Anda di halaman 1dari 11

O.S.H.

A TERHADAP MAJIKAN

1. 1. 1. Majikan membelanjakan banyak wang dan masa untuk mengambil,memilih dan mengadakan
induksi untuk pekerja.Mereka pastikan bahawa mereka mematuhi undang-undang pekerjaan,tetapi
mereka gagal untuk menyedikan tempat kerja yang selamat.Pekerja mungkin maut akibat
kemalangan tersebut.Pegawai sumber manusia perlu maklumkan kepada keluarga pekerja bahawa
dia terlibat dalam kemalangan mauat,mungkin ini ialah satu tugas yang tersangat susah yang akan
dihadapi oleh seorang pegawai sumber manusia. Dalam ruang ini,isu ini membincangkan dasar
keselamatan,program keselamatan dan aduan kemalangan di tempat kerja.

2. 2. 2. DASAR KESELAMATAN SYARIKAT

Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di Syarikat untuk
menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang
lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti- aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama
berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
Khususnya, dasar Jabatan ialah:
a) Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat;
b) Untuk mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan
penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada
kesihatan;
c) Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan
mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi;
d) Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai
keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan yang diluluskan;
e) Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan
f) Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu. Jabatan yakin bahawa keselamatan dan
kesihatan yang dipertingkatkan secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti
harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah
mempastikan kejayaan misi kita.

3. 3. 3. Program Kesedaran Keselamatan Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Di Syarikat adalah untuk mencapai objektif berikut :
a) Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada pekerja sepanjang berada di
tempat kerja.
b) Memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap aspek Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (KKP) di tempat kerja.
c) Menyediakan dan menggalakkan pelaksanaan penilaian risiko (risk assessment) serta
penyediaan prosedur kerja selamat (safe operating procedure) bagi setiap aktiviti yang dijalankan di
tempat.
d) Membantu dalam mengintegrasikan Budaya Kerja Selamat dan Sihat di dalam sistem
pengurusan dan aktiviti yang dijalankan di tempat kerja serta meningkatkan standard KKP.
e) Meningkatkan kualiti kerja yang selamat
f) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi isu keselamatan, kesihatan dan
kecemasan.
4. 4. 4. PERANAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Tanggungjawab Pengurusan
a) Setiap Ketua Bahagian, Seksyen dan Unit adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk
melaksanakan dasar dan memperuntukkan sumber yang mencukupi bagi mencapai maksud
tersebut.
b) Setiap Pengurus di dalam syarikat adalah bertanggungjawab memastikan bahawa setiap aktiviti
dan lokasi kerja di bawah pengawasannya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
c) Menyedia dan memelihara tahap keselamatan dan kesihatan yang tertinggi bagi setiap
kemudahan, loji, peralatan dan sistem beserta dengan kebajikan dan kemudahan pertolongan
cemas.
d) Mewujudkan komunikasi berkesan supaya pihak pengurusan dan para pekerja dapat
bekerjasama dalam membentuk dan mempromosikan langkah-langkah bagi memastikan
keselamatan di tempat kerja. e) Memberi latihan dan pengetahuan kepada para pekerja tentang
risiko yang dihadapi semasa dan di tempat kerja.
f) Memastikan setiap kontraktor dan pembekal dipilih berdasarkan keperluan keselamatan dan
kesihatan syarikat.
g) Menyediakan peralatan keselamatan dan perlindungan diri yang mencukupi untuk setiap pekerja.
h) Mewujudkan dan mengemaskini prosedur kecemasan selaras dengan keperluan perundangan
dan komuniti setempat.
i) Mematuhi semua perundangan dan peraturan negara dan mempromosikan amalan keselamatan
yang terbaik

5. 5. Tanggungjawab Pekerja
a) Setiap pekerja bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan diri sendiri, rakan sekerja,
syarikat dan masyarakat.
b) Pekerja mestilah bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam semua aspek keselamatan dan
kesihatan.
c) Pekerja mestilah mematuhi sebarang arahan atau peraturan keselamatan dan kesihatan yang
diadakan oleh pihak pengurusan.
d) Pekerja mestilah memakai atau menggunakan peralatan perlindungan diri yang dibekalkan di
sepanjang waktu bekerja.

Dasar atau Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibentuk berasaskan kepada peraturan-
peraturan AKKP 1994 dan juga tata amalan industri. Mengikut seksyen 36 Akta yang sama,
tataamalan industri adalah terdiri daripada arahan-arahanyang pada Menteri Sumber Manusia perlu
atau patut untuk panduan majikan danpekerja dalam mematuhi kehendak-kehendak Akta. Suatu
tata amalan terdiri daripada apa-apa standard, kaedah, spesifikasi atau peruntukkan berhubungan
dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diluluskan oleh Menteri Sumber
Manusia.Tataamalan juga perlu memakai, mengandungi atau merujuk kepada mana-mana
dokumen yang dirumus atau disiarkan oleh mana-mana badan atau pihak yang berkuasa.Penalti
Kegagalan menyediakan dasar keselamatan boleh menyebabkan majikan disabitkan kesalahan di
bawah seksyen 195 di mana sekiranya didapati bersalah majikan boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

6. 6. 5. FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN


1. Membantu dalam menyediakan sistem / prosedur kerja selamatan SOP setiap proses/aktiviti
Pemilihan PPE Permit kerja untuk sub kontraktor.
2. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian merbahaya dan
keracunan / penyakit pekerjaan dari segi : Masa kemalangan Punca / sebab kemalangan Jumlah
kemalangan
3. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan : Kursus induksi Kempen
keselamatan Program pendedahan bunyi bising  Kesan dari segi : Kadar kemalangan
Kesedaran/sikap pekerja Pemahaman tentang aspek keselamatan & kesihatan
7. 7. 6. Audit Keselamatan Definisi Audit Keselamatan Perkataan audit diambil daripada perkataan
Latin audire yang bermaksud didengar kerana semasa pertama kali diperkenalkan audit melibatkan
pembentangan secara oral (Fuller dan Vassie, 2004). Antara takrifan audit keselamatan dan
kesihatan ialah ia merupakan sebagai satu proses yang tersusun bagi mengumpul maklumat
berkenaan dengan keberkesanan, keefisyenan dan juga kebolehpercayaan sesuatu system
pengurusan keselamatan dan kesihatan dan seterusnya merangka pelan untuk memperbaiki
kelemahan (Health and Safety Executive, 2000). Menurut Wallace (1995) audit sebagai
pengesahan secara langsung sesuatu aktiviti dengan menggunakan pendekatan sistematik untuk
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dengan cara membandingkan apa yang ada dan yang
dilakukan dengan standard, amalan dan undang-undang. Audit keselamatan juga merujuk kepada
audit keselamatan dan kesihatan tentang loji dan sistem kerja untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan orang yang diambil kerja di tempat kerja1. Pelbagai nama diberikan kepada aktiviti ini
antaranya pemeriksaan keselamatan, analisa dan penyelidikan keselamatan, lawatan mengejut dan
sebagainya (Kamal Halili, 2001).
Walau apapun, yang pentingnya audit keselamatan difahami sebagai satu proses memantau aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan menilai ke atas sebarang aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan di tempat kerja secara berkala.Audit keselamatan dilaksanakan dengan tujuan untuk
menilai keberkesanan sistemkeselamatan yang dibuat dalam sesebuah organisasi, di samping
mencari kekuatan dan kelemahan organisasi bagi mengenalpasti langkah-langkah pembaikan yang
boleh diambil.Perlaksanaan yang sempurna dan berterusan menunjukkan komitmen dan iltizam
yang tinggi daripada pihak pengurusan secara tidak langsung memotivasikan pekerja betapa
pentingnya menitikberatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

8. 8. 7. Audit Keselamatan: Tanggungjawab Siapa?


Dalam sesebuah organisasi, tanggungjawab untuk melaksanakan audit keselamatan terletak di
bahu majikan. Tetapi dengan wujudnya jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan maka
pengkhususan berkaitan dengan audit keselamatan dapat dilaksanakan sebagaimana termaktub
dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan perundangan subsidiari di bawahnya.
Sesiapa yang mengendalikan audit keselamatan dan kesihatan di sesebuah organisasi dikenali
sebagai juru audit keselamatan dan kesihatan2, sama ada di ambil bekerja di tempat kerja atau
sebaliknya, yang dilantik oleh majikan untuk menjalankan audit keselamatan di tempat kerja. Oleh
itu, juru audit bagi keselamatan dan kesihatan tidak semestinya ahli JKKP.Audit boleh dikategorikan
kepada audit dalaman dan audit luaran. Berdasarkan seksyen 31(a), AKKP 1994, JKKP yang
ditubuhkan berfungsi untuk mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja. JKKP hendaklah:
a) Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk menentukan jika terdapat
apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di dalamnya;
Dengan syarat bahawa JKKP itu boleh, pada bila-bila masa, membuat pemeriksaan lanjut ke atas
apa-apa loji di dalamnya atau mana-mana bahagian tempat kerja untuk mengukurkeberkesanan
langkah-langkah yang diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja.
b) membincangkan dengan seberapa segera yang praktik, pemerhatian anggota jawatankuasa
yang dibuat semasa pemeriksaan tempat kerja, dan jika terdapat hal keadaan di tempat kerja yang
pada pendapat jawatankuasa, memudaratkan keselamatan dan kesihatan mana-mana orang yang
diambil kerja di dalamnya hendaklah merekodkan butir-butir tentang hal keadaan tersebut dalam
suatu laporan yang disimpan bagi maksud itu; dan

9. 9. membuat cadangan kepada majikan mengenai langkah-langkah pemulihan yang perlu diambil
tentang apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja
dan hendaklah merekodkan cadangan tersebut dalam laporan.8. Objektif Audit Keselamatan Antara
objektif audit keselamatan ialah untuk menilai keberkesanan pengurusan system keselamatan dan
kesihatan yang diamalkan di sesebuah tempat kerja melalui pemeriksaan secara berkala. Di
samping itu, audit keselamatan dianggap sebagai satu cermin kerana melaluinya sebarang
kelemahan dan kekuatan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
dilaksanakan dapat dikenalpasti. Dengan kata lain, maklumat terkini yang diperolehi melalui audit
akan menunjukkan kedudukan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam sesebuah
organisasi tersebut.Selaras dengan itu, langkah-langkah penambahbaikan yang sesuai dan
praktikal diambil oleh pihak majikan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memperbaiki kepincangan
dan meningkatkan pencapaian serta kecekapan dalam sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan.Audit yang pertama kali dilakukan dianggap sebagai permulaan ke arah memperbaiki
sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam sesebuah organisasi dan ianya perlu
dilakukan secara berterusan dan konsisten.

10. Keperluan Memberitahu DOSH Apabila Kemalangan,Keracunan Pekerjaan Atau Penyakit


Pekerjaan Peraturan dibawah OSHA menyatakan bahawa adalah wajib bagi majikan memberitahu
dosh apabila berlakunya:
a) Kemalangan maut atau kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius kepada anggota
badan (yang menyebabkan pekerja tidak dapat hadir untuk bekerja)
b) Keracunan pekerjaan
c) Penyakit pekerjaan Apabila kemalangan berlaku,pihak majikan mesti memberitahu pejabat
DOSH tempatan denagan segera melalui telefon atau dengan cara lain.Dalam masa tujuh hari,satu
laporan mesti dihantar ke DOSH dengan Melengkapkan Borang Berkenaan.Jangan Lupa Bahawa
Anda Juga Perlu Melaporkan Kepada Pertubuhan Keselamatan Dan Sosial Atau Jabatan Tenaga
Kerja(sekiranya pekerja yang cedera ialah pekerja asing)

10.1 Kemalangan Satu atau berapa kejadian yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki yang
mana boleh mendatangkan bencana,kecederaan kepada menusia,kerosakan harta benda.

Keputusan Perbuatan tidak


selamat

Bahaya

Kemalangan Tempat tidak


selamat

10.2 Rekod Kemalangan


Rekod semua kemalangan,kejadian merbahaya,peristiwa keracunan pekerjaan dan penyakit
pekrjaan mesti disimpan.Pihak majikan mesti hantar kepada DOSH rekodtahun lepas sebelum 31
Januari setiap tahun.Semua mesti disimpan selama 5 tahunsekurang-kurangnya.

10.3 Penyiasatan kemalanganSekiranya kemalangan berlaku,tidak kira kecil atau besar,ia mesti
disiasat.PengerusiJawatankuasa Keselamatan mesti diberi kuasa melantik satu jawatankuasa
penyiasatkhas setiap kali ada kemalangan.Penyiasatan mesti dimulakan tanpa
penangguhansebelum maklumat hilang.Penyiasatan keatas sesuatu kemalangan boleh dijalankan
oleh satu kumpulan terdiridaripada:
a) Pengerusi jawatankuasa keselamatan
b) Pegawai bertanggungjawab keatas keselamatan ditempat kerja
c) Satu atau dua orang ahli jawatankuasa keselamatan.Kumpulan penyiasat mesti berpengalaman
menjalankan siasatankemalangan.Sekiranya tiada siapa dalam organisasi anda mempunyai
pengalamanyang mencukupi,aturkan latihan untuk sekumpulan staf supaya mereka
memperolehikemahiran penting apabila dikehendaki.

Cuba pastikan pekerja yang telah menjalani latihan dalam penyiasatan kemalangan.Banyak soalan
yang perlu dijawab oleh penyiasatan.Berikut adalah beberapa contoh:
1. Nilakah kemalangan berlaku
2. Dimanakah kemalangan berlaku
3. Siapakah yang terlibat dalam kemalangan
4. Ada siapa yang menyaksikan kemalangan tersebut
5. Apakah kecederaan dan kerosakan yang ditanggung
6. Adakah pertolongan cemas diberi kepada pekerja yang cedera?jika ya,oleh siapa?
7. Apakah peralatan atau mesin yang diguna semasa kemalangan
8. Pekerja yang cedera sedang buat apa semasa kemalangan?
9. Apa yang berlaku?
10. Adakah peraturan untuk memakai KPD dikawasan berlakunya kemalangan?adakah ia dipakai
oleh pekerja yang terlibat.

11. Semua maklumat yang dikumpul boleh diguna untuk mengenalpasti sebab-sebabkemalangan,dan
ini boleh berikan input bagaimana untuk mengelakkan kemalangandaripada berlaku pada masa
hadapan.Tujuan penyiasatan kemalangan bukannya untukmenuduh sesiapa,ia adalah untuk
mencari jalan membuat tempat kerja lebihselamat.Penyiasatan mungkin cadangan: Latihan
tambahan untuk pekerja Memperkenalkan KPD atau pertukaran KPD Pelaksanaan peratran
keselamatan yang lebih tegas Prosuder dan penanda ditulis dengan lebih baik untuk pekerja patuhi
Pengubahsuaian mesin atau peralatan Pengubahsuaian prosuder operasi piawai(SOP)

12. TINDAKAN MELAPOR KEMALANGAN Ketua hendaklah memastikan setiap kemalangan, kejadian
berbahaya,keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerjamasing-
masing dilaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui Pengerusi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan . Laporan tersebut hendaklah dibuat dengan serta merta
sebaik sahaja kejadian tersebutdikenalpasti atau berlaku di Jabatan masing-masing. Menghantar
Borang Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya JKKP6 secepat yang praktik
sebagaimana yang dilampirkan pada LAMPIRANdan disalinkan kepada fail Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ masing-masing. Bagi kemalangan yang serius,
kawasan kemalangan hendaklah jangan diganggu kecuali untuk mencegah kemalangan yang lebih
serius atau memudahkan laluanbantuan. Nasihat atau pandangan daripada Bahagian Keselamatan
mengenai kemalangan hendaklah diperolehi serta merta.
BORANG AUDIT KESELAMATAN

AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI SYARIKAT

1. MAKLUMAT ASAS KEMUDAHAN

1.1 NAMA DAN ALAMAT KEMUDAHAN :_____________________________________________

1.2 NAMA DAN JAWATAN PEGAWAI YANG DIHUBUNGI :_______________________________

1.3 UNIT/JABATAN YANG DILAWATI : _______________________________________________

1.4 JUMLAH ANGGOTA ORANG :___________________________________________________

2. TARIKH LAWATAN : ___________

TARIKH LAWATAN TERAKHIR: ___________________

3. 3. AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN


ARAHAN:

-Format ini hedaklah diisi semasa membuat lawatan kemudahan kesihatanyang


berkaitan melalui pemerhatian,temubual,semakan rekod dan sebagainya.
-Audit ini meliputi 3 komponen utama organisasi,keselamatan dan kesihatan’
-Penilaian dibuat dari aspek penyediaan,pelaksanaan/implementasi program
-Tandakan TB bagi perkara yang tidak berkaitan Perkiraan Markah adalah berdasarkan
perkara:
i. Skala prestasi:
0-tidak memuaskan 1-memuaskan 2-baik
ii. ‘Weightage’
1.Minor-bagi perkara yang optinal atau menjejaskan kesihatan/keselamatan
2.Major-bagi perkara yangt keujudannya boleh mempertingkatkan tahap keselamatan
dan kesihatan anggota/tempat kerja
3.Critical-bagi perkara yang boleh menjejaskan kesihatan/keselamatan anggota atau
dibawah peruntukan Akta.

