Anda di halaman 1dari 13

PANDUAN MENANAM NANAS

(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)

KUMPULAN NANAS

Nanas atau nama botaninya Ananas comosus  dari keluarga Bromeliaceae adalah
tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di
Thailand, Filipino, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nonas banyak ditanam di
negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius
(Moris), N36 dan Josapine. Terdapat tiga kumpulan kultivar nanas yang ditanam di
Malaysia, iaitu kumpulan Cayenne, Spanish dan Queen.

KUMPULAN CAYENNE

 Sarawak
 Smooth cayenne
 Hilo

KUMPULAN SPANISH

 Nanas Merah (Singapore Spanish)


 Masmerah
 Nanas Hijau (Selangor Green)
 Nangka
 Gandol (No. 19 atau 'java hybrid')
 Betik

KUMPULAN QUEEN

 Moris (Mauritius)
 Bintangor (Moris Sarawak)

VARIETI NANAS

 Nanas Moris
 Nanas Sarawak
 Nanas Pada (Nanas Sawit)
 Nanas Josapine (A25-34)
         Nanas Maspine

NANAS MORIS:

Moris dan Sarawak adalah dua varieti utama nanas segar yang ditanam pada masa ini. 
Kedua-dua varieti nanas ini mempunyai kelemahan masing-masing.  Nanas Moris kecil,
isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai kandungan gula yang
tinggi.  Walau bagaimanapun bagi nanas jenis ini buahnya mengecil di hujung dan
daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan pengeluarannya. 

Indeks kematangan Nanas Moris

Indeks
: Keseluruhan mata buah berwarna hijau terang
1
- belum matang
  - belum boleh dituai
 

Indeks Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua berkilat dengan sedikit kuning
:
2 diantara mata di pangkal buah
- peringkat pecah warna (buah matang)
- belum sesuai dimakan segar
 
  - sesuai dieksport melalui laut

Indeks Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua dengan 2-3 mata di pangkal
:
3 buah hijau kekuningan
- buah matang
- boleh dimakan segar tapi belum enak
 
  - sesuai dieksport melalui laut dan udara

Indeks
: 25% mata buah berwarna kuning
4
- buah mulai masak
- boleh dimakan segar
  - sesuai dieksport melalui udara
 

Indeks : 50% mata buah berwarna kuning oren


5 - buah masak
- baik untuk dimakan segar
    - tidak  sesuai untuk dieksport

Indeks
: Lebih 75% mata buah berwarna kuning oren
6
- buah masak
- baik untuk dimakan segar
  - tidak sesuai untuk dieksport
 

Indeks
: Keseluruhan mata buah berwarna kuning oren
7
- buah masak ranum
- masih boleh dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport
   
 

NANAS SARAWAK:

Bagi nanas Sarawak pula, buahnya besar, mempunyai isi yang berwarna pucat, tidak
rangup dan berair.  Varieti Sarawak juga menghadapi masalah pembungaan yang terlalu
rendan terutama di kawasan gambut.  Kedua-dua varieti (Moris dan Sarawak) ini juga
rentan terhadap gejala teras hitam (black heart disorder) akibat penyimpanan pada suhu
rendah.

NANAS PADA (NANAS SAWIT)

Nanas Pada ialah nama diberikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada nanas yang
popular dengan nama 'Nanas Sawit' di Mukah dan Dalat.

NANAS JOSAPINE:

Varieti ini jauh lebih baik daripada Moris dan Sarawak.  Rintang terhadap gejala teras
hitam.  Oleh itu ia berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan laut dengan
menggunakan kontena berhawa dingin.  Selain daripada itu nanas ini juga lebih manis,
rangup dan kering, sesuai untuk hidangan segar.

Berasaskan sistem pemilihan, nanas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama
komersilnya ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nanas Johor (induk
betina) , Sarawak (debunga) dan 'Pineapple' (bahasa Inggeris untuk nanas).

Ciri-ciri Utama Josapine:


 Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.
 Daun hijau keunguan, tidak beduri.
 Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu.
 Biasanya 1-2 sulur buah / pokok.
 Sulur dan ratunnya baik.

Ciri-ciri Pembungaan dan Pembuahan:

 Tindakbalas pembuangan dengan bahan pengaruh sangat baik (90-100%).


 Berbuah awal - dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa
30 hari.
 Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari.
 Hari 60 tan/ha. bagi tanaman pertama.

Ciri-ciri Buah:

 Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga
apabila masak.
 Buah berbentuk silinder.
 Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish.
 Buah bersaiz sederhana (1.2 - 1.5 kg).
 Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering.
 Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang.
 Penyimpannya baik, kualiti buah tidak berubah walapun buah sudah terlalu
masak.
 Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada
suhu 10%oC
selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.

Iklim dan Tanah:


Nanas sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai cuaca yang panas, diantara 24oC-
30oC.  Sukatan hujan yang diperlukan ialah 100-150 sm setahun dan taburannya
serata.  Nanas boleh hidup di kebanyakan jenis tanah dan hidup subur di tanah gambut,
diantara pH 4.5-6.0.  Perparitan sempurna diperlukan sekiranya tanah sentiasa lembap
dan terlalu masam. Nanas sesuai ditanam di tanah rendan dan rata.

Penyediaan Tanah:
Tanah perlua dibersihkan daripada semak samun dan dibajak dan digembur sebelum
menanam (tanah gambut tidak perlu dibajak).  Tanah perlu dikapur sekiranya pH terlalu
rendah (bawah pH 4.5)

Amalan Kultur:

 Bahan tanaman biasanya terdiri daripada jambul dan sulur.


 
 Jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris berkembar) dengan sistem
penanaman pokok utama disyorkan bagi mendapat hasil dan mutu buah yang seragam.
 
 Pembajaan di tanah gambut menggunakan 435 kg amonium sulfat + 6 kg CIRP +
163 kg 'Muriate of potash' sehektar setiap kali pembajaan pada 2.5 dan 8 bulan selepas
ditanam.  Manakala di tanah mineral, baja NPK 15:15:15 sebanyak 860 kg sehektar
setiap kali pembajaan pada 2 dan 5 bulan selepas ditanam dan NPK Mg 12:12:17:2+TE
pada kadar yang sama pada 8 bulan selepas ditanam disyorkan.
 
 Baja semburan mengandungi campuran 42 g kumprum sulfat, 42 g zink sulfat, 21
g ferus sulfat, 640 g kapur dan 640 g urea dalam setiap 18 liter air.  Penyemburan
dibuat pada 1 dan 4 bulan selepas ditanama bagi kedua-dua jenis tanah.
 
 Pengaruhan bunga pada masa 9 bulan selepas ditanam dengan menggunakan
etefon (300 bahagian/juta) dan 3% urea (40 ml sepokok).
 
 Buah dipetik pada peringkat 'dua mata' matang.

Pembajaan

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Hektar

Sebelum
Kapor
1 menanam 2.5 tan
CIRP
2 Semasa 200 kg
NPK
3 menanam 200 kg
12:12:17:2
4 3 bulan 500 kg
NPK 12:6:22:3
5 6 bulan 500 kg
NPK 12:6:22:3
9 bulan
Racun Serangga untuk kawalan perosak serangga

Ketinggian
Bahan
Bil Racun Kadar Jumlah/ha Kemasaman
Aktif
Tanah

9g / 4.5
lit.air
6 ml / 4.5
1 Carbaryl 85% lit.air 1.8 kg 7
2 Dimethoate 38% 10 ml / 4.5 1 lit 14
3 Amitraz 20% lit.air 0.8 lit 7
4 Mercaptodimethur 50% 10 g/10 lit. 500 g 7
5 Diazinon 52% air 1.5 lit 7
6 Cypermethrin 5.5% 7.5 ml / 4.5 1.3 lit 7
lit.air
7.5 ml / 4.5
lit.air

Racun Untuk Kulat


 

Ketinggian
Nama Bahan Kadar
Bil Racun Kemasaman
Dagangan Aktif Bancuhan
Tanah

Dithane M-
Mancozeb 45 7-9/4.5 lit.air
1 80% 7
Maneb Pro-Maned 30-40/18 lit.air
2 80% 14
Copper 80 10-20 g/10
3 87% 7
oxychloride Zepercide lit.air
4 84.3% 7
Tridemorph 870 5 ml/4.5 lit.air
Calixin

 
Kawalan Rumpai:
Dalam masa 6 bulan pertama selepas menanam, kerja merumput hendaklah dilakukan
setiap 3 bulan ekali.  Selepas itu, merumput boleh dikurangkan sehingga 6 bulan sekali.

Kawalan Jambul dan Sulur:


Jambul buah dan sulur tangkai perlu dibuang apabila panjangnya mencapai 2.5 - 6.5 sm
untuk membaiki bentuk dn memudahkan tumbesaran buah.  Hanya 2 sulur disimpang
pada setiap pokok untuk dijadikan bahan tanaman.

Indeks Kematangan Nanas Josapine

Indeks Keseluruhan mata berwarna unggu gelap dengan braktea berwarna


:
1 kemerahan.
- buah belum matang
- isi buah keputih-putihan dengan sedikit warna keemasan.
 
  - belum sesuai untuk dituai.

Indeks
: Kebanyakan mata berwarna hijau gelap dengan warna kehitaman antara
2
mata. Braktea kekeringan, berwarna putih.
- buah telah matang (peringkat pecah warna)
- 50% isi berwarna keemasan
- belum sesuai dimakan segar
  - boleh dieksport melalui laut
 

Indeks Buah berwarna hijau gelap dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah
:
3 bertukar warna keorenan.
- buah matang hijau
- 75% isi berwarna keemasan
- boleh dimakan segar tapi masih belum enak
 
  - sesuai untuk ekport melalui laut dan udara

Indeks : Lebih kurang 25% mata buah berwarna keorenan.


4 - buah suku masak
- lebih 75% isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan sedikit harum
- baik untuk dimakan segar
- sesuai untuk pemprosesan minuman
  - sesuai untuk eksport melalui udara.
 

Indeks
: Lebih 75% mata berwarna keorenan
5
- buah separuh masak
- keseluruhan isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan harum
- baik untuk dimakan segar
- baik untuk pemprosesan minuman
  - masih boleh dieksport melalui udara
 

Indeks
: Lebih kurang 75% mata buah berwarna keorenan
6
- buah tiga suku masak
- isi kurang pejal, sangat berjus, manis dan harum
- masih boleh dimakan segar
  - tidak sesuai untuk eksport
 

Indeks : Keseluruhan buah berwarna oren


7 - buah masak penuh
- isi lembik, sangat berjus, manis dengan sedikit kemasaman
- masih boleh dimakan segar tapi kurang enak
  - tidak sesuai untuk eksport

NANAS MASPINE:
Maspine berasal dari kumpulan nanas 'Manzanah' iaitu daripada jenis buah yang
mempunyai ciri-ciri daun tidak berduri (piping-leaf).  Ia telah dibangunkan dan
dinamakan '73-50' oleh Institut Penyelidikan Nanas di Hawaii yang telah ditutup pada
1975.  Maspine ialah hibrid yang kompleks yang berasal dari kacukan antara kultivar
Cayenne, Perolera, Pernambuco, Spanish dan Queen.

