Anda di halaman 1dari 3

BAB 8: KESIMPULAN

8.1 : Pengenalan

Dalam bab ini, akan menerangkan kesimpulan ataupun rumusan kepada keseluruhan
laporan industri. Kesimpulan ini akan merangkumi dapatan berdasarkan apa yang telah
dipelajari sepanjang tempoh latihan industri dijalankan.
69

8.2 : kesimpulan

Tuntasnya, sepanjang tempoh latihan industri, banyak pengetahuan baru yang diperolehi
sekaligus dapat mempraktik apa yang telah dipelajari semasa berada di politeknik. Dengan
pendedahan kerja sebenar di tapak bina dapat memberi gambaran jelas tentang , kerja-kerja besi
bar tetulang, kerja-kerja konkrit,kotak bentuk dan juga kerja-kerja mengikat bata. Dengan ini
dapat memberi peluang kepada saya untuk mencari maklumat yang terperinci tentang kerja-kerja
tersebut. Sesuailah dengan objektif laporan yang menginginkan pelajar meaplikasikan ilmu yang
di timba sepanjang tempoh latihan industri dalam bentuk ilmiah.

Seterusnya, sepanjang tempoh latihan industri, saya dapat mempelajari untuk lebih berdisiplin
dalam mematuhi peraturan di tempat kerja dan patuh arahan pihak atasan. Selain itu, saya juga
belajar untuk memberi komitmen dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh penyelia.
Saya juga dapat mengetahui etika kerja dan cara berkomunikasi dengan pekerja-pekerja lain.

Selain itu,aetiap pelajar politeknik diwajipkan menyiapkan laporan penuh latihan industri dan
juga meulis buku jurnal refleksi setiap hari. Hal ini menuntut saya untuk memberi komitmen
untuk menyiapkan laporan latihan industri. Laporan ini merangkumi pengenalan, latar belakang
organisasi,ringkasan mingguan, kerja-kerja teknikal,komen, cadangan dan juga kesimpulan.
Ianya juga menjadikan saya lebih bertanggungjawab untuk menyiapkannya. Bagi buku jurnal
refleksi pula, saya perlu menulis setiap aktiviti yang saya lakukan dan perlu menghantarnya
setiap minggu kepada penyelia untuk disemak dan ditandatangani.

Akhir sekali, latihan industri merupakan titik permulaan yang positif untuk para pelajar
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan yang sebenar dan mendidik pelajar untuk lebih
berdikari.
70

Dengan adanya pendekatan seperti ini dapat memberikan gambaran sebenar kepada para
pelajar tentang keadaan dan suasana sebenar di tempat kerja. Hal ini sejajar untuk
melahirkan pelajar institusi pengajian tinggi yang proaktif dan berdedikasi.

Anda mungkin juga menyukai