Anda di halaman 1dari 7

BAB 1

1.0 BATA YANG DIHASILKAN DENGAN MENGGUNAKAN SISA KONKRIT SEBAGAI BAHAN GANTIAN SIMEN

Projek ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan simen dalam pembuatan bata dengan menggunakan sisa konkrit readymix mahupun konvensional sebagai bahan gantian simen. Dengan menggunakan bahan gantian ini dapat mengurangkan penggunaan simen dan menjimatkan kos untuk membeli bahan mentah. Selain itu, projek ini juga dapat menjaga alam sekitar seperti penggunaan tapak pembuangan,persekitaran tapak projek menjadi bersih,pengurangan sumber mentah untuk menghasilkan simen dan secara tidak langsung ianya dapat menggurangkan pencemaran alam sekitar.

BAB 1

1.1 PENYATAAN MASALAH

Bahan mentah seperti simen antara bahan utama untuk penghasilan bata pasir. Ini akan menyebabkan permintaan bahan mentah seperti simen akan meningkat selaras dengan pembangunan semasa sekaligus menyebabkan sumber bahan mentah simen akan berkurangan pada masa hadapan. Oleh sebab itu,sumber bahan baru perlu dikaji dan penggunaan lebihan simen adalah salah satu alternative bagi mengatasi masalah ini. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengelak daripada berlakunya pembaziran apabila tumpahan konkrit readymix mahupun konkrit konvensional dibiarkan tanpa digunakan semula. Eksploitasi penggunaan semula bahan buangan ini dapat mengurangkan kawasan tapak pembuangan serta dapat menjimatkan sumber bahan.

BAB 1

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objek tif kajian ini adalah : Menghasilkan bata pasir baru dengan sisa konkrit sebagai bahan tambahan menggantikan simen. Membandingkan kekuatan bata pasir biasa dan bata pasir yang dicampurkan dengan sisa konkrit sebagai bahan gentian simen. Menentukan nisbah bancuhan yang optimum.

BAB 1

1.3 SKOP KERJA

Projek ini hanya mencapai objektif yang telah dinyatakan di atas. Untuk merealisasikan objektif tersebut ujian-ujian yang dijalankan hanya untuk menguji tahap kekuatan dan nilai kebolehkerjaan bata yang akan dihasilkan. Hasil daripada ujian ini ia dapat membandingkan tahap kekuatan dan nilai kebolehkerjaan bata yang akan dihasilkan dengan menggunakan sisa sisa lebihan konkrit sebagai bahan tambahan .Oleh itu projek ini boleh menentukan sama ada sisa sisa lebihan konkrit ini sesuai bahan tambah dalam penghasilan bata simen. Oleh itu terdapat 3 ujikaji yang akan dijalankan ke atas bata yang mana telah ditambah dengan sisa sisa konkrit iaitu :a. Ujian Kekuatan Mampatan b. Ujian Kadar Resapan Air c. Ujian Penurunan

BAB 1

1.4 METODHOLOGI

sumber internet kajian literatur temu ramah penyediaan bahan-bahan penghasilan bata ujian kekuatan mampatan

JALAN KERJA

menghasilkan bata simen

ujian prestsi bata

ujian kadar resapan air ujian penurunan

BAB 1

1.6 PERALATAN DAN BAHAN

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8

Peralatan Dan Bahan bahan Penyodok Baldi Sudip Kotak Bentuk Pasir Simen Portland Sisa sisa Lebihan Konkrit Air

Harga/Kos

BAB 1

1.7 SIKNIFIKASI

Secara keseluruhannya, projek ini dibuat bagi menjimatkan kos bagi pengguna dan pembekal dengan menggunakan sisa konkrit sebagai bahan gentian simen dalam pembuatan bata. Secara tidak langsung ini akan mengurangkan penggunaan tapak pembuangan di tapak pembinaan. Dengan ini,penggunaan simen dalam pembuatan bata akan berkurang dan dapat menjimatkan bahan mentah simen.

Kepentingan kepada alam sekitar : Mengurangkan penggunaan tapak pembuangan. Menjimat penggunaan bahan mentah simen. Tapak projek bersih.

Kepentingan kepada pembekal : Kos pembelian simen dapat dikurangkan. Harga bata dapat di turunkan. Boleh mengitar semula bata yang pecah.

Kepentingan kepada pengguna : Pengurangan kos untuk membeli bahan mentah seperti bata. Mengelakkan daripada pembaziran.

Anda mungkin juga menyukai