Skala Jumlah Markah catatan


prestasi weightage diperoleh
1 2 3
3.1. ORGANISASI
3.1.1 Penyata Dasar dan X 3-6
Keselamatan Dan Kesihatan
3.1.2 Jawatankuasa Keselamatan X 3-6
Dan Kesihatan.
(Jika>40 Orang Anggota)
3.1.3 Garis Panduan Kerja X 3-6
Selamat (Tugas Yang Berisiko)
3.1.4 Pelan Pengurusan X 2-4
Kecemasan
3.1.5 Pengurusan ‘First Aid’
a) Peralatan X 3-6
b) Anggota Terlatih X 3-6
3.1.6 Prosedur Melapor X 3-6
Insiden/Kemalangan/Kecederaan
3.1.7 Prosedur Penyiasatan X 3-6
Insiden
3.1.8 Prosedur Tindaksusul X 3-6
/Ulangkaji Perlaksanaan Langkah-
Langkah Kawalan/Pencegahan
3.1.9a Kebajikan anggota (tempat kerja X 1-2
berisiko)
 Ruang makan
 Bilik tukar baju
 Bilik mandi
 Bilik rehat
3.1.9b Surau X 1-2
3.1.10 Oreintasi Keselamatan Dan X 2-4
KesihatanTempat Kerja (Job Orientation)
3.1.11 Kursus Keselamatan Dan Kesihatan X 2-4
Dalam Perkhidmatan
3.1.12 Promosi kesihatan dan keselamatan X 2-4
Jumlah kecil
3.2 KESELAMATAN
3.2.1 Susunatur Peralatan X 3-6
3.2.2 Keselamatan Persekitaran (Lantai) X 3-6
3.2.3 Pencahayaan X 2-4
3.2.4 Ventalasi X 2-4
3.2.5 Penyelengaraan Peralatan X 2-4
3.2.6 Alat Perlindungan Diri(APD) X 3-6
3.2.7 Amalan Kerja Selamat X 3-6
 Guna APD yang dibekalkan
 Mengikut garispanduan /prosidur
3.2.8 Rekabentuk Tempat Kerja X 2-4
(Egronomik)
3.2.9 Pelabelan Dan Penyimpanan Bahan X 2-4
JUMLAH KECIL
3.3 KESIHATAN
3.3.1 Pengurusan Risiko Kenalpasti Hazard X 3-6
MenilaiDan Mengawal Risiko
3.3.2 Pengawasan Perubatan Bagi Anggota X 3-6
 Bagi Anggota Yang Berisiko
 Bagi anggota> 40tahun X 3-6
3.3.3 Kebisingan (Dimana Perlu) X 3-6
3.3.4 Suhu Panas (Dimana Perlu) X 3-6
3.3.5 Kebersihan Persekitaran X 3-6
3.3.6 pengurusan pembuangan bahan X 3-6
Jumlah kecil
3.4 CIRI KESELAMATANDAN KESIHATAN
UNTUK PELANGGAN
3.4.1 Orang Kurang Upaya X 2-4
3.4.2 wargatua X 2-4
3.4.3 kanak-Kanak X 2-4
3.4.4 lain-Lain X 2-4
JUMLAH KECIL
JUMLAH BESAR

4.KOMEN KESELURUHAN
______________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

5.CADANGAN/TINDAKAN

5.1 Organisasi
______________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
5.2 Keselamatan
______________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

5.3 Kesihatan
______________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

6.JURUAUDIT
………………………………..
Tandatangan
Nama :
Jawatan :

TARIKH LAPORAN AUDIT DISEDIAKAN : ______________________________________________

BORANG PROSUDER KEMALANGAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN SYARIKAT

LAPORAN KEMALANGAN

A. PANDUAN MELAPORKAN
1. Sila isi laporan ini dimana yang berkenaan. Gunakan lampiran jika ruang yang
disediakan tidak mencukupi.
2. Anda perlu mengisi laporan ini dengan jujur dan ikhlas. Keterangan yang
diberikan akan membantu Jawatankuasa mengambil langkah-langkah pencegahan
bagi mengelakkan kemalangan yang serupa daripada berulang.
3. Laporan yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Unit
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti

B. STATUS PELAPOR
Sila tandakan (x) diruangan yang disediakan

Individu yang terlibat secara langsung Mangsa Kemalangan


dengan kemalangan

Penyelia/Ketua Jabatan Saksi Kemalangan

Lain-lain Nyatakan :

C. BUTIR-BUTIR PELAPOR

1. Nama : _________________________
2. No. Kad Pengenalan :_______________
3. Bangsa : ____________
4. Umur : ______
5. Warganegara : ________________
6. Pekerjaan
i. Jika Pelajar-Kursus : ___________________________________ Tahun : _________
ii. Jika Staf-Jawatan : __________________ Taraf Perkhidmatan : ________________
iii.Jika Pelawat/Pekerja Kontrak dll. : _________________________________________
7. No. Matrik/Kakitangan/Pas Pelawat/Pekerja : _______________________________
8. Nama dan Alamat Jabatan/Majikan :
___________________________________________________________________________________No. Tel. :
_______________
9. Alamat Kediaman Yang Boleh Dihubungi
____________________________________________________________________________
No.Tel. : _________________

D. PENYELIAAN/KEBENARAN BERTUGAS

1. Namakan Penyelia /Ketua Jabatan : ______________________________________


i. Nama : ___________________________
ii Jawatan : ________________________
iii. Jabatan : ____________________________________________________________
2. Siapakah Yang Membenarkan/Mengarah Tugas/kerja Tersebut Dijalankan ?
i. Nama : _______________________________
ii. Jawatan : ___________________
iii. Jabatan : ____________________________________________________________

E. BUTIR-BUTIR KEMALANGAN

1. Tarikh Kemalangan : ___________________


2. Masa Kemalangan : __________
3. Tempat Kemalangan : (No./Nama Bilik/Bgn.) : ______________________________
4. Terangkan Secara Ringkas Berkenaan Kerja / Tugas / Prosedur Kerja Yang
Dijalankan Dimana Kemalangan Ini Berlaku :
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
_______________________________________________

5. Bilangan Hari/Kerja/Tugas Ini Dijalankan Sebelum Kemalangan Berlaku : _________


6. Jelaskan Dengan Terperinci Bagaimana Kemalangan Ini Berlaku, Gambaran-
Gambaran / Keadaan Kemalangan, Mereka Yang Terlibat, Tindakan-

1. Tindakan Yang Telah Diambil Dan Sempamanya Mengikut Urutan Masa Dan
Tarikh._____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
_______

2. . Nyatakan Punca Kemalangan Ini


Berlaku :___________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Kepada Siapa Kemalangan Ini Mula Dilaporkan : ____________________________

F. KESAN KEMALANGAN

1. Nyatakan Nama Mangsa Kemalangan Dan bahagian Anggota Yang


Tercedera :________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
______________________________________

2. Kerosakan Dan Kemusnahan Harta Benda/Peralatan Yang


Berlaku :___________________________________________________________________________________
_________________________________________________________

G. RAWATAN KECEMASAN

1. Terangkan Secara Ringkas Berkenaan Rawatan Kecemasan Yang


diambil/Diberikan._________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
_______________________
2. Jika Mangsa Mendapat Cuti Sakit, Nyatakan Mulai dari Tarikh ___________
Hingga_________

I. PENGAWASAN KESELAMATAN

1. Adakah Tugas Kerja Ini Dibawah Penyeliaan Atau Diselia Oleh Sesaorang Semasa
Kemalangan Ini Berlaku. Jika Ya, Namakan Penyelia
Tersebut.__________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

2. Adakah Penerangan/Taklimat Berkenaan Keselamatan Telah Diberikan Sebelum


Tugas/Kerja Dijalankan? Jika Ya, Terangkan Pada Masa Bila dan Oleh Siapa
____________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

3. Adakah Pakaian Perlindungan / Peralatan Keselamatan Yang Disediakan


Mencukupi Dan Digunakan Semasa Kemalangan. Terangkan :
___________________________________________________________________________________

H. LAIN-LAIN/ULASAN

1. Lain-lain Perkara Yang perlu Dilaporkan Atau Ulasan :


____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
________________________________________________

I. PENGAKUANSegala Butir-Butir Dan Maklumat Yang Saya berikan Diatas Adalah


Benar Dan Betul

Setakat Yang Saya Ketahui.Tandatangan : ________________ Tarikh Dilaporkan :


________________

Anda mungkin juga menyukai