Anda di halaman 1dari 8

BAB 6 : KERJA-KERJA BESI TETULANG

6.1 : Pengenalan

Kerja-kerja besi bar dilakukan untuk dijadikan besi tetulang di dalam konkrit. Hal ini
demikian kerana, konkrit biasa tidak mampu untuk menanggung beban sesuatu struktur
seperti tiang dan rasuk. Justeru itu, besi tetulang ditambah untuk mengukuhkan lagi
struktur bangunan.
52

6.2 : Tujuan kerja-kerja membentuk besi tetulang

Besi tetulang perlu dibentuk terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Hal ini kerana,
besi tetulang dibentuk adalah untuk disesuaikan dengan rekabentuk sesuatu struktur
supaya dapat mengawal kekuatan pada rangka bangunan.

6.3 : Jenis-jenis besi tetulang

a) Besi bar berbunga (deformed bar)

Rajah 6.3.1: Besi bar berbunga


53

b) Tetulang anyaman (BRC steel fabric)

Rajah 6.3.2: Tetulang anyaman(BRC steel fabric)

c) Dawai keluli tegangan tinggi (high tensile wire)

6.4 : Pembengkokan besi tetulang

kerja-kerja pembengkokan besi tetulang perlulah dilakukan megikut ukuran yang telah
ditetapkan dalam lukisan kejuruteraan. Kerja-kerja ini menggunakan bar bender atau
hooker untuk membengkok bar tetulang ysng saiznya kurang dari 25mm. seterusnya
bari bar tetulang yang melebihi saiz 25mm akan dibengkokkan dengan memanaskan bar
tetulang tersebut. Penggunaan bar bender lebih efisen dan cepat dan penggunaanya yang
lebih meluas.
54

Rajah 6.4.1: Membengkok besi dengan


hooker

Rajah 6.4.2:Mesin bar bender


55

Rajah 6.4.3: Bar tetulang yang telah siap dibengkokkan

6.5: Pemasangan tetulang keluli

Pemasangan tetulang keluli dilakukan pada struktur rasuk dan tiang. Links yang
biasanya digunakan adalah dari jenis Keluli bar lembut (Mild Steel Bar / Plain Round
Bar). Ianyanya berbentuk bulat dan licin bersimbolkan huruf R. Antara prosedur kerja
pemasangan tetulang keluli adalah seperti berikut:

i) Tetulang keluli yang telah siap dibengkokkan akan dipasang akan diletakkan diatas
duan peranca.

ii) link akan dimasukkan kedalam sekeliling tetulang dengan dijarakkan 150mm atau
200mm antara satu sama lain.

iii) link diikat pada tetulang dengan dawai menggunakkan cangkuk pengikat.

Rajah 6.5.1:Besi links


56

Rajah 6.5.2: Mengikat link dengan dawai


menggunakan cangkuk pengikat

Rajah 6.5.3: Mengikat link dengan dawai


57

6.6: Peyimpanan besi tetulang

Besi tetulang yang dihantar ke tapak bina telah diikat kemas dan teratur mengikut
saiznya. Keadaan besi tetulang tersebut perlu diperiksa dan tahap karatnya dan
kebengkokkan. Besi tetulang tersebut perlulah disimpan dan diletak diatas lapik untuk
mengelakkannya mudah rosak.

Rajah 6.6.1: besi yang sampai di tapak bina


6.7::Langkah-langkah keselamatan

Kerja-kerja besi tetulang perlah dilakukan oleh pekerja mahir.terdapat beberapa langkah
keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pekerja ketika melakukan kerja-kerja besi tetulang.
Antara langkah-langkahnya ialah:
58

a) Memakai pakaian yang sesuai dengan kerja.


b) Memakai  sarung tangan  dan kasut keselamatan ketika mengendalikan mesin (bar
cutter dan bar bender).
c) Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan di tempat kerja.
d) Menggunakan alatan tangan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.
e) Mengenalpasti punca kemalangan yang sering berlaku semasa kerja dilakukan.

6.8:Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan bar bender untuk membengkokkan bar tetulang dalah lebih
baik bebanding hooker ianya lebih cepat dan menjimatkan masa. Selain itu, bar tetulang
perluah disimpan dengan elok dengan meletakkannya diatas lapik mengikut saiznya.
Bar tetulang mestilah tidak terdedah kepada minyak dan lain-lain bahan yang boleh
merosakkannya.

Salain itu, pekerja perlulah memakai sarung tangan dan kasut keselamatan ketika
mengendalikan mesin pembengkok bar tetulang. Mesin tersebut mestilah dikendalikan
oleh pekerja mahir. Pekerja perlulah sentiasa merujuk pelan kejuruteraan untuk
memastikan saiz bar yang dibengkokkan betul atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai