Anda di halaman 1dari 63

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Unit Perhubungan dan Latihan Industri merupakan salah satu unit di

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang merangkumi program-program

seperti penempatan pelajar ke firma-firma di sekitar Kulim mahupun di

luar kawasan. Unit ini terdiri daripada beberapa AJK / Penyelaras

daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal,

Kejuruteraan Elektrik dan Perdagangan. Unit ini amat mengalu-alukan

penglibatan secara langsung atau tidak langsung terhadap firma-firma

ataupun badan kerajaan untuk menempatkan pelajar-pelajar PTSB serta

memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar PTSB.

Unit ini bertanggungjawab dalam penempatan, pemantauan dan

penilaian pelajar semasa latihan industri. Pelajar politeknik diwajibkan

untuk menjalani latihan industri 1 semester di mana-mana sektor swasta

atau kerajaan Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama

dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus

latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil

atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di jabatan

kerajaan atau firma swasta selama satu ( 1 ) semester, bagi

mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta

berbeza dari suasana di politeknik.

1
Tempoh Latihan Industri Politeknik adalah selama satu semester (20

minggu). Sepanjang tempoh tersebut para pelajar dapat menimba ilmu

pengetahuan serta pengalaman dan kemahiran daripada pelbagai

bentuk kerja yang dilakukan. Para pelajar juga dapat mengaplikasikan

segala teori yang telah dipelajari kepada bentuk praktikal. Disamping itu,

ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan

teori-teori yang telah dipelajari semasa berada di Politeknik dengan cara

kerja yang sebenar. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran

berkomunikasi disamping menyemai semangat kerja dengan produktif

dan perhubungan yang baik sesama pekerja.

1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah salah satu latihan yang wajib dijalani oleh semua

pelajar atau mahasiswa di sesuatu organisasi atau institut pengajian

tinggi dalam tempoh tertentu supaya para pelajar dapat mempelajari ilmu

baru dan mendapat banyak pengalaman bekerja. Dengan cara ini, para

pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran yang dipelajari di institusi

serta mempertingkatkan lagi kemahiran dan mempelajari banyak

perkara. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan kepada para pelajar

mengenai suasana pekerjaan yang sebenar di sesuatu organisasi atau

firma.

Secara amnya, objektif latihan industri adalah seperti berikut;

a) Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar alam pekerjaan.

b) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari

dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.

2
c) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang

baik sesama pekerja industri.

d) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

e) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.

f) Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam

sistem latihan Industri.

g) Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan

kebolehan yang dipelajari di Politeknik untuk dipraktikkan semasa

latihan industri.

1.3 Objektif laporan latihan industri

Laporan Latihan Industri ini disediakan oleh pelajar pelajar Politeknik

yang mempunyai beberapa objektif.

Antara objektifnya ialah:

a) Menerangkan satu persatu aktiviti yang dilakukan di firma

bertujuan melengkapkan laporan yang dibuat secara ringkas oleh

pelajar pada setiap hari supaya ia lebih lengkap dan jelas.

b) Buku laporan ini juga bertujuan untuk memastikan pelajar

menjalani latihan industri dengan baik.

c) Pensyarah dapat menilai pelajar tersebut melalui laporan yang

dibuat.

d) Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Diploma

kepada pelajar.

1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar

Latihan industri adalah bertujuan memberikan peluang kepada para

pelajar untuk lebih memahami alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar

3
diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu yang diperoleh semasa sesi

pembelajaran iaitu teori kepada praktikal. Teori dan praktikal merupakan

dua perkara yang sama penting untuk diadaptasi. Pelajar dapat berfikir

diluar kotak pemikiran bahawa teori tidak semestinya sama dengan

praktikal, dengan kata lain apa yang kita pelajari tidak semestinya sama

dengan situasi sebenar. Antara kepentingan latihan industri adalah:

a) Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar.

b) Pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan

dalam industri.

c) Dapat mengetahui dan melihat sendiri masalah-masalah yang

timbul dan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

d) Dapat belajar dan mencari pengalaman dalam setiap bidang yang

diceburi dengan lebih mendalam.

e) Dapat memperluaskan pergaulan dan kenalan dengan semua

perkerja dan organisasi.

4
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan organisasi

Malconstrukt Sdn. Bhd, (MLCSB) adalah sebuah syarikat yang telah

ditubuhkan pada 25 Febuari 1987 (29 tahun) dibawah akta syarikat,

1965 sebagai syarikat persendirian swasta. Syarikat ini dimiliki

sepenuhnya oleh BUMIPUTRA.

Malconstrukt Sdn. Bhd, atau lebih dikenali sebagai MLCSB adalah

sebuah syarikat pembinaan sehenti yang aktif mengambil bahagian

dalam pengurusan pembinaan dan penyelenggaraan bangunan. MLCSB

telah terlibat dengan projek kediaman, banggunan pejabat, bangunan

khusus (makmal, hospital, kolej dan lain-lain), kerja infrasstruktur

(jambatan, sistem pembentungan, perbaikan jalan dan lain-lain) sejak 15

tahun yang lalu.

Rajah 2.1 (a): Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat.

5
2.2 Profil organisasi

NAMA SYARIKAT : MALCONSTRUKT SDN.

BHD.(159751-T)

TARIKH MULA : 25th FEBRUARY 1987


BEROPERASI
PEJABAT UTAMA : NO. 57 LEBUH BUKIT JAMBUL,

11950 BAYAN LEPAS,

PULAU PINANG.

TELEFON & FAX : 04-6434092

04-6444935(FAX)

E-MAIL : mlct_sb@streamyx.com

SYARIKAT INDUK : 414-A TINGKAT 1,


(PERAK)
JALAN KAMUNTING,

TAMAN SAUJANA,

34600 KAMUNTING,

TAIPING,

PERAK.

STARIKAT INDUK : NO.20-2 TINGKAT 1,


(KUALA LUMPUR)
JALAN USJ 21 / 7,

47630 UEP SUBANG JAYA,

SELANGOR.

MODAL DIBENARKAN : RM5,000,000.00

MODAL BERBAYAR : RM5,000,000.00

PENGARAH : Rtd. MEJAR JENERAL DATO

FAZLURRAHMAN BIN MOHAMMAD

6
IRFAN DATO KHAMAL IDRIS BIN ALI

DATUK ABDUL MALIK BIN

ABDULLAH DATO MOHD HANIFFA B

MOHAMAD DATO MOHAMMAD

NOR B. SAAT

STATUS SYARIKAT : BUMIPUTERA

SECRETARIAT : EXCELSIOR CONSULTING SDN BHD

1ST FLOOR,

38 JALAN HUTTON,

10050 GEORGETOWN,

PENANG

AUDIT : AJ ISMA & PARTNERS 15A,

LORONG PERDA SELATAN 2,

BANDAR PERDA,

14000 BUKIT MERTAJAM,

PENANG

PENASIHAT : ABDUL HAKIM ABDUL RAHMAN.CO.


UNDANG-UNDANG
NO. 8-4-7,

SUNNY POINT COMPLEX,

JALAN BATU UBAN,

PENANG

BANK : BUMIPUTRA COMMERCE BERHAD

MALAYAN BANKING BERHAD BANK

MUAMALAT (M) BERHAD

KEMUDAHAN BANK : BANK MUAMALAT (M) BERHAD

7
2.2.1 Aktiviti syarikat dan lesen

Jadual 2.2.1 (a): Aktiviti Syarikat dan Perlesenan.

Bil Aktiviti Syarikat Lesen (Bumi) Vedor

Berdaftar

1. Kejuruteraan Awam & PKK CLASS A / KRJN/PETR


Struktur ONAS/TNB

2. Mekanikal & Elektrik CLASS C TNB

3. Telekomunikasi TNB TELEKOM

4. Kabel & Pencawang CLASS I JKH TNB

5. Petrolium & CLASS C TNB JBE/PETRO


Perpaipan NAS
6.
Multimedia & IT CLASS I TELEKOM
7.
Kementerian KRJN/PETR
kewangan ONAS/TNB

2.3 Objektif syarikat

Objektif syarikat Malconstrukts Sdn. Bhd (MLCSB) adalah untuk sentiasa

memberikan yang terbaik dalam menyampaikan dan menyiapkan setiap

projek di bawah perinsip Kualiti, Cekap dan Komited. Dengan bertulang

belakangkan oleh pengalaman dan organisasi yang berdedikasi,

Malconstrukts Sdn. Bhd. (MLCSB) berhasrat untuk menjadi sebuah

syarikat pengurusan pembinaan bertaraf dunia.

2.4 Aktiviti organisasi

2.4.1 Misi syarikat

Berdasarkan pertubuhan dalam bidang perniagaan, prestasi

kewangan dan pengalaman yang luas, Malconstrukts Sdn. Bhd.

8
(MLCSB) berharap untuk menjadi jenama pengeluar yang

kompetitif di dalam dan di luar negara.

2.4.2 Visi syarikat

Syarikat Malconstrukts Sdn. Bhd. (MLCSB) mempunyai visi

untuk menjadi peneraju utama dalam kesemua bidang industry

seperti:

1) Kejuruteraan Awan & Struktur

2) Mekanikal & Elektrik

3) Telekomunikasi & Plan Pencawang

4) Infrastruktur

5) Petrolium & Perpaipan

6) Sistem Kumbahan & Air Bersih

7) Geoteknikal

8) Skim Pembangunan

2.5 Carta organisasi syarikat

Jadual 2.5 (a): Carta Organisasi Syarikat.

Bil. Nama Pangkat

1. Rtd. Mejar Jeneral Dato Fazlurrahman Bin Pengerusi

Mohammad Irfan

2. Dato Khamal Idris Bin Ali Timbalan

pengerusi

3. Dato Mohammad Nor Saat Pengarah

Operasi

9
4. Dato Hj. Mohd Haniffa Shaik Mohamad Pengarah

5. Datuk Abdul Malik Bin Abdullah Pengarah

6. Rohida Jaldin Akauntant

7. Eza Haryanti Muda Juruukur

Bahan

8. Razali Goon Jurutera

9. Mohd Shani Awalluddin Jurutera

10. Abd Latiff Mohammad Jurutera

11. Fadzil Ibrahim Jurutera

2.6 Carta organisasi tapak

10
Rajah 2.5 (a): Carta Organisasi Tapak.

2.7 Profil projek

2.7.1 Projek yang telah siap dibina

Jadual 2.7.1 (a): Senarai Projek yang Telah Siap.

No Keterangan Status Klient Nilai Tahun


Projek Kontrak
(RM)
1. Merekabentuk, Kontra Jabatan 16.5 2006
membina dan ktor Peruma Milion
menyiapkan 435 Utama han
unit rumah teres Negara
jenis d1/4/20g
dan kerja-kerja
yang berkaitan
dengannya di
Park Padang
Chempedak
Mk.13,
Pulau Pinang.
2. Cadangan Kontra Majlis 33.6 2007
pembinaan ktor Amanah
Maktab Rendah Utama Rakyat Milion
Sains Mara
(MRSM) kroh di
11
Mukim Pengkalan
Hulu,
Daerah Hulu
Perak,
Perak Darul
Ridzuan.
3. Cadangan Kontra Syarikat 28 2007
menyiapkan ktor Peruma
kerja-kerja Utama han Milion
terbengkalai 1315 Negara
unit buah rumah (SPNB)
kos sederhana
dan rendah,
Taman Widuri,
Pulau Pinang.
4. Cadangan Kontra Jabatan 68 2004
merekabentuk, ktor Tenaga Milion
membina dan Utama Rakyat
menyiapkan (JTR)
Institut Latihan
Perindustrian
(ILP) Kepala
Batas,
Pulau Pinang.
5. Proposed 155 Kontra Kulim- 11 2000
Units double ktor Techno Milion
storey low Utama City
medium cost Sdn.
terrace. Bhd.
Retni
DSR
6. Kerja super Kontra Universi 30 2003
struktur, ktor ti Milion
infrastruktur & Utama Teknolo
jalan pakej 4 fasa gi Mara
1, (UITM)
Kampus Tetap
UITM Caw. Pulau
Pinang.
7. Cadangan Kontra Kulim 15 2002
membina Sek. ktor Techno- Milion
Keb. & Men. Tmn Utama City
Hi-Tech , (Kement
Kulim Techno- erian
City fasa 4, Pendidi
Mk Padang Cina, kan
Kulim, Kedah. Msia)
8. Cadangan Kontra Jabatan 38 2001
membina dan ktor Kerja Milion
menyiapkan Utama

12
(IKTM) di Mukim Raya
Padang Cina dan (JKR)
Sungai Ular,
Kulim,
Kedah Darul
Aman.
9. Cadangan Kontra Jabatan 38.8 2010
merekabentuk, ktor Kerja Milion
membina, Utama Raya
menyiapkan dan (JKR)
menguji terima
120 unit (30d,
50f, 40g) kuarters
anggota Hospital
Pulau Pinang,
Fasa iii,
Daerah Timur
Laut,
Pulau Pinang.
10. Cadangan Kontra Kement 15.9 2011
pembangunan ktor erian Milion
ladang satelit Utama Pertania
untuk program n&
fidlot nasional di Asas
pusat ternakan Tani
haiwan,
Mukim Tersat,
Kuala Berang,
Terengganu.
11. Menyiapkan Kontra Jabatan 11.6 2015
kerja- kerja ktor Kerja Milion
terbengkalai klinik Utama Raya
kesihatan jenis 3 (JKR)
(kk3) dengan
kuarters bukit
minyak,
Seberang Perai
Tengah,
Pulau Pinang.

2.7.2 Projek yang sedang dalam pembinaan

Jadual 2.7.2 (a): Projek yang dalam pembinaan.

No Keterangan Status Klient Nilai Tahun


Projek Kontrak
(RM)

13
1. Cadangan Kontra Lembag 28.8 2017
pembangunan ktor a Milion
perumahan Utama Kemaju
bercampur yang an
terdiri daripada: Wilayah
Pulau
Fasa 1: Pinang
Rumah kluster (PERDA
kos rendah (2 tkt) )
72 unit
Rumah teres
sederhana (2 tkt)
112 unit
Kedai/pejabat ( 2
tkt) 5 unit
Surau (1 tkt) 1
unit Dewan
sederhana (1 tkt)
- 1 unit
Gerai penjaja ( 1
tkt) 8 unit
Pencawang tnb
( 1 tkt) - 1 unit
Depo sampah (1
tkt) 1 unit dan
kemudahan lain
di atas
sebahagian
PT270, Mukim 5,
Seberang Perai
Selatan,
Pulau Pinang
untuk tetuan
Lembaga
Kemajuan
Wilayah Pulau
Pinang (PERDA)

14
BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Sepanjang tempoh latihan industri dijalanka, saya ditempatkan di tapak

pembinaan projek terbaru oleh pihak syarikat Malconstrukts.Sdn.Bhd.

Tapak pembinaan ini adalah tapak pembinaan yang baru mula

beroperasi dan dimasuki pihak kontraktor iaitu daripada syarikat

Malconstrukts.Sdn.Bhd.

Saya berpeluang untuk melihat dan mempelajari aktiviti yang dijalankan

sejak daripada permulaan. Antara aktivinya secara ringkas adalah:

1) Kerja penanaman cerucuk

2) Ujian PDA

3) Ujian beban

4) Pengambilan aras

5) Pengorekkan tanah

6) Pemotongan cerucuk

7) Pembinaan kotak acuan dan tetulang besi

8) Pemasangan pilecap

9) Pembinaan tunggul tiang

10) Kerja penimbusan tanah

11) Pembinaan rasuk bawah @ tanah

12) Pembinaan lantai bawah

13) Pembinaan tiang

15
14) Pembinaan rasuk dan lantai tingkat atas

15) Kerja mengikat bata

16) Cara membaca plan

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan industri selama satu

semester adalah diringkaskan seperti berikut :

Waktu kerja biasa : 8.30 a.m 5.00 p.m

Hari kerja : Isnin - Sabtu

Cuti : Ahad

3.2.1 Ringkasan aktiviti mingguan

Bilangan MINGGU PERTAMA (suaikenal)

i. Lapor diri dengan penyelia.


a)
ii. En. Mohd Hifzi Bin Dato Haniffa

iii. Suai kenal dengan kesemua organisasi di tapak bina.

iv. i) Pengurusan tertinggi

v. Projek manager

vi. Site manager (Civil)

vii. Site manager (m&e)

viii. Site engineer


b)
ix. COW Perda

x. Site Supervisor

xi. ii) Pekerja mahir

xii. Tukang piling

xiii. Surveyor

xiv. Tukang kayu

16
xv. Tukang besi

xvi. Tukang paip

xvii. Tukang bata

xviii. Operater kren, excavator, lori dan backhoe

xix. iii) Buruh

c) Meninjau di sekitar tapak bina.

d)xx. Melihat kerja penanaman cerucuk.

e)
xxi. Belajar cara mengisi buku laporan harian tapak

xxii. Melihat kerja-kerja penandaan tempat / titik cerucuk oleh


f)
juruukur tanah.

xxiii. Mempelajari cara-cara menjalankan ujian beban pada

cerucuk yang telah ditanam.

xxiv.
g) Untuk ketahui beban yang maksimum yang dapat

ditanggung oleh cerucuk dan perubahan yang terjadi pada

tanah.

h)
xxv. Memantau aktiviti yang dijalankan di tapak bina.

xxvi. Belajar cara untuk menerima delivery oder (DO) di tapak.

xxvii. Perlu disahkan melalui tanda tangan dan cop rasmi

syarikat.
i)
xxviii. Diambil daripada pemandu lori dan dipulangkan kembali

kepada pemandu lori selepas barangan yang dihantar telah

diturunkan.

xxix. Pelajari cara untuk mencatat bacaan penanaman cerucuk


j)
dan cara bagaimana untuk membaca gridline.

17
xxx. Diajar cara untuk menaplikasikan kedudukan cerucuk
k)
daripada dalam plan ke tapak sebenar.

xxxi. Diarahkan untuk melihat dan manghafal plan daripada


l)
arkitek.

Bilangan MINGGU KEDUA (pengenalan kepada bahan pembinaan)

a)a) Aktiviti peletakan semula batu-batu yang digunakan

semasa melakukan ujian beban.

b) Melihat kerja-kerja memindahkan cerucuk oleh excavator

dari satu blok ke blok yang lain.

i) Rumah Teres Sederhana

- Blok A

- Blok B

- Blok C

- Blok D

- Blok E

- Blok F

- Blok G

- Blok H

- Blok I

- Blok J

ii) Rumah Kluster

- Blok A

- Blok B

- Blok C

18
- Blok D

iii) Surau

iv) Rumah Kedai

v) TNB

vi) Depo Sampah

vii) Gerai Penjaja

viii) Dewan Serbaguna

c) Belajar cara menyediakan laporan untuk mesyuarat tapak.

- Di bantu oleh penyelia tapak.

d) Melihat cara penghantaran dan menurunkan cerucuk di

tapak.

e) Melihat dan meneliti katalog-katalog yang dibawa oleh

pihak kilang seperti:

i) Cat

ii) Seramik dan jubin

iii) Kelengkapan bilik air dan tandas

iv) Peralatan eliktrik

f) a) Melihat peralatan atau bahan yang digunakan untuk

membuat kotak acuan.

b) i) Playwood

c) ii) Kayu 2x3 dan 2x4

g) d) Melihat kerja membuat jalan untuk laluan lori dan kren oleh

backhoe.

h) e) Mempelajari aturcara bagaimana mesyuarat tapak

dijalankan dan orang yang menghadirinya.

19
f) i) Pihak Klient (PERDA)

g) ii) Wakil daripada syarikat perunding civil&structure.

h) iii) Wakil daripada pihak arkitek.

i) iv) Wakil daripada pihak perundin juruukur bahan.

j) v) Wakil daripada pihak perundin mekanikal dan elektrik.

k) vi) Pegawai keselamatan tapak

l) vii) Pihak kontraktor

i) m) Aktiviti pembinaan kantin untuk pekerja.

Bilangan MINGGU KETIGA (ujian PDA)

a) Memantau aktiviti penanaman cerucuk.

b) Mencatik setiap titik yang telah ditanam dengan cerucuk.

c) a) Mengumpulkan dan menyimpan rekod bacaan cerucuk.

d) b) Melihat contoh penanda yang digunakan bagi menanda titik

yang hendak ditanam cerucuk.

e) c) Melihat cara ujian pile driving analyser (PDA) dilakukan

pada cerucuk yang telah dipilih terlebih dahulu.

d) Untuk ketahui jumlah beban maksimum yang mampu

ditahan oleh cerucuk tanpa patah atau retak.

e) Penting untuk dilakukan bagi memestikan titik cerucuk

tersebut lulus sebelum kerja pengoekkan dan pembinaan

pilecap dilakukan.

Bilangan MINGGU KEEMPAT (ketahui jenis-jenis pilecap)

a) Mengawasi kerja-kerja penanaman cerucuk.

20
b) Melihat kerja pembinaan stor penyimpanan kayu.

c) Pelajari cara bagaimana kotak acuan bagi pilecap dibuat.

i) Pilecap P2

ii) Pilecap P3

iii) Pilecap P4

d) Kerja penanaman cerucuk.

e) Kerja ukur untuk ketahui kedalam pilecap.

f) Melihat kerja pengorekkan tanah untuk pembinaan pilecap

yang dilakukan oleh excavator pada Blok pencawang TNB.

g) Melihat kerja pemotongan cerucuk.

Bilangan MINGGU KELIMA (sub-struktur TNB)

a) Kerja pemotongan cerucuk.

b) Pelajari cara untuk mengeluarkan cerucuk yang telah

dipotong.

c) Mempelajari cara atau kaedah yang digunakan untuk

meratakan tanah yang telah dikorek.

21
d) Cara mengalihkan tanah yang dikorek ketampat lain

dengan selamat.

- Tanah yang dikorek perlu untuk diletakkan setempat dan

tidak boleh terlalu tinggi mahupun menutupi laluan dan

perlu untuk dipastikan selamat.

e) Mempelajari cara menyimpan kayu dan menutupnya

mengelak daripada rosak.

f) Mempelajari cara untuk memastikan banggunan dan

kedudukan pilecap yang akan dibina tidak lari daripada

kiraan atau skala dan sempadannya.

- Memagar sekeliling banggunan dengan kayu.

- Kayu kemudiannya diukur dan ditanda.

- Menggunakan kaedah benang untuk pastikan kelurusan

dan ketepatan kayu yang dibina.

g) Belajar cara bagaimana kotak acuan yang telah dibina

dimasukkan kekedudukannya.

h) Melihat cara membancuh link concrete.

- Gred 25

- Setebal 25mm

Bilangan MINGGU KEENAM (kerja konkrit pilecap)

a) Ujian PDA kali kedua untuk point blok lainnya.

b) Kerja pemasangan tetulang besi bagi pilecap.

c) a) Mengenali dan melihat cara penyediaan besi tetulang bagi

pilecap.

22
b) Menggunakan ber cutting mesin dan bar bending mesin.

d) Mengulangkaji tentang jenis dang red konkrit.

- Gred 7.5 = 1:3:6


- Gred 20 = 1:2:4
- Gred 25 = 1:1.5:3
- Gred 30 = 1:1:2
e) c) Melihat pembinaan kolam takungan untuk kiub.

d) Setiap kali kerja konkrit dijalankan ditapak, konkrit yang

digunakan perlu diambil untuk dibuat ujian slump dan ujian

kiub oleh pihak technician syarikat konkrit.

e) Kemudiannya konkrit dibiarkan seharian sebelum dibuka

pada keesokan harinya.

f) Konkrit yang telah dibuka daripada acuan direndam

selama 7 hari dan 28 hari didalam kolam takungan dan

seterusnya di bawa ke plant untuk diuji kekuatannya.

f) g) Melihat Kerja Konkrit Pilecap Dilakukan.

h) Gred 30

g) i) Melihat dan membandingkan kembali cara ujian slump dan

kiub dijalankan di tapak dengan yang telah dipelajari

ebelum ini.

j) i) Ujian slump @ penurunan

k) - Runtuhan mestilah tidak melebihi 75mm.

23
l) - Runtuhan yang lulus dengan penurunan sebenar akan

dibenarkan untuk kerja konkrit dimulakan.

Bilangan MINGGU KETUJUH (penyemburan anti-termite)

a) Penanaman cerucuk.

b) Kerja menyediakan tunggul tiang.

- Pemasangan kotak acuan

- Pemasangan kotak acuan

c) Kerja pemotongan cerucuk tinggi diatas permukaan G.F.L.

d) Kerja konkrit pilecap mengunakan kaedah vibrator poker.

e) Mengangkut tetulang besi oleh backhoe.

f) Menyediakan kotak acuan dan tetulang besi di tapak untuk

struktur pilecap dan stump.

g) Kerja pembukaan kotak acuan selepas 24jam dikonkrit.

h) Kerja penyemburan anti-termite untuk struktur pilecap.

- Mengelak pembiakan anai-anai.

- Untuk struktur sub-struktur.

Bilangan MINGGU KELAPAN (pembinaan rasuk tanah)

a) Belajar cara mengira tinggi pilecap dan stump.

24
- Terdapa dua tinggi tunggul tiang bagi semua Blok

Rumah Teres Sederhana.

- Stump 300mm dan stump 450mm.

b) Belajar secara teori cara rasuk tanah dipasang.

- Beza tinggi G.F.L dari F.F.L mesti 300mm @ 1 kaki.

- Perlu dimasukkan hard core dan besi sebelum dikonkrit

habis.

c) Kerja konkrit.

- Ujian runtuhan.

- Ujian kiub.

d) Penanaman cerucuk.

e) Pemasangan kotak acuan dan besi pilecap dan tunggul

tiang.

Bilangan MINGGU KESEMBILAN (pemeriksaan besi)

a) Kerja konkrit pilecap dan tunggul tiang.

b) Belajar tentang pemeriksaan besi tetulang oleh jurutera

struktur sebelum sesuatu struktur itu dikonkrit.

- Perlu diperiksa dan mendapat keputusan terlebih dahulu

oleh jurutera.

- bagi yang tidak diluluskan oleh juruteraa, pihak kontraktor

perlu untuk membuat pembetulan atau redesing dan

kemudiannya diperiksa semula.

c) Menyediakan laporan untuk mesyuarat tapak.

d) Lawatan daripada pegawai keselamatan.

25
- Taklimat oleh pegawai keselamatan.

- Larangan sewaktu bekerja dan peraturan yang perlu

diikuti.

e) Melihat cara bagaimana cerucuk disambungkan dengan

kaedah welding.

Bilangan MINGGU KESEPULUH ()

a) Penambahan excavator.

- kerja mengorek tanah blok teres dan satu lagi pada blok

kluster.

b) Pemasangan kotak acuan bagi rasuk tanah.

- Dilakukan selepas kerja menimbusan semula tanah

dilakukan.

- Tanah perlu untuk dipadatkan.

c) Pembinaan kabel tranches blok TNB.

- Pada bawah tanah untuk laluan kabel-kabel elektrik.

- Mesti mendapat kelulusan daripada pihak TNB.

d) Kerja pemeriksaan besi oleh wakil jurutera elektrik dan

mekanikal.

e) Kerja konkrit lantai kabel tranches.

Bilangan MINGGU KESEBELAS (kerja konkrit)

a) Kerja konkrit rasuk tanah @ ground beam.

b) Pemasangan kotak acuan dan tetulang besi struktur

pilecap dan stump.

26
c) Kerja membuka kotak acuan bagi ground beam.

d) Pemotongan cerucuk untuk kerja membina pilecap.

e) Penyemburan anti-termite untuk struktur ground beam.

f) Mengangkut, mengedar kotak acuan, besi tetulang dan

tanah oleh lori dan backhoe.

g) Ujian kiub dan ujian keruntuhan di tapak sebelum kerja

konkrit.

h) Konkrit dimampatkan menggunakan vibrator poker.

i) Membina kotak acuan dan tetulang besi bagi pilecap,

stump, ground beam dan ground slab.

j) Kerja memasukkan tanah dan memampatkan tanah untuk

pembinaan ground slab.

k) Penanaman cerucuk untuk baki blok yang belom diketuk.

l) Pemotongan cerucuk diatas G.F.L bagi memudah kan

excavator melalui.

Bilangan MINGGU KEDUA BELAS ( mendirikan tiang )

a) Membengkokkan dan memotong besi menggunakan bar

cutting machine dan bar bending machine.

b) Mengeluarkan request for inspection (RFI) untuk

pemotongan cerucuk atas.

- Tidak mendapat kelulusan daripada pihak engineer c&s

kerana tidak dibenarkan untuk claim.

c) Memasukkan dan memampatkan tanah untuk membina

struktur ground beam.

27
d) Ujian PDA untuk 4 blok terakhir.

e) Pemasangan paip angin @ najis (paip koko) dan paip air

(paip putih).

f) Pemasangan kotak acuan dan tetulang besi.

g) Memasang tetulang besi bagi tiang.

h) Memasang kotak acuan bagi tiang.

- Perlu diukur terlebih dahulu bagi memastikan tiang tidak

senget.

- Menggunakan kaedah pembaris dan ladong.

- Memerlukan kepada kayu 2x4 untuk menangung tiang.

i) Pemasangan link konkrit pada atas lapisan hardcore

ground slab.

j) Penyemburan anti-termite.

k) Pemasangan kotak acuan.

l) Pemotongan cerucuk untuk pilecap.

m) Penimbusan tanah.

Bilangan MINGGU KETIGA BELAS (pembinaan lantai tangkat

bawah)

a) Pemadatan tanah untuk pembinaan ground slab dan

ground beam.

b) Pemasangan link konkrit G30 setebal 25mm.

c) Penyemburan anti-termite.

d) Kerja konkrit.

e) Ujian konkrit 7 hari dan 28 hari di plant.

28
f) Pemasangan lapisan kalis lembapan pada struktur ground

slab.

g) Pengiraan isi padu bagi tiang untuk kerja konkrit.

h) Kenali jenis-jenis tiang dan tunggul tiang yang terdapat

dalam pembinaan.

- Terdapat kesemua 10 jenis tiang dan tunggul tiang yang

berlainan dari segi saiz dan penggunaan tetulang.

Bilangan MINGGU KEEMPAT BELAS (kerja sub-struktur)

Mencatat semua proses pembinaan yang bermula

daripada kerja sub-struktur.

- Penanaman cerucuk

- Pengorekkan tanah

- Pembinaan pilecap
a)
- Pembinaan tunggul tiang

- Menimbus tanah

- Pembinaan rasuk tanah

- Pembinaan lantai tingkat bawah

- Pembinaan tiang

Pembinaan dan pemasangan kotak acuan bagi flat roof


b)
TNB.

c) Pemadatan tanah.

d) Pemasangan link konkrit pada lantai tingkat bawah.

29
Bilangan MINGGU KELIMA BELAS (ground slab @ lantai bawah)

a) Pemasangan kotak acuan bagi tiang Blok rumah sampel.

b) Pemeriksaan besi.

c) Penyemburan anti-termite.

d) Mengepam air yang bertakung menggunakan water pump.

e) Kerja membengkokkan, memotong dan mengikat tetulang

besi.

f) Pemasangan paip angina dan paip air.

g) Pemasangan house main hole dan gullytrap.

h) Kerja membetulkan struktur tiang C5 yang sepatutnya mati

sebelum lantai.

i) Kerja mengkonkrit lantai tingkat bawah.

- Perlu untuk mengambil kira construction join sebelum

kerja mengkonkrit ditamatkan.

j) Kerja mengira isi padu untuk mengkonkrit tiang.

Bilangan MINGGU KEENAM BELAS (aktiviti harian)

a) Kerja membuka kotak acuan bagi struktur tiang blok TNB.

b) Pembinaan dan pemasangan kotak acuan bagi rasuk dan

lantai tingkat satu.

c) Pemasangan house main hole dan gullytrap.

d) Pembukaan kotak acuan bagi slab.

e) Kerja konkrit tiang.

f) Kerja mengangkut barang, peralatan dan keperluan

pembinaan oleh jentera.

30
Bilangan MINGGU KETUJUH BELAS (pembinaan blok TNB)

a) Pembukaan semua kotak acuan di blok TNB.

b) Pemeriksaan oleh wakil daripada TNB.

c) Pengorekkan tanah untuk pembinaan pilecap.

d) Pemasangan rasuk tingkat satu.

e) Reka bentuk semula tiang yang mengalami masalah tidak

sama tinggi.

f) Pemasangan besi tiang.

g) Melihat cara membina rasuk bagi tempat letak kereta

rumah teres sederhana.

h) Belajar cara mengira isi padu konkrit bagi lantai tingkat 1.

- Perlu mengambil kira lebar rasuk.

i) Pemasangan besi tetulang bagi rasuk tingkat satu.

j) Kerja mangikat bata bagi dinding Blok TNB.

Bilangan MINGGU KELAPAN BELAS (litar elektrik)

a) Pemasangan litar elektrik dibawah BRC lantai tingkat satu.

b) Pemasangan BRC pada lantai tingkat satu.

c) Pemeriksaan pemasangan litar elektrik oleh jurutera.

d) Kerja konkrit.

e) Mengagih kotak acuan dan tetulang besi oleh jentera.

f) Pengorekkan tanah untuk pilecap.

31
Bilangan MINGGU SEMBILAN BELAS (super-struktur)

a) Pemeriksaan besi.

b) Pemerisaan Blok TNB oleh jurutera daripada perunding

mekanikal dan elektrik.

c) Kerja konkrit struktur super-struktur.

d) Pengorekkan tanah.

e) Reka bentuk semula pilecap yang titik cerucuk lari.

- Didapati lari apabila juru ukur mengambil kembali bacaan

titik cerucuk.

- Plan sbuilt akan dikeluarkan.

- nilai yang melebihi 75 memerlukan kepada reka semula.

Bilangan MINGGU DUA PULUH ( Request for inspection -RFI- )

a) Pemeriksaan besi oleh jurutera C&S.

b) Kerja konkrit.

c) Penyemburan anti-termite.

d) Mengeluarkan RFI pemeriksaan besi, ujian kiub, kerja

pengorekkan dan pemotongan cerucuk.

e) Mengisi buku harian tapak.

f) Memantau aktiviti yang dilakukan ditapak.

32
BAB 4

KERJA-KERJA PEMBINAAN SUB-STRUKTUR

4.1 Pengenalan

Selesainya kerja-kerja geo-tanah, tapak pembinaan akan diserah kan

pula kepada pihak kontraktor utama. Apabila pihak kontraktor memasuki

projek, pihak kontraktor perlu memulakan projek dengan melakukan

terlebih dahulu kerja-kerja pembinaan sub-struktur. Sub-struktur

merupakan kerja pembinaan dibawah aras tanah (G.F.L).

Pembinaan struktur sub-struktur adalah sangat penting dan harus

dilakukan dengan terperinci bagi mengelak masalah yang tidak dingini.

Sturtur sub-struktur adalah sangat penting kerana struktur ini adalah

struktur utama yang bertugas mengagih beban dan menangung beban

yang paling tinggi. Sebarang masalah yang berlaku bakal menyebabkan

kepada kerosakan yang teruk dan memakan belanja yang tinggi untuk

kos membaikpulih. Oleh itu, sub-struktur adalah salah satu pembinaan

struktur yang terpenting dalam proses pembinaan dan mengambil masa

yang paling lama untuk menyiapkannya.

4.2 Penanaman cerucuk

Penanaman cerucuk adalah kerja petama yang dilakukan bagi kerja sub-

struktur. Cerucuk merupakan asas yang bertugas untuk mengagih beban

yang dikenakan keatasnya kepada tanah. Penanaman cerucuk dilakukan

dengan bantuan mesin piling. Untuk melakukan kerja penanaman

cerucuk, 3 orang diperlukan. Sorang ditugaskan untuk mengawal mesin

33
piling. Seorang lagi ditugaskan untuk membantu menyambung cerucuk

dengan teknik kimpalan. Seorang yang terakhir ditugaskan untuk

mencatat pukulan cerucuk.

Berapa cerucuk yang perlu ditanam pada satu titik adalah bergantung

kepada kekuatan tanah itu sendiri dan daripada arahan jurutera C&S.

Seperti projek ini, 3 batang cerucuk digunakan.

Setiap satu cerucuk berukuran 150mmx150mm dan panjang setiap

cerucuk adalah 6m.

Rajah 4.2 (a): Kerja penanaman cerucuk.

Rajah 4.2 (b): Kerja penanaman cerucuk.

34
Rajah 4.2 (c): Cerucuk yang telah ditanam.

Rajah 4.2 (d): Cerucuk yang telah ditanam.

4.3 Ujian di tapak

Terdapat dua jenis ujian yang perlu dan wajib untuk dilakukan sebelum

kerja seterusnya dilakukan iaitu:

i. Ujian beban static load test

ii. Ujian analisis cerucuk pile driving analyser (PDA)

4.3.1 Static load test

Salah satu ujian yang dikenakan terhadap cerucuk untuk

mengetahui sejumlah beban yang dapat dipikul oleh sesuatu

35
struktur dan memastikan pengiraan kapasiti beban yang dapat

ditangung oleh sesuatu struktur adalah betul.

Ujian ini dilakukan ditapak dengan mengenakan beban sebanyak

35tan keatas cerucuk dan kemudiannya bacaan diambil selang

satu jam.

Rajah 4.3.1 (a): Batu yang digunakan.

Rajah 4.3.1 (b): Penetapan alat ujian.

36
Rajah 4.3.1 (c): Alat hydrolik jet.

Rajah 4.3.1 (d): Radas yang telah siap dipasang.

4.3.2 Pile driving analysis

PDA test merupaka ujian kedua yang dilakukan setelah ujan

beban. Ujian ini dilakukan menggunakan alat PDA yang mana

bacaannya dibaca secara automatic. Tujuan ujian ini dijalankan

adalah untuk ketahui tahap maksimum beban yang dapat

ditangung oleh cerucuk tanpa patah mahupun retak.

Ujian dikendalikan oleh seorang yang mengambil bacaan, dua

orang pengendali, seorang pemberi arahan dan seorang pemandu

37
kren. Apabila leputusan yang diperoleh melebihi nilai yang telah

ditetapkan oleh juruteraa maka titik itu lulus ujian ini.

Rajah 4.3.2 (a): Ujian PDA.

Rajah 4.3.2 (b): Ujian PDA.

38
Rajah 4.3.2 (c): Ujian PDA.

4.4 Pengorekkan tanah

Setelah lulus ujian yang telah dilakukan, kerja-kerja pengorekkan tanah

untuk pembinaan asas pilecap dimulakan. Sebelum memulakan kerja ini,

jurutera tapak perlu memastikan sekali lagi aras tanah yang hendak

dipotong. Hal ini, memerlukan juruteraa untuk kembali merujuk plan yang

telah diberikan oleh pihak jurutera C&S. Tebal pilecap dan tunggul tiang

harus diambil kira untuk memastikan kedalaman yang bakal dikorek.

Kerja ukur aras biasanya menggunakan alat ukur aras dompot. Bacaan

akan diambil daripada batu aras sementara (TBM) yang telah ditanda

oleh juru ukur. Kerja pengorekkan tanah ini dilakukan oleh seorang

operator excavator, seorang tukang ambil aras dan dua orang tukang

korek menggunkan cangkul.

39
Rajah 4.4 (a): Contoh pilecap.

Rajah 4.4 (b): Kerja ukur aras.

Rajah 4.4 (c): Kerja pengorekkan tanah.

40
Rajah 4.4 (d): Kerja meratakan tanah.

Rajah 4.4 (e): Pengorekkan tanah yang sudah siap.

4.5 Kerja pemotongan cerucuk

Kerja seterusnya diteruskan dengan memotong cerucuk. Kerja

memotong cerucuk biasanya dilakukan oleh buruh dengan menggunkan

mesin pemotong besi.

Kerja memotong cerucuk terbahagi kepada dua, iaitu:

a) Pemotongan cerucuk atas

Pemotongan cerucuk atas aras G.F.L hanya akan dilakukan bagi

cerucuk yang berada tinggi diatas permukaan tanah. Kerja

41
pemotongan cerucuk atas ini penting untuk memudahkan

pergerakan excavator untuk melaluinya.

Namun begitu kerja pemotongan cerucuk atas ini harus

ditanggung sendiri oleh pihak kontraktor kerana tidak terdapat

didalam kontrak (B.Q).

Rajah 4.5 (a): Cerucuk atas.

Rajah 4.5 (b): Cerucuk atas yang dipotong.

42
Rajah 4.5 (c): Cerucuk atas yang dipotong.

Rajah 4.5 (d): Cerucuk atas yang telah dipotong.

b) Pemotongan cerucuk bawah

Kerja-kerja pemotongan cerucuk bawah adalah untuk memasang

kotak acuan asas pilecap. Besi daripada cerucuk akan

disambungkan dengan besi pada pilecap.

43
Rajah 4.5 (e): Cerucuk bawah yang dipotong.

Rajah 4.5 (f): Cerucuk bawah yang telah dipotong.

4.6 Pembinaan pilecap

Bembinaan pilecap harus melalui beberapa proses tertentu. Tukang

kayu adalah merupaka individu utama dalam pembinaan pilecap ini.

Tukang kayu biasanya terdiri daripada beberapa kumpulan dan diwakili

seorang kepala yang bertugas mengawal setiap kerja yang dilakukan

dan merupakan orang yang mahir dalam bidang ini. Kepala akan

sentiasa berkomunikasi dengan jurutera tapak dan penyelia tapak.

4.6.1 Pembinaan pagar keliling kawasan

44
Antara perkara pertama yang harus dilakukan sebelum membina

pilecap adalah membina pagar pada keliling kawasan pembinaan

pilecap tersebut. Hal ini, adalah bertujuan untuk memastikan

bahawa pembinaan akan berada tepak pada tempat yang

sepatutnya dan tidak akan melebihi sempadan kawasan. Selain

itu, pembinaan pagar ini juga memudahkan tukang kayu untuk

mengukur dan menanda dimana kedudukan pilecap yang bakal

dibina.

Namun begitu, kerja ini harus dilakukan secara terperinci untuk

mengelak daripada berlaku kesalahan kerana ianya akan memberi

kesan pada struktur yang dibina kelak.

Rajah 4.6.1 (a): Pengukuran pagar .

45
Rajah 4.6.1 (b): Pagar yang telah siap.

4.6.2 Pemasangan kotak acuan

Kotak acuan merupakan perkara utama dalam pembinaan

sesuatu struktur. Pembinaan kotak acuan telah dilakukan oleh

sekumpulan tukang kayu mengikut jenis, saiz dan spek yang telah

ditetapkan oleh jurutera dan juga arkitek. Antara jenis pilecap

adalah:

a) Pilecap P2

b) Pilecap P3

c) Pilecap P4

Rajah 4.6.2 (a): Pemasangan kotak acuan.

46
Rajah 4.6.2 (b): Pembinaan kotak acuan.

4.6.3 Membina lean konkrit

Selepas kotak acuan konkrit dimasukkan, kerja membina lean

konkrit dilakukan. Untuk kerja ini, konkrit hanya dibancuh sendiri di

tapak iaitu konkrit G30. Lean konkrit ini akan berfingsi sebagai

penghalang air daripada tanah masuk ke dalam pilecap.

Rajah 4.6.3 (a): Pemasangan lean konkrit.

4.6.4 Pemasangan tetulang besi

Setelah itu, tetulang besi yang telah dibentuk mengikut saiz dan

bentuk pilecap akan dimarukkan kedalam kotak acuan. Pelapit

47
konkrit bersaiz 25mm akan diletakkan diantara besi dengan kotak

acuan. Penyediaan dan pemasangan besi akan dikendalikan oleh

tukang besi.

Rajah 4.6.4 (a): Pembinaan acuan tetulang besi.

Rajah 4.6.4 (b): Pemasangan acuan tetulang besi.

48
Rajah 4.6.4 (c): Pelapik konkrit.

4.6.5 Pemeriksaan besi

Pemeriksaan besi akan dilakukan oleh jurutera C&S setiap kali

permohonan untuk mengkonkrit dikeluarkan. Pilecap yang telah

siap dipasang hanya boleh dikonkrit apabila telah diperiksaa dan

mendapat kelulusan daripada jurutera.

Rajah 4.6.5 (a): Pemeriksaan besi.

49
Rajah 4.6.5 (b): Pemeriksaan besi.

4.6.6 Kerja konkrit pilecap

Setelah mendapatkan kelulusan daripada jurutera C&S, jurutera

tapak akan memulakan kerja mengkonkrit pilecap yang telah

diperiksa. Gred konkrit yang digunakan adalah G30. Kaedah

pemadatan yang digunakan untuk mengkonkrit adalah vibrator

poker. Setiap kali sebelum mengkonkrit, pihak kilang konkrit perlu

untuk melakukan ujian keruntuhan dan ujian kiub ditapak . ujian

keruntuhan yang 75 adalah dikira lulus. Kiub akan dibiarkan

didalam acuan selama 24 jam dan akan dibuka pada keesokan

harinya sebelum direndam dan diuji apabila kiub mencapai umur 7

hari dan 28 hari.

50
Rajah 4.6.6 (a): Ujian keruntuhan.

Rajah 4.6.6 (b): Ujian kiub.

Rajah 4.6.6 (c): kerja konkrit.

51
Rajah 4.6.6 (d): Kiub yang direndam.

4.6.7 Kerja pembukaan kotak acuan

Kerja pembukaan kotak acuan biasanya akan dilakukan setelah

kerja konkrit tamat dan konkrit dibiarkan mengeras selama 24jam.

Rajah 4.6.7 (a): Pembukaan kotak acuan.

4.6.8 Penyemburan anti anai-anai

Setelah 48 jam kotak acuan dibuka, penyemburan anti anai-anai

pula akan dilakukan. Penyemburaan ini harus dilakukan bagi

mengelak struktur rosak akibat dimakan oleh serangga perosak.

52
Rajah 4.6.8 (a): Penyemburan anti anai-anai.

Rajah 4.6.8 (b): Penyemburan anti anai-anai.

4.7 Pembinaan tunggul tiang

Tunggul tiang adalah merupakan struktur yang seterusnya dibina

selapas pembinaan pilecap. Untuk projek ini, terdapat dua ketinggian

tunggul tiang iaitu 300mm dan 450mm. tunggul tiang 300mm hanya

terdapat pada pilecap P4 dan 450mm pada pilecap P2 dan P3.

4.7.1 Pemasangan besi tetulang

Tunggul tiang ini akan dipasangkan tetulang besi terlebih dahulu

dan diikat pada tetulang besi pilecap.

53
Rajah 4.7.1 (a): Pemasangan besi tetulang.

4.7.2 Pemasangan kotak acuan

Kemudiannya, barulah diikuti dengan pemasangan kotak acuan

dan prosedur seterusnya yang sama dengan pilecap.

Rajah 4.7.2 (a): Pemasangan kotak acuan.

4.7.3 Pemeriksaan besi

Kebiasaanya tunggul tiang akan diperiksa besinya sekali dengan

besi pilecap. Bergantung pada setiap tapak bina.

4.7.4 Kerja konkrit

Kerja konkrit dilakukan setelah mendapat kelulusan daripada

jurutera C&S.

54
Rajah 4.7.4 (a): Kerja mengkonkrit tunggul tiang.

4.7.5 Pembukaan kotak acuan

Setelah 24 jam konkrit dibiarkan mengeras, kotak acuan akan

dibuka. Kotak acuan yang digunakan akan digunakan semula

untuk kerja pembinaan struktur yang sama pada blok lainnya.

4.7.6 Penyemburan anti anai-anai

Penyemburan anti anai-anai akaaan dilakukan oleh pihak

professional. Penyemburan ini hanya dilakukan pada struktur yang

berada dibawah tanah seperti pada pilecap, tunggul tiang, rasuk

tanah dan lantai bawah.

Rajah 4.7.6 (a): Penyemburan anti anai-anai.

55
4.8 Kerja penimbusan tanah

Kerja penimbusan tanah dilakukan menggunkan bantuan daripada

excavator. Penimbusan tanah dilakukan untuk membina rasuk bumi

pada atasnya. Kerja ini perlu dilakukan dan seterusnya dimampat

dengan betul unruk mengelak berlakunya rekahan dan mampatan tanah.

Rajah 4.8 (a): Penimbusan tanah.

Rajah 4.8 (b): Pengambilan tanah untuk dikambus.

4.9 Pembinaan rasuk bumi

Kerja-kerja pembinaan rasuk bumi memerlukan kontraktor untuk

mengikuti beberapa tatacara. Rasuk bumi merupakan rasuk yang berada

56
pada permukaan tanah (G.F.L). Rasuk bertugas untuk mengagih beban

daripada tiang dan mengagihkannya ke tanah.

4.9.1 Pemasangan kotak acuan

Kotak acuan rasuk bumi akan disediakan oleh tukang kayu. Saiz

setiap rasuk bumi adalah berlainan dan memerlukan jurutera

tapak untuk merujuk kepada plan C&S dan juga plan arkitek.

Kedua-dua plan ini haruslah sama dan tepat dan apabila berlaku

pencanggahan, borang request for information harus dikeluarkan

kepada pihak klient, arkitek dan C&S.

Rajah 4.9.1 (a): Pemasangan kotak acuan rasuk bumi.

Rajah 4.9.1 (b): Pemasangan kotak acuan rasuk bumi.

57
4.9.2 Pembinaan link konkrit

Seterusnya, apabila kotak acuan telah siap dipasangkan, kerja-

kerja mambina link konkrit akan dilakukan. Seperti pada pilecap,

link konkrit ini membantu dalam menghalang air pada tanah

memasuki rasuk.

4.9.3 Memasukkan tetulang besi

Seperti pembinaan struktur lain-lainnya, rasuk bumi juga

memerlukan tatulang besi untuk mengukuhkan lagi strukturnya.

Besi ini akan disediakan oleh tukang besi dan akan diikat pada besi

tunggul tiang.

Rajah 4.9.3 (a): Kerja memasukkan tetulang besi rasuk bumi.

4.9.4 Pemeriksaan besi rasuk bumi

Pemeriksan besi akan dilakukan oleh jurutera C&S. jika tiada

masalah diantara link besi dan ikatan besi biasanya besi ini akan

lulus dan dibenarkan untuk dikonkrit.

58
4.9.5 Kerja konkrit

Kerja seterusnya diteruskan lagi dengan mengkonkrit struktur rasuk

bumi. Konkrit yang digunakan adalah dari gred 25. Kaedah

pemadatan yang digunakan adalah vibrator poker.

Rajah 4.9.5 (a): Kerja konkrit rasuk bumi.

4.9.6 Pembukaan kotak acuan

Kotak acuan akan dibuka setelah 24 jam konkrit direhatkan.

Rajah 4.9.6 (a): Pembukaan kotak acuan rasuk bumi.

59
4.9.7 Penyemburan anti anai-anai

Seperti struktur sub-struktur yang lainnya, rasuk bumi juga

memerlukan untuk disembur dengan anti anai-anai untuk langkah-

langkah berjaga-jaga pada masa yang panjang.

60
BAB 5

KESIMPULAN

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga dengan latihan industri

yang saya jalani ini. Pelbagai rintangan dan pendedahan yang saya alami

ketika menjalani latihan industri di tapak pembinaan Malconstrukt Sdn. Bhd. ini

selama hamper lima bulan iaitu dari 30 November hingga 15 April 2016.

Pengalaman-pengalaman kerja yang diperolehi amatlah bermakna dan boleh

dijadikan bekalan untuk menghadapi alam pekerjaan yang sebenar pada masa

akan datang.

Secara kesimpulannya, latihan industri sesi Disember 2015 telah berjaya

ditamatkan dengan mempelajari banyak ilmu baru yang amat berguna.

Sepanjang masa ditempatkan di tapak pembinaan, pelbagai ilmu pembinaan

yang baru dapat saya pelajari. Disebabkan tapak pembinaan ini merupakan

tapak yang baru sahaja dimasuki oleh kontraktor, saya dapat mengikuti proses

pembinaan daripada awal. Antara yang dapat saya simpulkan sepanjang

hampir lima bulan saya menjalani latihan di sini ialah :

1) Setiap tapak pembinaan memerlukan carta organisasi yang lengkap

dimana ianya mempunyai orang yang pengeluarkan arahan, mengatur

dan melakukan kerja bagi memastikan kelancaran kerja.

2) Sebelum sesuatu kerja pembinaan dilakukan, pemeriksaan harus

dilakukan terlebih dahulu dengan merujuk kepada plan C&S dan arkitek

untuk mengelak kesalahan dan kerugian oleh pihak kontraktor.

61
3) Berkerja ditapak pembinaan adalah memerlukan seseorang itu untuk

mampu berkerja dalam situasi yang tinggi tekanan.

4) Setiap kerja harus dipantau untuk mengelak berlaku kesalahan yang

memerlukan penyelesaian yang panjang.

5) Keselamatan adalah faktor utama yang harus dititikberatkan.

62
BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

Sepanjang menjalani latihan industri di Malconstrukt Sdn. Bhd. saya hanya

ingin memberikan beberapa cadangan yang diharapkan dapat menambah

kelancaran, productiviti, dan kualiti dalam pembinaan.

Antara cadangan saya adalah:

1) Lebih mengutamakan keselamat pekerja di tapak.

Mengharuskan setiap pekerja untuk menitikberatkan tentang

keselamatan diri dengan memberikan pencerahan tentang

kepentingan menjaga keselamatan.

Mengharuskan pemakaian keselamatan seperti memakai kasut

yang selamat.

Manggunakan tali pinggang keselamatan ketika bekerja ditempat

yang tinggi.

Menambah papan tanda keselamatan ditapak.

Mengambil tindakan kepada sesiapa yang melanggar etika

keselamatan semasa bekerja.

2) Menambah fesiliti untuk buruh seperti tandas bagi mengelak

menggunakan tandas untuk orang atasan.

3) Lebih mengatur kerja-kerja yang ingin dilakukan.

Menambah kakitangan yang seharusnya berada ditapak untuk

memudahkan kerja dan mengelak daripada kelewatan.

63

Anda mungkin juga menyukai