Anda di halaman 1dari 8

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI


Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Rambutan
BUKU PANDUAN TANAMAN RAMBUTAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 8
Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

1 Pendahuluan 3-4

2 Penanaman 4
2.1 Bahan Tanaman 4
2.2 Sistem Penanaman 4
2.3 Penanaman di Ladang 4

3 Penyelenggaraan 4
3.1 Pengurusan Air 4
3.2 Pembajaan 4-5
3.3 Kawalan Rumpai 5
3.4 Pemangkasan 5-6
6-7
3.5 Kawalan Penyakit dan Perosak

4 Kemantangan Dan Mengutip Hasil 7

5 Pengendalian Lepas Tuai Dan Penyimpanan 8

6 Rujukan 8

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 8
1. PENDAHULUAN

Nama biasa : Rambutan


Nama saintifik : Nephelium lappaceum
Keluarga : Sapindacaceae

i. Asal Usul

Rambutan adalah buah-buahan asli yang berasal dari Gugusan Kepulauan Melayu.
Ia ditanam meluas di semenanjung. Ia berasal dari rantau ini, mungkin dari Malaysia
sendiri dan telah lama ditanam di Tenggara Asia. Tanaman ini terhad pada kawasan
tropik sahaja kerana ia tidak tahan cuaca sejuk. Pokoknya biasa berbuah dua kali
setahun dengan musim utama diantara bulan Jun hingga Ogos dan Oktober hingga
Februari.

ii. Sifat Botani tanaman

Buahnya berbentuk bulat kadangkala berbentuk bujur dan mempunyai rambut.


Biasanya bila putik ia berwarna hijau tua dan apabila masak bertukar warna menjadi
kuning atau merah tua mengikut jenis. Isinya putih berkaca, tebal isinya bergantung
kepada jenis. Ia mempunyai biji yang bujur dan kecil.

iii. Keperluan Agroklimatik

a) Iklim
Di Semenanjung Malaysia, rambutan banyak ditanam dikawasan tanah rendah di
mana taburan hujan purata tahunan ialah 2000 mm – 2500 mm dan suhunya iaitu 17
o
C hingga 32 oC. Cahaya juga mempengaruhi mutu buah dan pokok-pokok yang
terdedah kepada cahaya matahari akan mengeluarkan buah yang lebih manis dan
isinya yang lebih pejal.

b) Tanah
Tanah yang berasal dari batuan igneous dan batuan mendak dan tanah yang berasal
dari timbunan aluvial adalah yang paling sesuai untuk tanaman rambutan. Siri tanah
yang berasal dari batuan igneous yang paling sesuai ialah Siri Rengam. Di antara
tanah yang berasal dari batuan mendak pula ialah siri Serdang, Munchong dan
Bungor. Tanah yang berasal dari timbunan aluvial mempunyai tekstur yang
berlainan, yang paling biasa didapati ialah liat berpasir hingga liat peroi.Tanah
gambut dan bris adalah tidak sesuai untuk tanaman pokok rambutan.

iv. Jenis Klon Varieti

Kualiti buah dan hasil adalah di antara faktor yang penting ditekankan dalam
pemilihan jenis klon yang baik dan faktor buah masak serentak supaya memudahkan
memungut hasil.

Berat/buah % Jumlah
Klon Ciri-Ciri
(g) Pepejal Larut
Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal,
R134 41 24
sederhana pejal, lekang dan berjus.
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 8
Kulit berwarna kuning. Isinya tebal,
R156 39 19 sederhana manis dan pejal, berair dan
lekang. Bentuk buah bulat.
Kulit berwarna merah kekuningan. Isi tebal,
R162 42 20 sederhana manis, tidak begitu berair dan
lekang. Bentuk buah bujur.
Kulit berwarna merah kekuningan. Isinya
R167 44 - sederhana tebal, manis, pejal dan lekang.
Bentuk buah bujur.
Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal,
R170 37 23
pejal dan lekang. Bentuk buah bulat-bujur.
Kulit berwarna merah. Isinya lembut,
R191 35 15 sederhana tebal, manis, kurang berair dan
lekang. Bentuk buah bulat-bujur.
Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal
R193 40 23 dan pejal, serta berair dan lekang. Bentuk
buah bujur.

2. PENANAMAN

2.1 Bahan tanaman:

Biasanya rambutan ditanam dengan menggunakan anak cantuman.


 
2.2 Sistem Penanaman:

Sistem penanaman empat segi sama adalah disyorkan. Sistem penanman yang lain
seperti tiga segi sama dan quincunx juga boleh digunakan. Jarak tanaman ialah
9.0m X 9.0m yang boleh menghasilkan 123 pok/hektar untuk sistem segi empat
sama, 142 pok/ha untuk segi tiga dan 246 pok/ha untuk sistem quincunx.
 
2.3 Penanaman di Ladang:

Lubang berukuran 60 cm X 60 cm digali sebulan sebelum menanam dan 200 g CIRP


ditabur ke dalam lubang, 5-10 kg/lubang baja organan digaul bersama tanah atas
dan dimasukkan semula ke dalam lubang. Buatkan lubang kecil di tengah lubang
untuk ditanam dengan pokok rambutan. Letakkan anak pokok rambutan di lubang
tersebut. Timbus tanah pada pangkal pokok dan tinggikan sedikit supaya nampak
berbusut di pangkal. Berikan sokongan kayu dan siram pokok tersebut.

3. PENYELENGGARAAN
3.1 Pengurusan air

Pokok rambutan perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan dan
kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan dan pada musim kemarau.

3.2 Pembajaan

Amalan pembajaan yang teratur dan seimbang adalah penting untuk mengalakkan
tumbesaran pokok. Jenis baja dan kadar baja yang diberikan bergantung kepada
jenis tanah dan kesuburannya, umur dan keadaan pokok.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 8
a. Peringkat awal pertumbuhan pokok
Umur pokok 1 hingga 3 tahun - NPK Green: 15:15:15

b. Peringkat pokok berbuah


Umur pokok 4 tahun keatas - NPK Blue 12:12:17:2.

Kadar Pembajaan

Umur Kadar
Jenis baja Kekerapan baja
pokok (kg/pokok/tahun)
1 NPK 15:15:15 0.5 2 - 4 bulan sekali
2 NPK 15:15:15 1.0 terutama pada awal
3 NPK 15:15:15 2.5 musim hujan.
4 NPK 12:12:17:2 4.0 3
5 NPK 12:12:17:2 5.5 3
6 NPK 12:12:17:2 7.0 3
7 NPK 12:12:17:2 9.0 3
8 NPK 12:12:17:2 10.0 3
9 NPK 12:12:17:2 12 3
10-15 NPK 12:12:17:2 13 2
15 keatas NPK 13:13:21 15 2

Pembajaan perlu dibahagikan kepada 3 kali:

- 1/3 selepas kutip hasil


- 1/3 selepas daun muda keras
- 1/3 selepas satu bulan buah lekat.

3.3 Kawalan rumpai

Rumpai ditakrifkan sebagai tumbuhan yang tidak diperlukan didalam sesebuah


ladang dan perlu dihapuskan.Kesan-kesan rumpai terhadap tanaman ialah:

1. Mengurangkan pengeluaran hasil rambutan.


2. Menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan
3. Mengalakkan pembiakan habitat serangga.
4. Persaingan untuk mendapatkan makanan.

Kawalan rumpai boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah :

Kawalan Kimia - racun serap dan sentuh


- Penggunaan racun yang bersesuaian adalah perlu untuk memastikan
keberkesanan rumpai yang disembur.
- Kadar bancuhan perlu mengikut label yang disyorkan oleh pengeluar racun.
- Keselamatan sebelum, semasa dan selepas penggunaan racun perlu diambil
perhatian serius demi mengelakkan sebarang kemudaratan dan risiko.

Antara jenis racun yang digunakan ialah Basta dan Roundup

3.4 Pemangkasan

Pemangkasan adalah amalan pertanian yang penting. Kerja pemangkasan dilakukan


untuk mendapatkan pokok yang rendah dan mengekalkan bentuk pokok.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 8
Terdapat 4 jenis pemangkasan yang digunakan untuk pokok rambutan:

1. Pemangkasan Penjagaan - tunas-tunas air, dahan yang mati dan reput.

2. Pemangkasan bentuk terbuka tengah – mendapatkan bentuk pokok yang


rendang dan dahan pembuahan yang kuat dan tahan.

3. Pemangkasan Hujung terbuka – semasa kutip hasil, pemangkasan dilakukan


dengan menggunakan kacip pemotong, tunas-tunas baru akan dipotong
keluar dibawah cantasan dan akan mengeluarkan pucuk, bunga dan buah
pada musim akan datang.

4. Pemangkasan Pembentukan semula – pokok yang besar perlu dibentuk


semula untuk mendapatkan bentuk yang rendah dan pengeluaran hasil yang
baik.

Pokok rambutan yang muda dibentuk untuk mendapatkan pokok yang rendah dan
mengeluarkan hasil yang banyak.Pembentukkan yang sesuai digunakan ialah
bentuk terbuka tengah. Terdapat 3 – 5 dahan tepi dibiarkan dan dahan tengah
dipotong dalam tahun pertama.

Pemangkasan semasa kutip hasil ialah menggunakan pemangkasan hujung terbuka.


Hujung –hujung ranting yang mempunyai buah akan dipotong dibahagian tangkai
dan akan mengelaurkan tunas yang baru.

3.5 Kawalan Penyakit dan Perosak

a) Penyakit:
Penyakit-penyakit utama bagi tanaman rambutan adalah seperti berikut: -

Penyakit Tanda-tanda Pembasmian


Kulapuk berdebu  Sering berlaku pada buah muda  Mengawal rimbunan
yang belum berisi. pokok melalui cantasan
(Oidium nephelii)  Maisilium kulat menyaluti buah. yang sempurna.
Jika tidak dikawal buah akan  Periksa setiap minggu
merekah dan gugur sebelum bunga dan buah
masak. terutamanya di musim
hujan.
 Jika perlu, sembur
dengan racun kulat jenis
sulfur pada kadar 0.1-
0.2% bahan aktif.
Kulapuk hitam  Kulat menutupi permukaan kulit  Kawal koya pada pokok
(Meliola nephelii) buah dan daun. rambutan dengan
 Ini menghalang fotosintesis dan menggunakan minyak
putih pada kadar 1:50
seteusnya menghalang bahagian air.
pembesaran buah.
 Kulat ini tumbuh bila ada
manisan yang dihasilkan oleh
koya.
Cerana batang  Kulat menyerang batang dan  Dapat dicegah
(Dolabra ranting. sekiranya amalan kultur
nepheliae)  Tanda serangan kulat ialah ada dibuat dengan sempurna.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 8
keruping pada dahan dan  Pastikan ada peredaran
ranting pokok. udara. Cantas ranting
yang diserang.

b) Perosak:
Perosak utama tanaman rambutan adalah seperti berikut: -

Perosak Tanda-tanda Pembasmian


Ulat lipat daun - Larva memakan dan  Guna racun carbaryl
(Adoxophyes menggulung daun muda 0.1% bahan
privatana) aktif
Ulat buah rambutan - Larva mengorek masuk melalui  Tanam buah yang
(Conopomorpha rosak dan gugur.
cramerella)   kulit berhampiran tangkai buah  Sembur buah ketika
  dan memakan di bawah kulit. muda dengan
cyperrmethrin 0.1%
a.i.
Kumbang pemakan - i. memakan daun - berlubang  Sembur racun
daun i. (Apogonia sp.) - ii. Memakan tisu dan urat daun carbaryl pada kadar
ii. (Adoretus sp.) 0.1% a.i.
iii. (Hypomeces   sahaja
      squamosus) - iii. memakan daun - berlubang

4. KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

i. Kematangan:

Buah rambutan mengambil masa 100-130 hari untuk matang ( dari bunga kembang
hingga buah masak).
 
ii. Hasil:

Pokok rambutan mula berbuah pada tahun ketiga selepas ditanam dengan anggaran
hasil 2000 kg/ha. Penghasilan boleh meningkat sehingga 9000 kg/ha pada tahun
kesembilan ke atas.
 

iii. Musim:

Pokok rambutan boleh berbuah 2 kali setahun jika terdapat 2 musim kemarau.
Musim utama biasanya berlaku pada bulan Jun-Ogos dan musim kedua pada bulan
Disember-Januari.
 

iv. Indeks Penuaian:

Buah rambutan boleh dipetik apabila mencapai indeks kematangan 4 bagi


kebanyakan klon ( warna bertukar merah atau oren) dan bertukar kuning kehijauan
bagi klon R156.
 
v. Pengutipan Hasil:

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 8
Buah rambutan dipetik secara manual dengan menggunakan gunting panjang atau
kacip. Biasanya buah dipetik pada waktu pagi atau petang semasa cuaca redup.

5. PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN

i. Pengendalian Lepas Tuai:

Buah yang dikutip dikumpul dalam bakul rotan atau bakul plastik dan tidak didedah
kepada cahaya matahari. Buah terus dihantar ke pusat pembungkusan dengan
secepat mungkin untuk pemilihan. Buah yang rosak seperti busuk, muda atau terlalu
masak diasingkan.
 
ii. Pembungkusan:

Buah rambutan boleh dibungkus untuk pasaran eksport di dalam kotak corrugated
fibre board atau tray foam.
 
iii. Penyimpanan:

Tempoh simpanan bagi buah rambutan sangat pendek. Dari kajian yang dijalankan
buah rambutan yang disimpan tanpa dibungkus pada suhu 10 oC dan R.H. 90-95%
boleh bertahan sehingga sepuluh hari sahaja.

6. RUJUKAN

i. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (1999). Pakej Teknologi Rambutan.

ii. http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan rambutan.htm

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 02
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drp 8

Anda mungkin juga menyukai