Anda di halaman 1dari 20

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 1

KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
DI MALAYSIA
OBJEKTIF AM

Mengetahui dan memahami Akta Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

Unit

2
OBJEKTIF KHUSUS

t Di akhir unit ini anda dapat :

 Mengenal Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994 (Akta 514)
 Menyatakan tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514)
 Menyatakan tanggungjawab :
i. Majikan

1
ii. Pekerja
iii. Sub-kontraktor
 Menerangkan mengenai keperluan perlantikan pegawai
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 2

UNIT 2 – KEPERLUAN UNDANG-


UNDANG

2.0 PENGENALAN

Pada bulan Februari 1994, Kerajaan telah mewartakan satu akta baru iaitu
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang lebih komprehensif,
meliputi semua sektor-sektor industri. Satu pendekatan baru juga telah diserapkan
dalam Akta ini iaitu pendekatan peraturan kendiri ( self regulation).

2.1 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 ( AKTA


514)

Akta ini dinamakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Tetakluk kepada subseksyen (3) . Akta ini hendaklah terpakai di seluruh


Malaysia bagi industri yang dinyatakan dalam jadual.

Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak


mengurangkan , peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang
berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara


peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai
keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi
dan peruntukan yang bercanggah atau tak konsisten dalam undang-undang
bertulis lain itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketakkonsistenan itu,
ditafsirkan sebagai pengganti.

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain,

“bahan” ertinya apa-apa bahan semulajadi atau buatan , sama ada dalam bentuk
pepejal atau cecair atau dalam bentuk gas atau wap atau apa-apa gabungannya;

“bahan bagi kegunaan semasa bekerja” ertinya apa-apa bahan yang dimaksudkan
atau dibekalkan bagi kegunaan, sama ada secara eksklusif atau tidak, oleh orang-
orang semasa bekerja;

“boleh dipraktikkan” ertinya boleh dipraktikkan dengan mengambil kira :-


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 3

 Teruknya atau bahaya risiko yang terlibat;


 Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara
untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya risiko itu;
 Ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau
mengurangkan bahaya atau risiko itu;
 Kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu.

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau melalui peraturan-peraturan;

“ industri” ertinya perkhidmatan awam , pihak-pihak berkuasa berkanun atau


mana-mana aktiviti ekonomi yang disenaraikan ;

“kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu negeri atau Kerajaan


Tempatan ;

“kesatuan sekerja” ertinya apa-apa persatuan atau gabungan pekerja atau majikan
mengikut pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959;

“kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau
bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang
bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang lain itu
bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja termasuklah
suatu kontrak perantisan;

“loji” termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan,


apa-apa komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan , disambungkan atau
diperlengkapkan kepadanya ;

“majikan” ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya;

“majikan utama” ertinya pemunya suatu industri atau orang yang dengannya
seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan termasuklah :

 Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji


atau upah kepada seseorang pekerja;
 Penghuni sesuatu tempat kerja;
 Wakil disisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal
dunia dan;
 Mana-mana kerajaan di Malaysia , jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak
berkuasa tempatan atau badan berkanun

“majlis” ertinya Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang
ditubuhkan di bawah seksyen 8;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 4

“orang yang bekerja sendiri” ertinya seseorang individu yang bekerja untuk
keuntungan atau ganjaran selain di bawah kontrak pekerjaan, sama ada atau tidak
dia sendiri mengambil kerja orang lain;

“pegawai” ertinya pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilantik di


bawah subseksyen 5(2) dan termasuklah Ketua Pengarah , Timbalan Ketua
Pengarah , Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan;

“pekerja” ertinya seseorang yang diambil kerja dan diberi gaji di bawah kontrak
perkhidmatan mengenai atau yang berkaitan dengan kerja suatu industri yang
baginya Akta ini terpakai dan :

 Yang diambil kerja secara langsung oleh majikan utama mengenai apa-apa
kerja industri itu, atau yang bersampingan dengan atau sebagai permulaan
bagi atau yang berkaitan dengan kerja industri itu, sama ada kerja itu
dilakukan oleh pekerja itu di tempat kerja atau di tempat lain;
 Yang diambil kerja oleh atau melalui seorang majikan langsung di tempat
kerja industri itu atau di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya
mengenai kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja industri
itu, atau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau
bersampingan dengan maksud industri itu, atau;
 Yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan sementara kepada
majikan utama oleh orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya
dipinjamkan atau disewakan itu telah memasuki suatu kontrak
perkhidmatan;

“pembekalan” berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertinya pembekalan


melalui penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewabeli, sama ada
sebagai prinsipal atau ejen bagi yang lain;

“penghuni” berhubungan dengan tempat kerja , ertinya seseorang yang


menguruskan atau mengawal tempat kerja ;
“premis” termasuklah

 Mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan;


 Mana-mana kenderaan, vesel atau pesawat udara;
 Apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau
pepasangan lain sama ada di atas dasar atau yang terapung di atsa mana-
mana air dan;
 Mana-mana khemah struktur boleh alih.

“tempat kerja” ertinya premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang
digunakan bagi penyimpanan loji atau bahan.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 5

Bagi maksud akta ini , risiko yang berbangkit daripada aktiviti orang-
orang yang sedang bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang
berkaiatan dengan cara suatu pengusahaan dijanakan, loji atau bahan yang
digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan
sedemikian atau mana-mana bahagiannya.

Bagi maksud Akta ini :

 “kerja” ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja
sendiri;
 seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di
tempat kerjanya tetapi tidak selainnya; dan
 orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang
ditumpukannya kepada kerja sebagai orang yang bekerja sendiri.

2.2 TUJUAN AKTA

Terdapat beberapa objektif bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994, antaranya ialah :

 Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang


sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.

 Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang


yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.

 Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang


sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiolgi dan psikologi
mereka.

 Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-
peringkat oleh sistem, peraturan dan tata amalan industri yang diluluskan,
yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang
dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan
kesihatan.

Akta 514 adalah akta induk kepada semua akta


berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan. Ia menambah kepada sebarang
undang-undang bertulis sebelumnya dan
mengatasi sebarang peruntukan bertulis yang
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 6

2.3 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN, PEKERJA DAN SUB-KONTRAKTOR

Dalam melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,


terdapat beberapa kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
tiga pihak yang utama iaitu majikan, pekerja dan sub-kontraktor. Antara
tanggungjawab tersebut adalah :

2.3.1 Tanggungjawab Majikan

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan setakat


yang praktik, keselamatan , kesihatan dan kebajikan semasa bekerja
semua pekerjanya. Perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah
terutamanya :

1. Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat


praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

2. Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan


dan ketiadaan risiko.

3. Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana


yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan
kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja.

4. Pengadaan dan penyelenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-


pekerjanya yang , setakat yang praktik, selamat , tanpa risiko kepada
kesihatan dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan
mereka yang sedang bekerja.

5. Menyediakan seberapa kerap yang sesuai untuk mengkaji semula


pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan
yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa
pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian semua
pekerjanya.

6. Menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan , yang pekerja ,


setakat yang praktik , bahawa dia dan orang-orang lain , yang bukan
pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah
kepada risiko kepada keselamatan atau kesihatan mereka oleh sebab
pekerja pengusahaan itu.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 7

2.3.2 Tanggungjawab Pekerja

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :

1. Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan


kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan
atau peninggalannya semasa bekerja.

2. Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain


dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke
atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawahnya.

3. Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa


kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan
bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan
kesihatnnya.

4. Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan


kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-
mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawahnya.

Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah


melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 8

AKTIVITI 2A

2.1 Mengapakah kerajaan mewartakan Akta baru iaitu Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan pada tahun 1994?

2.2 Apakah perkara yang diambilkira maksud perkataan “boleh dipraktikkan”


dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994?

2.3 Siapakan majikan utama?

2.4 Berikan dua tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994?

2.5 Berikan dua kewajipan majikan.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMAK JAWAPAN ANDA DI RUANAGAN


MAKLUM BALAS.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 9

MAKLUM BALAS 2A

2.1 Kerajaan telah mewartakan akta baru iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 kerana akta ini lebih komprehensif dan ianya meliputi semua
sektor industri. Pendekatan baru juga telah diserap dalam akta ini iaitu pendekatan
peraturan kendiri.

2.2 Perkara yang diambilkira dalam maksud perkataan “boleh dipraktikkan” ialah :

 Teruknya atau bahaya risiko yang terlibat.

 Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa


cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya risiko itu.

 Ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau


mengurangkan bahaya atau risiko itu.

 Kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko


itu.

2.3 Majikan utama ialah :

 Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji


atau upah kepada seseorang pekerja.

 Penghuni sesuatu tempat kerja.

 Wakil disisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal


dunia.

 Mana-mana kerajaan di Malaysia , jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak


berkuasa tempatan atau badan berkanun.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 10

2.4 Dua tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ialah :

 Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang


yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan
yang berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang-orang yang sedang
bekerja.

 Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-


orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan
yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.

2.5 Dua kewajipan majikan ialah :

 Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat


praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

 Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan


dan ketiadaan risiko.

TAHNIAH….USAHA LAGI BAGI YANG KURANG TEPAT JAWAPANNYA.

UNIT 2 – KEPERLUAN UNDANG-


UNDANG
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 11

2.3.3 Tanggungjawab Sub- Kontraktor

Adalah menjadi kewajipan seseorang yang merekabentuk,


mengilang, mengimport atau membekalkan, apa-apa loji bagi kegunaan
semasa bekerja yang juga dinamakan sub-kontraktor :

1. Untuk memastikan setakat yang praktik , bahawa loji itu


direkabentuk dan dibina sebegitu rupa supaya selamat dan tanpa
risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya.

2. Untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa


ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang
dikenakan ke atasnya dan memastikan setakat yang praktik , bahawa
loji itu direkabentuk dan dibina sebegitu rupa supaya selamat dan
tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan.

3. Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin


bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan loji itu
semasa bekerja , maklumat memadai mengenai kegunaan yang
baginya loji itu direkabentuk dan telah diuji, dan mengenai apa-apa
keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa loji itu selamat dan
tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan.

4. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan


rekabentuk atau pengilangan apa-apa loji bagi bagi kegunaan semasa
bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-
apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan ,
setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurang apa-apa risiko
terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh
rekabentuk atau loji itu.

5. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang membina atau memasang


apa-apa loji bagi kegunaan orang-orang semasa bekerja untuk
memastikan, setakat yang praktik, bahawa tiada apa-apa mengenai
cara loji itu dibina atau dipasang menjadikannya tidak selamat atau
suatu risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya.

6. Untuk memastikan setakat yang praktik , bahawa bahan itu selamat


dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan
sepatutnya.

7. Untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa


ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 12

dikenakan ke atasnya dan memastikan setakat yang praktik , bahawa


bahan supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila
digunakan.

8. Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan


bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan bahan itu
semasa bekerja , maklumat memadai mengenai hasil apa-apa ujian
yang relevan yang telah dijalankan ke atas atau berkaitan dengan
bahan , dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk
memastikan bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada
kesihatan apabila digunakan.

9. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan


pengilangan atau pembekalan apa-apa bahan bagi kegunaan semasa
bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-
apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan ,
setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurang apa-apa risiko
terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh
bahan itu.

10. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang membina atau memasang


apa-apa loji bagi kegunaan orang-orang semasa bekerja untuk
memastikan, setakat yang praktik, bahawa tiada apa-apa mengenai
cara loji itu dibina atau dipasang menjadikannya tidak selamat atau
suatu risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya;

Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan


suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya sekali.

2.4 KEPERLUAN PERLANTIKAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN.

2.4.1 Keperluan Lantikan

Keperluan perlantikan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan hendaklah terpakai bagi apa-apa kelas atau jenis industri yang
ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan seperti yang
dinyatakan dalam Seksyen 29 (1), Akta 514 dimana :

1. Seseorang penghuni suatu tempat kerja yang baginya seksyen ini


terpakai hendaklah mengambil kerja seorang yang kompeten
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 13

untuk bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di


tempat kerja.

2. Pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah diambil kerja


semata-mata bagi maksud menjamin pematuhan wajar di tempat
kerja akan peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang
dibuat di bawahnya dan penggalakan penjalanan selamat kerja di
tempat kerja itu.

3. Pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah memiliki apa-apa


kelayakan atau telah menerima apa-apa latihan yang ditetapkan
oleh menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam
Warta.

Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah


melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

2.4.2 Tugas Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Tugas-tugas yang dilakukan oleh Pegawai Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan adalah seperti berikut :

a. Mengemukakan cadangan serta syor bagi menjamin keselamatan


dan kesihatan pekerja-pekerja dan membantu menyusun program
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
b. Membuat pemeriksaan di tempat kerja serta peralatannya dan juga
mengambil bahagian di dalam pemeriksaan yang dibuat oleh
majikan.
c. Membuat penyiasatan terhadap kemalangan serius, peristiwa-
peristiwa bahaya dan penyakit-penyakit pekerjaan.
d. Membantu penyelia-penyelia di dalam membuat penyiasatan
kemalangan, menyemak laporan dan memastikan pengukuran
kawalan risiko dilaksanakan.
e. Menyimpan rekod statistik kemalangan, penyakit dan peristiwa
bahaya di tempat kerja.
f. Bertindak sebagai setiausaha di dalam Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan di tempat kerja.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 14

2.4.3 Kuasa pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam siasatan

Bagi maksud mengadakan suatu siasatan di bawah Akta ini,


seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah mempunyai
kuasa untuk mengendalikan sumpah dan ikrar dan hendaklah terletak hak
dengan kuasa Majistret Kelas Pertama untuk memaksa kehadiran saksi-
saksi dan memaksa pengemukaan dokumen-dokumen, memelihara
keteraturan dan selainnya menjalankan siasatan dengan sewajarnya, dan
semua orang yang dipanggil untuk menghadiri siasatan itu adalah terikat
disisi undang-undang untuk hadir.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 15

