Anda di halaman 1dari 20

MODUL 701 :conduct drainage work

KERJA MEMBINA LONGKANG /


PARIT

AHLI KUMPULAN :
 MOHD.YUSUF BIN MOHD. YASIN
 MUHD IKRAM BIN RAMLI
 NURULAIN MAIZATUL MARDHIAH BINTI
ASRIL
Pengenalan
 Kerja-kerja menggali perparitan dan lubang-
lubang adalah menjadi suatu perkara biasa
dalam sesuatu kerja binaan. Parit-parit
biasanya dibuat untuk pembinaan asas,
pemasangan paip-paip saluran sanitasi serta
pembinaan parit-parit longkang sementara
lubang-lubang pula dibuat untuk pembinaan
asas pad, tangki najis, ruang penapis dan
sebagainya .
 Parit-parit atau lubang-lubang yang digali kadang-
kadang perlu dibiarkan terbuka Untuk jangka waktu
yang lama sebelum ianya ditumbus semula. Oleh
sebab itu sebagai langkah keselamatan tebing-
tebing penggalian tersebut perlu penyokongan
sementara dengan tujuan:
a. Untuk melindungi para pekerja yang bekerja di
dalamnya.
b. Untuk menahan tebing perparitan daripada runtuh
dan menutup parit atau lubang sebelum kerja-kerja
pembinaan siap dijalankan atau tembok bawah tanah
yang dibina cukup kuat untuk menahan himpitan
tanah jika tebing penggalian itu runtuh.
 Kaedah penyokongan tebing perparitan adalah
bergantung kepada sifat semulajadi tanah di
mana parit itu dibuat. Selain daripada itu faktor-
faktor seperti dalam parit, keadaan cuaca Dan
lama masa sesuatu kerja itu akan dijalankan
perlu diambil kira. Ada empat kaedah menahan
tebing perparitan iaitu:

a. Untuk tanah keras


b. Untuk tanah yang mampat serta kukuh
c. Untuk tanah gembur
d. Untuk tanah lembik.
RANCANGAN SISTEM PEPARITAN

 Perancangan untuk sistem perparitan


hendaklah dibuat selaras dengan
perancangan sistem pembangunan. Suatu
sistem yang dirancang mengambil kira
kepentingan sistem peparitan secara
khusus akan menimbulkan masalah yang
rumit di masa depan. Penilaian unsur-unsur
peparitan seperti laluan semula jadi air
larian, saluran-saluran dan pembentung
perlu diambil kira dalam memenuhi
PERPARITAN UTAMA

 Sistem perparitan utama merupakan saliran terpenting dalam


suatu sistem perparitan. Ianya merupakan punca
keberkesanan dan kecekapan sistem perparitan. Direka
bentuk untuk kala berulang seratus tahun bagi
mengurangkan kerosakkan harta benda akibat banjir.
 Sistem ini akan mengumpulkan jumlah air larian daripada
sistem perparitan permulaan ke sungai , tasik atau laut.
 Perparitan utama terdiri daripada :
1)Saliran semula jadi dan buatan manusia
2)Saliran bawah tanah
3)Saliran di jalan raya
4)Lain-lain struktur yang diereka bentuk untuk membawa air
permukaan
PERATURAN SERTA KEHENDAK YANG PERLU
DIBERI PERHATIAN DALAM PEMASANGAN
LONGKANG
1.Kecerunan - longkang perlu diberi kecerunan supaya
pergerakan air tidak jadi lambat dantersumbat.
2.Kedalaman - longkang bawah tanah mesti di tanam dengan
kedalaman yang cukup bagimengelakkan dari berlakunya paip
bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat
diatasnya. Contoh : kenderaan.
3.Pengudaraan - pengudaraan perlu diadakan untuk
mengelakkan dari bau busuk yang kurangmenyenangkan
4. Penutup - perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam
bangunan serta tidakmenghalang laluan
5. Laluan – laluan/bilik khas mesti disediakan bagi tujuan
pemeriksaan atau pembersihan jikalongkang tersekat
6. Bahan - bahan harus tahan lasak dan tidak
mudah pecah. Ini untuk memastikan paip
danlongkang tahan serta mampu untuk
menahan beban dan tegangan
7. Sambungan - sambungan perlu diadakan
bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran
ataukeretakkan pada longkang
8. Penahan - untuk pastikan perletakan
longkang mendapat sokongan dan tidak mudah
pecah.
9. Saiz dan isipadu muatan - hendaklah
mengikut jenis atau bentuk longkang.
ALATAN MEMASANG
LONGKANG :
1. Cangkul
2. Penggali
3. Aras spirit - mendapatkan kerataan.
4. Benang - bertujuan untuk
mendapatkan jajaran lurus bagi jarak
yang panjang.
LANGKAH-LANGKAH KERJA BAGI
PEMASANGAN LONGKANG

Menyediakan bahan dan alatan.


 Mengorek tanah
 Meletakkan pasir.
 Memasang dan memaras.
 Menyambung ikatan antar
longkang
KERJA PENGGALIAN

a) Perparitan perlulah digali mengikut saiz,


aras dan cerun.
b) Perparitan hendaklah dielakkan dari
terlebih gali, kerana ini akan
mengakibatkan pemendapan tidak setara
apabila bahan kambus yang tidak sesuai
digunakan.
c) Mengikut amalan biasa, peparit digali
150mm kurang dari yang dikehendaki.
Bakinya akan digali sebelum kedap dibina.
PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT

a) Mutu longkang yang hendak dipasang mestilah


mengikut jenis, saiz dan dimensi yang telah ditentukan.
b) Pengalas konkrit atau lapis kedap perlulah dibina
dengan sempurna mengikut cerun yang telah ditetapkan.
c) Cerun pengalas konkrit ini perlu disemak untuk
memastikan aliran ‘songsang' dan ‘ponding' tidak terjadi.
d) Sambungan-sambungan perlulah dibuat lurus dan
selari supaya pengaliran air tidak terganggu atau tersekat.
e) Ruang-ruang di celah longkang perlulah dimampat
dengan sempurna supaya hakisan dan pemendapan tanah
dapat dikurangkan
JENIS SISTEM PERPARITAN
 Parit Tanah : merupakan saliran sementara dan
memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Kos pembinaan
adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis yang lain.
 Longkang Konkrit Tuang Dulu : Longkang jenis ini
digunakan dengan meluasnya. Kos pembinaannya adalah
sederhana dan ianya hanya memerlukan penyelenggaraan
yang minima, jika direkabentuk dengan sempurna.
 Longkang Konkrit Tuang Disitu : Jenis ini biasanya
digunakan di mana pemendapan yang tidak setara dijangka
akan berlaku seperti longkang di atas cerun tambun.
 Longkang Batu Rubble : Longkang ini dibina dari blok -
blok batu dan juga berfungsi sebagai dinding penahan.
 Longkang Bertingkat: Longkang ini dibina di mana
cerun tanah adalah agak curam. Pehatian khas hendaklah
diberikan kepada sambungan dan tapak longkang ini.
Kuasa hakisan air adalah sangat kuat dan tidak harus di
pandang mudah.
 Pembentung Kekotak dan Pembentung Paip :
Pembentung-pembentung ini dibina jika sekiranya sistem
perparitan terpaksa merentasi jalan. Kelas pembentung
yang sesuai haruslah digunakan berdasarkan beban dan
keadaan setempat
CIRI-CIRI LONGKANG
1. Longkang hendaklah tidak mudah bocor
2. Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan
kepada longkang.
3. Dapat menahan tekanan tanah
4. Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair
5. Dibina dengan kecerunan yang sesuai antaranya ialah
1:40, 1:60 – 1:120
6. Saiz dan kedalam longkang bersesuaian dengan
jumlah air yang dapat ditadah. Tujuannya ialah untuk
mengelakkan air melimpah keluar dari longkang
7. Sambungan longkang yang baik dan kukuh untuk
memdahkan pengaliran air pada saliran
JENIS-JENIS LONGKANG

LONGKANG JENIS TEMBIKAR


LONGKANG JENIS KONKRIT
LONGKANG JENIS PVC
LONGKANG JENIS V
KESIMPULAN

 Kesimpulannya , sistem perparitan ini


amat penting di setiap kawasan
pembinaan untuk mengelakkan
daripada berlakunya air bertakung
atau berlakunya banjir.

Anda mungkin juga menyukai