Anda di halaman 1dari 18

ERSEKITARAN DAN KAWASAN KERJA YANG SELAMAT

Setiap tahun pekerja-pekerja ditimpa kemalangan atau didapati tidak sihat untuk
bekerja. Kebanyakan yang didapati tidak sihat untuk bekerja dan sering ditimpa
kemalangan adalah pekerja-pekerja yang bekerja lebih dari 5 hari seminggu. Punca
kematian dan kecelakaan semasa kerja juga menunjukkan purata yang tinggi tidak
termasuk kemalangan jalan raya. Catatan juga menunjukkan purata kecelakaan di
dalam industri kayu adalah tinggi.
Kecelakan di tempat kerja turut menjejaskan ekonomi syarikat kerana syarikat
terpaksa membiayai kos perubatan dan pampasan jika kecelakaan adalah parah atau
membawa kematian atau hilang upaya. Undang-undang telah memastikan bahawa
majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan persekitaran kerja bersih,
sihat dan selamat dan pihak pengurusan dan penyelia dikehendaki memastikan pekerjapekerja memenuhi tanggungjawab. Pihak pengurusan bertanggungjawab jika undangundang tidak dipatuhi dan jika siasatan dijalankan majikan yang semestinya
memastikan persekitaran kerja selamat dan sihat serta kesihatan pekerja tidak terjejas
dengan maksud:
a) memastikan tatacara kerja dilakukan dengan betul, sempurna, selamat dan tidak
menjejaskan kesihatan
b) memastikan alat-alat , mesin-mesin dan bahan-bahan selamat digunakan dan
disimpan dengan selamat
c) memastikan cara menyimpan, mengangkut atau bekerja dengan bahan-bahan
merbahaya adalah selamat dan tidak menjejaskan kesihatan
d) menyediakan maklumat, arahan-arahan kerja dan latihan yang diperlukan agar kerja
dijalankan dengan betul dan sempurna, selamat untuk kesihatan.
e) Berbincang dengan pekerja atau melalui wakilnya
f) Memeriksa tempat kerja dengan kerap dan merekodkan hasil pemantauan.
5.2

MENERANGKAN KAWALAN KESELAMATAN KEPADA MESIN DAN PERALATAN.


Kawalan keselamatan pada mesin dan peralatan
i)

ii)

Mesin dan peralatan adalah sangat merbahaya jika :

Direka tidak selamat dan tidak sempurna


Tidak diselenggara dengan betul
Dijalankan oleh pekerja yang tidak terlatih
Bukan untuk kerja yang sebenarnya
Digunakan dalam keadaan yang berbeza
Ditukar / dipinda secara haram
Tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian
Faktor tingkah laku dalam pengawalan kemalangan
Majikan hendaklah memastikan mesin dan peralatan :

Disimpan di tempat yang selamat


Digunakan dengan selamat
Tidak mendatangkan masalah pada kesihatan
Pereka hendaklah memastikan mesin dan peralatan

Selamat digunakan
Berkeadaaan sempurna dan baik
Pekerja yang bertanggungjawab

Mematuhi peraturan kerja yang telah ditetapkan


Membuat kerja mengikut latihan yang telah diberikan
Berkelakuan dan bekerja dalam keadaan selamat
Melaporkan sebarang masalah kepada pegawai bertanggungjawab
5.3

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN DAN KAEDAH PENCEGAHAN

Pengawalan kebakaran adalah urusan yang sangat penting. Kerugian akibat


kebakaran amatlah besar. Kemalangan jiwa akibat kebakaran sering berlaku kerana
pintu atau laluan kecemasan sering terkunci, sistem dan alat kecemasan seperti alat
pemadam api tidak mencukupi. Sehubungan itu, pihak majikan dikehendaki
menyediakan laluan, peralatan memadam kebakaran dan latihan melawan kebakaran
yang sempurna untuk mengelakkan kecelakaan, kematian atau kehilangan keupayaan
Punca-punca kebakaran kebiasaanya adalah:
Berlaku akibat daripada bahan kimia yang mudah terbakar , habuk-habuk dan
kerosakan pada pemasangan elektrikal
Bahan kimia yang mudah terbakar tidak disimpan mengikut peraturan yang telah
dinyatakan oleh pihak berkuasa
Tindakan berjaga-jaga mestilah dibuat secara mandatori seperti:
a. Jangan menghisap rokok berdekatn dengan bahan kimia
b. Jangan menggunakan atau menyalakan api berdekatan dengan bahan kimia
c. Menyimpan bahan kimia yang banyak di dalam bilik yang berasingan dan jauh
daripada kawasan mudah terbakar
d. Operasi yang mudah terbakar seperti kimpalan atau pengisaran bahan besi hendaklah
jauh dari bahan kimia
e. Mendapatkan senarai kesan bahaya jika membeli bahan kimia
f. Menanda dan melabelkan tanda bahaya dan pastikan label tersebut tidak rosak, dialih
atau ditukar
g. Pastikan rekod penggunaan,rekod stok bahan rekod pembekal ada
Punca-punca lain kebakaran berlaku ialah:

perbuatan khianat
kerosakan elektrik
merokok
geseran
terlalu panas
kebakaran spontan
kanak-kanak
alatan terlalu panas
kerja-kerja semasa kimpalan / pemotongan
petir
tindakbalas kimia
kemalangan/kecuaian pekerja

Kaedah pencegahan berlakunya kebakaran ialah:


Membersihkan kawasan persekitaran kerja
Penyimpanan bahan mudah terbakar di tempat yang selamat
Penyediaan kawasan merokok
Penjagaan mesin dengan baik
Kawalan staf, kakitangan dan pengguna bangunan
Penguatkuasaan peraturan kerja yang selamat
Penyediaan kawasan kerja yang selamat
Faktor kebakaran dan pengawalan:

a)
Akibat daripada kebakaran yang berlaku seperti:
kemalangan jiwa
kerugian besar
kematian
b)

Mengawal kebakaran dengan :

i)
Menyediakan laluan kecemasan

Setiap bangunan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua laluan bagi tujuan


menyelamatkan diri
Pintu laluan hendaklah tidak dihalang atau dikunci

Laluan kecemasan mestilah bebas dan lapang dan ditandakan

ii) Pemadam api mudah alih


Setiap bangunan hendaklah memastikan mempunyai alat pemadam api yang
bersesuaian kegunaanya.
Pekerja-pekerja hendaklah dilatih menggunakan pemadam api dengan betul.
Hanya alat pemadam api yang sah dan baik digunakan dan dibenarkan
Pekerja-pekerja hendaklah dimaklumkan dengan memberikan latihan latih tubi (drill)
cara-cara menyelamatkan diri dari kebakaran.
c) Perancangan Pengosongan ( Excavuation )

Pelan tindakan kecemasan diperlukan dengan menyatakan laluan untuk digunakan dan
prosedur yang perlu diikuti semasa kecemasan
Jika perlu, prosedur bertulis hendaklah disertakan juga untuk memberikan keterangan
kepada kakitangan yang diperlukan membantu
Alat penggera seperti loceng kecemasan, wisel, peti suara mestilah disediakan dan
berfungsi dengan baik
Pekerja-pekerja hendaklah dilatih bagaimana untuk bertindak ketika kecemasan.
Majikan hendaklah memeriksa semula perancangan yang telah diberikan agar tindakan
sebaik-baiknya dapat diambil ketika kecemasan dan memaklumkan kepada pekerja jika
berlakunya sebarang perubahan.
d) Perancangan Mengawal kebakaran

Majikan hendaklah membuat dan mengeluarkan perancangan bertulis tentang


mengawal kebakaran bagi memastikan perancangan pengawalan dapat dijalankan
dengan sempurna dan betul. Menghentikan kebakaran adalah cara terbaik mengawal
dan perancangan hendaklah dimaklumkan kepada semua pekerja.
Program kebersihan bagi penyimpanan dan pembersihan bahan-bahan mudah
terbakar hendaklah dimasukkan ke dalam perancangan. Mengitar semula bahan
mudah terbakar seperti kertas adalah digalakan.
Prosedur mengawal tempat kerja terutamanya perbuatan merokok, kerja mengimpal
dan membakar adalah ditegah sama sekali. Alat mengeluarkan api seperti boiler
,ketuhar mestilah diselanggara dan bersih serta dikawal. Bagi bahan mentah hendaklah
disimpan denagn teratur dan selamat
Pekerja hendaklah dimaklumkan tentang bahaya kebakaran di tempat kerja dan
prosedur serta perancangan hendaklah disediakan dan dinyatakan.
e) Sistem pencegahan kebakaran

Rekabentuk sempurna dan pemasangan sistem pencegahan pembakaran seperti


penyembur air adalah yang terbaik untuk digunakan dan dipasang di tempat kerja atau
bangunan. Alat sistem penyembur air ini mempunyai pengesan api, penggera bunyi,
penyembur air untuk menyembur di mana dikesan haba dan api atau di mana
berlakunya kebakaran.
Sistem penyembur air automatik memerlukan penyenggaraan sempurna agar dapat
digunakan sepanjang masa.
Papan tanda hendaklah dipasang di semua kawasan penyembur air limpahan dan
bahan hendaklah dimaklumkan bagi memaklumkan bahawa bahan digunakan seperti
karbon dioksida, halon 1211 dan sebagainya.

5.4

PENGURUSAN BAHAN YANG BERKESAN

i)

Peralatan juga perlu diurus dengan baik dan berkesan seperti alatan:
Untuk mengangkut, contohnya trak pengangkut dirancang jadual dan laluan yang
betul.
troli
alat penarik

alatan yang rosak hendaklah dibaiki


alat yang buruk hendaklah digantikan yang baru
pastikan alatan sentiasa diselenggara dengan betul
mesti mempunyai rekod penyenggaraan dan penggunaanya.

Mengangkat benda berat

Perlu mengambil kira faktor kombinasi berat, saiz dan bentuk barangan yang diangkat

Kurang daripada 20 kg ( sebaik-baiknya 15 kg ) bagi setiap individu.

Bagi benda yang berat adalah sebaiknya menggunakan jentera pengangkat seperti trak
angkat susun ( fork-lift truck )

Kaedah sihat semasa mengangkat barang :


Barang hendaklah dekat dengan tubuh badan semasa mengangkatnya
Kaki dirapatkan dan tubuh badan hendaklah seimbang
Lutut dibengkokkan
Tengkuk dan belakang badan lurus
Luruskan kaki
Mengangkat barang-barang dengan kedua-dua belah tangan

Susunatur

Susunatur kawasan kerja hendaklah mempunyai ruang mudah untuk bergerak,


pemusingan bebas, lantai rata dan tidak licin
Sistem pencahayaan baik dan terang
Rak untuk penyimpan alat yang mencukupi dan sesuai
Penempatan mesin-mesin di tempat yang sesuai dan selesa untuk pekerja
iv)

Pengendalian secara manual

Pengendalian secara manual adalah melebihi dari mengangkat, mengangkut atau


membawa sesuatu benda. Ianya bermaksud aktiviti merangkumi mengangkat,
merendahkan, menolak, menarik, membawa, memegang, menahan sesuatu barangan ,
haiwan atau seseorang.
Kebanyakan kecederaan berlaku akibat pengendalian kerja secara manual atau
tangan. Kecederaan akan berlaku jika tugasan kerja yang diberikan adalah tidak
sempurna atau di mana pengendalian melibatkan pergerakan badan . Ini menyebabkan
permasalahan dalam pengendalian kerja secara betul. Di antara akibat kecederaan
semasa pengendalian kerja secara manual ialah seperti:
a)
b)
c)
d)
e)

Kerja yang melibatkan penarikan, kurang pengawalan dan pergerakan serta merta
yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan
Kerja yang banyak melibatkan membongkok, memintal dan mencapai.
Kerja yang melibatkan masa memegang dalam keadaan yang sama atau kedudukan
yang tidak berubah
Kerja yang terlalu pantas dan berulang-ulang
Kerja yang memerlukan tekanan bagi menjalankan tugasan.

Majikan adalah bertanggungjawab secara undang-undang bagi memastikan


pengendalian secara manual iaitu persekitaran kawasan yang bersih, selamat dan sihat.
Di antara langkah berjaga-jaga yang perlu diketahui adalah:
a)
b)
c)
d)

Mencorakkan semula tugasan atau kerja semasa membawa barangan


Melengkapkan atau membekalkan peralatan mekanikal seperti troli atau penarik
Prosedur keselamatan kerja yang selamat
Latihan khusus bagi tujuan membawa, mengangkut dan mengangkat barangan

AKTIVITI 5A
Aktiviti 1
Anda merupakan seorang juruteknik yang mengawal perjalanan dan proses
pengeluaran komponen perabot di sebuah kilang. Kemungkinan mesin dan peralatan
yang digunakan merbahaya kepada pekerja yang menggunakanya. Bagaimana untuk
mengenalpasti sama ada mesin dan peralatan itu memberi bahaya semasa
menggunakannya.
Aktiviti 2
Anda merupakan salah satu anggota tindakan kecemasan yang dilantik oleh syarikat
sebagai penyelia tindakan kecemasan. Apakah tugas-tugas yang anda perlu lakukan jika
berlakukan kecemasan atau kebakaran di tempat kerja anda.
Aktiviti 3
Nyatakan punca-punca kebakaran berlaku ?

MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A
Aktiviti 1
Mesin dan peralatan adalah sangat merbahaya jika :

Direka tidak selamat dan tidak sempurna


Tidak diselenggara dengan betul
Dijalankan oleh pekerja yang tidak terlatih
Bukan untuk kerja yang sebenarnya
Digunakan dalam keadaan yang berbeza
Ditukar / dipinda secara haram
Tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakan

Aktiviti 2
Tugas Penyelia Tindakan Kecemasan semasa berlakunya kebakaran:

Menilai keadaan kecemasan

Bertindak mentakrifkan komponen organisasi tindakan kecemasan

Menyelia dan menyelaras operasi tindakan kecemasan

Bertanggungjawab terhadap mengambalikan keadaan normal di tempat kerja

Aktiviti 3

Punca-punca lain kebakaran berlaku ialah:


perbuatan khianat
kerosakan elektrik
merokok
geseran
terlalu panas
kebakaran spontan
alatan terlalu panas
kerja-kerja semasa kimpalan / pemotongan
petir
tindakbalas kimia
kemalangan/kecuaian pekerja

SILA UJI KEFAHAMAN ANDA


1. Nyatakan sebab-sebab berpuncanya berlakunya kemalangan di tempat kerja.
2. Sebagai pekerja seharusnya mematahui segala peraturan dan kehendak keselamatan
di tempat kerja. Nyatakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja tersebut.
3. Apakah tindakan pekerja jika berlakunya kemalangan di tempat kerja.
4. Pemadam api merupakan alat yang penting bagi mencegah kebakaran daripada terus
merebak. Jika tidak digunakan dengan betul maka langkah pencegahannya akan gagal.

Bagaimanakah bagi memastikan pemadam api ini dapat digunakan dengan sempurna
ketika berlakunya kecemasan.

BAGAIMANA DENGAN JAWAPAN ANDA. TEPAT, KURANG TEPAT, ATAU ..


USAHA LAGI JIKA PERLU
1. Punca utama tersebut adalah disebabkan oleh:
Bahan atau benda asing di kawasan jalan dan laluan
Kecacatan dalam rekabentuk atau corak permukaan laluan
Permukaan yang licin atau tidak bersih
Keadaan individu yang tidak stabil secara fizikal atau mental.
2. Pekerja yang bertanggungjawab

Mematuhi peraturan kerja yang telah ditetapkan


Membuat kerja mengikut latihan yang telah diberikan
Berkelakuan dan bekerja dalam keadaan selamat
Melaporkan sebarang masalah kepada pegawai bertanggungjawab

3. Pekerja

Memberitahu penyelia tindakan kecemasan


Membantu tindakan kecemasan jika diminta
4. Pemadam api kebakaran
Setiap bangunan hendaklah memastikan mempunyai alat pemadam api yang bersesuaian
kegunaanya.
Pekerja-pekerja hendaklah dilatih menggunakan pemadam api dengan betul.
Hanya alat pemadam api yang sah dan baik digunakan dan dibenarkan
Pekerja-pekerja hendaklah dimaklumkan dengan memberikan latihan latih tubi (drill) cara-cara
menyelamatkan diri dari kebaka

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM


Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di
dalam woksyop berlaku:
i.
ii.
iii.
iv.