Di Malaysia, ia telah diperkenalkan di MARDI Pontian melalui program pertukaran


germplasma dengan Stesen Penyelidikan Hortikultur Maroochy, Australia pada Mac
1993.  Dua sulur daripada setiap lima hibrid 'piping-leaf' telah diperkenalkan dan setelah
melepasi kuarantin, ia ditanam di MARDI Pontian untuk pemerhatian dan kajian.  Lewat
tahun 1994, tiga hibrid iaitu '53-116', '59-656' dan '73-50' (Maspine) telah dipilih dalam
penilaian generasi pertama.  Hibrid yang dipilih ini dibiakkan menggunakan teknik tunas
daun dan 'quartering'.

Pada tahun 1996, sebanyak 50 pokok dari setiap hibrid hasil penilaian generasi kedua
ditanam dalam barisan progeni untuk penilaian seterusnya.  Selepas hasil dituai, jambul
dan tangkai digunakan sebagai bahan tanaman untuk plot percubaan di Pontian pada
tahun 1999.  Secara keseluruhan, hibrid '73-50' (Maspine) adalah yang terbaik
berbanding dengan hibrid lain serta kultivar tempatan.  Ciri-ciri Maspine adalah seperti
berikut:-

         Ciri-Ciri Tampang

- Pokok subur dan sederhana tinggi.


- Daun tidak berduri.
- Saiz jambul sederhana besar (sebagai bahan utama pembiakan).
- Biasanya jarang mempunyai sulur tangkai, sulur angin dan sulur bawah.
 

         Ciri-ciri Pembungaan

- Tindak balas pembungaan lebih daripada 80%.


- Pengeluaran jambak bunga 37 hari selepas aruhan hormon.
 

         Ciri-ciri Buah

- Buah berbentuk silinder dengan sisi bersegi.


- Kulit nipis mempunyai kadar perolehan yang tinggi.
- Bersaiz sederhana dan beratnya lebih kurang 1.8 kg.
- Isi bewarna kuning keemasan.
- Kandungan gula tinggi iaitu lebih 16%.
- Kandungan asid rendah (0.58%).
- Rasanya manis dan enak, sesuai dijadikan pencuci mulut.
 

         Hasil

- Lebih kurang 40% lebih tinggi daripada Gandul dan 60% lebih tinggi daripada
Josapine.
- Rintang kepada penyakit reput teras.
- Lebih mudah sesuai dengan pelbagai keadaan alam sekitar.
 

         Ciri-ciri Pengalengan

- Kadar perolehan yang lebih baik (20%) berbanding dengan Gandul (16-18%).
- Kandungan gula yang tinggi 14-17% sebelum diproses dan 16-18% selepas
diproses.
- pH dan tahap keasidan sesuai untuk pengalengan.
- Isi berwarna kuning keemasan yang menarik serta tidak mudah pecah setelah
dipotong.
- Isi buah bersih dan bebas daripada bintik-bintik.
- Garis pusat empulur buah kurang daripada 30 mm.
- Secara keseluruhan industri atau pengilang berpuas hati dengan kualiti varieti
ini.

Benih Maspine dihasilkan melalui teknik 'quartering' dan ketulenan klon dijamin. 
Terdapat lebih 12,000 sulur telah disediakan untuk hibrid ini.  Benih ini akan dibiakkan
seterusnya dengan menggunakan teknik 'quartering' untuk mencapai sasaran 128,000
sulur pada hujung tahun 2006. 

Produk Hasil Pemprosesan Nanas Maspine:

 Produk yang boleh dihasilkan ialah produk berkaleng, produk basah, produk kring
dan produk separa kering.  Produk berkaleng seperti nanas dalam sirap, nanas dalam jus
nanas, jus nanas dan minuman jus nanas. 
 
 Sesuai dikalengkan atau dibotolkan tanpa gula sebagai jus nanas jernih bersama
atau tanpa karbon dioksida. 
 
 Penghasilan serbuk jus nanas dengan menggunakan teknologi pengeringan 'fluid
bed' atau spray dryer' dan kordial. 
 
 Nanas hancur boleh dijadikan puri, sos nanas bercili, sos nanas manis, jem dan
inti.  Pemproses snek, jeli dan nanas kering.

INDEKS KEMATANGAN BUAH NANAS :

Umumnya peringkat kematangan buah nanas boleh ditentukan dengan melihat


perubahan warna kulit, keratan 'mata' dan pengiraan hari dari tarikh menanam atau
pemberian hormon untuk aruhan bunga.  Untuk penuaian, kiraan hari selepas pemberian
hormon seringkali digunakan oleh petani.  Nanas Moris dan Josapine umpamanya,
masing-masing sudah boleh dipetik 125 dan 120 hari selepas pemberian hormon. 
Jangka masa matang bagi buah nanas Gandul ialah 15-16 bulan sementara nanas
Masmerah mengambil masa 17-18 bulan.  Walau bagaimanapun, tarikh kematangan ini
digunakan sebagai panduan sahaja, kerana kematangan buah nanas boleh juga
dipengaruhi oleh cuaca.  Buah nanas biasanya masak lebih awal apabila peringkat akhir
tumbesaran buah berlaku pada musim hujan.

         Indeks 1
Keseluruhan mata berwarna biru kehitaman dengan braktea berwarna kemerahan
(belum matang).  Isi sangat pejal dan masam dan belum boleh dituai.
 

         Indeks 2
Keseluruhan mata berwarna hijau tua dengan sedikit kuning diantara mata di
bahagian pangkal buah.  Braktea agak kering dan berwarna keputihan (peringkat
mula matang).  Isi pejal dan kemasaman.  Belum sesuai dimakan segar.  Sesuai
untuk ditin dan eksport segar melalui laut.
 

         Indeks 3
Keseluruhan mata berwarna hijau dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah
berwarna hijau kekuningan (cukup matang).  Isi pejal, agak berjus dan masam
manis.  Boleh dimakan segar tetapi belum enak dimakan.  Sesuai untuk ditin dan
dieksport segar melalui laut dan udara.
 
         Indeks 4
Lebih kurang 25% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan
(buah masak).  Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum.  Sesuai dimakan segar
dan sesuai untuk dieksport melalui udara.
 

         Indeks 5
Lebih kurang 50% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan
(buah masak).  Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum.  Sesuai dimakan segar
dan sesuai untuk dieksport melalui udara.
 

         Indeks 6
Lebih kurang 75% mata berwarna oren kekuningan (buah masak).  Isi agak
lembik, terlalu banyak jus, manis dan harum.  Masih sesuai dimakan segar. 
Tidak sesuai untuk eksport.
 

         Indeks 7
Keseluruhan mata berwarna oren kekuningan (buah ranum).  Isi lembik, terlalu
banyak jus dan masam manis.  Masih boleh dimakan segar tetapi kurang enak. 
Tidak sesuai untuk eksport.

Nanas dituai dengan memotong bahagian tangkainya dengan parang.  Bahagian tangkai
buah ada kalanya dibiarkan sepanjang 6-10 cm bagi memudahkan kerja-kerja
pengendalian.  Buah yang telah dituai dimasukkan ke dalam bakul yang disangkut di
bahagian belakang pekerja. (Dipetik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI 2005).

Ciri-Ciri Maspine Berbanding Dengan Josepine dan Gandul

Berat Tempoh
Duri Bintik Hasil
Varieti Sulur Buah Matang TSS Asid HR%
Daun Isi (t/ha)
(kg) (hari)*

 Maspine tiada jarang 1.76 155 0.4 18.3 0.58 2.7 56

 Josaspine sedikit banyal 1.12 115 0.9 16.4 0.82 32.3 35

 Gandul sedikit sedikit 1.44 148 0.5 12.2 0.50 10.2 40


 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penanaman nanas dan bekalan benih
tanaman,
sila hubungi:-

Unit Promosi dan Jualan


Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur.
Tel:  603-9437128 Fax:  603-9487630
Laman web:  MARDI (klik)
Borang:  Borang Pertanyaan dan Aduan Pelanggan (klik)

Anda mungkin juga menyukai