AKTIVITI 2B

2.6 Senaraikan tiga pihak utama yang terlibat secara langsung dalam Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

2.7 Siapakah yang dimaksudkan dengan sub –kontraktor?

2.8 Nyatakan dua kewajipan sub – kontraktor.

2.9 Apakah denda yang akan dikenakan jika seseorang sub –kontraktor itu
tidak menjalankan kewajipannya?

2.10 Apakah kuasa yang ada pada pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan
dalam menjalankan siasatan?

SELAMAT MENCUBA DAN SEMAK JAWAPAN ANDA DI RUANAGAN


MAKLUM BALAS.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 16

MAKLUM BALAS 2B

2.6 Tiga pihak utama yang terlibat secara langsung dalam Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 ialah :
a) majikan
b) pekerja
c) sub- kontraktor

2.7 Sub –kontraktor ialah seseorang yang merekabentuk, mengilang, mengimport atau
membekalkan, apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja.

2.8 Dua kewajipan sub – kontraktor ialah :

a) Untuk memastikan setakat yang praktik , bahawa loji itu direkabentuk dan
dibina sebegitu rupa supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila
digunakan dengan sepatutnya.

b) Untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa ujian dan


pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke
atasnya dan memastikan setakat yang praktik , bahawa loji itu direkabentuk
dan dibina sebegitu rupa supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan
apabila digunakan.

2.9 Denda yang akan dikenakan jika seorang sub kontraktor tidak menjalankan
kewajipannya ialah tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

2.10 Kuasa yang ada pada pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan ialah
memaksa kehadiran saksi-saksi dan memaksa pengemukaan dokumen-dokumen,
memelihara keteraturan dan selainnya menjalankan siasatan dengan sewajarnya,
dan semua orang yang dipanggil untuk menghadiri siasatan itu adalah terikat
disisi undang-undang untuk hadir.

TAHNIAH….USAHA LAGI BAGI YANG KURANG TEPAT JAWAPANNYA.


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 17

SILA JAWAB SEMUA SOALAN DI BAHAGAIAN INI UNTUK


MEMASTIKAN PRESTASI ANDA

1. Senaraikan lima belas istilah yang sentiasa digunapakai dalam Akta


keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

2. Terangkan dengan jelas tujuan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994.

3. Siapakah pekerja?

4. Nyatakan dengan jelas empat kewajipan pekerja.

5. Huraikan dengan jelas denda-denda yang akan dikenakan kepada pekerja,


sub-kontraktor dan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
tidak melaksanakan kewajipannya.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMAK JAWAPAN ANDA DI RUANAGAN


MAKLUM BALAS.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 18

MAKLUM BALAS

1. Lima belas istilah yang sentiasa digunapakai dalam Akta keselamatan


dan kesihatan pekerjaan ialah :
 Bahan
 Bahan bagi kegunaan semasa bekerja
 Boleh dipraktikkan
 Ditetapkan
 Industri
 Kerajaan
 Kesatuan Sekerja
 Kontrak Perkhidmatan
 Loji
 Majikan
 Majikan Utama
 Majlis
 Orang yang bekerja sendiri
 Pegawai
 Pekerja

2. Tujuan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ialah :

 Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-


orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan
atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang-
orang yang sedang bekerja.

 Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada


orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau
kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang
sedang bekerja.

 Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-


orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan
fisiolgi dan psikologi mereka.

 Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan


keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh
digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem, peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 19

dan tata amalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara


bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk
mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan
kesihatan

3. Pekerja ialah seseorang yang diambil bekerja dibawah kontrak


perkhidmatan mengenai atau yang berkaitan dengan kerja sesuai
industri.

4. Empat kewajipan pekerja ialah :

 Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan


kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh
tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.

 Untuk bekerjasama dengan majikannnya atau mana-mana orang


lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang
dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau
mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

 Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa-masa


apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan
oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada
keselamatan dan kesihatnnya.

 Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan


dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau
mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-
mana peraturan yang dibuat dibawahnya.

5. Denda-denda yang akan dikenakan kepada pekerja, sub-kontraktor dan


pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang tidak
melaksanakan kewajipannya ialah :

 Pekerja : Didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan


selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 20

 Sub – kontraktor : Didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit


atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya sekali.

 Pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan Didenda tidak


melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tahniah! Anda telah


menguasai unit ini.
Teruskan usaha anda
ke unit seterusnya..

Anda mungkin juga menyukai