Anda di halaman 1dari 28

MS 1722:2011

MS 1722: 2011

PENGENALAN

Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja adalah dilindungi oleh undang-


undang. Majikan khususnya pihak pengurusan tertinggi bertanggungjawab
sepenuhnya untuk melindungi dan menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan
dan kesihatan kepada pekerja mereka.

Pekerja bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri dan orang lain yang terlibat
dalam pekerjaan mereka. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan,
pekerja dikehendaki berbincang dengan majikan atau wakil majikan agar ianya
dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan kebajikan, keselamatan
dan kesihatan setiap pihak terlindung.

Bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan kes kemalangan di tempat kerja,


OSH telah mengenal pasti:
Amalan dua hala yang membina antara majikan dan pekerja akan mewujudkan
persekitaran yang sihat dan selamat.
Pihak yang terlibat dalam aktiviti kerja (majikan, pekerja dan lain-lain)
lazimnya merupakan pihak terbaik untuk memutuskan tindakan yang spesifik bagi
memastikan tempat kerja selamat.
Perlunya satu sistem pengurusan risiko yang sistematik bagi mengurangkan kadar
kemalangan di tempat kerja.
Prinsip-prinsip ini disokong dengan hakikat bahawa:
Majikan khususnya pengurusan tertinggi syarikat mempunyai kuasa dan pengaruh
serta bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja
dan persekitarannya.
Pekerja juga bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
Untuk mencapai timbal balas tanggungjawab tersebut, kerjasama yang baik antara
majikan dan pekerja amat diperlukan.
Penyertaan pekerja dalam isu keselamatan dan kesihatan akan membawa kepada
budaya yang mengutamakan keselamatan di tempat kerja.

SEJARAH MS 1722

2001 Guideline on occupational safety and health management system (ILO/OSH)


Dilaksanakan secara sukarela
Tidak diberikan persijilan
Berubah kepada pensijilan pada masa kini SIRIM
TUJUAN MS 1772

Digunakan untuk mengukuhkan kerangkan OSHMS


Menyediakan keperluan untuk pembangunan kepada kekuatan kepatuhan
dengan perundangan dan memimpin standard ke arah peningkatan berterusan OSH
Menyediakan keperluan dalam OSH untuk respon kepada oragnisasi mana
yang sesuai berdasarkan saiz dan aktiviti organisasi
Menyediakan keperluan berkait dengan integrasi elemen OSH organisasi
sebagai komponen polisi dan penyesuain organisasi
Menyediakan rangka motivasi kepada semua ahli dalam organisasi
khususnya majikan, pemilik, staf pengurusan, pekerja dan wakil pekerja untuk
mengaplikasi dimana sesuai prinsip pengurusan OSH dan metod ke arah
peningkatan berterusan pencapaian OSH

KLAUSA MS 1722:2011

3 OSHMS dalam organisasi


3.1 Dasar
3.1.1 Dasar OSH
3.1.2 Penglibatan pekerja
3.2 Organisasi
3.2.1 Tanggungjawab, akauntabiliti dan autoriti
3.2.2 Kompetensi, Latihan dan Kesedaran
3.2.3 Dokumentasi
3.2.4 Komunikasi
3.3 Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.1 Penilaian dalaman
3.3.2 Objektif OSH
3.3.3 Mengenalpasti bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko
3.3.4 Pencegahan kecemasan, persediaan dan respon
3.3.5 Perubahan pengurusan
3.3.6 Perolehan
3.3.7 Kontrak
3.4 Penilaian
3.4.1 Pengukuran prestasi dan pemantauan
3.4.2 Penyiasatan insiden
3.4.3 Audit
3.4.4 Penilaian semula pengurusan
3.5 Tindakan Penambahbaikan
3.5.1 Tindakan pencegahan dan pembetulan
3.5.2 Peningkatan berterusan
3. OSHMS DAN ORGANISASI

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHS), termasuk pematuhan terhadap


keperluan OSH menurut peraturan dan undang-undang negara, serta amalannya
adalah tugas dan tanggungjawab majikan.

Majikan seharusnya menunjukkan kepimpinan dan komitment yang tinggi terhadap


aktiviti OSH dalam organisasi, dan membuat pengaturan yang sesuai bagi
membangunkan sebuah Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(OSHMS).

Sistem tersebut seharus mengandungi elemen utama iaitu Dasar, organisasi,


perancangan dan pelaksanaan, penilaian dan tindakan untuk penambahbaikan.

Dasar
Termasuk aktiviti yang berkaitan pembangunan penyataan dasar organisasi OHS
serta struktur dan amalan yang menjamin penyertaan pekerja aktif dan bermakna
dalam pengaturan OSH.

Organisasi
Mengenalpasti struktur akauntabiliti dan tanggungjawab membangunkan OSH,
sistem latihan, takrif kecekapan, amalan dokumen serta sistem komunikasi.
Perancangan Dan Pelaksanaan
Mengenalpasti semua aktiviti yang berkaitan dengan penjelasan prinsip dalam
memenuhi penyata dasar OSH. Aktiviti ini termasuk dalam penilaian awal untuk
susunan OSH yang kemudiannya akan menyokong perancangan sistem yang
sebenar, pembangunan dan fungsi pelaksanaan.

Penilaian
Mengenalpasti semua fungsi yang berkaitan dengan pengukuran, pelaksanaan
sistem pengurusan.Ini melibatkan pembangunan pelaksanaan, pemantauan dan
protokol pengukuran amalan penyiasatan bagi kemalangan, kaedah mengaudit dan
pengaturan semula pengurusan.

bagi memastikan pencapaian sistem pengurusan. Hal ini termasuklah pemantauan


prestasi pembangunan, protokol pengukuran, amalan penyiasatan kemalangan,
kaedah audit dan susunan kajian pengurusan

Tindakan Untuk Penambahbaikan


Mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan tindakan pembetulan/pencegahan dan
penambahbaikan berterusan. Dengan maklumat yang telah diperoleh daripada
perlaksanaan pemantauan dan pengukuran, penyiasatan, audit dan semakan
pengurusan yang bersesuaian dengan tindakan pembentulan/pencegahan serta
penambahbaikan berterusan yang telah diambil.

Menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan tindakan pencegahan/pembetulan dan


penambahbaikan yang berterusan. Daripada maklumat yang diperolehi daripada
pengukuran dan pemantauan pretasi, penyiasatan, audit dan kajian pengurusan,
pencegahan/pembetulan yang bersesuaian dan tindakan yang berterusan akan
boleh diambil.

3.1 POLISI

Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Majikan di dalam berunding dengan pekerja dan wakil mereka, seharusnya


membentangkan dasar OSH secara bertulis, yang mungkin:
Spesifik kepada organisasi dan bersesuaian kepada saiznya dan sifat
aktivitinya.
Ringkas, ditulis dengan jelas, bertarikh dan berkuatkuasa dengan
tandatangan atau pengesahan daripada majikan atau orang paling kanan
yang bertanggungjawab dalam organisasi.
Disampaikan dan mudah dicapai oleh semua orang di tempat kerja mereka.
Di kaji semula untuk meneruskan kesesuaian; dan
Disediakan kepada pihak yang berminat, sebagaimana yang sesuai.
Polisi OSH seharusnya memasukkan seminimum prinsip utama dan objektif yang
memberikan pengurusan tertinggi organisasi yang akan memberikan kepimpinan
dan komitmen dalam:
Melindungi keselamatan dan kesihatan semua ahli dalam organisasi dan
orang lain yang mungkin menerima kesan daripada kerja yang dilakukan.
Mencegah kerja-kerja yang membawa kematian, ketidakupayaan,
kecederaan, keuzuran, penyakit, kerosakan harta benda dan alam sekitar serta
dengannya.
Mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan OSH dan
keperluannya terhadap subscribe organisasi;
Memastikan pekerja dan wakil rundingan mereka digalakkan untuk terlibat
secara aktif dalam semua elemen yang terdapat dalam OSHMS, dan
Penambahbaikan berterusan pelaksanaan OSHMS.

Polisi merupakan elemen terpenting dalam kitaran konsep pelaksanaan OSH. Polisi
adalah satu dokumen penyataan niat (statement of intent) yang dikeluarkan oleh
pengurusan tertinggi syarikat.

Dokumen tersebut adalah terjemahan iltizam majikan dalam mempraktiskan sistem


pengurusan OHS. Dasar bertulis ini hendaklah menyatakan dengan jelas pendirian
dan komitmen majikan terhadap mencegah kemalangan dan risiko kepada
keselamatan dan kesihatan pekerja.

Polisi Keselamatan, dan Kesihatan Pekerjaan Syarikat


Dalam merangka dasar dan prosedur yang jelas tentang keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja, majikan hendaklah berunding dengan pihak-pihak di bawah :
pemegang amanah harta (stakeholder)
kesatuan sekerja
wakil pekerja
anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
pegawai keselamatan dan kesihatan
wakil majikan

Dasar ini hendaklah menggariskan tanggungjawab majikan dan pekerja. Ia


hendaklah mencerminkan sifat dan keperluan tempat kerja itu sendiri dalam
menangani isu-isu berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerja dan
orang lain yang terlibat dengan tempat kerja tersebut.

Hendaklah:
Disampaikan dan dipaparkan kepada semua pihak yang berkenaan dengan
bahasa yang mudah dan jelas.
Sentiasa disemak dan dikemas kini sejajar dengan keadaan dan perubahan
semasa.
Disemak, dikemas kini dan ditandatangani oleh pihak pengurusan tertinggi
syarikat apabila terdapat pertukaran pada pucuk pimpinan.
Dipantau dan dinilai dari segi perlaksanaan dan keberkesanannya.
Elemen pertama dalam sistem pengurusan yang ideal adalah dasar. Elemen ini
adalah asas dalam sistem pengurusan OSH dan hala tuju yang dituruti oleh
organisasi

Ini adalah langkah permulaan untuk menubuhkan sistem. Bermula dengan


mengatahui mengenai keperluan OSH yang digunapakai untuk perniagaan anda.
Dasar OSH yang baik digubal membentuk asas bagi objektif dalam bidang
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Dasar menyatakan langkah yang perlu diambil dan juga menonjolkan langkah ini
dengan objektif lain organisasi seperti dasar alam sekitar dan kualiti. Dasar ini
hendaklah pendek dan tepat, disampaikan oleh pihak pengurusan tertinggi dan
dimaklumkan kepeda semua pekerja.

TETAPI APAKAH DASAR OSH?


Dasar OSH adalah sebuah dokumen bertulis yang menyatakan komitmen organisasi
kepada kesihatan pekerja-pekerja, kesejahteraan dan keselamatan. Ini adalah satu
usaha yang diambil untuk menyediakan persekitaran kerja yang sesuai.

Dasar ini hendaklah mempengaruhi kesemua aktiviti termasuklah pemilihan ahli,


peralatan dan bahan-bahan, cara kerja yang akan dilakukan dan menyediakan
perkhidmatan yang terbaik.

Menetapkan kenyataan dasar yang jelas untuk keselamatan dan


kesihatan. Kenyataan dasar hendaklah ringkas, tetapi ianya menyebut:
Komitmen untuk mengelakkan kerja yang berkaitan dengan kemalangan
Contoh : organisasi kami komited untuk mengambil usaha yang munasabah untuk
menghapuskan bahaya yang menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
Komitmen untuk mematuhi dengan perundangan kebangsaan OSH dan
keperluan lain yang organisasi berpegang
Contoh : kami mengiktiraf bahawa semua pekerja berada di tempat kerja yang betul
dalam persekitaran yang selamat dan sihat, selaras dengan undang-undang
kebangsaan dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan mana-mana
keperluan yang digunakan organisasi.
Pihak pengurusan komitmen untuk melindungi keselamatan dan kesihatan
para pekerja.
Contoh : organisasi adalah komitmen untuk memastikan keselamatan, kesihatan
dan kebajikan semua pekerja dan orang lain yang mungkin terjejas daripada kerja-
kerja organisasi
Pihak pengurusan komitmen untuk menambahbaik prestasi OSHMS.
Contoh : organisasi komited untuk menambahbaik secara berterusan prestasi
OSHMS dengan memperbaiki pelaksanaan OSHMS.
Siapa yang bertanggungjawab untuk dasar keselamatan dan kesihatan.
Contoh : ia adalah tanggugjawab pengurusan untuk membangun, melaksana dan
menyemak, dalam penyertaan pekerja, dasar OSH organisasi.
Tanggungjawab umum untuk semua pekerja
Contoh : semua pekerja dikehendaki untuk memahami dasar dan tanggungjawab
mereka untuk menyokong organisasi dalam mencapai dasar OSH yang ditentukan.
Kenyataan dasar mungkin mengandungi:
Keselamatan dan kesihatan tidak boleh dikorbankan untuk kesesuaian
Contoh : tiada pekerjaan yang dianggap begitu mendesak sehingga masa tidak
boleh diambil untuk melakukannya dalam cara kerja yang selamat. Kebajikkan
individu adalah yang kami bimbangkan. Mengabaikan dan melanggar dengan segaja
dasar ini oleh pekerja di mana-mana bahagian mungkin dianggap penyebab kepada
tindakan tatatertib selaras dengan dasar-dasar organisasi.
Prestasi yang tidak boleh terima tugas keselamatan dan kesihatan tidak akan
dibiarkan.
Contoh : semua pekerja, sub-kontraktor, penyelia dan pelawat akan
bertanggungjawab terhadap prestasi keselamatan dan kesihatan mereka.
Organisasi adalah asas falsafah keselamatan dan kesihatan
Contoh : keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk semua orang yang bekerja
dengan kemudahan, penduduk dan mereka yang menggunakan kemudahan itu
dianggap penting

DASAR OSH HENDAKLAH


Dibuat dengan penyertaan pekerja dan wakil mereka
Dinyatakan dengan jelas, terma yang jelas dan tegas
Ditandatangani oleh paling bertanggungjawab dalam organisasi
Disimpan dengan bertarikh/penambahbaikan secara berterusan
Disampaikan kepada pekerja dan individu atau pihak berkenaan yang terlibat
dengan prestasi OSH, dan
Dipatuhi dalam semua aktiviti kerja.

3.1.2 PENGLIBATAN PEKERJA

Pekerja haruslah:
Bertindak secara bertanggungjawab supaya tidak mendedahkan orang lain
kepada apa-apa bahaya dan risiko kepada keselamatan dan kesihatan akibat
dari aktiviti yang dijalankan.
Memberikan komitmen penuh dan menyertai semua program keselamatan
dan kesihatan yang dianjurkan.
Mematuhi segala arahan dan prosedur tentang langkah-langkah
keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh majikan.
Memaklumkan kepada majikan akan apa-apa status tempat kerja yang
difikirkan boleh mendatangkan bahaya dan isiko kepada kesihatan samaada
kepada diri sendiri atau pun orang lain yang berkaitan dengan aktiviti yang
dijalankan.

APAKAH PENGLIBATAN PEKERJA?

Dimana pekerja terlibat dalam cara membuat keputusan mengenai isu keselamatan
dan kesihatan di dalam perniagaan organisasi itulah sebagai penyertaan pekerja.

Penyertaan pekerja-pekerja seharusnya digalakkan oleh pihak pengurusan kerana


ianya membuktikan pemilikan tingkah laku yang selamat di peringkat pelaksanaan,
di mana ia adalah yang paling sesuai

Penyertaan pekerja adalah dalam pelbagai bentuk. Mungkin terdapat melalui


penyertaan atau melalui pusingan keselamatan yang kerap berjumpa dalam bentuk
kumpulan kecil untuk berbincang cara isu-isu keselamatan dapat di tambahbaik.

Penyertaan OSH melibatkan:


Untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan OSH dan kebajikan dengan
pekerja.
Memberi peluang kepada pekerja-pekerja untuk meluahkan pandangan-
pandangan mereka dan menyumbang kepada penyelesaian OSH dan isu kebajikan,
dan
Menilai pandangan pekerja dan mengambil mereka ke dalam perbincangan.
Penyertaan membolehkan pekerja menyumbang kepada perbincangan
mengenai perkara yang memberi kesan kepada keselamatan, kesihatan dan
kebajikan.
Ianya dapat membantu majikan dan pekerja berkerja bersama untuk mencari
jalan penyelesaian yang membawa kepada perkara yang lebih selamat dan tempat
kerja yang sihat.

BAGAIMANA PENGLIBATAN PEKERJA?

Jenis penyertaan pekerja adalah bergantung kepada saiz organisasi. Penyertaan


pekerja boleh melalui tiga kaedah:
Jawatankuasa OSH dimana pekerja dipilih oleh jawatankuasa OSH
Wakil OSH wakil yang dipilih adalah daripada perkerja lain perniagaan itu

Perkiraan lain yang dipersetujui seperti :


Mengadakan mesyuarat tetap dimana pekerja mempunyai kebimbangan
mereka
Pertimbangan daripada majikan (OSH boleh dijadikan butiran agenda tetap)
Mengadakan mesyuarat OSH yang khusus apabila kebimbangan
dibincangkan
Mengadakan mesyuarat tool box dengan mesyuarat tidak rasmi, dimana
majikan dan pekerja dapat berbincang isu-isu OSH dan kebimbangan
Latihan kepada semua aspek OSH termasuk pengaturan kemalangan yang
dikaitkan dengan tempat kerja mereka.
Majikan haruslah:
Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan wakil rundingan mereka,
memberitahu dan memberi latihan semua aspek dalam OSH, termasuklah langkah
kerja kecemasan, dan yang berkaitan dengan kerja mereka
Membuat pengaturan untuk keselamatan dan kesihatan pekerja dan wakil
mereka untuk secara aktif dalam OSHMS, dan
Memastikan,kesesuaian penubuhan dan keberkesanan fungsi jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan mengikut amalan dan undang-undang kebangsaan.
Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994), majikan wajib
mengambil segala langkah yang praktik bagi menyediakan tempat kerja yang
selamat untuk pekerja.
Majikan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan tempat dan suasana
kerja yang selamat dan sihat
kepada pekerja.
Antara tanggungjawab majikan berkenaan OSH termasuklah:

Program Penerangan, Pendidikan dan Latihan


Majikan hendaklah menyediakan program penerangan, latihan dan pendidikan
berhubung dengan keselamatan dan kesihatan dan langkah-langkah pencegahan
kepada pekerja mereka dengan hasrat meningkatkan kesedaran terhadap apa-apa
bahaya dan risiko semasa bekerja.

Maklumat dan pendidikan sedemikian hendaklah menjadi sebahagian utama


program pembangunan dan induksi pekerja serta disampaikan kepada semua
pekerja.

Aspek Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran


Majikan hendaklah menyediakan dan menyelenggarakan sesuatu persekitaran kerja
yang selamat dan tidak berisiko kepada kesihatan pekerjanya.

Setiap tempat kerja hendaklah memastikan bahawa kod amalannya menangani :


Risiko, jika terdapat unsur-unsur bahaya kepada keselamatan dan kesihatan
melalui aktiviti pekerjaan dalam lingkungan tempat kerja itu sendiri.
Pendidikan, latihan dan kesedaran yang wajar tentang pemakaian atau
pematuhan ke atas semua arahan dan prosedur kerja selamat.
Menyediakan kelengkapan dan bahan yang wajar untuk melindungi pekerja
dari kemalangan dan risiko kepada kesihatan.
Langkah-langkah yang mesti diambil berikutan sesuatu kemalangan
pekerjaan atau pendedahan terhadap risiko kepada kesihatan termasuklah
pengurusan yang sewajarnya bagi mengelakkan berlaku kejadian yang berulang.

Amalan Pekerjaan yang Tidak Mengadili dan Tidak Berbentuk diskriminasi


Seseorang majikan hendaklah memastikan bahawa amalan pekerjaan hendaklah
berasaskan bukti yang kukuh bahawa seseorang pekerja itu berkemampuan untuk
menjalankan tugas dan tidak mendatangkan risiko kepada diri dan juga orang lain
yang terlibat dengan aktiviti yang dijalankannya.
.
KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN TERTINGGI
Pihak pengurusan tertinggi hendaklah memainkan peranan yang proaktif dan
menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap keselamatan pekerja dan orang
awam.

Komitmen dan akauntabiliti ini bukan sahaja dijelaskan kepada pihak pekerja
bahkan kepada pihak lain yang ada kaitan samada secara langsung atau tidak
dengan mereka.

Pihak pengurusan merupakan sebagai nakhoda yang akan menentukan kejayaan


polisi keselamatan yang telah direncanakan.

PERANAN CEO
Untuk memastikan perancangan, peraturan sistem pengurusan OSH mencapai
objektif yang telah ditetapkan ketua eksekutif syarikat adalah bertanggungjawab
untuk merancang, melaksanakan dan memantau semua aktiviti yang digariskan.

Penambahbaikan perlu dilakukan setiap masa terhadap kelemahan yang wujud.

3.2 ORGANISASI
3.2.1 Tanggungjawab, Akauntabiliti dan autoriti
Majikan seharusnya bertanggungjawab secara keseluruhan bagi menjaga
keselamatan dabn kesihatan pekerja dan menunjukkan kepimpinan untuk aktiviti
OSH dalam organisasi.
Majikan haruslah memperuntukkan tanggungjawab, akauntabiliti dan autoriti untuk
pembangunan, melaksanakan dan perlaksanaanOSHMS dan pencapaian yang
selari dengan objektif OSH
Tanggungjawab dan akauntabiliti semua personal di OSH hendaklah jelas,
didokumenkan dan disampaikan kepada semua kakitangan masing-masing
Peraturan, tanggungjawab, kebertanggungjawaban dan kuasa semua pekerja
yang menjalankan tugas adalah sebahagian daripada OSHMS hendaklah
dinyatakan dengan jelas, didokumenkan dan disampaikan kepada pekerja
berkenaan. Ini dapat diterankan dalam keterangan kerja, manual dam prosedur
Eksekutif pemilikan dan kebertanggungjawaban prestasi OSH adalah ciri yang
penting, dimana majikan bertanggungjawab penuh dalam setiap aspek program
OSH, seperti jangkaan, pengecaman dan kawalan bahaya OSH.
Apabila menentukan sumber yang diperlukan organisasi hendaklah
mempertimbangkan :
Kewangan dan sumber manusia
Teknologi
Infrastruktur dan alat
Sistem maklumat, dan
Keperluan kepakaran dan latihan

Majikan haruslah melantik seseorang di peringkat pengurusan tertinggi sebagai


wakil pengurusan OSH untuk membangunkan, melaksanakan, menyemak dan
menilai OSHMS, laporan terhadap prestasi OSHMS dan menggalakkan penyertaan
didalam mencapai objektif OSH yang sebenar. Wakil pengurusan akan dibantu oleh
orang lain yang telah diwakilkan untuk memantau keseluruhan operasi OSHMS.

Majikan haruslah menyediakan sumber yang sesuai untuk memastikan


tanggungjawab individu untuk OSH dapat berfungsi dengan cekap. Individu di pihak
pengurusan tertinggi hendaklah di lantik sebagai wakil pengurusan OSH, dengan
tanggungjawab, akauntabiti dan autoriti untuk:

Pembangunan, pelaksanaan, semakan berkala dan penilaian untuk OSHMS;


Laporan berkala kepada pengurusan tertinggi dalam prestasi untuk OSHMS, dan
Menggalakanpenyertaan kesemua kakitangan dalam organisasi

3.2.2 Kompetensi, Latihan Dan Kesedaran


Keperluan kompetensi OSH,sekurang-kurangnya ditentukan oleh pihak berkuasa,
harus ditentukan oleh majikan. Pengaturan haruslah ditubuhkan dan
diselenggarakan bagi memastikan semua orang tahu berkenaan aspek keselamatan
dan kesihatan terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.
Majikan haruslah mempunyai, atau haruslah mempunyai jaringan kecekapan kepada
OSH untuk melaksanakan OSHMS. Majikan haruslah mengenal pasti latihan yang
diperlukan dan menjalankan program latihan kepada semua ahli dalam organisasi
untuk pelaksanaan OSHMS yang berkesan. Latihan rekod haruslah dibentuk dan
dikekalkan.
Semua pekerja haruslah memiliki keperluan kemahiran mental (seperti pengatahuan
asas), fizikal, persiapan dan pengatahuan kepada kerja selamat. Pengurusan dan
pekerja haruslah menunjukkan kecekapan yang selamat semasa menjalankan dan
menyelia kerja.
Kecekapan ini diperolehi melalui kombinasi pelajaran, kelulusan, pengalaman dan
latihan kerja. Apabila mampu organisasi boleh mendapatkan perunding berwibawa
daripada luar.
Organisasi haruslah memberikan pertimbangan yang khusus kepada keperluan
kecekapan kepada orang yang akan :
Wakil pengurusan
Melaksanakan pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko
(HIRARC)
Melaksanakan penilaian pendedahan
Melaksanakan audit
Melaksanakan pemerhatian tingkah laku
Melaksanakan penyiasatan kemalangan
Menjalankan tugas berisiko tinggi
Lain-lain yang mungkin memerlukan kecekapan dalam menjalankan kerja mereka

Melalui latihan yang betul dan mencukupi, pengurus, penyelia dan pekerja akan
dapat menguruskan bahaya di tapak kerja. Tanpa mengira saiz organisasi latihan
hendaklah menjadi alat untuk mencegah kemalangan di tempat kerja dan mungkin
mendatangkan kecederaan dan kesakitan.

