Anda di halaman 1dari 24

Tajuk : Binaan Sementara

Objektif :

Di akhir pembelajaran ini kami akan dapat :

1. Menyenaraikan langkah membina jambatan sementara dengan


betul
2. Menyatakan langkah untuk membina ruang penyimpanan bahan
dan pejabat tapak
3. Mengetahui cara untuk membina penahan tebing bagi kerja-kerja
penggalian peparit

1.0 Pembinaan jambatan kayu sementara

1.1 Pengenalan

Setiap projek harus ada pembinaan sementara, ianya adalah laluan sementara perlu
dibina untuk memudahkan pekerja keluar masuk bagi mengangkut barang ketapak bina.
Namun ianya haruslah mengikut langkah-langkah pembinaan yang betul bagi
mengelakkan jalan tersebut runtuh dan sebagainya. Jambatan kayu juga merupakan salah
satu laluan sementara yang boleh digunakan dikawasan tapak bina. Terdapat beberapa
factor tertentu supaya jambatan dibina. Antaranya seperti laluan berparit atau berlubang,
tanah kawasan pembinaan tidak kukuh dan sebagainya. Oleh itu, pembinaan jambatan
hendaklah dilakukan bagi memudahkan urusan pembinaan sebagai binaan sementara.

1
1.2 Proses Pembinaan Jambatan Kayu

1. Sebelum pembinaan jambatan kayu, perlu ditentukan empat penjuru jambatan


yang hendak digunakan seperti dalam Rajah 1.1. Gunakan cangkul untuk
mengorek empat (4) lubang. Gunakan sarung tangan bagi mengelakkan
kecederaan pada tangan.

Rajah 1.1 Menanda kawasan jambatan

2. Guna kayu mengikut saiz dan ukuran yang ingin digunakan. Gambar rajah 1.2
menggunakan kayu 12 kaki planks kemudian disusun mengikut saiz jambatan
yang dikehendaki.

Rajah 1.2 Mengukur jambatan dengan kayu yang ingin digunakan.

2
3. Kemudian, bukorekan harus dibuat dengan menggunakan alatan tangan seperti
cangkul untuk mengorek tanah dan penyodok untuk membuang tanah yang tidak
digunakan.

Rajah 1.3 Membuat korekan

4. Kemudian tanam batu yang telah dipasang besi. Fungsi besi tersebut adalah
untuk diikat dengan kayu yang ada di atasnya.

Rajah 1.4 Batu yang telah siap dipasang besi

3
5. Pasangkan kesemua batu yang telah siap besi di setiap penjuru jambatan. Buat
ukur aras seperti gambar rajah 1.5 dengan menggunakan boat level bagi
memastikan keadaan jambatan yang ingin dibina adalah betul-betul mendatar dan
untuk mengelakkan jambatan tidak stabil.

Rajah 1.5 Mengukur aras

6. Apabila ukur aras telah siap, letakkan kayu 12 kaki di atas nya dan buat satu
lubang. Lubang tersebut akan diikat dengan besi yang telah disediaakn di atas
batu tadi bagi menambah kekuatan pada jambatan yang akan dibina.

Rajah 1.6 membuat lubang untuk dipasang besi

4
7. Bagi menambahkan lagi kekuatan jambatan, kayu 12 kaki dibuat lapisan dan
gam kayu telah digunakan supaya 2 lapisan kayu tersebut melekat dengan kuat
seperti gambar rajah 1.7 dan gambar rajah 1.8.

Rajah 1.7 Gam kayu digunakan

Rajah 1.8 Membuat dua lapisan bagi menambah kekuatan menanggung beban

8. Setelah selasai kayu di lapiskan, pasang bolt dan nut supaya lapisan jambatan
tidak roboh. Gambarajah 1.9 dan 1.10 adalah pemasangan bolt dan nut di atas
lapisan kayu tadi.

5
Rajah 1.9 Memasang bolt

Rajah 1.10 Mamasang nut

9. Kemudian, bolt dan nut tadi diketatkan.

6
Rajah 1.11 bolt dan nut diketatkan

10. Susun kayu secara melinntang di atas lapisan kayu yang telah dibina tadi.
Susunan kayu itu akan dipaku bagu menguatkan antara lapisan kayu di atas dan
dibawah.

Rajah 1.12 Kayu melintang disusun dan akan dipaku

11. Jambatan telah siap dibina. Jambatan juga boleh dibuka semula atau dikekalkan
atas faktor tertentu.

7
Rajah 1.13 kayu yang telah siap dipasang

2.0 Ruang Kawasan Penyimpanan Barang

2.1 Pengenalan

Setiap tapak bina harus mempunyai kawasan penyimpanan barang. Tempat simpanan
bahan perlu mencukupi di sesebuah tapak bina supaya tiada pembaziran berlaku dan
bahan yang disimpan selamat dan dapat dikawal. Kebiasaannya seorang kakitangan
dilantik untuk mengawasi kedudukan bahan binaan di stor bagi mengelakkan pelbagai
masalah berlaku seperti :

i. Prosedur pengabilan bahan binaan yang tidak cekap.


ii. Penandaan bahan dengan kod yang betul
iii. Menentukan tempat yang sesuai supaya mudah di ambil
iv. Ruang simpanan yang tidak mencukupi dan bersepah
v. Memastikan bahan binaan yang mudah rosak ditempatkan dikawasan yang sesuai
Ruang penyimpanan bahan juga diperlukan bagi menempatkan bahan dan komponen
yang tidak dapat atau tidak sesuai disimpan dalam stor. Hal ini disebabkan bahan dan
komponen tersebut mempunyai saiz yang besar dan panjang atau kuantiti yang banyak.
Contohnya seperti batu baur, pasir, keluli, bata dan lain-lain lagi.

8
2.2 Kaedah Penyimpanan Bahan Binaan

Bahan binaan seperti simen boleh dipesan secara runcit untuk mengelakkan bahan
tersebut rosak. Semasa proses penerimaan bahan binaan, penyelia tapak perlu
menyemak butiran bahan yang diterima yang biasanya akan dinyatakan dalam Delivery
Order (DO). Bahan binaan biasanya akan dipesan secara pukal atau rucit bergantung
kepada keperluan dan keadaan bahan tersebut. Seorang penyelia tapak akan memastikan
bahan binaan sentiasa mencukupi untuk memastikan projek berjalan dengan lancar.
Bahan binaan seperti besi tetulang dan kayu boleh dipesan secara pukal mengikut
keperluan keseluruhan projek.

Setelah selesai proses penerimaan bahan binaan, penyelia tapak perlu


menyimpan bahan tersebut di tempat yang sesuai untuk mengelakkan ianya rosak atau
dicuri. Contohnya besi tetulang tidak boleh diletakkan terus di atas tanah. Ianya perlu
disimpan di kawasan berbumbung dan dialas supaya tidak bersentuhan dengan tanah.
Simen pula perlu di simpan di dalam stor dan di alas untuk mengelakkan ianya rosak
ataupun mengeras. Bahan - bahan lain seperti paku, binding wire, petrol perlu disimpan
di dalam stor dan dipantau penggunaannya. Penyelia tapak boleh menggunakan sistem
FIFO ( First In First Out ) untuk memastikan bahan - bahan yang mudah rosak dapat
digunakan secara efektif. Berikut adalah contoh amalan penyimpanan bahan binaan yang
baik.

9
Rajah 2.1: Penyimpanan Simen Yang Baik

Rajah 2.2: Penyimpanan Besi Tetulang Baik

10
Rajah 2.3: Contoh Kabin Untuk Menyimpan Bahan Binaan Yang Bersaiz Kecil

3.0 Pembinaan Pejabat Tapak

3.1 Pengenalan

Setiap tapak projek hendaklah mempunyai satu pejabat tapak. Hal ini adalah bagi
memudahkan proses perbincangan antara jurutera dan teknikal tapak. Selain itu, pejabat
tapak juga boleh menempatkan dokumen seperti pelan untuk rujukan pembinaan. Jadi,
sebuah pejabat tapak adalah sangat penting dan perlu disediakan ditapak bina. Pejabat
tapak ini juga boleh disediakan dalam bentuk kabin atau membinanya sendiri.

3.2 Proses Pembinaan

1. Pembinaan pejabat tapak dengan mendirikan tiang konkrit setinggi 10'. Kerja-kerja
pembinaan dimulakan dengan penggalian lubang asas dengan kedalaman 2'. Konkrit
dengan nisbah 1:2:4 (simen,batu baur halus dan pasir) dibancuh dan dituangkan ke
dalam lubang asas (asas pad) pada setiap tiang yang didirikan. Kerja-kerja

11
pengukuran, pendimensian dan pemancangan untuk menentukan kedudukan dinding
ditandakan.(dinamakan pancang ukur tanah).

Kerja-kerja penggalian asas dan pendirian tiang utama bagi pejabat tapak. Pancang
ukur tapak digunakan bagi memastikan kedudukan asas jalur yang akan dibina bagi
mendirikan dinding bangunan.
Rajah 3.1 Kerja penandaan

2. Pembakaran Anak Kayu & Semak Samun

Himpunan anak kayu dan semak samun dibakar. Kerja-kerja pembakaran dilakukan bagi
menjadikan kawasan pembinaan lapang dan seterusnya membuat kerja-kerja
pembersihan tapak.

12
Rajah 3.2 Kerja-kerja pembakaran yang tergendala kerana keadaan anak kayu yang
masih basah.

3. Meracun.

Kawasan tapak yang mempunyai rumput lalang yang banyak hendaklah diracun bagi
mempercepatkan kerja projek. Kerja-kerja meracun kawasan disekitar tapak projek
dilakukan bagi memastikan tapak projek bersih dari lalang dan tumbuhan tidak diingini.
Selain itu, meracun juga dilakukan bagi membersihkan kawasan tapak projek yang tidak
mempunyai anak kayu keras bertujuan menjimatkan kos pembersihan.

Rajah 3.3: Pembancuhan Racun Dilakukan Didalam Pam Racun Manual.

4. Setelah itu, bahagian rasuk bagi bangunan telah digali.

13
Rajah 3.4 Lubang rasuk yang siap digali.

Rajah 3.5 Beginilah caranya mendirikan tiang.Di tanam sedalam 2 kaki dan disimen
dengan bancuhan konkrit yang tepat.

14
Rajah 3.6 Empat (4) batang tiang yang telah siap didirikan

5. Proses membuat rasuk jalur untuk menempatkan dinding bangunan dimulakan dan
adalah penting untuk memastikan rasuk yang terhasil adalah searas dengan
permukaan tanah bagi memudahkan kerja-kerja mengikat bata dilakukan kelak.

6. Kemudian, bancuh simen untuk membuat permukaan rasuk.

Rajah 3.7 Proses meratakan permukaan rasuk.

15
Rajah 3.8 Rasuk yang telah siap
sedia menunggu untuk proses mengikat bata.

Raajah 3.9 Bata blok digunakan untuk mengikat bata

7. Kemudian, ikat bata menggunakan simen. Ikatan bata dilakukan menjadi 4


bahagian dinding naik ke atas.
8. Setelah siap, buat kerangka bumbung. Kerangka perlu dibana bagi menahan
bumbung yang akan dibina diatasnya.
9. Bumbung zink dipilih atas faktor kos.
10. Pejabat tapak telah siap dibina.