Tabiat bekerja
Keselamatan diri sendiri
Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
Kekemasan tempat bekerja atau worsyop

1.2 Tabiat Berkerja


Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di
dalam woksyop bagi mencegah kemalangan dianataranya:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian


Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

1.3 Keselamatan Diri Sendiri


Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek
keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:
i.

iii.

Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti amali yang
dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaian keselamatan didalam bengkel kimpalan
arka tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.
ii.
Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang
panjang
boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.
Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan woksyop ataupun
tidak.
Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam tangan, cincin,
rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.

1.4
Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin
Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan pada unit-unit
seterusnya walaubagaimanapun secara umumnya kemalangan ini dapat dicegah
dengan cara:
i)
ii)

Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya
elektrik.
Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata pengisar,
hujung mata penggarit.

KESIMPULAN
Kesimpulan menurut Zafir Mohd.Makhbul, Mohd.Hizam Hanafiah dan Fazilah
Mohamad Hasun berdasarkan Teknologi dan Pembelajaran dan Pembangunan Pekerja adalah
teknologi kini merupakan satu alat untuk memperolehi kelebihan persaingan demi organisasi.
Dengan mempunyai teknologi yang canggih, organisasi berupaya bersaing dengan lebih berkesan
di pasaran. Walaupun begitu, pengurus hendaklah mengetahui kitaran hayat teknologi agar
teknologi organisasi sentiasa seiring dengan pekembangan semasa. Selain itu, pengetahuan
manusia dalam menerima pakai teknologi adalah penting agar pembangunan teknologi dilakukan
dengan berjaya.
Manakala pampasan dan perancangan faedah hendaklah perlulah seimbang dan adil
kepada para pekerja bagi membolehkan kesemua pekerja menikmati kesan positif yang wujud
dari pampasan dan perancangan faedah yang terbaik yang diberikan oleh organisasi kepada
setiap pekerjanya. Disamping itu juga, sebagai seorang pekerja akan lebih merasa terjamin
apabila berada dalam organisasi. Keselesaan ini menyebabkan seorang pekerja tersebut dapat
menumpukan perhatian terhadap setiap perkara pekerjaan yang perlu dijalankan .
Dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pihak majikan dan pekerja haruslah
bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja bagi setiap pekerja di Malaysia. Perkara ini bertujuan agar dapat memastikan keselamatan,
kesihatan dan kesejahteraan setiap pekerja dalam setiap organisasi akan lebih terjamin. Dengan
ada badan khas seperti OSHA, NIOSH, SIRIM yang mengawal mutu keberkesanan dari segi
keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini akan dapat memberikan impak positif dan kesedaran
tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam organisasi.mahupun badan kerajaan
ataupun sektor swasta.

SENARAI RUJUKAN :1. http://www.miros.gov.my/html/themes/MIROS/MIROS_pdf/research_reports/COP_


2. Kod_Amalan_KeselamatanKesihatanPersekitaran_Sektor.pdf
3. Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd Hasun, 2008. Prinsip Pengurusan Sumber Manusia.
Selangor.Leeds Publications, hlm 241-277.
4. Jonathan Lister (2010). Retrieved from:
5. June M.L Poon, 2006. Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm126-155
6. Maimunah Aminuddin, Penterjemah Dr.Fauziah Noordin, 2003. Asas Pengurusan Sumber
Manusai. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, hlm147-165
7. http://bombajohor.gov.my/v2/pages.php?pid=67
8. Ab Azizi Yusof, Mohd Subri Tahir dan Mohammad Ismail.2008.Human Resource Management a
holistic approach.Shah Alam, Selangor.Arah Publications.

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

PENDAHULUAN
1.

Apakah yang bezanya kemalangan ditempat kerja dan kemalangan jalan raya?

Sudah tentu kita semua dapat membezakan kedua-dua jenis kemalangan ini iaitu
kemalangan jalan raya adalah kemalangan atau kecelakaan yang terjadi semasa kita
berada di jalan raya. Manakala kemalangan di tempat kerja adalah bencana atau
kecelakaan yang berlaku ketika di tempat kerja seperti terjatuh dari tempat tinggi
semasa bekerja di tapak pembinaan dan sebagainya. Tanpa kita sedari sebenarnya
kita lebih berisiko untuk mendapat kemalangan di tempat kerja berbanding dengan
kemalangan jalan raya.
2.

Ini kerana tempoh kita berada di tempat kerja lebih lama berbanding di jalan

raya (kecuali pemandu). Umum beranggapan kemalangan di tempat kerja ini hanya
melibatkan kerja di kawasan tapak projek pembinaan, perlombongan dan kilang seperti
kuari serta yang melibatkan kerja buruh. Sebenarnya ia merangkumi semua tempat
pekerjaan dari kerja di pejabat hinggalah ke ladang seperti pertaniaan, perhutanan,
perikanan, pengangkutan, penyimpanan, komunikasi, perkhidmatan (gas, elektrik, air
dan kebersihan), perdagangan borong dan runcit, kewangan, hotel, restoran dan
banyak lagi.

PUNCA KEMALANGAN
3.

Pengamalan budaya kerja yang selamat dan sihat memerlukan kerjasama dan

komitmen semua pihak dalam organisasi. Golongan pekerja sering menyalahkan pihak
pengurusan kerana tidak menyediakan peralatan yang selamat manakala pihak
pengurusan menyalahkan pekerja tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika
keadaan ini berterusan dan berlaku kemalangan ia akan merugikan kedua-dua belah
pihak. Kecenderungan utama berlaku kemalangan di tempat kerja boleh dibahagikan
kepada beberapa faktor utama iaitu punca asas dan punca langsung. Punca asas
kemalangan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
a.Faktor peribadi. Ilmu pengetahuan pekerja tidak mencukupi serta pekerja tersebut
tidak mahir dalam mengendalikanSelain itu keadaan motivasi, fizikal dan mental yang
lemah boleh mengundah kemalangan ketika melaksanakan kerja.
b.Faktor pekerjaan. Persekitaran peralatan dan kawasan kerja yang tidak sesuai dan
rekabentuk serta rutin senggaraan yang dilakukan juga boleh menyumbang kepada
berlakunya kemalangan. Contohnya jam operasi jentera yang telah melampaui tempoh
yang ditetapkan.
c.Prestasi Penyeliaan. Kegagalan mematuhi prosedur dan arahan yang disampaikan
tidak sempurna serta kelengkapan yang disediakan tidak mencukupi dalam
melaksanakan sesuatu kerja juga seringMengambil mudah sesuatu prosedur yang telah
ditetapkan dan peraturan yang ada tidak dikuatkuasakan.
d.Polisi dan Keputusan Pengurusan. Dalam melaksanakan sesuatu prosedur dan
proses kerja pihak pengurusan hendaklah mengkaji dengan lebih mendalam sebelum ia
digunapakai, supaya tidak mengundang kemalangan semasa kerja dilaksanakan.
4.
Punca langsung kemalangan pula lebih menjurus kepada kelakuan tidak
selamat pekerja dan keadaan kerja yang tidak selamat. Kelakuan pekerja yang tidak
selamat ini boleh ditafsirkan sebagai melaksanakan kerja dalam keadaan terdedah

kepada hazard antaranya tidak menggunakan peralatan yang betul, tidak memakai
Personal Protective Equipment (PPE) apabila diperlukan, menggunakan peralatan serta
jentera yang tidak atau masih dalam selenggaraan, bergurau semasa kerja dan bekerja
dibawah pengaruh dadah atau alkohol. Bagi bekerja dalam keadaan tidak selamat pula
ianya lebih tertumpu kepada keadaan di tempat kerja. Suasana tempat kerja boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan seperti bunyi bising yang melampau sehingga
menyukarkan perhubungan komunikasi antara pekerja, sistem pengudaraan dan
pencahayaan yang tidak sempurna, ruang kerja yang tidak dihadang terutamanya
bekerja di tempat tinggi dan persekitaran yang terdedah kepada hazard seperti lubang
yang tidak ditutup.

KESAN DAN AKIBAT KEMALANGAN


5.

Kita menganggap kemalangan hanya memberi kesan buruk pada fizikal

seseorang seperti kecederaan, kecacatan dan kematian. Sebenarnya banyak kesan


negetif dan kerugian yang dialami oleh pekerja dan juga majikan. Secara amnya kesan
seperti teori Bongkah Air dan ia boleh dibahagikan kepada kesan nyata dan kesan
tersembunyi. Kesan nyata ini adalah kecederaan atau kematian kepada pekerja dan
kerosakan pada peralatan.
6.

Manakala kesan tersembunyi ini sebenarnya lebih banyak daripada kesan nyata

dan menjadi kesan yang tinggi tehadap kos keseluruhan kemalangan yang berlaku.
Antara kesan tersembunyi adalah kerugian produktiviti serta kualiti kerja, kos
pembersihan kawasan kemalangan, melatih pekerja baru untuk melaksanakan kerja,
membaiki peralatan yang rosak semasa kemalangan, kerugian masa dan wang untuk
urusan mahkamah serta tenaga kerja untuk urusan penyiasatan kemalangan

menyebabkan kerja-kerja lain tertangguh dan banyak lagi. Untuk kesan kepada mangsa
kemalangan pula mungkin menyebabkan tekanan kehidupan dan trauma kepada
mangsa serta keluarga.
LANGKAH PENCEGAHAN
7.

Terdapat pepatah menyatakan mencegah lebih baik dari merawat. Dalam

mencegah kemalangan ini, pelbagai teori telah dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan
dan yang paling popular adalah prinsip pencegahan yang di keluarkan oleh
Kementerian Buruh dan Perkhidmatan Kebangsaan UK 1956. Walaupun ianya telah
hampir separuh abad tetapi masih relavan, antara prinsip tersebut adalah:
a.Kerjasama pengurusan dengan pekerja mestilah berterusan dan bersungguhsungguh.
b.Pemimpin tertinggi dan semua peringkat mestilah menyokong langkah keselamatan
yang dilaksanakan.
c.Dasar keselamatan dan kesihatan hendaklah jelas dan diketahui oleh semua
peringkat.
d.Pengetahuan dan kaedah terbaik mestilah digunakan.
8.

Selain itu dalam mengawal kejadian kemalangan yang berlaku, terdapat juga

teori mengawal hazard iaitu dengan menghapuskan hazard dari tempat kerja,
mengalihkan hazard ke tempat lain, kawalan kejuruteraan dengan mengunakan
peralatan tertentu seperti kipas ekzos untuk mengalihkan udara kotor, kawalan
pentadbiran dengan membuat prosedur tertentu dan akhir sekali adalah penggunaan
PPE.
KESIMPULAN
9.
banyak

Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu dititik beratkan kerana ia


memberi

kesan

yang

baik

kepada

pekerja

dan

organisasi.

Untuk

merealisasikan perkara ini perlu wujud kerjasama yang erat antara organisasi dengan
pekerja. Peningkatan pengetahuan, kemahiran dan penguatkuasaan secara berterusan
sangat penting dalam menjamin suasana, keadaan dan kelakuan kerja yang selamat
dapat diwujudkan. Keselamatan dan kesihatan pekerja perlulah diberi keutamaan dari
segala-galanya.

S e c a r a ke s i m p u l a n n y a , d a p a t k u s i m p u l k a n b a h a w a u n t u k m e n c e g a h
b e r l a ku n y a ke m a l a n g a n p e r l u a d a a n j a ka n p a r a d i g m a d i d a l a m s i f a t d a n
sikap man usia. Sifa t da n sikap ne ga tive d an re ak tif yan g dah ulun ya
menjadi sesuatu yang lumrah, hakikatnya sekarang hendaklah diubah
m e n j a d i b u d a y a y a n g p o s i t i f d a n p r o a k t i f. D a r i p a d a s i f a t d a n s i k a p y a n g
p o s i t i f d a n p ro a k t i f a ka n l a h i r l a h b u d a y a ke r j a se l a m a t y a n g b u ka n d i g e r a k
d a n d i p a n d u o l e h d e s a ka n p i h a k l u a r te t a p i b e r p e g a n g l e b i h ke p a d a p r i n s i p
tanggungjawab dan ingin mangatur diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai