dram. Kuasa
minimum yang diperlukan untuk trak penggaul transit 6 meter padu
adalah sekitar 60 HP.

Masalah dari segi kualiti konkrit:


i. Pencampuran konkrit siap bancuh bermula di loji pembancuhan
sebelum dihantar ke tapak bina. Oleh itu, pengguna akhir iaitu
kontraktor tidak mendapat konkrit segar yang sepatutnya.
ii. Semakin tinggi selang masa antara pembancuhan dan penuangan
konkrit, semakin tinggi dos perencat yang digunakan untuk
melambatkan penetapan konkrit. Agregat diguna semula dari konkrit
yang telah ditolak. Proses ini juga perlu tangki pemendapan &
langkah-langkah lain untuk mengurangkan pencemaran.
iii. Konkrit yang dibancuh dan dicampur di loji pembancuhan
mempunyai tahap kemelesetan (slump) yang sangat tinggi sekitar
34

200mm jika masa transit adalah besar dan memerlukan paling kurang
100-120mm kemelesetan untuk mengepam konkrit di tempat
penuangan. Walau bagaimanapun disebabkan oleh meningkatkan
masa transit yang lebih tinggi berikutan kesesakan trafik dan sebab-
sebab lain, campuran tersebut memerlukan pembetulan di tapak sekali
lagi.
iv. Dos perencat yang lebih tinggi bukan sahaja akan menjejaskan
kekuatan konkrit tetapi juga menyebabkan kos yang lebih tinggi.

2.6 Konkrit Bancuh Di Tapak

Konkrit bancuh di tapak atau konkrit in situ masih lagi digunakan pada masa
sekarang, terutamanya bagi projek-projek kecil seperti pembinaan satu unit rumah.
Kontraktor kecil masih menggunakan konkrit bancuh di tapak kerana harganya yang
lebih murah dan mereka tidak memerlukan konkrit yang banyak.

Sekiranya bergantung kepada pembekal konkrit untuk menghantar konkrit ke


tapak bina boleh menyebabkan berlakunya kelewatan. Selain daripada harga untuk
mendapatkan konkrit tersebut pada kos yang lebih tinggi, kontraktor juga mungkin
menghadapi risiko kelewatan yang disebabkan oleh lalu lintas atau kerosakan.
Dengan menggunakan konkrit bancuh di tapak, kontraktor boleh memastikan bahawa
konkrit dibancuh dengan spesifikasi yang tepat dan kuantiti yang diperlukan.
Bekalan konkrit yang berterusan dan fleksibel akan menyebabkan projek-projek
pembinaan menjadi lebih cepat (Wiseman, 2013).
35

Rajah 2.8: Mesin pembancuh konkrit


(Sumber: Shutterstock)

2.6.1 Definisi Konkrit Bancuh Di Tapak

Pembancuhan konkrit boleh ditakrifkan sebagai pengadunan lengkap bahan-


bahan yang diperlukan untuk pengeluaran konkrit yang seragam. Pembancuhan ini
boleh berbeza-beza dari pembancuhan tangan ke pembancuhan mesin, yang paling
biasa digunakan ialah pembancuhan mesin. Walau bagaimanapun, campuran berjaya
tidak boleh dicapai tanpa pembancuhan bahan-bahan yang betul. Pembancuhan
adalah proses timbang dan mengukur isipadu dan bahan-bahan tersebut dimasukkan
ke dalam penggaul. Jaminan kualiti, perkiraan bahan dan peralatan yang sesuai, dan
berat bahan-bahan yang betul adalah langkah-langkah penting yang perlu
diselesaikan sebelum sebarang pencampuran dilakukan (Vinci, 1999).

Konkrit bancuh di tapak ialah konkrit yang dibancuh sendiri oleh pihak
kontraktor di tapak bina mereka dengan menggunakan loji pembancuh atau mesin-
mesin yang lain.
36

2.6.2 Jenis-Jenis Mesin Pembancuh

Terdapat pelbagai jenis mesin pembancuh konkrit yang boleh digunakan pada
zaman sekarang. Mesin pembancuh ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori
utama iaitu pembancuh dram, pembancuh kuali dan pembancuh bersambungan.
Kapasiti untuk setiap mesin pembancuh ini ialah dalam kadar 9m³ (Hines &
Whitehead, 2000).

Jenis-jenis mesin pembancuh yang selalu digunakan ialah:


i. Pembancuh dram. Pembancuh jenis drum yang memuaskan
mempunyai susunan bilah tetap di bahagian dalam untuk memastikan
penggaulan bahan yang sempurna semasa proses pembancuhan.
Dalam beberapa kes, aci mendatar dengan bilah melingkar boleh
berputar di dalam dram. Dram condong yang biasa digunakan oleh
kerja-kerja kecil kini boleh didapati juga dalam saiz yang besar.
Kelebihan utamanya ialah ia boleh menghasilkan bancuhan yang
cepat dan bersih walaupun untuk bancuhan kering.
ii. Pembancuh jenis kuali. Pembancuh jenis ini sesuai digunakan untuk
bancuhan kering. Pembancuh jenis kuali ialah pembancuh yang
mempunyai bukaan di atasnya, untuk pembancuhan konkrit, ia
mempunyai bilah yang berputar pada paksi menegak.
iii. Pembancuhan bersambungan. Bahan-bahan dimasukkan ke dalamnya
dengan menggunakan tali sawat khas. Perkadaran konkrit boleh
diubah dengan menukar kelajuan relatif tali sawat tersebut.
Pembancuh jenis bersambungan ini sangat penting sekiranya
kontraktor memerlukan bekalan konkrit yang berterusan.
37

2.6.3 Kesesuaian Penggunaan Konkrit Bancuh Di Tapak

Pemilihan penggunaan konkrit bancuh di tapak adalah merujuk kepada


beberapa faktor seperti tempoh projek, saiz projek, jenis projek dan kelebihan konkrit
bancuh di tapak. Kontraktor yang menjalankan projek berskala kecil masih lagi
menggunakan konkrit bancuh di tapak kerana ia dapat menjimatkan banyak wang
dalam jangka masa pendek kerana harganya yang murah dan mudah di dapati.
Dengan menggunakan konkrit bancuh di tapak ini pihak kontraktor mampu
menjimatkan perbelanjaan mereka. Mereka tidak lagi perlu untuk mendapatkan
konkrit daripada syarikat-syarikat pengeluar konkrit yang mungkin akan
meningkatkan kos projek mereka (Santhakumar, 2007).

Menurut Wiseman (2013), konkrit bancuh di tapak mampu untuk


menyediakan bekalan konkrit yang diperlukan secara berterusan. Kontraktor hanya
perlu menyediakan bahan mentah yang mencukupi untuk memastikan kelancaran
projek mereka. Konkrit tersebut boleh dibancuh pada bila-bila masa yang diperlukan
tidak seperti konkrit siap bancuh yang bekalannya sukar didapati sekiranya syarikat
pengeluar konkrit berhampiran tidak beroperasi pada hari tersebut. Dengan adanya
mesin pembancuhan di tapak bina ini, tapak pembinaan akan mendapat manfaat
daripada bekalan berterusan konkrit yang berkualiti tinggi. Ini bermakna bahawa
projek-projek pembinaan boleh disiapkan lebih awal, dan pekerja tidak perlu
menunggu untuk konkrit tiba di tapak. Bekalan konkrit yang berterusan adalah kunci
untuk memastikan produktiviti tapak pembinaan. Hal ini kemudian membolehkan
kontraktor untuk menyiapkan pembinaan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Dengan menggunakan pembancuhan di tapak bina, pengurus projek dapat


mengurangkan masa pembinaan projek. Ini adalah satu kelebihan yang besar apabila
dapat menghasilkan konkrit sendiri di tapak bina yang boleh mengurangkan kos
pembinaan dan meningkatkan margin keuntungan. Sebuah loji pembancuhan di
tapak bina dapat mengurangkan kos pengangkutan dengan meminimumkan jarak
38

yang diperlukan konkrit dihantar ke tempat yang ingin digunakan, seterusnya


mengurangkan gangguan di tapak bina (Wiseman, 2013).

2.6.4 Masalah Penggunaan Konkrit Bancuh Di Tapak

Pembancuhan konkrit di tapak bina akan memerlukan ruang tapak yang


mencukupi untuk tujuan peralatan dan penyimpanan bahan-bahan mentah. Kos
tambahan perlu dipertimbangkan oleh pihak kontraktor untuk penyewaan dan
penyelenggaraan peralatan tersebut dan tenaga kerja yang akan menguruskan dan
menjalankan mesin membancuh konkrit (Hannachi & Guetteche, 2012).

Penggunaan mesin pembancuhan konkrit di tapak bina juga memerlukan kos


yang tinggi untuk penyelenggaraan peralatan tersebut. Perkara ini disebabkan oleh
kerana semua peralatan loji tersebut mempunyai enjin diesel dan terdapat banyak
bahagian komponen yang bergerak dan berputar, kos penyelenggaraan untuk
peralatan tersebut adalah sangat tinggi.

Selain itu, penggunaan loji pembancuhan konkrit di tapak bina juga


memerlukan pekerja berpengalaman untuk mengendalikannya. Penggunaan jentera
mungkin dapat menjimatkan bilangan buruh biasa tetapi memerlukan beberapa
pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mengendali, menyelenggara
dan menjalankan logistik lengkap loji pembancuhan konkrit tersebut, kos yang
diperlukan adalah sangat tinggi (Feliu & Gonzalez, 2005).
39

Antara masalah lain penggunaan konkrit bancuh di tapak ialah:

i. Pembaziran dan kecurian bahan.


ii. Pengendalian dan penyimpanan bahan.
iii. Susut nilai untuk mesin yang disewa.
iv. Buruh mahir.
v. Penyeliaan yang lebih kerap.
vi. Keperluan teknikal.
vii. Kemudahan pengangkutan konkrit di sekitar kawasan tapak bina.

2.7 Rumusan Bab

Secara ringkasnya, bab ini telah membincangkan topik-topik berkaitan


kaedah penghasilan konkrit dan kebaikan serta keburukan setiap kaedah tersebut.
Ianya bermula daripada pertumbuhan dan kepentingan industri binaan seterusnya ke
sumber binaan, bahan binaan, konkrit, kaedah penghasilan konkrit dan kebaikan serta
masalah setiap kaedah penghasilan konkrit tersebut.
40

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan kaedah yang digunakan dalam penyelidikan agar dapat
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Dalam bab ini juga akan
menjelaskan kaedah yang akan digunakan bagi pengumpulan data untuk
mengenalpasti kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di
tapak, serta mengenalpasti masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit
bancuh di tapak yang akan memberi kesan kepada pihak kontraktor. Tujuan utama
metodologi kajian adalah untuk menyediakan pelan rangka kerja bagi kajian ini.
Dalam kajian ini terdapat lima peringkat; pengenalpastian tajuk dan skop kajian,
kajian literatur, pengumpulan data, analisis data dan cadangan dan kesimpulan.

Kaedah yang dipilih bagi pengumpulan data adalah melalui kaedah kajian
literatur dan kaedah kajian kes. Maklumat mengenai kajian literatur telah
dibincangkan pada bab 1 dan 2. Jesteru itu bab ini akan menerangkan dengan lebih
lanjut berkaitan aliran proses data sekunder sehingga penganalisaan data.
41

3.2 Peringkat Pertama – Kajian Awalan

Fasa pertama penyelidikan melibatkan proses pemilihan tajuk kajian dengan


mengenalpasti isu yang kerap kali berlaku dalam industri pembinaan. Pemilihan
tajuk penyelidikan dilakukan berdasarkan masalah yang dikenalpasti melalui buku-
buku rujukan, jurnal, tesis, surat khabar dan laman web yang berkaitan. Proses ini
dijalankan melalui perbincangan bersama penyelia mengenai objektif, skop dan
pernyataan masalah. Proses seterusnya dijalankan melalui perbincangan bersama
penyelia bagi mengenalpasti objektif dan skop penyelidikan yang akan dijalankan.

3.3 Peringkat Kedua – Kajian Literatur

Kajian literatur adalah asas penting kepada keseluruhan kajian. Tujuan utama
kajian literatur adalah untuk menambah pengetahuan penyelidik terhadap bidang
kajian yang dilakukan. Terdapat banyak rujukan dan kajian yang telah dilakukan
oleh penyelidik terdahulu. Dalam mencapai objektif kajian, maklumat utama yang
dikaji oleh penyelidik ialah spesifikasi, jenis, prosedur pembinaan, kaedah
pembancuhan konkrit dan kos pembancuhan konkrit.

Menurut Kohtari (2004), terdapat dua kategori data sekunder iaitu yang
dipamerkan atau tidak dipamerkan. Data sekunder yang dipamerkan adalah data
seperti journal, buku ilmiah, majalah, sukat khabar, laporan dari pelbagai agensi,
laporan atau tesis dari penyelidik lain dan sebagainya. Data sekunder yang tidak
dipamerkan pula adalah data melalui diari, surat, biografi dan sebagainya. Data
sekunder adalah data yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan gambaran
awal tentang penyelidikan yang dibuat. Data dan maklumat yang dikumpul dalam
fasa ini akan membantu penyelidik menjalankan penyelidikan ke fasa seterusnya
42

iaitu fasa pengumpulan data dari responden dan fasa menyediakan soalan soal selidik
kepada responden.

3.4 Peringkat Ketiga – Pengumpula Data

Pengumpulan data adalah proses untuk mendapakan data yang boleh


digunakan daripada pelbagai sumber yang relevan. Melalui beberapa kaedah dan
instrumen pengumpulan data yang betul, data-data yang diperlukan untuk dianalisis
boleh didapati. Bagi kajian ini, data primer yang dikumpul adalah termasuk
kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak serta
masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak.

Data primer adalah data baru yang dikumpul oleh penyelidik di mana data ini
adalah yang pertama dan tidak pernah digunakan dalam penyelidikan lain. Dengan
kata lain, data primer adalah data yang dijana sendiri oleh penyelidik. Data primer
terbahagi kepada dua jenis iaitu kualitatif dan kuantitatif. Menurut Kohtari (2004),
data kualitatif adalah maklumat yang diperolehi oleh penyelidik bukan dinyatakan
dalam bentuk nombor. Data kuantitatif adalah data dalam bentuk nombor, sama ada
pengiraan atau berskala. Data kuantitatif melibatkan pengiraan dalam bentuk
nombor yang dapat membantu penyelidik dalam membuat perbezaan. Kajian kes
adalah salah satu daripada data jenis kualitatif.
43

3.4.1 Kajian Kes

Menurut Yin (2003), definisi teknikal bagi kajian kes ialah “siasatan
empirikal yang mengkaji fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar,
terutama apabila sempadan di antara fenomena dan konteks tidak adalah jelas”.
Namun, disebabkan fenomena dan konteks merupakan sesuatu yang tidak jelas
dalam kehidupan sebenar, Yin telah mentafsirkan definisi teknikal kajian kes sebagai
kajian yang bergantung kepada beberapa sumber rujukan yang boleh dijadikan bukti
serta gabungan data yang boleh dianalisis yang akan member manfaat kepada kajian
yang dilakukan.

Oleh itu, dapatlah kita mendefinisikan kajian kes sebagai satu kaedah kajian
yang merangkumi semua teknik yang meliputi logik reka bentuk, teknik
pengumpulan data dan pendekatan tertentu untuk menganalisis data (Yin, 2013).
Pemilihan kajian kes sebagai pendekatan kajian ialah bergantung kepada tiga
keadaan iaitu; i) jenis soalan kajian, ii) had kawalan penyelidik mengenai keadaan
sebenar kajian dan, iii) tumpuan pada kontemporari yang bertentangan dengan
fenomena sejarah. Kajian kes akan mengkaji soalan kajian yang menjurus kearah
“bagaimana (how)‟ dan kenapa (why) sesuatu itu berlaku daripada mengkaji apa
(what) yang berlaku. Oleh itu, kita haruslah berbalik kepada soalan kajian sebelum
menentukan adakah pendekatan kajian kes merupakan pendekatan yang terbaik bagi
mencapai objektif kajian. Bagi kajian ini, tujuan kajian ialah untuk mengetahui
kesesuaian dan masalah dalam penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh
di tapak.

Kajian kes mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri iaitu


keupayaan untuk berurusan dengan pelbagai jenis bukti termasuklah dokumen,
artifak, temu bual, dan pemerhatian yang merupakan aspek yng berada di luar skop
kajian sejarah konvensional. Kajian kes juga, seperti eksperimen, mengumumkan
kepada usul teori dan tidak kepada populasi atau dunia. Dalam pengertian ini, kajian
44

kes, seperti percubaan, tidak mewakili "sampel", dan dalam melakukan satu kajian
kes, matlamat anda adalah untuk mengembangkan teori-teori umum (generalisasi
analisis) dan bukannya untuk mengira frekuensi (generalisasi statistik). Hal ini
kerana, objektif utama kajian kes ialah melakukan "Pengeneralisasian" dan bukannya
analisis "Pengkhususan".

Dalam menjalankan kajian kes, terdapat beberapa peringkat yang boleh


diikuti untuk memastikan kajian kes dijalankan dengan betul. Prosedur ini telah
digariskan oleh Yin (2003) melalui bukunya. Prosedur tersebut adalah seperti
berikut;

 Menggunakan bukti
Pada peringkat ini, kenalpasti fakta-fakta yang terdapat di dalam kajian kes
yang diambil. Fakta tersebut haruslah mempunyai sumber yang sahih.

 Mengenalpasti jenis ilustratif bukti


Mengenalpasti jenis ilustratif bukti bermaksud kita menetapkan bukti yang
akan kita gunakan. Contohnya, jika dokumen digunakan, maka haruslah dijelaskan
dokumen apakah yang digunakan dan jika ianya ialah temubual, maka siapakah
responden yang berkaitan.

 Mencari bukti yang tertumpu


Setelah ilustratif bukti dikenalpasti, seterusnya penyelidik haruslah
menfokuskan bukti yang boleh diakses seperti contoh adakah cukup dokumen yang
boleh menyokong kajian kita.

 Merangka pangkalan data


Merangka pangkalan data ialah dimana kita merangka laporan ringkas
berkenaan kajian (tidak melebihi dua helai). Laporan ini termasuklah soalan ringkas
yang boleh digunakan sebagai rujukan dan haruslah dijawab terlebih dahulu oleh
penulis bagi memastikan ianya dapat dijawab oleh responden.
45

 Mewujudkan satu rangkaian bukti


Setelah kita mampu menjawab soalan yang dirangka, pastikan kita
mewujudkan satu rangkaian bukti contohnya kesimpulan daripada dapatan kajian.
Kesimpulan tersebut haruslah mampu menjawab soalan kajian yang dirangka pada
awalnya.

Kajian kes adalah satu kajian menyeluruh terhadap topik atau fenomena
tertentu. Kelebihan dalam menggunakan kaedah kajian kes ini ialah untuk mencari
pembolehubah baru, menyiasat pembolehubah dominan, mengembangkan penjelasan
dan untuk mencapai kesahihan yang tinggi dalam membangunkan idea-idea (Bennett
& Elman, 2007).

Dalam kajian ini, kajian kes digunakan sebagai kaedah pengumpulan data
kerana dapat membantu penyelidik untuk hubungan mengenalpasti antara projek dan
kaedah pembancuhan yang sesuai untuk digunakan. Kepentingan utama penggunaan
kajian kes ini ialah, kajian terhadap kesesuaian dan masalah penggunaan konkrit siap
bancuh dan konkrit bancuh di tapak boleh didapati dengan lebih terperinci dan
efektif.

Sebanyak enam buah projek pembinaan yang telah dikaji. Projek tersebut
diskopkan kepada tiga projek yang menggunakan konkrit siap bancuh dan tiga lagi
projek yang menggunakan konkrit bancuh di tapak. Projek tersebut juga haruslah
tidak lebih daripada tiga tahun tempoh pembinaan kerana dikhuatiri projek tersebut
menggunakan kaedah pembancuhan konkrit selain dari konkrit siap bancuh dan
konkrit bancuh di tapak dan dikendalikan oleh kontraktor yang berpengalaman iaitu
kontraktor G7. Pemilihan kontraktor yang berpengalaman boleh memastikan data
yang dikumpul adalah boleh dipercayai.
46

3.4.1.1 Temubual Semi Struktur

Temubual semi struktur telah distrukturkan tetapi tidak tegar, bermakna ia


menjadi lebih fleksibel berbanding temubual berstruktur. Kaedah temubual yang
fleksibel ini akan membantu penyelidik menerangkan soalan yang ditujukan kepada
responden dengan lebih jelas agar mereka dapat memahami soalan tersebut sebelum
memberikan sebarang jawapan. Selain itu, oleh kerana temubual semi struktur ini
disusun dari segi tema dan skop yang dibincangkan berbanding dengan temubual
tidak berstruktur, penyelidik boleh mengurangkan variasi jawapan daripada
responden supaya analisis data boleh dilakukan dengan lebih berkesan (Cohen &
Crabtree, 2006).

Dalam kajian ini, penyelidik menjalankan temubual semi struktur dan hanya
terdapat satu responden utama iaitu pihak kontraktor, terutamnya pengurus projek
iaitu mereka yang terlibat secara menyeluruh terhadap perancangan dan kerja
berkaitan dengan projek tersebut terutamanya kerja konkrit.

Dengan menemubual pihak kontraktor, kaedah pembancuhan konkrit yang


sesuai dan masalah daripada konkrit tersebut di projek mereka dapat dibincangkan
(Objektif 1 dan 2). Apabila dibenarkan oleh responden, proses temubual tersebut
direkodkan supaya analisis dapat dilakukan dengan lebih tepat dan cekap.
Kandungan temubual bersama pihak kontraktor dibahagikan kepada tiga bahagian,
latar belakang projek dan responden, kesesuaian kaedah pembancuhan konkrit yang
digunakan, dan masalah penggunaan konkrit tersebut.
47

Jadual 3.1: Bentuk soalan


Bahagian 1 Latar belakang projek dan responden
 Nama
 Jawatan
 Pengalaman
 Nama projek
 Nilai kontrak
 Nama syarikat
Bahagian 2 Kesesuaian kaedah pembancuhan konkrit yang digunakan
 Kaedah pembancuhan konkrit
 Kos konkrit
 Tempoh projek
 Saiz projek
 Pertimbangan pemilihan konkrit yang digunakan
 Kelebihan konkrit yang digunakan
 Ketersediaan loji pembancuhan di sekitar tapak
Bahagian 3 Masalah konkrit yang digunakan
 Masalah dari segi kos
 Masalah dari segi masa
 Masalah dari segi kualiti

3.5 Peringkat Keempat – Analisis Data

Setelah semua data yang diperlukan dikumpul, analisis dijalankan


berdasarkan data yang diperloleh. Analisis data yang dijalankan adalah untuk
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Untuk kajian ini, kaedah analisis
data yang digunakan terdiri daripada analisis skala frekuensi dan skala likert..

Rasional dalam menggunakan jenis analisis data yang berbeza bagi kajian ini
ialah kerana terdapat pelbagai jenis data yang perlu dianalisis dengan cara yang
berbeza. Sebab pemilihan kaedah analisis data yang berbeza ini dibincangkan
didalam subseksyen berikut.
48

3.5.1 Analisis Skala Frekuensi

Penyelidik menggunakan skala frekuensi bagi menentukan kekerapan


kesesuaian penggunaan sesuatu kaedah pembancuhan konkrit iaitu konkrit siap
bancuh dan konkrit bancuh di tapak. Skala bermula dengan skala 1 iaitu ‘sangat
tidak sesuai’, tidak sesuai’, ‘tidak pasti’, ‘sesuai’ dan akhir sekali skala 5 iaitu
‘sangat sesuai’.

3.5.2 Skala Likert

Skala likert digunakan bagi menganalisis soalan temubual yang dijalankan.


Berdasarkan temubual yang dilakukan, jawapan responden diskalakan pada skala 1
hingga 5 yang menunjukkan sama ada kaedah pembancuhan konkrit yang digunakan
untuk projek tersebut sesuai atau pun tidak (Allen & Seaman, 2007). Melalui skala
likert ini, min skor akan dikira bagi mendapatkan jenis masalah dan kaedah
pembancuhan konkrit yang mempunyai ranking tertinggi yang sesuai digunakan.

Selain itu, data yang diterima akan diukur menggunakan kaedah min, iaitu
dengan melihat nilai min yang tertinggi bagi setiap soalan yang dinyatakan bagi
setiap objektif. Nilai akan disusun untuk melihat kedudukan keutamaan setiap
variable. Disamping itu, nilai min yang diperoleh menggunakan formula berikut:

Min = Nilai (skala) × kekerapan


Jumlah responden
49

Penyelidik telah menggunakan formula pengiraan julat indeks statistik bagi


memperolehi tahap kekerapan kepentingan dan tahap persetujuan untuk mencapai
objektif kajian. Bagi objektif pertama dan kedua tahap kepentingan dibahagikan.
Bagi objektif pertama dan kedua tahap persetujuan dibahagi kepada 3 kategori iaitu
tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Nilai yang diperoleh kemudian dikelaskan
mengikut julat indeks seperti Rajah .

Indeks dikira untuk mengkelaskan min skor mengikut julat indeks yang
terhasil. Rumus indeks adalah seperti berikut:

Julat perbezaan skor = Skala Tertinggi – Skala Terendah

Bilangan Kategori Skala

Julat skor = (5-1)/3

1.33

Jadual 3.2: Indek tahap persetujuan

Skala Persetujuan Indeks


1 Tidak Setuju 1.00-2.33
2 Tidak Pasti >2.24-3.67
3 Setuju >3.68-5.00
50

3.6 Peringkat Kelima – Cadangan dan Kesimpulan

Akhir sekali, cadangan dan kesimpulan disediakan berdasarkan kepada hasil


yang ditemukan pada peringkat keempat. Selain itu, batsan kajian juga dibincangkan
dalam peringkat ini.

3.7 Rumusan Bab

Dalam bab ini, metodologi kajian yang merupakan sistem untuk mencapai
objektif telah dibincangkan secara menyeluruh. Kaedah pengumpulan data adalah
kajian kes dan temubual semi struktur, manakala kaedah analisis data pula adalah
analisis skala frekuensi dan skala likert.
51

BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai analisis yang dijalankan ke atas


sampel kajian. Sampel dan data kajian ini telah diperoleh sepenuhnya melalui
temubual semi-struktur yang telah dijalankan di enam buah tapak bina yang telah
dipilih. Analisis data ini dibuat bagi memastikan kedua-dua objektif dapat dicapai
iaitu mengenalpasti kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh
di tapak, dan mengenalpasti masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit
bancuh di tapak. Data berkenaan dengan kesesuaian dan masalah pengunaan konkrit
ini diperoleh melalui temubual bersama pihak kontraktor yang terlibat terutamanya
pengurus projek dan jurutera tapak mereka. Pemerhatian juga dilakukan disekitar
tapak bagi melihat kerja-kerja konkrit yang sedang dijalankan. Enam buah tapak
bina telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel kajian dan tiga daripadanya yang
menggunakan konkrit siap bancuh, manakala tiga lagi yang menggunakan konkrit
bancuh di tapak.

Kaedah jadual dan rajah digunakan oleh penyelidik bagi memudahkan proses
persembahan data. Merujuk kepada metodologi kajian yang telah dirancang, kajian
ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu melalui pengumpulan data
52

primer dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui temubual yang telah
dijalankan dalam bentuk semi-struktur bersama pihak kontraktor yang terlibat selain
melihat sendiri keadaan tapak melalui pemerhatian yang dibuat. Manakala data
sekunder pula diperoleh melalui jurnal, artikel, kajian lepas, laporan seminar, internet
dan sebagainya. Kesesuaian dan masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan
konkrit bancuh di tapak diceritakan oleh pihak kontraktor semasa proses temubual
dijalankan.

4.2 Data Kajian

Pengumpulan data yang diperlukan bagi kajian ini diperoleh melalui


temubual yang dijalankan bersama pihak kontraktor terutamanya pengurus projek
dan jurutera tapak yang terlibat di dalam projek pembinaan tersebut. Tapak bina
yang menggunakan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak yang
dikenalpasti sebagai sampel kepada kajian ini ialah Tapak Bina A, Tapak Bina B,
Tapak Bina C, Tapak Bina D, Tapak Bina E dan Tapak Bina F. Keenam-enam tapak
bina ini ialah tapak bina yang berada disekitar Johor Bahru. Tiga daripadanya
menggunakan konkrit siap bancuh, manakala tiga lagi menggunakan konkrit bancuh
di tapak. Tapak Bina A ialah peojek pembinaan pusat membeli-belah, Tapak Bina B
ialah projek pembinaan pangsapuri, Tapak Bina C ialah projek pembinaan bangunan
pejabat 22 tingkat, Tapak Bina D, Tapak Bina E dan Tapak Bina F ialah masing-
masing merupakan projek pembinaan satu unit rumah. Analisis individu dilakukan
untuk setiap tapak bina dan analisis perbandingan juga dilakukan keatas keenam-
enam tapak bina bagi mengenalpasti kesesuaian dan masalah kaedah pembancuhan
konkrit yang digunakan di tapak bina tersebut.
53

4.3 Pengumpulan Data

Data yang dikumpul bagi kajian ini merangkumi faktor-faktor yang menjurus
kepada kesesuaian penggunaan sama ada konkrit siap bancuh ataupun konkrit
bancuh di tapak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik bagi
kajian ini ialah melalui temubual semi-struktur dan pemerhatian. Kaedah temubual
dan pemerhatian dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor kesuaian dan masalah
dalam penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak. Soalan
temubual diklasifikasikan mengikut faktor-faktor kesesuaian, kelebihan dari segi kos,
masa dan kualiti serta masalah dari segi kos, masa dan kualiti bagi mencapai objektif
kajian. Daripada temubual dan pemerhatian yang telah dijalankan, data mengenai
faktor-faktor kesesuaian dan masalah dalam penggunaan konkrit siap bancuh dan
konkrit bancuh di tapak telah diperoleh.

Perisian Microsoft Excel 2010 digunakan dalam kajian ini bagi tujuan
menganalisis data. Perisian ini dipilih dan digunakan kerana data dapat dianalisis
dengan mudah dan kemas memandangkan perbandingan perlu dilakukan dengan
teliti. Selain itu, persembahan data dapat dilakukan dengan lebih menonjol dan
menarik dengan menggunakan perisian ini. Data akan dipersembahkan melalui
penggunaan jadual dalam tujuan lain untuk memudahkan perbandingan dibuat
diantara keenam-enam tapak bina berkenaan.
54

4.4 Kajian Kes: Tapak Bina A (Konkrit Siap Bancuh)

Tapak Bina A ialah merupakan tapak bina yang menjalankan projek


pembinaan pusat membeli-belah empat tingkat yang diuruskan oleh syarikat
kontraktor gred G7, Jurustra Sdn Bhd. Berikut merupakan beberapa maklumat
tambahan mengenai Tapak Bina A.

Rajah 4.1: Tapak Bina A

Jadual 4.1: Maklumat am Tapak Bina A

Bil. Perkara Keterangan


1. Nama projek: Cadangan membina sebuah kompleks
perniagaan 4 tingkat beserta tempat letak
kenderaan.
2. Lokasi projek: Mutiara Rini, Johor Bahru.
3. Tempoh projek: 2 Tahun.
4. Jenis projek: Bangunan Komersial (Pusat Membeli-Belah).
5. Nilai kontrak: RM 132,000,000.00
6. Kaedah pembancuhan Konkrit siap bancuh.
konkrit yang digunakan:
55

4.4.1 Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina A

Melalui temubual yang dijalankan, Jadual 4.2 menunjukkan faktor-faktor


kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh berdasarkan apa yang dinyatakan oleh
responden Tapak Bina A merangkumi tempoh projek, jenis projek, saiz projek,
ketersediaan loji pembancuhan konkrit berhampiran, harga konkrit, masa
penghantaran konkrit, bilangan pekerja yang diperlukan, kuantiti konkrit yang
diperlukan dan kelebihan konkrit siap bancuh itu sendiri.

Jadual 4.2: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh.

Bil. Faktor kesesuaian Keterangan


1. Tempoh projek: 2 tahun.
2. Jenis projek: Bangunan komersial (pusat membeli-
belah).
3. Saiz projek: Projek berskala besar. Nilai kontrak
sebanyak RM132,000,000.00
4. Ketersediaan loji pembancuhan Loji pembancuhan terhampir dengan
konkrit berhampiran: tapak bina berjarak 5km.
5. Harga per m³ konkrit: RM 210.00 (Gred 35).
6. Masa penghantaran konkrit ke 15 minit.
tapak bina:
7. Bilangan pekerja yang diperlukan 20 orang.
untuk kerja konkrit:
8. Kuantiti konkrit yang diperlukan: 20,400 m³.
9. Kos melibatkan kerja konkrit: RM 4,284,000.00
10. Kelebihan konkrit siap bancuh: - Kelebihan dari segi kos.
- Kelebihan dari segi kualiti.
- Kelebihan dari segi masa.

Menurut Responden A, faktor utama dalam pemilihan konkrit siap bancuh ini
ialah harga per m³ konkrit tersebut dan jarak di antara loji pembancuhan konkrit
dengan tapak bina. Pihak mereka mendapatkan konkrit dengan harga RM210.00 per
m ³ untuk konkrit gred 35, harga tersebut juga mungkin boleh berkurang dengan
melakukan pesanan dalam kuantiti yang banyak. Jarak di antara Tapak Bina A
dengan loji pembancuhan konkrit berhampiran pula ialah dalam lingkungan 5km.
56

Oleh itu, masa yang diambil untuk penghantaran konkrit ke Tapak Bina A pula ialah
hanya selama 15 minit. Jarak yang dekat antara tapak bina dan loji pembancuhan
konkrit akan mempercepatkan masa penghantaran konkrit bagi menjaga kualiti
konkrit agar tidak berada terlalu lama di dalam lori penggaul.

Tambah Responden A lagi, faktor lain yang diambil kira dalam pemilihan
konkrit siap bancuh ialah tempoh projek. Tempoh projek bagi Tapak Bina A ialah
dua tahun, bermakna satu tempoh yang agak lama untuk membancuh konkrit sendiri
di tapak bina. Jadi kontraktor Tapak Bina A memilih untuk menggunakan konkrit
siap bancuh. Saiz projek yang berskala besar juga menjadi penyumbang kepada
pemilihan konkrit siap bancuh bagi Tapak Bina A dengan nilai kontrak sebanyak RM
132,000,000.00. Oleh itu, Tapak Bina A memerlukan kuantiti konkrit yang banyak
iaitu dalam lingkungan 20400 meter padu konkrit. Kuantiti konkrit yang banyak ini
amat sukar diperoleh sekiranya menggunakan konkrit bancuh di tapak. Bilangan
pekerja yang diperlukan untuk kerja konkrit di Tapak Bina A ialah seramai 20 orang
termasuk pekerja konkrit, pemandu kren dan signal man. Kos yang diperlukan
melibatkan kerja konkrit bagi Tapak Bina A pula ialah sebanyak RM 4,284,000.00.

Rajah 4.2: Kerja konkrit di Tapak Bina A


57

Antara faktor – faktor lain kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh yang
diambil kira bagi Tapak Bina A yang dinyatakan oleh Responden A semasa
temubual ialah kualiti konkrit yang disediakan, bilangan lori yang dimiliki oleh loji
pembancuhan konkrit dan loji sandaran berhampiran yang dimiliki oleh syarikat
konkrit tersebut.

4.4.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina A

Berikut merupakan antara kelebihan konkrit siap bancuh yang dipersetujui


oleh Responden A. Kelebihan tersebut adalah merupakan kelebihan dari segi kos,
kualiti dan masa yang dinyatakan berdasarkan Tapak Bina A.

Jadual 4.3: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden A

Bil. Kategori Kelebihan konkrit siap bancuh


1. Kelebihan dari segi kos: - Menjimatkan kos perbelanjaan
projek.
- Menjimatkan kos penggunaan
buruh.
- Menjimatkan kos penyimpanan
bahan.
- Mengurangkan pembaziran bahan
mentah.
- Menjimatkan kos penggunaan
ruang di tapak bina.
2. Kelebihan dari segi kualiti: - Lebih berkualiti kerana perkadaran
agregatnya dikawal menggunakan
sistem berkomputer.
- Lebih berkualiti kerana
menggunakan pekerja pakar.
3. Kelebihan dari segi masa: - Menjimatkan masa pembinaan.
- Kontraktor tidak memerlukan masa
untuk membancuh konkrit.
- Menjimatkan masa penyeliaan
bahan di tapak bina.
58

Menurut Responden A, antara kelebihan konkrit siap bancuh dari segi kos
ialah ia dapat menjimatkan kos perbelanjaan projek kerana konkrit siap bancuh boleh
didapati dengan harga yang lebih murah berbanding membancuh konkrit sendiri di
tapak bina. Seterusnya, konkrit siap bancuh dapat menjimatkan kos penggunaan
buruh kerana pihak kontraktor tidak memerlukan pekerja untuk membancuh konkrit,
di Tapak Bina A, pekerja yang diperlukan untuk kerja konkrit ialah seramai 20
orang. Konkrit siap bancuh juga dapat menjimatkan kos penggunaan ruang kerana
pihak kontraktor tidak memerlukan ruang untuk menyimpan bahan mentah seperti
batu baur, simen dan pasir yang banyak di tapak bina.

Tambah Responden A lagi, kelebihan konkrit siap bancuh dari segi kualiti
pula ialah konkrit yang dihasilkan lebih berkualiti kerana perkadaran agregatnya
dikawal menggunakan sistem berkomputer dan menggunakan tenaga kerja pakar
semasa proses pembancuhan dilakukan di loji konkrit. Kelebihan konkrit siap
bancuh dari segi masa pula ialah ia dapat menjimatkan masa pembinaan kerana
kontraktor tidak memerlukan masa untuk membancuh konkrit di tapak bina dan
dapat menjimatkan masa penyeliaan bahan di tapak bina kerana bahan untuk
menghasilkan konkrit tidak disimpan di tapak bina.

4.4.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina A.

Berikut merupakan antara masalah konkrit siap bancuh yang dipersetujui oleh
Responden A. Masalah tersebut merangkumi dari segi kualiti dan masa yang
dinyatakan berdasarkan Tapak Bina A.
59

Jadual 4.4: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden A.


Bil. Kategori Masalah konkrit siap bancuh
1. Masalah dari segi kualiti: - Konkrit hanya mampu bertahan selama
dua jam di dalam trak.
- Pengendalian yang lemah daripada buruh
di tapak bina menjejaskan kualiti konkrit.
- Kesegaran konkrit berkurang kerana masa
penghantaran yang lama.
- Agregat diguna semula dari konkrit yang
telah ditolak.
- Bahan tambah khas plasticizer
menjejaskan kualiti konkrit.
2. Masalah dari segi masa: - Jarak loji yang jauh melambatkan
penghantaran konkrit.
- Kesesakan jalanraya melambatkan
penghantaran konkrit.
- Akses yang terhad di tapak bina
mengganggu penghantaran konkrit.
3. Masalah-masalah lain: - Kesukaran memastikan kuantiti konkrit
yang dihantar.
- Kesukaran untuk menentukan kuantiti lori
yang terakhir.
- Masalah teknikal di loji pembancuhan.

Menurut Responden A, masalah yang sering berlaku untuk konkrit siap


bancuh ialah kualitinya akan berkurang kerana konkrit hanya mampu bertahan
selama dua jam di dalam trak. Masa penghantaran konkrit yang lama, pengandalian
yang lemah daripada buruh di tapak bina, agregat diguna semula dari konkrit yang
telah ditolak dan penggunaan bahan tambah khas (plasticizer) yang berlebihan juga
boleh menjejaskan kualiti konkrit. Seterusnya, masalah konkrit siap bancuh dari segi
masa pula ialah jarak loji pembancuhan yang jauh dan kesesakan lalu lintas akan
melambatkan masa penghantaran konkrit ke tapak bina. Akses yang terhad di tapak
bina juga akan mengganggu proses penghantaran konkrit.

Responden A juga ada menyatakan beberapa masalah lain penggunaan


konkrit siap bancuh seperti kesukaran memastikan kuantiti konkrit yang dihantar
kerana konkrit yang berada di dalam lori tidak dapat dilihat. Seterusnya, kesukaran
untuk menentukan kuantiti pesanan untuk lori yang terakhir kerana pesanan yang
berlebihan akan merugikan pihak kontraktor. Selain itu, masalah teknikal yang
berlaku di loji pembancuhan juga akan mengganggu kerja konkrit di tapak bina.
60

4.5 Kajian Kes: Tapak Bina B (Konkrit Siap Bancuh)

Tapak Bina B merupakan tapak bina yang menjalankan projek pembinaan


sebuah pangsapuri yang diuruskan oleh syarikat kontraktor gred G7, MCC Overseas
(M) Sdn Bhd. Berikut merupakan beberapa maklumat tambahan mengenai Tapak
Bina B.

Rajah 4.3: Tapak Bina B

Jadual 4.5: Maklumat am Tapak Bina B

Bil. Perkara Keterangan


1. Nama projek: Cadangan membina sebuah pangsapuri 40
tingkat.
2. Lokasi projek: Medini, Johor Bahru.
3. Tempoh projek: 2 Tahun.
4. Jenis projek: Bangunan bertingkat.
5. Nilai kontrak: RM 400,000,000.00
6. Kaedah pembancuhan Konkrit siap bancuh.
konkrit yang digunakan:
61

4.5.1 Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina B

Melalui temubual yang dijalankan, Jadual 4.6 menunjukkan faktor-faktor


kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh berdasarkan apa yang dinyatakan oleh
responden Tapak Bina B merangkumi tempoh projek, jenis projek, saiz projek,
ketersediaan loji pembancuhan konkrit berhampiran, harga konkrit, masa
penghantaran konkrit, bilangan pekerja yang diperlukan, kuantiti konkrit yang
diperlukan dan kelebihan konkrit siap bancuh itu sendiri.

Jadual 4.6: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh.

Bil. Faktor kesesuaian Keterangan


1. Tempoh projek: 2 tahun.
2. Jenis projek: Bangunan bertingkat.
3. Saiz projek: Projek berskala besar. Nilai kontrak
sebanyak RM400,000,000.00.
4. Ketersediaan loji pembancuhan Loji pembancuhan terhampir dengan
konkrit berhampiran: tapak bina berjarak 1km.
5. Harga per m³ konkrit: RM 450.00 (Perfect Mix).
6. Masa penghantaran konkrit ke 10 minit.
tapak bina:
7. Bilangan pekerja yang diperlukan 20 orang.
untuk kerja konkrit:
8. Kuantiti konkrit yang diperlukan: 80,000 m³.
9. Kos melibatkan kerja konkrit: RM 36,000,000.00
10. Kelebihan konkrit siap bancuh: - Kelebihan dari segi kos.
- Kelebihan dari segi kualiti.
- Kelebihan dari segi masa.

Menurut Responden B, faktor utama dalam pemilihan konkrit siap bancuh ini
ialah harga per m³ konkrit tersebut dan bilangan pekerja dapat dikurangkan untuk
kerja konkrit. Pihak mereka mendapatkan konkrit dengan harga RM450.00 per m³
untuk konkrit gred perfect mix, harga tersebut juga mungkin boleh berkurang dengan
melakukan pesanan dalam kuantiti yang banyak. Bilangan pekerja yang diperlukan
untuk kerja konkrit di Tapak Bina B ialah seramai 20 orang termasuk pekerja
konkrit, pemandu kren dan signal man. Jarak di antara Tapak Bina B dengan loji
62

pembancuhan konkrit berhampiran pula ialah dalam lingkungan 1 km. Oleh itu,
masa yang diambil untuk penghantaran konkrit ke Tapak Bina B pula ialah hanya
selama 10 minit. Jarak antara tapak bina dan loji pembancuhan konkrit yang dekat
akan mempercepatkan masa penghantaran konkrit bagi menjaga kualiti konkrit.

Tambah Responden B lagi, faktor lain yang diambil kira dalam pemilihan
konkrit siap bancuh ialah tempoh projek. Tempoh projek bagi Tapak Bina B ialah
dua tahun, bermakna satu tempoh yang agak lama untuk membancuh konkrit sendiri
di tapak bina. Jadi kontraktor Tapak Bina B memilih untuk menggunakan konkrit
siap bancuh. Saiz projek yang berskala besar juga menjadi penyumbang kepada
pemilihan konkrit siap bancuh bagi Tapak Bina B dengan nilai kontrak sebanyak RM
400,000,000.00. Oleh itu, Tapak Bina B memerlukan kuantiti konkrit yang banyak
iaitu dalam lingkungan 80,000 meter padu konkrit. Kuantiti konkrit yang banyak ini
amat sukar diperoleh dengan menggunakan konkrit bancuh di tapak. Kos yang
diperlukan melibatkan kerja konkrit bagi Tapak Bina B pula ialah sebanyak RM
36,000,000.00.

4.5.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina B

Berikut merupakan antara kelebihan konkrit siap bancuh yang dipersetujui


oleh Responden B. Kelebihan tersebut adalah merupakan kelebihan dari segi kos,
kualiti dan masa yang dinyatakan berdasarkan Tapak Bina B.
63

Jadual 4.7: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden B

Bil. Kategori Kelebihan konkrit siap bancuh


1. Kelebihan dari segi kos: - Menjimatkan kos perbelanjaan
projek.
- Menjimatkan kos penggunaan
bahan.
- Menjimatkan kos penggunaan
buruh.
- Menjimatkan kos penyimpanan
bahan.
- Mengurangkan pembaziran bahan
mentah.
2. Kelebihan dari segi kualiti: - Lebih berkualiti kerana perkadaran
agregatnya dikawal menggunakan
sistem berkomputer.
- Lebih berkualiti kerana
menggunakan pekerja pakar.
- Konkrit dihantar dalam keadaan
terkawal.
3. Kelebihan dari segi masa: - Menjimatkan masa pembinaan.
- Mudah untuk menentukan kuantiti
konkrit yang diperlukan dalam
satu-satu masa.
- Kontraktor tidak memerlukan masa
untuk membancuh konkrit.
- Menjimatkan masa penyeliaan
bahan di tapak bina.

Menurut Responden B, kelebihan konkrit siap bancuh dari segi kos ialah ia
dapat menjimatkan kos perbelanjaan projek kerana harganya yang lebih murah
berbanding konkrit yang lain. Konkrit siap bancuh juga dapat menjimatkan kos
penggunaan dan penyimpanan bahan di tapak bina kerana kontraktor tidak
memerlukan bahan mentah sendiri untuk membancuh konkrit. Oleh itu, pembaziran
bahan mentah juga dapat dikurangkan. Seterusnya, ia dapat menjimatkan kos
penggunaan buruh kerana pekerja untuk membancuh konkrit tidak diperlukan.

Tambah Responden B, kelebihan konkrit dari segi kualiti pula ialah


perkadaran agregatnya semasa proses pembancuhan yang dikawal menggunakan
sistem berkomputer dapat menjamin kualiti konkrit. Konkrit siap bancuh juga lebih
64

berkualiti kerana pembancuhannya dikendalikan oleh tenaga kerja pakar di loji


pembancuhan. Penghantaran konkrit dalam keadaan yang terkawal juga dapat
menjaga kualiti konkrit siap bancuh kerana konkrit dihantar menggunakan trak
penggaul khas.

Kelebihan konkrit siap bancuh dari segi masa berdasarkan Responden B pula
ialah konkrit siap bancuh dapat mempercepatkan masa pembinaan kerana kontraktor
boleh membuat pesanan konkrit lebih awal. Seterusnya, konkrit siap bancuh juga
dapat menjimatkan masa kerana mudah untuk menentukan kuantiti konkrit yang
diperlukan pada satu-satu masa bagi mengelakkan pembaziran konkrit. Selain itu,
dengan penggunaan konkrit siap bancuh, kontraktor tidak memerlukan masa untuk
membancuh konkrit dan dapat menjimatkan masa penyeliaan bahan di tapak bina.

4.5.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina B.

Berikut merupakan antara masalah konkrit siap bancuh yang dipersetujui oleh
Responden B. Masalah tersebut merangkumi dari segi kualiti dan masa yang
dinyatakan berdasarkan Tapak Bina B.
65

Jadual 4.8: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden B.


Bil. Kategori Masalah Konkrit Siap Bancuh
1. Masalah dari segi kualiti: - Jangka hayat konkrit siap bancuh yang
singkat menjejaskan kualiti konkrit.
- Konkrit hanya mampu bertahan selama
dua jam di dalam trak.
- Pengendalian yang lemah daripada buruh
di tapak bina menjejaskan kualiti konkrit.
- Kesegaran konkrit berkurang kerana masa
penghantaran yang lama.
- Pengubahsuaian keatas campuran konkrit
di tapak bina menjejaskan kualiti konkrit.
2. Masalah dari segi masa: - Jarak loji yang jauh melambatkan
penghantaran konkrit.
- Kesesakan jalanraya melambatkan
penghantaran konkrit.
- Akses yang terhad di tapak bina
mengganggu penghantaran konkrit.
3. Masalah-masalah lain: - Penambahan air mengurangkan kekuatan
konkrit.

Menurut Responden B, masalah konkrit siap bancuh dari segi kualiti ialah
kualiti konkrit akan terjejas kerana jangka hayatnya yang singkat, iaitu konkrit siap
bancuh hanya mampu bertahan selama dua jam di dalam trak penggaul. Sebarang
gangguan semasa proses penghantaran konkrit seperti kesesakan lalu lintas dan akses
yang terhad di tapak bina akan menjejaskan kualiti konkrit. Pengendalian yang
lemah daripada buruh di tapak bina juga akan menjejaskan kualiti konkrit kerana
setiap kecuaian atau kesilapan daripada pekerja semasa mengendalikan kerja konkrit
akan merosakkan struktur konkrit. Seterusnya, pengubahsuaian keatas campuran
konkrit semasa di tapak bina seperti penambahan air akan mengurangkan kekuatan
konkrit kerana perkadaran agregatnya sudah berubah.

Masalah konkrit siap bancuh dari segi masa berdasarkan Responden B pula
ialah jarak antara loji pembancuhan dengan tapak bina yang jauh akan melambatkan
penghantaran konkrit. Seterusnya, penghantaran konkrit pada waktu puncak juga
akan melambatkan penghantaran konkrit kerana kesesakan lalulintas. Selain itu,
akses yang terhad di tapak bina juga akan mengganggu proses penghantaran konkrit
kerana menyukarkan lori untuk masuk ke dalam kawasan tapak.
66

4.6 Kajian Kes: Tapak Bina C (Konkrit Siap Bancuh).

Tapak Bina C merupakan tapak bina yang menjalankan projek pembinaan


sebuah bangunan pejabat 24 tingkat yang diuruskan oleh syarikat kontraktor gred
G7, PUNCAK JUSERI Sdn Bhd. Berikut merupakan beberapa maklumat tambahan
mengenai Tapak Bina C.

Rajah4.4: Tapak Bina C

Jadual 4.9: Maklumat am Tapak Bina C

Bil. Perkara Keterangan


1. Nama projek: Cadangan membina sebuah bangunan pejabat
SOHO 24 tingkat.
2. Lokasi projek: Medini, Johor Bahru.
3. Tempoh projek: 2 Tahun.
4. Jenis projek: Bangunan bertingkat.
5. Nilai kontrak: RM 37,000,000.00
6. Kaedah pembancuhan Konkrit siap bancuh.
konkrit yang digunakan:
67

4.6.1 Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina C

Melalui temubual yang dijalankan, Jadual 4.10 menunjukkan faktor-faktor


kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh berdasarkan kenyataan daripada
responden Tapak Bina C yang merangkumi tempoh projek, jenis projek, saiz projek,
ketersediaan loji pembancuhan konkrit berhampiran, harga konkrit, masa
penghantaran konkrit, bilangan pekerja yang diperlukan, kuantiti konkrit yang
diperlukan dan kelebihan konkrit siap bancuh itu sendiri.

Jadual 4.10: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh.

Bil. Faktor kesesuaian Keterangan


1. Tempoh projek: 2 tahun.
2. Jenis projek: Bangunan bertingkat.
3. Saiz projek: Projek berskala besar. Nilai kontrak
sebanyak RM 37,000,000.00.
4. Ketersediaan loji pembancuhan Loji pembancuhan terhampir dengan
konkrit berhampiran: tapak bina berjarak 10 km.
5. Harga per m³ konkrit: RM 200.00 (Gred 30).
6. Masa penghantaran konkrit ke 30 minit.
tapak bina:
7. Bilangan pekerja yang diperlukan 7 orang.
untuk kerja konkrit:
8. Kuantiti konkrit yang diperlukan: 10,000 m³.
9. Kos melibatkan kerja konkrit: RM 2,000,000.00
10. Kelebihan konkrit siap bancuh: - Kelebihan dari segi kos.
- Kelebihan dari segi kualiti.
- Kelebihan dari segi masa.
11. Faktor lain: - Spesifikasi daripada pihak
perunding.

Menurut Responden C, faktor utama pemilihan konkrit siap bancuh ialah


spesifikasi daripada pihak perunding. Bagi Tapak Bina C, jurutera perunding
mereka, MEINHAROT Sdn Bhd menyediakan spesifikasi untuk menggunakan
konkrit dry-mix. Faktor lain yang menentukan penggunaan konkrit siap bancuh ialah
tempoh projek yang agak panjang iaitu dua tahun, jenis projek yang merupakan
bangunan bertingkat yang semestinya memerlukan kuantiti konkrit yang banyak iaitu
68

sekitar 10,000 meter padu konkrit. Kuantiti yang besar ini memerlukan penggunaan
konkrit siap bancuh yang cepat dan mudah.

Tambah Responden C lagi, projek ini juga merupakan projek berskala besar
dengan nilai kontraknya yang bernilai sebanyak RM 37,000,000.00 juga amat sesuai
untuk menggunakan konkrit siap bancuh. Seterusnya, ketersediaan loji
pembancuhan konkrit berhampiran yang berjarak 10 kilometer dengan Tapak Bina C
memudahkan mereka untuk menggunakan konkrit siap bancuh kerana masa
penghantaran konrkit yang diperlukan cuma selama 30 minit. Satu tempoh masa
yang dianggap sesuai sebelum kesegaran konkrit berkurang jika berada terlalu lama
di dalam trak penggaul.

Selain itu, faktor lain yang memberi kesan kepada kesesuaian konkrit siap
bancuh juga ialah harga konkrit yang lebih murah dan bilangan pekerja yang
diperlukan sedikit. Tapak Bina C mendapat konkrit dengan harga RM 200.00 untuk
satu meter padu. Jadi, kos yang melibatkan kerja konkrit untuk projek ini
dianggarkan berjumlah RM 2,000,000.00 sahaja. Bilangan tenaga kerja yang
diperlukan untuk kerja konkrit di Tapak Bina C pula ialah seramai 7 orang termasuk
pengendali kren dan signal man. Konkrit bancuh di tapak memerlukan bilangan
pekerja yang ramai untuk menghasilkan kuantiti konkrit yang banyak untuk projek
ini. Pihak kontraktor tidak memerlukan pekerja tambahan untuk membancuh
konkrit.
69

4.6.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina C

Berikut merupakan antara kelebihan konkrit siap bancuh yang dipersetujui


oleh Responden C. Kelebihan tersebut adalah merupakan kelebihan dari segi kos,
kualiti dan masa yang dinyatakan berdasarkan Tapak Bina C.

Jadual 4.11: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden C

Bil. Kategori Kelebihan konkrit siap bancuh


1. Kelebihan dari segi kos: - Menjimatkan kos perbelanjaan
projek.
- Menjimatkan kos penggunaan
buruh.
- Menjimatkan kos penyimpanan
bahan.
- Mengurangkan pembaziran bahan
mentah.
- Menjimatkan kos penggunaan
ruang di tapak bina.
2. Kelebihan dari segi kualiti: - Lebih berkualiti kerana perkadaran
agregatnya dikawal menggunakan
sistem berkomputer.
- Konkrit dihantar dalam keadaan
terkawal.
- Mudah dikendalikan di tapak bina.
3. Kelebihan dari segi masa: - Menjimatkan masa pembinaan.
- Mudah untuk menentukan kuantiti
konkrit yang diperlukan dalam
satu-satu masa.
- Kontraktor tidak memerlukan masa
untuk membancuh konkrit.
- Menjimatkan masa penyeliaan
bahan di tapak bina.

Menurut Responden C, kelebihan konkrit siap bancuh dari segi kos ialah ia
dapat menjimatkan kos perbelanjaan projek kerana harganya yang lebih murah
berbanding konkrit yang lain. Konkrit siap bancuh juga dapat menjimatkan kos
penyimpanan bahan di tapak bina kerana kontraktor tidak memerlukan bahan mentah
sendiri untuk membancuh konkrit. Oleh itu, pembaziran bahan mentah juga dapat
70

dikurangkan. Seterusnya, ia dapat menjimatkan kos penggunaan buruh kerana


pekerja untuk membancuh konkrit tidak diperlukan.

Tambah Responden C lagi, kelebihan konkrit dari segi kualiti pula ialah
konkrit siap bancuh menggunakan sistem berkomputer untuk mengawal perkadaran
agregatnya semasa proses pembancuhan bagi menjamin kualiti konkrit tersebut.
Penghantaran konkrit dalam keadaan yang terkawal juga dapat menjaga kualiti
konkrit siap bancuh kerana konkrit dihantar menggunakan trak penggaul khas.
Konkrit siap bancuh lebih berkualiti kerana ianya mudah untuk dikendalikan di tapak
bina, ini dapat mengelakkan sebarang kecuaian daripada buruh yang dapat
menjejaskan kualiti konkrit.

Kelebihan konkrit siap bancuh dari segi masa berdasarkan Responden C pula
ialah konkrit siap bancuh dapat mempercepatkan masa pembinaan kerana kontraktor
hanya perlu membuat pesanan kuantiti dan konkrit akan dihantar secepat mungkin.
Seterusnya, konkrit siap bancuh juga dapat menjimatkan masa pembinaan kerana
mudah untuk menentukan kuantiti konkrit yang diperlukan pada satu-satu masa bagi
mengelakkan pembaziran konkrit kesilapan anggaran kuantiti yang diperlukan.
Selain itu, dengan penggunaan konkrit siap bancuh, kontraktor tidak memerlukan
masa untuk membancuh konkrit dan dapat menjimatkan masa penyeliaan bahan di
tapak bina.
71

4.6.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina C

Berikut merupakan antara masalah konkrit siap bancuh yang dipersetujui oleh
Responden C. Masalah tersebut merangkumi dari segi kualiti dan masa yang
dinyatakan berdasarkan Tapak Bina C.

Jadual 4.12: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden C.

Bil. Kategori Masalah konkrit siap bancuh


1. Masalah dari segi kualiti: - Jangka hayat konkrit siap bancuh
yang singkat menjejaskan kualiti
konkrit.
- Konkrit hanya mampu bertahan
selama dua jam di dalam trak.
- Pengendalian yang lemah daripada
buruh di tapak bina menjejaskan
kualiti konkrit.
- Kesegaran konkrit berkurang
kerana masa penghantaran yang
lama.
- Pengubahsuaian keatas campuran
konkrit di tapak bina menjejaskan
kualiti konkrit.
2. Masalah dari segi masa: - Jarak loji yang jauh melambatkan
penghantaran konkrit.
- Kesesakan jalanraya melambatkan
penghantaran konkrit.
- Akses yang terhad di tapak bina
mengganggu penghantaran konkrit.

Menurut Responden C, masalah konkrit siap bancuh dari segi kualiti ialah
jangka hayat konkrit yang singkat akan menjejaskan kualiti konkrit kerana konkrit
siap bancuh hanya mampu bertahan selama dua jam di dalam trak penggaul.
Kesegaran konkrit juga akan berkurang kerana masa penghantaran yang lama.
Pengendalian yang lemah daripada buruh di tapak bina juga akan menjejaskan kualiti
konkrit kerana pekerja perlu mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan
semasa mengendalikan kerja konkrit di tapak bina yang akan merosakkan struktur
konkrit. Seterusnya, pengubahsuaian keatas campuran konkrit semasa di tapak bina
72

seperti penambahan air akan mengurangkan kekuatan konkrit kerana perkadaran


agregatnya sudah berubah.

Masalah konkrit siap bancuh dari segi masa berdasarkan Responden C pula
ialah jarak antara loji pembancuhan dan tapak bina yang jauh akan menyebabkan
kelewatan penghantaran konkrit. Seterusnya, penghantaran konkrit pada waktu
puncak juga akan melambatkan penghantaran konkrit kerana kesesakan lalulintas.
Selain itu, akses yang terhad di tapak bina juga akan mengganggu proses
penghantaran konkrit kerana menyukarkan lori untuk masuk ke dalam kawasan
tapak.
73

4.7 Kajian Kes: Tapak Bina D (Konkrit Bancuh di Tapak).

Tapak Bina D merupakan tapak bina yang menjalankan projek pembinaan


satu (1) unit rumah sesebuah dengan keluasan 1,000 kaki per segi yang diuruskan
oleh syarikat kontraktor gred G1, EIE Builder. Berikut merupakan beberapa
maklumat tambahan mengenai Tapak Bina D.

Rajah 4.5: Tapak Bina D

Jadual 4.13: Maklumat am Tapak Bina D.

Bil. Perkara Keterangan


1. Nama projek: Cadangan membina satu (1) unit rumah
sesebuah dengan keluasan 1,000 kaki per segi.
2. Lokasi projek: Kampung Tawakal, Tebrau, Johor Bahru.
3. Tempoh projek: 3 bulan.
4. Jenis projek: Rumah sesebuah.
5. Nilai kontrak: RM 60,000.00
6. Kaedah pembancuhan Konkrit bancuh di tapak.
konkrit yang digunakan:
74

4.7.1 Kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak berdasarkan Tapak


Bina D

Melalui temubual yang dijalankan, Jadual 4.14 menunjukkan faktor-faktor


kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak berdasarkan kenyataan daripada
responden Tapak Bina D yang merangkumi tempoh projek, jenis projek, saiz projek,
ketersediaan loji pembancuhan konkrit berhampiran, harga konkrit, masa
pembancuhan konkrit, bilangan pekerja yang diperlukan, kuantiti konkrit yang
diperlukan dan kelebihan konkrit bancuh di tapak itu sendiri.

Jadual 4.14: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak.

Bil. Faktor kesesuaian Keterangan


1. Tempoh projek: 3 bulan.
2. Jenis projek: Satu unit rumah sesebuah.
3. Saiz projek: Projek berskala kecil. Nilai kontrak
sebanyak RM 60,000.00.
4. Ketersediaan loji pembancuhan Tiada.
konkrit berhampiran:
5. Kadar harga untuk 1 m³ konkrit: RM 244.00 (design mix grade 25).
6. Masa pembancuhan konkrit: 1.2 m³ per jam
7. Bilangan pekerja yang diperlukan 5 orang.
untuk kerja konkrit:
8. Kuantiti konkrit yang diperlukan: 70 m³.
9. Kos melibatkan kerja konkrit: RM 17,000.00
10. Kelebihan konkrit bancuh di - Kelebihan dari segi kos.
tapak: - Kelebihan dari segi kualiti.
- Kelebihan dari segi masa.

Menurut Responden D, faktor utama dalam pemilihan penggunaan konkrit


bancuh di tapak ini ialah jenis projek yang dijalankan dan kuantiti konkrit yang
diperlukan untuk projek tersebut. Bagi Tapak Bina D, jenis projek yang dijalankan
ialah projek pembinaan rumah sesebuah yang hanya memerlukan 70 meter padu
konkrit. Projek tersebut merupakan projek yang berskala kecil dengan nilai
kontraknya berjumlah RM 60,000.00 sahaja.
75

Tambah Responden D lagi, tempoh projek juga menjadi faktor kesesuaian


penggunaan konkrit bancuh di tapak kerana tempoh projek Tapak Bina D hanya
selama 3 bulan. Ketiadaan loji pembancuhan konkrit berhampiran juga merupakan
faktor kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak dan memerlukan kontraktor
untuk membancuh konkrit sendiri di tapak bina. Seterusnya, kadar harga untuk 1
meter padu konkrit berdasarkan Responden D pula RM 244.00 per meter padu
termasuk harga penyewaan mesin, harga bahan dan harga buruh yang digunakan.

Selain itu, masa yang diperlukan untuk membancuh konkrit di tapak ialah
berdasarkan output mesin penggaul yang digunakan, bagi Tapak Bina D, output
mesin penggaul yang digunakan ialah mampu menghasilkan 1.2 meter padu konkrit
per jam. Ia sesuai digunakan kerana projek ini tidak memerlukan kuantiti konkrit
yang banyak. Bilangan pekerja yang diperlukan untuk kerja konkrit di Tapak Bina D
pula ialah seramai 5 orang termasuk kerja membancuh dan menuang konkrit. Kos
melibatkan kerja konkrit untuk projek ini pula ialah RM 17,000.00 yang merupakan
28.3 peratus daripada nilai kontrak.

4.7.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina D

Berikut merupakan antara kelebihan konkrit bancuh di tapak yang


dipersetujui oleh Responden D. Kelebihan tersebut adalah merupakan kelebihan dari
segi kos, kualiti dan masa yang dinyatakan berdasarkan Tapak Bina D.
76

Jadual 4.15: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden D

Bil. Kategori Kelebihan konkrit siap bancuh


1. Kelebihan dari segi kos: - Menjimatkan kos jangka masa
panjang kontraktor.
- Menjimatkan kos pengangkutan
konkrit.
- Mengurangkan pembaziran bahan
mentah.
2. Kelebihan dari segi kualiti: - Meningkatkan produktiviti kerja
buruh.
- Mengurangkan masalah
pengangkutan konkrit.
- Perkadaran agregat ditentukan
sendiri oleh kontraktor.
3. Kelebihan dari segi masa: - Bekalan konkrit yang berterusan
mempercepatkan tempoh
pembinaan.
- Menjimatkan masa penghantaran
konkrit ke tapak bina.
- Bebas dari risiko kelewatan
disebabkan kesesakan lalulintas.

Menurut Responden D, kelebihan konkrit bancuh di tapak dari segi kos ialah
konkrit bancuh di tapak dapat menjimatkan kos jangka masa panjang kontraktor
kerana kos untuk konkrit akan berkurang dengan pemilikan mesin penggaul sendiri
oleh kontraktor. Konkrit bancuh di tapak juga dapat menjimatkan kos pengangkutan
konkrit kerana konkrit tersebut tidak perlu dihantar menggunakan jentera khas
seperti lori dan kren mudah alih. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak juga dapat
mengurangkan pembaziran bahan mentah kerana perkadaran bahan mentah
ditentukan sendiri oleh kontraktor.

Selain itu, kelebihan konkrit bancuh di tapak dari segi kualiti pula ialah
konkrit bancuh di tapak dapat meningkatkan produktiviti kerja buruh kerana
kontraktor memerlukan buruh untuk membancuh dan menuang konkrit. Kualiti
konkrit di tapak terjamin kerana tidak berlaku sebarang masalah berkaitan dengan
penghantaran konkrit. Konkrit bancuh di tapak lebih berkualiti kerana perkadaran
77

agregatnya ditentukan sendiri oleh pihak kontraktor. Perkara ini dapat mengelakkan
sebarang penipuan di dalam campuran konkrit tersebut.

Tambah Responden D lagi, kelebihan konkrit bancuh di tapak dari segi masa
pula ialah ia dapat mempercepatkan masa pembinaan kerana bekalan konkritnya
yang berterusan. Kontraktor hanya perlu menyediakan bahan mentah yang
mencukupi. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak dapat menjimatkan masa
penghantaran konkrit ke tapak bina kerana konkrit tersebut dibancuh berhampiran
dengan tempat penuangannya. Konkrit bancuh di tapak juga dapat mengurangkan
risiko kelewatan yang disebabkan oleh kesesakan lalulintas kerana ia dibancuh di
tapak bina.

4.7.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina D

Berikut merupakan antara masalah konkrit siap bancuh yang dipersetujui oleh
Responden D. Masalah tersebut merangkumi dari segi kos, kualiti dan masa yang
dinyatakan berdasarkan Tapak Bina D.
78

Jadual 4.16: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden D.