16
Rajah 3.10 Kepingan zink atap terakhir yang dipasang.

4.0 Penahan Tebing

4.1 Pengenalan
Tupang adalah binaan sementara dan digunakan semasa menyokong struktur yang
kurang selamat sehingga ianya diteguhkan atau selamat untuk digunakan.

4.2 Tujuan pembinaan tupang :

1. Mencegah dinding-dinding (tembok) yang merbahaya daripada meretak atau


menambah tanda-tanda yang menunjukkan keruntuhan.

2. Apabila terdapat kegagalan pada dinding atau tembok, nyatalah struktur telah
menerima beban atau tujahan yang berlebihan dan tidak dapat menahannya lagi.

3. Oleh yang demikian, suatu penyokong diperlukan dan tupang hendaklah


disediakan untuk mengukuhkan struktur tersebut.

17
4.3 Proses membinan penahan tebing

4.3.1 Jenis-jenis tupang :

Jenis-jenis tupang adalah seperti berikut :

i. Tupang sadak (inclined support)


ii. Tupang ufuk (horizontal support)

4.3.1.1 TUPANG SADAK :

1. Didirikan dalam rangka-rangka atau sistem dan bertujuan untuk menahan dinding
runtuh keluar.
2. Sudut yang mudah dan baik untuk kegunaan praktikal ialah 60 yang boleh diubah-
ubah kepada 75.
3. Mengandungi kepingan kayu yang ditempatkan dalam keadaan condong dengan
satu hujung bersandar pada permukaan dinding yang rosak dan hujung yang satu
lagi di atas tanah.
4. Ianya tidak digunakan untuk memberi sokongan tepat kepada mana-mana bahagian
struktur.
5. Hujung sebelah bawah tupang ini disokong dengan pengalas condong yang tertanam
teguh di dalam tanah untuk menyebarkan tekanan kepada tanah dengan selamatnya,
6. Sistem tupang ini boleh dirapatkan lagi dengan penebat-penebat yang dipaku pada
sebelah tepinya.
7. Ini memberikan lagi keteguhan sisian kepada tupang-tupang dan mengikatnya sekali
kepada satu rangka yang bersatu.

Cara pemasangan tupang ini adalah :

i. Cara tupang dipasang bermula dari atas ke bawah dan bawah ke atas.
Tujuannya adalah untuk melindungi pekerja daripada berlaku kemalangan
setelah tupang dipasang.
ii. Seterusnya kayu plywood dipasang secara menegak.

18
iii. Kemudian stringers dipasang secara melintang di atas kayu plywood serta
pendakap digunakan sebagai penyokong atau penahan kepada plywood dan
stringers. Kuantiti yang diperlukan untuk pendakap dan stringers
bergantung kepada kedalaman penggalian.
iv. Apabila kerja pengalian selesai pendakap dan stringers paling bawah
dikeluarkan terlebih dahulu dan diikuti dengan bahagian paling atas atau
dengan kata lain dalam susunan terbalik.
v. Kemudian tapak tersebut dikambus semula dengan tanah tetapi pekerja tidak
dibenarkan berada dalam parit kerana kerja pemadatan akan dijalankan.
vi. Sistem penyokong pengorekan mestilah dipasang supaya pengorekan tersebut
berada dalam keadaan yang selamat.
vii. Ia boleh dicapai dengan cara mengambus semula atau menyekat.sistem
penyokong mestilah diperiksa setiap hari atau lebih kerap jika perlu dan
mengekalkan keadaannya dengan efektif. Kerja ini merupakan tugas pengurus
tapak. Penambahan tupang di bahagian atas mestilah mendekati bahagian
bawah parit sekurang-kurangnya 1 tetapi keadaan ini tidak boleh digunakan
pada kedalaman 2.
viii. Apabila kecondongan dibuat maka tupang tersebut bergantung kepada
keadaan tanah tersebut. Namun kecondongan boleh melebihi 3 melintang
sehingga 4 kaki menegak. Apabila gabungan daripada condong dan tupang
digunakan, jumlah minimum tupang mestilah bersamaan dengan nilai
piawaian bagi kedalaman pengorekan.

4.3.1.2 TUPANG UFUK

1. Satu tupang mengandungi sebatang kayu yang dipasangkan antara dua tembok yang
hendak disokong dengan hujungnya menyandar pada pendinding yang dipasang
kepada dinding tersebut. Ini diteguhkan dengan tupang-tupang condong di atas dan
di bawah kepada setiap hujung.
2. Digunakan untuk menyokong dua tembok yang bertentangan apabila salah satu atau
kedua-duanya menunjukkan tanda-tanda kerosakan.

19
3. Jarak maksimum yang boleh disokong oleh tupang ini adalah lebih kurang 10-12
meter. Bagi jarak yang lebih dari ini, tupang ufuk berganda digunakan.

Cara pemasangan tupang ufuk adalah seperti berikut :

i. Kayu penahan (straining piece) mula-mula dipakukan di bahagian atas dan


bawah tupang ufuk.
ii. Tupang ufuk kemudiannya dipasangkan pada tempatnya (antara dua tembok).
iii. Tupang-tupang (perembat) dikenakan satu hujungnya bersandar di atas
pendinding dan satu hujung lagi bersetentang dengan kayu penahan tadi.
iv. Jejarum dan tetupai akan menahan perembat daripada menggelongsor.
v. Baji digunakan kepada tupang-tupang untuk mendapatkan pemasangan yang
kukuh kepada pendinding-pendinding.
vi. Semasa pembinaan, garis tengah tupang ufuk sepatutnya bertemu dengan
paras lantai bagi kedua-dua bangunan.
vii. Sekiranya kekuatan lantai berbeza, kedudukan tupang juga akan turut berbeza.
viii. Tupang hendaklah dibina pada paras lantai bangunan yang satu lagi , tupang
dibina pada jarak pertengahannya.

20
Rajah 4.1 Tupang Ufuk

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa dalam perancangan pembinaan, kita juga


perlu mengenalpasti laluan masuk ke kawasan tapak bina. Laluan masuk hendaklah
selamat dan kukuh untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Jambatan kayu
adalah salah satu alternatiftif bagi menghubungkan ke kawasan tapak bina. Jambatan
kayu boleh dibina sendiri oleh pihak kontraktor. Seterusnya, kesemua barang binaan
hendaklah disimpan dengan betul. Satu tempat atau ruang penyimpanan bahan binaan
perlu disediaakan bagi menjaga kualiti bahan tersebut supaya tiada pembaziran berlaku
dan mencegah daripada keruntuhan bangunan. Manakala kaedah pembinaan paperitan
adalah sangat penting bagi mengalirkan air yang baik.

Oleh yang demikian, setiap binaan sementara adalah perlu mengikut langkah
yang tepat. Diakhir tugasan ini, saya telah mengetahui kaedah yang betul membina
jambatan kayu, kaedah penyimpanan bahan dan cara pembinaan tebing seperti tupang
dibahagian parit.

21
6.0 Rujukan

Chudley,R. (1999), Consctruction Technology, Addision Wesley; Longmans

Doughty,R.(1986), Scaffolding,Longman Group UK Ltd.

Harris, F. (1989), Modern Construction Equipment and Methods, London;


Longmans

Holmes, R.(1995), Introduction To Civil Engineering Construction, University of


the West of England, Bristol.

Nunnally, S.W, (1977), Managing Construction Equipment, North Carolina State


University.

Sam, S. (1977), Builders detail sheet series 1 and 2, International Thomson


Publishing

22
7.0 LAMPIRAN
Jenis-jenis Tupang

Vertical Aluminium Hydraulic Shoring (With Plywood)

Vertical Aluminium Hydraulic Shoring (Spot Bracing)

23
Vertical Aluminium Hydraulic Shoring (Stacked)

Aluminium hydraulic shoring waler system

24

Anda mungkin juga menyukai