Anda di halaman 1dari 11

TAJUK / TITLE : TEKNOLOGI SISTEM BINAAN BERINDUSTRI (IBS)

TUJUAN /PURPOSE :

Kertas penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai teknologi Sistem


Binaan Berindustri (IBS) yang digunakan di Malaysia. Ia merangkumi pengenalan,
proses dan jenis-jenis IBS, kelebihan dan kekurangan IBS.
PENERANGAN / INFORMATION :

1.0 PENGENALAN

Selalunya bila kita tengok pemaju atau orang bina rumah, ada banyak langkah seperti
susun batu batanya, nak bancuh simen lagi, sambung segala jenis kayu yang sesuai,
dan macam-macamlah lagi. Kira banyak betul kerjanya, dan masa yang diambil untuk
siap satu-satu rumah tu pun boleh tahan lama juga. Boleh makan bertahun-tahun! Tapi
sejak kebelakangan ni ada teknologi baru yang sering dibincangkan apabila hendak
membina hartanah. Dah ada yang guna pun sebenarnya sistem yang dikatakan lagi
cepat dan mudah untuk bina rumah ni. Apa sebenarnya sistem yang dimaksudkan ni?
Jom teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut lagi.

Industri pembinaan negara telah mengalami perubahan berikutan penggunaan


teknologi masa kini yang secara tidak langsung meningkatkan tahap kualiti dan
keselamatan sesebuah bangunan tersebut. Kini, teknologi Sistem Binaan Berindustri
(IBS) adalah jawapan bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku di tapak
pembinaan di negara ini. Ia adalah merupakan proses pembinaan yang menggunakan
teknik, produk, komponen atau sistem pembinaan melibatkan pemasangan komponen
binaan di tapak pembinaan.

Negara kita ni sebenarnya telah merintis sistem bangunan berindustri sejak lebih
empat dekad lalu. Projek perintis rumah pasang siap IBS pertama terletak di Jalan
Pekeliling di Kuala Lumpur pada tahun 1964. Ia merupakan tujuh blok rumah pangsa 17
tingkat, berserta empat blok rumah pangsa empat tingkat, dan lot-lot kedai 40-tingkat.
Namun, projek yang diberi nama Perumahan Awam Tunku Abdul Rahman, tetapi lebih
dikenali sebagai Flat Pekeliling tu telah dirobohkan pada tahun 2014. Projek perintis
rumah pasang siap IBS kedua pula dilancarkan di Pulau Pinang pada tahun 1965,
dengan pembinaan dua blok rumah pangsa di Jalan Rifle Range. ni bukan sahaja
pembinaan pasang siap pertama di Pulau Pinang, tetapi juga projek perumahan kos
rendah bertingkat pertama yang dilaksanakan di negeri itu.
Rajah 1 : Flat Pekeliling

Rajah 2 : Pangsapuri Jalan Rifle Range

Para pemaju utama di Malaysia telah menggunakan teknologi IBS dalam projek-projek
utama bagi membantu mempercepatkan masa dan memantapkan kualiti
pembinaan. Salah satu pemaju hartanah, Gamuda Land, menyatakan bahawa tempoh
pembinaan dapat dipendekkan daripada tiga kepada dua tahun dengan sistem IBS.
Antara contoh-contoh penggunaan teknologi IBS adalah untuk membangunkan
kediaman mampu milik di Malaysia, seperti yang dimajukan oleh Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS):
 Rumah pangsa 714 unit di bawah projek Rumah Selangorku di Jade Hills,
Kajang
 864 unit kediaman mampu milik di Cyber Valley
SP Setia juga adalah satu lagi pemaju utama yang telah menggunakan sistem IBS
dalam projeknya, dengan pembinaan kira-kira 25,000 rumah sehingga akhir tahun
2019. Antara projek yang dibina menggunakan teknologi IBS, dan adalah bukti bahawa
sistem IBS bukan sekadar diguna pakai untuk pembinaan hartanah kediaman semata-
mata adalah:
 Setia City Mall
 Kompleks Pakar dan Pusat Jagaan Ambulatori (SCACC) Hospital Kuala Lumpur
 AIMST University di Sungai Petani
 Bangunan Berkembar Petronas (KLCC)

Rajah 3: Bangunan Berkembar Petronas


2.0 KUMPULAN/KOMPONEN IBS

Melalui klasifikasi berasaskan struktur, terdapat lima kumpulan IBS utama yang
dikenapasti digunakan secara meluas di Malaysia iaitu:
i. Sistem kerangka, Panel dan kekotak konkrit pratuang
ii. Sistem Kerangka Keluli
iii. Sistem Acuan
iv. Sistem Kerangka Kayu
v. Sistem Blok

2.1 Sistem Kerangka, Panel dan Kekotak Konkrit Pratuang


Ia adalah antara jenis IBS yang paling diminati dalam industri pembinaan negara.
Terbahagi kepada dua jenis utama-struktur kerangka dan dinding galas beban.
Komponen tipikal dalam struktur kerangka adalah rasuk, tiang, papak dan
dinding tidak galas beban.  Kebiasaannya, komponen ini dihasilkan di luar tapak
menggunakan mesin dan  acuan. 

Jenis kedua pula sistem dinding galas beban, menawarkan sestem yang
lebih mudah iaitu papak dan dinding.  Kedua-kedua komponen itu boleh
dikeluarkan di kilang atau diperbuat di tapak dan antara jenis popular ketika ini
menakala jenis pertama adalah menjadikan struktur lebih fleksibel dan mapan.

Rajah 4 : Sistem Kerangka


2.2 Sistem Kerangka Keluli
Sistem ini terutamanya untuk kerangka bumbung begitu digemari di negara ini. 
Keluli struktur sesuai untuk bangunan tinggi dan kebiasaannya digunakan
dengan panel papak dan dinding kongkrit pratuang di dalam penghailan struktur
hibrid dengan masa cepat

Komponen struktur sistem kerangka keluli terbahagi kepada dua jenis iaitu
keluli tergelek panas dan sejuk, berasaskan kepada proses dan bahan di dalam
pembuatan. Ia menawarkan pemasangan tapak lebih pantas dan pengurangan
tenaga pekerja jika dibandingkan denga lain-lain jenis IBS.

Rajah 5 : Sistem Kerangka Keluli

2.3 Sistem Acuan


Sistem ini menjalankan proses pembinaan menggunakan suatu cara yang
sistematik dan berasaskan mekanikal. Mengguankan panel acuan yang boleh
digunakan semula, pembinaan konkrirt in-situ dapat dipertingkatkan. Ia
meninggikan kelajuan pembinaan melalaui perlerakan konkrit dengan pantas.

Kos pula dapat dikurangkan melalui pemiawaian saiz struktur dan


memastiakan pergerakan dan kitaran penkonkritan.  Walaubagaimanapun,
dinding dan papak dapat dihasilkan serentak melalui penggunaan sistem acuan
terowong. Kebanyakan daripada sistem acuan adalah berasaskan keluli tetapi
sejak kebelakangan ini sistem berasaskan aluminium dan plastik turut
digunakan.

Rajah 6 : Sistem Acuan

2.4 Sistem Kerangka Kayu


Kerangka kayu pasang siap adalah antara sistem IBS yang paling kurang
digunakan.  Kebanyakan sistem tempatan adalah untuk pembinaan kerangka
bumbung.  Penggunaan kayu pasang siap untuk komponen struktur yang lain
adalah hampir tidak wujud di Malaysia kecuali untuk wakaf dan beberapa unit
chalet khas.

Namun begitu, kerana rumah-rumah Melayu tradisional juga adalah


merupakan rumah pasang siap? daripada segi struktur dan fungsi melalui
penggunaan tanggam tanpa paku dan kebolehalihannya, adalah dijangkan
bahawa penyedia sistem pasang siap kayu tempatan akan turut menghasilkan
produk selain kerangka bumbung di masa yang terdekat.
Rajah 7 : Sistem Kerangka Kayu

2.5 Sistem Blok


Pada asasnya ia adalah suatu jenis IBS yang berasaskan teknologi konkrit
pratuang.  Sistem ini termasuk blok konkrit pratuang berongga, berkait dan juga
berbusa.  Oleh kerana saiznya yang kecil jika dibanding secara relatif dengan
lain-lain komponen IBS, ia boleh diuruskan dengan mudah dan mempunyai
darjah toleransi yang tinggi. Kebanyakan jenis blok tersebut juga boleh dibuat
dengan mudahnya di tapak dan mempunyai kos pengeluaran yang rendah.

Rajah 8 : Sistem Blok


3.0 KELEBIHAN SISTEM IBS
i. Membantu mengurangkan kos melalui ekonomi skala dan memacu
pembangunan rumah mampu milik.
ii. Pengeluaran berskala besar, ketepatan komponen dengan unit kediaman
membantu mengurangkan kesan alam sekitar akibat pembinaan.
iii. Mempercepatkan proses pembinaan, menjimatkan kos dan
memendekkan tempoh menunggu bagi rumah baru.
iv. Mengurangkan bilangan tenaga buruh dan menyenangkan tugas pekerja,
membolehkan pemaju melaksanakan beberapa projek pembinaan
serentak.
v. Kualiti kediaman adalah konsisten dan boleh dipercayai, membantu
memastikan jangka hayat kediaman yang lebih panjang.
vi. Pertumbuhan dalam guna pakai akan memacu skala ekonomi, dan
menghasilkan penjimatan yang lebih besar di masa hadapan.

4.0 KEKURANGAN SISTEM IBS


i. Kos membangunkan fasiliti perkilangan di peringkat awal adalah mahal.
ii. Rumah pasang siap IBS mungkin menghadkan peluang pengubahsuaian
kerana sifat binaannya.
iii. Pengalaman industri dan ketersediaan pekerja mahir untuk rumah pasang
siap IBS adalah terhad, tetapi sedang berkembang.
iv. Komponen perlu dihasilkan dalam jumlah yang banyak supaya sistem IBS
kekal bermanfaat dari sudut ekonomi.
5.0 KESIMPULAN

Menuju kepada negara maju penggunan IBS adalah sesuai dan sejajar hasrat kerajaan
yang inginkan kemajuan dalam teknologi.  Walau bagaimanapun masih terdapat
kelemahan dalam penggunaan IBS yang secara meluasnya. 

Sebagai contoh pemasangan IBS bagi bangunan perlulah tepat.  Sebarang


kesalahan lokasi pemasangan akan menyebabkan kesukaran pamasangan dan
pemyusunan dalam sistem ini.  Selain itu, setiap bahagian penyambungan IBS perlu
disemak dengan keliti terutama bahagian laluan paip bagi menggelakkan laluan pain
tersumbat ataupun kebocoran berlalu.

Selain itu, bangunan yang kecil seperti sebuah bangunan dengan keluasan 4m x
11m dikawasan pendalaman.  Penggunaan IBS adalah tidak prektikal, adalah lebih baik
dan prektikal menggunakan konkrit in-situ.  Sungguhpun begitu, dalam keadaan
tertentu seperti kawasan bandar yang sesak dan perlukan penjimatan ruang dalam
melaksanankan projek adalah lebih baik dan sesuai menggunakan IBS yang sudah
semestinya dapat membantu menyelesaikan sebahagian daripada permasalahan
tersebut.

Jadi sebagai perancang dan jurutera serta pihak yang terlibat perlu mengambil
pemikiran dan tindakan yang proaktif dalam menganangi kelemahan seperti ini dari segi
keselamatan, masa, kuantiti, kualiti, dan kos yang terlibat.  
RUJUKAN
1. Abang Abdullah, Abang Ali., (1998). An Overview of Industrialised Building
Systems in Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia
2. Abdul Aziz, Abdul Samad., Waleed, A.Thanoon (1998). Industrialised
Construction System. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia
3. CIDB, (2003). Manual for Assessment of Industrialized Building System.
Construction Industry Development Board, Kuala Lumpur. p. 6
4. CIDB Malaysia, IBS Digest 2005. IBS A Short Story
5. Elias Ismail et al., (2005). Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya Mengenai Sistem
Pembinaan Berindustri dan Kordinasi Modular. IBS Digest
6. IBS Survey, (2003). Survey on the Usage of Industrialized Building System (IBS)
in Malaysian Construction Industry. Construction Industry Development Board.
7. Industrialized Building System (IBS) Roadmap 2003-2010. 2003. Construction
Industry Development Board. CIDB Malaysia
8. Joseph J. Waddell (1974). Precast Concrete: Handling and Erection.
Michigan,USA

Anda mungkin juga menyukai