Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Objektif 1
2.0 Pengenalan 1

2.1 Fungsi-Fungsi Tangga 2

2.2 Jenis-Jenis Tangga 2


2.2.1 Tangga Larian Lurus 3
2.2.2 Tangga Suku Pusingan 3
2.2.3 Tangga Separuh Pusingan 4
2.2.4 Tangga Geometri 5

2.3 Istilah Binaan Tangga 6

2.4 Prinsip-Prinsip Am Binaan Tangga 7

2.5 Struktur Binaan Tangga 8


2.5.1 Ibu Tangga 9
2.5.2 Ibu Tangga Tengah 10
2.5.3 Bongkah Sudut (Bongkah Glu) 10
2.5.4 Pelepar 12

2.6 Proses Pembinaan Tangga 12


2.6.1 Penyediaan Bahan Dan Peralatan 14
2.6.2 Membinan Kotak Acuan 15
2.6.3 Mengikat Tetulang 16
2.6.4 Kerja Konkrit 17
2.6.5 Kerja Kemasan 17
2.7 Kesimpulan 18
2.8 Rujukan 19
2.9 Lampiran 20
DUTY 2

PEMBINAAN TANGGA

Objektif

Di akhir pengajaran ini, pelajar dapat:

1. Pelajar dapat mengetahui cara penyediaan bahan kerja kayu dengan cara yang betul.
2. Pelajar dapat mengenali jenis-jenis tangga dan spesifikasinya.
3. Pelajar dapat mengetahui langkah-langkah penghasilan tangga.
4. Pelajar dapat mengetahui fungsi-fungsi tangga.

2.0 Pengenalan

Tanga merupakan salah satu binaan penting dalam sesebuah pembinaan bangunan yang
bertingkat. Tangga dijadikan sebagai penghubung laluan naik turun antara satu tingkat depan
tingkat ang lain dalam sesebuah bangunan. Walaupun pada masa kini terdapat banyak
bangunan yang menggunakan lif, tetapi tangga masih lagi menjadi salah satu struktur wajib
pada sesebuah bangunan untuk tujuan kecemasan dan kesesakan.

Pembinaan tangga sangat dititikberatkan setiap struktur tangga yang dibina. Ianya
mestilah bersesuain mengikut prinsip-prinsip pembinaan tangga. Hal ini adalah untuk
memberi keselesaan pengguna disamping mengutamakan keselamatan semasa
menggunakannya. Oleh sebab itu, rekabentuk tangga yang dibina disesebuah bangunan
hendaklah bersesuaian dengan bangunan yang dibina. Klien yang mengiginkan keunikan
pada tangga dalam sesebuah bangunan pastinya rekabentuk serta pemilihan bahan yang
diutamakan. Pembinaan tangga boleh dibahagiakan kepada tiga jenis tangga iaitu tangga
konkrit, tangga besi dan tangga kayu
2.1 Fungsi-Fungsi Tangga

Setiap struktur bangunan yang dibina mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Tangga yang
dibina di sesebuah bangunan berfungsi untuk:

1. Satu kemudahan untuk para pengguna naik dari satu tingkat ke tingkat yang lain.
2. Perlu dibina dengan sempurna untuk kegunaan jangka masa yang panjang.
3. Menjadi laluan apabila berlakunya kecemasan.
4. Memudahkan sesuatu kerja dilakukan dengan menaiki tangga.
5. Menjadi latihan senaman harian pengguna.

2.2 Jenis-Jenis Tangga

Tangga
Larian
Lurus

JENIS- Tangga
Tangga
Geometri
JENIS Suku
TANGGA Pusingan

Tangga
Separuh
Pusingan

Rajah 2.1 Jenis-Jenis Tangga


2.2.1 Tangga Larian Lurus

Rajah 2.2: Tangga Larian Lurus

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke satu
tingkat lain dan boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya senang dan
selesa untuk didaki. Penggunaan tangga larian lurus memberikan rupabentuk yang paling
mudah dan murah dalam kerja pembinaan tangga

2.2.2 Tangga Suku Pusingan

Rajah 2.3: Tangga Suku Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat naik daripada lantai bawah ke
lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 90 darjah (suku pusingan) di
pertengahannya. Tangga jenis ini sesuai untuk ruangan yang terhad.
2.2.3 Tangga Separuh Pusingan

Rajah 2.4: Tangga Separuh Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas
dengan pelantar yang memusing melalui 180 darjah (separuh pusingan) di pertengahannya.
Kedua-dua deretan anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasanya
berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak
tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga separuh pusingan
amat sesuai sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-
bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

2.2.4 Tangga Geometri

Rajah 2.5: Tangga Geometri


Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun mengelilingi topang
tengah yang menjadikan satu tangga keliling. Pembinaan tangga keliling memerlukan
kawasan lantai yang kecil tetapi kegunaannya adalah terhad kerana ia tidak sesuai untuk
memindahkan barang-barang besar seperti perabot disebabkan kesempitan anak tangga ini.
Tangga elips pula mempunyai rekabentuk menarik, ia digunakan sebagai tangga masuk
utama bagi bangunan mewah. Tangga ini boleh dibina daripada bahan-bahan seperti kayu,
konkrit atau logam dan dikemaskan dengan kayu, batu, bata, konkrit dan lain-lain bahan yang
sesuai.

2.3 Istilah Binaan Tangga

Berikut merupakan istilah-istilah yang digunakan untuk pembinaan tangga:

i. Tangga

Merupakan binaan keseluruhan sesuatu tangga yang terdiri daripada bahagian-bahagian


seperti ibu tangga, penaik, jejak, pelepar, susur tangan dan lain-lain.

ii. Jejak

Merupakan bahagian yang mengufuk iaitu tempat untuk berpijak

iii. Penaik

Merupakan bahagian pugak yang menutupi ruang diantara jejak-jejak.

iv. Anak tangga

Sesuatu tingkat tangga yang terdiri daripada jejak dan penaik.

v. Jarak tangga

Jarak yang diukur dari satu penaik ke penaik yang lain.

vi. Naik

Ukuran tinggi yang diukur dari satu jejak ke satu jejak yang lain.
vii. Larian tangga

Binaan yang terdiri daripada beberapaabak tangga yang tidak diselangi pelantar.

viii. Ibu tangga

Bahagian yang menerima hujung anak-anak tangga. Anak-anak tangga dipasangkan pada ibu
tangga sama ada dengan cara pasang lekap atau dengan memasukkan hujung anak-anak
tangga ke dalam lurah yang dibuat pada ibu tangga itu.

ix. Pelantar tangga

Ruang yang terdapat di antara satu larian tangga dengan satu larian tangga yang lain. Ianya
dibina sama ada sebagai pemecah sesuatu larian tangga yang panjang daripada satu larian
tangga yang berterusan atau sebagai perenggan disebabkan oleh sesuatu larian tangga yang
bertukar arah atau membelok.

2.4 Prinsip-Prinsip Am Binaan Tangga

Prinsip-prinsip am pembinaan tangga yang perlu dipatuhi adalah:

1. Setiap anak tangga hendaklah dibina selari antara satu sama lain kecuali apabila berlaku
pertukaran arah pada larian tannga tersebut.
2. Bagi kemudahan dan keselamatan pengguna, setiap anak tangga, mestilah mempunyai
jarak jejak dan naik yang sekata.
3. Sesuatu binaan tangga mestilah mempunyai ruang kepala yang cukup, iaitu sekurang-
kurangnya 2 meter diukur tegak dari garisan bucu anak-anak tangga atau 1.5 meter
diukur bersudut tepat.
4. Ukuran untuk jejak dan penaik mstilah bersesuaian dan dapat memberi keselesaan
kepada pengguna tangga. Selain daripada itu, saiz jejak dan penaik akan menentukan
kecuraman sesuatu binaan tangga. Mengikut undang-undang kecil binaan bangunan,
jarak naik untuk sesuatu anak tangga mestilah tidak melebihi 190 mm, sementara jarak
jejak mestilah tidak kurang daripada 230 mm.
5. Curam sesuatu larian tangga tidak seharusnya melebihi 40 darjah tetapi sebaliknya curam
yang terlalu kecil pula tidak dapat memberi keselesaan kerana di samping memerlukan
anak tangga yang banyak, binaan tangga itu memerlukan ruang yang lebih luas.
6. Ruang tangga hendaklah sentiasa terang terutama sekali di bahagian yang membelok
7. Tangga hendaklah dibina dengan bahan yang berkualiti baik dan mempunyai kaedah
pembinaan yang kukuh.
8. Tangga-tangga awam hendaklah disiapkan dengan binaan pelepar untuk menjamin
keselamatan.

Rajah 2.6: Prinsip-Prinsip Am Pembinaan Tangga

2.5 Struktur Binaan Tangga


Ibu
Tangga

STRUKTUR Ibu
Bongkah
BINAAN Tangga
Sudut
TANGGA Tengah

Pelepar

Rajah 2.7: Struktur Binaan Tangga

2.5.1 Ibu Tangga

Bahagian ini biasanya diperbuat daripada papan tebal antara 38 hingga 50 mm dan cukup
panjang untuk memasang anak-anak tangga di sepanjang larian tangga itu. Ibu tangga
biasanya dibuat dengan dua cara iaitu:

i. Ibu tangga tertutup atau ibu tangga berparit

Ibu tangga ini mempunyai parit yang dibuat pada permukaan dalamnya untuk menerima
hujung jejak dan penaik. Parit tersebut dibina 14 mm dalam dan cukup lebar unuk dimasukka
hujung-hujung anak tangga serta baji-baji yang mengetatkan pemasangannya.
Rajah 2.8: Pemasangan Anak Tangga Pada Ibu Tangga Tertutup

ii. Ibu tangga terbuka atau ibu tangga dipotong sudut tepat

Pada bahagian atas ibu tangga ini mempunyai keratan-keratan pugak dan mengufuk untuk
memasang bahagian-bahagian penaik dan jejaknya. Keratan untuk penaik sama ada bersudut
tepat atau serong 45 darjah.

Rajah 2.9: Ibu Tangga Terbuka Dan Pemasangan Penaik


2.5.2 Ibu Tangga Tengah

Bahagaian ini disebut juga sebagai penyambut. Ia diperbuat daripada sebatang beroti dan
dipasang di tengah-tengah antara dua ibu tangga. Penyambut ini perlu apabila tangga yang
dibina itu terlalu lebar. Tujuannya adalah untuk menyokong bahagian tengah anak-anak
tangga supaya tidak mudah melentur apbila dipijak. Ia juga dapat mengelakkan daripada
bunyi bising apabila anak-anak tangga dipijak. Pendakap kasar dipasang pada sisi beroti
untuk menyokong kepingan jejak dengan lebih berkesan.

Rajah 2.10: pemasangan pendakap pada ibu tangga tengah

2.5.3 Bongkh Sudut (Bongkah Glu)

Selepas bahagianpenaik dan jejak dipasang pada ibu tangga, bongkah-bongkah sudut
dipasang untuk mengukuhkan lagi pemasangan bahagian-bahagian tersebut. Bongkah sudut
biasanya dipasang pada penjuru antara bahagian bawah jejak dengan muka dalam penaik dan
antara bahagian bawah jejak dengan tepi sebelah dalam ibu tangga. Bongkah sudut akan
ditetapkan dengan skru dan digam. (Rajah 2.8)
2.5.4 Pelepar

Tujuan utama membiana pelepar pada sesuatu binaan tangga ialah untuk menjamin
keselamtan pengguna. Terdapt dua jenis pelepar yang sering digunakan iaitu:

i. Pelepar terbuka

Binaan pelepar ini mempunyai susur tangan, kisi-kisi dan kepala tangga. Tiang kepala tangga
biasanya dierbuat daripada kayu keras berukuran 100x100 mm. Bahagian bawahnya
ditetapkan pada gelegar lantai atau gelegar pada pelantar. Tiang ini juga dilubang pada
tempat-tempat tertentu untuk menerima putting tanggam dari hujung ibu tangga di sebelah
bawah dan susur tangan disebelah atas.

Susur tanagn biasanya dipasang 840 mm tinggi dari garisan bucu anak-anak tangga,
iaitu ketinggian yang sesuai untuk orang biasa. Susur tangan diperbuat daripada kayu keras
bersaiz 75x50 mm. kesemua seginya terutama sekali dua segi di bahagian sebelah atas
dibulatkan atau dikumai untuk keselamatan dan keselesaan.

Kisi-kisi untuk pelepar diperbuat sama ada daripada kayu atau besi. Jika diperbuat
daripada kayu, ianya mestilah menggunakan kayu keras sama ada bersegi atau dibulatkan.
Bahagian atas dan bawahnya diputing untuk dipasang ada susur tangan dan ibu tangga.

Rajah 2.11: Susur Tangan Dan Pendakap Keluli

ii. Pelepar tertutup


Binaan pelepar ini mengandungi susur tangan dan tiang kepala tangga, sementara ruang
diantara ibu tangga dan susur tangan ditutup terus dengan papan lapis atau panel-panel
berhias.

Rajah 2.12: Tangga Dengan Pelepar Tertutup Atau Pelepar Berpanel

2.6 Proses Pembinaan Tangga

Pembinaan tangga mempunyai beberapa proses yang perlu dilaksanakan seperti:

1. Penyediaan bahan dan peralatan


2. Membina kotak acuan
3. Mengikat tetulang
4. Menuang konkrit
5. Membuat kerja kemasan

2.6.1 Penyediaan Bahan Dan Peralatan


Bahan Yang Digunakan

Simen Pasir

Dawai pengikat
Batu baur

Papan
Lapisan kalis lembab

Besi tetulang
Brc
Jadual 2.1 Bahan Yang Digunakan Untuk Pembinaan Tangga

Peralatan Yang Digunakan


Tukul Pita pengukur

Kertas pasir
Gergaji

Mesin pembancuh konkrit Mesin Penggetar Konkrit

Benang Pemotong besi

Jadual 2.2: Peralatan Yang Digunakan Untuk Pembinaan Tangga

2.6.2 Membina Kotak Acuan

Proses pembinaan kotak acuan adalah seperti:

1. Mengukur panjang dan lebar acuan.

2. Mengukur keluasan tangga.


3. Memotong kayu mengikut saiz yang telah ditetapkan.

Rajah 2.13: Memotong Kayu

4. Pakukan kayu yang dipotong mengikut ukuran saiz yang dipotong.

5. Membina penahan pada bahagian luar acuan.

6. Menyapu minyak pada kotak acuan.

Rajah 2.14: Kerja pemasangan kotak acuan

7. Membuat pemasangan kotak acuan untuk tangga.

2.6.3 Mengikat Tetulang

Proses mengikat tetulang adalah seperti:

1. Mengukur panjang tetulang yang hendak digunakan untuk tangga.

2. Mengukur tetulang untuk lebar tangga.

3. Memotong tetulang yang telah dipotong.


4. Memotong BRC untuk lantai tangga.

Rajah 2.15: Tetulang yang telah diikat menggunakan dawai pengikat

5. Gunakan pengikat tetulang untuk mengikat tetulang tersebut dengan menggunakan dawai
pengikat.

6. Setelah itu, pastikan tangga berada di dalam dan tidak bersentuhan dengan kotak acuan.

2.6.4 Kerja Konkrit

Proses untuk kerja-kerja konkrit adalah:

1. Setelah kotak acuan dan besi tetulang siap diikat , konrit akan dituang kedalam acuan
tersebut.

2. Konkrit yang dituang itu hendaklah bernisbah 1 : 2 : 4 ( simen : pasir : batu baur).

3. Menggunakan mesin peggetar untuk memadatkan besi konkrit untuk mengelakkan


berlakunya honeycomb.

4. Keringkan konkrit tersebut.

5. Setelah kering , kotak acuan tersebut hendaklah dibuka daripada struktur 24.
Rajah 2.16: Konkrit yang dituang ke dalam kotak acuan

2.6.5 Kerja Kemasan

Sekiranya berlaku honeycomb, sumbatkan tempat yang berlakunya kecacatan tersebut dengan
menggunakan tepung penyumbat atau lepakan pada konkrit. Setelah konkrit tersebut kering
dengan sempurna, kerja kemasan boleh dilakukan. Memasang mozek atau menggunakan
kerja kemasan yang lain untuk mencantikkan struktur tangga tersebut

2.7 Kesimpulan

Struktur tangga adalah salah satu struktur yang amat penting dalam kerja-kerja pembinaan
dan dalam sesebuah bangunan yang bertingkat. Ini akan memudahkan untuk bergerak ke
tingkat yang seterusnya. Jika tidak dipasangkan dalam sesuatu bangunan atau rumah yang
bertingkat pasti akan menyukarkan untuk bergerak ke tingkat-tingkat yang seterusnya. Oleh
itu, struktur tangga ini memberi banyak kemudahan kepada semua orang yang berada dalam
sesuatu bangunan atau rumah bertingkat itu untuk melakukan pelbagai urusan seharian
dengan mudah dan cepat.
2.8 Rujukan

Mohd Zakri Syamsu, 2016, Tangga, Dimuat Turun Daripada


https://www.slideshare.net/sLoNe69/tangga-59614464

Kalman, 2008, Kegunaan Tangga Pada Bangunan Bertingkat, Dimuat Turun Daripada
http://kalmanblog.blogspot.my/2008/07/kegunaan-tangga-pada-bangunan.html

Septana Bagus Pribadi, 2012, Tangga, dimuat turun daripada


https://septanabp.wordpress.com/tag/tangga/

Fauzi, B. (n.d.). civil eng. materials : TANGGA. Retrieved 11 2, 2017, from


http://www.academia.edu:
http://www.academia.edu/11702871/_civil_eng._materials_TANGGA

Teknologi Binaan Bangunan Dbp ( Tan Boon Tong ) 1994

Modul Politeknik Kementerian pendidikan Malaysia Bahan Dan binaan Kejuruteraan (C


1001)

Mat Lazim Zakaria (2005). Bahan Dan Binaan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Taylor, G.D. (2002). Material in Construction. Pearson, United Kingdom.


2.9 Lampiran

Rekabentuk Tangga

Anda mungkin juga menyukai