Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Dalam pembinaan sesebuah rumah, pihak pemilik adalah orang pertama yang perlu
membuat persediaan terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk melantik pengurus projek
untuk membina rumah tersebut. Pengurus projek adalah kontraktor merangkap konsultan
kepada pihak pemilik untuk membina rumah tersebut.

Untuk projek ini, kontraktor telah memilih untuk menggunakan Sistem konvensional
iaitu sebuah sistem yang biasa digunakan oleh pihak pemilik, arkitek, perunding dan
kontraktor. Kaedah ini sering digunakan dalam pembinaan rumah pangsa kos rendah
disebabkan kos yang lebih rendah dan realistic. Konsep kaedah pembinaan lama yang masih
menggunakan acuan papan dan tupang untuk menahan tiang dan rasuk serta konkrit.

Kaedah konvensional ini biasanya menggunakan jentera-jentera berat dalam kerja


pembinaan jalan. Di antara jentera-jentera yang digunakan di dalam pembinaan rumah adalah
jentera pengangkut, jentera pengorek tanah,jentera penolok tanah,jentera pemampat, logi-logi
kerja konkrit serta peralatan dan kelengkapan lain.Kaedah ini juga amat terkenal di mana-mana
jua kerana pembinaannya tidak memerlukan masa penyiapan yang panjang.

Seterusnya, peringkat pembinaan rumah adalah merangkumi kerja-kerja penyediaan


tapak bina termasuk pembinaan sruktur dan kerja melengkapkan kemudahan asas projek.
Sktruktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain
dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang
berupaya menanggung beban yang dijangkakan.

Pembinaan struktur terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

i. Persediaan untuk membina


ii. Kerja tanah
iii. Pembinaan substruktur
iv. Pembinaan superstruktur
1.1 PERSEDIAAN MEMBINA RUMAH

2. Pihak pemilik perlu melantik kontraktor yang berdaftar dan peguam yang mahir
berurusan dengan LLPSA.
3. Arkitek akan membuat pelan rekabentuk rumah berdasarkan persetujuan pihak pemilik
dan kontraktor.
4. Pihak pemilik , kontraktor atau peguam perlu menghantar borang permohonan ke
pejabat penilaian dan LLPSA.
5. Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat kelulusan LLPSA,
lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

1.2 KERJA TANAH

Dalam usaha melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan awam, kerja tanah merupakan


salah satu operasi yang penting dalam pembinaan. Kerja ini perlu diberi perhatian yang khusus
bagi menjamin kestabilan sesebuah struktur binaan yang akan dibina di atasnya nanti. Kerja
tanah merupakan kerja awalan sebelum pembinaan sesuatu bangunan dapat dijalankan.
Dalam binaan bangunan, kerja tanah merujuk kepada penyediaan aras pembentukan
seperti yang dikehendaki dalam lukisan tapak yang telah disediakan. Aras pembentukan yang
dimaksudkan ialah aras tanah yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menambun
tapak bagi menempatkan bangunan yang dicadangkan.

Oleh yang demikian, kerja tanah ini bergantung sepenuhnya pada keadaan tapak jika
dibandingkan dengan aras pembentukan. Sekiranya tapak tersebut mempunyai aras yang sama,
maka kerja tanah tidak perlu dijalankan. Hal ini demikian kerja tanah hanya perlu dilakukan
jika tapak tersebut mempunyai aras yang lebih tinggi daripada aras pembentukan, maka kerja
penambunan pula diperlukan dalam situasi seperti ini.
2.0 LAKARAN PELAN RUMAH

Rajah 2.0 Pelan Tapak

Rajah 2.1 Pelan Lantai


2.1 LAKARAN SUDUT PANDANGAN

Rajah 2.2 Sudut pandangan hadapan

Rajah 2.3 Sudut padangan sisi


Rajah 2.4 Sudut pandangan belakang

2.2 LAKARAN SUDUT PANDANGAN DALAMAN

Rajah 2.5 Sudut pandangan cut-away

Setelah arkitek telah membuat lakaran pelan rumah, kontraktor akan memulakan kerja
kerja pembinaan substruktur dan pembinaan superstruktur mengikut pelan tapak yang telah
dipersetujui oleh pihak pemilih. Segala kerja kerja pembinaan mestilah mengikut ukuran dan
rekabentuk yang dibuat dalam pelan.
3.0 JENTERA YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBINAAN

Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal merupakan satu alatan yang penting pada
masa kini kerana ianya memudahkan kerja-kerja pembinaan. Jentera yang digunakan pada
masa kini juga merupakan satu perkembangan dalam kemajuan sesetengah negara. Pemilihan
peralatan jentera mestilah sesuai dengan keadaan tapak pembinaan kerana terdapat beberapa
perkara yang perlu dipertimbangkan seperti kos modal, jangka hayat dan keupayaan peralatan
tersebut. Bagi kenggunaan jentera dalam pembinaan pula, ianya dapat diketegorikan kepada
kaedah kerja serta penggunaan jentera seperti penggalian, pengangkat, pengangkut dan
pembancuh. Bagi projek pembinaan rumah kami ini terdapat beberapa jentera yang digunakan
semasa pembinaan dijalankan. Antaranya ialah :

3.1 Jentera Penggali (excavator)

Jentera penggali atau excavator ini merupakan salah satu daripada peralatan pembinaan
yang lebih besar dimana ianya mempunyai banyak kegunaan untuk kerja-kerja yang berbeza.
Salah satu ciri jentera penggali ini adalah keupayaannya untuk memutarkan casis dan ledakan
sebagai satu unit 360 darjah. Jentera penggali ini digunakan terutamanya di tapak industri dan
komersial, di mana ianya melakukan pelbagai kerja termasuk menggali lubang dan parit,
mengangkat dan penempatan, landskap dan perobohan dengan lampiran yang betul. Jentera
penggali ini menggunakan lampiran hidraulik yang berbeza seperti pemutus, bergelut, auger
dan coupler cepat. Jentera ini membolehkan pelbagai kaedah menggali untuk digunakan di
hampir mana-mana tapak pembinaan. Jentera penggali merupakan peralatan yang ideal untuk
beban kerja sederhana dan berat.

3.2 Backhoe

Backhoe merupakan jentera yang jauh lebih kecil daripada penggali atau excavator dan
merupakan traktor standard yang menyokong lengan yang terdiri daripada dua segmen iaitu
tiang dan boom. Jentera Backhoe ini hanya mempunyai putaran 200 darjah radius ke kanan dan
kiri berbanding dengan excavator yang dapat diputar 360 darjah. Jentera Backhoes adalah
peralatan yang sangat fleksibel yang menggunakan lampiran yang berbeza untuk melakukan
pelbagai pekerjaan seperti menggerudi lubang dalam, menggali parit dalam pelbagai saiz dan
membawa alatan dan barangan berat. Jentera ini biasanya digunakan dalam sektor pertanian
dan tapak perindustrian yang sangat sesuai untuk kerja-kerja ringan dan sederhana. Jentera ini
juga sesuai untuk projek pembinaan rumah kami.

3.3 Jentera Pengangkut

Bagi jentera pengangkut pula ianya sangat penting untuk mengangkut bahan-bahan seperti
tanah, konkrit, simen, bata, kayu papan dan sebagainya ke tapak pembinaan. Bahan-bahan ini
diangkut dan dipindahkan dari dalam dan luar tapak binaan menggunakan jentera seperti lori,
trak, pembuang (dumper tipper ) dan penghantar (conveyor). Namun dalam pembinaan rumah
kami ini, hanya lori dan dumper tipper yang digunakan untuk mengankut bahan-bahan tersebut.
Lori dan Trak Merupakan jentera pengangkut yang paling banyak digunakan dalam industry
binaan dengan keupayaan muatan yang berbeza berbeza bergantung kepada kerja yang
dikendalikan.

3.4 Jentera Pembancuh Konkrit

3.4.1 Trak Penggaul Konkrit

Trak penggaul konkrit merupakan jentera yang direka khas dilengkapi dengan dram
penggaul yang berputar satu atau dua pusingan setiap minit untuk mengelakkan konkrit
daripada mengeras dalam perjalanan ke tapak binaan. Sebelum konkrit tersebut dikeluarkan,
dram penggaul berpusing lebih cepat dari 10 hingga 15 pusingan dalam masa seminit dan
konkrit dituang melalui pengelunsur yang disediakan. Muatan dram adalah antara 4 hingga
6m3 dan mengambil masa tuangan selama 30 minit. Selepas konkrit dikeluarkan dram
penggaul dibersihkan dengan air.
3.4.2 Tilting Drum Mixer

Pembancuh jenis ini mempunyai drum mixer yang boleh dipusingkan kekiri dan
kekanan dan mempunyai pengunci yang boleh diubah-ubah bagi menentukan ketinggian mulut
drum semasa kerja-kerja membancuh dijalankan. Pembancuh yang agak besar seperti 10 : 7 T
biasanya mempunyai hopper untuk mengisi dan memasukkan bahan-bahan konkrit kedalam
drum. Didalam drum mesin ini terdapat “blades” yang diperbuat daripada besi yang digunakan
sebagai pengaul bahan konkrit didalam drum. Bagi sesetengah pembancuh yang lebih moden
pula air dimasukkan secara automatik dari tangki khas yang terdapat pada pembancuh itu.
Mesin ini digunakan dalam pembinaan yang berskala kecil sahaja.
4.0 Langkah Langkah Untuk Pembinanan Rumah.

Antara langkah dalam menghasilkan projek pembinaan rumah ialah, pertama kita
haruslah penyediaan tapak pembinaan yang sesuai. Penyediaan tapak pembinaan yang sesuai
ini penting dalam kerja kerja pembinaan kerana ia merupakan salah satu faktor yang utama
dalam proses pembinaan. Penyediaaan tapak ini akan dilihat oleh kontraktor atau pemaju sesatu
projek.

Setelah selesai kerja kerja pembersihan tapak, langkah yang seterusnya ialah menyediakan
jenis peralatan mesin dan menyediakan acuan acuan yang diperlukan dalam pembinaan rumah.

Langkah seterusnya, dalam sesuatu pembinaan haruslah dimulakan dengan pembinaan asas
terlebih dahulu iaitu pembinaan konkrik bim. Untuk membina konkrik bim pekerja perlulah
membuat acuan terlebih dahulu dengan menggunakan kayu atau papan lapis.
Setelah selesai menyediakan acuan, untuk menguatkan lagi konkrit tersebut pekerja perlulah
meletakkan keluli tetulang di dalam tiang dan di dalam bim supaya konkrit itu menjadi lebih
kuat dan tahan lasak. Pekerja pula haruslah memasukkan simen ke dalam acuan tersebut.

Selepas beberapa hari simen itu mula mengeras, perkerja perlulah meletakkan pasir ke dalam
tapak petak dengan penuh dan letakkan konkrik ke dalam petak tersebut.

Seterusnya, kerja kerja mengikat bata untuk menghasilkan dinding pula dimulakan dari bawah
iaitu bermula dari bim. Pekerja juga haruslah meninggalkan tempat kosong untuk meletakkan
frame dan pintu rumah semasa proses mengikat bata ataupun semasa mengikat bata tersebut
frame tingkap dan frame pintu dipasang bersama sama dengan mengikat bata tersebut.
Selepas melakukan kerja kerja mengikat bata, pekerja pekerja pula haruslah menyediakan
acuan bim pada bahagian atas. Bim pada bahagian atas dibuat sama sahaja dengan bim
bahagian bawah.

Gambar rajah di bawah menunjukkan proses membuat lantai atas atau dipanggil lantai terampai
boleh dijalankan dengan meletakkan simen. Bagi menguatkan lagi lantai pada bahagian atas
itu, pekerja haruslah memasukkan kelulang telah pada bahagian lantai sebelum meletakkan
konkrik.

Selepas selesai kerja-kerja membuat lantai atas, pekerja pula perlu membuat acuan tangga di
dalam dalam rumah. Gambar rajah di bawah juga menunjukkan kerja kerja membuat acuan
tangga dan kerja kerja buat tangga.

Diikuti dengan kerja kerja measang tiang pada tingkat atas dengan memulakan memasang
acuan tiang dan memasukkan konkrik ke dalam acuan tersebut. Seletah tiang rumah atas itu
keras, kerja kerja mengikat bata pula dijalankan pada bahagian atas.
Setelah kerja kerja mengikt bata semua selesai, pekerja perlu membuat bim pada bahagian atas
iaitu bim yang terakhir.

Kerja kerja pada bahagian atas boleh dimulakan dengan Kerja kerja membuat kerangka pada
bumbung dan kerja kerja memasang atap. Kerangka pada bahagian atas ini mengunakan stail
kerana dengan menggunakan stail ini tahan lasak tidal diserang oleh serangga perosak.
Gambar rajah dibawah menunjukkan, pekerja sedang membuat laluan elektrik dan laluan air
paip. Setelah selesai membuat saluran paip dan saluran elitrik kerja kerja menampal simen atau
dipanggil plaste simen haruslah dijalankan. Plaster simen hanya dibuat menggunakan simen,
pasir dan air. Pekerja perlu melakukan plaster di luar rumah dan dalam rumah.

Gambar rajah di bawah menunjukkan kerja-kerja memasang saluran eletrik

Gambar rajah di bawah menunjukkan kerja kerja memplasterkan simen dinding.

Selesai kerja kerja memplasterkan dinding. Kerja kerja memasang syiling pula haruslah
dijalankan. Sebelum memasang siling, pekerja perlulah membuat kerangka siling supaya siling
itu dapat dipaku dan dapat dilekat dengan kayu.
Siling yang telah siap dipasang bolehlah di cat dan diikuti dengan kemasan iaitu mengacat
rumah didalam dan diluar rumah. Kerja-kerja mengecat haruslah dimulakan dengan cat asas
iaitu cat yang berwarna putih dan diikuti dengan cat warna.

Selepas itu, kerja-kerja kemasan pula akan dilakukan seperti memasang jubin pada lantai dalam
rumah ataupun luar rumah.
Gambar rajah di bawah menunjukkan pekerja sedang memasang tingkap dan pintu rumah pada
frame. Pintu, tingkap dan frame yang telah siap dipasang perlu dicat dengan cat kayu.

Selepas selesai kerja kerja kemasan, pekerja perlu memasang paip dan elektronik.

Setelah siap menjalankan kerja kerja memasiang, selepas itu lakukan pemasangan semula pada
bahagian berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai