Anda di halaman 1dari 69

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri

Latihan Industri adalah merupakan sebahagian daripada ko-kurikulum


pengajian wajib yang harus dijalani oleh pelajar-pelajar di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) bagi peringkat Sarjana Muda. Ia merupakan keperluan kursus
kepada semua pelajar sebagai memenuhi salah satu syarat sebelum ianya diperakukan
untuk penganugerahan Sarjana Muda.

Latihan industri adalah salah satu program yang wajib dijalani oleh semua
pelajar universiti untuk mendapatkan Sarjana Muda. Pelajar perlu menjalani latihan
industri ketika berada di semester akhir untuk semua pelajar. Setiap pelajar universiti
diwajibkan lulus di dalam program latihan industri bagi melayakkan diri untuk
mendapatkan Sarjana Muda. Kemudian, apabila pelajar gagal menjalani latihan
industri maka para pelajar perlu mengulangi latihan industri sebelum menempah diri
bagi mendapatkan Sarjana Muda.
Latihan industri ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar dengan
alam pekerjaan yang sebenar selepas tamat pengajian serta dapat mengetahui cara
untuk mengurus dan memperoleh kemahiran di dalam bidang yang diceburi.
Kemudian, para pelajar mendapat peluang yang lebih luas bagi menambahkan lagi
pengetahuan dari segi pengurusan dan kemahiran yang tidak dapat diperolehi dari
mana-mana pembelajaran teori. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa dengan
mempelajari teori yang diterima dari universiti adalah sukar bagi seseorang pelajar
untuk mengetahui bidang pekerjaan serta cara-cara bekerja yang sama dengan kursus
yang diceburi.
Dengan adanya latihan industri ini, para pelajar dapat menjalani lebih banyak
kemahiran dan pengurusan. Kemudian, para pelajar dapat menilai serta
mempraktikkan pembelajaran teori kepada bidang teknikal dan kemahiran. Kemudian,
2

secara tidak langsung para pelajar dapat melibatkan diri dengan meningkatkan
kemahiran komunikasi sama ada secara formal ataupun sebaliknya. Selain itu, pelajar
juga dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan dan juga menyumbangkan
idea-idea kepada firma semasa menjalankan latihan industri.
Latihan industri adalah pelengkap yang penting dalam sebarang pengajian
kursus profesional. Sesungguhnya melalui latihan industri, pelajar dapat
mengembangkan dan mempertingkatkan kemahiran yang diperlukan di bawah
bimbingan dan seliaan ahli profesional dari luar dan dalam universiti. Dalam bab ini
menerangkan tentang pengenalan kepada laporan latihan industri.

1.1.1 Objektif Latihan Industri


Objektif Latihan Industri adalah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh
universiti di Malaysia. Latihan industri merupakan satu sistem pembelajaran yang
wajib kepada para pelajar universiti di peringkat sarjana muda. Tempoh latihan yang
perlu dijalani oleh semua pelajar adalah selama 10 minggu. Setiap pelajar akan
ditempatkan di firma yang dipilih oleh pelajar sendiri.

Dengan adanya latihan industri, pelajar dapat merasai sendiri bagaimana


keadaan sebenar dan cabaran yang ditempuhi apabila berada di alam pekerjaan
sebenar. Hal ini kerana, para pelajar dapat mengawal diri dan merancang sesuatu
apabila terjadinya masalah di dalam pekerjaan.

Objektif Latihan Industri ini adalah merangkumi :-

i. Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profession serta aplikasi


dalam bidang masing-masing.
ii. Mengaplikasikan pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan pengurusan
profesional dalam industri.
iii. Menimba pengalaman bekerja didalam suatu organisasi profesional.
iv. Membina pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi profesional.
v. Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonnel dan
komunikasi.
vi. Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar
kampus.
3

1.1.2 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri

Laporan akhir latihan industri merupakan satu kewajiban kepada pelajar yang
menjalani latihan industri. Ianya kerana laporan akhir adalah bukti bahawa para pelajar
telah menjalani latihan industri dan memperoleh pengalaman baru di syarikat. Oleh
itu, para pelajar hendaklah menulis laporan berpandukan segala maklumat yang telah
diperolehi sepanjang menjalani latihan industri.

Antara objektif laporan akhir adalah seperti berikut :-

i. Sebagai panduan kepada pensyarah untuk menilai dan mengetahui


segala pengetahuan dan perkembangan pelajar sepanjang tempoh
latihan dijalankan.
ii. Memberi gambaran tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh
latihan industri.
iii. Mengolah bahan yang terdapat pada buku log / laporan harian yang
ditulis oleh pelajar pada setiap minggu semasa sesi latihan dijalankan.
iv. Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan.
v. Mempelajari bagaimana cara untuk membuat sesuatu laporan yang
lengkap mengikut piawaian rasmi. Ia dapat memberi pengalaman
bagaimana untuk menghasilkan laporan yang lengkap.
vi. Membolehkan seseorang itu mencatat segala ilmu yang dipelajari
semasa menjalankan latihan industri di dalam buku laporan. Ini
membolehkan pelajar menjadikan buku rujukan ke atas dirinya dan
orang lain sebagai rujukan untuk membuat laporan.

1.1.3 Kepentingan Latihan Industri

Melalui penglibatan pelajar dalam latihan industri ini, pelajar boleh


memperolehi pelbagai kepentingan. Oleh itu, para pelajar perlu melibatkan diri
sepenuhnya dalam praktikal ini kerana ia akan diberi penilaian markah sebagai syarat
lulus. Antara kepentingan yang diperolehi dalam latihan industri ialah:-
4

i. Memberi pengalaman dan pendedahan kepada pelajar tentang teknik


berkomunikasi dengan pihak professional.
ii. Menilai keupayaan dan kebolehan pelajar dalam mengendalikan
sesuatu tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Pelajar perlu
melakukan yang terbaik terhadap tugas yang telah diamanahkan oleh
pihak majikan.
iii. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi dunia kerja yang
sebenar yang lebih mencabar. Pelajar perlu menerima kenyataan jika
menghadapi kesukaran dalam melakukan pekerjaan serta perlulah
sentiasa bertanya apabila tidak tahu cara untuk menyelesaikan sesuatu
tugasan atau kerja yang telah diberikan kepada pelajar tersebut. Oleh
yang demikian akan membolehkann seseorang pelajar itu mempunyai
pengalaman di setiap kerja yang dilakukan olehnya.

1.2 Pengenalan Industri

Rajah 1.1 : Logo JKR

Dalam tahun 1858 jawatan Ketua Jurutera bagi Negeri-Negeri Selat telah
ditubuhkan. Pada masa itu Singapura merupakan pusat tahanan utama bagi banduan
dari jajahan British di seluruh Timur Jauh. Pihak British bergantung pada pihak askar
untuk mengisi jawatan jurutera dan doktor. Seorang pegawai askar pasukan
kejuruteraan akan ditempatkan untuk mengepalai kerja-kerja awam di setiap jajahan.
5

Berkenaan inilah Mejar McNair telah datang ke Singapura untuk mengisi jawatan
tersebut.

Pada tahun 1867 Negeri-Negeri Selat telah dijadikan 'Crown Colony' dan
serentak dengan itu jawatan Penguasa PWD Singapura telah ditukarkan kepada
Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat. Walau bagaimanapun tarikh berkenaan tidak
boleh diperkatakan sebagai permulaan PWD kerana pada dasarnya kerja-kerja hanya
tertumpu di Singapura sahaja. Hanya selepas lima tahun kemudian iaitu pada tahun
1872, satu jabatan baru dinamakan PWD Negeri-Negeri Selat ditubuhkan.

Ini adalah titik permulaan JKR sebagai satu organisasi di Malaysia. Mejar
J.F.A. McNair yang sebelumnya memegang jawatan Jurutera Eksekutif dan Penguasa
Banduan dan juga Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat dalam tahun 1867 ialah orang
pertama menerajui organisasi JKR pada tahun 1872 dengan Kapten Shatterthwaite
sebagai Penolong Pertama Jurutera di peringkat Negeri Pulau Pinang.

Jabatan Ukur yang.telah ditubuhkan pada tahun 1839 telah disatukan dengan
pejabat Jurutera Jajahan pada tahun 1871, di bawah polisi penyatuan yang dimula
gerakkan oleh Sir Harry Ord, di mana Mejar F.A. McNair telah memegang jawatan
tersebut. Beliau telah menyusun semula jabatan pada tahun 1873 dengan
menempatkan Kapten W. Innes sebagai Penolong Pertama Jurutera dan Juru Ukur di
Negeri Pulau Pinang dan seorang lagi di Melaka.

Pada tahun 1848 jawatan Penguasa Penjara telah diletakkan di bawah


tanggungjawab Jurutera Jajahan para banduan telah digunakan untuk kerja-kerja
pembinaan jalan dan bangunan. Jawatan ini dipegang oleh pihak Jabatan Kerja Raya
sehingga tahun 1873 di mana pihak Jabatan Penjara mempunyai penguasanya
sendiri. Sehingga 31 Disember 1931 di Tanah Melayu terdapat dua Jabatan Kerja Raya
yang berasingan. Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat adalah bertanggungjawab bagi
Negeri-Negeri Selat manakala Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
bagi Negeri-Negeri Bersekutu dan seorang Jurutera dipinjamkan bagi menjalankan
tugas-tugas untuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pada 1 Januari 1932 kedua-dua jabatan telah disatukan menjadi satu


Perkhidmatan Kerja Raya Malaya yang berpusat di Singapura dengan nama 'Pengarah
Kerja Raya, Negeri-Negeri Selat' dan 'Penasihat Kerja Raya Negeri Melayu'. Pada
tarikh yang sama, cawangan hidrolik bagi Negeri-Negeri Bersekutu Jabatan Kerja
6

Raya telah dijadikan satu jabatan yang berasingan digelar Perkhidmatan Parit dan
Taliair diketuai oleh 'Pengarah Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Selat dan Penasihat
bagi Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Melayu'.

1.2.1 Sejarah JKR Kedah

Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah ditubuhkan pada 19.10.1955. Dahulunya,


Jabatan Kerja Raya merupakan satu Jabatan Kerajaan yang diberi tanggungjawab
memikul amanah dalam menyediakan kemudahan Infrastuktur Awam seperti Jalan,
Bangunan, Jambatan, Lapangan Terbang dan Pelabuhan.

JKR Negeri Kedah diterajui oleh seorang Pengarah dan bertanggungjawab


untuk merancang, melaksana dan meyenggara projek-projek pembangunan negeri
seperti jalan dan bangunan-bangunan kerajaan. JKR Negeri Kedah bertanggungjawab
terus kepada Kerajaan Negeri untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat
oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pada masa yang sama, JKR Negeri Kedah juga
bertanggungjawab terus kepada KPKR untuk projek-projek persekutuan di negeri
Kedah.

JKR Negeri Kedah diterajui oleh seorang Pengarah Kerja Raya Negeri.
Pentadbiran Jabatan Kerja Raya Kedah meliputi seluruh Negeri Kedah dimana
melibatkan dua (2) Cawangan Kejuruteraan dan tujuh (7) buah Daerah. Di peringkat
Ibu Pejabat JKR Negeri Kedah, jabatan ini dibahagikan kepada Sembilan (9) bahagian
yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Terdapat dua (2) Cawangan
Kejuruteraan di dalam struktur organisasi JKR Kedah yang diketuai oleh seorang
Ketua Jurutera Negeri iaitu Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan
Kejuruteraan Elektrik. JKR Daerah diketuai oleh seorang Jurutera Daerah yang
bertanggungjawab terus kepada Pengarah JKR Negeri untuk melaksanakan dan
menyenggarakan projek-projek Persekutuan dan Negeri yang terdiri dari Daerah-
Daerah.
7

1.2.2 Sejarah JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Cawangan Kejuruteraan Elektrik adalah salah satu daripada dua cawangan


kejuruteraan di bawah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Cawangan ini memainkan
peranan yang penting dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan
infrastruktur untuk agensi kerajaan dalam bidang kejuruteraan elektrik supaya
menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

Selain itu cawangan ini juga harus memastikan pengurusan fasiliti aset
kejuruteraan elektrik di premis kerajaan menepati amalan terbaik supaya sentiasa
berfungsi dengan baik, selamat dan kos efektif serta memastikan perkhidmatan
perundingan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada agensi kerajaan
berasaskan profesionalisme dan berintegriti.

Fungsi Cawangan Kejuruteraan Elektrik adalah seperti berikut :-

i. Perkhidmatan Perundingan Teknikal (Rekabentuk & Perolehan)


i. Merancang, merekabentuk dan mengurus perolehan bagi projek-projek
kerajaan.
ii. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan yang lain.
ii. Pengurusan Projek (Pengurusan Tapak Bina Pemasangan Elektrik)
i. Merancang, mengurus, menyelaras, menyelia serta mengawal
peringkat pelaksanaan pembinaan projek mengikut kualiti, jangka masa
dan kos yang ditetapkan.
iii. Pengurusan Fasiliti Aset (Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Elektrik)
i. Melaksanakan kerja-kerja senggara bagi pepasangan elektrik mengikut
piagam pelanggan dan program senggara yang ditetapkan dengan
peruntukan yang disediakan oleh jabatan pelanggan.
ii. Memberi khidmat perundingan teknikal berkaitan dengan pengurusan
penyelenggaraan elektrik kepada agensi kerajaan yang lain
8

1.2.3 Logo JKR Elektrik Kedah

Rajah 1.2 : Logo JKR Elektrik Kedah

Secara umumnya, Logo yang dipaparkan seperti Rajah 1.2 mencerminkan


kepelbagaian bidang kerja dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).
Bermula dari bawah, garisan lengkung berwarna hitam memberi simbol kerja
membekal air bersih dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang
dinamik. Seterusnya garisan yang berbentuk ‘arch’berwarna hitam pekat menunjukkan
simbol kerja berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga
mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju
utama negara untuk melaksanakan kerja kejuruteraan.

Garisan lurus berwarna hitam di atas garisan berbentuk ‘arch’ melambangkan


penglibatan untuk melaksana rangkaian jalanraya negara. Empat belas garisan yang
terletak di atas garis lurus melambangkan penglibatan untuk melaksana kerja
bangunan meliputi 14 negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Bagi warna pada
logo adalah kuning melambangkan kedewasaan jenama JKR sebagai salah sebuah
organisasi yang tertua diwujudkan dan mencerminkan imej yang matang dalam
mencapai objektifnya. Hitam melambangkan kekuatan / kesatuan yang berkualiti dari
cawangan-cawangan didalam organisasi JKR yang diamanahkan untuk melaksana
projek pembangunan.
9
10

1.2.4 Halatuju Organisasi

1. Visi Organisasi

Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang
pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan
infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inivatif serta teknologi
terkini.

2. Misi Organisasi

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan :-

i. Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan


menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi
strategik.
ii. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan
yang konsisten.
iii. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang effektif dan
inovatif.
iv. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
v. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
vi. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
vii. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
viii. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.
BAB 2

SKOP LATIHAN

2.1 Tujuan Latihan Industri

Tujuan Latihan Industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar
tidak kira dari mana-mana institusi awam/swasta mengenai dunia pekerjaan
terutamanya dalam bidang kemahiran. Melalui latihan industri ini pelajar dapat
mempraktikkan diri mereka dalam suasana pekerjaan dan dapat memahami segala
aspek pengurusan sepanjang menjalani latihan industri.

2.2 Matlamat Latihan Industri

Matlamat utama program Latihan Industri ini adalah untuk memberi peluang
kepada pelajar menjalani latihan praktikal di sektor pekerjaan dalam bidang
kejuruteraan, teknologi dan pengurusan bagi meningkatkan kemahiran profesional
dan kemahiran interpersonel sebagai seorang profesional.

2.3 Skop Latihan Industri FPTV

Elektrik dan Elektronik (EE)

Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti
berikut:

1. Industri yang meliputi kerja-kerja operasi seperti juruteknik,


jurubina bangunan, penyelia atau penolong jurutera dalam bidang
Elektrik dan Elektronik meliputi skop kerja berikut:
12

i. Kontraktor Pendawaian Elektrik.

ii. Juruelektrik Bangunan

iii. Industri Elektronik

iv. Industri Elektrik

v. Pembekal Tenaga Elektrik (TNB, SESCO, SESB)

vi. Telekomunikasi

vii. Industri dan institusi yang dipersetujui oleh jawatankuasa latihan


industri.

2. Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan


teori dan pempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja
elektrik dan elektronik.

3. Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan


bersama jurutera atau pembimbing industri bagi tugasan atau
projek yang difikirkan perlu dan boleh menambah pengetahuan
dan pengalaman pelajar.

2.4 Perancangan Latihan Industri

Perancangan latihan industri ini adalah sebagai panduan kepada pelajar yang
menjalani latihan indusri di JKR Elektrik Kedah. Jadual perancangan ini telah
ditetapkan oleh pihak JKR Elektrik Kedah supaya pelajar dapat mengikuti setiap
bahagian dan kerja-kerja yang dilakukan oleh penyelia dan juruteknik. Jadual di
bawah (Jadual 2.1) menunjukkan setiap perancangan tugas dan aktiviti pelajar
sepanjang menjalani latihan industri di JKR Elektrik Kedah.
13

Jadual 2.1 : Perancangan Latihan Industri

Minggu Tarikh Jenis Latihan Lokasi

1&2 30/6/2019 - 11/7/2019 i. Pengenalan Pejabat dan


Tapak Projek
Pengenalan kepada struktur
organisasi syarikat.

ii. Pemantauan

Pemantauan ‘progress’ kerja


‘rewiring’ yang dilakukan
oleh kontraktor.

iii. Pembahagian Tugas

Diletakkan di bahagian
selatan bagi projek

iv. Pengujian ‘switch


board’
Memantau cara menguji
‘switch board’ baru.
v. Penyeliaan

Menyemak buku log setiap


minggu pada hari Khamis

3&4 14/7/2019-25/7/2019 i. Perlaksanaan Pejabat dan


Menjalankan kerja Tapak Projek
berdasarkan bahagian yang
ditetapkan.
ii. Pemantauan
Pemantauan ‘progress’ kerja
‘rewiring’ yang dilakukan
oleh kontraktor di Langkawi,
INTAN dan lain-lain

iii. Lakaran plan projek


14

Membuat lakaran plan bagi


projek yang dipantau.
vi. Lukisan
Membuat lukisan plan
projek selepas selesai
membuat lakaran
menggunakan Autocad.
vii. Penyeliaan

Menyemak buku log setiap


minggu pada hari Khamis

5&6 28/7/2019-8/8/2019 i. Pemantauan Pejabat dan


Tapak Projek
Pemantauan ‘progress’ kerja
‘rewiring’ yang dilakukan
oleh kontraktor

ii. Pemantauan

Pemantauan ‘progress’ kerja


baru yang dilakukan oleh
kontraktor

iii. Lukisan
Membuat lukisan plan
projek mengikut skala
menggunakan Autocad

iv. Pengujian ‘switch


board’
Memantau cara menguji
‘switch board’ baru

v. Penyeliaan
Menyemak buku log setiap
minggu pada hari Khamis
15

7&8 11/8/2019-22/8/2019 i. Cuti Hari Raya Pejabat dan


Aidiladha Tapak Projek
ii. Tugas

Diletakkan di bahagian utara


bagi projek baru selama 3
minggu
iii. Pemantauan
Pemantauan ‘progress’ kerja
‘rewiring’ yang dilakukan
oleh kontraktor

iv. Pemantauan

Pemantauan ‘progress’ kerja


baru yang dilakukan oleh
kontraktor

v. Lukisan
Membuat lukisan plan
projek mengikut skala
menggunakan Autocad

vi. ‘Bil of Quantity’


Mempelajari kaedah
membuat sebut harga
vii. Penyeliaan
Menyemak buku log setiap
minggu pada hari Khamis

9&10 25/8/2019-5/9/2019 i. Pemantauan Pejabat dan


Tapak Projek
Pemantauan ‘progress’ kerja
‘rewiring’ yang dilakukan
oleh kontraktor
16

ii. Pemantauan

Pemantauan ‘progress’ kerja


baru yang dilakukan oleh
kontraktor

iii. Lukisan
Membuat lukisan plan
projek mengikut skala
menggunakan Autocad

iv. Penyeliaan
Menyemak buku log setiap
minggu pada hari Khamis
BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Bab ini adalah ringkasan daripada aktiviti mingguan yang dilakukan sepanjang
menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di dalam
buku log secara ringkas akan diterangkan dalam bab yang meliputi tugas yang
diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam
buku laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-
aktiviti dan tugas yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industri selama
sepuluh minggu. Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke
minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu
di samping akan memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam seminggu tidak
semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan sebagainya.

3.2 Log Harian

Log harian merupakan dokumen penting untuk mencatat sesuatu kerja dan ia
perlu dikemaskini sepanjang tempoh perlaksanaan Latihan Industri dan merupakan
dokumen yang lengkap. Buku log ini amat penting bagi memastikan segala maklumat
tentang kerja-kerja yang dilakukan semasa menjalani Latihan Industri dicatat. Segala
maklumat penting harus dicatat dengan teliti untuk mengetahui tahap kemajuan harian.
Di dalam menilai maklumat-maklumat yang dicatatkan atau direkodkan dalam buku
laporan harian, pelatih perlulah mencatat dengan teliti berdasarkan kerja-kerja yang
dilaksanakan di tempat kerja seperti di dalam LAMPIRAN A. Selain itu rekod
kehadiran ke pejabat perlu dilampirkan seperti LAMPIRAN B. Maklumat-maklumat
yang harus terdapat dalam buku log harian adalah seperti berikut :
18

i. Tarikh
ii. Minggu
iii. Tugas/Aktiviti

3.3 Ringkasan Aktiviti Harian

Jadual 3.1 menunjukkan ringkasan aktiviti mingguan yang dilakukan di JKR Elektrik.

Jadual 3.1: Ringkasan Aktiviti Mingguan

Minggu Tarikh Ringkasan Mingguan


1 30//6/2019- i. Melaporkan diri di JKR Elektrik Alor Setar.
4/07/2019 ii. Mengetahui tentang bahagian-bahagian yang
terdapat dalam JKR Elektrik iaitu bahagian
projek utara, projek selatan, senggara projek,
senggaraan dan lampu jalan.
iii. Mengikuti En Adham ke tapak pejabat kemas
cawangan Alor Setar untuk memantau kawasan
yang dibuat pendawaian semula.
iv. Mendapat pendedahan berkaitan MSB,SSB oleh
En Basri.
v. Melakukan pengujian ‘switch board’ di kilang
UTeknik bersama Puan Lela
vi. Membuat pemantauan akhir bagi pendawaian
semula di Kolej Vokasional.
vii. Pembahagian tugas oleh penyelia industri.
- Diletakkan di bahagian projek (selatan).

2 7/7/2019- i. Membuat lawatan tapak di Sek Keb Seberang


11/7/19 Ketil dan Sek Keb Teloi Kanan bagi
melihat’progress’ kerja kontraktor.
ii. Membuat lawatan tapak untuk projek baru di
Maktab Mahmud Kuala Muda ( melihat tapak
baru pembinaan asrama perempuan)
19

iii. Membuat pengujian ‘switch board’ di Panelight


Electrical Engineering Sdn Bhd.
iv. Mengemaskini fail latihan bagi urusan
pengauditan (membuat lampiran G dan J.
3 14/7/2019- i. Mengemaskini fail latihan bagi urusan
18/7/2019 pengauditan (membuat lampiran G dan J.
ii. Membuat lawatan tapak di KV Langkawi
bersama Puan Lela dan kontraktor untuk
memantau ‘progress’ kerja.
iii. Membuat lakaran pendawaian semula untuk tiga
tempat iaitu dewan makan asrama, bengkel
automatif dan makmal sains.
iv. Membuat lawatan tapak di SM Teknik Alor Setar
untuk memantau ‘progress’ kerja kontraktor.
4. 21/7/2019- i. Membuat lawatan tapak di Sek Keb Dato Wan
25/7/19 Mohd Samad bersama En Adham untuk
memantau ‘progress’ kerja kontraktor.
ii. Membuat lukisan plan bagi bengkel automatif
dan dewan makan asrama di KV Langkawi
menggunakan Autocad.
iii. Membuat lawatan tapak di Sek Keb Pokok Tai
bersama Puan Hasnita. (membuat semakan
keseluruhan ‘rewiring’).
iv. Membuat lawatan tapak di INTAN bersama En
Adham (mengira dan membuat lakaran
kedudukan peralatan).
5. 28/7/2019- i. Mengira bilangan lampu/soket/kipas bagi
1/8/2019 pembinaan baru asrama perempuan Maktab
Mahmud Kuala Muda.
ii. Membuat lawatan tapak di Sek Men Keb
Panglima Besar dan Sek Men Keb Lunas bersama
En Amar.
iii. Cuti Pertabalan Agung
20

iv. Mengesahkan kembali bilangan


lampu/kipas/soket dengan mengira berdasarkan
lakaran yang dilakukan sebelum ini bagi Dewan
Jubli Perak,INTAN.
v. Melukis plan projek ‘rewiring’ Dewan Jubli
Perak menggunakan Autocad.
vi. Menyemak jenama dan model yang digunakan
oleh kontraktor
vii. Mengambil peratusan kerja, tarikh inden, tarik
milik dan tarik siap bagi setiap staf JKR.
6. 4/8/2019- i. Melukis plan projek ‘rewiring’ makmal sains
8/8/2019 SMK Panglima Besar menggunakan Autocad.
ii. Membuat lawatan tapak bagi projek baru di UUM
bersama Puan Liza.
iii. Mempelajari cara melukis plan bagi syiling
pattern menggunakan Autocad oleh En
Hasbullah.
iv. Membuat lawatan tapak bersama Puan Nazdriyah
ke Kastam.
v. Melukis plan bagi pengubahsuaian rumah kedai
kepada gym.
vi. Membuat lawatan tapak bersama En Hadi bagi
menyemak pendawaian dan peralatan sama ada
berfungsi dengan baik atau tidak di Rimbunan
Kasih, Bandar Baru.
vii. Membuat pengujian ‘switch board’ di Panelight
Electrical Engineering Sdn Bhd.
7. 11/8/2019- Cuti Hari Raya AidilAdha
15/8/2019
8. 18/8/2019- i. Membuat lawatan tapak di penjara perempuan
22/8/2019 dan kuarters meteorologi bersama En Adham
bagi memantau kawasan tapak untuk pendawaian
semula.
21

ii. Melukis plan projek dan melukis skematik bagi


projek JKR Padang Terap.
iii. Membuat lawatan tapak di Kem Tok Jalai bagi
projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan
Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas.
iv. Memeriksa keadaan dan jangka hayat ‘switch
board’ di POLIMAS.
v. Membuat pengujian ‘switch board’ di Panelight
Electrical Engineering Sdn Bhd.
9. 25/8/2019- i. Mengesahkan kedudukan kipas/lampu/soket
29/8/2019 yang telah diletakkan adakah bersesuaian
ii. Membuat jadual sebut harga bagi projek ubahsuai
rumah kedai kepada gym.
iii. Membuat lawatan tapak di Sek Men Sains
Kubang Pasu bagi menyemak jenama barangan
yang digunakan oleh kontraktor.
iv. MC selama 2 hari disebabkan kesihatan (sakit
tulang belakang dan perlu berjumpa dengan Dr.
Pakar.
10. 1/9/2019- i. Hari Ahad : Cuti Awal Muharram
5/9/2019 ii. Membuat lawatan tapak di Sek Keb Seberang
Ketil dan Sek Keb Teloi Kanan bagi menyemak
jenama barangan yang digunakan oleh kontraktor
dan menyemak bilangan soket/lampu/kipas.
iii. Membuat laporan akhir bagi penyerahan kepada
penyelia industri.
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan tugas atau kerja yang dipertanggungjawabkan atau


dilaksanakan sepanjang pelatih menjalani latihan industri. Melalui bab ini, skop tugas
yang telah dijalankan oleh pelatih akan diterangkan secara terperinci. Sepanjang
pelatih menjalani latihan industri, pelatih akan mengikut tugas dan jadual yang telah
ditetapkan. Antara tugas dan jadual yang ditetapkan adalah pelatih diberi arahan untuk
mengikut setiap bahagian yang terdapat di JKR Elektrik iaitu bahagian utara projek,
bahagian selatan projek, bahagian senggaraan dan bahagian senggaraan projek. Setiap
bahagian tersebut mempunyai tugas dan kerjanya yang tersendiri.

4.2 Cahaya dan Pencahayaan

Cahaya merupakan satu bentuk tenaga yang hadir dalam bentuk gelombang
elektromagnet. Dalam bidang pengajian fizik, cahaya merupakan radiasi
elektromagnetik serta juga dikenali sebagai partikel yang dipanggil foton. Cahaya
mempunyai beberapa sifat seperti:

i. Ianya bergerak ataupun merambat secara lurus dalam semua arah.

ii. Selain itu, cahaya berupaya untuk dipantulkan.

iii. Cahaya juga boleh dibiaskan sekiranya melalui medium yang berbeza
ketumpatannya.

iv. Seterusnya, cahaya boleh diuraikan

Pencahayaan (Illumination) pula merupakan ukuran jalur cahaya yang jatuh ke


atas sesuatu permukaan yang diukur di dalam unit lux (lx) atau dalam unit imperial
23

yang disebut ‘foot-candle’. Pencahayaan mempunyai beberapa istilah seperti jadual


4.1 dibawah.

Jadual 4.1 : Istilah-Istilah Pencahayaan

ISTILAH DEFINISI

Lumen (lm) Unit lunimous flux atau kadar pengaliran cahaya dari satu
punca

Illuminance (E) Kadar sesuatu permukaan dicahayakan atau banyaknya cahaya


yang jatuh di atas satu permukaan, lebih jelas lagi berapa lumen
dalam satu unit permukaan. Illuminance ialah sukatan chaya
yang tiba disesuatu permukaan.

Lux Satu unit matriks untuk pencahayaan iaitu 1 lumen semeter


persegi bersamaan dengan 10.76 lumen sekaki persegi

Nano meter (nm) Unit yang menerangkan panjangnya gelombang cahaya iaitu
109

Candela Unit keamatan bercahaya (luminous intensity) sesuatu punca


cahaya disuatu arah yang tertentu

Intensity atau keamatan (I) Bilangan candela yang dikeluarkan oleh suatu punca di dalam
suatu arah

Luminance atau keterangan Nilai terang sesuatu benda, digunakan kepada lampu-lampu
atau punca cahaya atau permukaan yang memantul atau
memancarkan cahaya. Ditulis sebagai candela/m2. luminance
adalah cahaya yang meninggalkan atau memantul dari sesuatu
permukaan.

Apostlib Nilai terang permukaan yang memancarkan atau memantulkan


satu lumen semeter persegi. Ia menerangkan jumlah cahaya
yang datang dari permukaan itu.

Faktor pemantulan (reflection Kadar sesuatu permukaan akan membalikkan cahaya. Biasanya
factor) di dalam peratusan (%). Luminance = Lux x faktor pemantulan.

Faktor penghantar (transmission Faktor yang menerangkan kadar cahaya yang menembusi suatu
factor) bahan yang lutsinar. Biasanya dinyatakan sebagai peratusan
faktor penghantaran.
24

Faktor penyerapan Faktor yang menerangkan kadar penyerapan cahaya oleh


sesuatu bahan contohnya cahaya yang tidak dipantulkan.
Kesemua bahan menyerap cahaya dan cahaya yang diserap
hilang sebagai haba. Hasil gabungan faktor pemantulan, faktor
penghantar dan faktor penyerapan akan menjadi 100%.

Luminous efficiency - lumen per Cara menerangkan kecekapan sesebuah lampu.Dapat


watt (lm/w) diperolehi dengan membahagi lumen yang dikeluarkan dengan
kuasa watt lampu.

Permukaan kerja - working Permukaan kerja di mana kerja dilakukan. Permukaan ini
surface dijadikan paras dasar di mana taraf pencahayaan dipastikan.
Kebiasaannya permukaan kerja diambil 0.85 meter dari paras
lantai.

Faktor kegunaan - utilization Faktor yang digunakan untuk mengira bilangan lampu yang
factor (U.F) harus dipakai. Faktor ini mengambil kira semua cahaya yang
hilang.

Index bilik - Room Index Indeks menghubungkan ukuran bilik dengan mengambil kira
luas dan bentuk bilik.

Faktor penyelenggaraan - Faktor yang digunakan untuk mengambil kira kehilangan


maintenance factor cahaya yang disebabkan oleh debu dan kotoran lain. Nilainya
adalah tetap iaitu 0.8.

Azimuth Permukaan disekitar paras datar.

Sudut atas dan bawah Permukaan di dalam paras tegak atau dibawah paras datar.

Indeks kesilauan - glare index Senarai nombor yang digunakan untuk menentukan sesuatu
pemasangan itu selesa atau tidak dilihat.

British zonal classification (B.Z) Satu klasifikasi untuk lampu-lampu berdasarkan keluaran
cahaya di bawah. Ada 10 bahagian contohnya BZ1...BZ10.

Pembalik - reflector Pemantul yang mengubah arah cahaya. Pemantul digunakan


bila pengubahan yang banyak diperlukan.

Pemantul specular - specular Ini ialah pemantul di mana arca yang terang boleh dilihat dari
reflector satu arah tertentu.
25

Pemantul perata - diffuser Pemantul yang memercikkan cahaya yang tiba padanya
reflector kesemua arah. Bayang tidak dapat dilihat pada pemantul jenis
ini. Pemantul jenis perata tulen susah didapati. Contoh yang
paling hampir ialah cat kapur, kertas penyerap dakwat dan
white cliff.

Refractor - controller Prisma lutsinar yang mengubah arah pancaran cahaya beberapa
darjah.

Silauan Cahaya pada arah yang salah yang menghindar pandangan.


Biasanya dibahagikan kepada silauan biasa dan silauan
keterlaluan. Silauan biasa menganggu pandangan tetapi silauan
keterlaluan menghindar pandangan.

Nisbah pancaran cahaya - light Nisbah cahaya yang keluar dari lampu kepada cahaya yang
output ratio keluar dari mentol sahaja. Ia dibahagikan kepada dua iaitu di
atas dan di bawah paras permukaan datar dan ditulis dalam
peratusan.

Lampu unggu - ultra violet (UV) Pancaran yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Ianya
menukar gelombang di antara 200nm. Ultra violet boleh
ditukarkan kepada cahaya yang boleh dilihat dengan
menemukan ia dengan bahan fluorescent contohnya lampu
kalimantang.

Infra red Pancaran yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Ia
mempunyai ukuran gelombang diantara 700nm dan 2500nm.
Biasanya ia boleh dirasa dengan rasa panas dikulit badan
manusia.

4.3 Reka Bentuk Pencahayaan

Aspek rekabentuk yang perlu diambil kira ialah average illiminance iaitu
dengan menentukan paras illuminance dan beberapa bilangan lampu serta kuasa
wattnya yang harus dipasang untuk mendapatkan paras tersebut. Untuk memulakan
rekabentuk pencahayaan dalam bangunan, maklumat-maklumat berikut dipastikan
terlebih dahulu:

i. Panjang bilik (L)

ii. Lebar bilik (W)


26

iii. Tinggi siling (H)

iv. Untuk apa bilik itu digunakan

v. Warna siling

vi. Warna dinding

vii. Keadaan tingkap

viii. Berkipas atau berhawa dingin jarang diambil kira

ix. Keadaan keliling

Setelah mengambil kira perkara-perkara di atas barulah kita boleh memilih


jenis lampu yang hendak digunakan. Contohnya pendaflour, lampu pijar jenis
decorative, lampu jenis domestik atau jenis industri. Pada amnya pengeluaran
cahaya dari lampu boleh dibahagikan kepada:

i. Terus / direct (0-10%)

ii. Separa terus / semidirect (10-40%)

iii. Resapan / general difussing (40-60%)

iv. Separa tidak terus / semi indirect (60-90%)

v. Tidak terus / indirect (90-100%)

4.3.1 Illuminance

Dari maklumat diatas dan kajian yang telah dibuat, kita boleh tahu paras
pencahayaan yang diperlukan seperti yang boleh diperolehi berdasarkan jadual 4.2
dibawah.

Jadual 4.2 : Jadual Illumina

ROOM LUX DESCRIPTION

EXT-CWAY ENTRANCE AND EXIT

CARPARK 30 INTERNAL CAR PARKS

STORE-YD OUTDOOR STORES


27

CINEMA CINEMAS

LIVING ROOM 50 LIVING ROOM GENERAL

BEDROOM BEDROOM GENERAL

GARAGE EXTERNAL APRON

CORRIDOR CORRIDORS

PASSAGE PASSAGEAWAY

LIFT LIFT

STAIR STAIRCASE AREA

ESCALATOR ESCALATOR

LOBBY 100 LOBBY

WAITING WAITING AREA AND ROOM

STORE STORE

REST REST ROOM

BATHROOM BATHROOM

HALL CONC HALL CONC

CHANGE CHANGING ROOM

WARD HOSPITAL WARD GENERAL

KITCHEN-H HOME KITCHEN

LAVATORY 150 LAVATORY

PUMP PUMP ROOM

AHU AHU ROOM

A/C AIR-CON PLANT ROOM

LAUNDRY LAUNDRY GENERAL

HALL-SCHO 200 SCHOOL HALL

GLASS GLASS ROOM

RECEPTION RECEPTION AREA

GYM GYMNASIA GENERAL

KITCHEN-G KITCHEN GENERAL

PRINTING PRINTING ROOM AND SHOP


28

OFFICE OFFICE GENERAL

MULTI-PURPOSE 300 MULTI-PURPOSE HALL

LECTURE LECTURE HALL

LIBRARY READING ROOM AND LIBRARY

LAB LABORATORY

CONFERENCE CONFERENCE ROOM

FILE FILE ROOM

TREATMENT 400 TREATMENT ROOM

COMPUTER 500 COMPUTER ROOM

X-RAY X-RAY ROOM

DRAWING 600 DRAWING OFFICE

Kemudiannya Indeks Bilik (R.I) dapat diperolehi dengan menggunakan persamaan di


bawah:

HW
R.I = Hm( L  W ) Di mana, R.I = room index

L = panjang bilik

W = lebar bilik

Hm = tinggi gantungan

Indeks bilik juga boleh diperolehi dengan mengetahui jenis lampu yang akan
digunakan (Rajah 4.1).
29
30

Rajah 4.1 : Jenis-Jenis Lampu


31

4.3.2 Faktor Penggunaan (Utilization Factor, UF)

Selepas mengenalpasti jenis lampu yang hendak digunakan dan mengira


indeks bilik, faktor penggunaan (U.F) perlu ditentukan. Untuk mendapatkannnya
perlu mengetahui item warna siling dan dinding, kita dapat pastikan peratusan
pantulan siling dan dinding. Pada amnya peratusan pantulan adalah seperti jadual
4.3.