Bil. Kategori Masalah konkrit siap bancuh
1. Masalah dari segi kos. - Meningkatkan kos penyimpanan dan
pemantauan bahan mentah.
- Memerlukan kos penyewaan dan
penyelenggaraan mesin.
- Penggunaan bahan mentah yang tidak
efektif akan meningkatkan pembaziran.
- Kecurian bahan dan peralatan akan
menyebabkan kerugian kepada pihak
kontraktor.
- Kos susut nilai untuk peralatan yang
dimiliki perlu diambil kira.
2. Masalah dari segi kualiti: - Memerlukan pemantauan yang lebih kerap
dari pihak kontraktor.
3. Masalah dari segi masa: - Memerlukan penyeliaan yang lebih kerap
dari pihak kontraktor.
- Bekalan konkrit bergantung kepada
ketersediaan bahan mentah di tapak bina.

Menurut Responden D, masalah konkrit bancuh di tapak dari segi kos ialah
konkrit bancuh di tapak akan meningkatkan kos penyimpanan dan pemantauan bahan
mentah kerana bahan mentah seperti batu, pasir dan simen yang diperlukan disimpan
di tapak bina. Konkrit bancuh di tapak juga memerlukan kos penyewaan dan
penyelenggaraan mesin pembancuh konkrit yang digunakan. Seterusnya, konkrit
bancuh di tapak akan meningkatkan kos sekiranya berlaku pembaziran pada
penggunaan bahan mentah yang tidak efektif. Kecurian bahan dan peralatan yang
disimpan di tapak bina juga akan merugikan pihak kontraktor.

Selain itu, masalah konkrit bancuh di tapak dari segi kualiti pula ialah konkrit
bancuh di tapak memerlukan pemantauan yang lebih kerap dari pihak kontraktor
semasa kerja pembancuhan dijalankan bagi menjamin kualiti konkrit yang
dihasilkan. Tambah Responden D lagi, masalah konkrit bancuh di tapak dari segi
masa pula ialah konkrit bancuh di tapak akan meningkatkan masa pembinaan kerana
ia memerlukan penyeliaan yang ;lebih kerap dari pihak kontraktor semasa kerja
pembancuhan. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak akan memberi kesan kepada
masa pembinaan kerana bekalan konkrit bergantung kepada ketersediaan bahan
mentah di tapak bina.
79

4.8 Kajian Kes: Tapak Bina E (Konkrit Bancuh di Tapak).

Tapak Bina E merupakan tapak bina yang menjalankan projek pembinaan


satu (1) unit rumah sesebuah dengan keluasan 1,550 kaki per segi yang diuruskan
oleh syarikat kontraktor gred G1, Afuza Enterprise. Berikut merupakan beberapa
maklumat tambahan mengenai Tapak Bina E.

Rajah 4.6: Tapak Bina E

Jadual 4.17: Maklumat am Tapak Bina E.

Bil. Perkara Keterangan


1. Nama projek: Cadangan membina satu (1) unit rumah
sesebuah dengan keluasan 1,550 kaki per segi.
2. Lokasi projek: Taman Teratai, Kangkar Pulai, Johor Bahru.
3. Tempoh projek: 6 bulan.
4. Jenis projek: Rumah sesebuah.
5. Nilai kontrak: RM 155,000.00
6. Kaedah pembancuhan Konkrit bancuh di tapak.
konkrit yang digunakan:
80

4.8.1 Kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak berdasarkan Tapak


Bina E.

Melalui temubual yang dijalankan, Jadual 4.18 menunjukkan faktor-faktor


kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak berdasarkan kenyataan daripada
responden Tapak Bina E yang merangkumi tempoh projek, jenis projek, saiz projek,
ketersediaan loji pembancuhan konkrit berhampiran, harga konkrit, masa
pembancuhan konkrit, bilangan pekerja yang diperlukan, kuantiti konkrit yang
diperlukan dan kelebihan konkrit bancuh di tapak itu sendiri.

Jadual 4.18: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak.

Bil. Faktor kesesuaian Keterangan


1. Tempoh projek: 6 bulan.
2. Jenis projek: Satu unit rumah sesebuah.
3. Saiz projek: Projek berskala kecil. Nilai kontrak
sebanyak RM 155,000.00.
4. Ketersediaan loji pembancuhan Tiada.
konkrit berhampiran:
5. Kadar harga untuk 1 m³ konkrit: RM 265.00 (design mix grade 25).
6. Masa pembancuhan konkrit: 1.2 m³ per jam
7. Bilangan pekerja yang diperlukan 5 orang.
untuk kerja konkrit:
8. Kuantiti konkrit yang diperlukan: 120 m³.
9. Kos melibatkan kerja konkrit: RM 32,000.00
10. Kelebihan konkrit bancuh di - Kelebihan dari segi kos.
tapak: - Kelebihan dari segi kualiti.
- Kelebihan dari segi masa.

Menurut Responden E, faktor utama dalam pemilihan penggunaan konkrit


bancuh di tapak ini ialah jenis projek yang dijalankan dan kuantiti konkrit yang
diperlukan untuk projek tersebut. Bagi Tapak Bina E, jenis projek yang dijalankan
ialah projek pembinaan rumah sesebuah dan tidak memerlukan kuantiti konkrit yang
banyak, hanya dalam lingkungan 120 meter padu konkrit. Projek tersebut
merupakan projek yang berskala kecil dengan nilai kontraknya berjumlah RM
155,000.00 sahaja.
81

Tambah Responden E lagi, tempoh projek juga menjadi faktor kesesuaian


penggunaan konkrit bancuh di tapak kerana tempoh projek Tapak Bina E hanya
selama 6 bulan. Satu tempoh yang dianggap sesuai untuk menyewa mesin penggaul
dan peralatan lain. Kontraktor perlu membancuh konkrit sendiri di tapak bina
disebabkan ketiadaan loji pembancuhan konkrit berhampiran. Seterusnya, kadar
harga untuk 1 meter padu konkrit menurut Responden E pula ialah RM 244.00 per
meter padu termasuk harga penyewaan mesin, harga bahan dan harga buruh yang
digunakan.

Selain itu, masa yang diperlukan untuk membancuh konkrit di tapak ialah
berdasarkan output mesin penggaul yang digunakan, bagi Tapak Bina E, output
mesin penggaul yang digunakan mampu untuk menghasilkan 1.2 meter padu konkrit
per jam. Ia masih mampu digunakan untuk menghasilkan kuantiti konkrit yang yang
diperlukan dalam tempoh pembinaan tersebut kerana projek ini tidak memerlukan
kuantiti konkrit yang banyak. Bilangan pekerja yang diperlukan untuk kerja konkrit
di Tapak Bina E pula ialah seramai 5 orang termasuk kerja membancuh dan menuang
konkrit. Kos melibatkan kerja konkrit untuk projek ini pula ialah dalam lingkungan
RM 32,000.00 yang merupakan 20.6 peratus daripada nilai kontrak.

4.8.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina E

Berikut merupakan antara kelebihan konkrit bancuh di tapak yang


dipersetujui oleh Responden E. Kelebihan tersebut adalah merupakan kelebihan dari
segi kos, kualiti dan masa yang dinyatakan berdasarkan Tapak Bina E.
82

Jadual 4.19: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden E

Bil. Kategori Kelebihan konkrit siap bancuh


1. Kelebihan dari segi kos: - Menjimatkan kos jangka masa
panjang kontraktor.
- Menjimatkan kos pengangkutan
konkrit.
- Mengurangkan pembaziran bahan
mentah.
2. Kelebihan dari segi kualiti: - Meningkatkan produktiviti kerja
buruh.
- Mengurangkan masalah
pengangkutan konkrit.
- Perkadaran agregat ditentukan
sendiri oleh kontraktor.
3. Kelebihan dari segi masa: - Bekalan konkrit yang berterusan
mempercepatkan tempoh
pembinaan.
- Menjimatkan masa penghantaran
konkrit ke tapak bina.
- Bebas dari risiko kelewatan
disebabkan kesesakan lalulintas.

Menurut Responden E, kelebihan konkrit bancuh di tapak dari segi kos ialah
konkrit bancuh di tapak dapat menjimatkan kos jangka masa panjang kontraktor
kerana kos untuk kerja konkrit akan berkurang dengan menggunakan mesin penggaul
milik syarikat mereka sendiri. Konkrit bancuh di tapak juga dapat menjimatkan kos
pengangkutan konkrit kerana konkrit tersebut tidak perlu dihantar menggunakan
jentera khas seperti lori dan kren mudah alih. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak
juga dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah jika digunakan sebaiknya
kerana perkadaran bahan mentah ditentukan sendiri oleh kontraktor.

Selain itu, kelebihan konkrit bancuh di tapak dari segi kualiti pula ialah
konkrit bancuh di tapak dapat meningkatkan produktiviti kerja buruh kerana
kontraktor memerlukan buruh untuk membancuh dan menuang konkrit. Kualiti
konkrit di tapak terjamin kerana tidak berlaku sebarang masalah berkaitan dengan
penghantaran konkrit. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak lebih berkualiti kerana
83

perkadaran agregatnya ditentukan sendiri oleh pihak kontraktor. Perkara ini dapat
mengelakkan sebarang penipuan di dalam campuran konkrit tersebut.

Tambah Responden E lagi, kelebihan konkrit bancuh di tapak dari segi masa
pula ialah ia dapat mempercepatkan masa pembinaan kerana bekalan konkritnya
yang berterusan. Kontraktor hanya perlu menyediakan bahan mentah yang
mencukupi. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak dapat menjimatkan masa
penghantaran konkrit ke tapak bina kerana konkrit tersebut dibancuh berhampiran
dengan tempat penuangannya. Konkrit bancuh di tapak juga dapat mengurangkan
risiko kelewatan yang disebabkan oleh kesesakan lalulintas kerana ia dibancuh di
tapak bina.

4.8.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina

Berikut merupakan antara masalah konkrit siap bancuh yang dipersetujui oleh
Responden E. Masalah tersebut merangkumi dari segi kos, kualiti dan masa yang
dinyatakan berdasarkan Tapak Bina E.
84

Jadual 4.20: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden E.


Bil. Kategori Masalah konkrit siap bancuh
1. Masalah dari segi kos. - Meningkatkan kos penyimpanan dan
pemantauan bahan mentah.
- Memerlukan kos penyewaan dan
penyelenggaraan mesin.
- Penggunaan bahan mentah yang tidak
efektif akan meningkatkan
pembaziran.
- Kecurian bahan dan peralatan akan
menyebabkan kerugian kepada pihak
kontraktor.
2. Masalah dari segi kualiti: - Memerlukan pemantauan yang lebih
kerap dari pihak kontraktor.
3. Masalah dari segi masa: - Memerlukan penyeliaan yang lebih
kerap dari pihak kontraktor.
- Bekalan konkrit bergantung kepada
ketersediaan bahan mentah di tapak
bina.

Menurut Responden E, masalah konkrit bancuh di tapak dari segi kos ialah
konkrit bancuh di tapak akan meningkatkan kos penyimpanan dan pemantauan bahan
mentah kerana bahan mentah seperti batu, pasir dan simen yang diperlukan disimpan
di tapak bina. Konkrit bancuh di tapak juga memerlukan kos penyewaan dan
penyelenggaraan mesin pembancuh konkrit yang digunakan. Seterusnya, konkrit
bancuh di tapak akan meningkatkan kos sekiranya berlaku pembaziran pada
penggunaan bahan mentah yang tidak efektif. Kecurian bahan dan peralatan yang
disimpan di tapak bina juga akan merugikan pihak kontraktor.

Selain itu, masalah konkrit bancuh di tapak dari segi kualiti pula ialah konkrit
bancuh di tapak memerlukan pemantauan yang lebih kerap dari pihak kontraktor
semasa kerja pembancuhan dijalankan bagi menjamin kualiti konkrit yang
dihasilkan. Tambah Responden D lagi, masalah konkrit bancuh di tapak dari segi
masa pula ialah konkrit bancuh di tapak akan meningkatkan masa pembinaan kerana
ia memerlukan penyeliaan yang ;lebih kerap dari pihak kontraktor semasa kerja
pembancuhan. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak akan memberi kesan kepada
masa pembinaan kerana bekalan konkrit bergantung kepada ketersediaan bahan
mentah di tapak bina.
85

4.9 Kajian Kes: Tapak Bina F (Konkrit Bancuh di Tapak)

Tapak Bina F merupakan tapak bina yang menjalankan projek pembinaan


satu (1) unit rumah sesebuah dengan keluasan 1,380 kaki per segi yang diuruskan
oleh syarikat kontraktor gred G1, Falah Infra Work Enterprise. Berikut merupakan
beberapa maklumat tambahan mengenai Tapak Bina F.

Rajah 4.7: Tapak Bina F

Jadual 4.21: Maklumat am Tapak Bina F.

Bil. Perkara Keterangan


1. Nama projek: Cadangan membina satu (1) unit rumah
sesebuah dengan keluasan 1,380 kaki per segi.
2. Lokasi projek: Taman Impian Emas, Johor Bahru.
3. Tempoh projek: 5 bulan.
4. Jenis projek: Rumah sesebuah.
5. Nilai kontrak: RM 147,770.00
6. Kaedah pembancuhan Konkrit bancuh di tapak.
konkrit yang digunakan:
86

4.9.1 Kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak berdasarkan Tapak


Bina F.

Melalui temubual yang dijalankan, Jadual 4.22 menunjukkan faktor-faktor


kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak berdasarkan kenyataan daripada
responden Tapak Bina F yang merangkumi tempoh projek, jenis projek, saiz projek,
ketersediaan loji pembancuhan konkrit berhampiran, harga konkrit, masa
pembancuhan konkrit, bilangan pekerja yang diperlukan, kuantiti konkrit yang
diperlukan dan kelebihan konkrit bancuh di tapak itu sendiri.

Jadual 4.22: Faktor kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak.

Bil. Faktor kesesuaian Keterangan


1. Tempoh projek: 5 bulan.
2. Jenis projek: Satu unit rumah sesebuah.
3. Saiz projek: Projek berskala kecil. Nilai kontrak
sebanyak RM 147,770.00.
4. Ketersediaan loji pembancuhan Tiada.
konkrit berhampiran:
5. Kadar harga untuk 1 m³ konkrit: RM 250.00 (design mix grade 25).
6. Masa pembancuhan konkrit: 1.2 m³ per jam
7. Bilangan pekerja yang diperlukan 5 orang.
untuk kerja konkrit:
8. Kuantiti konkrit yang diperlukan: 100 m³.
9. Kos melibatkan kerja konkrit: RM 25,000.00
10. Kelebihan konkrit bancuh di - Kelebihan dari segi kos.
tapak: - Kelebihan dari segi kualiti.
- Kelebihan dari segi masa.

Menurut Responden F, faktor utama dalam pemilihan penggunaan konkrit


bancuh di tapak ini ialah jenis projek yang dijalankan dan kuantiti konkrit yang
diperlukan untuk projek tersebut. Bagi Tapak Bina F, jenis projek yang dijalankan
ialah projek pembinaan rumah sesebuah dan tidak memerlukan kuantiti konkrit yang
banyak, hanya dalam lingkungan 100 meter padu konkrit. Projek tersebut
merupakan projek yang berskala kecil dengan nilai kontraknya berjumlah RM
147,770.00 sahaja.
87

Tambah Responden F lagi, tempoh projek juga menjadi faktor kesesuaian


penggunaan konkrit bancuh di tapak kerana tempoh projek Tapak Bina F hanya
selama 5 bulan. Satu tempoh yang dianggap sesuai untuk menyewa mesin penggaul
dan peralatan lain. Kontraktor perlu membancuh konkrit sendiri di tapak bina
disebabkan ketiadaan loji pembancuhan konkrit berhampiran. Seterusnya, kadar
harga untuk 1 meter padu konkrit menurut Responden E pula ialah RM 250.00 per
meter padu termasuk harga penyewaan mesin, harga bahan dan harga buruh yang
digunakan.

Selain itu, masa yang diperlukan untuk membancuh konkrit di tapak ialah
berdasarkan output mesin penggaul yang digunakan, bagi Tapak Bina F, output
mesin penggaul yang digunakan mampu untuk menghasilkan 1.2 meter padu konkrit
per jam. Ia masih mampu digunakan untuk menghasilkan kuantiti konkrit yang yang
diperlukan dalam tempoh pembinaan tersebut kerana projek ini tidak memerlukan
kuantiti konkrit yang banyak. Bilangan pekerja yang diperlukan untuk kerja konkrit
di Tapak Bina F pula ialah seramai 5 orang termasuk kerja membancuh dan menuang
konkrit. Kos melibatkan kerja konkrit untuk projek ini pula ialah dalam lingkungan
RM 25,000.00 yang merupakan 17 peratus daripada nilai kontrak.

4.9.2 Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina F

Berikut merupakan antara kelebihan konkrit bancuh di tapak yang


dipersetujui oleh Responden F. Kelebihan tersebut adalah merupakan kelebihan dari
segi kos, kualiti dan masa yang dinyatakan berdasarkan Tapak Bina F.
88

Jadual 4.23: Kelebihan konkrit siap bancuh berdasarkan Responden F

Bil. Kategori Kelebihan konkrit siap bancuh


1. Kelebihan dari segi kos: - Menjimatkan kos jangka masa
panjang kontraktor.
- Menjimatkan kos pengangkutan
konkrit.
- Mengurangkan pembaziran bahan
mentah.
2. Kelebihan dari segi kualiti: - Meningkatkan produktiviti kerja
buruh.
- Mengurangkan masalah
pengangkutan konkrit.
- Perkadaran agregat ditentukan
sendiri oleh kontraktor.
3. Kelebihan dari segi masa: - Bekalan konkrit yang berterusan
mempercepatkan tempoh
pembinaan.
- Menjimatkan masa penghantaran
konkrit ke tapak bina.
- Bebas dari risiko kelewatan
disebabkan kesesakan lalulintas.

Menurut Responden F, kelebihan konkrit bancuh di tapak dari segi kos ialah
konkrit bancuh di tapak dapat menjimatkan kos jangka masa panjang kontraktor
kerana kos untuk kerja konkrit akan berkurang dengan menggunakan mesin penggaul
milik syarikat mereka sendiri. Konkrit bancuh di tapak juga dapat menjimatkan kos
pengangkutan konkrit kerana konkrit tersebut tidak perlu dihantar menggunakan
jentera khas seperti lori dan kren mudah alih. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak
juga dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah jika digunakan sebaiknya
kerana perkadaran bahan mentah ditentukan sendiri oleh kontraktor.

Selain itu, kelebihan konkrit bancuh di tapak dari segi kualiti pula ialah
konkrit bancuh di tapak dapat meningkatkan produktiviti kerja buruh kerana
kontraktor memerlukan buruh untuk membancuh dan menuang konkrit. Kualiti
konkrit di tapak terjamin kerana tidak berlaku sebarang masalah berkaitan dengan
penghantaran konkrit. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak lebih berkualiti kerana
89

perkadaran agregatnya ditentukan sendiri oleh pihak kontraktor. Perkara ini dapat
mengelakkan sebarang penipuan di dalam campuran konkrit tersebut.

Tambah Responden F lagi, kelebihan konkrit bancuh di tapak dari segi masa
pula ialah ia dapat mempercepatkan masa pembinaan kerana bekalan konkritnya
yang berterusan. Kontraktor hanya perlu menyediakan bahan mentah yang
mencukupi. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak dapat menjimatkan masa
penghantaran konkrit ke tapak bina kerana konkrit tersebut dibancuh berhampiran
dengan tempat penuangannya. Konkrit bancuh di tapak juga dapat mengurangkan
risiko kelewatan yang disebabkan oleh kesesakan lalulintas kerana ia dibancuh di
tapak bina.

4.9.3 Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Tapak Bina F

Berikut merupakan antara masalah konkrit siap bancuh yang dipersetujui oleh
Responden F. Masalah tersebut merangkumi dari segi kos, kualiti dan masa yang
dinyatakan berdasarkan Tapak Bina F.
90

Jadual 4.24: Masalah konkrit siap bancuh berdasarkan Responden F.


Bil. Kategori Masalah konkrit siap bancuh
1. Masalah dari segi kos. - Meningkatkan kos penyimpanan dan
pemantauan bahan mentah.
- Memerlukan kos penyewaan dan
penyelenggaraan mesin.
- Penggunaan bahan mentah yang tidak
efektif akan meningkatkan pembaziran.
- Kecurian bahan dan peralatan akan
menyebabkan kerugian kepada pihak
kontraktor.
2. Masalah dari segi kualiti: - Memerlukan pemantauan yang lebih kerap
dari pihak kontraktor.
3. Masalah dari segi masa: - Memerlukan penyeliaan yang lebih kerap
dari pihak kontraktor.
- Bekalan konkrit bergantung kepada
ketersediaan bahan mentah di tapak bina.

Menurut Responden F, masalah konkrit bancuh di tapak dari segi kos ialah
konkrit bancuh di tapak memerlukan kos penyimpanan dan pemantauan bahan
mentah kerana bahan mentah seperti batu, pasir dan simen yang diperlukan disimpan
di tapak bina. Konkrit bancuh di tapak juga memerlukan kos penyewaan dan
penyelenggaraan mesin pembancuh konkrit yang digunakan. Seterusnya, konkrit
bancuh di tapak akan meningkatkan kos sekiranya berlaku pembaziran pada
penggunaan bahan mentah yang tidak efektif. Kecurian bahan dan peralatan yang
disimpan di tapak bina juga akan merugikan pihak kontraktor.

Selain itu, masalah konkrit bancuh di tapak dari segi kualiti pula ialah konkrit
bancuh di tapak memerlukan pemantauan yang lebih kerap dari pihak kontraktor
semasa kerja pembancuhan dijalankan bagi menjamin kualiti konkrit yang
dihasilkan. Tambah Responden D lagi, masalah konkrit bancuh di tapak dari segi
masa pula ialah konkrit bancuh di tapak akan meningkatkan masa pembinaan kerana
ia memerlukan penyeliaan yang ;lebih kerap dari pihak kontraktor semasa kerja
pembancuhan. Seterusnya, konkrit bancuh di tapak akan memberi kesan kepada
masa pembinaan kerana bekalan konkrit bergantung kepada ketersediaan bahan
mentah di tapak bina.
91

4.10 Analisis Data di antara Tapak Bina Kajian

4.10.1 Faktor Kesesuaian Penggunaan Konkrit Siap Bancuh dan Konkrit


Bancuh di Tapak

Berdasarkan kajian literatur yang dibuat, kesesuaian penggunaan konkrit siap


bancuh dan konkrit bancuh di tapak telah dikenalpasti. Faktor kesesuaian ini telah
dibahagikan kepada beberapa elemen seperti tempoh projek, jenis projek, saiz projek
dan lain-lain. Faktor kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh
di tapak ini diuji berdasarkan kepada 6 tapak bina kajian yang dipilih. Hasil analisis
adalah seperti berikut:

Jadual 4.25: Perbandingan kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan


konkrit bancuh di tapak.
Konkrit Siap Bancuh Konkrit Bancuh Di Tapak
Tapak bina A B C D E F
Tempoh projek 2 tahun 2 tahun 2 tahun 3 bulan 6 bulan 5 bulan
Jenis projek Pusat Bangunan Bangunan Rumah Rumah Rumah
membeli - bertingkat bertingkat sesebuah sesebuah sesebuah
belah
Saiz projek 132 Juta 400 Juta 37 Juta 60 Ribu 155 Ribu 147 Ribu
(nilai kontrak)
(RM)
Ketersediaan 5km 1km 10km Tiada Tiada Tiada
loji
berhampiran
Harga 210.00 450.00 200.00 244.00 265.00 250.00
konkrit/m³ (RM) (gred 35) (perfect (gred 30) (gred 25) (gred 25) (gred 25)
mix)
Masa 15 minit 10 minit 30 minit 1.2m³ per 1.2m³ per 1.2m³ per
pembancuhan / jam jam jam
penghantaran
Bilangan 20 orang 20 orang 7 orang 5 orang 5 orang 5 orang
pekerja
Kuantiti konkrit 20,400 80,000 10,000 70 120 100
yang diperlukan
(m³)
Kos keseluruhan 4.284 Juta 36 Juta 2 Juta 17 Ribu 32 Ribu 25 Ribu
konkrit (RM)
92

Berdasarkan Jadual 4.25 diatas, konkrit siap bancuh sesuai digunakan untuk
projek yang mempunyai tempoh pembinaan yang lama iaitu 2 tahun seperti Tapak
Bina A, B dan C. Manakala bagi Tapak Bina D, E dan F lebih sesuai untuk
menggunakan konkrit bancuh di tapak kerana tempoh pembinaan mereka hanya 3
hingga 6 bulan. Mengikut jenis projek pula, konkrit siap bancuh lebih sesuai
digunakan untuk projek jenis bengunan komersial dan bangunan bertingkat seperti
Tapak Bina A, B dan C. Manakala jenis projek pembinaan rumah sesebuah seperti
Tapak Bina D, E dan F lebih sesuai menggunakan konkrit bancuh di tapak.

Tapak Bina A, B dan C ialah tapak bina yang bersaiz besar dengan nilai
kontrak bermula dari RM 37,000,000.00 hingga RM 400,000,000.00, jadi mereka
lebih sesuai untuk menggunakan konkrit siap bancuh. Untuk Tapak Bina D, E dan F,
saiz projek mereka adalah lebih kecil dengan nilai kontrak bermula RM 60,000.00
hingga RM 155,000.00 yang menjadikan mereka lebih sesuai untuk menggunakan
konkrit bancuh di tapak. Berdasarkan kepada ketersediaan loji pembancuhan konkrit
berhampiran pula, Tapak Bina A, B dan C mempunyai loji pembancuhan konkrit
berhampiran dengan jarak 1 hingga 10 kilometer menjadikan mereka lebih sesuai
untuk menggunakan konkrit siap bancuh. Manakala Tapak Bina D, E dan F tidak
mempunyai loji pembancuhan konkrit berhampiran, jadi mereka lebih sesuai untuk
menggunakan konkrit bancuh di tapak.

Masa penghantaran konkrit ke Tapak Bina A, B dan C bermula dari 10 minit


hingga 30 minit kerana mereka menggunakan konkrit siap bancuh. Manakala bagi
Tapak Bina D, E dan F yang menggunakan konkrit bancuh di tapak hanya mampu
menghasilkan 1.2 meter padu konkrit per jam. Konkrit siap bancuh lebih sesuai
digunakan kerana boleh didapati dengan cepat dan mudah. Bilangan pekerja yang
diperlukan bagi Tapak Bina A, B dan C ialah seramai 7 hingga 20 orang untuk
melakukan kerja konkrit dalam kuantiti 10,000 hinga 80,000 meter padu konkrit.
Manakala bilangan pekerja yang diperlukan bagi Tapak Bina D, E dan F ialah
seramai 5 orang untuk melakukan kerja konkrit dalam kuantiti 70 hingga 120 meter
93

padu konkrit. Oleh itu, konkrit siap bancuh lebih sesuai digunakan kerana
memerlukan bilangan tenaga kerja yang sedikit untuk kuantiti konkrit yang banyak.

Kos keseluruhan melibatkan konkrit siap bancuh bagi Tapak Bina A, B dan C
ialah bermula dari RM 2,000,000.00 hingga RM 36,000,000.00 iaitu 5 peratus hingga
9 peratus daripada nilai kontrak. Manakala kos keseluruhan melibatkan konkrit
bancuh di tapak bagi Tapak Bina D, E dan F ialah bermula dari RM 17,000.00
hingga RM 35,000.00 iaitu 20.6 peratus hingga 28.3 peratus daripada nilai kontrak.
Jadi, konkrit siap bancuh lebih sesuai digunakan kerana kosnya yang lebih rendah.

4.10.2 Kelebihan penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di


tapak.

Terdapat beberapa kelebihan penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit


bancuh di tapak yang telah dikenalpasti. Kelebihan tersebut adalah melibatkan
kelebihan dari segi kos, kualiti dan masa. Jadual 4.26 dan Jadual 4.27 menunjukkan
kelebihan – kelebihan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak yang telah
dipersetujui oleh responden.
94

Jadual 4.26: Ringkasan persetujuan kelebihan konkrit siap bancuh.

Skala Min
Bilangan
Kategori

Responden Jumlah
Klasifi
Kelebihan - kelebihan Skor Respon Min Rank kasi
den

1 2 3 4 5

Menjimatkan kos
2 1 13 3 4.3 3 Setuju
perbelanjaan projek
Menjimatkan kos penggunaan Tidak
1 1 1 9 3 3 7 pasti
bahan
Menjimatkan kos penggunaan
1 2 14 3 4.7 2 Setuju
buruh
Kos

Menjimatkan kos
3 15 3 5 1 Setuju
pennyimpanan bahan
Menjimatkan kos pembaziran
1 2 14 3 4.7 2 Setuju
bahan
Menjimatkan kos penggunaan
1 1 1 12 3 4 4 Setuju
ruang di tapak bina
Perkadaran agregatnya
dikawal menggunakan sistem 3 15 3 5 1 Setuju
berkomputer
Kualiti

Menggunakan pekerja pakar 1 1 1 11 3 3.7 5 Setuju


Dihantar dalam keadaan yang
3 12 3 4 4 Setuju
terkawal
Mudah dikendalikan di tapak Tidak
2 1 10 3 3.3 6 pasti
bina
Menjimatkan masa
3 15 3 5 1 Setuju
pembinaan
Mudah untuk menentukan
kuantiti konkrit yang 1 2 12 3 4 4 Setuju
diperlukan
Masa

kontraktor tidak memerlukan


masa untuk membancuh 3 15 3 5 1 Setuju
konkrit
Menjimatkan masa
penyeliaan bahan di tapak 3 15 3 5 1 Setuju
bina
95

Berdasarkan kepada rajah di atas, secara keseluruhan, kelebihan konkrit siap


bancuh dari segi kos yang dipersetujui oleh pihak kontraktor dengan nilai skor min
bermula dari 3.68 hingga 5 ialah konkrit siap bancuh dapat menjimatkan kos
perbelanjaan projek, menjimatkan kos penggunaan buruh, menjimatkan kos
penyimpanan bahan, menjimatkan kos pembaziran bahan dan menjimatkan kos
penggunaan ruang di tapak bina. Kelebihan konkrit siap bancuh dari segi kualiti
yang mendapat skor min 3.68 hingga 5 pula ialah konkrit siap bancuh lebih berkualiti
kerana perkadaran agregatnya dikawal menggunakan sistem berkomputer,
menggunakan tenaga kerja pakar semasa proses pembancuhan dan ia dihantar dalam
keadaan yang terkawal menggunakan trak penggaul. Kelebihan konkrit siap bancuh
dari segi masa yang mendapat skor min 3.68 hingga 5 pula ialah konkrit siap bancuh
dapat menjimatkan masa pembinaan, mudah untuk menentukan kuantiti konkrit yang
diperlukan dalam satu – satu masa dan kontraktor tidak memerlukan masa untuk
membancuh konkrit di tapak bina.

Manakala pihak responden tidak pasti akan kelebihan konkrit siap bancuh
yang mendapat skor min dari 2.34 hingga 3.67 seperti kelebihan dari segi kos yang
menyatakan konkrit siap bancuh dapat menjimatkan penggunaan bahan, kelebihan
dari segi kualiti yang menyatakan konkrit siap bancuh mudah dikendalikan di tapak
bina dan kelebihan dari segi masa yang menyatakan konkrit siap bancuh dapat
menjimatkan masa penyeliaan bahan di tapak bina.
96

Jadual 4.27: Ringkasan persetujuan kelebihan konkrit bancuh di tapak

Kategori Skala Min Bilangan


Jumlah
Kelebihan - Responden Respo Klasi
Skor Min Rank
Kelebihan nden fikasi
1 2 3 4 5
Menjimatkan kos
jangka masa panjang 1 1 1 12 3 4 4 Setuju
kontraktor
Menjimatkan kos
Kos

1 2 14 3 4.7 2 Setuju
pengangkutan konkrit
Mengurangkan
Tidak
pembaziran bahan 1 1 1 9 3 3 5 pasti
mentah
Meningkatkan
Tidak
produktiviti kerja 2 1 13 3 4.3 3 pasti
buruh
Kualiti

Mengurangkan
masalah pengangkutan 1 2 14 3 4.7 2 Setuju
konkrit
Perkadaran agregat
ditentukan sendiri oleh 1 2 14 3 4.7 2 Setuju
pihak kontraktor
Bekalan konkrit yang
3 15 3 5 1 Setuju
berterusan
Menjimatkan masa
Masa

1 2 14 3 4.7 2 Setuju
penghantaran konkrit
Mengurangkan risiko
kelewatan disebabkan 3 15 3 5 1 Setuju
kesesakan lalulintas
97

Berdasarkan rajah di atas, secara keseluruhan, kelebihan konkrit bancuh di


tapak yang dipersetujui oleh pihak responden yang mendapat skor min 3.68 hingga 5
ialah, dari segi kos, konkrit bancuh di tapak dapat menjimatkan kos jangka masa
panjang kontraktor dan dapat menjimatkan kos pengangkutan konkrit. Dari segi
kualiti pula, konkrit bancuh di tapak lebih berkualiti kerana kurang masalah
berkaitan pengangkutan konkrit dan kualitinya terjamin kerana perkadaran agregat
ditentukan sendiri oleh pihak kontraktor. Kelebihan konkrit bancuh di tapak dari
segi masa yang mendapat skor min 3.68 hingga 5 pula ialah konkrit bancuh di tapak
dapat mempercepatkan masa pembinaan kerana bekalan konkrit yang berterusan,
dapat tidak memerlukan masa penghantaran konkrit ke tapak bina dan dapat
mengelakkan risiko kelewatan disebabkan kesesakan lalulintas.

Manakala pihak responden tidak pasti akan kelebihan konkrit bancuh di tapak
yang mendapat skor min dari 2.34 hingga 3.67 seperti kelebihan dari segi kos yang
menyatakan konkrit bancuh di tapak dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah
dan dari segi kualiti yang menyatakan konkrit bancuh di tapak dapat meningkatkan
produktiviti kerja buruh di tapak bina.

4.10.3 Masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak.

Terdapat beberapa masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit


bancuh di tapak yang telah dikenalpasti semasa kajian literatur dibuat. Masalah
tersebut adalah melibatkan masalah dari segi kos, kualiti dan masa. Jadual 4.28 dan
Jadual 4.29 menunjukkan masalah – masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan
konkrit bancuh di tapak yang telah dipersetujui oleh responden.
98

Jadual 4.28: Ringkasan persetujuan masalah konkrit siap bancuh

Kategori Skala Min Bilangan R


Jumlah
Responden a Klasifi
Masalah - Masalah Skor Respon Min
den n kasi
1 2 3 4 5 k
Kos kurang efektif
Tidak
Kos

untuk projek jangka 1 1 1 6 3 2 8


setuju
masa panjang
Jangka hayat konkrit
1 2 13 3 4.3 3 Setuju
yang singkat
Hanya mampu
bertahan selama 2 jam 3 15 5 1 Setuju
di dalam trak
Pengendalian yang
lemah daripada buruh
3 12 3 4 4 Setuju
di tapak menjejaskan
kualiti konkrit
Kesegaran konkrit
berkurang kerana masa
Kualiti

2 1 13 3 4.3 3 Setuju
penghantaran yang
lama
Agregat diguna semula
Tidak
dari konkrit yang telah 1 1 1 7 3 2.3 7
setuju
ditolak
Bahan tambah khas
(plasticizer) Tidak
1 1 1 8 3 2.7 6
menjejaskan kualiti pasti
konkrit
Pengubahsuaian pada
campuran konkrit 1 2 11 3 3.7 5 Setuju
menjejaskan kualiti
Jarak loji yang jauh
melambatkan 3 15 3 5 1 Setuju
penghantaran konkrit
Kesesakan jalan
Masa

melambatkan 1 2 14 3 4.7 2 Setuju


penghantaran konkrit
Akses terhad di tapak
mengganggu 3 12 3 4 4 Setuju
penghantaran konkrit
99

Berdasarkan rajah di atas, secara keseluruhan, masalah konkrit siap bancuh


yang dipersetujui oleh pihak responden yang mendapat skor min 3.68 hingga 5 ialah,
dari segi kualiti, kualiti konkrit siap bancuh akan terjejas disebabkan oleh jangka
hayat konkrit siap bancuh yang singkat, konkrit siap bancuh hanya mampu bertahan
selama dua jam di dalam trak, pengendalian yang lemah daripada buruh di tapak
bina, masa penghantaran yang lama, dan pengubahsuaian pada campuran konkrit
semasa di tapak bina. Masalah konkrit siap bancuh dari segi masa yang mendapat
skor min 3.68 hingga 5 pula ialah jarak loji yang jauh melambatkan penghantaran
konkrit, kesesakan lalulintas melambatkan penghantaran konkrit dan akses yang
terhad di tapak bina mengganggu proses penghantaran konkrit.

Manakala pihak responden tidak pasti akan masalah penggunaan konkrit siap
bancuh yang mendapat skor min dari 2.34 hingga 3.67 seperti masalah dari segi
kualiti yang menyatakan kualiti konkrit siap bancuh terjejas kerana agregat diguna
semula daripada konkrit yang telah ditolak dan penggunaan bahan tambah khas
(plasticizer) yang berlebihan menjejaskan kualiti konkrit. Selain itu, pihak
responden tidak bersetuju dengan masalah konkrit siap bancuh yang mendapat skor
min 1 hingga 2.33 iaitu konkrit siap bancuh kurang efektif untuk projek jangka masa
panjang.
100

Jadual 4.29: Ringkasan persetujuan masalah konkrit bancuh di tapak

Kategori Skala Min Bilangan


Responden Jumlah Klasi
Masalah - Masalah Skor Respon Min Rank
den fikasi
1 2 3 4 5
Meningkatkan kos
penyimpanan dan
1 2 14 3 4.7 2 Setuju
pemantauan bahan
mentah
Memerlukan tenaga Tidak
1 1 1 9 3 3 4 pasti
kerja berpengalaman
Penggunaan bahan
mentah tidak efektif
Kos

2 1 13 3 4.3 3 Setuju
meningkatkan
pembaziran
Kecurian bahan dan
peralatan merugikan 2 1 13 3 4.3 3 Setuju
kontraktor
Kos susut nilai untuk
Tidak
mesin yang disewa 3 9 3 3 4 pasti
perlu diambil kira
Memerlukan
pemantauan yang
Kualiti

lebih kerap semasa


2 1 13 3 4.3 3 Setuju
pembancuhan bagi
menjamin kualiti
konkrit
Memerlukan
penyeliaan yang
2 1 13 3 4.3 3 Setuju
lebih kerap dari
Masa

pihak kontraktor
Bekalan konkrit
bergantung kepada
3 15 3 5 1 Setuju
ketersediaan bahan
mentah di tapak bina
101

Berdasarkan rajah di atas, secara keseluruhan, masalah penggunaan konkrit


bancuh di tapak yang dipersetujui oleh pihak responden yang mendapat skor min
3.68 hingga 5 ialah, dari segi kos, konkrit bancuh di tapak dapat meningkatkan kos
penyimpanan dan pemantauan bahan mentah, penggunaan bahan mentah yang tidak
efektif akan meningkatkan pembaziran, dan kecurian bahan dan peralatan akan
menyebabkan kerugian kepada pihak kontraktor. Selain itu, dari segi kualiti,
responden bersetuju konkrit bancuh di tapak memerlukan pemantauan yang lebih
kerap semasa kerja pembancuhan bagi menjamin kualiti konkrit. Seterusnya,
masalah konkrit bancuh di tapak dari segi masa yang dipersetujui oleh responden
ialah konkrit bancuh di tapak memerlukan masa penyeliaan yang lebih kerap
daripada pihak kontraktor dan bekalan konkrit bergantung kepada ketersediaan bahan
mentah di tapak bina.

Manakala terdapat masalah yang mendapat skor min 2.34 hingga 3.67 yang
menunjukkan responden tidak pasti terhadap masalah konkrit bancuh di tapak dari
segi kos berkaitan keperluan tenaga kerja berpengalaman atau mahir dalam
mengendalikan kerja pembancuhan dan masalah mengenai kos susut nilai bagi mesin
pembancuhan konkrit yang disewa.
102

4.11 Rumusan Bab

Berdasarkan keputusan analisis yang telah dibuat, kesesuaian penggunaan


konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak bergantung kepada beberapa faktor
pemilihan yang telah dikenalpasti antaranya adalah tempoh projek, jenis projek, saiz
projek, ketersediaan loji pembancuhan berhampiran, harga konkrit, masa
pembancuhan, bilangan pekerja yang diperlukan, kuantiti konkrit, kos konkrit dan
kelebihan konkrit dari segi kos, kualiti dan masa. Selain itu, masalah penggunaan
konkrit siap bancuh dari segi kos menunjukkan responden tidak bersetuju kos konkrit
siap bancuh kurang efektif untuk projek jangka masa panjang. Masalah utama
penggunaan konkrit siap bancuh dari segi kualiti pula adalah konkrit siap bancuh
hanya mampu bertahan selama dua jam di dalam trak. Masalah konkrit lewat sampai
ke tapak bina kerana jarak loji yang jauh merupakan masalah utama dari segi masa
bagi konkrit siap bancuh. Manakala, masalah utama bagi konkrit bancuh di tapak
dari segi kos adalah konkrit bancuh di tapak meningkatkan kos penyimpanan dan
pemantauan bahan mentah. Seterusnya, responden bersetuju bahawa masalah
penggunaan konkrit bancuh di tapak memerlukan pemantauan yang lebih kerap
semasa pambancuhan bagi menjamin kualiti konkrit. Akhir sekali, masalah bekalan
konkrit bergantung kepada ketersediaan bahan mentah di tapak bina merupakan
masalah utama konkrit bancuh di tapak dari segi masa.
103

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kesimpulan hasil daripada analisis data yang telah
dibuat secara keseluruhan terhadap dua objektif yang dikenalpasti pada awal kajian.
Pembahagian bab dilakukan dalam tiga bahagian iaitu bahagian pertama
menyimpulkan hasil kajian mengikut objektif kajian, bahagian kedua menyatakan
masalah serta limitasi yang dihadapi sepanjang kajian dilakukan dan bahagian ketiga
menyenaraikan cadangan kajian lanjutan.

5.2 Kesimpulan Kajian

Kajian yang dilakukan adalah berkaitan penggunaan kaedah pembancuhan


konkrit iaitu konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak. Tajuk kajian ini ialah
‘Perbandingan antara konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak’.
104

Skop kajian merangkumi tiga buah tapak bina yang menggunakan konkrit
siap bancuh dan tiga buah tapak bina yang menggunakan konkrit bancuh di tapak di
sekitar kawasan Johor Bahru.

Objektif utama kajian ini ialah:

i. Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di


tapak.
ii. Masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di
tapak.

Bagi mencapai kedua-dua objektif kajian ini, beberapa pendekatan telah


digunakan. Kajian literatur telah dilakukan bagi mengenalpasti faktor – faktor
kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak dan masalah
penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak. Temubual semi-
struktur pula dilakukan ke atas responden yang mempunyai pengalaman dan
pengetahuan yang jelas mengenai penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit
bancuh di tapak. Temubual ini akan mengenalpasti faktor kesesuaian dan masalah
berkaitan penggunaan kedua-dua konkrit tersebut.

5.2.1 Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di


tapak.

Berdasarkan kajian literatur yang telah dilakukan di dalam Bab 2, terdapat


beberapa faktor kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di
tapak yang merangkumi tempoh projek, jenis projek, saiz projek, ketersediaan loji
pembancuhan berhampiran, harga konkrit, masa pembancuhan atau penghantaran,
105

bilangan pekerja yang diperlukan, kuantiti konkrit yang diperlukan, kos keseluruhan
kerja konkrit dan kelebihan konkrit tersebut.

Melalui analisis yang telah dibuat, bagi faktor tempoh projek, konkrit siap
bancuh lebih sesuai digunakan untuk projek yang mempunyai tempoh pembinaan
yang lama, manakala konkrit bancuh siap bancuh lebih sesuai digunakan untuk
projek yang mempunyai tempoh pembinaan yang singkat. Seterusnya, bagi faktor
jenis projek, konkrit siap bancuh lebih sesuai digunakan untuk projek pembinaan
bertingkat atau bangunan komersial, manakala konkrit bancuh di tapak lebih sesuai
digunakan untuk projek pembinaan rumah sesebuah. Bagi faktor saiz projek pula,
konkrit siap bancuh lebih sesuai digunakan bagi projek berskala besar, manakala
konkrit bancuh di tapak lebih sesuai digunakan untuk projek berskala kecil.

Selain itu, bagi faktor ketersediaan loji pembancuhan berhampiran, konkrit


siap bancuh sesuai digunakan untuk projek yang mempunyai loji pambancuhan
konkrit di sekitar tapak bina mereka, manakalan konkrit bancuh di tapak sesuai
digunakan bagi projek yang tidak mempunyai loji pembancuhan konkrit di sekitar
tapak bina mereka. Selanjutnya, bagi faktor harga konkrit, konkrit siap bancuh
adalah lebih murah berbanding konkrit bancuh di tapak. Bagi faktor masa
pembancuhan atau penghantaran, konkrit siap bancuh tidak memerlukan masa
pembancuhan, manakala konkrit bancuh di tapak memerlukan masa pembancuhan
yang agak lama. Seterusnya, dari aspek faktor bilangan pekerja yang diperlukan,
konkrit siap bancuh hanya memerlukan pekerja untuk menuang konkrit, manakala
konkrit bancuh di tapak memerlukan pekerja untuk membancuh dan menuang
konkrit. Bagi faktor kuantiti konkrit yang diperlukan pula, konkrit siap bancuh lebih
sesuai digunakan untuk projek yang memerlukan kuantiti konkrit yang banyak,
manakala konkrit bancuh di tapak sesuai digunakan bagi projek yang memerlukan
kuantiti konkrit yang sedikit sahaja. Akhir sekali, kelebihan utama konkrit siap
bancuh adalah dapat menjimatkan masa pembinaan, kontraktor tidak memerlukan
masa untuk membancuh konkrit dan menjimatkan masa penyeliaan bahan di tapak
106

bina. Manakala kelebihan utama konkrit siap bancuh adalah bekalan konkritnya
yang berterusan dan bebas dari risiko kelewatan disebabkan kesesakan lalulintas.

5.2.2 Masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan konkrit bancuh di tapak

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, masalah utama penggunaan


konkrit siap bancuh yang dipersetujui oleh pihak responden adalah kualiti konkrit
siap bancuh akan terjejas kerana konkrit hanya mampu bertahan selama dua jam di
dalam trak penggaul dan jarak loji yang jauh akan melambatkan proses penghantaran
konkrit ke tapak bina.

Manakala, masalah utama penggunaan konkrit bancuh di tapak yang


dipersetujui oleh responden adalah konkrit bancuh di tapak melambatkan masa
pembinaan kerana bekalan konkrit bancuh di tapak bergantung kepada ketersediaan
bahan mentah untuk menghasilkan konkrit yang secukupnya. Oleh itu, pihak
kontraktor perlu lebih peka terhadap kuantiti bahan mentah yang terdapat di tapak
bina mereka.

5.3 Halangan yang dihadapi semasa menjalankan kajian

Terdapat beberapa halangan dan kekangan yang dihadapi sepanjang kajian ini
dijalankan. Halangan dan kekangan ini menyebabkan laporan kajian mengambil
masa yang lama didokumentasikan. Antara masalah yang dihadapi adalah seperti
berikut :
107

5.3.1 Pemilihan Sampel Kajian Yang Sesuai

Pemilihan sampel bagi kajian ini mengambil sedikit masa kerana ianya
memerlukan senarai tapak bina yang menggunakan konkrit siap bancuh dan tapak
bina yang menggunakan konkrit bancuh di tapak di kawasan sekitar Johor Bahru.
Adalah lebih sukar untuk mendapatkan senarai tapak bina yang menggunakan
konkrit bancuh di tapak pada masa sekarang lebih – lebih lagi bagi kawasan bandar
seperti Johor Bahru. Kesukaran mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak
tertentu juga menyebabkan senarai tapak bina ini mengambil masa untuk
disenaraipendek.

5.3.2 Kekangan Dalam Menjalankan Temubual

Disebabkan temubual yang dijalankan melibatkan pihak kontraktor seperti


pengurus projek dan jurutera tapak, terdapat kekangan masa dalam mengatur dan
membuat temujanji bersama responden. Temujanji juga beberapa kali dibatalkan
disebabkan oleh kesibukan tugas pihak yang ingin ditemubual menyebabkan proses
temubual tertangguh. Hal ini secara tidak langsung melambatkan proses
pengumpulan data.

5.4 Cadangan untuk kajian lanjutan

Kajian berkenaan perbandingan antara kaedah pembancuhan konkrit amat


jarang dijalankan di Malaysia. Namun, kajian mengenai perbandingan penggunaan
108

konkrit ini adalah sangat penting dalam menbantu pihak – pihak terlibat membuat
perancangan penggunaan kaedah pembancuhan konkrit yang sesuai bagi projek
mereka. Oleh itu, diharap kajian ini dapat dilanjutkan berdasarkan cadangan-
cadangan lanjutan kajian berikut:

i. Perbandingan antara konkrit siap bancuh dan loji pembancuhan di


tapak (site batching plant).

ii. Elemen bangunan yang boleh dioptimumkan masa pembinaan


menggunakan konkrit siap bancuh.

iii. Analisa kos pemasangan loji pembancuhan konkrit di tapak bina.


109

RUJUKAN

Ali, W. A. b. (2013). Penyediaan konkrit di tapak bina. Retrieved from


http://pkbtechinfo.blogspot.my/p/penyediaan-konkrit-ditapak-bangunan.html

Allen, I. E., & Seaman, C. A. (2007). Likert scales and data analyses. Quality
progress, 40(7), 64.

Apollo. (2012). Importance of a Concrete Batching Plant. Retrieved from


http://apolloinffratechblog.apolloinffratech.com/importance-of-a-concrete-
batching-plant/

Atlas, C. (2015). Benefits of Ready Mix Concrete. Retrieved from


https://atlasconcrete.co.nz/benefits-of-ready-mix-concrete/

Bennett, A., & Elman, C. (2007). Case study methods in the international relations
subfield. Comparative Political Studies, 40(2), 170-195.

Chethan, B. (2016). Ready-mix Concrete Vs Manual Site Mix. Retrieved from


http://www.materialtree.com/blog/ready-mix-concrete-vs-manual-site-mix/

Cohen, D., & Crabtree, B. (2006). Qualitative research guidelines project.

Day, K. (2003). Concrete Mix Design, Quality Control and Specification,(with CD


ROM): CRC Press.

Feliu, S., & Gonzalez, J. (2005). Possibilities and problems of in situ techniques for
measuring steel corrosion rates in large reinforced concrete structures.
Corrosion Science, 47(1), 217-238.

Ferraris, C. F. (2001). Concrete Mixing Method and Concrete Mixer: State of the
Art. Research of the National Institute of Standard and Technology, 106,
391-399.

Gambhir, M. L. (2013). Concrete Technology: Theory and Practice: Tata McGraw-


Hill Education.

Gokhale, A. (2016). Alternative To Ready-Mix concrete PART TWO. Retrieved


from https://www.linkedin.com/pulse/alternative-ready-mix-concrete-part-
two-amit-gokhale

Greeno, R. C. R. (2006). Building Construction Handbook (6th ed.). Burlington,


USA: ELSEVIER.
110

Hannachi, S., & Guetteche, M. N. (2012). Application of the combined method for
evaluating the compressive strength of concrete on site. Open Journal of Civil
Engineering, 2(01), 16.

Hines, K., & Whitehead, M. (2000). Admixture dispensing and concrete mixer
monitoring system: Google Patents.

Ismail, M. P. (2010). Rekabentuk bancuhan konkrit. Retrieved from


http://utmr.blogspot.my/2010/01/rekabentuk-bancuhan-konkrit.html

Itam, B. (Producer). (2014). Konkrit. Retrieved from


http://www.slideshare.net/beskalitam/konkrit

Kan, A., & Demirboğa, R. (2009). A novel material for lightweight concrete
production. Cement and Concrete Composites, 31(7), 489-495.

Kong, F. K., & Evans, R. H. (2013). Reinforced and prestressed concrete: Springer.

Kothari, C. R. (2004). Research Methodology: Methods and Techniques: New Age


International (P) Limited.

Kuntansourav. (2015). A POWERPOINT PRESENTAION ON READY-MIX


CONCRETE. Retrieved from http://www.slideshare.net/kuntansourav/a-
powerpoint-presentaion-on-readymix-concrete

Liu, Z., Zhang, Y., & Li, M. (2014). Integrated scheduling of ready-mixed concrete
production and delivery. Automation in Construction, 48, 31-43.

Neville, A. (2006). Concrete: Neville's Insights and Issues (1st ed.). London:
Thomas Telford.

Newman, J., & Choo, B. S. (2003). Advanced concrete technology 3: processes:


Butterworth-Heinemann.

Panas, A., & Pantouvakis, J.-P. (2013). Simulation-based Concrete Truck-Mixers


Fleet Size Determination for On-Site Batch Plant Operation. Procedia -
Social and Behavioral Sciences, 74, 459-467. doi:
http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.03.050

Pheng, L. S., & Chuan, C. J. (2001). Just-in-time management of precast concrete


components. Journal of construction engineering and management, 127(6),
494-501.

Proverbs, D., Holt, G. D., & Olomolaiye, P. (1997). Factors influencing the choice of
concrete supply methods. Building Research & Information, 25(3), 176-184.

Rahim, M. A. (2012). Bancuhan Konkrit. Retrieved from


http://notasenibina.blogspot.my/2012/05/bancuhan-konkrit.html
111

Sakai, K. (2010). Integrated design and environmental issues in concrete technology:


CRC Press.

Santhakumar, A. (2007). Concrete technology: oxford university press.

Sealey, B. J., Phillips, P. S., & Hill, G. J. (2001). Waste management issues for the
UK ready-mixed concrete industry. Resources, Conservation and Recycling,
32(3–4), 321-331. doi: http://dx.doi.org/10.1016/S0921-3449(01)00069-6

Shannag, M. J. (2000). High strength concrete containing natural pozzolan and silica
fume. Cement and Concrete Composites, 22(6), 399-406. doi:
http://dx.doi.org/10.1016/S0958-9465(00)00037-8

Shetty, M. (2005). Concrete technology: publisher not identified.

Syafiza, N. N. (2014). Resources of project management. from


http://www.slideshare.net/NurulAdha2/22-resources-of-project-management

Syverson, C. (2008). Markets Ready-Mixed Concrete. The Journal of Economic


Perspectives, 22(1), 217-233.

Vinci, G. (1999). Mixing and Transporting Concrete: DTIC Document.

Wiseman, S. (2013). The advantages of an onsite batching plant. Retrieved from


http://www.utranazz.com/news/the-advantages-of-an-onsite-batching-plant

Woodson, R. D. (2012). CONCRETE Portable Handbook (1st ed. Vol. 1). Waltham,
USA: ELSEVIER.

Yaprak, H., & Aruntas, H. Y. (2011). Effects of the fine recycled concrete aggregates
on the concrete properties. International Journal of Physical Sciences, 6(10),
2455-2461.

Yin, R. K. (2013). Case study research: Design and methods: Sage publications.

Zega, C. J., & Di Maio, A. A. (2010). Recycled concretes made with waste ready-
mix concrete as coarse aggregate. Journal of Materials in Civil Engineering,
23(3), 281-286.
112

LAMPIRAN A: SOALAN TEMUBUAL

JABATAN UKUR BAHAN


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA

Penyelidikan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai


penggunaan kaedah pembancuhan konkrit yang terlibat bagi projek ini termasuk
faktor pemilihan yang menjurus kepada kesesuaian penggunaannya dan masalah
yang timbul daripada penggunaan konkrit tersebut.

Segala maklumat adalah sulit dan terhad untuk tujuan penyelidikan Projek Sarjana
Muda ini sahaja. Data-data yang diperoleh tidak akan disiarkan dan dipamerkan
kepada umum.

TEMUBUAL SEMI-STRUKTUR
(Pengurus projek/jurutera tapak/penyelia tapak)

Tajuk Kajian : PERBANDINGAN ANTARA KONKRIT SIAP BANCUH DAN


KONKRIT BANCUH DI TAPAK
Objektif i. Mengenalpasti kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh dan
konkrit bancuh di tapak.
ii. Mengenalpasti masalah penggunaan konkrit siap bancuh dan
konkrit bancuh di tapak.

Penyelidik : RAJA MOHAMAD FARHAN BIN RAJA IBRAHIM


No. K/P : 941223-03-5521
Kursus : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (PEMBINAAN)

Penyelia : SR DR SARAJUL FIKRI MOHAMED


JABATAN UKUR BAHAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
113

Tarikh:____________________ Masa:________________
Bahagian A : MAKLUMAT AM

Nama Responden
:…………………………………………………………………………
Jawatan
:…………………………………………………………………………
Pengalaman Kerja : 1 – 5 tahun
5 – 10 tahun
> 10 tahun

Nama Projek:
:…………………………………………………………………………

Alamat Projek:
:…………………………………………………………………………

Kaedah pembancuhan konkrit yang digunakan (/):

Konkrit siap bancuh *sila jawab soalan Bahagian B sahaja.


Konkrit bancuh di tapak *sila jawab soalan Bahagian C sahaja.

No. Telefon:
:…………………………………………………………………………

Tandatangan dan cop pengesahan :


114

Bahagian B : KONKRIT SIAP BANCUH

1. Faktor kesesuaian pemilihan konkrit siap bancuh.


Tempoh projek:
___________________________________________________
Jenis projek:
___________________________________________________
Nilai kontrak:
___________________________________________________
Ketersediaan loji pembancuhan konkrit berhampiran:

2. Apakah faktor lain yang di pertimbangkan dalam pemilihan konkrit siap


bancuh ini?

3. Kelebihan konkrit siap bancuh


Sila tandakan (/) dengan sewajarnya dan menilai skor anda :
1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (tidak pasti), 4 (setuju), 5 (sangat
setuju).
a) Kelebihan dari segi kos.
Kelebihan Dari Segi Kos
Penggunaan konkrit siap bancuh
i. dapat
I menjimatkan kos 1 2 3 4 5
perbelanjaan projek.
ii. Konkrit
I siap bancuh menjimatkan
1 2 3 4 5
i penggunaan bahan.
kos
Konkrit siap bancuh menjimatkan
iii. 1 2 3 4 5
kos penggunaan buruh.
Konkrit siap bancuh menjimatkan
iv. 1 2 3 4 5
kos penyimpanan bahan.
Konkrit siap bancuh dapat
v. menjimatkan kos pembaziran 1 2 3 4 5
bahan.
Konkrit siap bancuh menjimatkan
vi. kos penggunaan ruang di tapak 1 2 3 4 5
bina.
115

b) Kelebihan dari segi kualiti.

Kelebihan Dari Segi Kualiti


Konkrit siap bancuh lebih berkualiti
kerana perkadaran agregatnya
i. B 1 2 3 4 5
7
dikawal menggunakan sistem
berkomputer.
ii. Konkrit
B siap bancuh lebih berkualiti 1 2 3 4 5
kerana
8 menggunakan pekerja pakar.
iii. Konkrit
B dihantar dalam keadaan 1 2 3 4 5
yang
9 terkawal.
iv. Mudah
B dikendalikan di tapak bina.
1 1 2 3 4 5
0

c) Kelebihan dari segi masa.

Kelebihan Dari Segi Masa


i. Konkrit
B siap bancuh menjimatkan
1 1 2 3 4 5
masa
1 pembinaan.
Mudah untuk menentukan kuantiti
ii. B
konkrit
1 yang diperlukan dalam 1 2 3 4 5
2
satu-satu masa.
iii. Kontraktor
B tidak memerlukan masa
1 1 2 3 4 5
untuk
3 membancuh konkrit.
iv. Menjimatkan
B masa penyeliaan
1 1 2 3 4 5
bahan
4 di tapak bina.

d) Sila nyatakan jika terdapat kelebihan lain penggunaan konkrit siap bancuh.

_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
116

4. Masalah konkrit siap bancuh


Sila tandakan (/) dengan sewajarnya dan menilai skor anda :

1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (tidak pasti), 4 (setuju), 5 (sangat


setuju).

a) Masalah dari segi kos.


Masalah Dari Segi Kos
i. Kos
C konkrit siap bancuh kurang
1
efektif untuk projek jangka masa 1 2 3 4 5
panjang.

b) Masalah dari segi kualiti.


Masalah Dari Segi Kualiti
i. Jangka
C hayat konkrit siap bancuh
2 singkat menjejaskan kualiti
yang 1 2 3 4 5
konkrit.
ii. Konkrit
C siap bancuh hanya mampu
bertahan
3 selama dua jam di dalam 1 2 3 4 5
trak.
iii. Pengendalian
C yang lemah daripada
buruh
4 di tapak bina menjejaskan 1 2 3 4 5
kualiti konkrit.
iv. Kesegaran
C konkrit berkurang
kerana
5 masa penghantaran yang 1 2 3 4 5
lama
v. Agregat
C diguna semula dari 1 2 3 4 5
konkrit
6 yang telah ditolak.
vi. Bahan
C tambah khas (plasticizer) 1 2 3 4 5
menjejaskan
7 kualiti konkrit.
vii. Pengubahsuaian
C pada campuran
konkrit
8 akan menjejaskan kualiti 1 2 3 4 5
konkrit.

c) Masalah dari segi masa.


Masalah Dari Segi Masa
C9 Konkrit lewat sampai ke tapak
1 2 3 4 5
bina kerana jarak loji yang jauh.
C10 Kesesakan jalan melambatkan
1 2 3 4 5
penghantaran konkrit.
C11 Akses yang terhad di tapak bina
mengganggu penghantaran 1 2 3 4 5
konkrit.

d) Sila nyatakan jika terdapat masalah penggunaan konkrit siap bancuh yang
117

lain.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

5. Kesesuaian penggunaan konkrit siap bancuh

a) Berapakah kos untuk 1 meter padu konkrit siap bancuh?

b) Berapakah masa yang diambil untuk penghantaran konkrit ke tapak

bina?

c) Apakah faktor utama pemilihan konkrit siap bancuh?

d) Berapakah bilangan pekerja yang diperlukan untuk kerja konkrit di tapak


bina?

e) Berapakah jumlah keseluruhan konkrit yang diperlukan untuk projek ini?

f) Berapakah kos keseluruhan yang melibatkan kerja konkrit untuk projek ini?
118

Bahagian C : KONKRIT BANCUH DI TAPAK

1. Faktor kesesuaian pemilihan konkrit bancuh di tapak.


Tempoh projek:
___________________________________________________
Jenis projek:
___________________________________________________

Nilai kontrak:
___________________________________________________
Ketersediaan loji pembancuhan konkrit berhampiran:
___________________________________________________

2. Apakah faktor lain yang di pertimbangkan dalam pemilihan konkrit bancuh di


tapak ini?

3. Kelebihan konkrit bancuh di tapak


Sila tandakan (/) dengan sewajarnya dan menilai skor anda :

1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (tidak pasti), 4 (setuju), 5 (sangat


setuju).

a) Kelebihan dari segi kos.

Kelebihan Dari Segi Kos


Konkrit bancuh di tapak
i. 1 2 3 4 5
menjimatkan kos konktraktor.
Konkrit bancuh di tapak
ii. menjimatkan kos pengangkutan 1 2 3 4 5
konkrit.
Konkrit bancuh di tapak dapat
iii. mengurangkan pembaziran bahan 1 2 3 4 5
mentah.

b) Kelebihan dari segi kualiti.


119

Kelebihan Dari Segi Kualiti


Konkrit bancuh di tapak
i. meningkatkan produktiviti kerja 1 2 3 4 5
buruh.
Konkrit bancuh di tapak
ii. mengurangkan masalah 1 2 3 4 5
pengangkutan konkrit.
Perkadaran agregat ditentukan
iii. 1 2 3 4 5
sendiri oleh pihak kontraktor.

c) Kelebihan dari segi masa.

Kelebihan Dari Segi Masa


Bekalan konkrit yang berterusan
i. mempercepatkan tempoh 1 2 3 4 5
pembinaan.
Dapat menjimatkan masa
ii. penghantaran konkrit ke tapak 1 2 3 4 5
bina.
Dapat mengurangkan risiko
iii. kelewatan disebabkan kesesakan 1 2 3 4 5
lalulintas.

d) Sila nyatakan jika terdapat kelebihan lain penggunaan konkrit bancuh di


tapak bina.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
120

4. Masalah konkrit bancuh di tapak


Sila tandakan (/) dengan sewajarnya dan menilai skor anda :
1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (tidak pasti), 4 (setuju), 5 (sangat
setuju).

a) Masalah dari segi kos.

Masalah Dari Segi Kos


Konkrit bancuh di tapak
i. meningkatkan kos penyimpanan 1 2 3 4 5
dan pemantauan bahan mentah.
Konkrit bancuh di tapak
memerlukan tenaga kerja
ii. 1 2 3 4 5
berpengalaman untuk
mengendalikannya.
Penggunaan bahan mentah yang
iii. tidak efektif akan meningkatkan 1 2 3 4 5
pembaziran.
Kecurian bahan dan peralatan
iv. akan menyebabkan kerugian 1 2 3 4 5
kepada kontraktor.
Kos susut nilai untuk mesin yang
v. 1 2 3 4 5
disewa perlu diambil kira.

b) Masalah dari segi kualiti.

Masalah Dari Segi Kualiti


i. Memerlukan pemantauan yang
lebih kerap semasa pembancuhan 1 2 3 4 5
bagi menjamin kualiti konkrit.

c) Masalah dari segi masa.

Masalah Dari Segi Masa


Konkrit bancuh di tapak
i. memerlukan penyeliaan yang 1 2 3 4 5
lebih kerap oleh pihak kontraktor.
Bekalan konkrit bergantung
ii. kepada ketersediaan bahan 1 2 3 4 5
mentah di tapak bina.

d) Sila nyatakan jika terdapat kelebihan lain penggunaan konkrit bancuh di


tapak bina.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
121

5. Kesesuaian penggunaan konkrit bancuh di tapak

a) Berapakah kadar harga bagi konkrit di tapak bina?

b) Berapakah masa yang diambil untuk setiap pembancuhan konkrit yang

ingin digunakan?

c) Apakah faktor utama pemilihan konkrit bancuh di tapak?

d) Berapakah bilangan pekerja yang diperlukan untuk kerja konkrit di tapak bina
termasuk kerja pembancuhan?

e) Berapakah jumlah keseluruhan konkrit yang diperlukan untuk projek ini?

f) Berapakah kos keseluruhan yang melibatkan kerja konkrit untuk projek ini?

…………………………………………………………………………………

Segala kerjasama daripada pihak tuan/ puan adalah amat dihargai.

Adalah dimaklumkan bahawa penyelidikan atau maklumat yang didapati semasa

proses temubual ini hanya akan digunakan untuk tujuan kajian akademik sahaja.

SEKIAN, TERIMA KASIH

…………………………………………………………………………………
122

LAMPIRAN B : SENARAI RESPONDEN

1) Ismail Bin Ahmad


Pengurus Projek
24 Tahun Pengalaman
Jurustra Sdn Bhd

2) Suresh Kumar
Jurutera Tapak
8 Tahun Pengalaman
Puncak Juruseri Sdn Bhd

3) Asrol Syafiq
Jurutera Tapak
5 Tahun Pengalaman
MCC Overseas (M) Sdn Bhd

4) Arif Amir Bin Wan Suhaimi


Pengurus Projek
11 Tahun Pengalaman
EIE Builders

5) Rohizan Binti Md Akhir


Pengurus Projek
15 Tahun Pengalaman
Afuza Enterprise

6) Zaharuddin Bin Kamaruddin


Pengurus Projek
18 Tahun Pengalaman
Falah Infra Works Enterprise

Anda mungkin juga menyukai