Anda di halaman 1dari 48

1.

1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap para pelajar
sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma. Setiap pelajar perlu lulus
latihan industri bagi melayakkan para pelajar untuk dianugerahkan diploma. Latihan industri adalah
merupakan salah satu corak pembelajaran di mana para pelajar politeknik di semester empat dan
semester enam akan menjalani latihan industri selama 20 minggu. Latihan industri ini adalah wajib
untuk dijalani oleh pelajar politeknik semester enam untuk kursus Diploma Kejuruteraan Awam
bagi Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Untuk menjalani latihan industri ini, pelajar-pelajar akan
ditempatkan ke syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang-bidang kejuruteraan awam samada
syarikat swasta mahupun kerajaan yang telah dipohon oleh pelajar-pelajar itu sendiri ataupun yang
telah ditetapkan oleh pihak pengurusan politeknik. Dasar utama yang ada dalam program latihan
industri ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar suapaya mereka dapat
merasai sendiri bagaimana rasanya situasi alam pekerjaan yang sebenar.

Di samping itu, para pelajar juga akan mengetahui bagaimana keadaan di tempat kerja serta
kerja-kerja yang akan dilakukan bagi mempraktikkan dan memahirkan lagi apa yang telah dipelajari
selama tempoh berada di politeknik. Pengalaman ini adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar
apabila mereka sudah menamatkan pengajian di polieknik kelak.

Pendedahan yang selalu ditekankan sewaktu latihan industri ini ialah untuk meningkatkan
lagi pengetahuan para pelajar di dalam bidang-bidang kemahiran dan juga teknikal yang berkaitan
dengan bidang yang telah dipelajari sewaktu di politeknik. Di samping itu, latihan industri juga
dapat menanamkan semangat bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik sesama pekerja
ataupun majikan. Latihan industri juga dapat memberikan pengetahuan yang lebih mendalam
mengenai kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini. Secara keseluruhannya, latihan industri
ini juga banyak membantu pihak politeknik dalam sistem pembelajaran. Hal ini kerana pihak
politeknik sendiri tidak dapat menyediakan alatan yang lengkap bagi tujuan pembelajaran
sepenuhnya memandangkan kos pembiayaan yang tinggi dan perubahan-perubahan teknologi
sentiasa berkembang pesat dari masa ke semasa. Selain itu, para pelajar juga dapat melihat sendiri

1
perkaitan di antara teori yang telah dipelajari di dalam kelas dengan praktikal yang dijalani sewaktu
berada di makmal-makmal dan kelas. Ini juga dapat memberikan pendedahan kepada pelajar supaya
menceburi bidang-bidang yang mencabar dan memerlukan ketabahan serta tanggungjawab yang
tinggi bagi menjayakan sesebuah organisasi itu sendiri.

Dari sudut kerohanian, para pelajar yang menjalani latihan industri ini dapat melatih diri
sebagai pekerja yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan ataupun arahan.
Sikap tersebut juga dapat membantu diri sendiri sebagai seorang pekerja yang berjaya dan
berkaliber. Jika dipandang dari sudut lain, latihan industri ini merupakan satu objektif yang tepat
bagi mencari penyelesaian bagi sesuatu perkara khususnya yang berkaitan dengan pekerjaan.

Justeru itu, latihan industri juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sendiri
perbezaan antara teori dan latihan praktikal yang dijalankan sendiri oleh pelajar ketika berada di
firma. Segala cabaran yang diterima semasa latihan industri akan mengukuhkan lagi keyakinan
pelajar terhadap pekerjaan yang bakal dijawat selepas tamat tempoh pengajian disamping memberi
rangsangan serta minat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian kelak.

2.1 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah salah satu latihan yang wajib dijalani oleh semua pelajar atau
mahasiswa di sesuatu organisasi atau institut pengajian tinggi dalam tempoh tertentu supaya para
pelajar dapat mempelajari ilmu baru dan mendapat banyak pengalaman bekerja. Dengan cara ini,
para pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran yang dipelajari di institusi serta mempertingkatkan
lagi kemahiran dan mempelajari banyak perkara. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan kepada
para pelajar mengenai suasana pekerjaan yang sebenar di sesuatu organisasi atau firma. Secara
amnya, objektif latihan industri adalah seperti berikut :

i. Memberi pendedahan kepada pelajar di alam pekerjaan.

2
Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan diberi pendedahan dengan perkara yang baru bagi
pelajar iaitu dengan suasana sebenar di tempat kerja yang sama sekali berlainan jika dibandingkan
dengan politeknik sebagai tempat mendalami ilmu pengetahuan. Banyak kemahiran baru yang
diperolehi dapat menambahkan kemahiran pelajar semasa menjalani latihan industri.

ii. Membentuk disiplin pelajar melalui peraturan keselamatan.

Keselamatan dalam industri merupakan perkara yang paling penting dan dititikberatkan kepada
semua pekerja. Mematuhi keselamatan tidak harus dipandang ringan serta mudah kerana
kebanyakan peralatan yang digunakan di sektor industri adalah berbahaya dan boleh mendatangkan
kecederaan yang teruk kepada seseorang malahan juga boleh menghilangkan nyawa pekerja
tersebut. Dengan mematuhi peraturan keselamatan semasa menjalani latihan industri ini, para
pelajar juga dapat meyakinkan diri dalam menghadapi cabaran yang akan ditempuhi semasa alam
pekerjaan serta mengawal diri dalam pelbagai situasi mencabar sewaktu melakukan kerja.

Antara objektif latihan industri yang lain adalah seperti berikut;

a) Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar alam pekerjaan.

b) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek


praktikal atau sebaliknya.

c) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja industri.

d) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

3
e) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.

f) Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam sistem latihan Industri.

g) Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipelajari di


Politeknik untuk dipraktikkan semasa latihan industri.

h) Membina personaliti individu secara berpasukan, amanah, berkeyakinan dan


bertanggungjawab.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa latihan industri ini adalah amat penting kepada para
pelajar kerana ia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk dan mewujudkan
pelajar-pelajar lulusan dari politeknik yang berpengetahuan luas, berdisiplin tinggi, mahir dalam
segala bidang serta mempunyai akhlak yang mulia dan keyakinan diri yang tinggi. Dengan yang
demikian, ia akan dapat menjamin serta meningkatkan lagi mutu pendidikan yang diterapkan
dikalangan pelajar politeknik di seluruh Malaysia ini dan menjamin tenaga kerja yang mahir,
berkualiti dan terbaik bagi pembangunan ekonomi negara kita.

1.3 Objektif laporan latihan industri

Objektif laporan latihan industri ini adalah bertujuan supaya menjadi satu bukti
menunjukkan pelajar telah menjalani latihan industri mengikut prosedur, kesesuaian dengan bidang
yang dipelajari oleh pelajar di kampus dan komitmen pelajar terhadap latihan industri. Laporan
yang baik dan lengkap dapat dijadikan panduan semasa melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar
serta boleh digunakan dalam temuduga kerjaya. Laporan ini akan mendokumentasikan aktiviti kerja
pelajar-pelajar sepanjang tempoh latihan yang dijalankan. Pensyarah dan juga penyelia syarikat
dapat menilai prestasi pelajar semasa mengikuti latihan ini melalui buku laporan harian dan juga
laporan rasmi.

4
Selain itu, laporan latihan industri bertujuan melatih pelajar menguasai kemahiran dalam
menghasilkan satu bentuk laporan yang berkaitan dengan kerja-kerja praktikal yang dilakukan oleh
pelajar dalam menepati format laporan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Laporan
ini juga dijadikan sebagai satu kaedah penilaian ke atas pelajar sepanjang latihan industri
dijalankan. Antara objektif lain penyediaan laporan industri ialah :
i. Sebagai bukti bahawa pelajar telah menamatkan latihan industri dengan jayanya.

ii. Boleh dijadikan sumber rujukan di masa akan datang.

iii. Merupakan salah satu syarat wajib untuk lulus latihan industri.

iv. Untuk melatih pelajar dalam menghasilkan sebuah laporan yang lengkap berlandaskan
format yang sebenar kerja berkenaan dengan latihan yang dijalankan.

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Secara amnya, terdapat pelbagai kepentingan yang dapat dipelajari oleh semua pelajar
sepanjang menjalani latihan industri yang dianjurkan oleh Politeknik selama tempoh tertentu. Hal
ini bergantung kepada kesungguhan pelajar itu sendiri untuk memanfaatkan peluang yang telah
sedia ada ini. Para pelajar juga turut dapat mendalami dengan lebih mendalam tentang teori yang
telah dipelajari semasa proses pembelajaran dan seterusnya mempraktikkan segala teori yang ada
dengan segala situasi samada secara langsung ataupun tidak langsung semasa mengendalikan
sesuatu proses atau mengendalikan sesuatu kerja di firma yang memerlukan kemahiran yang
tertentu untuk melaksanakannya. Dengan pengalaman dan tunjuk ajar daripada pekerja yang mahir
dan berpengalaman, dapatlah memudahkan pelajar itu untuk menceburi diri dalam bidang pekerjaan
yang akan ditempuhi kelak.

Latihan industri juga adalah penting kepada para pelajar untuk mengikutinya kerana ia akan
memberi pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperolehi semasa di Politeknik.
Selain itu, ianya juga merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk layak mendapat penganugerahan diploma.
5
Latihan industri juga memberi sedikit sebanyak pengalaman selama satu semester. Para
pelajar akan dapat mempelajari erti kehidupan serta tanggungjawab dalam pekerjaan dalam bidang
masing-masing.

1.5 Falsafah Latihan Industri

Konsep mengadakan latihan industri telah diasaskan kepada tiga perkara yang secara
langsung merangkumi falsafah pendidikan politeknik. Kesimpulan falsafah ini ialah :

i. Setiap pelajar mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar.

ii. Pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan yang penting dalam mengubah
status sosio ekonomi.
iii. Sesuatu kejayaan hanya akan dapat dicapai ke tahap yang paling optimum melalui
penimbaan pengalaman yang secukupnya.

1.6 Matlamat Latihan Industri

Berdasarkan falsafah di atas, matlamat latihan industri telah diwujudkan untuk :

i. Mengeluarkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan kerohanian dalam
teknologi,mekanikal dan pengurusan yang selaras dengan matlamat wawasan 2020.

ii. Membentuk dan memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan di kalangan
pelajar melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan disiplin supaya mereka dapat menjadi
pemimpin yang cekap, berdisiplin dan produktif sambil menyedari hakikat perlunya
mengimbangkan pembangunan dengan meninggikan taraf hidup masyarakat.

6
iii. Menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan yang boleh berdikari.

1.7 Strategi Latihan Industri

Matlamat-matlamat di atas akan dilaksanakan melalui strategi-strategi berikut :

i. Mendedahkan para pelajar kepada pengalaman bekerja melalui latihan industri untuk
membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar dengan lebih
cepat.

ii. Menggalakkan para pelajar untuk menimba sebanyak pengalaman melalui lawatan ke tapak
binaan dan menyertai mesyuarat tentang projek yang dijalankan oleh organisasi latihan.

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan organisasi

7
LMP Geotechnic Sdn. Bhd. merupakan syarikat kontraktor yang mempunyai kepakaran yang
khusus terutamanya dalam bidang kejuruteraan geoteknik, struktur dan asas cerucuk. Syarikat ini
telah ditubuhkan pada bulan Mei tahun 2011. Syarikat ini juga diketuai oleh kumpulan-kumpulan
yang mempunyai kepakaran sepenuhnya dalam bidang geoteknik, struktur dan asas.

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB). Syarikat ini juga sedang menjalankan Projek Membina dan
Menyiapkan Kerja-kerja Penyambungan LRT Laluan Ampang(LRT Ampang Line Extension
Project) dari Sri Petaling ke Putra Heights. Projek ini merupakan sebuah projek di bawah Syarikat
Prasarana Negara Berhad.

2.2 Carta Organisasi

8
2.3 Misi syarikat

i. Untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian yang berkaitan dengan bidang


kejuruteraan geoteknik yang inovatif serta efektif dari segi kos.

ii. Sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang dalam bidang
geoteknikal dan specialised structures.

iii. Untuk menubuhkan hubungan jangka panjang yang lebih progresif dengan semua
stakeholders.

2.4 Skop kerja syarikat

Jadual 2.1 : Senarai skop kerja yang dilakukan oleh syarikat

Geoteknikal dan Asas Struktur khas

Cerucuk terjara (bored pile) Basement construction


9
Contiguous bored pile Guideway pier construction
Micropiling Struktur keluli sementara
Soil nailing Wharf construction
Jet grouting Highrise building
Hand-dug caisson
Tube a-manchette grouting

2.5 Senarai projek

Jadual 2.2 : Senarai projek yang telah siap dan masih berjalan

Project Contract Value ( Date


No Description
Employer RM) Complete
1 Projek Pembinaan Bangunan 92 Kementerian 3,351,475,.69 Oct-2009
Anggota Tentera Cawangan Khas Pertahanan
(ATCK), Kem Genting , Klang, Malaysia
Kuala Lumpur Bore Piling
Works.
2 Proposed Eastern Dispersal Link MRCB 53,166,200.00 Aug-2010
(EDL) Johor Bahru Foundation Engineering
Works. Sdn. Bhd.
3 Pilot Scheme For Development Brunei 18,418,832.40 May2010
Of 2000 Houses Within 24 Economic
Months For The National Development
Housing Scheme Of Brunei Board
Darussalam Water Supply
Facilities.
5 Construction And Completion Of Sunsea 12,981,073.50 Aug2010
Earthworks, Piling Works, Development
Pilecaps, Basement Slab & Sdn. Bhd.
Basement Retaining Wall For The
Proposed Commercial
Development on T.L 01755187 at
Jalan Tun Fuad Stephens, Kota
Kinabalu, Sabah.

10
6 Proposed Development Of New Malaysia 5,000,000.00 Dec2011
KLIA 2 & Associated Works at Airport
KLIA Sepang, Selangor Holding Bhd.
Temporary Shoring System.
7 Construction & Completion Of Raktyat Elite
The Proposed 13-Storey Plaza Sdn. Bhd.
Merdeka Commercial
Complex/Hotel, Kuching ,
Package 3- Basement
Package 4- Superstructures

48,364,361.71 Nov2011

93,365,569.48 Jun2012
8 Proposed Extension Of LRT Syarikat 140,236,112.11 Feb2013
System From Kuala Lumpur Prasarana
Facilities Works (Package A) For Negara Sdn.
The Ampang Line Project Bhd.
Foundation & Substructures
Works
9 Construction & Completion of Syarikat 170,739,752.16 IN
Facilities Works Including Prasarana PROGRESS
Fabrication & Delivery of Negara Sdn.
Segmental Box Girders (Package Bhd
B) for the Ampang Line Extension
Project Foundation &
Substructures Works
10 Cadangan Pembangunan 1 Blok Bina Puri 193,000.00 June2012
Kondominium 20 Tingkat Yg Construction
Terdiri Daripada138 Unit Sdn. Bhd.
Kondomium Degan Ruang
Kemudahan Termasuk 3 Tingkat
Tempat Letak Kereta, Kedai,
Pejabat Pengurus, Pencawang
Elektrik, Bilik M&E, Surau,
taman Permainan, Kolam Renang,
Pondok Pengawal & Pusat
Pembuangan Sampah Di Atas PT
79673, Batu 14, Puchong, Daerah
Petaling, Mukim Petaling,
Selangor DE (Puri Tower)
Temporary Shoring System

11
11 Cadangan Pembinaan Kompleks Lembaga 208,734,445.17 IN
Perikanan LKIM Di Kg. Tanjung Kemajuan PROGRESS
Bako, Kuching, Sarawak, Secara Ikan
Rekabentuk Dan Bina Melalui Malaysia
Kaedah Private Finance
Initiative
12 Cadangan Pembangunan 2 Blok Medini 17,460,000.00 IN
Pejabat 23 Tingkat Di Atas Lot Development PROGRESS
PTD 187624 ( Plot B9) Mukim Sdn. Bhd.
Pulai, Daerah Johor Bahru, Johor
Darul Takzim ( Medini B9)-
Piling, CBP & Temporary Ground
Anchor
13 Station 01 Mix Development On Brilliant 19,785,905.12 Feb2015
Lot 38568 Off Jalan 1/155B, Corridor Sdn.
Bukit Jalil, Kuala Lumpur Bhd.
Construction And Completion Of
Infrastructure Works Inclusive Of
Main Access Road, Underpass,
Vehicular Box Culvert, CBP Wall,
Surface Carparks, etc.-
Contiguous Bored Pile &
Foundation Pile Works

12
BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Latihan industri boleh dijalankan di jabatan kerajaan ataupun firma swasta supaya pelajar dapat
membezakan suasana kerja yang sebenar dengan suasana di politeknik. Pelajar juga didedahkan
dengan cabaran dan masalah yang akan dilalui setelah bekerja kelak. Setiap pelajar yang menjalani
latihan industri mestilah merekodkan setiap kerja yang terlibat di tempat latihan di dalam buku
laporan harian. Ringkasan mingguan adalah ringkasan bagi kegiatan atau kerja yang dilakukan
semasa menjalani latihan industri.

Sepanjang menjalani latihan industry di LMP GEOTECHNIC SDN. BHD, saya telah
ditempatkan dibawah Operation Department. Tugas utama saya adalah untuk memastikan kerja-
kerja yang terlibat di tapak bina berjalan dengan lancar dan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan.

13
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan industri selama satu semester adalah
diringkaskan seperti berikut :

Waktu kerja biasa : 8.00 a.m 5.00 p.m


Hari bekerja : Isnin Sabtu
3.2.1 Ringkasan aktiviti mingguan

Jadual 3.1 : Ringkasan aktiviti mingguan

Bilang
MINGGU PERTAMA
an
i.
a) Lapor diri dengan penyelia di organisasi latihan.
ii. Mendengar taklimat ringkas mengenai projek yang sedang
berjalan iaitu projek LRT Ampang Line Extension Project.
iii. Memahami kandungan-kandungan yang terdapat pada pelan
lukisan.
b) Diberi penerangan tentang kerja-kerja yang terlibat
iv.
dalam pembinaan bored pile, pile cap, pier dan portal
frame.
c) Mempelajari dan memahami setiap kandungan
v.
yang terdapat dalam method of statement yang berkaitan dengan
kerja-kerja pembinaan asas cerucuk pengorekan (bored pile).

Bilan MINGGU KEDUA


gan
i. a) Melihat kerja-kerja pengorekan tanah untuk strip
footing.
ii. Memantau kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ground
bearing slab termasuk kerja-kerja membuat lapisan keras dan
lapisan lean concrete.
iii. Mempelajari cara-cara pemasangan besi tetulang pada strip
footing dan ground bearing slab.
iv Melihat kerja-kerja konkrit pada strip footing dan ground
. bearing slab .

Bilan MINGGU KETIGA


14
gan
i. Memantau kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ground
bearing slab termasuk kerja-kerja membuat lapisan lean
concrete, pemasangan besi tetulang dan kerja-kerja konkrit.

Bilangan MINGGU KEEMPAT


i. Memantau kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan asas
cerucuk pengorekan (bored pile).
Lokasi : BP 2, BP 1 dan BP 3 (Abutment A) dan BP 2 (Abutment
B).
ii. Mengenalpasti jentera-jentera dan peralatan yang digunakan
dalam pembinaan cerucuk pengorekan.

Bilangan MINGGU KELIMA


i. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan cerucuk
pengorekan (bored pile) pada BP 4 dan BP 5 (Abutment A).
ii. Melihat proses kerja yang terlibat semasa ujian PDA (High Strain
Dynamic Pile Test) dijalankan.
iii. Melihat dan mempelajari cara-cara ujian PIT (Low Strain Dynamic
Pile Test) dijalankan.

Bilangan MINGGU KEENAM


i. Melihat dan mempelajari proses kerja yang terlibat dalam
pembinaan tembok landas, ballast wall dan wing wall.
ii. Melihat kerja-kerja pemasangan besi tetulang, pemasangan kotak
bentuk dan kerja-kerja konkrit pada tembok landas (abutment),
ballast wall dan wing wall.
iii. a) Mempelajari cara-cara membuat lapisan
pengalas (bearing).

Bilangan MINGGU KETUJUH


i. Melihat kerja-kerja pelancaran rasuk (u-beam launching).
ii. Melihat cara-cara pemasangan besi tetulang pada diafragma
(diaphragm).
iii. Melihat kerja-kerja konkrit pada diafragma.
iv. Melihat kerja-kerja penyediaan lapisan asas dan lean concrete
pada papak tuju (approach slab).

Bilangan MINGGU KELAPAN


i. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan papak tuju

15
termasuk kerja pemasangan tetulang dan kerja konkrit.
ii. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan tembok tepi
(parapet wall) dan papak geladak (deck slab).

Bilangan MINGGU KESEMBILAN


i. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ground
bearing slabdan memantau kerja-kerja seperti berikut :
Penyediaan lapisan keras.
Penyediaan lapisan lean concrete.
Pemasangan besi tetulang.
Kerja-kerja konkrit.

Bilangan MINGGU KESEPULUH


i. Membantu QA/QC Engineer mencari dan mengumpul surat-surat
yang berkaitan dengan permasalahan yang berlaku di tapak bina
yang menyebabkan kerja-kerja di tapak bina dihentikan atau
tertangguh (notice of delay).

Bilangan MINGGU KESEBELAS


a) Cuti Tahun Baru Cina (Chinese New Year Break)
- 6 February 2016 to 13 February 2016

Bilangan MINGGU KEDUA BELAS


a) Mencetak kesemua notice of delay untuk dimasukkan ke dalam
fail.
b) Mengemaskini site daily record.

Bilanga MINGGU KETIGA BELAS - MINGGU KEDUA PULUH


n
a) Mengimbas kesemua lukisan kerja bagi Package A.
b) Menamakan kesemua lukisan kerja yang telah diimbas.

16
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL ASAS CERUCUK

4.1 Pengenalan

Asas merupakan suatu bahagian yang penting dalam sesuatu struktur kerana segala beban yang
dikenakan oleh struktur tersebut akan dipindahkan oleh asas ke atas tanah di bawah struktur itu.
Asas dapat dikategorikan kepada asas cetek dan asas dalam yang lebih dikenali sebagai asas
cerucuk. Asas cetek terdiri daripada asas tunggal, asas jalur dan asas rakit manakala asas cerucuk
dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu cerucuk anjakan besar, cerucuk anjakan kecil dan
cerucuk tiada anjakan.

17
Penggunaan asas cerucuk adalah lebih ekonomi dan selamat sekiranya beban yang besar
perlu ditanggung oleh tapak tanah yang mempunyai tegasan galas izin yang rendah ataupun apabila
lapisan tanah yang keras dan padat berada lebih 3 meter di bawah permukaan tanah. Maka,
kekukuhan dan kekuatan sesuatu struktur banyak bergantung kepada rekabentuk asas cerucuk ini.

Asas cerucuk memainkan peranan yang penting sebagai komponen yang utama dalam
memindahkan beban asas melalui strata tanah yang mempunyai keupayaan galas yang rendah
kepada strata tanah atau batu-batuan yang mempunyai keupayaan galas yang tinggi. Dalam keadaan
tanah yang normal, asas cerucuk digunakan untuk menahan daya angkat naik seperti struktur
pelantar luar pantai, asas di bawah paras air bumi atau menara penghantaran asas.

Asas cerucuk juga digunakan di dalam tanah lembut untuk menahan beban ufuk seperti
daya angin dan daya gempa bumi secara lenturan. Tanah yang senang mengembang dan mengecut
iaitu tanah yang sensitif kepada perubahan peratus kelembapan tanah juga memerlukan asas
cerucuk. Selain itu, bagi kerja pembinaan di atas air seperti jeti dan jambatan juga memerlukan asas
cerucuk. Terdapat pelbagai jenis, bentuk, saiz dan bahan yang digunakan untuk asas cerucuk dan
pemilihan untuk menggunakannya adalah bergantung kepada situasi yang spesifik.

4.2 Faktor-Faktor Penggunaan Asas Cerucuk

Penggunaan cerucuk sebagai salah satu elemen yang penting dalam pembinaan sesebuah struktur
telah lama bermula dalam sejarah kejuruteraan awam di dunia ini. Cerucuk digunakan sebagai
penyokong dan alat untuk memindahkan beban daripada struktur ke tanah. Penggunaan asas
cerucuk adalah disebabkan oleh :

i. Kewujudan lapisan galas yang sesuai tidak diperolehi. Tanah di bawah struktur tidak
berfungsi dengan baik atau tidak berupaya untuk menanggung beban yang disebabkan oleh
struktur tersebut apabila asas cetek digunakan.

18
ii. Kebolehmampatan tanah yang boleh menyebabkan enapan yang besar apabila asas cetek
digunakan.

iii. Taburan tanah di bawah permukaan tanah yang tidak seragam.

iv. Untuk tujuan menghalang tindakan daya tujah dari bawah permukaan seperti tindakan
hidrostatik.

v. Untuk mendapatkan suatu strata yang kuat dalam kerja-kerja pengorekan.

4.3 Jenis Jenis Cerucuk

Terdapat pelbagai jenis cerucuk yang digunakan mengikut keadaan tanah dan situasi yang berbeza.
Antara jenis cerucuk yang digunakan adalah seperti cerucuk anjakan besar dan cerucuk tiada
anjakan. Asas cerucuk boleh dibahagikan kepada beberapa klasifikasi yang bergantung kepada
beberapa keadaan. Klasifikasi asas cerucuk boleh dibahagikan mengikut kaedah pemasangan,
keupayaan galas, bahan yang digunakan, fungsi dan juga bentuk.

4.3.1 Cerucuk Anjakan Besar

Cerucuk jenis ini adalah cerucuk yang padu. Penggunaannya boleh menyebabkan anjakan pada
tanah apabila cerucuk dimasukkan ke dalam tanah. Contoh cerucuk yang berada di bawah
klasifikasi ini adalah seperti :

i. Cerucuk terpacu dan tuang disitu

19
ii. Cerucuk pra-tuang / pra tegasan

iii. Cerucuk kayu

4.3.1.1 Cerucuk Terpacu Dan Tuang Disitu

Cerucuk jenis ini amat sesuai digunakan dan panjangnya boleh disesuaikan mengikut permintaan
dan kehendak pengguna dan kesesuaian penggunaannya. Ia juga boleh dipacu dengan hujung tiub
yang tertutup ke dalam tanah dan diisi dengan konkrit mengikut set yang telah ditentukan dimana
tiub tersebut boleh dibiarkan atau dikeluarkan. Ia juga tidak dipengaruhi oleh kesan air.

Keburukan cerucuk jenis ini akan menghasilkan kenaikan lambung tanah dimana ia akan
memberi kesan serta gangguan kepada struktur bangunan yang bersebelahan dengannya. Sekiranya
ruang kepalanya terhad, maka ia tidak dapat dipacu.

4.3.1.2 Cerucuk Pra-Tuang/Pra-Tegasan

Cerucuk jenis ini amat sesuai pada keadaan tanah liat yang lembut, tanah kelodak dan tanah gambut
dan ianya boleh dipacu mengikut set yang ditentukan. Panjangnya boleh menjangkau 27 meter dan
boleh menahan beban sehingga 1000 Kn. Ia tidak dipengaruhi oleh air dan penggunaan bahan untuk
membina cerucuk ini boleh ditentukan dan diperiksa.

Keburukan cerucuk jenis ini ialah ia mudah rosak dan patah akibat pacuan yang kuat. Saiz
cerucuk ini juga tidak mudah untuk diubah dan juga menimbulkan masalah-masalah seperti
penghasilan bunyi yang bising,getaran yang kuat dan anjakan serta tidak sesuai untuk kerja-kerja
pembinaan yang melibatkan diameter yang besar.

20
4.3.1.3 Cerucuk Kayu

Cerucuk jenis ini boleh disambungkan pada titik pacuan yang disediakan. Kebiasaannya panjang
cerucuk jenis ini ialah sepanjang 20 meter dan mampu menahan beban shingga 600 kN. Tanapile,
Bakau dan General Lumber adalah jenis kayu yang boleh digunakan sebagai cerucuk. Kelebihan
cerucuk ini ialah kosnya yang murah disamping ringan dan mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi.

Keburukan cerucuk jenis ini ialah ia mudah mengalami pereputan akibat serangan
organisma perosak dan mestilah bebas daipada segala jenis penyakit yang biasa terdapat pada
semua kayu. Bagi cerucuk bakau, segala cabang-cabang kayu mestilah dibuang tanpa merosakkan
kulit kayu tersebut. Ia juga mestilah diawet supaya tahan terhadap faktor persekitarannya dan
sentiasa berada dalam keadaan lembap apabila berada di tapak bina sebelum ianya ditanam.

4.3.2 Cerucuk Tiada Anjakan

Cerucuk jenis ini terhasil daripada penjaraan atau pengorekan tanah. Tanah akan dikeluarkan
terlebih dahulu semasa menggerudi lubang sebelum konkrit dituang kedalamnya. Proses ini
mengambil masa yang singkat untuk mengelakkan fenomena perlembutan tanah di sekelilingnya.
Cerucuk yang biasa digunakan dapat menampung beban kerja sehingga 10000kN dan panjangnya
lebih kurang 45 meter.

21
4.3.2.1 Cerucuk Terjara Tuang Di-Situ

Cerucuk terjara ini dibentuk daripada penjaraan dan tanah akan dikeluarkan sebelum diisi dengan
konkrit. Saiz cerucuk terjara yang biasa digunakan adalah berjulat di antara 400 1500 mm dalam
ukuran diameter dengan keupayaan menampung beban sehingga 60 100 tan. Cerucuk terjara yang
mempunyai diameter melebihi 600 mm dikenali sebagai cerucuk terjara bergaris pusat besar.

Kelebihan cerucuk jenis ini adalah panjangnya boleh diubah dengan mudah atas kehendak
dan permintaan pelanggan dan kesesuaian penggunaannya. Keadaan dan jenis tanah dapat diperiksa
dengan laporan daripada penyiasatan tapak. Ia juga tidak menghasilkan sebarang bunyi dan gegaran
serta tidak mengganggu struktur bangunan yang berhampiran. Kekurangan cerucuk jenis ini ialah
operasi pembinaan akan terjejas oleh faktor cuaca yang buruk dan aktiviti menjara mungkin boleh
melonggarkan tanah-tanah berpasir atau kelikir. Pengawasan dan penyelian yang ketat diperlukan
semasa aktiviti mengkonkrit. Aliran masuk air boleh merosakkan konkrit dan menimbulkan
gangguan terhadap tanah di sekelilingnya serta merendahkan keupayaan cerucuk tersebut.

4.3.2.2 Cerucuk Mikro

Cerucuk mikro merupakan jenis cerucuk yang berbentuk bulat dan mempunyai diameter kurang
daripada 300 mm iaitu sekitar 100 250 mm. Panjang maksimum cerucuk ini ialah sehingga 60
meter dan ia juga berkeupayaan untuk menanggung beban kerja dalam julat 200 2000 kN. Selain
itu, panjangnya juga berpandukan keadaan sub-permukaan tanah, kekerasan batu dan kapasiti beban
yang akan ditanggung oleh cerucuk.

Kelebihan cerucuk ini ialah ia boleh direkabentuk untuk menanggung daya mampatan atau
tegangan sebagai asas bangunan. Di samping itu, cerucuk mikro juga boleh digunakan untuk kerja-
kerja tupang bawahan dan kecil memandangkan saiznya yang kecil.

22
4.4 Cerucuk Terjara (Bored Pile)

Cerucuk terjara ini dibentuk daripada penjaraan dan tanah akan dikeluarkan sebelum diisi dengan
konkrit. Saiz cerucuk terjara yang biasa digunakan adalah berjulat di antara 400 1500 mm dalam
ukuran diameter dengan keupayaan menampung beban sehinga 60 100 tan. Cerucuk terjara yang
mempunyai diameter melebihi 600 mm dikenali sebagai cerucuk terjara bergaris pusat besar.
Terdapat dua jenis cerucuk terjara berdasarkan kepada kaedah ataupun teknik pengorekan tanah
dalam penempatan konkrit bertetulang iaitu samada pengorekan lubang terjara dengan
menggunakan tangan ataupun alat mekanik.

Cerucuk terjara sesuai digunakan di kawasan yang bertanah keras apabila beban yang tinggi
dikenakan ke atasnya. Cerucuk jenis ini juga tidak menghasilkan sebarang bunyi yang bising dan
gegaran serta tidak mengganggu struktur bangunan yang berhampiran. Walaupun cerucuk ini
menjimatkan kos tetapi kos mobilization adalah tinggi untuk penghantaran mesin-mesin dan jentera
yang besar dan mahal.

Untuk tanah yang berpasir dan bersrata terlalu lembut, sokongan bentonite boleh
digunakan untuk menstabilkan lubang terjara. Bagi lubang kering, kadar kandungan simen adalah
sebanyak 300 manakala 400 untuk lubang yang basah. Kebolehkerjaan yang tinggi diperlukan bagi
memastikan konkrit boleh mengalir melalui dinding lubang jara tanpa perlu dipadatkan dan
mengelakkan pengasingan, honeycombing, penjujuhan dan lain-lain. Konkrit juga tidak boleh
dituang melebihi 2m dan walaupun lubang terjara adalah dalam keadaan kering, paip tremie perlu
digunakan juga.
4.4.1 Kaedah Pembinaan Cerucuk Terjara (Bored Pile)

Kaedah pembinaan cerucuk adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut :

Jadual 4.1 : Kaedah pembinaan cerucuk terjara (bored pile)

23
Bil. Penerangan Gambarajah

24
i. Jurukur tanah mengenalpasti kedudukan
dan posisi cerucuk pada tapak
pembinaan. Untuk memudahkan
kedudukan tersebut dicari dan
dikenalpasti, satu bar besi akan ditusuk
ke dalam tanah.

ii. Kerja menjara dilakukan dengan


menggunakan mesin penggerek (boring
rig).

iii. Satu selongsong besi (steel casing)


ditanam kebawah apabila lubang cerucuk
mencapai kedalaman 4 5 meter.

iv. Selongsong besi (steel casing) digetarkan


sehingga berhenti pada lapisan bawah
tanah yang keras dan ia hendaklah
diperiksa ketegakannya.

25
v. Kerja menjara diteruskan dengan
menggunakan gerimit atau boring
bucket bergantung kepada keadaan
tanah.

vi. Kedalaman lubang cerucuk akan sentiasa


diukur supaya kedalaman muktamad
diperolehi.

vii. Setelah mencapai kedalaman yang


dikehendaki, lubang cerucuk akan
dibersihkan dengan menggunakan
cleaning bucket. Kemudian, tetulang
yang sudah siap diikat akan diturunkan
ke dalam lubang cerucuk dengan
menggunakan kren.

viii. Selepas penurunan besi tetulang (rebar


cage), konkrit akan dituang ke dalam
lubang cerucuk melalui paip tremie. Satu
corong tuang dipasang dengan jaring besi
pada atas paip tremie dengan tujuan
untuk menghalang ketulan batu baur
yang besar memasuki lubang cerucuk.
Untuk mengetahui samada cerucuk
mengalami pengleheran atau lengkokan,
kenaikan konkrit pada lubang cerucuk
hendaklah diukur dan dicatat setiap kali
lori konkrit habis menurunkan konkrit.

26
ix. Dengan menggunakan tukul getar,
selongsong besi (steel casing) akan
dicabut keluar dengan menggunakan
kren.

4.4.2 Ujian Analisis Dinamik Cerucuk

Ujian PDA ini adalah jenis ujian beban dinamik dimana teknologi komputer digunakan untuk
mengambil dan merekodkan data. Kaedah ujian ini adalah melibatkan penghentaman penukul ke
atas tukup cerucuk untuk mendapatkan data ukuran dinamik atau tenaga yang terhasil. Dua pasang
tolok tekanan dan accelerometer akan dipasangkan di sisi bertentangan pada cerucuk yang yang
hendak diuji. Kemudian, tolok tersebut akan disambungkan pula kepada alat analisis pemacuan
cerucuk (pile driving analyzer) untuk merekodkan pergerakan dinamik cerucuk dan menilai kualiti
data, rintangan dan kelakukan cerucuk. Setelah itu, kerja-kerja penyedian drop hammer dan
perletakan guide frame dijalankan.

27
Rajah 4.1 : Strain transducer dan accelerometer yang dipasang
pada tukup cerucuk

Semasa ujikaji, segala maklumat cerucuk dan penukul akan direkodkan oleh PDA. Semakan
akan dibuat untuk memastikan sama ada strain transducer dan accelerometer berfungsi dengan baik
atau tidak. Pengukuran dinamik cerucuk akan dimulakan dengan jatuhan penukul pada ketinggian
tertentu.

28
Rajah 4.2 : Penukul yang sedia untuk dihentam
ke atas tukup cerucuk

Selepas tukup cerucuk dihentam dengan penukul, data hentaman akan dipamerkan dalam
alat PDA. Data yang telah direkodkan pula akan terus dianalisis dengan menggunakan perisian
CAPWAP. Kelebihan ujian ini adalah ia dapat dijalankan dengan lebih cepat dan mudah. Manakala
kelemahan ujian PDA ini adalah ia melibatkan kos yang tinggi.

BAB 5

29
PEMBINAAN JAMBATAN

5.1 Pengenalan

Jambatan merupakan satu binaan yang dibuat dengan tujuan untuk menghubungkan dua tempat
yang dipisahkan oleh struktur atau halangan yang terdapat pada sekitar kawasan tersebut seperti
sungai, lebuhraya, landasan kereta api dan sebagainya tanpa menyebabkan sebarang gangguan.
Sesebuah jambatan yang dibina kebiasaannya memiliki beberapa elemen atau komponen yang
penting seperti tembok landas, tiang sambut (pier), tembok sayap (wing wall), tembok tepi (parapet
wall), rasuk, papak geladak, papak tuju, diafragma dan sebagainya.

Jambatan yang dibina mempunyai konsep tegangan dan juga mampatan. Kedua-dua ciri ini
merupakan elemen terpenting bagi membolehkan jambatan itu memanjang. Semasa menanggung
beban, jambatan akan melentur dan terdapat juga struktur yang akan menegang dan sebahagian lagi
akan mengalami mampatan. Pemahaman dalam ciri-ciri mampatan dan tegangan sesuatu bahan dan
cara untuk mengawal daya yang bertindak akan memudahkan para jurutera menentukan jenis
jambatan dan panjang jambatan yang dikehendaki.
Bagi projek LRT ini, jambatan yang dibina memerlukan asas cerucuk yang berfungsi untuk
menghantar segala bebanan struktur ke bawah lapisan tanah bahagian bawah yang lebih kukuh dan
stabil. Sistem pencerucukan yang digunakan dalam projek pembinaan jambatan ini adalah cerucuk
terjara tuang di-situ (bored pile). Sebelum pembinaan struktur jambatan dimulakan, aktiviti setting
out akan dijalankan terlebih dahulu. Setting out dibuat berdasarkan kepada pelan tapak dan lukisan-
lukisan berkaitan untuk menentukan arah jambatan, kedudukan jambatan, dimensi jambatan dan
juga aras jambatan tersebut.

30
5.2 Kerja-kerja tanah

Setiap jambatan yang dibina mempunyai limit of contract yang tersendiri yang merangkumi rentang
keseluruhan jambatan dan juga kedua-dua approach embankment. Bagi memastikan kuantiti kerja
tanah yang tepat, catatan akan dibuat terhadap aras profil tanah dan keratan melintang di bahagian
approach embankment sebelum dimulakan kerja mengorek atau menambun. Kedudukan dan
dimensi untuk asas tembok landas hendaklah ditentukan dengan tepat. Saiz kawasan yang dikorek
adalah berdasrkan kepada panjang dan lebar tembok landas. Kawasan asas yang dikorek juga
hendaklah bebas dari sumber air. Hal ini bertujuan untuk memastikan kestabilan cerun dan juga
daya tanggung tanah.

Bagi kerja menambun tanah dibelakang tembok landas dan tembok sayap, ia hendaklah
dibuat dengan berhati-hati supaya aktiviti tersebut tidak menjejaskan kestabilan struktur.
Kadangkala kerja menambun tanah tidak dibenarkan sehingga rasuk jambatan telah ditempatkan
ataupun setelah tembok landas disokong atau ditampan terlebih dahulu.

5.3 Komponen-komponen jambatan

Sesebuah jambatan yang dibina kebiasaannya memiliki beberapa elemen atau komponen yang
penting seperti tembok landas, tiang sambut (pier), tembok sayap (wing wall), tembok tepi (parapet
wall), rasuk, papak geladak, papak tuju, diafragma dan sebagainya.

5.3.1 Tembok landas

31
Tujuan utama pembinaan tembok landas adalah untuk menghantar segala tindak balas bebanan dari
superstruktur ke bahagian asas jambatan. Di samping itu, tembok landas juga adalah bertujuan
untuk menahan tanah yang ditambun dibelakangnya. Kepala cerucuk akan dipotong pada paras
pemotongan (cut off level) dengan meninggalkan tetulang besi utama sepanjang 0.8 meter untuk
ditambatkan ke dalam tembok landas. Permukaan bawah tembok landas akan ditempatkan dengan
lapisan konkrit jisim bagi menyediakan permukaan yang bersih.

Rajah 5.1 : Besi tetulang pada tembok landas yang telah siap dipasang

5.3.2 Rasuk

Bahagian superstruktur jambatan yang terdiri dari rasuk rentang biasa (simply supported beam)
yang direka bentuk khas dari jenis konkrit prategasan. Pilihannya adalah bergantung kepada
keadaan dan kedudukan tapak binaan. Rasuk prategasan tegas dahulu biasanya dibuat dikilang
sebelum dihantar ke tapak. Panjang rasuk yang digunakan pula adalah 17.7 meter bagi projek LRT
ini.

32
Rajah 5.2 : Rasuk prategasan bentuk U (U-beam)

Kerja-kerja pelancaran rasuk kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan kren. Ketika


menjalankan kerja-kerja pelancaran rasuk, penyelia tapak akan bertanggungjawab untuk mengambil
perhatian ke atas perkara-perkara berikut :

i. Rasuk hendaklah diangkat melalui penggantungannya dengan cara perlahan-lahan tanpa


sebarang kejutan.

ii. Kerja-kerja pelancaran rasuk mestilah tidak mengganggu kedudukan alas tanggung dan
dowel bar. Kedudukan rasuk juga perlu dipastikan berada pada tempat yang betul.

Rajah 5.3 : Kerja-kerja pelancaran rasuk

33
5.3.3 Pengalas (bearing)

Fungsi-fungsi pengalas bagi sesebuah jambatan adalah merangkumi perkara-perkara yang berikut :

i. Untuk memindahkan bebanan dari superstruktur ke substruktur.

ii. Untuk memberikan kemudahan pergerakan kepada struktur.

iii. Untuk memberikan kemudahan lenturan kepada geladak ketika menerima bebanan.

iv. Untuk mengurangkan gegaran ke atas struktur jambatan disebabkan oleh beban mengejut
yang dikenakan ke atasnya.

Pengalas yang biasa digunakan di Malaysia adalah dari jenis elastomeric yang diperbuat
daripada getah asli ataupun getah tiruan yang dipanggil neoprene sebagai bahan utama. Pengalas
elastomeric yang digunakan bagi pembinaan jambatan ini adalah dari jenis laminated yang
mempunyai beberapa lapisan elastomer yang dicantumkan kepada plat keluli yang terdapat di
dalamnya.

34
Rajah 5.4 : Pengalas elastomeric yang digunakan untuk menyerap gegaran

Pengalas elastomeric akan diletakkan di atas lapisan epoxy mortar untuk menghindarkannya
dari rosak disebabkan oleh permukaan konkrit yang kasar. Sebelum menempatkan lapisan epoxy
mortar, permukaaan konkrit di bawahnya hendaklah kering dan bersih daripada segala kekotoran.

Rajah 5.5 : Lapisan epoxy mortar yang telah dibuat


5.3.4 Papak geladak

Setelah rasuk prategasan telah sempurna dilancarkan, kerja-kerja pemasangan penampan dan acuan
untuk pembinaan papak geladak pula dijalankan. Pembinaan papak geladak dan diafragma adalah
dilakukan serentak. Kebiasaannya keseluruhan kerja acuan untuk rasuk prategasan U adalah
menggunakan kepingan papan lapis yang berfungsi sebagai acuan tetap di bahagian bawah papak
geladak. Penyambungan besi tetulang biasanya dibuat secara berselang-selang (staggered).

35
Rajah 5.6 : Pemasangan besi tetulang pada papak geladak

Rajah 5.7 : Papak geladak yang telah siap dikonkrit

5.4 Kerja-kerja konkrit

Dalam kerja-kerja konkrit di tapak bina, beberapa aturcara perlaksanaan kerja konkrit telah
dipraktikkan bagi memperoleh kualiti pengkonkritan yang menepati spesifikasi kerja bagi menjaga
mutunya. Bagi projek pembinaan jambatan ini, bancuhan konkrit yang digunakan adalah konkrit
siap campur (ready mix). Memandangkan industri konkrit siap campur sedang membangun, secara
tidak langsung menjadikan ia sebagai pilihan utama dalam kalangan kontraktor untuk menggunakan
kaedah ini. Kebaikan cara ini adalah bekalan konkrit akan dibekalkan berterusan mengikut masa
yang ditetapkan dan mutunya lebih terjamin. Gred konkrit yang digunakan dalam pembinaan
jambatan ini adalah Gred 40 yang juga merupakan campuran konkrit yang direka bentuk. Secara

36
umumnya, konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada gabungan simen, batu baur
halus, batu baur kasar, dan air mengikut nisbah tertentu.

5.4.1 Ujian keatas bancuhan konkrit

Tujuan utama ujian dijalankan keatas konkrit adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu campuran
konkrit tersebut. Melalui ujian yang dijalankan, ia akan dapat menentukan sama ada bancuhan
konkrit tersebut sesuai untuk kegunaan berkenaan dan juga untuk mencapai kehendak kekuatan
mampatan yang dikehendaki dalam kerja-kerja pembinaan. Salah satu ujian yang dijalankan adalah
ujian penurunan(slump test). Tujuan utama ujian penurunan dijalankan adalah untuk menentukan
tahap kebolehkerjaan bancuhan konkrit tersebut sebelum kerja penuangan konkrit pada struktur
jambatan dijalankan. Terdapat tiga jenis penurunan yang mungkin terhasil daripada ujian ini iaitu
penurunan sebenar, penurunan ricih dan penurunan runtuh.

Peralatan dan bahan yang digunakan dalam ujian ini adalah seperti berikut :

i. Ferastrem yang berbentuk kon yang berketinggian 300mm

ii. Rod pemadat yang diperbuat daripada keluli

iii. Pita pengukur

iv. Plat tapak

Langkah-langkah menjalankan ujian penurunan adalah seperti berikut :


37
i. Plat tapak akan diletakkan di atas permukaan yang rata. Setelah itu, kon ferastrem di atas
plat tapak.

ii. Konkrit akan dimasukkan ke dalam kon secara berperingkat-peringkat sebanyak tiga
lapisan.

iii. Stiap lapisan konkrit akan dipadatkan dengan menggunakan rod keluli sebanyak 25 kali.

iv. Selepas lapisan ketiga dibuat, permukaan konkrit akan diratakan dan seterusnya mengangkat
kon dengan berhati-hati secara pugak.

v. Kejatuhan konkrit diukur dengan menggunakan pita pengukur.

vi. Jika tinggi konkrit yang runtuh tidak melebihi design slump, maka ujian tersebut adalah
lulus dan konkrit akan dibenarkan untuk dituang pada struktur jambatan.

Rajah 5.8 : Lapisan konkrit dipadatkan dengan menggunakan rod keluli

38
Rajah 5.9 : Kejatuhan konkrit diukur

5.4.2 Kerja-kerja penuangan konkrit

Terdapat beberapa kaedah untuk menuang konkrit seperti menggunakan langkau, pam dan
sebagainya. Bagi pembinaan jambatan ini, kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan
kren dan langkau. Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam pembinaan bagi
struktur yang tinggi ataupun lain-lain keadaan yang memerlukan kaedah ini perlu digunakan.
Langkau digunakan untuk mengangkut konkrit ke tempat yang hendak dituang dengan konkrit.
Kebiasaannya langkau akan diangkat dengan menggunakan bantuan kren.

39
Rajah 5.10 : Penuangan konkrit pada diafragma

Penggunaan bahan tambah dalam bancuhan konkrit adalah penting supaya kandungan air
dapat dikurangkan. Campuran konkrit yang diadun dengan bahan tambah dapat membentuk satu
campuran yang mempunyai nilai turun yang tinggi dan juga kebolehkerjaan yang baik. Konkrit
yang telah siap dibancuh akan dituang secepat yang boleh dengan tujuan untuk mengelakkan
berlakunya pengasingan bahan-bahan. Cara-cara pengendalian dan pengangkutan konkrit yang
sesuai adalah mustahak untuk mengelakkan berlakunya pengasingan dalam bancuhan dan bagi
memudahkan kerja-kerja penuangan konkrit berjalan lancar.

Ketika mengangkat konkrit, semua laluan mestilah bebas daripada sebarang halangan yang
boleh menyebabkan konkrit sampai lewat ke tapak bina. Persediaan yang sesuai adalah penting
untuk mengelakkan konkrit berlaku pengasingan dan kehilangan bahan-bahan. Semasa menuang
konkrit pula, konkrit yang telah siap dan tiba di tapak bina mestilah dituang dalam tempoh 45 minit
40
selepas dibancuh. Cara penuangan mestilah betul untuk mengelakkan berlaku pengasingan bahan-
bahan. Ketinggian jatuh mestilah tidak melebihi 1.5 meter.

Selain itu, pemadatan konkrit adalah satu proses penyusunan semula dan penghimpitan
partikel-partikel daripada simen, batu baur halus dan batu baur kasar dengan cara mengeluarkan
udara yang terperangkap di dalamnya. Pemadatan dilakukan dengan sempurna selepas konkrit
dituang ke dalam acuan. Jika pemadatan tidak dilakukan dengan betul, ia akan menyebabkan ruang
berongga wujud dan ini akan memudahkan air meresap masuk ke dalam tetulang yang boleh
menyebabkan berlaku pengaratan pada tetulang tersebut. Konkrit yang sedemikian bukan sahaja
mempunyai kekuatan mampat yang rendah malahan juga ketahanlasakan konkrit juga akan turut
terjejas. Konkrit kebiasaannya akan dipadatkan dengan menggunakan alat penggetar. Pemilihan saiz
penggetar adalah bergantung pada ukuran acuan dan susunan tetulang di dalam acuan.

Sekiranya kedudukan tetulang terlalu rapat, maka penggetar yang lebih kecil akan
digunakan. Jika penggetar tidak dapat dimasukkan ke dalam acuan yang kecil, maka pemadatan dari
bahagian luar adalah dibenarkan. Ini dilakukan dengan menggetar bahagian luar dinding acuan
supaya konkrit dapat bergerak dan memenuhi ruang acuan. Tujuan untuk mengeluarkan udara yang
terperangkap di dalam acuan adalah untuk mendapatkan ketumpatan konkrit yang maksimum.

Ketika penggetar dimasukkan, pastikan ia turun secepat mungkin kerana ia membolehkan


udara yang terperangkap pada bahagian acuan lapisan konkrit terkeluar ke permukaan terlebih
dahulu. Sewaktu pemadatan, elakkan dari terkena tetulang kerana ini boleh menjejaskan ikatan
tetulang dalam acuan.

41
Rajah 5.11 : Pemadatan konkrit pada diafragma

5.4.3 Pengawetan konkrit(curing)

Pengawetan adalah proses penyenggaraan terhadap konkrit yang baru dituang supaya ia sentiasa
dalam keadaan yang lembap untuk jangka masa tertentu. Air adalah sangat diperlukan bagi konkrit
yang baru dituang untuk memudahkan tindak balas kimia antara komponen simen dan air dan
seterusnya proses ini akan dilakukan shingga konkrit benar-benar keras. Konkrit yang diawet
dengan sempurna akan menjadi lebih kuat, kukuh dan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan
konkrit yang tidak diawet.

Tujuan sebenar pengawetan adalah untuk mengelakkan air dipermukaan konkrit yang kering
terlalu cepat akibat proses penyejatan. Sekiranya perkara ini berlaku, permukaan konkrit akan
menjadi lemah dan boleh menyebabkan retakan apabila berlaku pengecutan.

42
BAB 6

KESIMPULAN

43
Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan Diploma Politeknik
Kementerian Pendidikan Malaysia. Semasa menjalani latihan industri, pelajar bukan sahaja dapat
meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar juga didedahkan dengan
teknik penyediaan dan penulisan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan
potensi diri untuk menonjol dalam pasaran kerja dalam bidang yang berkaitan setelah tamat
pengajian.

Selain itu, saya turut berpeluang mempraktikkan sebahagian perkara yang dipelajari samada
secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di Politeknik sebelum ini. Namun demikian, di
kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu
projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam seseorang pekerja. Kualiti kerja pula dinilai
pada keberkesanannya iaitu adalah ia memenuhi fungsinya secara optimum. Aspek kecantikan kerja
bukanlah menjadi keutamaan.

Sepanjang tempoh 20 minggu saya menjalani latihan industri di LMP Geotechnic Sdn. Bhd,
saya telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai operasi kerja yang berlainan sama ada secara
berseorangan atau bersama-sama rakan setugas. Sebagai seorang pelatih, saya dikehendaki
memahami dan mengenali setiap bahagian dan tugas-tugas utama setiap bahagian.

Walaupun saya merupakan seorang pelatih, mereka amat mudah menerima saya di sana dan
menganggap saya sebagai pekerja biasa. Perkara ini dapat memudahkan saya untuk berinteraksi
dengan semua golongan pekerja dan membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam
suasana pekerjaan yang timbul. Keadaan sedemikian telah banyak membantu kearah pembinaan
satu personaliti yang positif dalam diri saya.

Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana saya percaya bahawa saya
berupaya melakukan kerja yang diarahkan sambal mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Bagi
ciri-ciri ini, saya dapat rasakan ianya amat perlu dalam diri setiap pekerja dan tidak dapat dinafikan
latihan industri ini amat membantu dalam menyediakan diri saya bagi menempuhi alam pekerjaan
setelah tamatnya pengajian nanti. Saya telah belajar cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan di

44
syarikat ini. Ini adalah amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik dan berjalan lancar tanpa
menghadapi sebarang masalah.

Selain itu, sikap disiplin diri telah dibentuk iaitu mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan oleh organisasi. Nilai-nilai murni tentang kerjasama, kerajinan, kebijaksanaan dan
hormat-menghormati telah ditanam menerusi latihan industri ini.

Walaupun latihan industri merupakan perkara yang diwajibkan untuk semua pelajar, namun ia
merupakan pulangan yang terbaik pada diri pelajar. Mereka dapat menimba pengalaman dalam
pelbagai hal yang berkaitan dengan gerak kerja seharian. Dengan itu, pelajar akan bergiat
mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran pada perkara tersebut.

Akhir kata, saya inin melahirkan rasa bangga dan kesyukuran yang tidak terhingga keran
dapat menamatkan latihan industri di LMP Geotechnic Sdn. Bhd. dengan jayanya dan sekaligus
dapat menjaga nama baik pihak politeknik. Adalah menjadi harapan saya agar pihak politeknik
dapat meneruskan program latihan industri ini supaya dapat membantu negara melahirkan lebih
ramai tenaga pekerja professional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerja.

45
BAB 7

KOMEN DAN CADANGAN

Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya telah mempelajari pelbagai pengalaman yang baru
mengenai kejuruteraan awam di LMP Geotechnic Sdn. Bhd. Semasa berada di syarikat tersebut,
saya dapat mempraktikkan segala yang telah saya pelajari semasa di politeknik iaitu dengan
mengikuti kerja-kerja yang berkaitan di tapak bina dan di pejabat. Selain itu, saya juga dapat
melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan dengan pembinaan.

46
Hasil dapatan saya melaui kerja yang dilakukan sepanjang 20 minggu saya menjalani latihan
industri ini, saya banyak mempelajari tentang persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar.
Saya juga dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajri sepanjang saya belajar di
politeknik. Apabila berada di industri, saya dapat mengukuhkan lagi pemahaman tentang kerja-kerja
yang berjalan di tapak bina khususnya yang berkaitan dengan bidang geoteknikal.

Di samping itu, saya juga dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di organisasi bersama
dengan staf-staf dengan baik. Selain itu, saya juga diberi peluang untuk menyelesaikan sesuatu
kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya. Oleh itu, adalah
sangat baik latihan industri ini dijalankan supaya pelajar dapat memahami segala aspek yang
terkandung dalam bidang yang diikuti iaitu kejuruteraan awam.

Saya selaku pelatih yang menjalani latihan industri ingin mencadangkan supaya pelajar-
pelajar yang ingin menjalani latihan agar sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal
dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab. Di samping itu, pelajar juga harus
didedahkan dengan kerja-kerja di tapak bina untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat
lebih memahami dengan lebih jelas tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan.

Selain dari itu, pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik mungkin oleh
penyelia yang bertanggungjawab sepanjang tempoh latihan industri berlangsung. Para pelatih
seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan tentang kerja-kerja yang berkaitan di
tapak bina.

Saya juga ingin memberikan saranan iaitu ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai
hubungan komunikasi yang baik seperti memberi penerangan yang secukupnya tentang sesuatu
projek supaya pekerja dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin.

47
Akhir sekali, saya mengharapkan agar pelatih tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi
semasa menjalani latihan industri supaya ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang latihan
dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi aset
yang berguna kepada diri sendiri.

SENARAI RUJUKAN

Yusnita binti Ramli (2005), Laporan Latihan Industri Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor,
44000 Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan, Universiti Teknologi Malaysia.

Juan Rodriguez, (2016, March 6), Bored pile technique and procedure,
Retrieved April, 12, 2016 from Borhttps://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=http://construction.about.com/od/Industrial Projects/a/Bored Pile
Advantages.htm&ved=0ahUKEwj816C9sJfMAhVh2qYKHb29AXcQFghPMA4&usg=AFQjCNG1
UUhhaej5uQnC35JzyxANiYN2Zwed piles

Civil Digital, (2016), The Five Major Parts Of Bridges Concrete Span Bridge,
Retrieved April, 12, 2016 from
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://civildigital.com/the-five-major-
parts-of-bridges-concrete-span-
bridge/&ved=0ahUKEwjb2bmRs5fMAhVF6aYKHa16D2EQFghDMAo&usg=AFQjCNEnC3KXG
CtyTAnbx_Aq3VMAgEDPkQ

48

Anda mungkin juga menyukai