Anda di halaman 1dari 26

PROGRAM SIJIL PENYELENGGARAAN BANGUNAN

SPB 1302
BAHAN BINAAN FAIRULNIZAR RAHMAT
SPB 1302 BAHAN BINAAN

TOPIK 2
BATA
Topik 2 : Bata

PENGENALAN BATA
• Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya
meluas dalam pembinaan bangunan
• Bahan utama adalah tanah liat, pasir dan simen, pasir dan kapur
• Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan
berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan
dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm.
Topik 2 : Bata

PENGENALAN BATA
Topik 2: Bata

JENIS-JENIS BATA

Bata tanah liat


Bata jenis ini mempunyai tiga jenis iaitu :
i. bata biasa
ii. bata muka
iii. bata kejuruteraan
Setiap jenis bata ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Topik 2: Bata

JENIS-JENIS BATA
Bata biasa

• Bata jenis ini tidak mempunyai permukaan yang


cantik dan berlekuk kerana ianya selalu
digunakan untung dinding-dinding sekatan yang
mana akan ditutupi oleh lapisan lepa
Topik 2: Bata

JENIS-JENIS BATA
Bata Muka

• Bata jenis ini mempunyai kemasan pada


permukaanya sama ada bertekstur, licin
atau berpasir. Bata ini selalunya di gunakan
untuk dinding muka supaya ianya kelihatan
cantik dan sifatnya hendaklah tahan lasak
terhadap keadaan sekeliling dan cuaca.
Topik 2: Bata

JENIS-JENIS BATA
Bata kejuruteraan

• Bata jenis ini merupakan bata yang padat


yang mana di gunakan untuk untuk
pembinaan tembok penahan, dinding atau
tembok sambut yang akan menanggung
beban. Bata jenis ini hendaklah menepati
piawaian malaysia ms 7.6
Topik 2: Bata

JENIS-JENIS BATA

Bata Simen
• Diperbuat dari campuran pasir dan simen
dengan nisbah 1:8 dicetak dalam acuan
• Saiznya sama dengan batu bata tanah liat
Topik 2: Bata

JENIS-JENIS BATA

Blok simen

• Diperbuat dari campuran pasir dan simen dicetak dalam acuan


• Saiznya lebih besar dari batu bata dan bata pasir
• Jenis blok pasir adalah blok padu, blok bersel, blok berongga
Topik 2: Bata

JENIS-JENIS BATA

Blok padu Blok bersel Blok berongga


Topik 2: Bata

PRINSIP IKATAN BATA


Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

• Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan


tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.
• Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.
Topik 2: Bata

JENIS BATA POTONG

• Kegunaan bata potong adalah untuk


mengelakkan sambungan berterusan dalam
ikatan bata serta mengukuhkan tembok.
• Jenis-jenis bata potong yang digunakan bata
penutup setengah, bata kerat setengah, bata
penutup, batu kerat tiga suku, bata penutup
tiga suku, bata kerat pepenjuru, bata belah
Topik 2: Bata

JENIS IKATAN BATA


Ikatan Batu Bata

• Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat,
susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan.
Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata yang biasa
digunakan di Malaysia ialah:
i. Ikatan Sisi Bata
ii. Ikatan Inggeris
iii. Ikatan Flemish
iv. Ikatan Kepala Bata
v. Ikatan Monk
Topik 2: Bata

JENIS IKATAN BATA


Ikatan Sisi Bata
• Ikatan ini khas digunakan pada tembok
yang tebalnya setengah bata atau
112.5mm. Ikatan ini disusun dengan
menyambungkan bata pada kepalanya.
Lekapnya ialah ½ bata.
• Digunakan pada jenis binaan yang
tertentu seperti tembok sekatan, tembok
landasan dan tembok-tembok dalam
struktur berangka di mana tiada beban
berat yang disokong.
Topik 2: Bata

JENIS IKATAN BATA


Ikatan Inggeris

• Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan


yang disusun dengan satu lapisan kepala bata
diikuti lapisan sisi bata berselang seli.
• Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan
yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata
kerana ia tidak mengandungi sebarang
sambungan tegak yang berterusan
Topik 2: Bata

JENIS IKATAN BATA


Ikatan Kepala Bata

• Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina


dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata
sahaja
• Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada bahan
asas atau pada tembok yang berbentuk bulat
atau melengkung.
Topik 2: Bata

JENIS IKATAN BATA


Ikatan Flemish

• Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan


sisi bata disusun berselang seli dalam satu
lapisan yang sama.
• Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah
yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan
yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai
digunakan untuk membina tembok yang tidak
akan dilepa.
Topik 2: Bata

KEMAS IKAT BATA


• Kemas ikat bata dilakukan bagi tembok bata yang tidak dilepa. Tujuannya
adalah untuk mendapatkan rupa kemasan ikat yang cantik atau asas
permukaan untuk lapisan turapan mortar.

• Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja


kemasan penerapan bata. Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan
ialah rata, lekuk, julur, vee, terbenam, struck, sembol.
Topik 2: Bata

KEMAS IKAT BATA


Topik 2: Bata

BAHAN KERJA BATA


• Tujuannya untuk mengikat ataupun bahan pelekat untuk kerja-kerja ikatan bata.
• Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali
dengan pasir pada kadar tertentu.
• Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan kerja-
kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan.

• Terdapat 3 jenis mortar untuk kerja bata iaitu :


i. Mortar simen
ii. Mortar Kapur
iii. Mortar kompo
iv. Mortar warna
v. Mortar kalis air
Topik 2: Bata

BAHAN KERJA BATA


Topik 2: Bata

BAHAN KERJA BATA


Topik 2: Bata

BAHAN KERJA BATA


• Sifat mortar yang baik
Topik 2: Bata

PERALATAN KERJA BATA


Peralatan yang digunakan dalam kerja ikatan bata adalah :

• Sudip bata
• Pita ukur
• Alat aras spirit (Timbang air)
• Sesiku bangunan
• Benang dan pin
• Penukul batu
• Bantalan
Topik 2: Bata

KUIZ
Jawab dalam masa 20 minit

1. Berikan definisi bata ?


2. Senaraikan jenis-jenis bata tanah liat dan blok pasir ?
3. Nyatakan prinsip ikatan bata ?
4. Lakarkan rajah susunan ikatan bata sisi bata, Inggeris dan kepala bata ?

Anda mungkin juga menyukai