Rekod latihan dari semasa ke semasa hendaklah disimpan untuk tujuan undang-
undang dan sebagai rujukan masa depan keperluan letihan kecekapan dan
membuat keputusan.

Bagaimana anda boleh melakukan latihan

Langkah 1 : mengenal pasti apakah keperluan latihan organisasi dan


menyediakan latihan matrik OSH
Latihan matrik OSH adalah alat yang dapat membantu majikan dan penyelia
mengenalpasti apakah keperluan latihan untuk pekerja mereka. Matrik bertujuan
untuk menyusun senarai keperluan modul latihan OSH untuk melengkapkan pekerja
dengan kemahiran, pengetahuan dan maklumat untuk menguruskan pendedahan
bahaya secara berkesan semasa bekerja

Langkah 2 : menyediakan pelan latihan


Menyediakan pelan latihan mengikut keutamaan modul latihan dan membangunkan
jadual latihan untuk organisasi.Ia adalah disyorkan daripada undang-undang dan
modul latihan pengurusan bahaya adalah didahulukan. Senarai modul lain dalam
latihan matrix OSH boleh disampaikan dalam arahan bersesuaian dengan keperluan
pekeraja.

Langkah 3: memberikan latihan


Apabila pelan telah dibangunkan, melatih pekerja adalah mengikut kepada pelan
latihan dan jadual. Mmembangunkan modul latihan untuk perkarayang meliputi
dalam elemen spesifik pekerja. Memastikan bahawa maklumat adalah senang untuk
difahami dan cuba gunakan kaedah latihan yang pelbagai untuk menyampaikan
mesej.. Selain itu juga pastikan jurulatih mempunyai masa yang cukup untuk
menyediakan tempat dan sumber mereka. Latihan kecekapan haruslah dijalankan
oleh mereka yang berwibawa.

Rekod latihan tertentu (e.g nama dan masa) dalam borang latihan apabila latihan
telah selesai. Sediakan rekod latihan dalam salinan fail daripada elektronik.

Langkah 4: penilaian latihan


Semak sama ada latihan berjalan atau tidak. Untuk memastikan program latihan
mencapai matlamat, penilaian latihan akan bernilai. Latihan hendaklah mempunyai
satu kompenen yang kritikal, satu kaedah mengukur keberkesanan latihan.

Pelan untuk penilaian sesi latihan, sama ada bertulis atau idea keluar daripada
majikan, hendaklah dibangunkan apabila objektif khusus dan kandungan telah
dibangunkan. Ia tidak ditangguhkan sehingga latihan telah siap.

Penilaian akan dapat membantu majikan atau penyelia menentukan jumlah


pembelajaran telah dicapai dan sama ada prestasi pekerja telah meningkat dalam
kerja.

Kaedah penilaian latihan

Pendapat peserta
Borang kaji selidik atau perbincangan tidak formal dengan peserta akan membantu
majikan menentukan kerelevanan dan kesesuaian program latihan
Pemantauan penyelia
Penyelia adalah bahagian yang terbaik untuk memantau prestasi pekerja sebelum
dan selepas latihan. Penyelia haruslah mencatat kekurangan dan membantu
melaksanakan penambahbaikan
Penambahbaikan tempat kerja
Kejayaan program latihan akan dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan
di tempat kerja.Penilaian latihan akan memberikan majikan keperluan maklumat
untuk menentukan sama ada pekerja telah mencapai hasil yang diinginkan dan
sama ada latihan harus dilakukan lagi.

Akhirnya, semak keperluan latihan OSH, pelan dan modul latihan berkala

3.2.3 Dokumentasi OSHMS


Dokumentasi OSHMS haruslah dibentuk dan dikekalkan. Dokumentasi haruslah
merangkumi :
Dasar OSH dan objektif organisasi
Peruntukkan utama peranan pengurusan OSH dan tanggungjawab bagi
pelaksanaan untuk OSHMS;
Bahaya dan risiko OSH yang signifikan timbul daripada aktiviti organisasi dan
pengaturan untuk kawalan dan pencegahan mereka; dan
Prosedur, arahan atau lain-laindokumen dalaman yang telah digunkaan dalam
rangka kerja OSHMS
Dokumentasi OSHMS haruslah :
Ditulis dengan jelas dan dibentangkan sehingga difahami kepada mereka yang
akan menggunakannya.
Disemak secara berkala, disemak sebagai keperluan, disampaikan dan mudah
diakses oleh semua ahli yang bersesuaian atau yang terkesan dalam organisasi;
dan
Dilupuskan atau dibuang daripada edaran apabila tidak digunakan mengikut
prosedur.
Rekod OSH haruslah ditubuhkan dan dikekalkan mengikut keperluan organisasi.
Ianya harus dikenalpasti, dikesan, diperolehi dan masa pengekalannya harulah
dinyatakan secara terperinci
Umumnya, dokumentasi OSHMS terdiri daripada:
Manual OSHMS
Standard prosedur operasi (SOPs)
Kawalan operasi/ arahan kerjaspesifik kepada proses dan loji
Borang untuk menyokong dokumentasi di atas.

Apakah manual OSH?


Manual OSH adalah menerangkan secara meluas bagimana organisasi dapat
melaksanakan untuk setiap elemen OSHMS dan hubungan antara mereka.

Apakah SOPs?
SOPs menentukan prosedur sistem. Ianya termasuklah:
Kawalan dokumen
Pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko
Pencegahan kecemasan
Perolehan
Berkontrak
Penyiasatan kemalangan
Audit

Apakah arahan kerja?


Arahan kerja adalah arahan bertulis untuk tugas tertentu dan menerangkan langkah
yang perlu ambil dalam menyiapkan tugas. Contoh prosedur penyelenggaraan loji,
kenyataan kaedah kerja selamat dan prosedur keselamatan pemeriksaan tapak.

Kawalan dokumen
Semua dokumen kritikal kepada operasi OSHMS dan prestasi organisasi aktiviti
OSH haruslah dikenalpasti dan dikawal.

Prosedur bertulis haruslah menentukan kawalan untuk pengenalpastian, kelulusan,


pengeluaran dan penghapusan dokumentasi OSH, bersama dengan kawalan data
OSH.

Dokumen OSHMS hendaklah dibuat bersesuaian dengan tempat dan terpakai


kepada semua kakitangan

Kawalan rekod
Kawalan rekod termasuk tetapi tidak terhad kepada bentuk salinan siap, checklist
dan rekod HIRARC.

Rekod OSH mungkin terkandung dokumentasi luaran yang dihasilkan seperti tetapi
tidak terhad kepada helaian data keselamatan bahan, laporan luaran audit OSH,
rekod kesihatan atau laporan pemantauan tempat kerja.

Kenapa rekod mesti disimpan?


Mengekalkan rekod penting menunjukkan pengurusan perniagaan yang baik. Rekod
bermakna dapat menunjukkan pematuhan organisasi kepada OSHMS

Rekod juga diperlukan untuk menunjukkan pematuhan dengan obligasi undang-


undang. Ianya juga dapat digunakan untuk membantu dalam pelaksanaan dan
operasi OSHMS dan menyediakan maklumat yang berguna yang dapat membantu
semakan prestasi keselamatan.

Rekod adalah keterangan atau bukti bahawa tindakan tertentu telah diambil dan
boleh digunakan untuk mengesahkan bahawa syarat-syarat tertentu telah dipenuhi
dan tindakan telah diambil.

Apakah yang perlu rekod simpan?

Terdapat pelbagai jenis rekod yang sepatutnya disimpan oleh organisasi. Rekod ini
termasuklah yang:
Diperlukan oleh para pihak berkuasa
Membantu dalam operasi untuk OSHMS
Berkaitan setiap hari denga operasi perniagaan

Contoh rekod OSH:


Kemalangan/kejadian/hampir kehilangan
Semakan dan audit
Permit untuk bekerja, lesen, sijil kejuruteraan
Laporan kejadian dan kegagalan sistem
Tanggungjawab
Minit keahlian OSH/ minit mesyuarat toolbox
Latihan
Tuntutan pampasan pekerja
Pemuliharaan
Pengawasan kesihatan
Pemantauan persekitaran kerja
Pemeriksaan,penentuukuran, dan penyelenggaraan peralatan
Pembekal dan maklumat kontraktor

Semakan berkala rekod


Untuk melihat sebarang pola atau trend. Rekod akan membantu mengenalpasti
kawasan berisiko tinggi yang memerlukan perhatian segera.

Dengan penyelenggaraan rekod secara teratur, organisasi akan cepat


bertindakbalas kepada permintaan pengatur dan juruaudit persijilan seperti mana
kawalan operasi mereka dan lebih berkesan melalui pengenalpastian trend atau
aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai yang mengakibat ketidakpatuhan.

Rajah menunjukkan dokumen dan rekod skema pengurusan. Ianya menunjukkan


hubungan antara peringkat tertinggi, kenyataan dasar, prosedur, arahan kerja, dan
akhirnya rekod

3.2.4 Komunikasi
Prosedur hendaklah diwujudkan dan dikekalkan bagi:
Penerimaan, dokumentasi dan tindak balas dalaman yang sewajarnya dan
komunikasi luaran yang berkaitan dengan OSH;
Memastikan komunikasi dalaman untuk maklumat OSH di antara peringkat-
peringkat yang berkenaan dan fungsi-fungsi organisasi hendaklah turut melindungi
kontraktor, pembekal dan pelawat; dan
Memastikan bahawa kebimbangan, idea dan input untuk pekerja dan wakil mereka
mengenai pekara OSH diterima, dipertimbangkan dan ada tindak balas
Taklimat OSH kepada pekerja dan pihak berkepentingan
Papan tanda yang mengandungi data prestasi OSH, buletin, poster dan
sebagainya
Menyediakan sesi bimbingan dan demontrasi
Buku panduan organisasi
Menghantar memo
Internet

3.3.1 Semakan Dalaman

Organisasi yang sedia ada OSHMS dan pengaturan yang relevan seharusnya dinilai
oleh semakan dalaman. Di dalam kes di mana tiada OSHMS wujud atau jika
organisasi tersebut baru ditubuhkan, semakan dalaman seharusnya mencari pekara
asas untuk mewujudkan satu OSHMS.

Semakan dalaman seharusnya dilakukan oleh majikan dengan penolongnya yang


berkelayakan, di dalam berunding dengan pekerja dan/atau wakil mereka.
Keputusan semakan dalaman haruslah:
Didokumenkan
Menjadi perkara asas untuk perancangan dan membuat keputusan berhubung
dengan pelaksanaan OSHMS; dan
Menyediakan satu garis asas daripada penambahbaikan berterusan organisasi
OSHMS boleh diukur.

Tujuan semakan adalah untuk memastikan, sejauh mana ianya dipraktikkan,


bahawa semua isu OSHMS dapat dikenalpasti serta dinilai dan diutamakan untuk
tindakan akan datang, semakan dalaman haruslah;
Mengenalpasti berkenaan dasar OSH negara, undang-undang dan peraturan,
garis panduan,program OSH mungkin digunakan dan lain-lain keperluan yang
organisasi gunakan/berpegang.
Mengenalpasti dan menjangkakan bahaya dan penilaian risiko kepada
keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada keadaan sedia ada atau tujuan
persekitaran kerja dan organisasi kerja, dan ditubuhkan prosedur untuk proses; dan
Menentukan sama ada plan atau kawalan sedia ada mencukupi untuk
menghapuskan bahaya atau kawalan risiko.

Rekod dan dokumen berguna untuk semakan semasa semakan dalaman termasuk
dan tidak terhad kepada:
Penemuan dan laporan audit
Pendedahan, bahaya dan/ atau penilaian risiko
Bersesuian dengan peraturan dan undang-undang tempatan
Mewujudkan program/ sistem OSH, dasar dan prosedur
Menyatakan sumber perundang dan/atau dapatan
Dapatan audit SOP dan cadangan; dan
Prosedur dan latihan OSH

Laporan mesti mengandungi:


Kaedah pengendalian semakan pertama contoh temuduga, bengkel,
mesyuarat dan sebagainya.
Sumber maklumat
Dapatan status semasa
Cadangan (mungkin perlu dimasukan pelan tindakan)

3.3.2 Objektif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


Selaras dengan dasar OSH dan berdasarkan semakan awal, pengurusan,
pengukuran objektif OSH haruslah ditubuhkan, yang mana;
Spesifik kepada organisasi, bersesuaian dan mengikut saiz dan sifat aktiviti.
Selaras dengan kerelevanan dan digunapakai oleh peraturan dan undang-
undang negara, dan teknikal dan kewajipan perniagaan organisasi perlu mengambil
kira OSH
Fokus ke arah penambahbaikan berterusan melindungi OSH pekerja untuk
mencapaian perlaksanaan OSH yang terbaik.
Realistik dan boleh dicapai.
Didokumenkan, dan disampaikan kepada semua fungsi yang relevan dan
peringkat-peringkat organisasi; dan
Dinilai secara berkala dan jika perlu dikemaskini

3.3.3 Mengenalpasti bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko

Mengenalpasti bahaya
Pengawalaturan termasuk dalam prosedur dokumentasi yang seharusnya dibuat
untuk mengenalpasti bahaya, penilaian dan kawalan risiko. Aktiviti ini memerlukan
penyertaan pekerja atau wakil mereka.

Pengenalpastian bahaya haruslah mempertimbangkan perlbagai jenis bahaya


seperti fizikal, kimia, biologi dan bahaya psikologi yang mana banyak ditemui di
tempat kerja. Organisasi harus mewujudkan kaedah proses pengenalpastian bahaya
yang spesifik dan menanganinya pada masa yang sama. Keutamaan mesti
diberikan kepada kawasan-kawasan plant, bahan-bahan, proses atau persekitaran
yang berbahaya

Keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan wakil harus terlibat dalam
perundingan semasa proses pengenalpastian bahaya

Pekerja yang berkerja dalam kawasan harian yang berpengalaman yang terdedah
kepada bahaya mesti terlibat dalam proses pengenalpastian bahaya. Nasihat juga
harus diterima dari mereka yang berkaitan dengan aktiviti dan proses plants kerana
mereka boleh memberikan input yang bernilai dalam pengenalpastian bahaya.

Bahaya yang berkaitan dengan aktiviti semua pekerja haruslah dikenalpasti. Aktiviti
haruslah termasuk rutin, bukan rutin dan tidak normal. Mengenalpasti bahaya
haruslah menentukan semua sumber, keadaan, dan situasi di tempat kerja dengan
potensi untuk kecederaan manusia dan kesihatan, merosakkan harta benda dan
persekitaran atau kombinasinya.

Penilaian risiko
Organisasi haruslah mengganggar dan menilai peringkat-peringkat risiko yang
berkaitan dengan bahaya yang dikenalpasti. Keputusan penilaian ini haruslah
dipertimbangkan untuk membuat keputusan dan untuk menentukan langkah
kawalan

Kawalan risiko
Selepas mengenal pasti kawalan risiko, keutamaan haruslah diberikan untuk
mengawal pilihan selaras dengan perintah berikut
Menghapuskan bahaya/risiko
Mengawal bahaya/risiko pada sumbernya, dengan menggunakan kawalan
kejuruteraan atau langkah-langkah organisasi
Mengurangkan bahaya/risiko dengan reka bentuk tempat kerja yang selamat,
langkah-langkah kawalan pentadbiran selamat; dan
Dimana sisa bahaya/risiko tidak dapat dikawal dengan pengukuranyang
kolektif, majikan harus menyediakan program yang bersesuaian untuk kelengkapan
pelindungan peribadi.

Kawalan haruslah ditubuhkan dan dilaksanakan untuk mengurus risiko ke tahap


yang boleh diterima. Urutan dan keutamaan kawalan dicadangkan di sini kerap telah
merujuk kepada hirarki kawalan OSH. Semua ini adalah hirarki
menghapuskan/penyingkiran (elimination),
penggantian
pengasingan
kawalan kejuruteraan
kawalan pentadbiran
peralatan kawalan personal (Personal Protective Equipment (PPE)

Prosedur Pengenal bahaya penilaian risiko dan kawalan risiko seharusnya:


Disesuaikan dengan bahaya dan risiko yang dihadapi oleh organisasi
Semak dan ubahsuai jika diperlukan pada asas yang tetap
Dalam mematuhi peraturan dan undang-undang negara, dan mencerminkan
amalan yang baik; dan
Mempertimbangan pengetahuan semasa, termasuk maklumat atau laporan
daripada pihak berkuasa yang berkenaan, insitusi berwibawa seperti jabatan tenaga
buruh, perkhidmatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan perkhidmatan lain
yang bersesuaian.

Kaedah sampel penilaian risiko


3.3.4 Pencegahan Kecemasan, Persediaan Dan Tidak Balas

Pengaturan termasuklah prosedur dokumentasi yang harus ditubuhkan dan


diselenggara untuk pencegahan kecemasan, persediaan dan tindak balas.

Pengaturan ini hendaklah:


Mengenalpasti potensi untuk terjadinya kemalangan dan situasi kecemasan
dan mengenalpasti pencegahan risiko OSH yang bersesuaian dengan mereka.
Ditubuhkan secara kerjasama dengan perkhidmatan kecemasan luar dan
badan-badan yang berkaitan
Di uji secara berkala jika dapat dilaksanakan; dan
Disemak secara berkala dan jika diperlukan, disemak selepas ujian berkala
dan berlakunya situasi kecemasan.

Kecemasan mungkin semulajadi atau buatan manusia dan termasuk tetapi tidak
terhad kepada perkara berikut:
Kebakaran
Pembebasan gas toksik
Tumpahan kimia
Kemalangan radiologikal (radiological accidents)
Letupan
Gangguan awam
Keganasan di tempat kerja yang menyebabkan kemudaratan tubuh badan
dan trauma
Banjir
Taufan/ribut
Gempa bumi

Pengurusan kecemasan adalah sistem yang menyeluruh/komprehensif yang


ditubuhkan untuk menangani dan mengendalikan buatan manusia dan bahaya
semula jadi. Ianya terdapat empat fasa iaitu:
Pencegahan
Persediaan
Tindak balas
Pemulihan

Apabila membangunkan plan tindakan kecemasan, ianya langkah yang terbaik untuk
melihat pelbagai jenis potensi kecemasan yang mungkin timbul di tempat kerja.
Apabila digunapakai, perancangan haruslah memasukkan perkhidmatan kecemasan
luar dan lain-lain badan seperti:
Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBO)
Polis
Hospital
Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (DOSH)
Jabatan Alam Sekitar (DOE)
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Kerajaan tempatan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
NGO seperti Bulan Sabit, St. John

Pada tahap minimum, pelan tindakan kecemasan mesti termasuk (tetapi tidak
terhad) seperti berikut:
Kaedah pilihan untuk melaporkan kebakaran dan lain-lain kecemasan.
Prosedur dan dasar pemindahan
Prosedur melarikan diri semasa kecemasan dan laluan ditetapkan, seperti
pelan lantai, peta tempat kerja dan kawasan selamat atau tempat berkumpul
Nama, tajuk, jabatan dan nombor telifon individu di dalam dan di luar
organisasi sebagai maklumat tambahan atau penerangan tugas serta
tanggungjawab ketika kecemasan
Prosedur untuk pekerja yang kekal untuk melaksanakan atau menutup
operasi plant, mengendalikan alat pemadan api atau melaksanakan lain-lain
perkhidmatan yang penting yang tidak boleh ditutup untuk setiap amaran
kecemasan sebelum dipindahkan.
Petugas penyelamat dan pasukan kesihatan untuk pekerja perlu ditetapkan
Menetapkan lokasi berkumpul dan prosedur mengira semua pekerja selepas
dipindahkan
kawasan untuk pusat komunikasi alternatif perlu digunakan dalam mena-
mana kerjadian kebakaran dan letupan
lokasi selamat di tapak atau luar tapak untuk penyimpanan asal atau salinan
rekod akaun, rekod perundangan, senarai penggilan kecemasan kepada pekerja
dan lain-lain rekod penting; dan
jalan untuk memastikan pekerja peka bagaimana untuk dipindahkan atau
mengambil tindakan serta bagaimana menyediakan laporan kecemasan

3.3.5 Perubahan Pengurusan


Kesan ke atas OSH daripada perubahan dalaman dan luaran haruslah dinilai
dandenganlangkah-langkah pencegahan bersesuian diambil mengikut keutamaan
permulaan perubahan.

Pengenalpastian tempat kerja berbahaya dan penilaian risiko haruslah diambil


sebelum berlakunya apa-apa perubahan atau pengenalan kaedah kerja baru,
bahan-bahan, proses atau jentera
Pelaksanaan perubahan keputusan hendaklah memastikan kesemua ahli yang
terlibat dalam organisasi diberitahu dan dilatih dengan betul.

Perubahan pengurusan perlu mengenalpasti berkenaan dan isu berkaitan dengan


pemasangan proses baru atau pengubahsuaian proses sedia ada atau operasi
(perubahan dalaman), atau perubahan dalam perundangan atau amalan kod suka
rela (perubahan luaran).

Penggabungan organisasi mungkin boleh memperkenalkan aktiviti proses kerja yang


baru serta kemudahan baru untuk pekerja yang mungkin diperkenalkan atau
ditambah terhadap bahaya dan risiko yang baru.

Proses perubahan pengurusan akan meliputi pertimbangan ke atas isu-isu yang


berkaitan dengan perubahan bahaya, risiko dan kawalan. Bila prosedur dan proses
keselamatan dan kesihatan yang baru diperlukan untuk dilaksanakan, pengurusan
perlu memastikan individu dan pekerja yang terdedah dimaklumkan tentang
perubahan tersebut sebelum ianya dilaksanakan.

Pengurusan dalam perundingan dengan perkeja perlu membangunkan SOP dalam


perlaksanaan pengurusan. Perubahan pengurusan lazimnya terikat merangkumi
semakan ke atas perkara berikut:
Terikat dengan semua fungsi, proses dan prosedur
Bahan mentah yang digunakan dalam proses sedia ada
Kawalan OSH
Peralatan perhubungan dan stationary
Kemudahan kelekapan
Sumber yang ada dan kos berkaitan OSH
Kemahiran pekerja, latihan dan kebolehkawalan tingkah laku mereka
Pengaturan pra persediaan kecemasan dan bencana
Semakan dan kemaskini peraturan dan standard

3.3.6 Perolehan
Pengaturan termasuk prosedur didokumenkan yang hendaklah ditubuhkan dan
diselenggara untuk memastikan:
Keperluan keselamatan dan kesihatan organisasi dapat dikenalpasti, dinilai
dan diperbadankan ke dalam membeli dan spesifikasi pajakan
Peraturan dan undang-undang negara dapat dikenal pasti dan dipatuhi

Organisasi perlu membangunkan prosedur dokumentasi untuk proses pengawalan


perolehan. Berikut adalah pertimbangan dalam membangunkan dan mengekalkan
prosedur perolehan:
Pengukuran kawalan umum pelaksanaan tugas bahaya
Pelaksanaan tugas bahaya
Guna, mengendali, menyimpan dan keselamatan benda-benda bahaya
Kemudahan dan peralatan PPE
Kontraktor dan individu luar berkaitan dengan pelaksanaan perolehan

3.3.7 Kontrak
Pengaturan harus ditubuhkan dan diselenggara untuk memastikan bahawa
keperluan keselamatan dan kesihatan organisasi atau sekurang-kurangnya yang
setara digunakan untuk kontraktor dan pekerja-pekerja mereka.

Kepelbagaian kontraktor dan mereka memerlukan spesifik pengaturan keselamatan


dan kesihatan. Contohnya :
Pekerja kontrak jangka masa panjang dimana mereka ini memberi bantuan ke
atas harian untuk tempoh tertentu (contoh perkhidmatan keselamatan, jaga rumah).
Vendor yang memberikan perkhidmatan ke atas asas tetap tetapi mereka
hanya melibatkan tempoh masa yang singkat (contohnya penyelenggaraan
kemudahan jangka masa pendek).
Kerja pembinaan berkaitan dengan pengubahsuaian kemudahan atau
pemasangan peralatan (contohnya pembinaan utama, pembaikan paip).

Pengaturan untuk kerja kontraktor di tapak akan:


Meliputi kriteria OSH dalam prosedur untuk menilai dan memilih kontraktor
Membangunkan komunikasi berkesan dan penyelarasan di antara aras
organisasi yang bersesuaian dan kontraktor utama terhadap kerja permulaan. Ini
akan meliputi peruntukkan untuk komunikasi bahaya dan pengukuran untuk
menggelak/ mencegah dan mengawal mereka.
Pengaturan termasuk laporan bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan
kematian, kecederaan, kecacatan, sakit, penyakit dan kehilang upayaan di antara
pekerja kontrator semasa melaksanakan kerja untuk organisasi
Memberikan tempat kerja yang berkaitan dengan kesedaran bahaya
keselamatan dan kesihatan serta latihan untuk kontraktor atau pekerja mereka untuk
kerja permulaan dan tahap kerja.
Pemantauan secara kerap ke atas pelaksanaan OSH ke atas aktiviti-aktiviti
kontraktor di tapak; dan
Memastikan bahawa Osh di tapak serta pengaturannya diikuti oleh kontraktor.

3.4 PENILAIAN

3.4.1 Pelaksanaan pemantauan dan pengukuran


Pengaturan untuk memantau, mengukur dan merekod pelaksanaan organisasi OSH
secara tetap haruslah dibangunkan, ditubuhkan dan disemak secara berkala.
Tanggungjawab, akauntabiliti dan authoritiuntuk pemantauan pada peringkat-
peringkat berbeza di dalam struktur pengurusan haruslah diperuntukan.

Pemilihan indikator pelaksanaan seharusnya mengikut kepada saiz dan sifat aktiviti
organisasi dan objektif OSH.Kedua-dua pengukuran kualitatif dan kuantitatif yang
bersesuaian dengan kehendak organisasi haruslah dipertimbangkan.

Pelaksanaan dan pemantauan Pengukuran harus termasuk kedua-dua pemantauan


aktif dan reaktif dan direkodkan. Keputusan pengukuran dan pemantauan haruslah:
Memberikan maklum balas mengenai pelaksanaan OSH
Memberikan maklumat untuk menentukan sama ada pengaturan hari demi
hari untuk pengenalpastian bahaya dan risiko, pencegahan dan kawalan di tempat
dan beroperasi dengan berkesan
Boleh digunakan sebagai satu jalan untuk menentukan sejauh mana dasar
dan objektif OSH sedang dilaksanakan dan risiko dapat dikawal
Pelaksanaan dan pemantauan adalah penting dalam menguruskan isu-isu yang
berkaitan dengan OSH dalam sesebuah organisasi. Mereka memberikan maklum
balas ke atas apa yang berlaku yang mungkin kita boleh membentuk tindakan yang
bersesuaian untuk bertindak balas ke atas keadaan tersebut. Mereka memberikan
maklumat ke atas :
Apa yang berlaku di sekitar anda
bagai mana melakukan perkara tersebut
Apa yang telah berlaku sehingga kini
Amaran ke atas masalah atau bahaya yang akan berlaku yang mungkin perlu
diambil tindakan bagi menggelakkannya

Pengaturan untuk melaksanakan pemantauan dan pengaturan mestilah:


Berasaskan pengenalpastian bahaya ataupun risiko yang akan wujud dalam
organisasi, komitmen dalam dasar dan objektif OSH; dan
Membantu dalam proses penilaian organisasi termasuk semakan
pengurusan.

Pelaksanaan pemantauan dan pengukuran akan:


Digunakan sebagai cara untuk menentukan sejauh mana dasar dan objektif
OSH boleh dilaksanakan dan mengawal risiko
Meliputi/ termasuk pemantauan secara aktif dan reaktif serta tidak hanya ke
atas kehilang upayaan, kerja-kerja yang berkaitan kematian, sakit, pemyakit,
ketidakupayaan
Direkodkan

Pemantauan aktif akan mengandungi elemen keperluan untuk sistem proaktif dan
akan termasuk/melibatkan:

Pemantauan ke atas pelan pencapaian spesifik, membangunkan kriteria dan


objektif:
Pemeriksaan sistematik, sistem kerja, premis, plant dan peralatan: dan
Pengawasan persekitaran kerja:
pengawasan kesihatan pekerja di mana kesesuaian menerusi pemantauan
perubatan yang sesuai atau mengikuti perkembangan pekerja untuk
pengenalpastian awal tanda-tanda serta simton-simton kesihatan yang membawa
kepada penentuan keberkesanan pencegahan dan pengawalan pengukuran; dan
pematuhan dengan peraturan dan undang-undang, persetujuan kolektif dan
komitmen ke atas OSH yang diterangkan dalam organisasi.

Pemantauan reaktif haruslah temasuk pengenalpastian, pelaporan dan penyiasatan


untuk:
kerja berkaitan kematian, kecederaan, kurang upaya, keuzuran (termasuk
pemantauan untuk ketiadaan rekod kesihatan),penyakit dan kehilang upayaan
lain-lain kehilangan, seperti kerosakkan harta benda
kekurangan prestasi keselamatan dan kesihatan dan kegagalan OSHMS; dan
tingkahlaku pekerja dan program pemulihan kesihatan

3.4.2 Penyiasatan Insiden


Pengaturan termasuk prosedur dokumentasi haruslah ditubuhkan, dilaksanakan dan
diselenggara untuk penyiasatan insiden yang akan dapat mengenalpasti sebarang
kelemahan dalam OSHMS

Dimana perlu insiden yang berkaitan dengan kerja haruslah dimaklumkan kepada
pihak berkuasa berkenaan dalam mengikut undang-undang negara. Penyiasatan
haruslah dijalankan oleh orang yang cekap, dengan penyertaan bersesuaian dari
pekerja-pekerja dan wakil mereka

Laporan penuh penyiasatan haruslah didokumenkan dan jika berkaitan dilaporkan


kepada pihak berkuasa berkaitan. Saranan yang terhasil daripada penyiasatan
hendaklah disampaikan kepada orang yang bersesuiaan untuk dilaksanakan dan
disahkan.

Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa luar atau agensi penyiasatan
hendaklah diambil tindakan sama seperti penyiasatan dalaman, mengambil kira isu-
isu kerahsiaan.

Organisasi hendaklah menubuhkan, melaksanakan dan mengekalkan prosedur


untuk memberitahu, rekod menyiasat, analisis dan mendokumenkan semua
kemalangan berkenaan OSH.

Semua kerja yang berkaitan dengan kematian, kecederaan, ketidakupayaan,


keuzuran dan kehilangan upayaan hendaklah diberitahu kepada majikan dan/atau
pihak berkuasa berkenaan mengikut undang-undang kebangsaan untuk ianya dapat
disiasat oleh organisasi.

Usaha untuk mencegah ianya berulang penyiasatan mesti menentukan punca sebab
semua kejadian yang membawa kepada pengenalpastian:
Keperluan tindakan pembetulan
Peluang untuk tindakan pencegahan
Peluang untuk penambaikan berterusan
Semua kejadian mesti disiasat secepat mungkin. Semua tugas untuk
mengendalikan penyiasatan kejadian seharusnya berwibawa. Pekerja dan wakil
mereka akan turut serta untuk mendapat faedah daripada penyiasatan tersebut.

Hasil penyiasatan seharunya dimaklumkan kepada jawatankuasa keselamatan dan


kesihatan pekerja dan jawatankuasa akan membuat cadangan yang bersesuaian.
Dalam kes di mana tidak wujud jawatankuasa, majikan mesti mengambil
tanggungjawab untuk tindakan yang bersesuaian

Orang yang bersesuaian mesti dikenalpasti dan maklumkan untuk dia ambil tindakan
pembetulan berdasarkan cadangan. Tindakan pembetulan terhasil dari penyiasatan
seharusnya dilaksanakan dan sahkan sebagai cadangan.

Hasil penyiasatan dan tindakan bersesuaian yang telah diambil harus direkodkan,
didokumenkan, dikekalkan dan termasuk semakan semula pengurusan serta
dipertimbangkan untuk penambahbaikan

3.4.3 Audit
Pengaturan termasuk prosedur dokumentasi untuk menjalankan audit-audit berkala
hendaklah ditubuhkan untuk menentukan sama ada OSHMS dan elemen yang
berada di tempatnya, mencukupi dan berkesan dalam melindungi keselamatan dan
kesihatan perkerja dan mencegah insiden

Program audit hendaklah dibangunkan, yang termasuk jenis kepakaran juruaudit,


skop audit kaedah audit dan pelaporan. Audit termasuk penilaian terhadap kesemua
elemen-elemen organisasi OSHMS atau subset ini, sebagaimana yang sesuai.

3.4.4 Semakan Pengurusan


Pengurusan tertinggi hendaklah menyemak OSHMS untuk memastikan kesesuaian,
kecukupan dan keberkesanan. Frekuansi dan skop semakan pengurusan OSHMS
hendaklah dirancang dan ditentukan mengikut keadaan dan keperluan-keperluan
organisasi.

Penemuan semakan pengurusan hendaklah direkodkan, didokumenkan dan


disampaikan kepada mereka yang berkenaan.

Semakan pengurusan seharusnya dikeluarkan oleh majikan serta pengurusan


tertinggi ke atas secara tetap (contohnya suku pertama tahun setiap tahun atau
separuh tahun ) dan boleh mengeluarkannya menerusi mesyuarat atau melalui
makluman. Sebahagian perlaksanaan semakan pengurusan OSHMS boleh
dilakukan dengan lebih kerap jika bersesuaian. Semakan berbeza mungkin boleh
mengenalpasti elemen yang berbeza dari keseluruhan semakan

Wakil pengurusan adalah bertanggungjawab untuk memastikan laopran ke atas


semua pelaksanaan OSHMS dipersembahkan kepada majikan serta pengurusan
senior bagi tujuan semakan semula.

Semakan pengurusan akan memastikan kesesuaian dan kecukupan OSHMS


dengan:
Menilai keputusan dan tren penyiasatan kemalangan; pelaksanaan pemantaun
dan pengukuran; dan dapatan audit
Menilai input dalaman dan luaran termasuk perubahan meliputi kehendak
organisasi yang boleh memberi kesan ke atas OSHMS.
Menilai semua strategi OSHMS untuk menentukan sama ada ia memenuhi objektif
yang telah dirancang.
Menilai kehendak perubahan OSHMS termasuk dasar dan objektif OSH
Mengenalpasti tindakan yang perlu untuk membaik pulih apa-apa kemerosotan
secara mengikut masa, ia meliputi penyesuaian lain-lain aspek dalam struktur
organisasi dan pelaksanaan pengukuran.
Menilai keberkesanan tindakan susulan dari semakan pengurusan lebih awal.
Memberikan maklum balas dan arahan termasuk menentukan keutamaan untuk
perancangan yang bermakna dan penambahbaikan berterusan

Dapatan daripada semakan harus selari dengan komitmen organisasi untuk


penambahbaikan berterusan serta melibatkan apa-apa keputusan dan tindakan
berkaitan dengan perubahan yang mungkin ke atas:
Pelaksanaan OSHMS
Dasar dan objektif OSHMS
Pengenalpastian bahaya semasa, penilaian risiko dan proses kawalan risiko
Aras risiko semasa dan keberkesanan pengukuran pengawalan sedia ada
Kecukupan sumber (kewangan, pekerja dan meterial)
Penyataan kecemasan pencegahan, persediaan dan tindakan
Menilai kesan yang boleh diramalkan untuk perubahan teknologi dan perundangan
Lain-lain elemen OSHMS

Dapatan semakan pengurusan perlu direkodkan dan dimaklumkan kepada :

Mereka yang bertanggungjawab untuk elemen yang bersesuaian dengan


OSHMS yang membolehkan mereka mengambil tindakan yang perlu.
Jawatankuasa kesihatan dan keselamatan, pekerja dan wakil pekerja yang mana
bersesuaian

3.5 TINDAKAN UNTUK PENAMBAHBAIKKAN

3.5.1 Tindakan pencegahan dan pembetulan


Pengaturan hendaklah ditubuhkan dan diselenggara untuk tindakan pencegahan
dan pembetulan daripada keputusan pengukuran dan pemantauan pretasi OSHMS,
audit OSHMS dan semakan pengurusan.

Apabila penilaian sistem pengurusan OSH dan sumber yang lain menunjukkan
tindakan pencegahan dan pembetulan untuk bahaya dan risiko tidak mencukupi atau
berkemungkinan untuk menjadi tidak mencukupi, pengukuran hendaklah
mengenalpasti langkah-langkah kawalan yang diiktiraf, lengkap dan didokumenkan,
yang bersesuaian dan tepat pada masanya

3.5.2 Penambahbaikan Berterusan


Apabila penilaian sistem pengurusan OSH dan sumber yang lain menunjukkan
tindakan pencegahan dan pembetulan untuk bahaya dan risiko tidak mencukupi atau
berkemungkinan untuk menjadi tidak mencukupi, pengukuran hendaklah
mengenalpasti langkah-langkah kawalan yang diiktiraf, lengkap dan didokumenkan,
yang bersesuaian dan tepat pada masanya

Pengaturan untuk penambaikan yang berterusan harus membangunkan meliputi


langkah-langkah-langkah berikut;

Langkah 1 : analisis elemen-elemen berterusan berdasarkan maklumat berikut


Objektif organisasi OSH
Hasil pengenalpastian bahaya dan pengenalpastian risiko
Hasil pelaksanaan pemantauan dan pengukuran
Penyiasatan kerja yang berkaitan kematian, kecederaan, penyakit, keuzuran,
kehilang upaya dan hasil serta cadangan audit
Hasil daripada semakan pengurusan
Cadangan untuk penambaikan dari semua ahli dalam organisasi termasuk
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang sedia ada
Perubahan peraturan dan undang-undang, program sukarela dan persetujuan
kolektif
Maklumat baru yang berkaitan
Hasil pengawasan kesihatan pekerja, pencegahan kesihatan dan program
promosi.
Langkah 2 : penerokaan peluang untuk penambahbaikan seperti ;
Pengurangan sumber
Pengurangkan keuzuran
Pengurangan insiden tempat kerja
Meningkatkan penyertaan perkerja
Meningkatkan laporan

Langkah 3 ; membentuk pelan tindakan


Berdasarkan peluang kemudian menentukan tanggunjawab dan sumber yang ada
untuk dilaksanakan dalam pelan/ perancangan

Langkah 4 : pelan tindakan komunikasi terhadap mereka yang berkaitan

Langkah 5 : pelan pelaksanaan pemantauan

Hasil penambahbaikan berterusan boleh menyumbang kepada perkara berikut :


Keputusan tahunan yang lebih baik seperti mengukur kadar kegagalan semua
kerja-kerja yang berkaitan dengan kematian , kecederaan, ketidakupayaan,
keuzuran dan penyakit dan near misses
Mencapai keputusan yang mantap/ stabil atau bertambah baik dalam mencapai
target OSHMS yang baik
Keadaan yang mengerakkan budaya merentasi keseluruhan organisasi ke arah
yang lebih efektif dan berkesan
Penambahbaikan sistem itu sendiri adalah lebih komprehensif/ menyeluruh,
mudah difahami atau lebih baik daripada sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai