Anda di halaman 1dari 10

9.0TANGGA 9.1 DEFINISI TANGGA. 1. Rujukan kamus dewan: 2. 3. 4.

4. Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat untuk naik turun rumah. Alat untuk tumpuan memanjat. Sebahagian daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat.

Tangga merupakan sebahagian penting dalam pembinaan bangunan. Tangga merupakan perhubungan atau laluan naik turun yang mudah antara satu tingkat dengan tingkat yang lain dalam satu bangunan. Satu sistem akses dan penghubung antara lantai-lantai dalam dan luar bangunan.

9.2 FUNGSI: 1. 2. 1. 2. PRIMER: Dibina untuk membolehkan akses sirkulasi menegak. Memberi laluan masuk tersedia ke atas atau ke bawah dengan mudah, selesa dan selamat dengan menggunakan anak-anak tangga. SEKUNDER: Estetik. Titik fokal dalam dan luar bangunan.

9.3 FAKTOR PEMILIHAN TANGGA: 1. 2. 3. 4. Kegunaan tangga Ruang bukaan bagi tangga yang dibina. Ukuran naik dan curam yang dikehendaki. Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

9.4 FAKTOR REKABENTUK TANGGA: 1. 2. Struktur perlu kuat dan stabil tangga berfungsi seperti lantai untuk menanggung beban mati dan beban hidup. Satah

melintang anak-anak tangga perlu menanggung pergerakan antara lantai-lantai.

3. 4.

Kegunaan yang selamat pembinaan, rekabentuk dan ukuran penaik/tetingkat, jejak, ruang tangga dan ukuran

susur tangan dan jerejak/pelepar yang selamat mengikut undang-undang bangunan (UBBL; Building Regulation BS 5395, BS 585; BOCA National Building Code) . 5. 6. Selamat dan terlindung dari kebakaran. Boleh diakses oleh manusia, perabot dan peralatan dalam bangunan.

9.5 JENIS-JENIS TANGGA 1. 2. 3. 4. Tangga Larian Lurus Tangga Suku Pusingan Tangga Separuh Pusingan Tangga Geometri

9.5.1 Tangga Larian Lurus Tangga larian lurus meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Untuk tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa didaki. Penggunaan tangga lurus memberikan rupa bentuk yang paling mudah dan murah dalam pembinaan tangga.

Rajah 9.1 Tangga Larian Lurus Diperbuat Daripada Kayu

9.5.2 Tangga Suku Pusingan Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 90 (suku pusingan) di pertengahannya. Penggunaan tangga suku pusingan amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.

Rajah 9.2 Tangga Suku Pusingan 9.5.3 Tangga Separuh Pusingan Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 180 (separuh pusingan) di pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasa berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga separuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam, terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

Rajah 9.3 Tangga Separuh Pusingan 9.5.4 Tangga Geometri Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun mengelilingi tupang tengah menjadikan satu tangga keliling. Pembinaan tangga keliling memerlukan kawasan lantai kecil tetapi kegunaannya adalah terhad kerana ia tidak sesuai untuk memindahkan barang-barang besar seperti perabot disebabkan kesempitan anak tangga ini.

Rajah 9.4 Reka Bentuk Tangga Geometrikal

9.6 SATU SISTEM TANGGA YANG LENGKAP. 9.6.1 Anak Tangga: 1. Satu siri jejak dan penaik/tetingkat yang terbuka atau tertutup (riser). 2. Jejak/tred - permukaan ufuk ukuran mesti > 230mm. 3. Penaik (riser) - tetingkat atau permukaan tegak/ hampir tegak, ukuran mesti < 190mm. 4. Unjuran kecil/anjur. Lazimnya anak tangga tertutup mempunyai jejak yang mengunjur lebih dari permukaan tegak digelar unjuran kecil/anjur untuk memberi kelebaran maximum & menghalang pengguna tergelincir jatuh.

Rajah 9.5 Ukuran Naik dan Jejak Akan Mempengaruhi Kecerunan Tangga 9.6.2 Larian Tangga 1. Larian satu siri anak-anak tangga yang disusun berterusan dari lantai bawah ke lantai atas, tidak terganggu di antara lantai-lantai atau antara lantai-pelantar atau antara pelantar-pelantar. 2. Untuk menjamin keselesaan pengguna, satu larian mesti mempunyai tidak kurang dari 3 penaik dan tidak boleh melebihi dari 16 penaik pada satu larian. 3. Ukuran naik dan jarak ufuk setiap anak tangga dalam satu larian mesti sama. 4. Perubahan jarak ufuk akan mengganggu kemudahan pergerakan naik dan turun tangga dan merbahaya kepada pengguna. 5. Lebar larian adalah antara 800 mm hingga 1000 mm untuk bangunan kediaman.

Rajah 9.6 : Larian Anak Tangga 9.6.3 Curam: 1. 2. 3. Kecondongan/kecerunan tangga dari garisan ufuk lantai/pelantar dijelaskan dengan ukuran penaik dan jarak ufuk jejak. Sudut condong yang kecil memerlukan banyak anak tangga. Kecuraman yang disyorkan, maksimum maksimum 38 ialah untuk bangunan awam. 9.6.4 Ruang atas kepala dan kelegaan: 1. 2. Ruang untuk keselesaan pengguna, perabot dan alatan. Kelegaan minima = 2000mm diukur menegak dari garisan unjur kecil ke sofit tangga/ pelantar / lantai/ rasuk. 3. Kelegaan minima = 1500mm diukur pada sudut tepat terhadap garisan unjur kecil. 42 ialah untuk bangunan kediaman,

9.6.5 Pelantar: 1. 2. pelantar separuh ruang. pelantar suku ruang.

9.6.6 Pelepar (baluster): 1. 2. 3. 4. 5. pelepar terbuka ;terdiri daripada tiang-tiang kepala tangga, susur tangan & jerejak ( kayu / keluli / besi / konkrit ) Jarak pelepar tidak boleh dimasuki sfera 100mm. Pelepar tertutup terdiri daripada sekatan papan, kaca & sebarang bahan kepingan/berpanel yang dipasang pada satu bingkai ringan). Pelepar diperlukan apabila jumlah ukuran naik > 600 mm / > 3 anak tangga. Tinggi susur tangan = 760mm - 860mm, Maksimum = 900mm.

9.6.7 Ibu Tangga (Stringer): 1. 2. 3. 4. Tutup atau terbuka/terpotong Ibu tangga dinding Ibu tangga luar Bahan - kayu, konkrit atau logam.

9.6.8Telaga Tangga (Stairwell): 1. Ruang yang digunakan oleh satu sistem tangga.

9.7 PEMILIHAN TANGGA UNTUK BANGLO MR.TITO

Rajah 9.7 Tangga Berbentuk half landing stair. 9.7.2 Sebab-sebab pemilihan : 1. 2. 3. 4. Dapat menjimatkan lebih banyak ruang. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Sesuai dengan konsep yang dipilih iaitu traditional moden. Mempunyai reka bentuk yang menarik.

Rajah 9.8 Tangga half landing stair.

9.7.3 ~Peraturan membina tangga. 1. -setiap anak tangga dibina selari antara satu sama lain kecuali apabila berlaku pertukaran arah pada anak tangga. 2. 3. -jarak tread dan riser hendaklah sekata untuk tujuan kemudahan dan keselamatan. -mempunyai ruang kepala yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 2m diukurtegak di atas garisan anjur tangga dengan sisi bawah lantai atas atau minimum 1.5m di ukur bersudut tepat ke garisan anjur lantai asas. 4. 5. 6. 7. -curam tangga tidak melebihi 42 darjah. -larian anak tangga tidak kurang 3 step dan tidak lebih dari 16 step. -lebar tangga utk kediaman biasanya antara 800mm ke 1200mm. -ruang tangga hendaklah sentiasa terang terutama di pelantar tangga.

Tangga boleh dibina daripada bahan-bahan seperti kayu, konkrit atau logam dan dikemaskan dengan kayu, batu-bata, konkrit dan lain-lain bahan yang sesuai.

9.8 CADANGAN PEMILIHAN (HAND RAIL) UNTUK BANGLO MR.TITO

Rajah 9.9 Menunjukkan pemegang tangga

9.8.1 SEBAB PILIHAN 1. 2. 3. Sesuai dengan konsep traditional modern. Punyai tahap keselamatan yang baik dan terjamin. Punyai nilai kreativiti dan keunikan tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai