Anda di halaman 1dari 32

1

TAJUK PROPOSAL:

PENUTUP LONGKANG DENGAN CAMPURAN FIBERGLASS DAN


BOTOL PLASTIK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO PENDAFTARAN
NUR SHAHIRAH FIKRIYAH BINTI ZAINAL 02DKA15F1054
FAIZZATUL AISYA BINTI MOHD IBRAHIM 02DKA15F1114
MOHAMAD NAZIRULDIN BIN ISMAIL 02DKA15F1179
AMIRUL ASYRAF BIN KAMARUDIN 02DKA15F1196

PENYELIA PROJEK:

PUAN SITI NORZAILINA BT MD. SOM

SESI DIS 2018


2

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penutup longkang dibuat bagi mengelakkan berlakunya pembuangan sampah


di dalam longkang dan berlakunya kemalangan. Dengan adanya penutup longkang
kadar pembuangan sampah dan kemalangan akan berkurang. Ini adalah kerana
dengan adanya penutup, permukaan longkang akan terlindung. oleh itu, nilai sampah
yang jatuh kedalam longkang akan berkurang dan ianya boleh mengelakkan daripada
berlakunya longkang tersumbat dan pengaliran akan berjalan dengan lancar tanpa
tersekat.

Situasi hampir terjatuh atau kaki tersadung dalam longkang mungkin pernah
dialami segelintir individu.Ini kerana, kebanyakan penutup longkang sedia ada yang
diperbuat daripada besi, sering menjadi sasaran kecurian oleh individu tidak
bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan atas angin memandangkan logam ada
nilai pasaran yang tinggi.
3

1.2 Pernyataan Masalah

Masalah utama yang telah dikenalpasti dalam kajian ini adalah apabila
berlakunya kes kecurian penutup longkang yang menggunakan besi. Hal ini
disebabkan nilai logam yang tinggi di pasaran menyebabkan sesetengah pihak
mengambil kesempatan dengan mencuri. Terdapat beberapa kejadian kecurian yang
berlaku di sekitar Kuantan, yang mana Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan
menggantikan semua penutup longkang besi kepada binaan konkrit dalam usaha
mengelakkannya daripada terus dicuri. Di samping itu, penggunaan konkrit dan besi
juga menggunakan kos yang tinggi ini kerana kita menggunakan dua bahan yang
mempunyai nilai yang tinggi dipasaran.

Penggunaan penutup longkang amat penting kerana sekiranya berlaku


kecurian, kerosakan ,dan pengaratan ia akan merugikan pihak tertentu. Oleh yang
demkian , pembaharuan di ambil kepada Drain Cover use Glass Fiber and Plastic
Bottle .Pembaharuan yang diambil ini dapat mengurangkan kerugian dan dapat
menjimatkan kos pembuatan. Juga dapat mengelakkan pencemaran.

1.3 Objektif Kajian

Matlamat utama kajian ini adalah untuk:

i. Mereka bentuk dan menghasilkan produk inovasi Penutup Longkang


daripada campuran Fiberglass dan Plastik Botol..
ii. Menguji kekuatan produk dengan ujian Bending Strenght.
4

1.4 Skop Kajian

Inovassi ini memfokuskan pada masalah kecurian dan keselamatan yang


mana banyak berlaku kecurian penutup longkang yang melibatkan material seperti
besi. Selain itu bagi mengelakkan kemalangan berlaku seperti jatuh lonkang dan
sebagainya. Lokasi kajian yang dipilih adalah kawasan lot parking di Kuantan
Pahang. Jadual 1.3 menunjukkan saiz dan lakaran produk.

Jadual 1.1: Skop kajian


Bahan – bahan yang digunakan Fiber Glass, Polyester Resin, Catalyst
atau pengeras, Gelcoat, Bahan Pelekang
dan Botol Plastik.
Ujikaji kekuatan produk Melakukan ujian kekuatan produk di
KKTM Kemaman.

Rajah 1.3: Lakaran gambar penutup longkang.


5

1.5 Kepentingan inovasi

Inovasi ini penting untuk dijalankan kerana melalui kajian yang dibuat
penutup longkang menggunakan fiber glass amat membantu dari segi
ketahanan,kos,jisim dan dapat mengelakkan daripada penutup longkang terus dicuri.
Kepentingan seterusnya ialah produk ini boleh digunakan oleh mana-mana pihak
seperti sekolah, kawasan perumahan dan pelbagai tempat.

Selain itu, produk ini juga boleh dipasarkan kerana harga lebih murah
berbanding harga sebenar. Di harapkan produk ini dapat mengurangkan kadar kecurian
yang sering berlaku di sesetengah tempat, dan kawasan yang masih menggunakan
penutup longkang besi dapat menyelesaikan masalah ini.

.
6

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kajian literatur adalah sebuah badan teks yang bertujuan untuk mengkaji titik
kritis pengetahuan terkini termasuk penemuan substansif serta sumbangan teoritis dan
metodologi untuk topik tertentu. Tinjauan literatur adalah sumber sekunder, dan,
sebagai tidak melaporkan apa-apa kerja eksperimen baru atau asal. Yang paling sering
dikaitkan dengan kesusasteraan berorientasikan akademik, seperti tesis, semakan
kesusasteraan selalunya menghasilkan cadangan penyelidikan dan bahagian hasil.

Kajian literatur yang berstruktur dengan baik dicirikan oleh aliran logik idea-
idea, rujukan semasa dan relevan dengan gaya rujukan konsisten, wajar, penggunaan
terminologi yang tepat dan pandangan yang tidak berat sebelah dan komprehensif
mengenai penyelidikan mengenai topik. Bab ini perbincangan tertumpu pada tujuan
projek ini secara amnya. Mulakan dengan latar belakang projek, isu semasa, kemudian
diterjemahkan ke penyataan masalah
7

2,2 Penutup Longkang Konkrit

Penutup longkang konkrit merupakan satu penutup yang dihasilkan melalui


bahan seperti simen, batu baur, pasir dan besi. Penutup longkang konkrit sering
digunakan di kawasan yang sering mengalami tekanan yang lebih berat. Ini adalah
kerana konkrit merupakan satu bahan yang boleh menampung sesuatu beban yang lebih
tinggi jisimnya.

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam


pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus
dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang
telah ditetapkan. Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting
untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu,
teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan
diberi perhatian dengan teliti.

Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah


yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara
pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan
mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai
mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada
simen Portland, aggregate pembinaan (biasanya batu kelikir dan pasir) dan air. Rajah 2.1
menunjukan jenis penutup longkang.

Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekabentuk berdasarkan


kepada kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit, terdapat dua kumpulan acuan yang
lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang
memberi definasi acuan konkrit sebagai struktur binaan sementara yang dihasilkan untuk
membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan
berupaya menyokong sendiri.

Acuan merupakan satu aktiviti penting dalam kerja-kerja konkrit. Kualiti acuan
yang baik merupakan salah satu faktor penyumbang terhadap penghasilan konkrit yang
berkualiti. Ia bukan sahaja memegang konkrit semasa peringkat basah tetapi mempunyai
banyak fungsifungsi lain yang penting dalam kerja konkrit .Merujuk kepada Panduan
Rekabentuk Sejagat Kemudahan Rekreasi Taman Awam, penutup longkang perlu
disediakan untuk memberi keselamatan semua pengguna.
8

Semua penutup longkang perlu bertutup dengan grating atau menggunakan


papak konkrit. Bahan penutup longkang konkrit mestilah daripada bahan yang tidak licin
dan sama rata dengan laluan pejalan. Situasi hampir terjatuh atau kaki tersadung dalam
longkang atau lubang mungkin pernah dialami oleh segelintir individu. Walaupun ada
sesetengah kawasan menggunakan penutup longkang jenis konkrit, namun begitu bahan
ini tetap mengandungi unsur besi di dalamnya.

Rajah 2.1 Jenis Penutup Longkang

2.2.1 Kelebihan Penutup Konkrit

Kelebihan penutup longkang konkrit ialah risiko untuk penutup longkang dicuri
tiada, ini adalah kerana penutup menggunakan bahan yang tidak mempunyai nilai
pasaran yang tinggi oleh itu tiada kes kecurian yang akan berlaku. Selain itu, penutup
longkang konkrit berat dan besar oleh itu akan menyukarkan orang awam untuk
mencurinya.

Risiko kemalangan juga akan berkurang ini adalah kerana penutup longkang
konkrit biasanya menutup penuh permukaan longkang oleh itu risisko sepeti tersepit
kaki dan terjatuh ke dalam longkan tidak akan berlaku.Penghasilan penutup longkang
konkrit berupaya meningkatkan bilangan kuantiti diperlukan dalam tempoh yang
singkat.
9

2.2.2 Kekurarangan Penutup Konkrit

Kekurangan penutup longkang konkrit ialah bahan yang digunakan memerlukan


kos yang tinggi kerana sekiranya membuat penutup longkang konkrit ia memerlukan
gabungan besi oleh itu nilai yang digunakan akan bertambah. Selain itu keadaan penutup
yang berat akan menyukarkan pemasangan dijalankan. Selain itu, kerja membaik pulih
penutup longkang yang rosak juga akan sukar. Isu keretakan penutup longkang konkrit
juga akan berlaku sekiranya acuan yang dibuat tidak mengikut nilai yang betul. Rajah
2.2 menunjukkan kerosakan penutup longkang.

Selain daripada berlakunya kes kehilangan, penutup longkang sedia ada juga
didapati kerap dan mudah rosak. Kehilangan dan kerosakan penutup longkang menjadi
semakin serius apabila tempoh yang lama diambil bagi menggantikan penutup longkang
yang hilang atau rosak dan ini memberi kesan kepada keselamatan orang awam
khususnya pejalan. Dengan menggunakan konkrit kos juga akanmeningkat, ini adalah
kerana campuran besi juga diperlukan dalam pembuatan penutup longkang konkrit.

Rajah 2.2 Kerosakan penutup konkrit


10

2.2.3 Ukuran Penutup Longkang Konkrit

i. Penutup konkrit dengan lubang pengankat. Rajah 2.3 menunjukkan jenis ukuran
yang digunakan.

Rajah 2.3 Ukuran yang digunakan

ii. Penutup longkang konkrit. Rajah 2.4 menunjukkan jenis ukuran yang digunakan.

Rajah 2.4 Ukuran yang digunakan


11

2.3 Penutup Longkang Besi

Penutup longkang besi adalah penutup yang paling sering digunakan oleh orang
ramai, ini adalah kerana penutup longkang besi mudah untuk didapatkan di pasaran.
Selain itu, penutup besi juga sering digunakan di kawasan yang umum seperti di
kawasan sekolah, tempat letak kereta, kawasan perumahan dan di pinggiran jalan.

Penutup longkang besi menjadi pilihan utama kerana harganya yang lebih murah
dan senang untuk digunakan, ini adalah kerana reka bentuk yang mudah dan sesuai
untuk digunakan. Besi adalah logam yang dihasilkan dari bijih besi, dan jarang dijumpai
dalam keadaan unsur bebas. Untuk mendapatkan unsur besi, campuran lain mesti
disingkir melalui pengurangan kimia. Besi digunakan dalam penghasilan besi waja, yang
bukannya unsur tetapi aloi, sebatian logam berlainan (dan sebahagian bukan-logam,
terutamanya karbon).

Besi merupakan logam paling biasa digunakan di antara semua logam, iaitu
merangkumi sebanyak 95 peratus daripada semua tan logam yang dihasilkan di seluruh
dunia. Gabungan harganya yang murah dengan kekuatannya menjadikan ia amat
diperlukan, terutamanya dalam penggunaan seperti kereta, badan kapal bagi kapal besar,
dan komponen struktur bagi bangunan.

Rajah 2.5 Penutup Longkang Besi


12

2.3.1 Kelebihan Penutup Longkang Besi

Kelebihan penutup longkang besi ialah harga yang lebih murah dan mudah
didapati. Jisim yang lebih ringan memudahkan pengguna untuk mengangkat penutup
bagi kerja pemasangan dan membaik pulih kerosakan. Reka bentuk yang sesuai dan
mudah digunakan oleh pengguna, hal ini demikian kerana penutup yang direka dapat
dipasang dan dicabut oleh itu dapat memudahkan pengguna untuk mencuci atau
membersihkannya.

Material yang digunakan dapat menampung beban yang kuat ini adalah kerana
besi merupakan satu bahan yang mempunyai kekuatan yang sesuai bagi menampung
sesuatu beban.

Rajah 2.6 Menunjukkan aktiviti pemasangan penutup longkang


13

2.3.2 Kekurangan Penutup Longkang Besi

Kekurangan penutup longkang besi ialah sering berlakunya kes kecurian dimana
terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri penutup longkang besi,
ini adalah kerana nilai logam yang tinggi di pasaran. Selain itu,penutup longkang ang
hilang dapat mengundang kemalangan, seperti terjatuh ke dalam longkang dan
sebagainya,

Seterusnya besi yang digunakan terlalu lama akan berkarat dan reput sekiranya
diletakkan di tempat yang terdedah kepada matahari dan hujan.oleh itu kemalangan
seperti kaki tersekat di dalan lubang sering berlaku. Masalah ini juga boleh
menimbulkan kematian sekiranya tindakan segera tidak diambil.

Jadual 2.7 Menunjukkan Kemalangan Yang Berlaku


14

2.3.3 Ukuran Penutup Longkang Besi

Jenis Penutup Longkang Besi Ukuran/ Harga

• 228.6mm X 750mm length.

• 203.2mm X 750mm lenght

• 177.8mm X 750mm lenght

Price : RM20-RM55.00

• 400mm X 400mm

• 450mm X 500mm

• 500mm X 600mm

• 800mm X 800mm

• 1000mm X 1000mm.

Price : RM 25.00-RM70.00

• 500mm X 500mm

• 600mm X 600mm

• 800mm X 800mm

• 1000mm X 1000mm.

Price : RM 50.00- RM 200.00

Jadual 2.1 Menunjukkan Ukuran Penutup Longkang Besi


15

2.4 Penutup Longkang PVC

Penutup longkang PVC adalah salah satu penutup longkang yang telah diubah suai
bahannya dan mempunyai reka bentuk yang sama seperti penutup longkang besi. Selain
itu penutup longkang ini mudah didapati di pasaran dan telah diguna pakai secara
meluas di seluruh Malaysia.

Hal ini menyebabkan masalah penutup longkang besi dapat diatasi. Sering
digunakan di kawasan pejalan kaki, kolam renang dan di kawasan padang golf. Penutup
longkang ini adalah jalan alternatif yang diambil oleh kerajaan bagi mengelakkan kes
kecurian penutup longkang besi yang telah banyak berlaku di Malaysia.PVC adalah
polimer yang tersusun atas monomer vinil klorida. PVC bersifat lebih tahan api dan
lebih kuat daripada polietilena.

Polivinil klorida atau yang diringkaskan dengan PVC iaitu polimer termoplastik
bilangan yang ketiga dalam hal jumlah penggunaan di dunia, selepas polietilena dan
polipropilena. PVC sebagai bahan bangunan yang murah, mudah dibentuk serta tahan
lama. PVC dapat dibuat lebih fleksibel serta elastik dengan menambahkan plasticizer.
Secara umumnya, PVC yang fleksibel digunakan sebagai bahan perpaipan, kabel
elektrik, serta bahan pakaian.

Rajah 2.8 Menunjukkan Gambar penutup Longkang PVC


16

2.4.1 Kelebihan Penutup Longkang PVC

Kelebihan penutup longkang PVC ialah penutup longkang PVC dapat menahan
masa yang lama kepada pendedahan cahaya matahari. Anti UV, rintangan penuaan,
rintangan asid dan alkali. Selain itu, Penutup longkang PVC juga lebih ringan
berbanding dengan penutup longkang yang lain dan mempunyai sifat yang tahan lasak

Seterusnya, Disebabkan bahan untuk penghasilan penutup longkang PVC mudah


didapati, maka dari itu kos pasaran juga akan lebih rendah berbanding besi dan konkrit.
Penutup longkang PVC juga mempunyai ciri keselamatan yang tinggi kerana sifatnya
yang lembut dan kuat. Di samping itu, penutup longkang PVC juga mempunyai
rekabentuk yang lebih efisien dan cantik yang sesuai untuk perhiasan kawasan rumah
dan luar bangunan.

Penggunaan PVC memiliki kualitas yang baik, sehingga penggunaan untuk


jangka panjang pun sangatlah mungkin. Selain itu, Proses pemasangan penutup
longkang PVC juga mudah dan cepat untuk dilakukan. Selain itu, pemasangannya juga
berlangsung sangat cepat jika dibandingkan dengan jenis penutup longkang yang
lainnya. Bobot ringan yang dimiliki PVC ternyata membawa kelebihan dan kekurangan.

Dua bahagian Reka bentuk klip tetap membuat downpipe yang kelihatan cantik
dan mudah diletakkan di mana-mana bahagian hadapan bangunan. Reka bentuk
perlindungan bersih dan bulat dinding dalaman mengurangkan kekerapan dekontaminasi
dan membuatkan pembuangan habuk yang mudah dan pantas. Air keseluruhan sistem
adalah indah rupa dan elegan dalam warna. Baik merupakan, rintangan kesan suhu yang
rendah adalah baik, boleh menahan impak, tangga pada tekanan, salji, tidak terdedah
kepada sag, gangguan atau kecemaran.
17

2.4.2 Kekurangan Penutup Longkang PVC

Kekurangan penutup longkang PVC ialah Penutup longkang ini mudah terangkat
dan dibawa air sekiranya longkang itu dipenuhi air pada waktu hujan yang lebat. Selain
itu, Penutup longkang ini mempunyai permukaan yang licin dan boleh mengakibatkan
tergelincir kepada manusia yang berjalan diatasnya semasa waktu hujan. Tidak boleh
menampung beban yang terlalu berat seperti beban lori dan boleh mengakibatkan
penutup itu rosak.

Seterusnya, sifat yang lembut dapat mengakibatkan ianya meleding terhadap


sinaran cahaya matahari yang terlalu lama. Penutup longkang ini juga sukar untuk
dilupuskan kerana sifatnya lebih kepada bahan-bahan yang sukar untuk diuraikan.
Selain itu harganya yang sedikit mahal juga akan merugikan pengguna yang
membelinya,. Pemasangan penutup longkang yang kadang kala tidak rapat, ini adalah
kerana reka bentuk yang direka mungkin tidak menepati ciri khas longkang.

Rajah 2.9 Contoh Reka Bentuk Penutup Longkang PVC


18

2.4.3 Ukuran dan Harga Penutup Longkang PVC.

Jenis Penutup Longkang PVC Ukuran/Harga

• 228.6mm X 381mm

• 152.4mm X 381mm

Price : RM 15.00-RM 20.50

• 228.6mm X 431.8mm

• 152.4mm X 381mm

Price : RM 11.50-RM18.00

220mm X 430mm

• 220mm X 275mm

• 275mm X 430mm

• 305mm X 275mm

Price : RM 7.50-RM 15.50

Jadual 2.2 Ukuran Produk Dan Harga


19

2.5 Fiber Glass

Kaca serat (fiberglass) atau sering diterjemahkan menjadi serat gelas adalah kaca
cair yang ditarik menjadi serat tipis dengan garis tengah sekitar 0,005 mm - 0,01 mm.
Serat ini dapat dipintal menjadi benang atau ditenun menjadi kain, yang kemudian
diresapi dengan resin sehingga menjadi bahan yang kuat dan tahan korosi untuk
digunakan sebagai badan mobil dan bangunan kapal.Dia juga digunakan sebagai agen
penguat untuk banyak produk plastik; material komposit yang dihasilkan dikenal sebagai
plastik diperkuat-gelas (glass-reinforced plastic, GRP) atau epoxy diperkuat glass-fiber
(GRE), disebut "fiberglass" dalam penggunaan umumnya.

Pembuat gelas dalam sejarahnya telah mencoba banyak eksperimen dengan gelas
giber, tetapi produksi masal dari fiberglass hanya dimungkinkan setelah majunya mesin.
Pada 1893, Edward Drummond Libbey memajang sebuah pakaian di World Columbian
Exposition menggunakan glass fiber dengan diameter dan tekstur fiber sutra. Yang
sekarang ini dikenal sebagai "fiberglass", diciptakan pada 1938 oleh Russell Games
Slayter dari Owens-Corning sebagai sebuah material yang digunakan sebagai insulasi.
Dia dipasarkan dibawah merk dagang Fiberglas.

Rajah 3.0 Menunjukkan Gambar Fiberglass


20

2.5.1 Fungsi Komponen-Komponen Fiberglass

i. Resin, adalah bahan utama dalam pembuatan aneka barang dari resin/fiberglass.
Ada beberapa fungsi yang kita dapatkan dari benda 1 ini diantaranya, hiasan, lem, bahan
hardware pengganti plastic, kaca, mika, akrilic dan lain-lain.

ii. Katalis, adalah sebagai bahan aktif untuk mempercepat reaksi pengerasan
resin.Apabila menggunakan katalis terlalu sedikit akan memperlama waktu pengerasan
resin.Apabila terlalu banyak menggunakan katalis pada adonan resin juga menyebabkan
resin lama kering (lengket).Pada takaran takaran tertentu resin dapat mengeras dalam
waktu yang sangat singkat (dibawah 5 menit).Semakin cepat proses pengerasan maka
panas yang dihasilkan semakin besar.

iii. Fiber (matt), adalah untuk memberi efek anti pecah ibaratkan tiang beton yang
diberi besi pada tengahnya. Dengan menggunakan fiber pada pembutan benda fiberglass
maka akan memperkukuh benda khususnya pada bagian dalam benda.

iv. Talk, adalah sebagai bahan pengisi & penguat anti pecah bagian luar. (Fiber
bagian dalam,talk bagian luar).Talk sebagai pengisi maksudanya adalah dengan
mencampurkan 1kg talk + 1 kg resin maka menghasilkan 2 kg adonan resin.Apabila
menggunakan talk hasil benda fiberglass semakin kukuh dan tidak mudah retak .Dalam
pembuatan bangunan talk itu ibaratkan 'Pasir' ,resin ibaratkan 'semen'
21

v. Silicone rubber, adalah sebagai bahan untuk membuat cetakan.Hasil cetakan


yang dibuat berupa karet silicone yang lentur.Tidak hanya untuk cetakan resin,namun
silicone rubber juga dapat digunakan sebagai cetakan gipsum,semen,clay dan lain-lain.

vi. Anti lengket, adalah Untuk melapisi permukaan cetakan dengan bahan
adonan,sehingga tidak ada kontak antara cetakan dengan adonan (misalnya adonan
resin).Hal tersebut berfungsi agar lebih mudah melepaskan benda hasil cetakan dengan
cetakannya. Anti lengket seperti ini dikenal dengan Mold release

2.5.2 Alatan Dan Bahan

1)Polyester Resin 2) Catalyst/ Pengeras 3) Gelcoat 4) Fiberglass


22

2.5.3 Produk Yang Dihasilkan Menggunakan Fiberglass

i. Kapal/Perahu

Pada mulanya kapal-kapal terbuat dari kayu. Walau bagaimanapun, seperti yang
kita tahu, kayu mudah rosak dan busuk, terutamanya jika ia bersentuhan dengan air
untuk waktu yang lama. Kemudian bersama dengan revolusi perindustrian, memulakan
kapal berasaskan besi dihasilkan. Walau bagaimanapun, jenis kapal ini tidak boleh
bergerak dengan cepat dan estetik tidak kelihatan cantik. Kapal layar dan bot laju
dilahirkan kerana keperluan untuk bergerak meningkat dengan cepat.

ii. Paip

Pada mulanya, paip itu diperbuat daripada timah atau plumbum (Pb) Penggunaan
paip adalah untuk mengalirkan bendalir dari satu tempat ke tempat lain. Oleh kerana
tahap toksisiti timah yang tinggi jika ia disalirkan cair, lebih banyak pengeluar paip kini
beralih ke bahan lain untuk menghasilkan paip. PVC atau Polyvinyl Chloride lebih biasa
digunakan sebagai bahan paip, tetapi terdapat juga pengeluar yang menggunakan gentian
kaca sebagai bahan mentah mereka. Perubahan ini juga disebabkan kerana bahan plastik
lebih ringan, tidak menghakis dan mudah dipasang.
23

iii. Kotak Penghantaran/Kotak Kereta

Ia mungkin berbunyi sedikit pelik tetapi jika bercakap tentang perkhidmatan


penghantaran makanan segera, perkhidmatan kurier / pakej, kita mesti segera
mengenali motosikal dengan sebuah kotak yang menanggungnya. Kotak ini adalah
salah satu produk gentian kaca yang seterusnya, yang dikenali sebagai kotak
penghantaran.

Kelebihan mempunyai kotak penghantaran berbanding kotak kayu biasa, kotak


plastik atau rak yang dilindungi di terpal adalah dua perkara. Dari segi estetika kotak
penghantaran gentian kaca, ia kelihatan lebih cantik dan menarik perhatian, ia juga
boleh dibentuk seperti yang dikehendaki oleh pelanggan; contohnya dalam bentuk
lambang syarikat, sesuatu yang lucu atau bentuk yang mudah untuk diingat oleh
orang

iv. Booth dan Gerai Besar

Kebanyakan gerai sekarang menggunakan salah satu produk fiberglass yang paling
biasa yang dijumpai di pusat membeli-belah. Lihatlah vendor makanan kecil di pusat
membeli-belah. Jika mereka menjual di meja yang cerah dan unik, itu diperbuat daripada
gentian kaca. Ini jenis gerai berhenti yang lebih mudah bergerak kerana ia lebih ringan
dari meja yang diperbuat daripada kayu atau besi, dan lebih mudah untuk dibentuk.
24

v. Kapal Terbang

Bahan gentian kaca adalah satu jenis bahan komposit serat yang mempunyai
kelebihan kuat tetapi masih ringan. Walaupun tidak sekata dan ringan seperti bahan
serat karbon, gentian kaca lebih berdaya tahan dan lebih murah di pasaran.
Fiberglass biasanya digunakan untuk bahan pembuatan pesawat

vi. Dalaman Kereta

Material komposit itu sendiri adalah material yang terdiri dari dua komponen
yaitu penguat (reinforcement) berupa serat dan pengikat (matrix) berupa plastik,
sehingga menghasilkan kombinasi sifat yang kaku, kuat dan ringan (Untuk
mempelajari material komposit secara umum. Dengan ini ia dapat digunakan untuk
mencipta dalaman kerta.

vii. Bumbung

Dalam komposit fiberglass, komponen penguat adalah serat kaca. Kaca yang kita
tahu setiap hari mempunyai ciri-ciri yang mudah retak dan pecah, ini disebabkan
oleh kekerasan permukaan kaca yang terlalu tinggi, menjadikannya lebih mudah
untuk proses penyebaran keretakan pada permukaan kaca walaupun dengan sedikit
kecacatan atau beban. Untuk mengelakkan retakan awal atau kecacatan pada
permukaan kaca, kaca diperbuat daripada benang yang sangat nipis dengan diameter
kira-kira 5-25 mikrometer.
25

viii. Dinding Penebat

Memasang dinding penebat gentian kaca di loteng mungkin menjadi pekerjaan


asas, tetapi bahan itu sendiri sangat mengejutkan. "Dengan gentian kaca, anda dapat
menjaga semua sifatnya - termal, kimia, dan mekanikal.Ketika gentian kaca ditenun
menjadi roll atau batt, mereka menjeblos berjuta-juta beg udara kecil dan tidak
teratur.. Poket ini berfungsi bersama untuk melindungi tiga bentuk gerakan kuasa:
aliran (tenaga bergerak melalui angin), pergolakan (tenaga bergerak melalui gas atau
cecair), dan radiasi (pergerakan tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah, seperti
cahaya)

ix. Tangki Air

Bahan gentian kaca adalah sangat terkenal dan kuat dan sememangnya banyak
permintaan ramai kerana banyak kelebihannya. Walau bagaimanapun, masih terdapat
banyak orang yang tidak tahu bagaimana membuat barangan berasaskan serat,
terutamanya tangki air serat yang banyak digunakan oleh ramai orang. dalam pembuatan
gentian kaca terdapat 3 peringkat yang mesti diluluskan, iaitu, pertama membuat acuan
induk, membuat kedua hasil fiberglass dan penamat terakhir yang merupakan
peningkatan proses sebelumnya. Dalam hal ini, misalnya membuat tangki air fiber.
26

BAB III

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Tinjauan yang dilaksanakan adalah untuk memeriksa dan menganalisis


keberkesanan pembaharuan yang diberikan pada penutup longkang di sekitar parking
lot kuantan. Hasil kajian yang dilakukan akan menilai keberkesanan produk dalam
penyelesaian pernyataan masalah yang ditujukan. Lokasi kajian yang dipilih adalah
lot parking yang terletak di Kuantan, Pahang. Ujikaji yang terlibat dalam inovasi ini
adalah Ujian Kekuatan

3.2 Rekabentuk Kajian

Carta alir perincian projek adalah seperti Rajah 3.1 bermula dengan tajuk
iaitu Penutup Longkang dengan campuran Fiberglass dan Botol Plastik. Inovasi ini
27

melibatkan satu ujikaji iaitu ujian Kekuatan. Penutup longkang yang akan dibuat
mengandungi kandungan fiber glass sebanyak 90% dan botol plastic sebanyak 10%.

PENGUMPULAN DATA
DAN MAKLUMAT

PROSES MEREKA BENTUK


PRODUK

PENYEDIAAN BAHAN

PENYEDIAAN
ACUAN KAYU

PELAPISAN FIBER
GLASS

SUSUN PELAPISAN
BOTOL PLASTIK

PENUTUP LONGKANG SIAP

BENDING STRENGTH TEST

ANALISIS DATA

CADANGAN

KESIMPULAN

Rajah 3.1: Carta Alir Perincian Projek


28

3.3 UJIKAJI DI MAKMAL

3.3.1 Ujian Kekuatan (Bending Strength)

Ujikaji ini dilakukan untuk menguji kekuatan produk yang dibuat. Ini bagi
mengenalpasti produk yang dibuat dapat digunakan. Ujian ini akan mengenalpasti
kekuatan produk terhadap beban atau daya yang akan dikenakan keatas produk.
Rajah 3.2 menunjukkan ujikaji kekuatan lenturan ( bending strength )

Rajah 3.2 Ujikaji Kekuatan Lenturan

.
3.4

Tajuk Inovasi : Drain cover use glass fiber & plastic bottle material

Jabatan : Kejuruteraan Awam


Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Carta Gantt

Tempoh(Minggu/Bulan)
No Penerangan Tugas NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MAY JUNE JULAI OGOS SEPTEMBER OKT
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
A Semester pertama
1 Pemilihan Tajuk dan Objektif
2 Semakan Pertama Proposal
3 Pengesahan Proposal
4 Pebentangan
5 Perbincangan Selepas Pebentangan Proposal
6 Pembuatan Acuan dan Proses Pembuatan

B Semester Kedua
Disember 2018 dan berakhir pada sesi Jun 2019.

7 Ujian Makmal:Ketahanan
(a)Mampatan
8 Pengesahan Data
9 Keputusan Analisis
10 Penulisan tesis/Laporan Berterusan/Jurnal

Rajah 3.5: Carta Gantt Projek


11 Penyerahan
12 Tesis Penilaian Panel
13 Pembetulan Tesis/Penyerahan

Jadual semester
Perancangan kerja
Pebentangan
Tambahan
dengan campuran Fiberglass dan Plastik Botol.. Inovasi ini bermula pada sesi
Rajah 3.5 menunjukkan carta gantt inovasi yang bertajukPenutup Longkang
29
30
31

RUJUKAN

PakLang,( Friday, January 14, 2011) Bahan-bahan yang digunakan On-line D.I.Y
BoatBuilding (Bahasa Melayu) http://boatsendiribuat.blogspot.com
/2011/01/kerjakerjafiberglass.html?showComment=1427898906134&m=1#c509
286468329582 4530

krizalid2411 on Jan 03, 2013 Fungsi Penutup Longkang Copyright: Attribution Non
Commercial (BY-NC) https://www.scribd.com/doc/118817230/Sistem-Longkang

Noor Atiqah Sulaiman (Sabtu, 19 January 2019 @ 11:35 AM) kes kecurian Harian
Metro https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/413712/pencuri-besi-
longkang-diburu

Kandau Sidi (Ahad, 4 Februari 2018 | 12:47pm) kemalangan yang terjadi Hak Cipta
Terpelihara © 2019 - BHOnline https://www.google.com/amp/s/
www.bharian.com.my /berita/nasional/218/02/84345/warga-emas-nyaris-jadi
-korban-penutup-longkang/amp

Dr. Andrzej Fertala, 2019 Bending Test Test Resources,


https://www.testresources.net/applications/test-types/bend-test
32

Yosri 12:12, 13 Mac 2007 konkrit-wikipedia


https://ms.wikipedia.org/wiki/Konkrit

Anda mungkin juga menyukai