Anda di halaman 1dari 8

1.

PENGENALAN

Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) ini merupakan satu amalan yang di adaptasi daripada Standard Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang di terbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia (MS:1722) dan di sesuaikan untuk kegunaan industri pengangkutan. Amalan ini memperkenalkan konsep

penambahbaikan yang berterusan iaitu konsep yang menerapkan peningkatan yang berterusan secara langkah demi langkah ke arah kesempurnaan. Konsep ini terdiri daripada lima langkah iaitu: a) Polisi (Policy) b) Organisasi (Organisation) c) Perancangan & Pelaksanaan (Planning & Implementation) d) Penilaian (Evaluation) e) Tindakan untuk Peningkatan (Action for Improvement)

Panduan yang terhasil daripada elemen-elemen ini mestilah menyumbang kepada perlindungan pekerja-pekerja daripada bahaya dan menghapuskan kecederaan, penyakit kesihatan, wabak, kemalangan nyaris dan kematian yang berkaitan dengan kerja. Elemenelemen ini mestilah di gunakan untuk membuat satu rangka kerja nasional untuk pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Ia juga menyediakan panduan perkembangan rancangan penyusunan sukarela untuk menguatkan pematuhan dengan peraturan-peraturan dan piawaian yang mengarah kepada pembaikan berterusan dalam prestasi KKP dan menyediakan panduan keatas perkembangan kedua-dua garis panduan nasional dan garis panduan organisasi untuk

sistem pengurusan KKP sebagai tindakbalas yang bersesuaian kepada kehendak sebenar organisasi.

2. ELEMEN-ELEMEN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

2.1 Polisi Polisi merupakan elemen terpenting dalam kitaran konsep pelaksanaan SHE. Polisi adalah satu dokumen penyataan hasrat (statement of intent) yang dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi syarikat. Dokumen tersebut adalah terjemahan iltizam majikan dalam mempraktiskan Kod Amalan SHE. Dasar bertulis ini hendaklah menyatakan dengan jelas pendirian dan komitmen majikan terhadap langkah-langkah mencegah kemalangan dan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan pekerja. Antara perkara-perkara yang perlu di nyatakan dalam pembentukan sesebuah polisi adalah seperti berikut: a. Polisi Keselamatan dan Kesihatan syarikat b. Peranan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) c. Penyertaan pekerja d. Kaedah komunikasi antara majikan dan pekerja

2.1.1. Penyertaan Majikan

Majikan perlu melakukan rundingan dengan pekerja dan wakil mereka dalam menyediakan polisi KKP secara bertulis. Ia juga harus ringkas, padat dan jelas , bertarikh dan ditandatangani atau disahkan oleh majikan yang bertanggungjawab. Kemudian ia perlu di maklumkan kepada semua pekerja ditempat kerja. Seterusnya polisi tersebut perlu sentiasa di kaji semula untuk kesesuaian yang berterusan. Menerusi polisi KKP, organisasi haruslah bersungguh-sungguh

melindungi keselamatan dan kesihatan semua ahli dalam organisasinya. Ia juga harus mematuhi segala peruntukan undang-undang dan peraturan KKP, perjanjian dan lain-lain keperluan yang telah di persetujui organisasi itu.

2.1.2 Penyertaan Pekerja Di antara tanggungjawab pekerja dalam pelaksanaan SHE termasuklah: i. Seseorang pekerja hendaklah bertindak dengan bertanggungjawab supaya tidak mendedahkan orang lain kepada sebarang bahaya dan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan akibat daripada aktiviti yang di jalankan. 2

ii. Semua pekerja hendaklah memberikan komitmen yang penuh dan menyertai semua program keselamatan dan kesihatan yang dianjurkan. iii. Setiap pekerja hendaklah mematuhi segala arahan dan prosedur tentang langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang di tetapkan oleh majikan.

2.2 Organisasi

Majikan harus bertanggungjawab penuh dalam melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Majikan dan pengurusan atasan harus memperuntukkan kewajipan dan kuasa untuk pembentukan, perlaksanaan dan prestasi sistem pengurusan KKP pencapaian objektif KKP. Majikan juga mesti menerangkan dan berkomunikasi dengan semua ahli

tentang tanggungjawab, kewajipan dan kuasa individu yang mengenalpasti, menilai dan mengawal bahayadan risiko KKP. Majikan perlu menyediakan sumber yang sesuai bagi memastikan orang yang bertanggungjawab dapat melaksanakan fungsi-fungsi mereka dengan baik.

Latihan harus diberikan kepada semua pekerja tanpa sebarang bayaran dan di adakan semasa waktu bekerja. Program latihan meliputi semua ahli dalam organisasi dan di pantau oleh orang yang kompeten. Latihan perlu di ulang pada jarak tertentu dengan

memasukkan maklum balas peserta berkenaan pemahaman dan jangka masa latihan yang di adakan. Seterusnya ia perlu di semak semula secara berkala dan perlu penglibatan keselamatan dan kesihatan yang di wujudkan bagi memastikan

jawatankuasa

keberkesanannya.

Berdasarkan setiap aktiviti sesuatu organisasi,dokumentasi sistem pengurusan KKP perlu di sediakan dan di selenggara dan harus meliputi seluruh polisi KKP dan objektif organisasi. Ia mesti menjelaskan peruntukan peranan dan tanggungjawab pengurusan KKP bagi melaksanakannya, tentang bahaya atau risiko KKP yang timbul daripada aktiviti dalam organisasi, dan penyusunan bagi mencegah dan mengawalnya. Rekod KKP hendaklah

disediakan dan di selenggara sendiri mengikut keperluan. Ianya dapat di kenal pasti dan masa yang di ambil perlu di nyatakan dengan jelas. Pekerja berhak mendapatkan rekod yang berkaitan dengan persekitaran kerja mereka. Rekod KKP perlu mengandungi rekod 3

hasil dari perlaksanaan sistem pengurusan, rekod berkenaan kecederaan, kesihatan dan kemalangan berkaitan kerja.

Penyusunan dan prosedur hendaklah di wujudkan dan di selenggara bagi menerima, mendokumentasi dan memberi maklumbalas yang sepatutnya kepada komunikasi dalaman dan luaran yang berkaitan dengan KKP. Selain itu, ia dapat memastikan komunikasi

dalaman KKP di antara tahap relevan dan fungsi dalam organisasi dapat dilaksanakan. Dengan komunikasi juga akan memastikan bahawa perhatian, idea-idea dan cadangan oleh pekerja dan wakil mereka berkenaan hal-hal KKP diterima, di pertimbangkan dan di beri maklumbalas.

2.3 Perancangan Dan Perlaksanaan 2.3.1 Ulasan Permulaan

Sistem pengurusan KKP organisasi yang sedia ada dan penyusunan yang relevan harus di nilai dengan ulasan permulaan seperti yang sepatutnya. Di dalam kes di mana tidak terdapat sistem pengurusan KKP atau jika organisasi itu baru di tubuhkan, ulasan permulaan harus bertindak sebagai asas untuk mewujudkan sistem pengurusan KKP. Ulasan

permulaan harus di lakukan oleh orang yang kompeten, dalam perundingan dengan pekerja atau wakil mereka. Ia seharusnya: (a) Mengenalpasti undang-undang nasional dan peraturan semasa yang di gunakan, garis panduan nasional, program sukarela dan lain-lain. (b) Mengenal pasti, mengendali dan menilai bahaya dan risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang wujud daripada keadaan semasa atau persekitaran kerja yang di cadangkan dan organisasi kerja. (c) Menentukan samada kawalan yang di rancang atau yang sedia ada sesuai bagi menghalang bahaya atau mengawal risiko. (d) Menganalisa data yang di sediakan dari pengawasan kesihatan pekerja-pekerja.

2.3.2 Perancangan,Penyediaan Dan Perlaksanaan Sistem Tujuan perancangan adalah untuk membentuk sistem pengurusan KKP yang menyokong secara minimum, mematuhi kehendak undang-undang nasional dan peraturanperaturan, elemen-elemen sistem pengurusan KKP dalam organisasi dan peningkatan berterusan dalam prestasi KKP.

2.3.3 Objektif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Objektif KKP yang boleh di ukur mesti di wujudkan, di mana: (a) Spesifik kepada organisasi dan bersesuaian serta berdasarkan kepada jenis aktiviti. (b) Konsisten dengan undang-undang nasional dan peraturan yang relevan dan di gunakan, dan kewajipan organisasi secara teknikal dan sistematik. (c) Penumpuan kepada peningkatan berterusan perlindungan KKP pekerja untuk mencapai perlaksanaan KKP yang terbaik. (d) Realistik dan mampu di capai. (e) Di dokumentasi dan di hubungkan kepada semua fungsi dan di semua peringkat organisasi. (f) Di nilai secara berkala dan di kemaskini jika perlu.

2.3.4 Pencegahan Bahaya Pencegahan Dan Langkah Kawalan

Bahaya dan risiko kepada keselamatan dan kesihatan pekerja seharusnya di kenal pasti dan di nilai secara berterusan bagi menghapuskan bahaya, mengawal bahaya/risiko pada punca melalui penggunaan kawalan kejuruteraan, meminimumkan bahaya dengan mengadakan sistem kerja selamat. Majikan juga perlu membekalkan peralatan perlindungan yang sesuai kepada setiap pekerja.

Perubahan Pengurusan

Jika terdapat perubahan dalam KKP seperti pengambilan kakitangan baru, prosedur kerja atau jenis pemprosesan baru, seharusnya satu penilaian dan langkah pencegahan yang sesuai di buat sebelum memperkenalkan sebarang perubahan. Perlaksanaan

perubahan baru seharusnya semua ahli yang terlibat dalam organisasi di beritahu dan di latih.

Pencegahan, Persediaan Dan Tindak Balas Kecemasan

Penyusunan pencegahan, persediaan dan tindakan terhadap kecemasan harus di wujudkan dan di selenggara. Ia bagi mengenal pasti potensi berlakunya kemalangan dan situasi kecemasan dan menumpukan tentang pencegahan risiko KKP. Ia harus: (a) Memastikan maklumat yang perlu, komunikasi dalaman bagi melindungi semua orang semasa berlakunya kecemasan. (b) Menyediakan maklumat dan komunikasi dengan pihak berkuasa di kawasan setempat. (c) Menyediakan pertolongan cemas dan bantuan perubatan, alat menentang kebakaran dan pemindahan semua orang ditempat kerja. (d) Menyediakan maklumat dan latihan kepada semua organisasi di semua peringkat termasuk latihan yang biasa diadakan dalam prosedur kecemasan.

Perolehan

Prosedur harus di wujudkan dan di selenggara untuk memastikan supaya keperluan keselamatan dan kesihatan organisasi yang di kenal pasti di patuhi, di nilai dan di gabungkan dalam spesifikasi pembelian dan penyewaan. Ia juga perlu agar undang-undang dan keperluan KKP sesebuah organisasi dikenal pasti sebelum perolehan barangan atau perkhidmatan dan penyusunan diadakan untuk mencapai penyesuaian kepada keperluan sebelum ianya di gunakan.

Kontrak Atau Perjanjian

Penyusunan juga hendaklah diwujudkan bagi memastikan keperluan keselamatan dan kesihatan atau sekurang-kurangnya yang sama dan di guna pakai kepada kontraktor dan pekerjanya. Ia perlu memasukkan kriteria KKP dalam prosedur penilaian dan pemilihan kontraktor serta mewujudkan komunikasi berterusan dan berkesan antara organisasi dan kontraktor bagi menjalankan sesuatu kerja. Penyusunan juga termasuk laporan tentang

kecederaan, kemalangan dan lain-lain lagi antara pekerja kontrak semasa menjalankan kerja di organisasi itu. Latihan juga perlu di berikan kepada kontraktor sebelum dan semasa melakukan kerja dan pemantauan mesti diadakan dan prosedur di ikuti oleh kontraktor.

2.4 Penilaian

Prosedur untuk memantau, mengukur dan merekod prestasi KKP secara teratur harus di laksana dari semasa ke semasa. Pemantauan prestasi dan pengukuran di guna sebagai suatu cara menentukan setakat mana polisi KKP dan objektifnya telah dilaksanakan dan risikonya dapat dikawal. Ia juga perlu di rekodkan dan tidak berdasar pada statistik sahaja.

Penyiasatan kepada punca dan penyebab utama terjadinya kecederaan, penyakit kesihatan, wabak dan kemalangan yang berkaitan kerja seharusnya mengenalpasti sebarang kegagalan dalam sistem pengurusan KKP dan perlu di dokumenkan. Penyertaan secukupnya daripada pekerja dan wakil mereka. Hasil siasatan mesti di maklumkan kepada jawatankuasa keselamatan dan jawatankuasa itu perlu membuat cadangan yang bersesuaian agar tindakan pembetulan dapat di praktikkan untuk mengelakkan berulangnya kemalangan.

Audit adalah aliran maklum balas dalam sistem pengurusan KKP yang membolehkan organisasi menilai keberkesanan pelaksanaannya dan meningkatkan keberkesanannya jika sesuai. Audit merangkumi aspek penilaian polisi KKP semasa, tanggungjawab penasihat keselamatan, tatacara kerja selamat, plan keselamatan, mekanisma penilaian dan maklumat kearah projek masa depan dan banyak lagi. Semakan pengurusan bertujuan menilai strategi keseluruhan sistem pengurusan KKP bagi menentukan samada ia menepati objektif perlaksanaan yang di rancang dan menilai keupayaan sistem itu bagi memenuhi keperluan keseluruhan organisasi.

2.5 Tindakan Untuk Pembaikan Tindakan pencegahan ialah tindakan yang di ambil untuk menyingkirkan sebab ketidakpatuhan, 18001:1999). kejadian kemalangan demi mengelakkannya berulang(OSHAS

Penyusunan ini terhasil dari pemantauan prestasi dan audit-audit sistem

pengurusan KKP. Ia termasuk mengenalpasti dan menganalisa sebab-sebab membawa kepada ketidakpatuhan terhadap peraturan KKP yang relevan dan juga memulakan,

merancang, melaksanakan, menyemak keberkesanannya dan mendokumentasikan tindakan pencegahan dan pembetulan termasuk perubahan sistem pengurusan KKP.

Penyusunan untuk pembaikan berterusan harus mengambil kira hasil daripada semakan pengurusan, cadangan untuk pembaikan daripada semua ahli organisasi, perubahan undang-undang negara dan peraturannya, program-program sukarela dan persetujuan bersama, maklumat terkini dan hasil program perlindungan dan promosi kesihatan. Proses-proses dan kemajuan keselamatan dan kesihatan organisasi harus di bandingkan dengan organisasi yang lain untuk meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan.

3. KESIMPULAN

Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) merupakan satu kod amalan yang harus di fahami dan di amalkan dan di laksanakan oleh semua pihak termasuk pihak pengurusan tertinggi syarikat.

SHE bertujuan untuk memastikan persekitaran pekerjaan yang selamat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan. Pelaksanaan SHE ini amat penting, justeru kerjasama antara pihak pengurusan tertinggi dan pekerja-pekerja amat penting terutamanya dalam pembentukan dasar SHE. Penubuhan jawatankuasa SHE juga memainkan peranan penting bagi melaksanakan setiap dasar SHE. Penilaian perlu di buat bagi mengenalpasti setiap masalah yang wujud agar tindakan dapat di ambil sebagai proses penambahbaikan.

Satu prosedur operasi piawai juga di bincangkan dalam laporan ini. Ia menjadi rujukan supaya SHE dapat di laksanakan dengan tepat dan mencapai objektifnya. Kejayaan kod amalan ini bergantung kepada kerjasama semua pihak dalam organisasi bagi mewujudkan persekitaran yang selamat.

Anda mungkin juga menyukai