Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), yang berdasarkan


konsep peraturan diri meletakkan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerja ke atas mereka yang mewujudkan risiko.Oleh itu, ia adalah penting
bahawa kedua-dua majikan dan pekerja menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan
tempat kerja yang selamat dan sihat. Salah satu cara adalah dengan membentuk
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di mana kedua-dua majikan dan pekerja aktif
boleh mendapatkan terlibat dan mengambil bahagian dalam melaksanakan program
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mereka.

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan


melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja
merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah
satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika
bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

1.0 SEJARAH PENUBUHAN

Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari


Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun Bright Sparkler di
Sungai Buloh yang berlaku pada 1991. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh
pekerja terperangkap dan seramai 26 orang terkorban di dalam insiden tersebut.

Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan
seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan.
2.0 DASAR PENUBUHAN

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan


melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan
suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil
langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.

Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan
Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden
letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan
berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu
tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para
pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut. Akta ini
dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber
Artikel ini akan membincangkan tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan
merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.
3.0 TUJUAN

Keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja; - (Pekerja)

Melindungi orang bekerja dan selainnya daripada aktiviti yang melibatkan risiko;-
(orang awam, pelawat, dsb)

Mengadakan suasana tempat kerja selamat dan sihat


(bersesuaian dengan kehendak fizikal dan mental pekerja)

Untuk mengadakan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan


peraturan dan tata amalan industri yang diluluskan di bawah peruntukan Akta

Mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan
psikologi orang-orang yang sedang bekerja

Secara ringkasnya, akta ini bertujuan untuk menjamin keselamatan bukan sahaja kepada
pekerja tetapi juga kepada orang lain yang berada di tempat kerja.Orang lain tersebut
merujuk kepada tetamu atau sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dengan organisasa
berkenaan.
4.0 FUNGSI JAWATANKUASA

Seksyen 31 Akta tersebut telah dinyatakan dua fungsi utama seperti berikut:

a) akan memelihara di bawah kajian, langkah-langkah yang diambil untuk memastikan


keselamatan dan kesihatan - orang di tempat kerja.

b) hendak menyiasat apa-apa perkara di tempat kerja.

1. Mana seorang ahli jawatankuasa atau orang yang diambil kerja mesyuarat tersebut
menganggap tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan;

2. Yang telah dibawa kepada perhatian majikan.

Selain daripada dua fungsi utama di atas, fungsi-fungsi lain yang boleh dilaksanakan oleh
jawatankuasa adalah seperti berikut;

3) Membantu dalam pembangunan program-program dan sistem kerja yang selamat.

4) Menyemak keberkesanan program.

5) Memeriksa tempat kerja.

6) Laporan tindakan yang tidak selamat dan syarat.

7) Mengesyorkan tindakan pembetulan.

8) Mengkaji dan mencadangkan semakan terhadap dasar keselamatan dan kesihatan.

9) Menyiasat ke dalam kemalangan apa-apa kerja yang berkaitan, kejadian berbahaya,


keracunan atau penyakit.

10)Kajian trend kemalangan / penyakit, dan

11) Membantu untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti promosi.


5.0 PRINSIP

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam


prinsip iaitu:
Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan
dan kemahiran yang baik.
Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat
kerja bebas daripada sebarang kemalangan.
Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan
keselamatan di tempat kerja.
Dasar/Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui
oleh semua pekerja di tempat kerja.
Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi
menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan.
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.

Anda mungkin juga menyukai