Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL

AGENSI YANG TERLIBAT DALAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA) ADALAH NIOSH ,
DOSH ,CIDB DAN PERKESO.

HURAIKAN FUNGSI DAN PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH SETIAP AGENSI DALAM ASPEK
KESELEMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Agensi yang terlibat dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA) adalah NIOSH , DOSH , CIDB
dan PERKESO. Keselamatan dan kesihatan pekerja adalah suatu keadaan di mana pekerja memerlukan
kawasan pekerjaan yang selamat dan melakukan kerja dalam keadaan yang sihat dan mampu.
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan mempunyai fungsi dan peranannya yang tersendiri.
Tanggungjawab ke atas keselematan dan kesihatan pekerja adalah dibawah tanggungjawab majikan dan
pekerja. Majikan perlu menyediakan suasana kerja yang kondusif dan harmoni. Seorang majikan juga
bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja agar pekerja tidak berada dalam kesusahan. Latihan yang
cukup perlu disediakan kepada pekerja supaya pekerja yang menggunakan alat atau mesin dapat
mempelajari cara penggunaan yang betul supaya tidak mendatangkan perkara yang tidak diingini.

Antara agensi yang terlibat dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) ialah Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).NIOSH ditubuhkan sebagai sebuah syarikat
berhad di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan visi menjadi pusat kecemerlangan dalam
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. NIOSH dapat memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat
dan sihat untuk semua pekerja dan orang lain yang terlibat atau yang menerima kesan daripada
operasinya dengan mengambil kira keperluan statutory serta piawaian Negara dan antarabangsa dan
tata amalan yang berkaitan. Peranan yang dimainkan oleh NIOSH adalah memastikan kualiti produk dan
perkhidmatan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa . NIOSH juga akan memastikan Ilmu
pengetahuan dan keterampilan kakitangan di dalam bidang berkaitan dan bersesuaian dipertingkatkan.

Selain itu , agensi yang terlibat dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) ialah Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) . DOSH merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian
Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan . DOSH
berfungsi sebagai mengkaji semula Langkah keselamatan dan kesihatan yang dianggap tidak selamat
dan dibawa kepada perhatian majikan . Peranan yang dimainkan oleh agensi DOSH ialah meningkatkan
minat dan motivasi semua kumpulan pengurusan dan pekerja dalam keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja . DOSH juga akan meningkatkan perundingan dan kerjasama diantara pihak pengurusan
dan pekerja dalam memperbaiki tahap keselematan dan kesihatan di tempat kerja .
Seterusnya , Lembaga Pembangunan dan Industri (CIDB) juga merupakan salah satu agensi yang terlibat
dalam keselamatan kesihatan pekerjaan. CIDB berfungsi sebagai memajukan dan merangsang
pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan . CIDB juga berfungsi dan
berperanan sebagai menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa
kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh keselamatan awam dan
mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya. Tambahan pula , CIDB dapat mengawal selia
pematuhan bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan .

Akhir sekali , Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakah salah satu agensi yang terlibat
dalam keselamtan dan kesihatan pekerjaan. PERKESO telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kerajaan di
bawah Kementerian Sumber Manusia. PERKESO berfungsi dalam memberi perlindungan keselamatan
sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan oleh
agensi ini. Agensi ini juga berperanan dalam memberi skim keilatan iaitu skim perlindungan pekerja yang
hialng upaya atau uzur. Seterusnya, PERKSO juga menawarkan skim bencana pekerja asing. Skim ini
melindungi semua pekerja asing yang berada di Malaysia kecuali suri rumah. Antara faedah skim
tersebut ialah faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, dan hilang upaya kekal.

Anda mungkin juga menyukai