Jadual 4.3 : Faktor Pantulan

Warna/Huraian Siling Dinding

Putih/Warna cerah bersih 70% 50%

Warna muda seperti biru dan seumpamanya/ tidak 50% 30%

berapa kotor

Warna kuat/kotor 30% 10%

Tingkap kecil dan keadaan 1 diatas 70% 50%

Tingkap besar dan keadaan 2 diatas 70% 30%

Contohnya sekiranya menggunakan lampu panjang biasa (bare lamp), dengan


indeks bilik 2.25 dan peratusan pantulan syiling 70% dan peratusan pantulan dinding
50%, faktor penggunaan seperti jadual 4.4.

Jadual 4.4 : Faktor Penggunaan

Index Bilik Faktor Penggunaan


2 0.64
2.5 0.68
0.5 0.04
0.25 (0.04x0.25)/0.5
2.25 0.66

4.3.3 Faktor Penyenggaraan (M.F)

Faktor penyenggaraan semasa mereka bentuk cahaya biasanya diambil kira. Ini
faktor kesusutan cahaya yang dihasilkan oleh lampu disebabkan oleh habuk atau
32

kotoran dan kesusutan cahaya yang disebabkan oleh umur lampu diambil kira. Faktor
penyelenggaraan adalah tetap iaitu 0.8.

4.3.4 Installed Flux

Selepas mengetahui semua diatas, installed fluz boleh diperolehi dengan


menggunakan persamaan berikut :

Installed flux = Illuminance x luas permukaan kerja

U.F x M.F

Bilangan lampu yang akan digunakan akan ditentukan dengan membahagikan


nilai installed flux dengan keluaran lumennya. Sila rujuk jadual 4.5 untuk
mendapatkan keluaran lumennya. Kemudiannya jenis fitting atau lekapan ditentukan
seperti jadual 4.6 dan berpandukan pada silingnya jenis mounting akan ditentukan
berdasarkan jadual 4.7.

Jadual 4.5 : Luminaire Lumen


Luminaire Lumen
1 x 18W F 1050
1 x 36W F 2650
2 x 36W F 5300
3 x 36W F 7950
4 x 36W F 10600
40W T 325
60W T 575
100W T 1160
MBF80 2500
MBF125 4600
MBF250 10400
MBF400 18000
MBF700 32000
MBI400 22000
MBI1000 70000
33

Jadual 4.6 : Jenis Lekapan


Luminaire Type of fitting
1 x 18W F FLUORESCENT 1 X 18W
1 x 36W F FLUORESCENT 1 X 36W
2 x 36W F FLUORESCENT 2 X 36W
3 x 36W F FLUORESCENT 3 X 36W
4 x 36W F FLUORESCENT 4 X 36W
40W T TUNGSTEN BULB 40W
60W T TUNGSTEN BULB 60W
100W T TUNGSTEN BULB 100W
MBF80 MERCURY 80W
MBF125 MERCURY 125W
MBF250 MERCURY 250W
MBF400 MERCURY 400W
MBF700 MERCURY 700W
MBI400 METAL HALIDE 400W
MBI1000 METAL HALIDE 1000W

Jadual 4.7 : Jenis Mounting


JENIS MOUNTING PENERANGAN
Channel Channel fluorescent luminaire
SUR-2X2 Surface mounting 2”X2”
REC-2X4 Recessed mounting 2”X4”
REC-2X2 Recessed mounting 2”X2”
SUR-LOUV Surface mounting with louver
GLOBE Globe
SUR-DIAK Surface mounting with diakon diffuser
CH-MR Channel with metal reflecter
HIGH-BAY High bay luminaire

4.3.5 Bilangan Lampu Diperlukan

Apabila installed flux diperolehi, bilangan lampu yang telah dipilih boleh
ditentukan dengan membahagikan installed flux dengan keluaran lumennya seperti
berikut :

Bil. Lampu = Installed flux


Lumen
34

4.3.6 Susunan Lampu

Untuk menyusun lampu persamaan di bawah digunakan:

S/Hm = 1 atau 1.5

Di mana, S = jarak antara lampu

Hm = tinggi gantungan

Apabila jenis lampu, bilangan lampu dan susunannya telah


dipastikan,pengawalan lampu harus diteliti. Untuk rekabentuk yang elok, lampu-
lampu berdekatan dengan tingkap dikawal oleh suis berasingan dari yang lainnya.
Sebagai langkah untuk menjimatkan tenaga, apabila cahaya matahari masuk ke dalam
bilik, lampu boleh dipadamkan. Biasanya suis diletakkan berhampiran dengan pintu
masuk.Bilangan dan susunan kipas diletakkan mengikut kreativiti dan keperluan
projek

Kemudiannya suis soket alur keluar juga direkabentuk mengikut keperluan


pengguna. Litar soket tidak dibenarkan sama sekali direkabentuk di dalam satu litar
yang sama dengan litar lampu dan kipas. Selain itu, lampu kecemasan juga dipasang
untuk kes-kes kecemasan.

Untuk pengiraan jumlah beban tersambung jadual anggaran untuk jumlah


sambungan beban dirujuk seperti di jadual 4.8.

Jadual 4.8 : Jadual Anggaran Untuk Jumlah Sambungan Beban

Bil Butiran Jumlah sambungan beban

1 18W (P) 25W

2 36W (P) 50W

3 80W (P) 100W

4 60W (T) 60W

5 100W (T) 100W


35

6 Punca elektrik 13A 3 pin 250W

7 Punca elektrik 15A 3 pin 500W

8 Lampu kecemasan 10W

9 Lampu keluar 10W

10 Kipas siling 70W

11 Kipas dinding 70W

12 Pendingin udara unit tingkap 1119W (1.5 K.K)

Fius SKN 30A 1492W (2.0 K.K)

13 Pendingin udara unit berasingan:

a. Pengasing TKN 30A 2238W (3.0 K.K)

b. Pengasing TKN 60A 3730W (5.0 K.K)

14 Sistem pam air 3000W

15 Sistem penyedar kebakaran 1000W

16 Sistem gas halon 1000W

17 Pemanas air 2000W

18 Unit pemasak 7500W

19 15A SPN isolator 3060W

4.4 Papan Suis Utama (MSB)

Papan Suis Utama (Rajah 4.2) adalah penting dalam industri pada masa kini. Ia
juga penting dalam sesebuah bangunan yang menggunakan 3 fasa iaitu melebihi
penggunaan arus elektrik atas daripada 240V. Fungsi Papan Suis Utama:-

i. Merupakan Pusat kepada keseluruhan pemasangan

ii. Mengawal semua arus yang melaluinya sebelum arus itu diedarkan ke
bahagian–bahagian tertentu.

iii. Sebagai pusat kawalan, pengukuran dan perlindungan kepada


keseluruhan pemasangan.
36

iv. Saiz binaan yang besar dan muatan arus yang tinggi.

Papan suis utama mempunyai pelbagai jenis dan kadaran arus yang berbeza. Antara
jenis MSB ialah :

i. Jenis melekat di dinding (Wall mounted) - digunakan pada kadar sehingga


100A.

ii. Jenis Pedestal - Pepasangan sederhana kebiasaan sehingga 400 A

iii. Jenis Cubicle - pepasangan besar melebihi 400 A.

Rajah 4.2 : Papan Suis Utama (MSB)

4.5 Papan Suis Sub-Sub Switch Board (SSB)

Papan suis Sub switch board ialah papan suis yang mendapat bekalan dari
MSB. Ia juga bersaiz dan muatan yang rendah dari MSB. Fungsi SSB adalah
digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan terasing dari MSB.
Komponen yang ada di dalam SSB adalah dilengkapi dengan alat kawalan dan jangka
(meter).

Kelebihan SSB adalah dapat menjimatkan kabel dan memudahkan kerja –kerja
kawalan dan senggaraan. (Cabang litar lampu dan kuasa akan mengambil bekalan dari
SSB ini). Kedudukan SSB (Rajah 4.3) ini biasanya akan diletakkan di tiap – tiap
tingkap bagi bangunan bertingkap atau di tiap – tiap bahagian di dalam bangunan tidak
bertingkap seperti sebuah kilang. SSB ini juga diadakan jika bekalan terpaksa
diagihkan pada bangunan yang kedudukannya terpisah antara satu sama lain.
37

MSB

MCCB

SSB-A
SSB -A

MCCB

SSB-B SSB-B

Rajah 4.3 :Kedudukan MSB Dan SSB Dalam Satu Pemasangan Elektrik

4.5.1 Binaan SSB

i. Mempunyai binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala peralatan
yang terdapat dalam MSB.

ii. Rangka yang baik ialah dari jenis berlubang dengan saiz yang sesuai dan jarak
25 mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya.

iii. Dengan ini ia boleh dibesarkan dengan mudah secara menyambung sahaja
rangka tambahan.

iv. Bahagian luar ditutip dengan kepingan logam.

v. Hendaklah menggunakan peralatan yang bermutu tinggi yang diluluskan oleh


SIRIM dan JBE.

vi. Mempunyai palang bus pembumian dan dipasang dibahagian bawah dalam
MSB meliputi keseluruhan panjang MSB.
38

Rajah 4.4 : SSB

4.5.2 Klasifikasi Papan Suis

Pemilihan MSB bergantung kepada keperluan, tahap keselamatan dan harga. Papan
Suis boleh diklasifikasikan kepada tiga:-

i. Kompartment sepenuhnya.

Sermua bahagian di asingkan dari yang lain. Jenis ini palinng mahal,
baik dan berat. Setiap kompartment dalam MSB diasingkan dengan dinding
logam.

ii. Kompartment sebahagian

Sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lainnya. Hanya


memisahkan sebahagian sahaja kompartment terutama bahagian yang
meletakkan ACB kerana disini kemungkinan besar berlaku percikan bunga api.

iii. Tiada kompartment

Tiada dinding pemisah diantara bahagian dalam MSB. Jenis paling


murah dan mudah sebab tiada langsung pemisahan diantara compartment
dalam MSB.

4.5.3 Lokasi

MSB hendaklah ditempat yang mempunyai cirri-ciri berikut:

i. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan


perbelanjaan sub mains dan kabel.
39

ii. Jauh / terhindar dari banjir atau dekat denagan punca air.

iii. Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu berkunci.

iv. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja- kerja operasi dan
selenggaraan mudah dijalankan.

4.5.4 Keselamatan

Dalam menjalankan tugas terutama mengendali Papan Suis Utama bagi sesuatu
bangunan atau komplek, perkara yang penting sekali perlu diingat adalah tentang
keselamatan nyawa dan harta-benda, oleh sebab itu beberapa undang-undang telah
dikuatkuasa seperti ST (Suruhanjaya Tenaga), IEE dan lain-lain lagi. Kesemua
undang-undang tersebut mementingkan satu perkara iaitu “ keselamatan nyawa dan
harta benda ”. Beberapa perkara yang mustahak yang perlu diberikan penekanan
adalah :

i. Bilik Suis hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan dan
kedudukkan beban-beban elektrik yang akan dipasangkan kepada Papan Suis
Utama.

ii. Saiz-saiz Papan Suis Utama dan kabel-kabel masuk dan keluar adalah mencukupi
untuk membawa beban elektrik yang telah dirancang dan juga pemasangan
jangka-jangka berkaitan yang disediakan untuk menunjukkan penggunaan beban,
voltan dan sebagainya
iii. Alat-alat perlindungan tersedia untuk menjaga keselamatan pepasangan dan
juga keselamatan pengendalian pepasangan semasa kerosakan.
iv. Litar-litar akhir perlu disusun dan dibahagikan di papan-papan agihan supaya
bahagian yang rosak ataupun yang memerlukan penyenggaraan, boleh
diasingkan daripada sistem elektrik dengan mudah dan senang hendak
disenggarakan.
v. Peralatan-peralatan elektrik yang digunakan adalah dari jenis yang bermutu
dan telah diluluskan penggunaannya oleh Pejabat Ketua Pengarah Suruhanjaya
Tenaga. Penempatan pepasangan-pepasangan elektrik perlulah dirancang dari
segi keselamatan pepasangan dan pengguna dengan mengambil perhatian
40

tentang kelegaan tempat kerja untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan


dengan mudah dan selamat.

4.6 Keperluan Bilik Suis

Bilik suis merupakan bilik yang penting untuk menempatkan kesemua papan
suis utama. Antara kriteria yang perlu ada untuk bilik suis ialah :

i. Bilik suis hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik.

ii. Semua pintu dan lubang udara di pasang dengan anti ‘vermin proff netting’
supaya serangga tidak masuk.

iii. Mempunyai saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluaran kabel.

iv. Dilengkapi dengan alat pemadam api jenis gas iaitu karbon dioksida.

v. Mempunyai ruang kosong di bahagian berlakang 2.5 kaki dan 4.5 kaki
dibahagian hadapan MSB.

vi. Lampu dan soket alir keluar

vii. Rajah skema dan juga tikar gatah.

viii. Carta pertolongan cemas.

4.7 Peralatan Yang Terdapat Dalam Papan Suis Utama (PSU) Dan
Fungsinya

1. Kabel Bekalan Masuk dan Keluar


Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tanah. Kalau PSU berada
ditingkat bawah, tempat dimana ianya selalu ditempatkan, kabel bawah tanah
masuk melalui parit kabel (cable trench) dan ditamatkan menggunakan kotak kabel
(cable box) atau ‘cable gland’. Hujung kabel dipasang telinga kabel (cable lug),
melalui telinga kabel inilah kabel disambungkan menggunakan skru dan nut kepada
pemutus litar
Kabel keluar disambungkan dari palang bas melalui pemutus litar. Saiznya
selalunya lebih kecil dari kabel masuk. ia keluar melalui parit kabel atau melalui
41

trunking atau dulang kabel (cable tray), bergantung kepada kemana kabel tersebut
pergi, samada ke dalam bangunan atau keluar bangunan.
‘Cable-box termination’ digunakan untuk penamatan kabel jenis PILCDSTAR
dan bagi penggunaan kabel dari jenis PVC/SWA/PVC adalah menggunakan
penamatan jenis ‘cable-gland’. Kabel-kabel tersebut biasanya diamalkan untuk
pemasangan kabel bawah tanah.
Kabel yang biasa digunakan di dalam pepasangan PSU ialah dari jenis yang
berikut:
i. PVC.
ii. PVC/PVC.
iii. PVC/SWA/PVC.
iv. PILCDSTAR.

2. Pengasing (Isolator)
Pengasing (Isolator), Rajah 4.5 digunakan untuk pengasingan tempatan sahaja.
Ianya tidak digunakan untuk mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah berlainan
daripada suis dimana ianya dikehendaki di ‘ OFF ’ apabila litar berkenaan tidak
membawa arus. Tujuannya untuk memastikan bekalan tidak boleh dipulihkan
sekiranya suis kawalan di ‘ ON ’ yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya pada
ketika itu pengendali tidak menyangka bahawa litar–litar kawalan dihidupkan
semula atau pun pada ketika itu pengendali sedang melakukan kerja-kerja
penyenggaraan mekanikal sedang dijalankan.

Rajah 4.5 : Isolator


42

3. Sesentuh (Contactor)
Sesentuh atau contactor (Rajah 4.6) terdiri daripada banyak jenis. Ianya selalu
digunakan bersama-sama dengan alat-alat seperti suis masa (timeswitch),
kapasitor bank, motor-motor dan lain-lain peralatan memandangkan sesentuh
mempunyai keupayaan memutus beban tersambung. Sesentuh mempunyai ‘relay
coil’ yang membuka dan menutup suis. Ianya boleh didapati dalam berbagai-bagai
sukatan arus bergantung kepada peralatan yang digunakan.

Rajah 4.6 : Sesentuh Di Dalam PSU

4. Alatubah Arus (Current Transformer)


Alatubah arus (Current Transfomer), Rajah 4.7 digunakan di dalam sesuatu
pemasangan adalah bagi mengelakkan penempatan ammeter, faktor kuasa meter
dan geganti terus kepada talian. Pemasangan permeteran dan geganti dengan
menggunakan CT adalah mempunyai kebaikan seperti berikut :
i. Terminal alatubah telah dikeluarkan daripada talian dan satu
terminal lagi telah dibumikan, dengan itu Pengguna dan peralatan
yang digunakan boleh dijauhkan daripada apa-apa punca bahaya.
ii. Nisbah 1 : K arus di dalam meter akan menjadi 1/K kali arus dan
dengan pergerakan meter sebanyak 5A boleh digunakan bagi
mengukur arus yang lebih besar.
43

Rajah 4.7 : Alatubah Arus

5. Palang Bas (Busbar)


Palang bas (Rajah 4.8) merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat
dari campuran tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan
bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain.
Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan
dan kemas serta mudah melaksanakan kerja pemasangan.
Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan ada
juga yang mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai
ketumpatan arus tidak melebihi 1.5A/mm persegi.
Palang bas hendaklah diasingkan dari bahagian-bahagian logam PSU
menggunakan ‘non-hygroscopic insulators’ untuk menahan tekanan mekanikal
apabila berlaku kerosakan ditahap maksima.
Busbar yang digunakan adalah dari jenis ‘hard drawn high conductivity
copper’ yang boleh tahan dalam keadaan kerosakan maksima 31 MVA. Andaian
maksima ketumpatan arus bagi busbar tembaga mestilah 155 A bagi 1 cm² atau
1000 A bagi 1 inci. Busbar hendaklah dicat dengan warna merah, kuning, biru dan
hitam untuk mengenal antara fasa dengan neutral. Neutral basbar mestilah
mempunyai saiz yang sama dengan saiz busbar fasa.
44

Rajah 4.8 : ‘Busbar’

Keupayaan membawa arus palang bas adalah bergantung kepada saiznya,


bahan yang digunakan iaitu tembaga atau tembaga campuran berdasarkan jadual
4.9.

Jadual 4.9 : Saiz Busbar Voltan Rendah dan Keupayaaan Membawa


Arus

6. Residual Current Circuit Breaker (RCCB)/ Earth Leakage Circuit


Breaker (ELCB)
‘Residual Circuit Breaker’ (Rajah 4.9) membawa maksud perbezaan di dalam
arus. Ini bermakna alat ini bergantung terus kepada keadaan dimana terdapat
perbezaan di antara arus (ketidak-seimbangan) yang masuk melalui sesuatu beban
dan arus yang keluar dari beban yang sama. Di dalam ertikata yang lain alat ini
hanya akan bertindak apabila mengalami keadaan yang tersebut di atas. Sebelum
alat dikenali dengan nama ‘Earth Leakage Circuit Breaker’ (ELCB) dan sekarang
ianya telah dikenali dengan nama Residual Current Device (RCD).
45

Rajah 4.9 : RCCB

7. Miniature Circuit Breaker (MCB)


Pemutus litar ini akan memutskan litar secara automatik jika litar rosak.
Miniature circuit Breaker (Rajah 4.10) atau dikenali juga dengan Non Fuse Breaker
juga adalah sebagai gentian fius dimana perlindungnya dianggap lebih baik dari
fius. MCB digunakan sebagai gentian fius, bagi mengawal pemasangan domestic
dan beban-beban kecil. Sifat-sifat MCB ialah :
i. Nilai terpelantik beban lebih di tetapkan oleh pihak pengeluar dan
tidak boleh ditukar.
ii. Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak perlu
ditukar, hanya perlu di ON kan semula.
iii. Litar-litar yang rosak senang dikesan.
iv. Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah.

Rajah 4.10 : MCB


46

8. Pemutus Litar Kotak Teracu (Moulded Case Circuit Breaker)


Dengan perubahan teknologi MCCB (Rajah 4.11) direka untuk pengguna
dengan kadaran arus sehingga 400A, dan dimasa akan datang kemungkinan ianya
mampu membawa arus yang lebih tinggi lagi.

Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius, mempunyai


beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan fius, seperti MCCB hanya perlu di
ON kan sahaja sekiranya ia memutus. Ketiga-tiga fasa akan memutus apabila
berlaku beban lebih pada salah satu fasa maka masalah single phasing tidak
berlaku. MCCB boleh melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada
CT dan geganti E/F (bergantung kepada binaan sesuatu MCCB), dengan itu masa
senggaraan dapat dikurangkan dan kos dapat dijimatkan.

Kebanyakkan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah


gelung. Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan
bertambah kuat apabila arus masuk pada MCCB sehingga melebihi had yang
tertentu dan menyebabkan MCCB ‘trip’.

MCCB juga menggunakan kaedah ‘bimetal strip’ yang akan membengkok


apabila panas berlebihan disebabkan arus lebih yang masuk ke MCCB. Kaedah
ini adalah untuk perlindungan beban lebih dimana tindakannya agak perlahan dan
terkandung unsur lewat masa.

Namun begitu ada juga MCCB yang menggunakan prinsip tekanan ‘arcing’
gas. Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan mekanisma tertentu bergerak
dan menyebabkan MCCB terpelantik. Keadaan sebegitu sesuai untuk
perlindungan arus lebih. Bahagian bingkai MCCB diperbuat dari bahan bukan
logam (polyester resin) dan ia dipasang tetap serta tidak boleh ditarik keluar
dengan mudah seperti ACB.
47

Rajah 4.11 : MCCB

i. Ciri-ciri Perlantikan

Dua jenis pelantikan ialah pelantikan jangka masa lama dan pelantikan jangka
masa sertamerta. Piawaian British menghendaki MCCB dari jenis B.S 4725
seharusnya tidak berkendali ketika membawa arus kadarannya secara berterusan.
Bagi MCCB yang mempunyai arus kadaran tidak melebihi 63A seharusnya tidak
terpelantik dalam masa 1 jam (masa lazim) bila membawa arus 1.05 kali arus
kadaran, tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam berikutnya, jika arus
meningkat ke 1.35 kali ganda arus kadarannya. Bagi arus kadaran yang melebihi
63A, masa lazimnya menjadi 2 jam.

ii. Ujian pada MCCB


a. Ujian Operasi : ON dan OFF MCCB bagi mempastikan ia boleh
dikendalikan dengan sempurna. Sekiranya ‘under voltage coil’ ia
perlu mempunyai bekalan yang mencukupi sebelum ianya boleh
dikendalikan. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
b. Ujian Suntikan ‘secondary’ : untuk memastikan ianya terpelantik
apabila berlakunya kerosakan tahap yang ditentukan atau tercatat
pada alat itu sendiri.
48

c. Ujian Penebatan : untuk menetukan penebatan di antara fasa dengan


fasa dan diantara fasa dengan bumi adalah baik. ( tidak kurang dari
1 MegaOhm ).
d. Ujian Sesentuh : untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak
melebihi dari yang disyorkan oleh pihak pembuat

9. Kapasitor Bank
Kapasitor bank ( Rajah 4.12) adalah satu alat yang boleh membaiki faktor
kuasa bagi satu Pengulang Alik.Ia amat penting bagi sistem janakuasa kerana
tugas kapasitor ini adalah menyimpan kuasa reaktif (Power yang tidak aktif) yang
dihasilkan bila janakuasa disambung pada beban.
Seperti mana yang kita tahu ‘Reaktif Power’ ini wujud bila kita memasang
beban induktif seperti ‘coil’ yang terdapat pada motor-motor,’choke’ dan
janakuasa itu sendiri. Jika berlakunya ‘Reaktif Power’ yang tinggi dan tidak
dikawal,ini akan mengakibatkan faktor kuasa menjadi rendah,kita mengalami
kerugian dari segi menjanakan kuasa, maksudnya kita terpaksa menjanakan kuasa
yang tinggi tetapi kuasa yang diperlukan adalah rendah.Semakin rendah faktor
kuasa maka semakin tinggi kuasa yang kita janakan. Ini akan mengakibatkan
kerugian.

Rajah 4.12 : Kapasitor Bank


49

4.8 Alat Pengukuran/Pengujian

Alat pengukuran adalah bertujuan untuk menyukat sesuatu kuantiti seperti


arus, voltan, kuasa dan rintangan mengikut kegunaannya seperti ammeter, voltmeter
dan ohmeter. Alat pengujian digunakan untuk menguji sistem elektrik mahupun sistem
elektronik dan juga untuk mencari sebarang kerosakan atau ketidaksempurnaan dalam
sistem elektrik dan elektronik.

4.8.1 Alat Ukur Papan Suis

Alat ukur papan suis yang dimaksudkan ialah alat-alat ukur seperti
Ammeter,Voltmeter, Power Factor meter,KWH meter dan alat-alat ukur yang lain.
Ianya berguna sekali dalam kerja-kerja penyelenggaraan bagi menentukan keadaan
semasa seperti voltan rendah atau tinggi dan begitu juga dengan power factor samada
ianya dibaiki disebabkan kurang daripada nilai 0.85 lagging dan sebagainya.

4.8.1.1 Meter Yang Terdapat Dalam MSB

i. Voltmeter
Meter ini digunakan untuk menyukat voltan yang dikeluarkan oleh generator
di busbar. Voltmeter yang disambungkan adalah secara selari.
ii. Ammeter
Ammeter adalah salah satu instrument yang biasa digunakan untuk menyukat
arus. Alat ini menggunakan C.T (Current Transformer) yang diletakkan pada tiap-
tiap busbar. Pada tiap-tiap transformer mempunyai primary dan secondary. Oleh
itu Busbar dianggap sebagai primary dan coil C.T adalah secondary.
Ammeter yang digunakan bagi sesetengah industri-industri besar, iaitu yang
terdapat pada main switch board. Contoh 800/5 A dimana 800 adalah nilai
maksimum Amp yang dibawa oleh ACB bagi Turbine dan 800 Amp ACB bagi
generator diesel.
50

iii. Power Factor Meter


Power Factor Meter adalah alat yang digunakan untuk mengetahui pencapaian
factor kuasa oleh sebuah industri. Sesebuah industri, factor kuasa yang dikehendaki
adalah 0.85 bagi keseluruhan beban yang ada pada kapasitor bank. Power factor juga
menentukan voltan dan arus dalam busbar sama angkanya.
Power factor juga boleh menentukan atau mengukur perbandingan di
alternator terutama semasa akan berlaku synchronizing. Apabila power factor
rendah, ini disebabkan oleh Ampnya tinggi akan menyebabkan berlakunya susutan
voltan tinggi dan arus yang dibekalkan oleh generator menjadi tinggi kerana beban
inductance digunakan dengan meluas. Oleh itu step capasitor hendaklah ditambah
agar power factor tidak jatuh.
iv. Frekuensi Meter

Meter ini digunakan untuk mengukur putaran bagi sesebuah generator. Ia juga
digunakan untuk menentukan kelajuan atau pusingan yang dibuat oleh generatordi
sesebuah industri besar yang biasanya 50 putaran per saat. Kejatuhan frenkuesi
disebabkan oleh kelajuan generator RPM dan beban ditambah.

v. Kilowatt Meter
Meter ini digunakan untuk menyukat kuasa yang digunakan. Ia juga digunakan
untuk mengukur berapa banyak kuasa yang dikeluarkan dari alternator terus ke
busbar.
vi. Kilowatt Jam Meter (KWH)

Meter ini adalah alat yang digunakan bagi menyukat kuasa dan ianya juga
digunakan bagi menyukat banyaknya unit yang digunakan oleh beban.

4.9 Pengujian Papan Suis Utama (PSU)

Pengujian PSU (Rajah 4.13) adalah merupakan suatu kemestian


terhadap tiap-tiap satu pepasangan Elektrik. Bekalan elektrik tidak
boleh disambung sebelum ujian-ujian ini dijalankan. Tujuan utama
pengujian ini dijalankan adalah untuk memastikan bahawa sesuatu
pepasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras
dengan kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan pepasangan
51

elektrik. Selain itu sebagai langkah keselamatan sebelum PSU diberikan dan
digunakan di tapak projek. Antara kilang yang telah pelatih kunjungi bagi
pengujian PSU adalah Uteknik dan Panelight.

Rajah 4.13 : Panel PSU

4.9.1 Pemeriksaan Penglihatan

Pemeriksaan Penglihatan la dilakukan setiap hari bagi mengelakkan


ketidaksempurnaan pada PSU antaranya pengaratan, tumpahan minyak, skru longgar,
kerosakan pada bilik PSU, kerosakan pada perkakas PSU dan pemeriksaan permeteran
Volt, Amp, Faktor Kuasa dan lain-lain, bahan yang digunakan, saiz papan, ketebalan
papan, saiz basbar dan sebagainya. Semua ini direkod didalam borang semak “Factory
Acceptance Test”. Antara ujian untuk PSU ialah :

i. Ujian penebatan antara fasa dengan fasa, fasa dengan neutral,


fasa dengan bumi.
ii. Ujian tekanan dengan voltan 2 kV selama 1 minit.
iii. Ujian penebatan antara fasa dengan fasa, fasa dengan neutral,
fasa dengan bumi selepas diberikan tekanan.
iv. Ujian suntikan primary dan secondary. Bagi tujuan senggaraan,
hanya Ujian Penebatan antara fasa dengan fasa, fasa dengan
52

neutral, fasa dengan bumi dan Ujian Suntikan Secondary untuk


penatahan geganti perlindungan dilakukan.

Rajah 4.14 : Pengujian “Switch Board”


BAB 5

DAPATAN, KOMEN DAN CADANGAN

5.1 Dapatan

Semasa saya menjalani latihan industri di JKR Elektrik Alor Setar selama 10
minggu, saya berpendapat bahawa JKR merupakan syarikat yang sememangnya layak
menerima pengiktirafan daripada negara Malaysia.

Di samping mampu memberikan banyak pengalaman bekerja dan kehidupan


kepada pelajar. Pengalaman bekerja boleh dijadikan kelebihan paling utama kerana
dengan pengalaman kita mampu menjadi lebih matang untuk menempuh alam
pekerjaan. Selain itu, pengalaman bergaul dan berkomunikasi dengan orang ramai juga
telah memberikan banyak kelebihan kepada sesiapa yang menjalani latihan industri.

5.2 Komen

Antara komen yang dapat diberikan ialah pihak syarikat atau pekerja yang
ditugaskan perlu lebih peka terhadap apa yang ingin disampaikan kepada pelatih.
Dimana, penyampaian yang diberikan haruslah lebih jelas dan terperinci supaya para
pelatih lebih faham akan perkara yang dilakukan.

Selain itu, pihak syarikat juga perlu lebih menitikberatkan soal keselamatan
semasa kerja-kerja lapangan dilakukan. Sama ada pelatih ada atau tidak, para pekerja
perlu memakai pakaian keselamatan mengikut akta yang ditetapkan.
54

5.3 Cadangan

Cadangan yang dapat diberi hasil pemerhatian ialah, JKR mempunyai


kekurangan dari segi aspek tenaga kerja di mana syarikat JKR sememangnya perlu
menambahkan tenaga pekerja mereka bagi mengendali kerja-kerja lapangan.

Selain itu, pihak JKR perlulah mewujudkan modul pembelajaran bagi


memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Penyelia juga haruslah lebih peka
dan mengambil berat kepada setiap pelatih yang telah dipertanggungjawabkan oleh
pihak pengurusan. Memastikan setiap maklumat yang diperolehi oleh pelatih adalah
tepat dari segi teori dan menghuraikan setiap prosedur menggunakan bahasa teknikal
juga merupakan perkara utama yang perlu dipertimbangkan supaya pelatih dapat
memahami dengan lebih jelas maklumat yang disampaikan.

Pada masa akan datang adalah tidak mustahil bagi syarikat ini untuk
dimartabatkan seperti syarikat yang diagungkan sama ada dalam negara atau luar
negara. Oleh itu, JKR perlu merangka pelan khas dan pelan tindakan strategik bagi
melebarkan sayapnya dalam bidang elektrik ini.
BAB 6

KESIMPULAN

Dalam tempoh saya menjalani latihan industri selama sepuluh minggu di JKR
Elektrik Alor Setar, saya telah banyak menimba pengalaman dan pengetahuan yang
baru di syarikat ini. Keberkesanan yang dimaksudkan adalah dari segi penyampaian
ilmu secara tidak langsung oleh buruh, Penolong Jurutera Kanan, Penolong Jurutera
mahupun jurutera itu sendiri. Selain itu, para pelatih juga diberikan pengetahuan dan
pendedahan minda terhadap apa yang dipelajari di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Para pelatih juga diberikan pendedahan tentang senario kerja sebenar dan kaedah
berurusan dengan pelanggan. Selain itu, para pelatih dapat memperluaskan lagi
kemahiran teknikal sekaligus menimba ilmu daripada segala pembelajaran yang telah
dipelajari semasa Program Latihan Industri ini. Pelatih berasa amat bersyukur serta
berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat kerana menempatkan kami
disalah sebuah syarikat yang terbaik.

Selain daripada itu, pelatih juga didedahkan tentang struktur pengurusan dan
pentadbiran serta organisasi sesebuah syarikat yang mana setiap individu perlu
memainkan peranan masing–masing bagi memastikan setiap tugas yang diamanahkan
dijalankan dengan sempurna sekaligus memartabatkan imej serta memelihara nama
baik sesebuah syarikat. Pelatih juga diberikan pendedahan teknikal tentang sistem
yang digunakan. Teknik–teknik ini boleh dijadikan platform serta batu loncatan untuk
memudahkan graduan memperolehi pekerjaan seterusnya membina sebuah kerjaya di
masa akan datang. Selain memperolehi ilmu dari segi teknikal serta kemahiran, pelatih
juga ditekankan dengan kaedah pengurusan sesebuah projek dengan menyediakan
beberapa dokumen penting seperti lampiran G dan J.
56

Disamping memperolehi kemahiran dalam bidang teknikal, pelatih juga


diterapkan dengan nilai–nilai murni sejajar dengan fitrah kewujudan manusia. Tidak
bermaknalah hidup seseorang itu jika mereka sendiri tidak melengkapkan diri mereka
dengan sifat–sifat mahmudah. Di antara nilai–nilai murni serta faedah lain yang
diperolehi daripada program ini dan cuba diterapkan adalah:

i. Kaedah berinteraksi dengan baik serta menyesuaikan diri dengan


semua peringkat usia serta pangkat.
ii. Mewujudkan perhubungan dan perbincangan yang baik untuk
menyelesaikan sebarang masalah semasa kerja.
iii. Mempelajari suasana berada di alam pekerjaan yang sebenar serta dapat
melatih diri supaya hidup berdisiplin di samping berusaha bersungguh–
sungguh.
iv. Melengkapkan diri dengan sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab
kerana sifat–sifat ini merupakan kunci bagi sesebuah kejayaan.
v. Menerima pendapat semua pihak tanpa memperlekehkan pendapat
yang di fikirkan tidak “relevan” serta tahu menghargai semua pendapat
yang telah diusulkan.
vi. Bersikap profesional dalam menjalankan tugas tanpa mencampur
adukkan di antara urusan kerja dan personal.
vii. Menjalankan segala tugas yang diamanahkan dengan sempurna agar
segala permasalahan dapat diselesaikan dalam kadar segera.

Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa latihan industri ini adalah satu
program latihan yang wajib dan bermanfaat bagi setiap pelajar kerana ia dapat
melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengalaman walaupun belum menamatkan
pengajian serta dapat menguruskan sesuatu kerja apabila di tugaskan. Selain itu,
latihan industri merupakan program yang dapat mengaplikasi pembelajaran teori
kepada kemahiran yang boleh memberi kesan kepada pelajar itu sendiri.
57

RUJUKAN

Afzamizan. Papan Suis Utama, Institut Kemahiran Belia Negara Bahagian


Kejuruteraan

Panduan Teknik Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya Malaysia


(2008) :Edisi keempat

Senggeraan Dan Binaan Talian Atas Voltan Rendah. (2010). Malaysia: Institut
Latihan TNB ILSAS Cawangan Malim Nawar.

(t.) Portal Jabatan Kerja Raya. Sepertimana Di Dapati Atas Talian Di

http://www.jkrkedah.gov.my/index.php/hubungi-kami-letrik

(t.t) Papan Suis Utama,2016. Sepertimana Di Dapati Atas Talian Di :

https://www.slideshare.net/mohdezuanatok/papan-suis-utama-58939918
58

LAMPIRAN A

i. Minggu Pertama

Lawatan Tapak Di Pejabat Kemas Cawangan Alor Setar Bagi Projek “Rewiring”

Pengujian “Switch Board” Di Kilang Uteknik Untuk Projek “Rewiring” Bengkel


Elektrik
59

Lawatan Tapak Di Kolej Vokasional Kulim Bagi “Rewiring” Bengkel

ii. Minggu Kedua

Lawatan Tapak Di Sek Keb Seberang Ketil Bagi “Rewiring” Makmal Komputer
60

Pengujian “Switch Board” Di Kilang Panelight Electrical Engineering Sdn Bhd


Untuk Sek Men Keb Labu Besar.

Lawatan Tapak Di Maktab Mahmud Kuala Muda Bagi Pembinaan Baru Asrama
Perempuan
61

Kemaskini Fail Latihan Bagi Urusan Pengauditan

iii. Minggu Ketiga

Lawatan Tapak Di Kolej Vokasional Langkawi Bagi Projek “Rewiring”


62

Lawatan Tapak Untuk Projek “Rewiring” Baru Bagi Dewan Makan, Bengkel
Automatif dan Makmal Sains

Lawatan Tapak Di Sek Men Teknik Alor Setar Bagi Projek Rewiring
Bengkel Lukisan Kejuruteraan
63

iv. Minggu Keempat

Mengukur Panjang Kabel Yang Digunakan Di Sek Keb Pokok Tai

Lawatan Tapak di Dewan Jubli Perak, INTAN bagi “Rewiring”


64

v. Minggu Kelima

Lawatan Tapak di Sek Men Keb Panglima Besar dan Sek Men Keb Lunas
bagi “Rewiring”

vi. Minggu Keenam

Lawatan Tapak Projek Baru Bagi Pembinaan Bangunan di Universiti Utara Malaysia
65

vii. Minggu Kelapan

Lawatan Tapak Di Kem Tok Jalai Bagi Pembangunan Kuarters Baru Untuk Projek
Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas

Menyertai mesyuarat Bagi Pembangunan Kuarters Baru Untuk Projek Pembinaan


Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas
66

Pengujian “Switch Board” Di Kilang Panelight Electrical Engineering Sdn Bhd


Untuk UUM

viii. Minggu Kesembilan

Semakan Jenama Barangan Yang Digunakan Oleh Kontraktor


67

LAMPIRAN B

Kehadiran Bekerja Bulan Julai


68

Kehadiran Bekerja Bulan Ogos


69

LAMPIRAN C

Sijil Pengesahan Tamat Latihan Industri

Anda mungkin juga menyukai