Anda di halaman 1dari 4

NAMA IRFAN NAQIB BIN MOHD NOR

NAZARUDDIN
KAD PENGENALAN 010503-06-0339

TAJUK DAN TUGASAN 0G-010-4:2012-C01 HEALTH,SAFETY &


ENVIRONMENT COMPLIANCE
SUPERVISION

SOALAN
1. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SAFETY
-SHO = Safety, Health Officer atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

Apa tugas Seorang SHO?

Seorang SHO bertugas untuk dipertanggungjawabkan oleh syarikat/badan-


badan kerajaan/pertubuhan untuk menjaga keselamatan pekerjaan dan
kesihatan pekerja ketika berada di tempat kerja.

Seorang SHO perlu merancang, memantau dan menganalisa pematuhan


keselamatan mengikut piawai undang-undang kerajaan dibawah Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP). Seorang SHO juga akan menjadi wakil
syarikat atau organisasi untuk berurusan dengan pihak berkuasa JKKP.  Jika pihak
JKKP membuat tinjauan untuk tujuan pemeriksaan, audit atau apa sahaja dalam
bidang kuasa JKKP, SHO lah pegawai yang akan bertanggungjawab mewakili syarikat
atau organisasi.

Dan jika berlaku kemalangan, SHO lah yang perlu melakukan peranan dalam
membantu siasatan pihak JKKP dan menambah baik sistem keselamatan dan
kesihatan ditempat kerjanya

2. AKTA HSE

-Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari 1994 dan
bertujuan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat
kerja.Ia telah digubal berdasarkan konsep peraturan kendiri dengan tanggungjawab utama
bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terhadap orang yang
mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko.Akta ini menyediakan proses perundingan
pada peringkat dasar dengan penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan.Proses perundingan juga merangkumi program keselamatan dan kesihatan yang
dilaksanakan oleh majikan dan wakil pekerja sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan. Akta ini mengandungi 67 seksyen yang dibahagikan kepada 15 bahagian dan
dilampirkan dengan tiga jadual.Tiga bahagian yang pertama menyatakan tujuan Akta dan
menyediakan infrastruktur untuk perlantikan para pegawai dan Majlis Negara.Intipati Akta
ini adalah peruntukan dalam bahagian IV hingga VI.Bahagian ini menyediakan kewajipan am
mereka yang mewujudkan risiko contohnya majikan, orang yang bekerja sendiri,
perekabentuk, pengilang, pembekal dan lain-lain dan mereka yang bekerja dengan risiko
iaitu para pekerja.Bagaimana Akta ini dilaksanakan dan dikuatkuasakan adalah dijelaskan di
dalam bahagian lain
3. KELAYAKAN SEBAGAI SAFETY

-Untuk menjadi Pegawai Keselamatan dan Kesihatan berlesen dan


berdaftar dengan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, anda
perlu:
 Menghadiri kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dan lulus
peperiksaan*
 Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja berkaitan
bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
 Lulus sesi pengesahan yang dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (DOSH), jika diminta

4. TANGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM SAFETY

-Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama


dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan di
tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan:

 -Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara  bertulis


mengenai dasar am mengenai keselamatan dan kesihatan, organisasi,
perkiraan, langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
 Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagi organisasi
yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih.

5. TANGGUNGJAWAB PEKERJA

-Menjaga keselamatan & kesihatan diri sendiri dan orang lain


disekeliling.Dan oleh itu Bekerjasama dengan majikan & orang lain di
dalam perkara berkaitan keselamatan & kesihatan.Memakai alat
pelindung diri yang dibekalkan dan Mematuhi segala peraturan-peraturan
& arahan-arahan berkaitan keselamatan & kesihatan.

6. PENGENALAN HSE 1994


-Garis panduan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 adalah bertujuan
untuk menerangkan dan menjelaskan peruntukan di setiap seksyen di dalam
Akta.Garis panduan ini menyediakan bantuan kepada para pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam menjalankan tugas untuk
menguatkuasakan Akta ini di tempat kerja yang termaktub dibawah Akta
ini.Garis panduan ini juga boleh digunakan oleh para majikan, orang bekerja
sendiri, penghuni, perekabentuk, pengilang, pembekal, pekerja dan kesatuan
sekerja untuk memahami dan melaksanakan tugas mereka yang ditetapkan di
dalam Akta

7.SYARAT YANG MEMBOLEHKAN PENUBUHAN JKKP DI TEMPAT


KERJA

- Penubuhan JKKP di tempat kerja mestilah dilaksanakan sekiranya:-

• Terdapat 40 (empat puluh) orang pekerja atau lebih di tempat


kerja tersebut
ATAU
• Diarahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Department of Occupational Safety and
Health, DOSH)

Anda mungkin juga menyukai