Anda di halaman 1dari 16

BATU BAUR

(AGGREGATES)
PENGENALAN
Batu pelbagai saiz dan bentuk digunakan dalam pembuatan
Simen
Bahan berbitumen
Plaster
Turap
Lapisan turas
Balast landasan kereta api
Lapisan asas
Subgred (lapisan bawah jalan)
DEFINISI BATU BAUR
Bahan berbutir seperti pasir, kelikir, batu hancur, sanga besi
yang dihancurkan digunakan dengan medium simen untuk
menghasilkan mortar atau konkrit, atau sebagai lapisan asas
atau balast landasan keretapi
BATU
Kebanyakan batu baur diperoleh dengan memecahkan batu,
maka digunakan tanpa mengubah sifat asal semula jadi
Batu diklasifikasikan secara geologi kepada tiga kumpulan :
Batu igneus
Batuan enapan
Batu metamorf
BATU
Batu igneus
Dihasilkan daripada 95% kerak bumi
Granit, basalt dan magma dibentuk daripada penggabungan keadaan
padu atau separa padu lazimnya tidak berlamina dan menghampiri
struktur kristal
Diklasifikasikan berdasarkan
Tekstur (berira kasar, berira halus atau berkaca)
Berira kasar granit
Berira halus basalt
Berkaca-kaca - pumis (pumice)
Kandungan mineral
BATU
Batu enapan
Batu pasir, batu kapur, dolomit dan batu syal (shale) dihasilkan melalui
pemejalan bahan yang dibawa dan dimendapkan oleh air dan ais.
Meliputi 75% permukaan tanah batu enapan merupakan lapisan keras
enapan kebanyakannya batu igneus yang secara fizikal, kimia dan biokimia
terluluhawa dan terhakis
BATU
Batu metamorf
Batu yang terbentuk akibat perubahan secara beransur batu igneus atau
batu enapan dari segi struktur dan ciri melalui haba, air, tekanan dan
agen-agen lain mempunyai struktur kristal
Contoh gneis (gneiss), kuarzit (quartzite), marmar dan batu loh (slate)

JENIS BATU BAUR
Batu baur dibahagikan mengikut :
Kaedah pembuatan
Saiz
Ketumpatan

Berdasarkan kaedah pembuatan
Pasir - dihasilkan melalui proses luluhawa dan penguraian semua jenis
batu
Digunakan dalam pelbagai produk bata, gelas, konkrit dan bahan letupan
pasir kilang dihasilkan melalui proses menghancurkan batu, kerikil, sanga
tanur yang dipecahkan
JENIS BATU BAUR
Berdasarkan kaedah pembuatan
Kerikil atau kerikil sungai batu yang mempunyai tepi yang bulat dan licin
- mempunyai saiz diameter antara 4.75 mm 76 mm
Batu hancur diperoleh melalui proses menghancurkan batu, batu
tongkol atau batu buntar secara mekanikal
Batu yang digunakan dalam pembuatan batu baur mineral granit, batu
pasir, batu kapur dan dolomit
JENIS BATU BAUR
Berdasarkan saiz
Batu baur halus (pasir) mengandungi partikel semula jadi atau
dikilangkan saiz antara 150 m 4.75 mm
Batu baur kasar mengandungi kerikil sungai, batu hancur atau batu baur
kilang saiz partikel 4.75 mm

Berdasarkan ketumpatan
Batu baur ringan
Ketumpatan pukal antara 160 -1120 kg/m
3

Digunakan sebagai bahan untuk pembuatan bata ringan, papak lantai dan papak
bumbung yang ringan
Batu baur normal
batu hancur, kerikil dan pasir biasa
Ketumpatan pukal antara 1520 1680 kg/m
3
digunakan dalam pembuatan konkrit asfalt, lapisan asas jalan raya
JENIS BATU BAUR
Berdasarkan ketumpatan
Batu baur berat
Ketumpatan pukal melebihi 2400 kg/m
3

Digunakan dalam pembuatan konkrit berat digunakan untuk melindungi daripada
sinaran nuklear dan perlindungan daripada letupan

SIFAT-SIFAT BATU BAUR
Sifat-sifat penting yang perlu dipertimbangkan dalam memilih batu baur
untuk tujuan pembinaan tertentu adalah :
Bentuk zarah dan tekstur permukaan (particle shape and surface
texture)
Bentuk zarah batu baur menentukan pergerakan batu baur dalam campuran dan
bagaimana kedudukan susunan batu baur dalam campuran yang padat
Terdapat dua bentuk zarah batu baur bersegi (angularity) dan keberkepingan
(flakiness)
Kekasaran permukaan batu baur penting dalam aspek bagaimana batu baur
dipadatkan dan terikat dengan bahan pengikat
Graviti tentu (specific gravity)
Nisbah berat bahan dengan berat air suling
Graviti tentu = berat bahan

isi padu bahan x ketumpatan air


SIFAT-SIFAT BATU BAUR
Sifat-sifat penting yang perlu dipertimbangkan dalam memilih batu baur
untuk tujuan pembinaan tertentu adalah :
Kekuatan, kekerasan dan ketahanan lelasan (toughness, hardness and
abrasion resistance)
Ketumpatan pukal (bulk density)
Keliangan (porosity)
Kelowongan (voids)
Penyerapan (absorption)


SIFAT-SIFAT BATU BAUR
Sifat-sifat penting yang perlu dipertimbangkan dalam memilih batu baur
untuk tujuan pembinaan tertentu adalah :
Kandungan lembapan (moisture content)
Pengecutan (shringkage)
Modulus penggredan dan modulus kehalusan (gradation and finess
modulus)
Modulus keanjalan (modulus of elasticity)
Kekuatan mampat (compresive strength)
Kereaktifan kimia (chemical reactivity)

UJIAN BAGI BATU BAUR
Berikut merupakan ujian bagi batu baur yang utama :
Kandungan lanar/kelodak bagi batu baur halus (silt content of fine
aggregates)
Pukalan batu baur halus (bulking of fine aggregates)
Taburan saiz partikel melalui analisis tapisan (halus dan kasar)
Graviti tentu (halus dan kasar)
Ketumpatan dan kelowongan pukal
Kekuatan batu baur melalui melalui penghancuran dan hentaman
Ketahanan lelasan (abrasion resistance)



UJIAN BAGI BATU BAUR
Kandungan lanar/kelodak bagi batu baur halus (silt content of fine
aggregates)
Batu baur dengan kotoran, lanar dan tanah liat akan melemahkan konkrit kerana kotoran
melemahkan ikatan antara batu baur dan adunan simen
Batu baur yang digosokkan antara tapak tangan meninggalkan kesan kotoran pada tapak
tangan untuk itu ujian lanar perlu dijalankan
Kandungan lanar mestilah tidak melebihi 5 6%

Pukalan batu baur halus (bulking of fine aggregates)
Kehadiran lembapan pada batu baur akan menambahkan isi padu jisim memenuhi
lebih ruang berbanding apabila kering
Kesan ini dikenali sebagai pukalan disebabkan lapisan lembapan antara zarah pasir dan
zarah-zarah akan terpisah
Ini menyebabkan berlaku pengasingan dan rekahan dalam kepada konkrit

Anda mungkin juga menyukai