Anda di halaman 1dari 4

THE INCORPORATED SOCIETY PLANTERS

ISP MANAGEMENT (M) SDN BHD

CERTIFICATE IN PLANTATION MANAGEMENT

CPM 66

ASSIGNMENT

SUBJECT Estate Safety, Health & Welfare (ESHW)


NAME Abu Musa Bin Ahmed Bashir
INDEX NO CPM66/001
LECTURER Tn. Hj. Mohd Norddin Abd Jalil, AISP
MARKS /40
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
adalahTanggungjawab Bersama (OSHA)

PENGENALAN
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan dimana seseorang pekerja
memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain
yang mungkin terjejas aktiviti-aktivitinya. Hal yang sedemikian, adalah amat penting dalam
setiap tempat kerja yang dilakukan terutama sekali di luar kawasan pejabat. Sejarah OSHA
bermula ketika Babylon seawal 2500 sebelum masihi. Seterusnya, negeri tersebut seorang
raja yang memerintah berpandukan kod undang-undang. Undang-undang tersebut adalah
menekankan hukuman bagi kesalahan dan menetapkan pencegahan kemalangan dilakukan
melalui pembalasan melalui data. Terdapat beberapa prinsip berkatian dengan Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, antaranya:

 Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan


kemahiran yang baik.

 Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja
bebas daripada sebarang kemalangan.

 Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan


keselamatan di tempat kerja.

 Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh
semua pekerja di tempat kerja.

 Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi
menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

 Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan.

2
Terdapat beberapa peringkat yang terlibat dalam OSHA ini iaitu, Kerajaan, Majikan dan
pekerja.

Perhatian OSHA dalam organisasi adalah amat penting dalam setiap kawasan tempat
kerja. Seterusnya organisasi mestilah peka berkaitan tanggungjawab yang harus diambil
dalam OSHA. Antaranya, adalah menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui
proses tripatisme dasar undang-undang, tata amalan dan garis panduan. Selain itu, organisasi
juga mestilah membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakkan, latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan. Sebagai contoh PERTUBUHAN KESELAMATAN
SOSIAL (PERKESO) adalah untuk memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap
beberapa luar jangka seperti bencana, kemalangan semasa perjalanan dan kematian. Contoh
yang seterusnya adalah INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
NEGARA (NIOSH) dan bertanggungjawab dalam Memberi khidmat dalam latihan, sumber
maklumat, dan pusat penyelidikan dan membantu pelaksanaan dan meyelesaikan
permasaalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Berkenaan dengan majikan terhadap OSHA ini juga adalah penting kerana ini adalah
kepentingan keselamatan dan kesihatan antara majikan dengan pekerja. Tanggungjawab
majikan adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja semasa
bekerja seperti penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik,
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. Kelengkapan perlindungan diri (PPE) termasuk
perlindungan mata, sarung tangan, sarung kaki (boots), topi, dan losyen pelindung telah
disentuh di bawah Akta Jentera 1967. Total kos dan caj bagi penyediaan PPE tidak boleh
dikenakan ke atas pekerja di mana Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah
menyatakan bahawa tiada majikan boleh membenarkan untuk memberi ke atas mana-mana
pekerjanya sebarang bayaran berkenaan dengan kelengkapan yang dilakukan atau diadakan
menurut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. Tanggungjawab
pekerja adalah untuk memakai PPE yang disediakan oleh majikan dalam mencegah risiko
keselamatan dan kesihatan serta mematuhi arahan berkenaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan pekerja seperti dalam ladang yang disediakan oleh majikan atau orang lain di
bawah Akta 514.

Pekerja juga harus peka berkaitan dengan OSHA dalam pekerjaan masing-masing.
Hal ini yang demikian, adalah tanggungjawab sesama pekerja sekiranya berlaku kecemasan
ketika bekerja. Pekerja harus tahu dan memberi perhatian dengan latihan yang diberikan agar

3
dapat meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam ladang. Seterusnya, pekerja
mestilah bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-
apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. Oleh itu, adalah satu
tanggungjawab pekerja untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa
kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah
apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, peruntukan mengenai kesihatan dan keselamatan terletak di dalam


Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA). Hal ini yang demikian, Selaras
dengan Akta ini, adalah kewajipan setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk
memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja ketika melakukan
pekerjaan. Kewajipan yang telah dilakukan terhadap organisasi, majikan dan pekerja adalah
termasuk penyediaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang selamat dan tidak
mendatangkan risiko kepada kesihatan, pengurusan untuk menjamin keselamatan dan bagi
mengelak risiko terhadap kesihatan dalam penggunaan atau pengendalian, penyimpanan loji
dan bahan; penyediaan maklumat, arahan dan penyeliaan; kewujudan cara yang selamat
untuk daftar masuk dan keluar; dan pengadaan dan penyenggaraan persekitaran kerja yang
selamat dengan kemudahan yang mencukupi bagi kebajikan pekerja di tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai