Anda di halaman 1dari 3

ESTATE, SAFETY, HEALTH AND WELFARE

THE INCORPORATED SOCIETY OF PLANTERS


ISP MANAGEMENT (M) SDN BHD

CERTIFICATE IN PLANTATION MANAGEMENT (CPM)

CPM66

ASSIGNMENT

SUBJECT : ESTATE SAFETY, HEALTH & WELFARE


NAME : ABDULLAH AHMAD EZAN BIN ABDULLAH SANI
INDEX NUMBER : 026
LECTURER NAME : TN HJ .MOHD NORDDIN ABD JALIL
MARKS : /40
ESTATE, SAFETY, HEALTH AND WELFARE

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA ADALAH TANGGUNGJAWAB


SEMUA

1.0 Pengenalan

Keselamatan membawa maksud perbuatan atau peristiwa tidak dirancang yang


menyebabkan kecederaan atau kematian kepada individu atau kerosakan kepada harta
benda (Strasser, Aron & Bohn, 1981). Menurut Colling 1990 pula, keselamatan
merujuk kepada peristiwa yang tidak dirancang atau dikawal yang disebabkan oleh
faktor manusia, faktor keadaan persekitaran ataupun kombinasi mana-mana faktor.
Keadaan ini akan mengganggu proses kerja, mungkin menyebabkan kecederaan,
kesakitan, kematian, kerosakan harta benda ataupun peristiwa lain yang tak
dikehendaki. Menurut World Health Organization (WHO), kesihatan adalah sesuatu
yang sempurna dari segi mental dan fizikal. Kesihatan adalah kualiti hidup yang
melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologi individu hasil
daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R, 1968).

2.0 Peranan pihak-pihak tertentu terhadap keselamatan dan kesihatan perkerja :

2.1 Kerajaan

Kerajaan memainkan peranan yang penting terhadap keselamatan dan kesihatan


pekerja. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia perlu melaksanakan
pelbagai usaha bagi menangani isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Ini termasuklah merangka strategi baharu dan meningkatkan penguatkuasaan
keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja, menggubal peraturan dan
standard, menjalankan latihan dan aktiviti promosi mengenai aspek keselamatan
dan kesihatan pekerja di setiap sektor pekerjaan.

Dalam usaha melangkah ke hadapan, negara kita perlu mengharungi


persekitaran global yang lebih mencabar dan kompetitif. Perkembangan
teknologi semasa secara tidak langsung menggesa kerajaan mengambil segala
langkah perlu bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif serta dapat
memangkin produktiviti negara.

2.2 Majikan

Peranan majikan adalah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap elemen


keselamatan pekerja semasa di tempat kerja. Keadaan ini sememangnya
dimahukan berikutan sebagai pihak majikan, mereka seharusnya perlu peka dan
sedar akan tanggungjawabnya terhadap kebajikan pekerja amnya serta
keselamatan pekerja khasnya. Tambahan lagi, sebagai pihak majikan juga mereka
merupakan pemangkin utama untuk mendidik tenaga kerja supaya dapat
memberikan sumbangan positif yang besar kepada negara.
ESTATE, SAFETY, HEALTH AND WELFARE

Justeru itu, pihak majikan yang menjalankan tanggungjawab mereka terhadap


keselamatan pekerjanya di tempat kerja secara proaktif jelas sekali akan dapat
meningkatkan kualiti pengurusan serta tahap keselamatan di tempat kerja. Pihak
majikan perlu menilai mental dan emosi yang dibina, serta bagaimana untuk
menjanakannya dalam rangka kerja yang dirancang. Pihak majikan yang
mempunyai semangat yang kuat akan menyumbangkan prestasi kerja yang
terbaik.

2.3 Pekerja

Pekerja merupakan aset sesebuah syarikat maka keselamatan dan kesihatan


pekerjaan menjadi salah satu elemen penting untuk memastikan tempat kerja yang
selamat dan sihat untuk melindungi modal insan negara. Namun pekerja sendiri
memainkan peranan yang penting dalam isu keselamatan dan kesihatan pekerja.
Pekerja perlu mengikut arahan yang diberikan majikan yang dinyatakan dalam
prosedur keselamatan operasi yang disediakan oleh majikan. Seterusnya, pekerja
harus memakai atau menggunakan peralatan perlindungan persendirian atau
pakaian keselamatan yang dibekalkan majikan setiap masa.

Selain itu, pekerja juga perlu bekerjasama dengan majikan atau mana-mana pihak
dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas
majikan atau orang lain. Akhir sekali, pekerja perlu memberi perhatian yang
munasabah bagi keselamatan & kesihatan dirinya dan orang lain.

3.0 Kesimpulan

Tempat kerja yang selamat dan sihat iaitu bebas dari risiko kemalangan dan penyakit
pekerjaan adalah menjadi idaman semua pihak yang terlibat, sama ada kerajaan,
majikan, mahupun pekerja. Mana-mana pekerja akan berasa aman dan selesa untuk
bekerja di sesebuah organisasi yang majikannya sentiasa menitik beratkan aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Dalam masa yang sama, kadar kemalangan
industri yang rendah juga memberikan imej yang baik untuk negara, sekaligus
menarik minat industri asing untuk melabur dalam negara.Malahan, sudah tiba
masanya penerapan budaya selamat dimulakan di peringkat lebih awal seperti di
peringkat pra sekolah dan bukan semata-mata di tempat kerja. Akhir sekali,
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah tanggungjawab semua. Untuk itu, semua
pihak sama ada pekerja, majikan, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan perlu
bersama-sama memainkan peranan dalam menjalankan program dan aktiviti yang
menyumbang ke arah pengurangan kemalangan dan penyakit pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai