Anda di halaman 1dari 7

TANGGA

Tangga merupakan sebahagian penting dalam pembinaan bangunan.Tangga


merupakan perhubungan atau laluan naik turun yang mudah antara satu
tingkat dengan tingkat yang lain dalam satu bangunan.Pemilihan jenis
tangga bergantung beberapa faktor antaranya ialah:-

 Kegunaan tangga
 Ruang bukaan bagi tangga yang dibina
 Ukuran naik dan curam yang dikehendaki
 Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu:-

 Tangga larian lurus


 Tangga suku pusingan
 Tangga separuh pusingan
 Tangga geometri

TANGGA LARIAN LURUS:-


Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu
tingkat kepada satu tingkat yang lain dalam satu arah.Untuk tangga larian
lurus yang panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar
perantaraan supaya senang dan selesa untuk didaki.Penggunaan tangga
larian lurus memberikan rupabentuk yang paling mudahdan murah dalam
kerja pembinan tangga.
TANGGA SUKU PUSINGAN:-
Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat naik dari lantai
bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 90º(suku
pusingan) dipertengahannya.Ia amat sesuai untuk ruangan yang terhad.

TANGGA SEPARUH PUSINGAN:-

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat naik dari lantai
bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 180º( separuh
pusingan) dipertengahannya.Kedua-dua deretan anak tangga adalah selari ini
menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan
anak tangga.Tangga separuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam
terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat
yang bertingkat-tingkat.

TANGGA GEOMETRI:-

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun
mengelilingi tupang tengah menjadi satu anak tangga keliling.Tangga
keliling memerlukan lantai yang kecil tetapi kegunaannya adalah terhad dan
tidak sesuai untuk memindahkan barang-barang besar seperti perabot kerana
kesempitan anak tangga.Tangga boleh dibina daripada bahan-bahan seperti
kayu,konkrit atau logam dan dikemaskan dengan kayu,batu,bata,konkrit dan
lain-lain bahan yang sesuai.
BUMBUNG
Bumbung merupakan bahagian atas sekali bagi struktur bangunan.Bumbung
memberikan perlindungan dari angina,panas dan hujan.Struktur bumbung
dibina daripada kayu,keluli, atau konkrit untuk menanggung beban diri,
beban penutup bumbung dan beban angina.

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti


kestabilan,kekuatan,ketahanlasakan,rintangan cuaca,rintangan terhadap
kebakaran,sifat penebat haba dan rupa bentuk bangunan itu
sendiri.Bumbung dibina untuk menyokong beban mati struktur bumbung
dan penutupnya,penebatan dan kemasan dalam dan beban angina tanpa
mengalami lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah
bentuk.Kekuatan bumbung bergantung kepada cara pemasangan,pembinaan
dan bentuk bumbung itu sendiri.

Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang


dilulus atau yang ditentukan oleh Undang-undang kecil Bangunan.Rupa
bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk
bumbung ataupun warna dan tekstur bahan penutup itu sendiri.

PEMILIHAN JENIS B UMB UNG:-

Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk
bangunan,nilai estetika dan ekonomi.

 Saiz dan bentuk bangunan – bangunan yang berbentuk sederhana


sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya
kompleks
 Nilai estetika – nilai keindahan semulajadi menentukan jenis
bumbung.
 Ekonomi – kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke
semasa hendaklah diambil kira dalam penentuan jenis penutup jenis
bumbung.

BUMBUNG CURAM:-

Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau kayu dengan


cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas
tulang bumbung.Selain dari itu,ia boleh juga digunakan sebagai ruang
untuk meletakkan tangki air.Cerun bumbung berubah-ubah dari sudut
10º-45º dari garis lintang.

Jenis-jenis bumbung curam:-

 Bumbung ganding(couple roof)


 Bumbung ganding tertutup(closed couple roof)
 Bumbung simpai(collar roof)
 Bumbung gulung-gulung(purlin roof)
 Bumbung pisang sesikat(lean to roof)

BUMBUNG GANDING

Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang bumbung


digandingkan di sebelah atasnya.Biasanya rentang maksima bagi bumbung
ganding ialah 3.5 meter.

BUMBUNG GANDING TERIKAT

Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat atau geleger
siling.Bumbung ini dapat menaggung beban yang lebih besar dengan
rentang maksimum 5.5 meter.
BUMBUNG SIMPAI

Satu lagi cara untuk mengelakkan kasau dari mengembang ialah dengan
mengikat kasau ditengah-tengah diantara kedua-dua jarak 1/3 tiggi bumbung
dari paras atas dinding.Biasanya simpai berukuran 100mmx38mm.

BUMBUNG GULUNG-GULUNG

Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mmx50mm tetapi bagi bumbung
ganding dan simpai saiz ini hanya boleh digunakan untuk rentang tidak
melebihi 15 kaki.Gulung-gulung ialah kayu yang melintang dibawah kasau-
kasau berukuran 175mmx75mm untuk menumpangnya di antara tulang
bumbung dan pelit tembok.

BUMBUNG PISANG SESIKAT

Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi sesebuah
bangunan tetapi merupakan sebahagian kecil sahaja.Bumbung jenis ini
adalah binaan tambahan kapada bangunan utama seperti
anjung,dapur,verenda dan garaj dengan rentangnya tidak melebihi 2.5meter.

BUMBUNG RATA

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu.Jeriau kayu yang berukuran


50mm tebal dan lebarnya diantara 100mm-300mm diletakkan menegak pada
sisi masing-masing dengan jarak 375mm-450mm.

Bumbung ini adalah bumbung yang kecerunannya tidak melebihi 10º.


PENGENALA
N
Struktur-struktur binaan bangunan
seperti tangga dan bumbung adalah amat
penting penggunaannya dalam
pembinaan bangunan.Jenis-jenis struktur
binaan ini terbahagi kepada beberapa
bahagian dan fungsinya dalam bangunan.

Anda mungkin juga menyukai